Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


P'raya S'wak: Proses penamaan calon bermula 9 pagi ini

Posted: 24 Apr 2016 05:17 PM PDT


Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) di 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 9 pagi ini.
Proses penamaan calon berlangsung selama sejam sehingga 10 pagi di 82 pusat penamaan calon yang terdiri daripada pejabat-pejabat kerajaan, dewan orang ramai, sekolah, maktab perguruan, perpustakaan, rumah rehat kerajaan serta stadium tertutup.
Pilihan raya negeri kali ini turut menyaksikan pertambahan 11 kerusi DUN berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu.
Kerusi-kerusi berkenaan adalah Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.
Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April.
Jabatan Meteorologi Sarawak meramalkan cuaca mendung dan hujan di beberapa kawasan pantai termasuk di Kuching, Samarahan, Betong, Mukah dan Bintulu.
Menurut jurucakap jabatan itu, suhu dijangka antara 24 dan 35 darjah Celcius.
Dalam pilihan raya negeri kali ini, terdapat 1.14 juta pemilih berdaftar termasuk 1.11 juta pengundi biasa, layak mengundi pada 7 Mei ini.
Selain pengundi biasa, sejumlah 25,022 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan akan turut mengundi pada pengundian awal 3 Mei ini manakala 106 pengundi pos kerana berada di luar negara.
Setakat 5 petang semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata sebanyak 971 borang pencalonan telah dijual di seluruh Sarawak.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 443 borang dijual di pejabat SPR di sini, 178 di Zon Sibu, 172 (Zon Miri), 124 (Zon Kuching) dan 54 borang di Zon Sri Aman.
Dalam pilihan raya negeri 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi DUN, dengan DAP menguasai 12 kerusi dan kemudian hilang satu kerusi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Fong Pau Teck dipecat daripada parti itu ekoran perbalahan dalam parti.
PKR memenangi tiga kerusi manakala satu lagi kerusi dimenangi oleh calon Bebas.
Polis: 20 kawasan dijangka 'panas' sepanjang p'raya S'wak
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti 20 kawasan yang dijangka 'panas' sepanjang pilihan raya negeri itu.
Read More / Baca Lagi >>

IGP KHALID, BERSUARALAH!!

Posted: 24 Apr 2016 05:17 PM PDT

Selepas pendedahan oleh Sarawak Report mengenai syarikat senjata api yang didakwa milik anak perempuan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar, banyak pihak sudah bersuara tentang perkara itu.
Semalam NGO pemantau jenayah, MyWatch tampil menyuarakan agar SPRM menjalankan siasatan sama ada syarikat tersebut memperolehi sebarang kontrak dengan kerajaan atau sebaliknya.

Jika ada, maka telah berlaku konflik kepentingan, kata Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan.

Hari ini pula, Perkasa mendesak Khalid sendiri menjelaskan sekiranya syarikat anaknya itu mendapat sebarang manfaat daripada kedudukannya sebagai Ketua Polis Negara.
Pertama, Khalid kena jelaskan syarikat anak dia dapat apa-apa kontrak daripada PDRM atau tidak. Kedua, kita nak tahu jangka masa syarikat itu ditubuhkan, semenjak dia jadi KPN atau sebelumnya, kata Ketua Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa, Azrul Akmal Saharudin.

Tetapi, mengapa sehingga ini Khalid masih berdiam diri sedangkan dalam isu-isu lain, beliau begitu pantas memberi reaksinya?

Penjelasan Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim dalam isu ini langsung tidak memadai kerana jawapan yang perlu didengari ialah daripada Khalid sendiri.

Bersuaralah Khalid, kalau tidak pun...tulislah sesuatu melalui Twitter!!

Dun Terengganu: Hanya undi tak percaya jalan penyelesaian, kata pakar perlembagaan

Posted: 24 Apr 2016 05:16 PM PDT

Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu perlu menerima usul undi tidak percaya yang dibawa pihak tertentu terhadap menteri besarnya bagi menamatkan segera krisis yang melanda negeri itu, kata pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari.
Beliau berkata, tindakan speaker Dun Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong tidak membenarkan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman adalah salah kerana menghalang proses perlembagaan.

"Di sisi perlembagaan hayat kerajaan yang memerintah ditentukan oleh sokongan dalam dewan," katanya kepada Malaysia Dateline.

Pada 8 Mac lalu, bekas menteri yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Zubir.

Penolakan usul itu menyebabkan kerajaan negeri terus bergolak kerana jumlah Adun kerajaan dan pembangkang hampir sama.

BN kini tinggal 14 Adun, PAS (14) manakala PKR (1) dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

Menurut Abdul Aziz, jika kerajaan negeri yang ada tumbang oleh undi tidak percaya, kerajaan yang baharu perlu dilantik melalui perlantikan menteri besar baharu.

"Oleh kerana kerajaan perlukan sokongan mandat rakyat saya fikir menteri besar baru ini perlu memberi komitmen untuk memohon pembubaran dewan dari Sultan (setelah dilantik jadi MB) supaya rakyat negeri itu boleh memilih parti mana yang mereka mahu untuk mentadbir negeri," katanya sambil menyimpulkan undi tidak percaya adalah langkah pertama untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil melalui pilihan raya.

Tambah beliau juga, sekiranya pilihan raya diadakan, Terengganu sama juga seperti Sarawak , tidak perlu mengikut tempoh pembubaan parlimen atau negeri lain.
Semalam, sumber dari Terengganu memberitahu, negeri itu besar kemungkinan akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas PRN Sarawak apabila berlaku krisis Razif dengan istana.
Menurut sumber, kata sepakat hampir dicapai agar PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negeri itu.
Namun, Ahmad Razif dikatakan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sekatan pemimpin bercanggah Seksyen 67 Akta Imigresen

Posted: 24 Apr 2016 07:42 AM PDT

KUCHING 24 April: Tindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang ahli politik pembangkang masuk ke negeri itu didakwa tidak sah.
lee-khai-loon
Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon, dalam kenyataan medianya menegaskan tindakan tersebut jelas bercanggah dengan Seksyen 67 Akta Imigresen yang menyatakan sekatan tidak boleh dikenakan terhadap individu yang mahu ke Sabah dan Sarawak untuk tujuan aktiviti politik.
Malah tegasnya tindakan itu hanya mencerminkan keangkuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang secara sengaja telah menyalahguna kuasa bagi menekan pemimpin pembangkang.
"Hasrat rakyat adalah untuk satu pilihanraya yang adil, bersih dan informasi yang bebas, larangan ini jelas bertentangan dengan prinsip adil dan terbuka.
"Malah mengikut laporan dikemukakan oleh Merdeka Centre, 46% pengundi tidak setuju dengan tindakan tersebut," jelasnya.
Jumaat lalu, Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang itu dan Pengarah Strategik KEADILAN pusat, Sim Tze Tzin dihalang masuk ke Sarawak setelah tiba ke negeri itu  kira-kira jam 11.45 pagi.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akid pula turut menerima nasib sama pada Sabtu.

PRN Sarawak: Adenan takut isu nasional jejas kedudukannya.

Posted: 24 Apr 2016 07:40 AM PDT

DEMI SARAWAKTindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mencabar pembangkang untuk tidak memainkan isu nasional dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) akan datang jelas menunjukkan kegusaran beliau terhadap kegagalan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu tahu sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus memainkan isu nasional terutamanya skandal 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) sepanjang tempoh berkempen diadakan, ia akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang sokongan .
"Cabaran ini menunjukkan bahawa Adenan Satem takut.
"Isu 1MDB adalah isu besar yang akan menjatuhkan Najib, dan sudah tentu ia liabiliti kepada BN dan Adenan sendiri.
"Isu nasional terutama skandal berkaitan 1MDB contohnya adalah merupakan isu 'good governance' , ia jelas menunjukkan di bawah pentadbiran Najib memang tiada ketelusan,ia memang satu isu besar," katanya ketika dihubungi.
Adenan dalam satu perjumpaan bersama pekerja pembalakan di Miri pada 20 April lalu dilaporkan menyuarakan cabaran agar pembangkang hanya berdepan dengan BN atas isu-isu mengenai rakyat Sarawak.
Beliau  mempertahankan Najib dan menyatakan sokongannya kepada Presiden Umno itu secara terbuka.
"Adenan sebenarnya tunduk kepada Najib untuk mendapatkan semua peruntukkan, duit dan jentera pilihanraya yang kebanyakkan datang dari Umno," kata Ahli Parlimen Bayan Baru lagi mengulas tindakan Adenan.

Rakyat diketawa, suratan atau kebetulan

Posted: 24 Apr 2016 06:29 AM PDT

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ AZMI
Pernahkah anda semua terfikir setiap negara hanya akan sesuai untuk satu genre sahaja dalam bidang seni lakonan mereka. Mungkin tidak banyak industri lakonan yang mampu untuk mempunyai lebih dari satu genre.
Sebagai contoh kita lihat negara Indonesia. Mereka dari pengamatan saya mahir dalam mengeluarkan filem yang berunsur seram. Kepakaran mereka walau filem tersebut genrenya komedi seram, seramnya akan tetap dirasai.
Jika kisah hantu yang dihasikan oleh negara barat (zombie atau pontianak) bagi saya sedikit pun tidak menyeramkan.
Jika filem aksi yang berkualiti tentunya dari negara seperti China atau Hong Kong. Pendek kata bila aksi pergaduhan seperti yang dipaparkan dalam filem seperti Ip Man akan sentiasa dinanti tayangannya. Itulah identiti mereka walau tajuknya Kung Fu Hustle atau Shoalin Soccer, komedi itu akan tenggelam dengan lawak yang diselitkan.
Begitu juga apa yang berlaku dengan industri filem Bollywood. Cinta menjadi asas mereka membina setiap karya. Walau jalan ceritanya diselitkan dengan fantasi seperti nyanyian lagu yang sekejap ada di pantai dan sekejap di gigi gunung berapi, sesiapa yang menonton pasti merasai kerana mereka seolah melihat diri mereka di dalam layar tersebut.
Bagaimana pula dengan negara kita?
Sejak beberapa tahun yang lalu menampakkan artis komedi lebih mendapat tempat. Sifat orang Malaysia yang ceria (sambil kedua-dua tangan letak dibahu) menyebabkan filem yang bercampur unsur komedi lebih mendapat tempat.
Read More / Baca Lagi >>

Berbeza tidak perlu bergaduh sahabatku

Posted: 24 Apr 2016 06:25 AM PDT

Oleh DR DZULKEFLY AHMAD
Sahabatku...
Meskipun kita sudah tidak bersama dalam wadah yang pernah sama-sama kita dukungi....

Meskipun kita tidak lagi bermusyawwarah dan 'bertikam lidah' dalam mencari posisi yang terbaik dalam setiap laluan sukar dan getir, untuk memajukan perjuangan ini. Meskipun kita telah punyai wadah yang berbeza untuk meneruskan perjuangan untuk seketika ini, semasa sisa-sisa hidup ini masih bermakna dan bererti lagi dalam kudrat yang masih dizinkan Ilahi....
Meskipun tampak bersimpang-siur laluan yang kita tempuhi mutakhir ini.. sejak berpisah dulu hari...
Namun harus kau ketahui sahabatku..
Sejak sebelum meninggalkan kau dulu lagi..telah ku pinta pimpinan tertinggi mempertautkan hati-hati ini, meskipun dalam seanika perbezaan dan perbalahan ide bagi mencari yang asli, murni, terkini dan kontemporari...
Meskipun kita berbeza pandangan...hati ini tidak sanggup memusuhimu kerana kita bersahabat bukan kerana wadah dan kepentingan dunia yang dicari...
Kita bersahabat kerana dipertautkan hati ini demi menjunjung tinggi perintah Ilahi, membebaskan manusia dari belenggu penguasa yang menzalimi, supaya kemuliaan insan (Karamah Insaniyah) diangkat agar membenteras segala bentuk diskriminasi dan kezaliman,  supaya rakyat disejahterakan dan negara di makmurkan dan.. Agama dimuliakan... lalu mencorak segala tata-kelola pentadbiran supaya bebas segala pembaziran, pembolotan, rasuah dan kebobrokan....
Justeru sahabatku...
Hakikatnya kita sudah berada di wadah yang berlainan buat kini.... Ayoh teruskan perjuangan di wadah yang diyakini...saling mendoakan kejayaan dan memaafkan kekurangan dan kesilapan..
Izinkan dinamika perjuangan menentukan bagaimana ia akan kembali mencari posisi terkuatnya nanti...kerana milik perjuangan ini pada hakikatnya ialah AlLah Azza Wajalla sendiri....
Read More / Baca Lagi >>

'Datuk Seri' Razif ditarik balik, Hisham minta tenang

Posted: 24 Apr 2016 06:24 AM PDT


Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa semua pihak supaya bertenang berikutan persoalan terhadap kemungkinan hubungan tegang di antara istana dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi bahawa Sultan Mizan Zainal Abidin telah membatalkan semua gelaran rasmi yang diberikan kepada Razif.
"Saya minta semua bertenang. Kita belum tau apa perkembangan sebenarnya (Di Terengganu).
"Tetapi selaku mantan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, ini bukan satu perkara yang tak pernah kita lalui. Yang penting sekarang adalah untuk pastikan apa dia perkara yang boleh pecah-belahkan kita, kita kurangkan," kata menteri pertahanan itu selepas pelancaran Program Khidmat Negara 2.0 di KLCC Kuala Lumpur.
"Saya minta jangan beremosi, bertenang. Pastikan kelebihan kepada badan perhubungan dan negeri itu lebih dari kepentingan individu," katanya.
Ditanya sama ada BN Terengganu dalam bahaya kerana ia hanya mempunyai majoriti dua kerusi, Hishammuddin menafikannya.
"Kita telah buktikan sebelum ini kalau kita letak kepentingan parti dan negeri lebih besar, dua kerusi bukan suatu yang membimbangkan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Shahrizat beri bag tangan untuk petugas wanita PRN Sarawak

Posted: 24 Apr 2016 06:10 AM PDT

#eCeramah: Disiarkan di Beaufort 24 April 2016 anjuran KEADILAN Beaufort

Posted: 24 Apr 2016 05:50 AM PDT

Kronologi krisis kepimpinan Terengganu

Posted: 24 Apr 2016 05:48 AM PDT

Abim gesa laporan audit 1MDB dikeluarkan dari OSA

Posted: 24 Apr 2016 05:46 AM PDT


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Dewan Rakyat menarik balik klasifikasi rahsia yang dikenakan ke atas laporan 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara.
 Ia susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kelemahan pentadbiran serta pengurusan 1 MDB sepertimana yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 April 2016 yang lalu.
"Pembentangan laporan PAC (yang turut disiarkan kepada masyarakat awam) itu menimbulkan pelbagai persoalan daripada rakyat Malaysia yang prihatin," kata Presiden Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim dalam kenyataan media hari ini.
"Sekiranya dokumen laporan Ketua Audit Negara diklasifikasikan semula sebagai dokumen awam, ia membolehkan ahli parlimen (di Dewan Rakyat), badan-badan kerajaan yang berkenaan, di samping rakyat menjadikannya sebagai sumber rujukan serta perbandingan bagi mengesahkan dengan laporan PAC.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini memberitahu laporan Ketua Audit Negara tidak boleh dibentangkan lagi kerana ia masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Terbaru, kata Mohamad Rami, berkata gesaan agar laporan tersebut dijadikan sebagai dokumen awam juga dibuat oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Read More / Baca Lagi >>

Khairuddin: Saya sokong pembebasan Anwar

Posted: 24 Apr 2016 05:44 AM PDT


Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan hari ini mengulangi hasratnya untuk melihat pembebasan pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 Pemimpin akar umbi Umno yang keluar parti itu pada 29 Februari berkata demikian semasa kempen untuk meraih tandatangan bagi Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika melakukan tinjauan mesra di Kompleks Muhibbah Ampang, Selangor hari ini, beliau berkata beliau mengekalkan pendirian yang sama walaupun masih merupakan ahli Umno ketika dibebaskan dari penjara pada November lalu.
"Apabila saya dibebaskan dari penjara, saya telah (umumkan) kepada orang ramai bahawa jika ada apa-apa langkah untuk membebaskan Anwar, saya akan jadi orang yang pertama dari Umno untuk hadir dan sokong," tegas Khairuddin.
Beliau mengulas hashtag '#free Anwar' yang terdapat di kain rentang Deklarasi Rakyat seperti dipaparkan semasa tinjauan mesra hari ini.

JIKA NAJIB TIDAK BERUNDUR, GANDINGAN MAHATHIR - ANWAR ADALAH LAWANNYA DALAM PRU 14 NANTI

Posted: 24 Apr 2016 05:43 AM PDT

Setelah sekian lama bermusuhan, secara semangatnya Gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat yang bertujuan mendesak pengunduran Najib Razak telah mencantumkan semula Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim yang bermusuhan sejak 1998 yang lalu.

Bermula dengan Anwar menyatakan sokongan terbuka kepada usaha yang dilakukan oleh Tun Mahathir mewujudkan Deklarasi Rakyat, sambil mengatakan demi kepentingan negara, beliau sudah pun memaafkan bekas Perdana Menteri itu, ia kini memasuki episod yang lebih jelas apabila Gerakan Selamatkan Malaysia turut diketuai oleh Kamaruddin Jaafar.

Kamaruddin, Ahli Parlimen Tumpat,  memang diketahui umum sebagai orang kepercayaan Anwar sejak dulu. Apabila Anwar dipecat daripada UMNO, beliau memilih menyertai Pas dan dilantik sebagai Setiausaha Agung parti itu. Apabila Pas bermasalah di mana sebahagiannya menubuhkan Amanah, beliau sebaliknya memilih menyertai PKR.

Namun di mana pun Kamaruddin berada, hati dan kesetiaannya tetap pada Anwar. Selain beliau kini menjadi Ketua Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia, Azmin Ali yang juga merupakan orang kanan Anwar telah bermurah hati menyediakan sebuah pejabat bagi gerakan tersebut.

Difahamkan juga bahawa Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR turut tiada bantahan terhadap perlantikan Kamaruddin itu yang sekaligus memberi gambaran semua elemen yang rapat dengan Anwar sedia untuk bersama Tun Mahathir.

Melalui pimpinan baru Gerakan Selamatkan Malaysia bagi mencapai matlamat awal mengumpul sejuta tandatangan Deklarasi Rakyat dan akan mempunyai pejabat sepenuh masa, Tun Mahathir dilaporkan telah menyatakan persetujuan untuk turun ke negeri-negeri bagi semua program yang akan diatur nanti.
Bermakna, secara tidak langsung sudah wujud kebersamaan nurani antara Tun Mahathir dengan Anwar bagi menumbangkan Najib.

Kebersamaan itu bukan saja untuk mendesak pengunduran Najib dalam tempoh segera, khususnya berkaitan skandal 1MDB dan wang RM2,600 juta, malah jika Perdana Menteri terus berdegil tidak mahu berundur, ia pasti akan berlarutan sehingga kepada pertembungan dalam pilihanraya akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

#DemiSarawak – Mini Hydro Project

Posted: 24 Apr 2016 05:40 AM PDT


RM26 for change - Demi Sarawak - Mini Hydro Project

Posted: 24 Apr 2016 05:39 AM PDT


RM26 for Change - How to donate online

Posted: 24 Apr 2016 05:39 AM PDT


RM26 for change -Rafizi Ramli

Posted: 24 Apr 2016 05:38 AM PDT


RM26 for Change - Nurul and Rafizi

Posted: 24 Apr 2016 05:38 AM PDT


PRN Sarawak: KEADILAN lancar ‘ADIL’ si Badak Sumbu jadi maskot

Posted: 24 Apr 2016 05:36 AM PDT

Cgx1-kDUcAAwLOBKUCHING 24 APR: KEADILAN Sarawak melancarkan 'ADIL' si Badak Sumbu sebagai maskot parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei depan.
Naib Pengerusinya, See Che How, berkata badak sumbu dipilih kerana haiwan itu berkait rapat dengan daerah Borneo selain melambangkan semangat keberanian, ketabahan dan kebolehpercayaan.
"Badak sumbu hidup di dalam habitat yang penuh cabaran, tetapi ia mempunyai ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi cabaran itu, ia serupa dengan KEADILAN, dengan ramai pimpinan telah ditahan dan didakwa di atas sebab politik.
"Ia antara binatang yang paling besar di atas muka bumi, dan langkahnya stabil dan mantap, ia menggambarkan semangat perjuangan parti yang tidak pernah luntur.
ADIL"Kegagahannya juga mencerminkan sifat pimpinan KEADILAN yang sentiasa berusaha keras mempertahan kepentingan rakyat dan demokrasi negara," katanya dipetik Keadilan Daily.
Katanya, pemilihan maskot itu, KEADILAN Sarawak terus memperjuangkan politik progresif dan tidak bersifat perkauman bagi mematahkan politik Barisan Nasional (BN) yang diselubungi rasuah dan pelbagai skandal.
Beliau turut berharap rakyat negeri itu dapat turut menghayati semangat badak sumbu untuk bersatu bagi terus berani menolak keboborokan rejim BN.
Penyokong boleh mendapatkan patung maskot 'ADIL' si Badak Sumbu dengan melayari sesawang www.rm26.my.

Wartawan Malaysiakini keluar Sarawak, bimbang ancaman keselamatan

Posted: 24 Apr 2016 05:33 AM PDT

Artikel yang disiarkan Khamis lepas melaporkan Annuar meminta rakyat Sarawak mengundi BN pada pilihan raya negeri 'supaya pemimpin Islam boleh terus menerajui kerajaan Sarawak.'
Steven-Gan,Kow-Gah-Chie-1
PETALING JAYA: Susulan penyebaran gambar seorang wartawan portal Malaysiakini di media sosial, pengarangnya terpaksa mengarah supaya wartawan itu meninggalkan Sibu, Sarawak kerana bimbang keselamatannya terancam.
Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan dilapor berkata, pengedaran gambar wartawan terbabit, Kow Gah Chie berlaku selepas dia didakwa menulis artikel mengelirukan dengan memetik kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Nangka, Annuar Rapaee.
"Walaupun kami telah memanggil semula Gah Chie atas sebab-sebab keselamatan, Malaysiakini akan terus membuat liputan pilihan raya di negeri itu dengan beberapa wartawan yang lain," katanya, lapor Malaysiakini, hari ini.
Artikel yang disiarkan Khamis lepas melaporkan Annuar meminta rakyat Sarawak mengundi BN pada pilihan raya negeri 'supaya pemimpin Islam boleh terus menerajui kerajaan Sarawak.'
Kemudian pada hari yang sama, Annuar memberi reaksi terhadap laporan itu memberitahu bahawa kenyataannya diambil di luar konteks.
Malaysiakini mempertahankan laporannya turut memetik Annuar menafikan bahawa beliau bermain sentimen kaum dan agama.
Manakala, polis Sarawak dilapor mengesahkan Gah Chie disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan.
Gan menambah, laporan polis itu sebagai percubaan terbaru untuk menakut-nakutkan wartawan di Malaysia.
"Ini bertujuan membawa kesan yang menakutkan ke atas media menjelang pilihan raya negeri. Kita tidak harus tunduk kepada gangguan itu," tegas Gan.
Read More / Baca Lagi >>

'Nancy tak matang sokong larangan masuk ke Sarawak'

Posted: 24 Apr 2016 05:31 AM PDT


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri "tidak matang" apabila menyokong larangan kemasukan ahli-ahli politik pembangkang ke Sarawak dengan alasan mengekalkan keharmonian, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.
 Nancy, yang juga Ahli Parlimen PBB untuk Batang Sadong, menggesa orang luar yang tidak tahu mengenai negeri itu agar tidak campur tangan dengan keputusan berkenaan.
"Komen Nancy adalah tidak matang dan tidak masuk akal kerana tidak membenarkan ahli-ahli politik pembangkang masuk ke negeri itu, menafikan akses kepada pandangan alternatif, terutamanya di kawasan luar bandar.
"Ia merupakan satu pukulan terhadap semangat pilihan raya bebas dan adil kerana ahli politik pembangkang tidak dapat berkempen dan mendidik pengundi," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mempersoalkan sekiranya senarai individu diharamkan itu dilakukan kerana takut terhadap serangan pembangkang sejak pilihan raya negeri 2011.
Mereka yang dilarang memasuki Sarawak termasuk Ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong, Anthony Loke dan Tony Pua, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dan Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh.
Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah juga dihalang daripada masuk ke negeri itu.

Sarawak mascot war

Posted: 24 Apr 2016 05:28 AM PDT

MB Terengganu Ahmad Razif Enggan Ulas Isu Tarik Gelaran

Posted: 24 Apr 2016 05:27 AM PDT

Sarawak not likely to 'ubah' in the next 20 years

Posted: 24 Apr 2016 05:25 AM PDT

Comments (0)