Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


KETIKA WSJ KIAN MENDEDAHKAN KEBENARAN, ADA MENTERI MULA PUJI2 ZAHID HAMIDI

Posted: 20 Apr 2016 05:01 PM PDT

Satu demi satu pendedahan atau maklumat baru mengenai wang RM2,600 juta dibentangkan kepada kita oleh WSJ. Sebagaimana yang disebut dalam blog ini semalam, kita tidak tahu berapa banyak lagi maklumat yang mereka ada dan akan terus didedahkan selepas ini.

Setelah konsisten sejak awal mengaitkannya dengan 1MDB, terbarunya selain mendakwa wang tersebut berpunca daripada syarikat palsu, Aabar BVI, WSJ juga diberitakan dapat "menceroboh text perbualan" antara Jho Low dengan eksekutif tertinggi Ambak berkaitan wang yang dimasukkan itu.
Sama ada WSJ dapat "menceroboh text perbualan"  atau ada orang tertentu yang membocorkannya, logiknya jika ia terbukti benar akhirnya, bagaimana akhirnya semua orang yang berakal dapat menerima hakikat bahawa wang tersebut sebagai derma daripada anak Raja Arab Saudi?

Kenapa jika ia derma daripada Arab Saudi, tetapi ada peranan Jho Low di situ?

Sebab itu, sekali lagi, sebagaimana yang ditulis semalam, kebenaran rasanya sudah semakin dekat menghampiri kita.
Dan inikah yang menyebabkan seorang menteri, Shahidan Kassim mula memuji-muji Zahid Hamidi dalam Facebooknya?

Sekretariat Selamatkan Malaysia lawan semua salah laku pemimpin

Posted: 20 Apr 2016 04:52 PM PDT


Ketua Sekretariat Selamatkan Malaysia Datuk Kamarudin Jaffar umumkan 250,000 tandatangan berjaya dikumpul.Ketua Sekretariat Selamatkan Malaysia Datuk Kamarudin Jaffar umumkan 250,000 tandatangan berjaya dikumpul.
Sekretariat Selamatkan Malaysia akan menggemblengkan usaha menentang segala bentuk salah laku pemimpin di negara ini dan bukan semata-mata bermatlamat  mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan.
Ahli Jawatan Kuasa/Koordinator Sekretariat Pusat Selamatkan Malaysia, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, sekretariat yang ditubuhkan itu akan tetap diteruskan matlamatnya walaupun perdana menteri meletakkan jawatan.
"Matlamat Deklarasi Rakyat adalah untuk melawan segala bentuk amalan rasuah, salah guna kuasa dan  mendesak perdana menteri berundur kerana Najib diseliputi pelbagai skandal kewangan masa kini.
"Sekretariat Selamatkan Malaysia ini akan berjalan secara jangka panjang.
"Matlamatnya semata-mata untuk memerhati seterusnya melawan segala bentuk salah laku pemimpin atau institusi-institusi di negara kita.
"Deklarasi rakyat juga bertujuan untuk melaksanakan segala bentuk reformis ke atas institusi-institusi lain di negara kita agar semuanya dapat berfungsi secara telus serta independan tanpa perlu campur tangan oleh mana-mana pihak agar kredibiliti instusi-institusi kerajaan di negara kita dapat berfungsi secara seadil-adilnya," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Khairuddin Abu HassanKhairuddin Abu HassanJusteru katanya, untuk mengumpul tandatangan bagi mencapai sasaran 1juta dalam masa yang berbaki dua puluh hari lagi untuk diserahkan kepada Majlis Raja-raja yang akan bersidang pada 11-12 Mei depan  telah berjaya mengumpulkan 250,000 tandatangan di seluruh negara.
Melihat kepada usaha dilakukan beberapa kumpulan penggerak utama terdiri dikalangan pemimpin parti politik pembangkang, ahli-ahli parti dan NGO yang sepakat untuk turun bertemu rakyat bagi mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatannya sebelum Pilihanraya Umum ke-14  sesuatu yang positif.
Read More / Baca Lagi >>

Apa kaitan latihan ketenteraan dengan derma RM2.6b kerabat Saudi?

Posted: 20 Apr 2016 04:48 PM PDT


Mat Sabu soal kaitan RM2.6b dan latihan tentera di SaudiMat Sabu soal kaitan RM2.6b dan latihan tentera di Saudi
Presiden Amanah, Haji Mohd Sabu hari ini mempersoalkan adakah derma RM2.6 billion yang dimasukkan terus ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak ada kaitan dengan latihan ketenteraan yang diketuai Arab Saudi sebagaimana dilaporkan media Febuari lalu.
"Apakah pengakuan Menteri Luar Arab Saudi bahawa beliau maklum berhubung derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib dan diakui sendiri olehnya
menyebabkan Perdana Menteri tidak lagi tertakluk kepada PBB dalam membuat keputusan dan menjadi pak turut?, soal beliau merujuk latihan bersama 20
negara Islam yang diketuai Arab Saudi yang diberi nama 'Thunder of the North', latihan yang disifatkan 'yang paling penting dan terbesar dalam sejarah serantau.
Lebih pelik katanya, adakah latihan ketenteraan ini direstui oleh PBB atau OIC? Jika tidak, di bawah siapa mereka menjalankan misi ketenteraan ini? Apakah
Malaysia yang selama ini terkenal dengan sikap berkecuali dan menjadi pendamai, sudah berubah dasarnya? Latihan ketenteraan diketuai Arab Saudi untuk
berperang dengan siapa?
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin: Keadaan makin buruk, tukar orang ini

Posted: 20 Apr 2016 04:46 PM PDT

Umno akan hilang kuasa dalam pilihan raya depan jika terus mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata bekas timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam wawancara bersama agensi berita antarabangsa Reuters, Muhyiddin berkata, sejak 2014 beliau telah berulang kali membangkitkan kebimbangan berhubung dakwaan skandal 1MDB tetapi ditolak.
Begitu juga dengan kemasukan wang AS$681 juta ke dalam akaunnya pada 2015, kata Muhyiddin (gambar) lagi.
"Saya mungkin dilihat sebagai penentang... tetapi saya beri amaran dan peringatan kepada kepimpinan Umno, jika kamu tidak singkirkan dia, dia akan jadi liabiliti dan kamu akan kalah dalam pilihan raya depan.
"Keadaan makin buruk dan kamu harus tukar orang ini," beliau dipetik sebagai berkata.
Najib menafikan sebarang salah laku atau menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali pula berkata wang itu adalah sumbangan daripada Arab Saudi.
Jurucakap perdana menteri dalam kenyataan kepada Reuters berkata Muhyiddin disingkirkan kerana "cuba menghasut anggota parti menyingkirkan perdana menteri berdasarkan dakwaan yang terbukti salah".
"Ahli politik yang berani melakukan sesuatu harus berani menerima akibatnya," Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dilaporkan sebagai berkata.

DAH MASUK MINGGU KE-43 SELASA, bila nak saman WSJ !!!

Posted: 20 Apr 2016 04:44 PM PDT

Jika benar selama ini Najib difitnah dan laporan WSJ itu palsu/ bohong berhubung skandal 1MDB, BILA NAK SAMAN WSJ & ABC !!!

Comments (0)