Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:23 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MANA ADA DALAM SEJARAH BINI PM MALAYSIA yg boleh buat macam Rosmah ni..

Posted: 02 Apr 2016 08:56 PM PDT

JAWA POS, 1 Apr. 2016
"Istri Najib Shopping Pakai Duit Negara
Habis Miliaran untuk Borong Baju dan Perhiasan"
Rakyat Malaysia boleh la tabik dada bangga pencapaian luar biasa bini pak Najib pahlawan bugis seantero dunia..

MEMPERTAHAN NAJIB AKAN JADI KERJA SIA-SIA BAGI UMNO

Posted: 02 Apr 2016 08:52 PM PDT

Hari demi hari semakin banyak pendedahan serta pembongkaran di peringkat antarabangsa mengenai Najib Razak, 1MDB, wang yang masuk ke akaun peribadinya serta bagaimana perbelanjaan mewah dilakukannya.

Dulu ramai yang sudah cukup terkejut apabila diketahui wang yang pernah masuk ke akuan peribadi Najib adalah berjumlah RM2,600 juta, tetapi kini nampaknya angka itu makin membesar sehingga didakwa mencecah RM4,200 juta.

Angka itu tentu saja menarik kerana ia secara kebetulan bersamaan dengan 10 peratus daripada hutang keseluruhan yang ditimbun oleh 1MDB iaitu RM42,000 juta.

Apa makna 10 persen bagi kebanyakan orang biasa apabila dikaitkan dengan politik dan perniagaan?

Negara-negara yang sedang menyiasat 1MDB juga turut bertambah iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Switzerland, Hong Kong dan terbaru sebuah negara yang jarang kita kenali, Luxembourg.
Pendedahan mengenai percutian, perbelanjaan mewah dan membeli barang kemas yang melibatkan Najib dan Rosmah juga kian bertambah, bukan saja dari segi jumlah wang yang dibelanjakan dan barang-barang yang dibeli, bahkan turut melibatkan Reza Aziz, anak Rosmah daripada perkahwinannya yang terdahulu.

Dalam pendedahan terbaru WSJ, dilaporkan bahawa Reza melalui syarikat filemnya, Red Granite yang menerbitkan filem separuh porno, The Wolf of Wall Street didakwa telah menerima dana berjumlah AS$155 juta atau RM603 juta melalui laluan berliku yang diipercayai daripada 1MDB.

Dana itu diterimanya dalam tiga peringkat pada tahun 2012 iaitu RM60 juta, RM45 juta dan RM50 juta.

Selain itu, WSJ turut melaporkan bahawa pihak berkuasa UAE telah mengeluarkan perintah larangan perjalanan dan pembekuan aset dua bekas eksekutif syarikat pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company atau IPIC berhubung transaksi kewangan melibatkan 1MDB.

Tindakan terhadap kedua-dua eksekutif itu, Khadem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Huseiney, jelas menunjukkan ada kemajuan dalam siasatan mereka lakukan.

Untuk hari-hari seterusnya pula, terutama kerana banyak siasatan sudah bermula, tidak diketahui  apa lagi pendedahan lain yang bakal terdedah mengenai Najib, 1MDB serta lambakan wang yang dibelanjakan berkaitan dengannya.
Kita juga tidak mengetahui berapa banyak lagi maklumat sulit yang ada dalam tangan WSJ, ABC News, Sarawak Report dan sebagainya yang mungkin hanya menunggu masa untuk disiarkan ke seluruh dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Najadi: Jika PM mudah pindah berbilion, begitu juga pengganas

Posted: 02 Apr 2016 08:47 PM PDT


Pascal Najadi, anak pengasas AmBank Hussain Najadi yang terbunuh, menimbulkan kebimbangan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak memindahkan berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya di AmBank, membayangkan kaedah-kaedah yang cukup longgar untuk organisasi pengganas melakukan perkara sama .
 "Kami mempunyai sebab untuk bimbang melihat skala (pemindahan) wang besar-besaran yang seolah-olah bebas dibersihkan oleh pentadbiran Malaysia, undang-undang, dan keadilan.
"Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa keseluruhan pengubahan wang haram dalam skala besar berbilion dolar AS adalah mungkin dianjurkan di Malaysia.
"Kami mengingatkan dunia bahawa ini menimbulkan, pada pendapat kami, menambahkan risiko yang tidak diingini pertubuhan pengganas yang menggunakan Malaysia sebagai hab pengubahan wang haram di Asia Tenggara," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Pascal menyatakan bahawa dalam kes Najib, wang dari Timur Tengah kelihatan seolah-olah mengalir tanpa disedari pengawal selia dan Bank Negara selama bertahun-tahun.
"Ini adalah jelas dan menghadirkan bahaya kepada Malaysia dalam ujian terhadap pertempuran global menentang keganasan dan jenayah terancang.
"Tabung kewangan antarabangsa dan pendakwa antarabangsa yang berusaha mendedahkan [dakwaan] rompakan besar 1MDB patut memberi tekanan kepada Putrajaya agar benar-benar membersihkan jenayah pengubahan wang haram di Malaysia," katanya.

MB sedang hitung hari, Ahmad Said menghadap Sultan

Posted: 02 Apr 2016 08:46 PM PDT

KEMAMAN – Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada jawatan menteri besar.
Ahmad berkata, beliau menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja tuanku pulang dari luar negara untuk meminta (perkenan) pertukaran menteri besar.
Ahmad Said "Jangan sampai tuanku isytihar bubar Dun, (kalau terjadi macam itu) habis lah. Keadaan sekarang Umno kritikal, kalau (dilakukan) pilihan raya habislah (Umno berisiko kalah), jangan main-main.
"Jangan salahkan saya, saya telah beri ruang yang cukup, saya sayangkan Terengganu...apa yang dia (Ahmad Razif) buat semua saya tahu. Tunggu masa saya akan dedahkan, saya akan dedahkan perkara yang besar-besar yang pada saya ia merugikan kerajaan negeri dan rakyat," katanya menyentuh mengenai sebab beliau menggesa pertukaran menteri besar.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Kemaman Kali Ke-36, di Resorts World Kijal, di sini, semalam.
Bekas menteri besar itu mendakwa, Ahmad Razif juga merupakan salah seorang dalang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sebagai menteri besar sebelum ini.
"Saya 'gentleman', saya buat depan orang ramai (cadang usul undi tidak percaya)...marah dalam dewan, yang dia buat (pada) saya? Saya tak nak cerita lagi tapi saya cerita sikit, dia (beliau) yang terlibat menjatuhkan saya.
"Tapi ingat, Insya-ALLAH dengan kehendak ALLAH SWT,  saya rasa menteri besar sekarang sedang menghitung hari. Apa yang jadi halangan sekarang kepada saya adalah Umno, kalau saya tak fikir Umno, hari itu (masa letak jawatan sebagai menteri besar) saya dah keluar kerajaan. Sebab itu (sayangkan Umno) saya (masih) tunggu," katanya.
Menurutnya,  kerana sayangkan parti, beliau tidak menghadap sultan untuk meminta pembubaran Dun dilakukan sebelum meletak jawatan sebagai menteri besar, dua tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

DAH KENA SONGLAP KA ???

Posted: 02 Apr 2016 05:16 PM PDT

Kutipan GST, 2015.

6/2/2016: Kastam kata kutip RM30b.

21/3/2016: Najib pula kata kutip RM27b sahaja..

Aikkk...Mana pergi lagi lebih RM3 bilion tu ???!!!

MENGAPA DI MALAYSIA BEGITU PANTAS SEKALI NAJIB 'DIBERSIHKAN' ??!!

Posted: 02 Apr 2016 05:14 PM PDT

BONGKAR LAGI... w'pon siasatan 1MDB & Najib di Malaysia telah 'dibersihkan' oleh AG baru Apandi Ali.. di luar negara skandal 1MDB kini disiasat oleh pihak berkuasa di Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Luxembourg, Singapura dan Hong Kong.

Salleh "Ampu" pertikai sumber maklumat ABC

Posted: 02 Apr 2016 05:12 PM PDT

Mahathir mahu Najib dibicarakan melalui media dan disabitkan di mahkamah pendapat umum.
salleh kruak
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempersoalkan sama ada Australian Broadcasting Corporation (ABC) kini diterima sebagai sumber yang boleh dipercayai hinggakan Tun Dr Mahathir Mohamad mahu laporan khas oleh stesen TV Australia itu disiarkan melalui TV Malaysia.
Salleh berkata, bekas Perdana Menteri itu mahu laporan khas ABC mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "Four Corners" disiarkan di Malaysia supaya rakyat Malaysia "mengetahui kebenaran".
"Apabila ABC melaporkan mengenai Najib mereka menceritakan tentang kebenaran. Adakah ini yang Mahathir cuba katakan," kata beliau menerusi blognya.
Awal minggu ini, jurucakap kerajaan Malaysia berkata dalam satu kenyataan
bahawa laporan "Four Corners" ABC mengesahkan bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun perdana menteri adalah derma daripada keluarga diraja Saudi.
Jurucakap itu juga berkata, sepucuk surat yang bocor daripada Arab Saudi menyatakan bahawa derma itu ialah hadiah kepada Najib kerana memperjuangkan Islam sederhana serta memerangi keganasan dan ekstremisme termasuk melancarkan Pergerakan Kesederhanaan Global.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana rasuah, Malaysia dihina negara lain

Posted: 02 Apr 2016 05:11 PM PDT

KUALA LUMPUR - Masalah rasuah yang berleluasa dalam negara ketika ini menyebabkan Malaysia sering dihina oleh negara-negara lain.
Kerana rasuah, Malaysia dihina negara lain Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, oleh itu institusi negara perlu diperbetulkan dengan segera.
"Sekarang seluruh dunia hina kita. Thailand, Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, Mozambique hina kita.
"Ini disebabkan negara kita mengalami masalah rasuah," katanya.
Katanya, himpunan sebegini akan diteruskan pada masa akan datang bagi mendesak perubahan pentadbiran negara dilakukan.
"Pakatan Harapan akan bekerjasama dengan sesiapa saja yang inginkan perubahan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pemerintahan dia (Mahathir) dulu kita lawan tetapi sekarang umur dia dah 90 tahun dia melihat negara sudah lingkup. Dia juga ingin sama-sama lihat Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) berundur.
"Kita tak kira siapa saja yang mahukan perubahan termasuk orang yang sudah pencen iaitu Tun Mahathir, " katanya.
Sementara itu, Mohamad ketika ditemui selepas itu berkata, Himpunan Mansuhkan GST berjaya mencapai sasarannya bagi menyemarakkan semangat rakyat menjelang pilihan raya.
"Sasaran (kehadiran) kami tercapai sebab minggu ini banyak program lain yang diadakan di beberapa tempat. Jadi momentum itu yang kita mahu dikekalkan.
"Kita harap semangat rakyat ini dapat diteruskan hingga pilihan raya akan datang," katanya.

Mahathir: Umur dah lanjut, tapi demi rakyat saya cuba..

Posted: 02 Apr 2016 05:10 PM PDT


Mahathir: Umur dah lanjut, tapi demi rakyat saya cuba..

KUALA LUMPUR - Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas Himpunan Bantah GST di Dataran Merdeka disambut oleh sebilangan peserta dengan laungan Bebaskan Anwar.
Mahathir yang hadir bersama isterinya, Tun Siti Hasmah Mohd Ali lengkap berpakaian kemeja kemas sementara Hasmah mengenakan baju blaus berwarna merah jambu.
Mahathir ketika memberi ucapannya hari ini berkata, beliau berterima kasih kepada rakyat kerana sanggup berpanas untuk menyatakan bantahan terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Saya bersyukur rakyat sanggup berpanas terik untuk nyatakan pandangan mengenai  masalah yang dihadapi rakyat.
"Dan saya harap himpunan ini tidak sia-sia...suara saya pun sudah tiada, umur dah lanjut, tetapi demi rakyat saya cuba," katanya.

Mahathir harap kerajaan dengar rintihan rakyat

Posted: 02 Apr 2016 05:08 PM PDT

KUALA LUMPUR - Genap setahun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasa, segelintir rakyat yang tidak bersetuju dengan pelaksanaannya hadir dalam perhimpunan Mansuhkan GST anjuran Pakatan Harapan yang berlangsung, hari ini.
Cuaca panas terik tidak menghalang peserta yang mula berkumpul di tiga lokasi utama iaitu di Masjid Jamek, Pasar Seni dan Sogo sejak jam 2 petang.
Peserta yang berpakaian tema merah hitam kemudiannya berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Dataran Merdeka sambil melaungkan slogan 'Mansuh GST' dan 'Tolak GST'.
Mahathir harap kerajaan dengar rintihan rakyat Walaupun dihalang memasuki Dataran Merdeka, peserta tetap berkumpul di sekitar kawasan itu dengan diawasi polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Himpunan kemudiannya dihangatkan dengan ucapan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pemuda DAPSY, Wong Kah Woh, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar serta Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.
Ucapan pemimpin turut diselang selikan dengan aktiviti sampingan seperti persembahan nyanyian dan puisi.
Lebih tiga jam berkumpul, himpunan sampai ke kemuncaknya apabila individu yang paling dinanti-nanti iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Ketibaan Mahathir pada jam 5.15 petang disambut dengan sorakan dan laungan oleh peserta.
Kehadiran Mahathir kali ini berbeza daripada penampilannya dalam Bersih 4.0 lalu apabila beliau turut berucap di atas lori yang dijadikan pentas ceramah.
Mahathir dalam ucapannya berkata, beliau berterima kasih kepada penganjur kerana menganjurkan himpunan bagi menyedarkan kerajaan mengenai derita rakyat yang terbeban dengan GST.
Read More / Baca Lagi >>

Polis diminta siasat segera skandal terbaru RM4.2 bilion libatkan Najib

Posted: 02 Apr 2016 08:23 AM PDT


20160402_104900
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Satu laporan polis dibuat hari ini menggesa siasatan segera terhadap skandal terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan sejumlah wang RM4.2 bilion seperti dibongkarkan oleh stesten TV Australia.
20160402_105537Laporan itu merujuk kepada dokumentari "State of Fear-Murder and Money in Malaysia" dalam rancangan Four Corners stesen Australia Broadcasting Corporation (ABC) baru-baru ini mengenai tiga bayaran yang dibuat kepada akaun Perdana Menteri yang mencecah RM4.2 bilion dan bukannya RM2.6 bilion seperti yang diakui kerajaan sebelum ini.
"Ada sebahagian jumlah wang ini didakwa digunakan untuk membeli barangan perhiasan dan pakaian dan membiayai percutian, adakah ini benar?
"Syarikat Jakel Trading didakwa menerima 14 juta USD (anggaran RM55 juta) dalam tempoh 4 tahun antara 2010 – 2014, adakah ini benar?" laporan berkenaan dipetik.
Hadir dalam membuat laporan polis itu di sini adalah Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli; aktivis DAP Ronnie Liu dan beberapa aktivis Otai Reformasi.
Laporan yang dibuat Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan dan NGO Otai Reformis itu juga berkata pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan Four Corners ini mengesahkan  kenyataannya sebelum ini bahawa wang tersebut datang dari keluarga Diraja Arab Saudi, namun jumlah yang disebut oleh Perdana Menteri tidak sama dengan apa yang dilaporkan dalam program televisyen berkenaan.
"Laporan ABC menyatakan hanya USD155 juta dari Arab Saudi dan bukan USD681 juta seperti yang didakwa dan diakui oleh Perdana Menteri, mengapakah berlaku perbezaan yang besar ini?" soal laporan itu.
Justeru, laporan itu meminta pihak polis untuk menyiasat segera dimanakah sejumlah RM4.2 bilion tersebut.

Rakyat diseru sokong mansuh GST, desak Najib undur

Posted: 02 Apr 2016 08:22 AM PDT


KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Pakatan Harapan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menuntut pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
ceramahSatu daripada pelbagai usaha tersebut adalah dengan menyertai himpunan Undur Najib Mansuh GST yang akan berlangsung di sini, petang ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata penyertaan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dalam himpunan itu akan membuka mata kerajaan pimpinan Najib bahawa rakyat tekad mahukan perubahan dalam dasar dan pentadbiran negara.
"Ada banyak sebab mengapa kita mahu Najib undur dari jawatannya. Salah satu sebabnya ialah pelaksanaan GST yang seperti kita dapat lihat, sangat membebankan rakyat.
"Lebih-lebih lagi, ia dilaksanakan dalam keadaan ekonomi tidak stabil dengan masalah pendapatan negara dan kos kehidupan rakyat yang semakin tinggi," katanya semasa memberi ceramah sempena himpunan Undur Najib Mansuh GST di Dewan Cina malam tadi.
Menurutnya, selain masalah berkaitan ekonomi yang menghimpit kehidupan rakyat, Najib juga wajib meletakkan jawatan selepas pelbagai skandal rasuah melibatkan dirinya didedah satu-persatu oleh media antarabangsa.
"Memalukan apabila media antarabangsa kini menyenarai skandal rasuah Najib dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai antara skandal rasuah paling teruk di dunia.
"Malaysia yang sepatutnya mendukung nilai demokrasi juga kini digelar sebagai "state of fear" (negara dalam ketakutan) kerana semakin banyak salah guna kuasa dan undang-undang oleh kerajaan untuk menutup mulut rakyat," katanya.
Sementara itu, Setiausaha DAP Kebangsaan, Anthony Loke, berkata kerajaan UMNO-BN sudah terlalu kerap membohongi rakyat dengan janji-janji yang kini terbukti palsu, terutama dalam isu GST.
"Genap setahun lepas semasa GST baru dilaksanakan, menteri-menteri BN kata GST itu penyelamat negara. Kononnya tanpa GST, negara akan bangkrap.
"Tapi kini kita dapat lihat bahawa GST cumalah penyelamat kepada Barisan Nasional. Saat rakyat biasa merasakan kesempitan hidup yang melampau akibat GST, pemimpin BN seronok berbelanja mewah di luar negara.
"Bagaimana Najib mahu sedar bahawa GST ini membebankan rakyat? WSJ mendedahkan Najib berbelanja hampir AS$1 bilion guna dana awam. Malah, pada Ogos 2014, beliau berbelanja 750,000 euro dalam satu transaksi di Itali.
"Kita sebagai rakyat mesti beritahu Najib bahawa kita hidup susah kerana GST semasa beliau sedang bermewah-mewah dengan turun ke himpunan ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Demo #MansuhGST :'Mana ada rakyat beli kain di Jakel berjuta ringgit' - Rafizi Ramli

Posted: 02 Apr 2016 08:09 AM PDT

Demo #MansuhGST:'CGPA 3.85 pun tak guna, kalau tiada nilai kemanusiaan'- Wan Azizah

Posted: 02 Apr 2016 08:09 AM PDT

Demo #MansuhGST :'Kembalikan 744 biasiswa JPA ke luar negarai'- Nurul

Posted: 02 Apr 2016 08:07 AM PDT

Sikap degil Mahathir antara faktor kegagalan Proton - Annuar Musa

Posted: 02 Apr 2016 07:46 AM PDT

TEMERLOH - Sikap degil bekas pengerusi Proton Holdings‎ Berhad (Proton), Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan antara punca kegagalan syarikat pengeluar kereta tempatan itu menjadi kompetitif dalam saingan industri automotif.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan sukar untuk‎ memperbetulkan keadaan kewangan syarikat milik kerajaan itu kerana bekas perdana menteri itu enggan menerima pendapat orang lain.
Annuar Musa "Sekiranya sesiapa dalam syarikat itu menawarkan idea yang berbeza dengan pandangannya (Dr Mahathir), maka orang itu akan menghadapi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno Cawangan Kuala Krau, di sini hari ini.
Semasa di bawah Mahathir juga, katanya, Proton telah melakukan beberapa‎ urusniaga yang menyebabkan syarikat itu berada dalam keadaan terumbang ambing antaranya termasuk kerjasama dengan Group Lotus Plc.
Kelmarin, Mahathir dikatakan telah meletakkan jawatan di empat badan berkaitan kerajaan iaitu Proton, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Tioman.
Proton dipengerusikan Dr Mahathir sejak diasaskan pada 7 Mei 1983.
Annuar berkata walaupun Proton menghadapi masalah kewangan yang serius namun Proton dilihat kebal serta terkongkong dengan idea dan kepercayaan Dr Mahathir.
Beliau berkata pada satu ketika dahulu, Proton pernah menguasai 70 peratus pasaran kereta tempatan dan kini tidak sampai 30 peratus.
"Ini bermakna Proton semasa di bawah Tun Dr Mahathir sebagai penasihat,  bertahun-tahun menghadapi masalah kewangan yang besar, malah kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar untuk memastikannya untuk terus beroperasi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Populariti Najib menurun 23%, berundur segera – Nurul Izzah

Posted: 02 Apr 2016 07:37 AM PDT

Desakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur dan GST dimansuhkan menjadi semakin jelas hari ini, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
"PM harus sedar popularitinya sudah menurun 23% sejak isu membabitkan skandal dana 2.6 bilion dan 1MDB. Jadi bila rakyat berkumpul hari ini menunjukkan ada desakan rakyat untuk Najib turun dan mansuhkan GST segera," kata ahli parlimen Lembah Pantai ini.
Nurul Izzah tiba bersama pasukan dari PKR yang berarak ke Dataran Merdeka setelah beliau berjalan dari Central Market.
Populariti Najib menurun 23%, berundur segera - Nurul IzzahDitanya sambutan hari ini terhadap protes GST, Nurul Izzah berkata acara hari ini adalah sebahagian daripada program kesedaran untuk rakyat terhadap GSt.
Beliau yakin jumlah yang hadir dilihat lebih ramai kali ini berbanding bantahan sebelum ini.
"Ini salah satu usaha Pakatan Harapan, NGO dan rakyat untuk berkumpul bagi menolak GST," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata sebanyak 35 bas yang membawa penyokong demontrasi bantah GST hari ini dari Larut, Gopeng, Parit Buntar, Taiping, Lumut, Bukit Gantang, Teluk Intan dan Tanjung Malim telah berkumpul sejak awal pagi tadi di ibukota.
Read More / Baca Lagi >>

Anti-Najib akan dicantas dalam mesyuarat MT akan datang

Posted: 02 Apr 2016 07:32 AM PDT

Usul yang akan dibawa mengusulkan pemimpin UMNO yang menghadiri atau menandatangani deklarasi untuk menjatuhkan Presiden dipecat
Nazri
KUALA KANGSAR: Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata usul bagi pemimpin UMNO yang terlibat dalam 'Deklarasi Mahathir' dipecat daripada parti akan dibawa pada mesyuarat MT akan datang.
Beliau berkata tindakan itu perlu kerana sudah jelas perbuatan itu melanggar disiplin parti.
"Akan diusulkan dalam mesyuarat MT UMNO akan datang agar mereka daripada UMNO yang menghadiri atau menandatangani deklarasi itu untuk menjatuhkan pemimpin (presiden) parti dikenakan tindakan dipecat daripada parti.
"Segala prosedur akan dibuat oleh parti dengan (terlebih dahulu) menghantar surat tunjuk sebab kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung dan Ketua UMNO di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar di sini, hari ini.
Mohamed Nazri berkata beliau percaya laporan tentang pemimpin terbabit telah dibuat kepada jawatankuasa disiplin parti untuk pertimbangan dan siasatan dan hasil laporan itu akan dibentangkan pada mesyuarat MT.
Mohamed Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembabitan pemimpin UMNO dalam Deklarasi Mahathir yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertujuan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri dan presiden UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Demo hari ini adalah suara rakyat marhaen

Posted: 02 Apr 2016 07:29 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Perasaan terharu dan kagum bersekang di dada dengan para demonstran bantah GST dan minta Najib berundur yang diadakan hari ini. Bergenang air mata dan dada menjadi panas apabila melihat foto-foto di wall Fb rakan. Rasa bersalah dan berdosa menyumbat ke jiwa kerana tidak dapat hadir.

Gambar dengan berbagai aksi, cerita dan penuh bersemangat. Mereka semua nekad dan tidak pernah berputus asas memperjuangkan nasib mereka dan rakyat marhain. Mereka mahu supaya Najib Razak yang menganugerahkan masalah kepada mereka berundur dengan segera.

Kerana sesuatu saya tidak dapat hadir. Mis kali ini, tetapi InsyaAllah dilain kali. Mereka yang hadir adalah mewakili saya dan mereka yang tidak dapat hadir kerana terhalang dengan berbagai-bagai masalah dan kengkangan.

Jangan risau kalau pun jumlahnya tidak mencecah puluhan ribu seperti selalu. Demo itu tetap berjaya dan dipantau. Percaya dan yakinlah rakyat marhain, penoreh getah, pemandu teksi, nelayan, penjual kueh, pengayuh beca, peneroka, penganggur, para pensiun dan semua masih bersama anda.

Mereka berpadu dalam wadah media baharu. Mereka berwhatsaap sesama grup, mereka menuturkan apa yang sedang berlaku kini. Kepanasan hawa menimpa negara hari ini adalah kemarahan rakyat kepada pendosa celaka.

Mereka semua, rakuat marhaen menghantar doa dan harapan agar masalah dan kesangsaraan rakyat terlesai. Dan mereka juga bersedia bersama anda semua agar Najib cepat TURUN. Mereka semua hadir dengan penuh keikhlasan tidak diupah, bahkan sedia menanggung risiko tindakan aparat.

Mereka sanggup datang ratusan batu dari Timur, Utara, Selatan, hanya untuk menyatakan perasaan mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan. Dan selepas berjumpa rakan dan rakyat marhaen lain merea berlalu pulang ke kampung halaman dan akan bertemu lagi pada waktu lain, bila diadakan demostrasi.Read More / Baca Lagi >>

Derma atau dana 1MDB? Siasatan Luxembourg ada jawapan

Posted: 02 Apr 2016 07:22 AM PDT


Rakyat Malaysia mungkin tertanya-tanya mengapa sebuah negara kecil di Eropah juga melancarkan siasatan global ke atas skandal 1MDB, tetapi hasil siasatan itulah yang akan mempunyai kesan besar ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebagai permulaan, siasatan Luxembourg itu tidak menunjukkan bahawa ia mempunyai sebarang kaitan dengan Najib.
Tetapi siasatan Luxembourg adalah penting kerana ia boleh menyelesaikan kaitan penting - hubungan antara 1MDB dengan beberapa entiti yang telah bermurah hati menyalurkan berbilion-bilion ringgit yang didakwa sebagai derma ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Berita ABC pada Selasa lalu yang memetik rekod bank Najib, mendedahkan bahawa AS$1.051 bilion (RM4.2 bilion) di akaun peribadi perdana menteri berasal daripada entiti seperti Kementerian Kewangan Arab Saudi, Putera Faisal bin Turki bin Bandar Alsaud, Kewangan Tanore (BVI ) dan Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd (BVI).
Pejabat Perdana Menteri mendakwa entiti Arab itu adalah bukti yang Najib sentiasa tegaskan - wang itu adalah sumbangan Arab dan sebarang dakwaan mengaitkannya dengan 1MDB adalah salah.
Jadi bagaimana kaitan ini dengan penyiasatan Luxembourg?
The Wall Street Journal hari ini melaporkan bahawa Kumpulan Banque Privee Edmond De Rothschild Group di Luxembourg yang menguruskan dana untuk pelanggan kaya, mengesahkan ia sedang bekerjasama dengan penyiasat di negara itu bagi menentukan sama ada dana 1MDB mengalir ke dalam bank swasta berkenaan.
Walau bagaimanapun, sebelum pihak berkuasa Luxembourg mengumumkan siasatannya, Sarawak Report pada Januari lalu telah memberi tumpuan kepada Banque Privee Edmond De Rothschild.
Portal pendedah maklumat itu, secara khusus mengeluarkan dokumen yang menunjukkan bahawa akaun Khadem Al-Qubaisi di Banque Privee Edmond De Rotschilde di Luxembourg di bawah nama 'Amanah Vasco' menerima deposit AS$ 472.75 bilion antara 29 Mei 2012 dan 4 Disember 2012.
Wang itu berasal daripada Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd (BVI), syarikat pesisir luar yang sama yang menyalurkan sekurang-kurangnya AS$120 juta (RM480 juta) ke akaun bank peribadi Najib antara 3 Januari 2012 dan 23 Mei 2012.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Terengganu anggap 2016-2017 'tahun perang'

Posted: 02 Apr 2016 07:19 AM PDT


Umno Terengganu mengisytiharkan 2016-2017 sebagai 'Tahun Perang' sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata Umno negeri sedang mengatur strategi untuk memenangi semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan Parlimen pada PRU nanti.
 "Umno negeri akan mengagihkan bantuan kewangan kepada cawangan-cawangan bagi persiapan bilik gerakan atau membina markas-markas pilihan raya serta menyediakan apa saja keperluan melibatkan RM5,000 setiap cawangan.
"Ini menunjukkan kesungguhan Badan Perhubungan UMNO untuk menghadapi PRU kerana merasakan ini merupakan masa terbaik untuk merapatkan semula saf kepimpinan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis perjumpaan khas kepimpinan akar umbi Umno negeri di Kuala Nerus, hari ini.
Sebanyak 4,401 pemimpin peringkat bahagian, cawangan, sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno menghadiri perjumpaan itu.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Serikandi ke-29 di Besut, Ahmad Razif berkata, rakyat Terengganu dilihat semakin matang dan tidak terpengaruh dengan pelbagai isu dibangkitkan pihak tertentu bagi menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Polis tangkap aktivis tampal karikatur Najib di kereta peronda

Posted: 02 Apr 2016 07:13 AM PDT


Gara-gara menampal karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada kereta peronda polis semasa perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur hari ini, seorang aktivis ditangkap.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan bahawa peserta itu ditahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Seksyen ini berkenaan tindakan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
Aktivis Muhammad Zhafran Muhammad Zuhdi, 24 kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
"Dia sedang berjalan apabila sebuah kereta peronda datang, dia melekatkan karikatur Najib dengan kata-kata tertentu di kereta. Itu tidak betul.
"Ia satu-satunya kes (tahanan). Jika tidak, segala-galanya adalah aman, tiada sebarang masalah," kata Amar kepada Malaysiakini.
Peguam Zhafran, Mohd Ashraf Othman, memberitahu Malaysiakini bahawa anak guamnya ditahan pada kira-kira jam 3.30 petang.
Katanya, akses kepada anak guamnya juga telah dinafikan dan beliau hanya boleh menunggu sehingga esok untuk perintah reman.
"Saya telah tinggalkan nombor saya di balai polis, jadi saya akan tunggu polis untuk menelefon saya," katanya.
Ashraf berkata beliau dimaklumkan belum ada pegawai penyiasat ditugaskan berhubung kes anak guamnya.

Demo #MansuhGST :'Pekerja MAS, PETRONAS dibuang, saya pun dibuang' -Tun M

Posted: 02 Apr 2016 07:10 AM PDT

Protesters voice out on GST at Dataran Merdeka

Posted: 02 Apr 2016 07:09 AM PDT

'Saya pernah rayu Najib jangan laksana GST, dia tidak peduli'

Posted: 02 Apr 2016 07:08 AM PDT

Comments (0)