Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bercuti: TI-M puji Nazir, gesa orang lain ikut jejaknya

Posted: 18 Apr 2016 07:01 PM PDT


NGO anti-rasuah, Transparency International-Malaysia (TI-M) memuji langkah Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Nazir Abdul Razak yang mengambil cuti sementara menunggu semakan dalaman mengenai peranannya berhubung pengagihan pembayaran AS$7 juta bagi pihak abangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Nazir, dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 CIMB Group, mengesahkan beliau akan bercuti untuk memudahkan semakan dalaman itu dilakukan.
 Presiden TI-M, Akhbar Satar berkata percutian Nazir itu akan membolehkan semakan dalaman yang bebas dan tadbir urus yang baik.
Menyifatkanya sebagai satu langkah yang betul, Akhbar berkata rakyat Malaysia yang lain sepatutnya mengikuti contoh yang baik seperti itu.
"Pemimpin yang baik mesti memimpin melalui teladan," katanya sambil dengan menambah bahawa dengan mengamalkan sifat 'cakap serupa bikin', akan membuat 'anda menjadi ikutan orang lain".
"Apabila pemimpin mengatakan satu perkara, tetapi melakukan yang lain, mereka menghakis kepercayaan - satu elemen penting kepimpinan yang produktif," katanya kepada Malaysiakini.
Akhbar berkata, TI-M kagum dengan keputusan bijak Nazir untuk menggalakkan tadbir urus yang baik dan tidak mempengaruhi siasatan yang berkaitan dengan beliau.
Semalam, Nazir mengesahkan sedang bercuti bagi membantu semakan dalaman berkaitan pemindahan wang AS$7 juta yang dilapor diterima daripada abangnya Najib.
Nazir berkata, jika beliau tidak bertindak demikian, bank itu tidak dapat beroperasi pada tahap integriti tertinggi.
Katanya bantuannya mengedarkan wang bagi pihak abangnya Datuk Seri Najib hanya diberikan sekali sahaja.

Hairan , Pelik Dan Ajaib ?

Posted: 18 Apr 2016 06:46 PM PDT

Oleh Ridzwan Abu Bakar

"Saya hairan, pelik dan terkejut dengan reaksi ahli Umno dan orang Melayu terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh Najib dan pemimipin Umno" kata seorang 'bekas' tokoh Umno.

"Nak tunggu sampai bila pun tak tau la baru orang melayu nak cerdik... Najib pemain kita kiri kanan pun depa tak sedaq lagi" syarah 'bekas' Pak Yet Umno peringkat bahagian.

"Nak harap ketua bahagian susah la.... depa makan dedak banyak sangat...... kita tak banyak dedak, Najib banyak dedak " luah 'bekas' orang tua Umno.

Demikian, orang2 umno menzahirkan kehairanan mereka; untuk mereka 'hairan' ini adalah sebenarnya harga yang harus dibayar untuk mengangkat martabat orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Jangan hairan
Jangan terkejut
Jangan rasa ajaib dan pelik
60 tahun, orang Umno dan rakyat Melayu
- dibodohkan melalui media 'hamba' Umno
- institusi kerajaan seperti polis, spr, penerangan hatta mahkamah telah 'dipergunakan' seenak dan semahunya.
- undi rakyat hanya berharga RM 50
- wang adalah solusi segalanya
- budaya ampu dan kagum dipupuk semahunya
- 'tuan sentiasa betul dan benar' adalah prinsip yang dipupuk kepada pimpinan lapis bawahan.

Kalau itulah yang ditanam dalam minda Melayu Umno (oleh anda! Bekas pemimpin, bekas Pak Yet dan bekas Orang tua Umno) maka anda jangan hairan dengan sikap ahli Umno sekarang "apa yang ditanam itulah yang akan dituai" .
Read More / Baca Lagi >>

Jahatnya DAP..!!!

Posted: 18 Apr 2016 06:39 PM PDT

OLEH TAMRIN TUN GHAFAR
Ya DAP jual negara. DAP yang jual 3 juta hektar tanah Hak Simpanan Melayu, DAP yang jual IPPs dan tanah lapangan terbang tentera di Sungai Besi pada China.

DAP juga bersama Jho Low yang rompak duit negara RM55 bilion, DAP juga yang masukkan RM4.2 bilion ke dalam akaun peribadi Lim Kit Siang. DAP yang mungkir janji PRU 13 dengan menaikan TOL dan membebankan rakyat jelata dengan memaksa semua rakyat termasuk simiskin dikampung-kampung membayar cukai melalui GST.
DAP juga yang tidak membenarkan 744 anak-anak kita meneruskan pelajaran di universiti luar negara kerana nak selamatkan duit negara RM240 juta.
Jangan lupa DAP juga yang bayar RM77 juta kepada konsultan Yahudi APCO  sebagai penasihat negara.
Oooh ya tahniah pada Lim Kit Siang kerana dapat pujian hebat di muka hadapan suratkhabar Yahudi, The Times of Israel selepas Lim Kit Siang tanpa sengaja  terjumpa pemimpin Yahudi tu di bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Akhinya pemimpin DAP  yang rogol anak gadis Melayu bawah umor sehingga melahirkan anak dalam pusat tahanan sebaliknya pemimpin Umno yang dihumban dalam penjara.
Jahatnya DAP.
Semoga Umno terus kekal sehingga akhir zaman  - kerana tanpa Umno Melayu mati.  Itu sebabnya jumlah penduduk Kelantan tak sampai 10,000 orang jer; semuanya dah mati kerana tak ikut Umno!!!

Menteri Luar Arab Saudi

Posted: 18 Apr 2016 06:38 PM PDT

Oleh Tun Mahathir
1. Apakah yang sebenarnya dikatakan oleh Adel al-Jubeir Menteri Luar Arab Saudi? Rakaman video beliau yang menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan Malaysia disebarkan ke seluruh dunia. Berikut adalah transkripsi rakaman tersebut:


"Tuan Yang Terutama" kata wartawan itu, "Adakah anda menyedari mengenai latar belakang dan maklumat terperinci mengenai isu derma kepada Perdana Menteri Malaysia?"

2. Jika sekiranya penyokong-penyokong Najib gagal mengambil perhatian, soalnya ialah sama ada Encik al-Jubeir sedar mengenai latar belakang dan butiran terperinci mengenai derma itu. Selanjutnya Menteri Luar Arab Saudi menjawab: "Kami mengetahui mengenai derma itu dan ia adalah derma ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan".

3. Dan beliau "sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat dengan teliti perkara itu dan mendapati tiada salah laku dan (bagi dia) perkara itu ditutup."

4. Menyedari kenyataan Peguam Negara tidak semestinya bermakna beliau bersetuju dengan kenyataan itu.

5. Di Malaysia dan juga di kebanyakan negara dunia banyak orang mengetahui kenyataan-kenyataan Peguam Negara. Jika anda bertanya kepada mereka sama ada mereka sedar, mereka akan berkata, ya mereka sedar. Jika mereka ditanya sama ada mereka percaya kebanyakan kenyataan Peguam Negara bahawa 2.6 bilion Ringgit adalah derma yang Perdana Menteri boleh gunakan sesuka hati dan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan, jawapan mereka adalah "Tidak, mereka tidak percaya."
Read More / Baca Lagi >>

Derma ke akaun peribadi PM boleh cetuskan perang proksi

Posted: 18 Apr 2016 06:35 PM PDT

Najib boleh cetus perang proksiNajib boleh cetus perang proksi
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah melakukan kesilapan besar mengaku menerima derma daripada jutawan Arab Saudi dan disahkan oleh Menteri Luar negara berkenaan kerana tindakannya itu akan mencetuskan kebimbangan berlakunya perperangan proksi politik antara parti-parti politik yang menerima derma daripada luar negara, kata Presiden Amanah, Haji Mohd Sabu.
Perperangan proksi politik akibat pembiayaan politik asing kata beliau telah berlaku di negara-negara bergolak seperti di Iraq, Syria, Yaman dan Libya.
"Najib telah memulakan satu tabiat yang buruk untuk politik Malaysia sekarang dan masa akan datang.
"Tidak mustahil satu hari nanti parti politik lain pula akan menerima derma daripada India, Singapura, Taiwan mahupun Amerika Syarikat, kata beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan portal rasmi parti Amanah malam tadi
Beliau berkata Najib nampaknya telah memalu gendang perang. Oleh itu untuk mengambil tanggungjawab, sekali lagi saya menyeru beliau meletak jawatan dan mengaku kesilapan kerana telah menerima derma peribadi begitu banyak untuk menjalankan kegiatan politik.
"Gejala buruk yang dimulakan Najib ini perlu diinsafi oleh sekalian rakyat kerana skandal ini telah menyebabkan negara dipandang jelik oleh negara luar. Najib, berhentilah segera untuk selamatkan Malaysia, katanya.
Ketika sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) ke 13 baru-baru ini , Menteri Luar Saudi, Adel al-Jubeir mengesahkan derma RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah derma tulen dari negara itu.

Kedudukan 1MDB Bercelaru- IPIC Tamatkan Pelan Menyelamat

Posted: 18 Apr 2016 06:30 PM PDT

International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpengkalan di Abu Dhabi, United Emerite Arab telah menamatkan pelan menyelamat 1MDB yang ditandatanagi pada Jun 2015 dengan Kemenenterian Kewangan malaysia.
Pada perjanjian tahun lalu itu, IPIC telah menyalurkan AS1bilion tunai kepada 1MDB, untuk tujuan membayar hutang daripada konsertum Bank yang diketuai Dutse Bank, Jerman sebanyak AS970juta. Melalui perjanjian itu juga, IPIC mengambil alih hutang bond 1MDB bernilai AS3.5bilion melalui pertukaran aset milik 1MDB yang tidak dinyatakan. 
Jika berasaskan laporan berkaitan dengan perjanjian menyelemat itu, 1MDB perlu membayar AS3.54bilion, kepada IPIC. Menurut rekod 1MDB, memangpun syarikat itu telah menyalurkan AS3.5bilion kepada BVI Aabar PJS Ltd, sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island pada tahun 2012. Syarikat itu walau bagaimanapun ditutup pada Jun 2015.
Pada 11 April lalu, IPIC dan Aabar telah memberi tahu Bursa London, bahawa syarikat itu tidak mempunyai kaitan dengan BVI Aabar PJS Ltd, dan pada masa yang sama memberitahu, bahawa syarikat itu tidak pernah mendapat apa-apa bayaran daripada 1MDB.
Semalam, IPIC telah memberitahu Bursa London, bahawa pelan menyelamat 1MDB ditamatkan sepihak, atas sebab 1MDB gagal membayar AS1,102,750,000.00 beserta faedah. juga, ekoran kepada penamatan itu, maka IPIC juga tidak akan membayar faedah RM50juta ke atas AS3.5bilion nilai bond yang dijamin syarikat itu, di mana faedah itu perlu dibayar pada 19 April 2016.
Jaminan IPIC ke atas bond yang dikeluarkan 1MDB bernilai AS3.5bilion, tidak boleh ditukar milik atau dibatal, ertinya obligasi terhadap bond itu masih tanggungjawab IPIC.
Read More / Baca Lagi >>

Orang kepercayaan Anwar kini Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat

Posted: 18 Apr 2016 05:18 PM PDT

Datuk Kamarudin JaffarDatuk Kamarudin Jaffar
Orang kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyertai PKR tidak lama dahulu, Datuk Kamarudin Jaffar telah dilantik sebagai Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat, sebuah badan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Setiausaha Agung PAS itu dilantik dalam mesyuarat penuh gerakan Selamatkan Malaysia yang disertai para pemimpin pertubuhan dan parti politik  Jumaat lepas.
Kamarudin, bekas setiausaha agung Abim sewaktu dipimpin Anwar,  ketika dihubungi mengesahkan perlantikan itu yang katanya dibuat di hadapan semua pemimpin utama gerakan untuk menyingkirkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ya betul, saya dilantik dalam mesyuarat Jumaat lepas," kata Kamarudin yang sebelum ini dilantik oleh PKR untuk mengendalikan pejabat Ketua Umum PKR ketika Anwar berada dalam penjara.
Perlantikan Kamarudin dipercayai sedikit sebanyak meredakan ketegangan antara kumpulan-kumpulan dalam PKR yang selama ini menentang gerakan pimpinan Tun Mahathir ekoran hubungan dingin Tun Mahathir dengan Anwar.
Di samping perlantikan Kamarudin yang juga bekas Pengarah Urusan Harakah, lidah rasmi PAS dan ahli parlimen Tumpat itu, Deklarasi Rakyat juga kini mendapat pejabat baru yang disumbangkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Kamarudin dipercayai akan bertugas mengendalikan sektretariat gerakan ini sehingga matlamat untuk menjatuhkan Najib daripada jawatan perdana menteri tercapai.
Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim dianggap sebagai setiausaha kepada gerakan ini kerana beliau mengetuai jawatankuasa penyelaras termasuk menganjurkan Kongres Rakyat di Shah Alam, 27 Mac lepas.
Zaid turut berada dalam mesyuarat yang melantik Kamarudin itu.
Kongres yang disertai semua pemimpin yang menyokong gerakan pimpinan Tun Mahathir ini dianggap berjaya menyampaikan mesej yang jelas kepada rakyat namun belum berjaya menyatukan semua kumpulan dalam PKR untuk bersama-sama Tun Mahathir yang dianggap musuh tradisi Anwar sebelum ini.
Dalam satu forum di Shah Alam Jumaat 14 April lepas, Tun Mahathir menegaskan, fokus gerakan ini adalah untuk menjatuhkan Najib sahaja, sesuatu yang dipersetujui oleh semua yang menyertai gerakan ini.
Read More / Baca Lagi >>

MALAYSIA BOLEH HUTANG..!!!

Posted: 18 Apr 2016 05:13 PM PDT

Inilah hasilnya jika negara ditadbir urus pemimpin kaki penipu, putar belit & memerah keringat rakyat demi kemewahan & keseronokan kehidupan mereka..

Kalaulah bayaran faedah AS$50 juta pon tak mampu nak bayar, apatahlagi nak bayar hutang pokok RM50,000,000,000 (50 bilion) !!!

1MDB WANTED..!!

Posted: 18 Apr 2016 05:09 PM PDT

Pada 14 April 2016 di pejabat saya di Ibupejabat KEADILAN, Merchant Square, Petaling Jaya saya telah membaca Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Mengenai 1MDB yang diperolehi dari laman web Parlimen Malaysia di http://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-110-116.pdf

Saya merujuk kepada mukasurat 8 hingga 14 laporan tersebut yang menghuraikan latar belakang penubuhan 1MDB dan penerbitan Islamic Medium Term Notes (IMTN) iaitu bon hutang berjumlah RM5 bilion. Bon hutang RM5 bilion ini adalah hutang pertama yang diambil oleh 1MDB dan dari pengetahuan saya melalui pembacaan di media mengenai 1MDB, bon hutang RM5 bilion ini dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

Dari Laporan PAC mukasurat 8 hingga 14 itu, saya memahami bahawa intipati siasatan PAC merumuskan perkara-perkara tersebut:

i. Pengurusan 1MDB pada ketika itu telah menandatangani perjanjian program dan pengeluaran jaminan kerajaan bagi bon hutang RM5 bilion ini tanpa mengikut terma dan perancangan yang telah ditetapkan oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Terengganu) iaitu pemegang saham pada ketika itu

ii. Akibat pelanggaran seperti di dalam (i) di atas, Lembaga Pengarah pada ketika itu pada 22 Mei 2009 telah meluluskan tiga resolusi yang mengarahkan penggantungan penerbitan bon hutang RM5 bilion ini sehingga beberapa langkah untuk menguatkan tatakelola dan urustadbir ("good governance") dilaksanakan terlebih dahulu

iii. Walau bagaimana pun, pada 25 Mei 2009 iaitu tiga hari selepas resolusi mengarahkan penggantungan penerbitan bon hutang RM5 bilion dibuat, pengurusan 1MDB melanggar arahan itu dengan menandatangani Perjanjian Langganan dengan Ambank

iv. PAC telah mendapati Dato' Shahrol Azral sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada ketika itu telah melakukan kesalahan kerana menandatangani Perjanjian Langganan Bon Hutang RM5 Bilion tanpa apa-apa kuasa yang diberikan oleh Lembaga Pengarah

v. Siasatan PAC mendapati bahawa penerbitan bon hutang RM5 bilion itu disegerakan (walaupun bertentangan dengan arahan Lembaga Pengarah) atas permintaan Penasihat Khas

Read More / Baca Lagi >>

Nak perbodohkan rakyat mcm pemakan dedak ka..

Posted: 18 Apr 2016 05:07 PM PDT


BONGKAR !!!.. Benarkah Najib tidak disebut dalam laporan PAC ??..

Abes tu.. yg disebut PM, Menteri Kewangan, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), Pengerusi 1MDB & Pengerusi Lembaga Penasihat dlm Laporan PAC ITU SIAPA ??!!

HANTU RAYA KA !!!

One Happy Family...1MDB

Posted: 18 Apr 2016 05:03 PM PDT

Masa rembat berbilion, semua happy...enjoy...berjoget tak ingat dunia... Kini bermasalah semua tak nak mengaku saudara...

Skandal 1MDB: Bank Negara beri amaran sejak 2014

Posted: 18 Apr 2016 05:00 PM PDT

ZetiGabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menjelaskan pihaknya sudah mengeluarkan amaran berkenaan 1Malaysia Develop Berhad (1MDB), sejak 2014.
Beliau yang bakal mengakhiri kontraknya hujung bulan ini berkata, amaran itu adalah berkenaan risiko hutang firma yang melambung kepada sistem kewangan negara.
"Sudah pasti ia berada dalam radar pemantauan kami. Kami memantau daripada segi tahap keberhutangan mereka dan jika ia memberi implikasi sistematik dengan sektor perbankan," katanya kepada Bloomberg di Washington yang dipetik daripada laporan Malaysiakini.
Menurut laporan itu, hutang 1MDB setakat Januari lalu mencecah RM50 billion (AS$12.8 billion).
Beliau berkata, Bank Negara mengeluarkan dua memorandum kepada Kementerian Kewangan membabitkan lonjakan hutang firma berkenaan.

Rakyat tolak Zahid ganti Najib – Tun M

Posted: 18 Apr 2016 04:55 PM PDT

Menamakan Zahid Hamidi sebagai calon menggantikan Najib Razak adalah satu kesilapan kerana cadangan itu dibantah rakyat.
mahathir-zahid
PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menamakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri bagi pengganti Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu kesilapan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kebanyakan rakyat Malaysia menolak Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengganti Najib.
"Zahid beritahu saya untuk terus bersuara mengenai isu derma. Saya rasa Zahid yang patut bertindak lebih dari saya. Namun, malangnya, dia tidak berbuat apa-apa
"Apabila namanya tersilap sebut sebagai calon berpotensi menggantikan Najib, orang ramai berteriak kerana suara rakyat yang bebas menolak Zahid," katanya dalam entri terbarunya.
Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk menjadikan Zahid sebagai calon pengganti jika usaha menyingkirkan Najib menemui kejayaan.
Namun, Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatannya itu berkata, biarlah matlamat utama Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib berjaya sepenuhnya.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Menteri Saudi sedar tak bermakna dia setuju

Posted: 18 Apr 2016 04:54 PM PDT


 Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir mengatakan dia sedar dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa wang deposit ke akaun peribadinya adalah derma.
Bagaimanapun itu tidak bermakna menteri itu setuju dengan dakwaan Najib, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sekiranya penyokong Najib gagal untuk faham, soalannya sama ada al-Jubeir sedar latar belakang dan butiran mengenai sumbangan itu.
"Oleh sebab itu, menteri luar Saudi menjawab, 'Kami sedar derma itu dan ia satu sumbangan tulen tanpa apa-apa jangkaan sebagai balasan'," tulis Mahathir dalam blognya hari ini.
Musuh ketat Najib itu juga menyatakan bahawa al-Jubeir berkata dia sedar peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak menemui sebarang kesalahan Najib.
"Menyedari kenyataan A-G tidak bermakna dia (Adel al-Jubeir) bersetuju dengan kenyataan itu," kata Mahathir menambah bahawa al-Jubeir juga tidak menarik balik atau menafikan komennya sebelum ini yang meragui punca derma RM2.6 bilion itu.
"Media Malaysia yang mentafsirkan bahawa 'dia sedar' sebagai satu penafian bagi kenyataannya yang terdahulu," katanya.

ADIK JAGA INTERGRITI...ABANGNYA?

Posted: 18 Apr 2016 07:16 AM PDT

Seolah-olah menunjukkan cara bagaimana menjaga intergriti,  Pengerusi CIMB Bank, Nazir Razak mengambil keputusan bercuti  secara sukarela bagi membolehkan siasatan bebas dijalankan terhadapnya kerana menerima AS$7 juta daripada abangnya, Najib Razak sebelum pilihanraya 2013 yang lalu.

Wang itu dipercayai diberikan Najib kepada adiknya untuk diagih-agihkan kepada beberapa pihak yang terlibat secara langsung dalam kempen pilihanraya berdasarkan arahan oleh abangnya selaku Presiden UMNO.

Keterlibatannya menerima wang tersebut disahkan oleh Nazir sendiri kepada WSJ di mana beliau percaya ia adalah sumbangan politik daripada dalam negara dan tidak pasti jika ianya daripada sumber yang lain.

Nazir kemudian meluahkan perasaannya bahawa beliau tidak sepatutnya terlibat berbuat demikian.

Ketika mengesahkan cuti sukarelanya, Nazir berkata, bank itu tidak akan dapat beroperasi pada tahap tertinggi jika beliau tidak mengambil tindakan cuti sukarela itu.

Tentunya tabik untuk Nazir!!

Tapi, bagaimana dengan abangnya Najib?
Read More / Baca Lagi >>

MARI KITA USAHAKAN 1 JUTA YANG PERTAMA DULU...

Posted: 18 Apr 2016 07:12 AM PDT

Sehingga ini dilaporkan seramai 220 ribu orang sudah menandatangani Deklarasi Rakyat yang bertujuan mendesak pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Melalui online saja, seramai 50 ribu sudah berbuat demikian dan sambutan terus diterima hari demi hari. Bagi yang belum menandatanganinya, boleh berbuat demikian di sini - http://goo.gl/forms/VMXoMc8Xzf.

Pengumpulan tandatangan secara fizikal pula, terlihat sambutannya begitu hangat sekali terutama di mana ada tokoh-tokoh tertentu yang turun berkempen sepertimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Sabtu lalu.

Selain itu, urusetia mengumpulkan tandatangan juga sedang bergerak ke negeri-negeri bersama program Selamatkan Malaysia bagi mencapai matlamat awal mendapatkan sekurang-kurangnya 1 juta tandatangan dalam waktu terdekat ini untuk dihantar kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Selepas 1 juta yang pertama, 1 juta yang kedua, yang ketiga dan seterusnya pula akan dihantar sebagai makluman kepada Raja-Raja mengenai penolakan rakyat terhadap Najib.

Untuk itu, kepada yang belum berbuat demikian, sila lakukan sekarang jika dalam hati kita benar-benar mahu melihat Najib berjaya diundurkan.

IPIC tamatkan pelan menyelamat 1MDB

Posted: 18 Apr 2016 07:10 AM PDT


International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi berkata pelan menyelamat 1MDB yang dimeterai syarikat itu dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) tahun lalu ditamatkan.
Dalam satu pengumuman kepada Bursa Saham London hari ini, IPIC berkata ia dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS tidak lagi bertanggungjawab kerana 1MDB dan MOF telah gagal untuk membayarnya lebih AS$1 bilion seperti yang dijanjikan.
"IPIC telah melaksanakan semua obligasinya setakat ini mengikut perjanjiannya.
 "1MDB dan MOF telah gagal untuk melaksanakan pembayaran tertentu dan kewajipan lain yang perlu dilaksanakan kepada kumpulan IPIC menurut perjanjian berkenaan, termasuk kewajipan untuk membayar kepada IPIC AS$1,102,725,000 ditambah dengan faedah.
"Hasilnya, 1MDB dan MOF ingkar menurut terma perjanjian itu dan obligasi IPIC dan Aabar di bawah perjanjian itu telah ditamatkan," katanya.
Pengumuman itu dibuat ketika laporan tersebar bahawa IPIC enggan membayar faedah AS$50 juta bagi pihak 1MDB yang matang esok bagi terbitan bon AS$3.5 bilion. Ini menyaksikan 1MDB menghadapi risiko gagal bayar.
Menjelang berlakunya kegagalan bayaran itu, IPIC berkata, 1MDB dan MOF perlu bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang dibuat ke atas firma milik Abu Dhabi itu.

Skandal 1MDB: IPIC belum bayar faedah AS$ 1.75 bilion

Posted: 18 Apr 2016 07:09 AM PDT


International Petroleum Investment Company (IPIC) belum membayar faedah berkaitan perjanjian antara syarikat dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata faedah itu perlu dibayar setengah tahun tarikh pembayaran faedah pada 18 April, 2016, berkenaan dengan nota US$1.75 bilion pada kadar 5.75 peratus, yang matang pada 2022, diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Limited.
 "Pada 4 Jun 2015, IPIC menerima obligasi penerbit untuk membayar faedah yang perlu dibayar di bawah nota, sebagai pertukaran untuk usaha tertentu untuk memindahkan aset dan wang tunai kepada IPIC," katanya.
Bagaimanapun, pertikaian timbul antara IPIC dan penerbit berkenaan, antara lain, obligasi penerbit kepada IPIC dan obligasi berkaitan IPIC.
"Oleh itu, pada masa kenyataan ini, penerbit memahami IPIC belum membayar faedah tersebut," katanya.
"1MDB berharap dapat menjelaskan bahawa ia dan entiti kumpulan akan memenuhi semua obligasi lain mereka di bawah apa-apa perjanjian pembiayaan lain dan mempunyai kecairan yang cukup untuk berbuat demikian," katanya.

MAAFLAH ZAHID, RAKYAT BELUM MAHU MELETAKKAN TITIK NOKTAH LAGI...

Posted: 18 Apr 2016 06:44 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menerima penjelasan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir mengenai derma RM2,600 juta serta menjadikannya satu titik noktah.

"Saya fikir, mesti berjiwa besar menerima penjelasan dan hakikat ini...siapa pun, mantan Perdana Menteri sekali pun terimalah hakikat bahawa penjelasan ini adalah suatu titik noktah," katanya.

Macam merayu-rayu bunyinya nada Zahid kali ini...

Malangnya Zahid, terlalu sedikit yang dapat menerima dan mempercayai penjelasan Adel Al Jubeir mengenai wang yang diterima Najib itu.

Bagi Tun Mahathir,  sebagaimana yang disebutnya semalam, bercakap saja tidak memadai dan ia mestilah disertakan dengan bukti-buktinya sekali.

Iyalah, pindahkan wang RM10 pun ada resitnya, inikan pula ribu-ribu juta jumlahnya!!

Di kalangan rakyat pula, kata-kata Menteri Luar Arab Saudi itu lebih menjadi bahan ketawa dan persendaan semata-mata. Beliau dijadikan bahan persendaan bukan saja kerana sebelum ini pernah mengatakan wang itu adalah pelaburan,  tetapi juga kerana logik kata-katanya hampir tidak ada sama sekali untuk dipercayai.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)