Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


DAP tak akan menang lawan kuasa wang BN

Posted: 17 Apr 2016 10:31 AM PDT

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bimbang parti itu tidak boleh bersaing dengan baik dalam pilihan raya negeri Sarawak jika politik wang menjadi faktor penentu.
"Jika pilihan raya Sarawak pada 7 Mei akan diputuskan oleh kuasa wang, ia akan menjadi bencana bagi DAP Sarawak," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau mengulas analisis Malaysiakini hari ini bahawa sekurang-kurangnya lima ahli perniagaan Cina dan jutawan balak akan menjadi calon BN dalam pilihan raya Sarawak akan datang.
Lim merayu kepada pengundi Sarawak untuk mengundi demi penghormatan kepada pemimpin parti itu yang telah banyak melakukan pengorbanan seperti Wong Ho Leng dan Karpal Singh.
"Mereka adalah pemimpin-pemimpin politik yang berbakti kepada prinsip dan hak dan kepentingan rakyat dan bukan untuk kepentingan diri, sama ada dalam mengumpul kekayaan peribadi, kedudukan atau kemuliaan," katanya.
Beliau berkata walaupun tanpa calon jutawan berkenaan, pilihan raya di Sarawak akan menjadi sukar bagi pembangkang.
"Ia akan menjadi hampir satu misi mustahil untuk menafikan Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri) Adenan Satem mendapat dua pertiga majoriti di dewan undangan negeri kerana HARAPAN perlu menang sekurang-kurangnya 28 kerusi dewan undangan negeri," katanya.
Beliau berkata peluang Pakatan Harapan untuk menang juga adalah sukar sekiranya parti-parti dalam gabungan itu bersaing antara satu sama lain dalam pertembungan pelbagai penjuru.
Pakatan Harapan sebelum ini sepakat untuk bertanding dalam pertandingan satu lawan satu dengan BN di Sarawak.
Bagaimanapun, PKR Sarawak tidak bersetuju dengan keputusan itu dan berkeras untuk bertanding di lima kerusi yang ditandingi DAP. Lima kerusi itu ialah Dudong, Palawan, Pujut, Tanjong Batu dan Repok.

Teresa Kok: Rahman Dahlan chickened out

Posted: 17 Apr 2016 10:23 AM PDT

Mungkin tidak popular kalau tangkap saya - Tun M

Posted: 17 Apr 2016 10:17 AM PDT


Dalam wawancara dua bahagian ini, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin adalah de facto pemimpin pembangkang negara ini, yang berbicara secara terang-terangan mengenai musuh barunya, Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
Berikut merupakan sedutan dari wawancara tersebut yang dikendalikan oleh penulis :
Menteri Luar Saudi (Adel Al-Jubeir) telah berkata bahawa derma oleh Arab Saudi - yang beliau berpuas hati dengan siasatan Peguam Negara dan setakat ini, bagi pihak Arab Saudi, perkara itu telah selesai. Apa maklum balas Tun dalam hal ini?

Mahathir: Itu apa yang dia kata, Siasatan, anda perlu bukti dokumen. Jika duit itu dipindahkan, pasti ada sesuatu yang bertulis - cek, rekod bank, bank mana.
Kenyatan sendiri tidak mencukupi. Jadi, sehingga saya dapat melihat dokumen berkenaan, sehingga ianya didedahkan umum, mana-mana kenyataan sendiri tidak boleh dipercayai.
Kenapa Umno berbaloi untuk diselamatkan?
Umno adalah sebaik mereka yang berada dalam Umno. Bukan organisasi itu yang buruk, ia siapa yang mentadbir organisasi itu. Anda boleh mentadbir dengan baik dan memenuhi amanah, atau anda boleh salah guna kuasa dan ia menjadi sangat teruk.
Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah tukar pemimpin, bukan tukar organisasi. Anda boleh menukar organisasi untuk mengelak salah guna, namun tidak kira betapa baiknya anda mengungkapkan perlembagaan, undang-undang, peraturan, akan ada orang yang salah guna kuasa.
Tun, anda mengatakan anda telah salah membuat pilihan pengganti. Bolehkah ini menggambarkan Umno tiada pemimpin pelapis yang bagus?
Saya boleh bersetuju. Apabila orang memimpin Umno, mereka cenderung untuk tidak dicabar. Oleh itu, mereka tidak membenarkan orang yang berkaliber, ada karisma untuk sertai. Jadi akhirnya, anda hanya apa beberapa pilihan sahaja. Pilihan yang ada ialah pemimpin pengganti yang tidak sebaik seperti yang diimpikan. Bakat terbaik tidak dibenarkan untuk sertai kerana apabila mereka sertai, mereka ini akan merendah-rendahkan penyandang semasa.
Apakah benar perlunya ada Deklarasi Rakyat ialah kerana Tun tidak dapat menyingkirkan Najib walaupun berpengaruh dalam Umno?
Baik, semua saluran untuk menukar pemimpin telah disekat dan ditutup oleh Najib. Selalunya anda ambil tindakan undang-undang atau politik. Tindakan politik adalah undi tidak percaya tetapi Najib entah bagaimana berjaya mempengaruhi majoriti untuk menyokongnya walaupun apa yang telah diperkatakan terhadap beliau selama ini.
Kenapa Tun rasa semua rakan aliran Tun telah ditahan atau dihalang tetapi Tun masih dibiarkan sendiri?
Mereka telah hantar polis untuk menyoal siasat saya tetapi soal siasat ini, saya rasa tidak memberikan hujah untuk mendakwa saya di mahkamah, jadi mereka tidak ambil kira perkara ini, dan mungkin mereka rasa ini bukan suatu tindakan yang popular.

Skandal 1MDB: Rafizi mula seret masuk penjara bersama beliau esok

Posted: 17 Apr 2016 10:15 AM PDT


Rafizi mula kempenRafizi mula kempen
Mulai esok, ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan memulakan usahanya untuk menyeret semua yang terlibat dengan skandal 1MDB bersama beliau memasuki penjara.
"Esok (Isnin 18/4) saya akan mulakan kempen #1MDBWanted dengan laporan polis terhadap Jho Low. Setiap minggu kita tumpu kepada individu berbeza berdasarkan penemuan di dalam Laporan PAC Mengenai 1MDB," kata Rafizi dalam kenyataannya.
Dalam forum anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam 14 April lepas, Rafizi berjanji akan menyeret sama semua yang terlibat dengan skandal 1MDB untuk bersama-sama beliau masuk penjara.
"Saya tidak mempunyai banyak masa dah, paling lama setahun lagi, saya akan dimasukkan. Jadi saya berjanji, dalam masa yang ada ini saya akan menyeret semua yang terlibat dengan 1MDB untuk menyertai saya," kata Rafizi di forum itu.
Rafizi kini berhadapan dengan pelbagai tuduhan jenayah oleh kerajaan Malaysia. Yang terakhir adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang membawa hukuman penjara kepada beliau.
"Saya bersedia untuknya, namun saya tidak akan masuk bersendirian. Saya akan seret mereka semua bersama saya," kata Rafizi dalam forum yang penuh sesak dengan hadirin itu.
Turut serta menjadi penal dalam forum itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang, Tony Pua, Cynthia Gebriel dan Khalid Samad manakala moderatornya adalah wartawan The Malaysian Insider, Zulkifli Sulong.
Read More / Baca Lagi >>

Ketoi taik disangka kayu penyelamat

Posted: 17 Apr 2016 10:06 AM PDT


Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz OmarAhli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pemimpin Umno dan menteri-menteri yang menyangka kenyataan menteri luar Saudi yang mengesahkan derma negaranya kepada Datuk Seri Najib Razak umpama "ketoi taik disangka kayu penyelamat" untuk mereka berpaut.
Mahfuz berkata demikian ketika mengulas kegembiraan pemimpin Umno dan kerajaan Malaysia mengenai kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang menyatakan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi PM Najib adalah derma dari negaranya kepada Najib.
"Kenyataan Adel itu 'bikin rosak ana punya program'," kata Mahfuz mengambil skrip dalam sebuah filem arahan dan lakukan seniman P Ramlee.
Ini kerana, bagi beliau Najib tahu rakyat tidak percaya dengan kenyataan Adel kerana Adel tidak mengatakan kenyataan dia sebelum ini yang wang RM2.6 bilion adalah 'pelaburan' tidak betul.
Kenyataan menteri luar Saudi yang berubah ubahKenyataan menteri luar Saudi yang berubah ubahKenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu hanya dibuat selepas pertemuan khusus beliau dengan PM Najib di Istanbul sempena Sidang Kemuncak OIC ke-13.
"Menunjukkan ianya adalah satu kenyataan yang sangat menimbulkan tanda tanya. Ini kerana pada Februari 2016, Menteri yang sama iaitu Adel Al Jubeir menyatakan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bukan derma tetapi adalah PELABURAN," kata ahli parlimen PAS itu.
Persoalannya, katanya, kenapa menteri luar itu perlu mengambil masa dua bulan untuk menyatakan wang tersebut adalah derma daripada negaranya dan kenapa beliau perlu tunggu untuk menyatakannya selepas pertemuan dengan Najib?
"Ini menunjukkan dia dalam keadaan tertekan untuk buat kenyataan," kata Mahfuz.
"Bagi saya, Adel sangat bijaksana membuat kenyataan tersebut walaupun dalam keadaan tertekan kerana dia masih ingat Februari yang lalu beliau telah pun membuat kenyataan yang menyatakan wang itu adalah pelaburan.
Read More / Baca Lagi >>

RM2.6 bilion: Penjelasan Arab Saudi kemenangan besar Najib, kerajaan BN ampun Adenan

Posted: 17 Apr 2016 10:02 AM PDT

Adenan Satem yakin penjelasan itu juga akan membawa kemenangan besar BN di Sarawak.
adenan,najib
SIBU: Penjelasan Arab Saudi mengenai status derma RM2.6 bilion baru-baru ini disifatkan sebagai 'kemenangan besar' dalam usaha membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Malaysia.
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem turut menyifatkan perkara itu mampu mengembalikan keyakinan rakyat di peringkat akar umbi terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Najib.
"Terbukti Perdana Menteri tidak terbabit dalam isu berkenaan, …semua sudah dijelaskan oleh kerajaan Arab Saudi. Di Sarawak, kita amat gembira dan bersyukur dengan perkembangan, malah ia begitu bermakna dalam keadaan kita bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).
"Kita sudah dimaklumkan perkara yang sebenarnya, …rakyat sudah tahu apa sebenarnya berlaku. Justeru, kita yakin ia mampu meningkatkan sokongan terhadap BN.
"Kita sudah ada enam Perdana Menteri tetapi Najib yang paling dekat di hati 'Anak Sarawak'. Sudah 50 kali sepanjang enam tahun menjadi Perdana Menteri, beliau melawat Sarawak hingga ke segenap pelusuk negeri dengan membawa bersama pelbagai projek pembangunan," katanya, lapor Berita Harian Online.
Beliau berkata demikian ketika mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Fasa Keempat Projek Lebuhraya Pan Borneo – Pakej Jajaran Simpang Bintangor – Jambatan Sungai Kua, di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

AG: Tak perlu siasatan lanjut derma RM2.6 bilion

Posted: 17 Apr 2016 09:53 AM PDT


Susulan kenyataan terbaru kerajaan Arab Saudi mengenai derma RM2.6 bilion, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali menegaskan tiada keperluan untuk siasatan lanjut dijalankan.
 Mingguan Malaysia memetik Apandi yang mengaku berasa lega dengan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir yang mengatakan derma tersebut adalah tulen dan Arab Saudi tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada sumbangan tersebut.
"Alhamdullilah. Bagi saya isu ini sudah tamat, ada yang minta untuk dijalankan siasatan lanjut tetapi saya rasa tidak perlu.
"Ini kerana telah ada keterangan daripada pemberi dana, jadi apa lagi yang perlu disiasat," katanya yang dipetik oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia.
Al-Jubeir dilaporkan memberitahu wartawan Malaysia di Istanbul pada hari Jumaat bahawa kerajaan Saudi sedar derma itu adalah tulen tanpa mengharapkan balasan.
"Kami juga sedar sepenuhnya bahawa peguam negara Malaysia telah dengan teliti menyiasat perkara itu dan mendapati tiada kesalahan.
"Jadi, setakat kami tahu, perkara itu ditutup," kata Al-Jubeir.

Pengakuan Saudi seolah-olah Najib telah dibeli - Mat Sabu

Posted: 17 Apr 2016 09:53 AM PDT

Pengakuan menteri luar Arab Saudi bahawa kerajaannya mendermakan RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak menggambarkan Malaysia dan perdana menteri sendiri telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai negara itu.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, ini kerana Arab Saudi kini sedang mengetuai blok besar di Timur Tengah dan dilihat sedang bertelagah dengan kumpulan dari blok lain.
"Oleh itu pengakuan memberi derma kepada Najib itu telah menyebabkan Malaysia seolah-olah telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai oleh Arab Saudi itu," katanya pada kenyataan media.
Mat Sabu berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali khususnya dalam rangkaian negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) atas sifatnya yang berkecuali.
Antaranya dalam beberapa isu termasuk peperangan Bosnia, isu Afghanistan dan sokongan terhadap Palestin.
"Kesannya, imej hebat Malaysia selama ini akhirnya telah terjejas dengan derma ini. Malaysia tidak lagi dilihat berkecuali dan boleh memainkan peranan," kata Mat Sabu.
Justeru katanya, untuk keluar daripada kemelut itu beliau memohon Najib supaya meletakkan jawatan 'secara terhormat'.
Read More / Baca Lagi >>

NAMPAK TAK !!!.. Sejak bila pak arab belajar ilmu putar belit Umno ???

Posted: 17 Apr 2016 09:44 AM PDT

KENAPA hanya dlm tempoh 2 bulan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi berubah-ubah ttg status dana AS$681 juta kpd Najib yg dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib sendiri ???

BUKANKAH pada mulanya beliau menafikan ia derma, tetapi mengaku ia satu pelaburan.. KALAU DAH NAMANYA PELABURAN mestilah ada pulangan yg diharapkan.. Tak kan melabur nak rugi..

TETAPI SEKARANG mengiyakan pula dana AS$681 juta itu derma tanpa mengharapkan apa-apa balasan plok..

KENAPA tiba-tiba kenyataan Menteri Luar Arab Saudi berubah setelah tiba di Turki kebetulan Najib & Rosmah juga berada di Turki..

Tak Berani Lapor Polis...!!!

Posted: 17 Apr 2016 09:38 AM PDT

Jika pihak pembangkang bongkar kebobrokan Umno/BN, mcm babi kudung kuncu2 Umno buat repot polis..

Tapi bila 1MDB didakwa jadi mangsa penipuan kenapa penandatangan tunggal dana 1MDB Najib dan Arul Kanda sebagai ketua pegawai eksekutif terus membisu takut nak buat laporan polis ??!! KENAPA !!

Skandal RM2.6 bilion..

Posted: 17 Apr 2016 09:36 AM PDT

Najib terdesak bersihkan.. dunia masih meragui, 7 buah negara Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Luxembourg, Singapura, Australia dan Hong Kong masih terus siasat skandal 1MDB..

DAHULU.. Apandi dah cuba..
KINI.. Menteri Luar Saudi pula...

Selepas ini giliran siapa ??

NAMPAK TAK 'GAME' MEREKA !!!

Posted: 17 Apr 2016 09:34 AM PDT

SUDAH 11 HARI BERLALU Rahman Dahlan cabar LGE berdebat
mengenai isu Taman Manggis dan banglo Lim Guan Eng..

KENAPA BARU SEMALAM IGP nak bersuara sarankan debat Guan Eng, Abdul Rahman dibatalkan !!!.. Selama tempoh tersebut kamu buat apa !!!

Kenapa tak tweet aja 'direct' kat Rahman slps beliau cabar LGE berdebat.. Tepon bimbit rosak ka !!!.. klu rosak tepon opis kan ada...

Comments (0)