Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:12 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


P'raya S'wak kali ini yang terakhir untuk Adenan...ada yang pasang cita-cita nak jadi Ketua Menteri..!!

Posted: 15 Apr 2016 04:18 PM PDT


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa pilihan raya negeri ke-11 (PRN-11) pada 7 Mei depan adalah pilihan raya terakhir untuk dirinya.
Bagaimanapun, di hadapan hampir 1,000 penduduk Lundu, di Lundu, beliau memberi jaminan akan menyediakan lebih banyak kemudahan untuk rakyat Bumi Kenyalang.
 "Saya dah tua, umur dah 72 tahun, pilihan raya kemudian umur saya dah 77 tahun. Saya rasa cukup, tapi sebelum saya meninggal jadi Yang Berhormat (YB), saya ingin meninggalkan macam-macam kemudahan untuk kawasan kita," katanya.
Beliau berkata demikian sebelum melancarkan projek tebingan Sungai Batang Kayan dan majlis pecah tanah projek perlindungan tebing Sungai Kampung Semunin Jaya, Lundu dekat sinim semalam.
Hadir sama, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Adenan, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, berkata PRN kali ini adalah yang ke-11 beliau bertanding dalam pilihan raya.
"Kalau saya menang ini adalah kali ke-11, sebelum ini saya menang tujuh kali di DUN Samarahan, sekali menang Parlimen Batang Sadong dan dua kali menang DUN Tanjung Datu, dan ini kali ketiga saya akan bertanding di Tanjung Datu.
"Bagilah lima tahun lagi, macam-macam lagi pembangunan boleh dilaksanakan di sini," katanya.
Adenan menarik perhatian bahawa hubungan baik beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang turut dilihat dapat menyumbang ke arah pembangunan lebih lancar untuk Sarawak.
"Perdana menteri telah datang ke Sarawak 49 kali, lebih banyak dari lawatan keseluruhan lima perdana menteri sebelum ini. Beliau datang juga bukan hanya membawa senyuman," tambahnya.

Skandal 1MDB: Selain CEO dan pegawai, Najib turut bertanggungjawab

Posted: 15 Apr 2016 03:44 PM PDT


Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan sebelum ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bertanggungjawab atas segala penyelewengan dan salah urus dalam syarikat itu.
Ia berikutan penemuan laporan itu bahawa bukan sahaja bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi serta pegawai dalaman bertanggungjawab atas segala penyelewengan 1MDB, tetapi ada pihak yang lebih berkuasa membuat segala keputusan dalam syarikat itu.
lim kit siangKetua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata mengikut Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) 1MDB, Perdana Menteri merupakan pihak terpenting dalam meluluskan segala dokumen berkaitan syarikat tersebut.
"Artikel 117 menghendaki semua keputusan penting syarikat yang melibatkan komitmen kewangan, termasuk pelaburan dan penyusunan semula untuk mempunyai kebenaran bertulis dari Perdana Menteri.
"Ia bermakna Perdana Menteri merupakan pemain terpenting dalam 1MDB, melebihi peranan Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat," katanya semasa memberi ucapan di 'Forum PAC 1MDB: Najib – Bersubahat atau tidak bersalah" anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam semalam.
Justeru, katanya, Shahrol bukanlah satu-satunya pihak yang harus didakwa berhubung skandal dan penyelewengan oleh 1MDB, tetapi Najib turut bertanggungjawab atas segala salah urus dan ketirisan yang berlaku dalam syarikat tersebut.
"Bagaimana PAC boleh meletakkan sepenuh kesalahan kepada Shahrol apabila Najib yang juga Penasihat 1MDB merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan semua dokumen 1MDB termasuk pelaburan menurut Artikel 117?" katanya.
Selain itu, katanya, PAC perlu membuka semula siasatan dengan mengambil kira pendedahan terbaru bahawa Aabar Investment PJS Limited milik International Petroleum Investment Company (IPIC) di Abu Dhabi menafikan telah menerima USD3.5 bilion melalui Aabar BVI.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Semua nama disenarai dalam laporan PAC perlu didakwa

Posted: 15 Apr 2016 03:43 PM PDT

Semakin banyak penyelewengan dan salah laku dikesan dalam aktiviti kewangan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dibentangkan pada 7 April lalu.
tony_rafiziSetiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata ia merupakan sebab utama mengapa beliau dan empat lagi anggota PAC dari parti pembangkang bersetuju agar laporan itu dibentangkan walaupun ia masih tidak mencapai keputusan secara menyeluruh.
"Bagi saya dan anggota PAC dari parti pembangkang yang lain, sudah ada cukup bukti untuk mula mendakwa pihak terlibat dalam skandal 1MDB walaupun laporan itu masih belum menyeluruh, sebab itu kami bersetuju ia dibentangkan.
"Contohnya, ada banyak transaksi dan pelaburan yang tak dapat dikesan oleh Jabatan Audit Negara sehingga hari ini, termasuk USD1.03 bilion kepada Good Star Limited dan USD3.51 bilion kepada Aabar Investment PJS Limited.
"Dengan membentangkan laporan itu, sekarang rakyat dapat lebih banyak pendedahan tentang semua penyelewengan tersebut," katanya dalam Forum 'PAC 1MDB: Najib – Bersubahat atau tidak bersalah' di Shah Alam, malam tadi.
Tony yang juga ahli PAC turut mendakwa bahawa nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak dibenarkan dibangkitkan dan dikaitkan dengan isu 1MDB dalam mesyuarat PAC.
"Wakil pembangkang lima orang, nak lawan majoriti sembilan orang dari BN bukan senang. Saya sebut nama Najib saja dalam mesyuarat, semua pun mula buat kecoh (bantah)," katanya.
Sementara itu, Naib Pengerusi PKR, Rafizi Ramli yang turut menjadi ahli panel forum berkenaan berkata, rakyat perlu mencabar untuk memastikan Najib serta pihak berkuasa tidak terus menyalahgunakan undang-undang untuk menutup bukti berkaitan 1MDB, terutama Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Selepas ini, mungkin lebih banyak dokumen diklasifikasikan bawah OSA. Kita juga perlu cabar keputusan Najib untuk mengklasifikasi laporan Audit Negara tentang skandal 1MDB ini bawah OSA. Ketua Audit Negara tak ada kuasa klasifikasi mana-mana dokumen bawah OSA, hanya menteri ada kuasa. Soalnya, menteri mana?" katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah yakin beri cabaran sengit PRN Sarawak

Posted: 15 Apr 2016 03:32 PM PDT

Amanah yakin beri cabaran sengit PRN SarawakParti Amanah Negara (Amanah) yang mengumumkan akan bertanding 13 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak pada 7 Mei ini yakin mampu memberi cabaran sengit kepada BN berdasarkan mood pengundi terhadap isu-isu semasa.
Menurut Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, kejayaan Amanah amat bergantung rapat kepada cara kempen dan kekuatan semangat rakyat Sarawak menolak kepimpinan PM Najib.
"Sama ada Amanah akan berjaya atau tidak akan bergantung kepada sejauh mana ahli-ahli parti itu dapat menyakinkan pengundi bahawa kalau mereka tidak gembira dengan pimpinan BN di peringkat kebangsaan, mereka harus menunjukkan kemarahan mereka di peti undi bulan depan," katanya kepada Suara pakatan daily.
Khalid berpendapat Amanah, PKR dan DAP harus bijaksana menyusun strategi menterjemahkan isu-isu panas, misalnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan menjadi punca penolakan rakyat terhadap kerajaan BN Sarawak.
Manakala ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli pula berkata, selain GST tumpuan juga harus diberi kepada isu royalti minyak 5%, autonomi negeri dan Tanah Orang Asal (NCR – Native Customary Rights).
"Namun untuk pihak pembangkang, cabaran yang paling sengit adalah dari segi logistik kerana kita perlu menyalurkan maklumat ke banyak kawasan terpencil yang jauh di pedalaman.
Read More / Baca Lagi >>

Parti ‘muda’ bukan halangan KEADILAN tawan Sarawak

Posted: 15 Apr 2016 03:29 PM PDT

Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Nurul Izzah Anwar optimis parti itu dapat mengugat penguasaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11, Mei depan.
Beliau berkata sebagai parti paling 'muda' berbanding pentadbiran 50 tahun BN di Sarawak, KEADILAN fokus menggerakkan jentera dan mobilisasi menarik sokongan masyarakat bumi kenyalang terhadap parti itu.
nurul izzah anwar"KEADILAN mengatur beberapa strategi memastikan persediaan kerusi dan calon di bahagian kerusi tumpuan.
"Seperti PRN 10, KEADILAN berjaya memastikan hampir setiap kerusi mempunyai calon untuk dipertandingkan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata parti itu konsisten menarik lebih banyak sokongan pengundi khususnya masyarakat luar bandar yang masih tercicir daripada sebarang pendedahan terhadap kelemahan urustadbir pentadbiran BN.
"KEADILAN tidak akan memberi jalan mudah kepada BN. Bahkan untuk PRN kli ini, kita telah menyediakan calon-calon yang mepunyai latar belakang profesional dan diyakini," katanya.
PRN11 bakal menyaksikan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan.
Pada pilihan raya negeri 2011, BN menang 55 daripada 71 kerusi ditandingi, tetapi kehilangan banyak kerusi kepada DAP (12), PKR (tiga) dan Bebas (satu).

NAJIB, ROSMAH ORCHESTRATE ANOTHER INTERNATIONAL LIE? SAUDI MINISTER NEVER SAID DONATION FROM ROYAL FAMILY, ONLY HE WAS 'AWARE' OF A DONATION

Posted: 15 Apr 2016 03:28 PM PDT


IN February the Saudi Foreign Minister, Adel al-Jubeir, had declared that the money received by Najib Razak into his accounts was not a political donation, but he understood there had been an "investment" by private entities in Saudi Arabia.
""It was a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia," he said in an interview with The New York Times
This added to Prime Minister Najib Razak's considerable problems over a story that didn't add up about royal sheikhs providing him a billion dollars as a gift.
What was the investment for, people asked? Indeed, arch critic, Dr Mahathir referred to the official denial as late as yesterday.
So then, surprise surprise, Malaysia has today been treated to yet another of those orchestrated videos, where a third party is dragooned into supposedly 'exonerating' Najib.
On this occasion the same Saudi minister was terse and vague as he entered into a 'chance encounter' with a Bernama reporter, who just happened to be accompanied by a New Straits Times camera crew. Malaysia's Foreign Minister, Anifah Aman, just happened to be hovering at his shoulder.
Asked once more about the 'donation' by these UMNO mouthpieces he said he was 'aware of it'.
Related Story: TRUE OR LIE, MONEY TRAIL WILL SHOW: Saudi's Foreign Minister 'ADMITS' donation to Najib came from Saudi Arabia - Bernama


""We are aware of the donation and it is a genuine donation with nothing expected in return. We are also fully aware that the Attorney General of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing. "So, as far as we are concerned, the matter is closed" [New Straits Times]
Read More / Baca Lagi >>

Polis minta stesen TV henti rancangan siar debat Rahman-Guan Eng...Tora Sudah Datang..!!!

Posted: 15 Apr 2016 03:25 PM PDT


Stesen televisyen tempatan diminta membatalkan rancangan untuk menyiarkan secara langsung debat mengenai isu tanah aman Manggis kerana kes tersebut sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
 Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jika debat antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibenarkan, maka ia akan menjejaskan siasatan dan prejudis terhadap kes ini.
"@PDRMsia setuju dengan @SPRMMalaysia, debat banglo-Manggis di batalkan. Siasatan PDRM masih berjalan. Saksi-saksi utama termasuk YAB Ketua Menteri belum dipanggil," katanya dalam twitter terbarunya malam tadi.
Khalid berkata: "@PDRMsia minta semua stesen TV hentikan rancangan ini sebelum kes selesai."
Beliau berkata sekiranya Abdul Rahman, yang juga pengarah komunikasi strategik BN itu, mempunyai sebarang bukti mengenai kes penjualan tanah itu di Pulau Pinang, beliau sepatutnya menyerahkannya kepada pihak polis atau SPRM dengan secepat mungkin untuk disiasat.
Sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) menyatakan kesediaan menyiarkan secara langsung debat antara Abdul Rahman dan Lim mengenai isu berkenaan di saluran televisyen masing-masing.
Abdul Rahman sebelum ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah Taman Manggis yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta, Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd.

Seronoknya nak berjumpa Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dari dalam kandang (saksi)....!!!

Posted: 15 Apr 2016 03:18 PM PDT

Alhamdulillah akhirnya cita-cita rakyat Malaysia mahu melihat Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berada di dalam kandang saksi di mahkamah dimakbulkan juga. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Perdana Menteri dan isteri untuk membatalkan pembelaan "fair comments" Rafizi. Mahkamah seterusnya mengarahkan supaya kes saman oleh Perdana Menteri itu dibicarakan di dalam mahkamah terbuka.

ADAKAH NAJIB SUDAH KECUT TELOOR masuk kandang mahkamah ??

Posted: 15 Apr 2016 09:10 AM PDT

Bukankah Najib Rosmah mau saman Rafizi. KENAPA tiba2 nak batalkan pernyataan pembelaan kedua-dua defendan bahawa ulasan mereka sebagai berasas dan adil (fair comment) ??

ADAKAH NAJIB SUDAH KECUT TELOOR masuk kandang mahkamah ??.. Jika Najib & Rosmah masuk kandang maka terburailah segala pekung cerita2 cincin Rosmah dlm mahkamah kelak nanti..

Harap-harap para hakim kita dapat menjalankan tugas dengan berani dan ADIL terhadap semua pihak "without fear or favor".

SAMPAI BILA NAK KENA TIPU TAPI MASIH NAK UNDI BN ??!! Seronok makan dedak ka !!!

Posted: 15 Apr 2016 09:00 AM PDT

KANTOI !!
MASIH ANDA INGAT Janji Capati BN 2013 !!!..

"Kompleks Bina Mara di Jalan Haji Taha akan siap pada 2016. Ini adalah janji kita PBB Satok… Apabila kita berjanji, ia mesti ditunaikan.." -Datuk Amar Abang Johari, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak & pengerusi PBB-BN Cawangan Satok..

Sedarlah & Bangunlah Wahai Rakyat Sarawak !!!

Nak kencing pun kena GST 6% ???!!!

Posted: 15 Apr 2016 08:58 AM PDT

Kalau KERAjaan BN & Najib selalu kencing kan rakyat, KENA GST TAK ??

APA SUDAH JADI 'SHEIKH' !!!!

Posted: 15 Apr 2016 08:56 AM PDT

DUA BULAN LEPAS beriya2 menafikan RM2.6 bilion itu derma, tapi pelaburan..

TETAPI SEKARANG mengiyakan pula RM2.6 bilion itu derma plok.. KENAPA tiba-tiba kenyataan Menteri Luar Arab Saudi berubah setelah tiba di Turki ???

TAHUKAH ANDA, rupa2nya Najib & Rosmah skrg berada di Turki.. Hurmmm..

NAMPAK TAK !!!.. Sejak bila pak arab belajar ilmu putar belit Umno ???

Halang ahli politik masuk ke Sarawak bertentangan Akta Imigresen

Posted: 15 Apr 2016 08:51 AM PDT


Aminuddin ZulkipliAminuddin Zulkipli
Tindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang sebilangan besar pemimpin-pemimpin pembangkang yang berpengaruh untuk ke Sarawak bagi menyertai persiapan pilihan raya negeri terus mendapat kritikan pelbagai pihak.
Pengerusi Amanah Tanjung Malim, Aminuddin Zulkipli dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan ketua menteri Sarawak itu sebagai bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
Aminuddin menyifatkan kerajaan BN negeri telah menyalahguna kuasa dengan menghalang pihak yang dilihat mampu menggugat kedudukan mereka atas alasan keharmonian.
"Bagaimana seorang ketua menteri boleh memberi alasan kononnya untuk keharmonian tetapi dalam penjelasannya mengatakan pemimpin-pemimpin ini hanya boleh masuk ke Sarawak selepas pilihan raya?
"Jelas ia bukan bertujuan keharmonian tetapi disebabkan kebimbangan atas pengaruh pemimpin-pemimpin tersebut," katanya.
Dalam pada itu beliau menyokong permintaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada ketua menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem supaya membenarkan ahli parti itu ke Sarawak atas urusan politik berdasarkan Seksyen 67 Akta Imigresen.
Peruntukan itu menyatakan bahawa kuasa khas imigresen di negeri itu untuk melarang kemasukan mana-mana individu tidak meliputi mereka yang terbabit dalam aktiviti politik yang sah.
"Saya kira pembangkang sudah melakukan tindakan diplomasi dengan Ketua Menteri untuk minta ahli-ahli parti dari pembangkang tidak dihalang masuk ke Sarawak namun sekiranya perkara ini tidak dberi perhatian, maka jelaslah bahawa pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi bukanlah pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil," tambahnya lagi.
Beliau turut membantah tindakan Imigresen menghalang Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dari memasuki Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Pesanan 'orang tua' DAP pada KM Sarawak

Posted: 15 Apr 2016 08:40 AM PDT


Menyedari bahawa kedua-dua mereka adalah warga emas dan hayat politik masing-masing sudah berada di penghujung, pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang merayu kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk berganding bahu bagi memastikan bahawa pilihan raya negeri akan datang benar-benar bebas, adil dan demokratik.
"Saya telah kata bahawa kedua-dua Adenan dan saya sudah berusia - dia berumur 72 tahun dan saya pula 75.
"Kita tidak lagi mempunyai banyak masa untuk berpolitik secara aktif," kata Lim dalam satu kenyataan.
Memandangkan kedua-dua mereka pada umur senja, Lim mahu Adenan melakukan sesuatu yang berfaedah dan mulia untuk generasi akan datang dan bukannya berjuang untuk menjaga orang lain yang juga telah melepasi waktunya tetapi berdegil untuk terus berkuasa.
"Marilah kita berbuat sesuatu yang berfaedah pada senja kehidupan ini seperti menyuburkan demokrasi, eratkan perpaduan negara dan hak rakyat Sarawak mendapatkan autonomi daripada menyalahgunakan kuasa untuk keberlangsungan sebuah parti politik yang sudah di penghujung hayatnya.
"Jadikan pilihan raya umum Sarawak ke-11 bersih, bebas, adil dan demokratik," kata Lim yang juga adalah Ahli Parlimen Gelang Patah.
Lim berkata beliau tidak ada masalah sekiranya Adenan menerajui kemenangan bagi BN Sarawak pada pilihan raya akan datang asalkan ia melalui cara bersih, bebas dan demokratik serta adil yang boleh menjadi kebanggaan Malaysia dan dunia.
"Tidak ada seorang pun, sama ada di Sarawak atau Malaysia, yang ragu-ragu bahawa Adenan akan terus menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri Sarawak ke-11," katanya,
Read More / Baca Lagi >>

Pas terkilan dengan PKR di Sarawak

Posted: 15 Apr 2016 08:39 AM PDT


Pas meletakkan 11 calon dalam PRN SarawakPas meletakkan 11 calon dalam PRN Sarawak
Setelah menguar-uarkan bahawa ia lebih suka bersendirian dalam arena politik negara, Pas mula merungut tentang layanan tidak setara diterima daripada 'rakan tahaluf siyasi'nya PKR di Semenanjung berbanding Sarawak.
Timbalan Ketua Penerangan Pas Selangor Roslan Mohd Shahir dalam komennya di media sosial mempertikaikan layanan buruk yang diterima parti itu daripada PKR di Sarawak.
"Di Semenanjung Malaysia Pas merupakan kawan yang dihargai tetapi di Sarawak tidak.
"Mengapa berlaku double standard begini?
"Seluruh jentera Pas dari Semenanjung dan Sabah telah dan akan turun mengikut jadual ke Sarawak bagi membantu kesebelas calon-calon Pas yang bakal bertanding.
"Takkan kerana cintakan DAP dan Pan (Amanah) yang langsung tiada kekuatan di Sarawak itu PKR Pusat tergamak membiarkan Pas begini di Sarawak," rungutan Roslan yang dikongsi laman Fb rasmi Dewan Pemuda Pas Pusat dipetik.
Komen Roslan Shahir di media sosial tentang hubungan Pas PKR.Komen Roslan Shahir di media sosial tentang hubungan Pas PKR.Menurut Roslan, Pas yang sudah biasa bersendirian masih mengiktiraf dan menganggap PKR sebagai 'kawan'.
Beliau juga mahu PKR Pusat tidak membiarkan 'hubungan keruh' antara kedua buah parti berlarutan kerana dibimbangi bakal memberi kesan kepada jentera Pas yang turun berkempen di Sarawak.
"Saya tidak percaya Datuk Seri Anwar (Ibrahim) yang berjuang bersama Pas selama ini akan mengizinkan ketegangan ini berlaku," ujar kolumnis Harakah itu lagi.
PKR Sarawak baru-baru ini mengumumkan menolak sebarang perbincangan dengan Pas berhubung isu pengagihan kerusi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang dijadualkan 7 Mei depan.
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, penyertaan Pas dalam PRN kali ini tidak menjadi pertimbangan parti itu kerana mereka bukan sebahagian daripada pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Pas tiada kaitan dengan kami. Di mana Pas mahu bertanding, itu hak mereka. Pas bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Pas sebelum ini dilapor bersedia berhadapan pertembungan dengan parti komponen pakatan pembangkang di beberapa kerusi PRN Sarawak.
Malah Setiausaha Pas Sarawak, Muhtar Suhaili berkata, parti itu menjangkakan bakal berlaku perebutan di sekurang-kurangnya lima kerusi membabitkan PKR dan DAP.
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pada 6 April lalu mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 11 kerusi iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.
Read More / Baca Lagi >>

PRN Sarawak: Calon BN tidak terpilih mungkin akan sabotaj

Posted: 15 Apr 2016 08:37 AM PDT

Mereka yang tidak terpilih untuk bertanding juga akan memilih untuk tidak membantu BN.
sarawakPETALING JAYA: Langkah Barisan Nasional (BN) melantik calon langsung untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dikhuatiri akan menyebabkan sabotaj khususnya di peringkat tempatan.
Menerusi analisis Sin Chew Daily, walaupun calon langsung itu diterima di peringkat atasan, namun parti komponen BN di peringkat akar umbi mungkin akan menolak kehadiran mereka.
"Selain sabotaj yang membawa kerosakan, mereka yang tidak terpilih untuk bertanding juga akan memilih tidak membantu dalam kempen BN.
"Ini akan mewujudkan imej negatif dalam kalangan pengundi, selain berdepan musuh daripada pembangkang, mereka juga pedrlu berwaspada dengan kerosakan yang dibawa orang sendiri," tulis pengarang akhbar berbahasa Cina itu.
Menurut analisis itu lagi, Panglima BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem perlu menghalang pasrti-parti komponen melakukan sabotaj jika mahu memastikan kemenangan besar di Bumi Kenyalang.
Ramai calon yang melihat diri berpotensi menang telah berebut menjadi calon BN sehingga kerusi Simunjan dan Kabong yang ditanding Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) masing-masing direbut enam calon.
Kerusi Ba'kelalan yang secara tradisi ditandingi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) pula direbut oleh lapan orang.
Pada pilihan raya 2011, penyandang kerusi Ba'kelalan, Nelson Balang Rining ditukar pada saat terakhir. Disebabkan kekurangan orang lain, Willie Liau dilantik sebagai calon.
Ia telah menimbulkan suara tidak puas hati sekali gus membolehkan calon PKR, Baru Bian menang kerusi itu dengan majoriti 473 undi.
Perebutan dalam kalangan orang BN akan membawa kebaikan kepada pembangkang dan calon bebas yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara orang-orang BN.

PRN Sarawak simbol kematian demokrasi, selar Chegubard

Posted: 15 Apr 2016 08:37 AM PDT


Badrul Hisham ShaharinBadrul Hisham ShaharinTindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang kemasukan ramai pemimpin Semenanjung dari parti pembangkang adalah simbol kepada kematian demokrasi, tegas Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
Beliau yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem tidak akan menarik larangan berkenaan bahkan pemimpin terbabit hanya dibenar memasuki negeri itu selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 membuktikab sikap kuku besi Adenan.
"Mengapa Adenan tidak menghalang pemimpin-pemimpin Umno dan parti sekutu yang mengamalkan politik perkauman daripada memasuki Sarawak jika benar Adenan mahu melindungi negeri itu daripada elemen yang tidak baik?" bidasnya.

Untuk rekod, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dihalang masuk ke Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, awal pagi semalam.
Antara pemimpin dari parti pembangkang yang dilarang masuk ke Sarawak adalah Presiden Amanah, Mohamad Sabu,; Ahli Jawatankuasa Amanah, Mazlan Aliman serta Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Kunta Kinte dan 'engkau juga Brutus'

Posted: 15 Apr 2016 08:30 AM PDT


Pembahas dan pembaca kita ini yang juga membaca Berita Harian (BH) mungkin telah biasa dengan pojok bertajuk "Kunta Kinte Original".
Pojok mingguan itu adalah tulisan saya yang keluar pertama kali pada 25 Mei 1987. Ia bermula sebagai ruangan "Biar Putih Tulang" menggunakan nama pena Kunta Kinte. Pojok ini berterusan sehingga tahun 1997 apabila dihentikan oleh sidang pengarang BH.
Ia diberhentikan kerana saya mengaitkan ucapan "famous" Tun Dr Mahathir Mohamad ketika perhimpunan agung Umno, yang mana beliau memetik dialog drama Shakespeare berkenaan Julius Caesar yang berbunyi "Et Tu Brute" ("Engkau juga Brutus").
Ucapan ini merujuk kepada pengkhianatan Brutus terhadap Maharaja Rome, Julius Ceaser. Saya kata, Brutus dalam ucapan Dr Mahathir itu adalah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang pada waktu itu timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.
Masa itu BH, TV3 dan Kumpulan Utusan adalah penyokong tegar Anwar.
Selepas itu saya menulis Kunta Kinte dalam bahasa Inggeris untuk akhbar Business Times.
Pada tahun 2010 Pengarah Eksekutif NSTP waktu itu, (Datuk) Ahmad A Talib dan Pengarang Kumpulan BH ketika itu (Datuk) Mior Kamarul Shahid menjemput saya untuk menulis semula pojok Kunta Kinte.
Dalam tradisi persuratkhabaran Melayu, pojok adalah ruangan memuatkan kata-kata lucu, berseloroh dan berkias tetapi pedas serta menyindir.
Bagaimanapun nama pena Kunta Kinte telah pun "diambil" tanpa izin saya oleh seorang penulis blog. Jadi terpaksalah saya pinda sedikit menjadi Kunta Kinte Original bagi membezakan pojok saya daripada tulisan yang mengambil tanpa izin nama Kunta Kinte.
Saya memilih nama samaran Kunta Kinte sempena watak Kunte Kinte dalam novel sejarah Roots oleh penulis terkenal Amerika Alex Haley. Kunta Kinte adalah putera seorang raja Afrika yang diculik dan dijual kepada pedagang abdi. Walaupun dia dijadikan hamba, Kunta Kinte tatap mengekalkan maruah dan martabat beliau.
Read More / Baca Lagi >>

SKANDAL DERMA 2.6B: DARIPADA 'PELABURAN KEPADA SUMBANGAN' TIDAK MEMBERI APA-APA MAKNA KEPADA NAJIB

Posted: 15 Apr 2016 07:48 AM PDT

Sepanjang hari ini seronok benar golongan pemakan dedak dengan berita Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang mengatakan wang yang diterima Najib Razak memang datang daripada negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib sempena Sidang Kemuncak OIC di Turki.

Wah...seronok benar mereka, terutama Azalina Othman Said yang pantas mengatakan dengan ini bermakna semua dakwaan terhadap Najib adalah palsu belaka dan Setiausaha Akhbar Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang terus menyalahkan Tun Mahathir dan media-media barat serta menggesa mereka memohon maaf kepada Najib.

Sementara pemakan dedak gembira ria dengan berita  yang seolah-olah sudah menyelamatkan Najib itu, ada beberapa perkara yang boleh dipersoalkan mengenai pengakuan Adel Al Jubeir itu.

Kenapa hanya baru sekarang Adel Al Jubeir mengatakan wang yang diterima Najib itu berupa sumbangan?

Bukankah beliau juga pada Januari  lalu yang mengatakan wang yang sama adalah suatu pelaburan?

Sekarang sudah tukar kaa Ya Sheikh?

Lebih menghairankan perubahan pendirannya itu dilakukan selepas mengadakan pertemuan dengan Najib?

Kenapa sebelum ini atau sejak Januari lalu apabila mengatakan ianya pelaburan, beliau tidak pernah berkata apa-apa atau cuba mengubah pendiriannya?

Kenapa berubah pendirian selepas bertemu Najib? Kenapa tidak sebelum ini?

Malah, Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia atau GKCM juga pernah menghantar memorandum kepada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu meminta penjelasan mengenai wang yang diterima Najib itu, tetapi mengapa tidak berjawab sehingga sekarang?

Read More / Baca Lagi >>

Kebangkitan politik Johor

Posted: 15 Apr 2016 07:26 AM PDT


Nan diam lebih bahaya dari yang berkocak.
Di permukaan meski tampak tenang, arus bawah politik di Johor sesungguhnya sedang berpusar ligat. Johor bukan bangsa yang rela diam. Tidak pula rela tunduk diperbodoh dan diperkotak-katik.
Saya yakin, salahlah sesiapa yang menyangka hati orang Johor boleh dibeli, misalnya dengan rel besi kereta api laju yang akan merentas Johor dari Singapura ke Kuala Lumpur.
Gelojak keresahan orang Johor dapat saya tanggap melalui luahan di banyak tempat. Selain kenyataan wujudnya percubaan menggantikan Menteri Besar, Khaled Nordin (gambar) seperti yang kita dengar kelmarin, saya juga membaca nada penentangan luar biasa kawan-kawan dan saudara mara Johor saya di status Facebook atau Twitter mereka.
Atas kesedaran wujudnya gelora di peringkat akar umbi Johor kala ini, maka perbincangan mengenainya harus dengan jujur. Kita harus berani berterus terang. Watak Johor mungkin seperti watak seorang Onn Jaafar, atau mungkin lebih tepat seperti yang dilakar Usman Awang, "kurang ajarnya tetap santun". Selalu menikam dengan pantun.
Catatan sejarah selepas merdeka menunjukkan gelombang politik paling kuat membadai Johor adalah ketika krisis dalaman Umno di penghujung 1980-an. Krisis berkenaan membuatkan suasana tegang dan agak berkecamuk bilamana Johor merupakan negeri kelahiran Umno yang menjadikannya tiang seri parti itu.
Perpecahan Umno di peringkat pusat di antara Tim A dan Tim B juga berpanjangan ke kampung-kampung. Tim A pro Dr Mahathir Muhamad. Tim B pula menyokong Tunku Razaliegh Hamzah. Keluarga saya menyokong Dr Mahathir. Jiran saya menyokong Tengku Razaleigh.
Walaupun Tengku Razaleigh putera Kelantan, tetapi calon timbalannya adalah Musa Hitam. Musa merupakan tokoh yang dianggap tokoh terbaik Johor kala itu. Menjadi impian orang Johor, Musa suatu hari nanti menjadi perdana menteri. Harapan itu nampaknya hanya tinggal harapan.
Di bawah Musa ada orang-orangnya. Termasuk Shahrir Samad—anggota Parlimen Tanjung Puteri. Selepas dicabar kerana menang atas tiket Umno-BN dalam pilihan raya umum 1986, Shahrir meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen. Dia kemudiannya bertanding semula sebagai calon bebas dengan logo kunci tiga serangkai.
Shahrir menang. Dia mematahkan calon BN, Mas'ud Abdul Rahman. Majoritinya lebih 12,000. Turut bertanding adalah calon Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Razak Ahmad yang mengutip 2,260 undi. Kepada saya, Razak tak kurang karismatiknya meski sepanjang hayat politik Razak, nasib tidak pernah menyebelahi allahyarham.
Langkah Shahrir adalah permulaan bagi geng Tim B menjadikan Johor sebagai tapak politik. Umno yang diharamkan pada 4 Februari 1988 menyebabkan kedua kem berkenaan berebut untuk warisi Umno yang asal. Dr Mahathir segera menubuhkan Umno Baru sepuluh hari selepas pengharaman. Tungku Razaliegh pula mendirikan Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) sebagai bayangan kepada Umno lama. Keduanya berorentasi parti bangsa Melayu.
Nasi beriani bertanak-tanak
Ternyata Dr Mahathir lebih cekap. Dengan jenama "Umno Baru", lebih 50 peratus keanggotaan ahli Umno asal dapat didaftarkan semula. Jumlah tersebut membolehkan Umno Baru mendapat hak ke atas semua aset, harta dan kewangan Umno asal. Perkataan "Baru" juga akhirnya berjaya digugurkan.
Ketika Umno di Johor terbelah dua dan krisis berpanjangan, seorang lagi tokoh muda Johor waktu itu, Muhyiddin Yassin memainkan peranan besar. Beliau baru tiga tahun menjadi MB Johor.
Di tengah-tengah perpecahan dan kekeliruan, Muhyiddin (gambar) menganjurkan Perhimpunan Melayu Johor pada 11 Disember 1989. Pada umur 13 tahun, bapa turut mengusung saya ke bandar Maharani, Muar untuk bersama dalam "Perhimpunan Melayu Johor: Kesinambungan Perjuangan Bermartabat". Di meja-meja makan, dihidang nasi beriani bertanak-tanak banyaknya.
Di pentas, turut berpidato adalah mantan PM ke-3, Hussein Onn. Dia menyeru orang Melayu kembali bersatu. Di situ juga Usman Awang mendeklamasikan puisi "Melayu" yang saya petik di atas tadi.
Sejak perhimpunan berkenaan, Semangat 46 makin lemah. Ibarat terkena semburan berpuaka.
Read More / Baca Lagi >>

AMK mahu polis siasat 1MDB

Posted: 14 Apr 2016 11:54 PM PDT

Polis perlu menyiasat perkara itu agar semua yang bertanggungjawab terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa dibawa ke muka pengadilan.
nik-nazmiKUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan meminta polis menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, laporan itu dibuat ekoran pihaknya mahu polis mengambil tindakan bukan sahaja terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrul Azral Ibrahim Halmi, malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan jutawan, Low Taek Jho atau Jho Low.
"Bagi kita, laporan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) memberikan sebahagian daripada gambaran. Kita tengok laporan media di seluruh dunia mempunyai banyak maklumat lain.
"Kita minta perkara ini disiasat sedalam-dalamnya agar semua yang bertanggungjawab terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan berbilion-bilion ringgit itu dibawa ke muka pengadilan," katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Nik Nazmi menambah, AMK di peringkat negeri juga akan membuat laporan polis berhubung isu yang sama dalam masa terdekat.
Read More / Baca Lagi >>

Husam kesal laporan Harakahdaily, menteri tarik saman

Posted: 14 Apr 2016 11:51 PM PDT


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed menarik balik saman fitnah terhadap bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.
Langkah itu dibuat selepas Husam menafikan kesahihan laporan Harakahdaily yang memetik beliau dalam sebuah laporan.
 Husam, yang kini kritikal terhadap kepimpinan pusat PAS, malah menyatakan kekesalannya terhadap akhbar web PAS itu.
"Saya tidak pernah mengatakan perkataan-perkataan yang menjadi asas kes fitnah ini yang diterbitkan dalam Harakahdaily bertarikh 24.03.2013 di bawah tajuk 'Lahad Datu: Menteri sepatutnya letak jawatan'.
"Saya tidak pernah menuduh pihak plaintif seperti yang dinyatakan dalam penerbitan tersebut yang berunsur fitnah dari maksudnya.
"Oleh kerana nama saya disabitkan sebagai orang yang mula dikaitkan membuat tuduhan yang sedemikian terhadap plaintif, saya berasa kesal dengan kejadian penerbitan tersebut kerana telah salah memetik apa yang kononnya perkataan-perkataan saya, yang menyebabkan kesulitan kepada saya dan plaintif," kata Husam.
Kenyataan itu direkodkan di mahkamah terbuka hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Nor Bee Ariffin membatalkan saman itu tanpa arahan kos.
Mustapa Mohamed diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Husam pula diwakili Ahmad Termizi dan Mohd Fitri Aris.
Read More / Baca Lagi >>

‘Mahathir, Najib diktator - tak boleh tentukan masa depan negara’ - Nurul Izzah

Posted: 14 Apr 2016 11:50 PM PDT


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan bekas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai diktator dan tidak mahu mereka berdua menentukan hala tuju negara.
Sebaliknya, kata beliau, akhirnya, rakyat yang akan menentukan siapakah yang layak memimpin negara.
 Justeru, beliau menggesa rakyat untuk lebih aktif bersuara dalam forum termasuk dalam deklarasi Selamatkan Malaysia supaya suara mereka lebih didengari.
Nurul Izzah berkata demikian menyangkal kenyataan Dr Mahathir bahawa bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini di penjara sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri yang akan datang.
"Pada saya isu ini tidak relevan kerana kita tidak mahu mantan diktator atau diktator terkini tentukan masa depan hala tuju Malaysia.
"Maka saya minta lebih ramai rakyat lebih aktif untuk memastikan diri mereka, suara mereka diwakili dalam pelbagai forum termasuklah dalam deklarasi selamatkan Malaysia. Isunya apa, biar rakyat yang tentukan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Isnin lalu Tun Dr Mahathir berkata Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri yang akan datang.
Beliau juga mengekalkan keputusannya untuk memecat bekas timbalannya itu pada tahun 1998, dengan mengatakan Anwar sebagai "tidak bermoral".
Dr Mahathir bagaimanapun berkata, "Jika orang menyokongnya, tiada apa yang boleh saya katakan."

Skandal 1MDB: Kamu suka atau benci saya, soal Arul Kanda kepada Pua

Posted: 14 Apr 2016 11:49 PM PDT


Sejak mengambil alih pucuk pimpinan 1MDB Januari lalu, Arul Kanda menjadi sasaran bidasan berterusan dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan daripada pelbagai pihak, khususnya dari pembangkang dan daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
 Walau bagaimanapun, tokoh perbankan yang dibawa dari Asia Barat dengan tugas khas bagi mengubah nasib firma pelaburan negara yang bermasalah ini, percaya bahawa pemimpin DAP itu DAP keliru tentang perasaannya terhadap beliau.
"Pada pagi Khamis, beliau kata, saya sepatutnya meletakkan jawatan daripada 1MDB. Pada malam Khamis, beliau minta untuk berdebat dengan saya.
"Jelas bahawa Pua adalah keliru dan bercanggah dengan dirinya sendiri. Beliau tidak tahu jika dirinya menyukai atau membenci saya," katanya dalam satu kenyataan media.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB itu mengulas cabaran Pua semalam untuk bersemuka secara langsung dengannya yang telah disambut oleh Arul Kanda.
"Dia kata saya perlu letakkan jawatan, kemudian kata saya perlu kekal dan berdebat dengannya. Ini di sebalik, ramai dalam DAP, termasuk Pua yang melabelkan saya sebagai penipu, yang tidak layak didengari.
"Jadi mengapa mahu berdebat, sedangkan anda tidak mahu mendengar, atau mempercayai apa-apa yang saya katakan?" soalnya.
Minggu lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membentangkan laporannya mengenai siasatan 1MDB kepada Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Mari berdebat! - Arul Kanda 1MDB sahut cabaran Pua

Posted: 14 Apr 2016 10:03 PM PDT


Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hari ini menyahut cabaran debat yang dilemparkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua.
 "Saya dengan ini menerima cabaran debat itu. Mari berdebat!" tulis Arul Kanda dalam satu kenyataan.
"Apa yang jelas, di sebalik secara eksklusif menyoal saya selama dua hari penuh pada mesyuarat PAC, wakil DAP, YB Tony, masih mahu untuk menghabiskan masa berkualiti bersama saya.
"Sudah tentunya, saya tidak mahu menafikan YB Tony keseronokan ini," katanya.
Malam semalam, pada sebuah forum anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam, Pua berkata meskipun laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai siasatan ke atas 1MDB telah dibentangkan di Parlimen, beliau sekali lagi mencabar Arul Kanda untuk berdebat secara langsung berhubung skandal firma pelaburan negara itu.

Comments (0)