Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:18 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Skandal 1MDB: Tony Pua ulangi cabar Arul berdebat...siapa nak tolong ni..!!!!

Posted: 14 Apr 2016 09:18 PM PDT


Dengan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB dibentangkan di Parlimen, Tony Pua sekali lagi mencabar CEO 1MDB Arul Kanda untuk berdebat secara langsung di televisyen.
Ahli Parlimen DAP itu memberitahu forum anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam bahawa beliau telah membuat cabaran itu kepada Arul tahun lepas ketika siasatan PAC itu masih berjalan.
Tetapi, katanya, Arul berkata ia tidak mungkin melainkan jika dia (Pua) berhenti menjadi menjadi anggota PAC.
 Speaker Dewan Rakyat juga, kata Pua menentang idea tersebut dengan memetik penglibatannya (Pua) dengan siasatan ke atas 1MDB sebagai alasannya.
,Menurut ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, kini laporan siasatan itu telah dibentangkan, maka tidak ada lagi wujud konflik kepentingan.
"Jadi malam ini (Khamis) saya mencabar beliau (Arul) untuk berdebat secara langsung dan menjawab semua soalan mengenai 1MDB," kata Pua di hadapan lebih 500 hadirin.
Ketua publisiti DAP itu bertanya kepada hadirin sama ada mereka mahu menyaksikan debat itu, dan mereka menjawab: "Ya."
Siasatan PAC tidak lengkap
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula memberitahu forum itu bahawa siasatan PAC mengenai 1MDB perlu dibuka semula.
Lim berkata ini boleh dilakukan sebaik sahaja laporan itu dibahaskan di Dewan Rakyat yang akan bersidang semula pada 16 Mei.
Katanya, Dewan boleh membuat keputusan bahawa ia tidak lengkap kerana kekurangan dokumen dan testimoni, dan dengan itu, meminta siasatan lanjut dijalankan.

Skandal 1MDB: 'Saya sedia dipenjara, tapi yang lain pun akan ikut saya'

Posted: 14 Apr 2016 09:16 PM PDT


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyatakan bahawa beliau bersedia untuk dihukum penjara kerana mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan berkaitan dengan firma dana milik negara 1MDB tetapi menegaskan bahawa ramai lagi akan bersamanya di penjara.
Rafizi berikrar untuk 'mengheret bersama' semua individu yang didakwa melindungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada bertanggungjawab di atas kerugian besar dana awam yang melibatkan 1MDB.
Katanya, beliau bersedia sepenuhnya untuk ke penjara tetapi menegaskan bahawa bukan dia seorang sahaja yang akan masuk ke dalam.
 Rafizi berkata, jika terpaksa ke penjara, beliau akan mengheret bersama semua orang yang terlibat.
Minggu lepas ahli Parlimen Pandan itu mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Berdasarkan hasil laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, Rafizi memberitahu satu forum Pakatan Harapan di Shah Alam malam tadi bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy boleh didakwa menghalang keadilan.
Beliau berkata Arul tentunya tahu isu-isu yang melanda 1MDB kerana beliau adalah ketua pegawai eksekutif syarikat itu semasa proses audit terkini syarikat.
Sebagai mesejnya kepada mereka yang dengan jelas dinamakan dalam laporan PAC, Rafizi berkata, tidak lama lagi "kita akan mengeluarkan senarai rakyat yang dikehendaki'."
Katanya, jika anda tidak boleh mendapatkan orang di atas, anda cari orang yang melindungi mereka.

Menteri luar Arab Saudi sahkan derma RM2.6B pada Najib

Posted: 14 Apr 2016 09:15 PM PDT


Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang datang dari negara itu.
"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa peguam negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.
"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di Istanbul semalam.
 Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama.

Cincin Rosmah: Najib gagal batal penyataan pembelaaan Rafizi, kes dibicarakan

Posted: 14 Apr 2016 09:14 PM PDT


Saman fitnah yang difailkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan pemilik Media Rakyat Chan Chee Kong akan dibicarakan.
 Ini susulan tindakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman yang menolak permohonan Najib untuk membatalkan pernyataan pembelaan kedua-dua defendan bahawa ulasan mereka sebagai berasas dan adil (fair comment).
Peguam Chan, Razlan Hadri Zulkifli berkata hakim memerintahkan kes berkenaan dibicarakan untuk perbicaraan selepas memutuskan bahawa adalah tidak wajar bagi beliau membenarkan permohonan itu.
Walau bagaimanapun, Razlan berkata, belum ada tarikh yang ditetapkan untuk perbicaraan dan pihak-pihak yang perlu hadir di hadapan Timbalan Pendaftar mengenai perkara ini.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib ketika ditemui, juga mengesahkan bahawa permohonan mereka untuk membatalkan pembelaan ulasan 'komen adil' itu telah ditolak.
"Saya akan memberi taklimat kepada Najib dan menunggu arahan selanjutnya sama ada untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini," kata Hafarizam.
Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman ke atas Rafizi dan Chan kerana komen Setiausaha Agung PKR itu dalam satu ceramah yang mendakwa pengurangan subsidi minyak adalah untuk membiayai pembelian cincin Rosmah.
Kenyataan itu diterbitkan oleh Media Rakyat.

'NO NEED TO EXPLAIN, NAJIB, JUST GIVE ME RM5MIL': DR M EXPOSES SHOCKING CORRUPTION IN UMNO SUPREME COUNCIL

Posted: 14 Apr 2016 09:12 PM PDT

Money, large sums of money cannot be moved without leaving a trail.
'NO NEED TO EXPLAIN, NAJIB, JUST GIVE ME RM5MIL': DR M EXPOSES SHOCKING CORRUPTION IN UMNO SUPREME COUNCILAnd so it is with the RM 2.6 billion (or USD 681 million) which the Wall Street Journal reported was in Dato Seri Najib's secret private personal account in Ambank.
The first reaction of Najib was to deny but later he admitted to having this money in his secret personal account. People suspect it was from 1MDB. That would be stealing. Najib needed to make some explanation. He claimed it was a gift. People simply laughed. Then it was a donation by some Arab who wanted him to win the 2013 Elections. The Arab it seems thought he was such a good Muslim leader that he must continue to be Malaysia's PM.
To verify this the newly appointed DPM stated that he has seen the Arab.
But who is this Arab he saw? No name. Anonymous. USD$681 million cash is not something just anyone can have or people give away easily. The donor must be extremely rich. Rich people can be rich through inheritance or through business.
Where did he get so much money? Business?? Nothing is known about this very successful businessman, not even in the O&G world. Who is his banker? There must be a banker or banks. You cannot keep USD681 million under your pillow. In fact even banks do not have such big amounts of cash in their strong-rooms.
The money would be in the form of entries in the books of the banks. Paying out would be by cheques or electronic transfer. No one has been given sight of entries in bank book, nor any cheque stubs or cheques presented to the bank.

Did Ambank receive cash amounting to USD681 million or Ringgit 2.6 billion? Or is it a cheque or electronic transfer. Whatever, it must be entered in the books of the bank. The bank must submit this account for internal and external audit. As the sum is huge, a report needs to be made to the Central Bank for approval. This is to ensure the money is from legitimate source and is not being laundered.
Today we are worried about money-laundering. If you deposit or you take out any sum more than RM50,000 you must get the approval of Bank Negara. For RM2.6 billion deposited in a Malaysian bank lots of questions have to be asked by Bank Negara about the origin, ownership and transfer of money. Bank Negara subsequently lodged a report to the Attorney General. We don't know the contents of the report. But the A.G. dismissed the report. Najib is not guilty of any wrong-doing said the A.G. Just A.G.'s words. No documentary proof. Malaysians just don't believe the A.G. anymore.
Then there is the income tax to be paid by the owner of the money. If no tax has to be paid, the Board of Inland Revenue must give a statement that the money was not taxable. No confirmation from LHDN.
In the meantime the donor has increased from one Arab to two. Then it is said to be from a Saudi prince. And finally it is claimed that the late Saudi King donated the money.
Now a Saudi Minister denies there is any record that the 681 million USD was a gift. He claims that it was an investment. He did not think the sum was so big.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Rafizi akan keluarkan "Senarai Rakyat Dikehendaki"

Posted: 14 Apr 2016 09:10 PM PDT

Rafizi Ramli berikrar akan memburu dan mengheret mereka yang terbabit dalam isu 1MDB
rafizi-1mdb1
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengugut akan mengeluarkan Senarai Rakyat Dikehendaki yang mengandungi nama-mana individu ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurutnya, senarai itu akan disiarkan, jika mereka yang melindungi individu bertanggungjawab terhadap hutang 1MDB tidak tampil dan mendedahkan maklumat yang boleh membuktikan salah laku "orang-orang atasan".
"(Perdana Menteri) Najib Razak rasa dirinya halimunan. Tetapi, kami boleh sentuh mereka yang terbabit dalam 1MDB. Jadi, ini mesej langsung saya kepada sesetengah orang yang dinamakan dengan jelas dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), selepas ini kita akan mengeluarkan satu Senarai Rakyat Dikehendaki.
"Jika tidak boleh dapatkan orang di atas (Najib), anda buru orang-orang yang lindungi dia. Ia tugas kami untuk memastikan mereka terus berlari, sehingga tiada lagi tempat untuk mereka tuju," katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB 'Najib Bersubahat atau Tidak Bersalah?', malam tadi.
Beliau kemudiannya menamakan jutawan, Low Taek Jho; Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy; bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Pengarah Eksekutig Pembangunan Perniagaan, Casey Tang sebagai orang yang diburunya.
"Kami akan jatuhkan kamu satu persatu, jadi kami pilihlah sama ada mahu tampil atau berdepan kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang.
"Kamu putuskan sama ada mahu benarkan Najib jadikan kamu kambing hitam atau selamatkan diri kamu," kata Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR itu.
Menurut Rafizi, individu terbabit bersama Lembaga Pengarah dan kakitangann 1MDB boleh didakwa melakukan lima kesalahan di bawah Akta Syarikat.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin antara jemaah kabinet luluskan 1MDB, kata Puad

Posted: 14 Apr 2016 09:04 PM PDT


 Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan beliau seharusnya menyedari urusan 1MDB kerana dirinya adalah sebahagian daripada bekas anggota jemaah menteri dan tidak sepatutnya membuat tuduhan sekarang.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi dalam kenyataan hari ini mempersoalkan mengapa Muhyiddin membisu pada masa lalu tetapi kini berkata penubuhan 1MDB adalah tidak perlu.
"Muhyiddin mungkin terlupa bahawa dia merupakan anggota Jemaah Menteri yang meluluskan penubuhan 1MDB pada tahun 2009 dan jaminan kerajaan untuk pinjaman Islamic Medium Term Notes sehingga RM5 bilion pada 1 April 2009.
"Muhyiddin juga lupa dia juga merupakan antara anggota Dewan Rakyat yang meluluskan peranan 1MDB bagi menarik pelaburan asing dari Timur Tengah, China dan India seperti yang dibentangkan dalam ucapan Bajet Tahun 2010 pada 23 Oktober 2009.
"Amat menghairankan apabila tiba-tiba sahaja Muhyiddin mempunyai 17 hujah mengenai 1MDB sedangkan sebelum ini, dia sering mendakwa tidak tahu, tiada maklumat, tidak pernah diberi taklimat dan dia tidak faham mengenai 1MDB melainkan selepas membaca The Edge dan pelbagai alasan lagi," katanya.
Puad yang juga adalah ketua pengarah, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menyindir sama ada 17 hujah itu ditulis oleh penulis ucapan Muhyiddin yang juga menyerupai dengan soalan lazim yang dikemukakan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua,

'Ia adalah derma, kami tak harap balasan' - Menteri Luar Saudi

Posted: 14 Apr 2016 08:54 PM PDT

Dr Mahathir "diserang" dengan pelbagai soalan ketika forum PAC

Posted: 14 Apr 2016 08:53 PM PDT

Jangan putus asa lawan penyelewengan 1MDB - nasihat Rafizi

Posted: 14 Apr 2016 06:46 PM PDT

Rafizi: Saya akan heret semua yang terlibat dalam penipuan 1MDB ke penjara bersama saya

Posted: 14 Apr 2016 05:07 PM PDT

1MDB: Tandatangan tetapi tidak tahu isi dokumen, Najib patut letak jawatan kata Mahathir

Posted: 14 Apr 2016 05:06 PM PDT

Syarikat Tipu: Arul CEO paling bodoh dalam dunia kata Tony Pua

Posted: 14 Apr 2016 05:05 PM PDT

Kenapa tiba2 muncul TONG BIRU di Sarawak...??

Posted: 14 Apr 2016 04:32 PM PDT




Apa boleh buat orang Sarawak pun terus bersyukurrrr pada KERAjaan BN.. sbb kerajaan DAP tak pernah bagi TONG BIRU camni kat rakyat..

Muncul 5 tahun sekali... paip kosong tanpa air pon xper.. TONG BIRU boleh tadah air hujan.. Janji rakyat berjimat cermat..

BUKANNYA CURI HARTA RAKYAT...

Posted: 14 Apr 2016 04:28 PM PDT

Kami 'percaya' Najib satu2nya pemimpin bugis UMNO yg tak curi harta rakyat. Najib kaya hidup mewah, Rosmah pon hidup senang lenang penuh kemewahan lagi boros BUKANNYA CURI HARTA RAKYAT...

Mereka hidup mewah kerana simpan duit sejak dari kecik lagi...

Selagi nyawa kamu dikandung badan, tipu & perbodohkanlah kami.. Satu hari nanti pasti kamu di bawah jua..

DAP gesa Adenan tarik balik larangan terhadap pembangkang masuk ke Sarawak

Posted: 14 Apr 2016 04:24 PM PDT

Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, meminta Pemangku Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, menarik balik sekatan masuk yang dikenakan terhadap beberapa pemimpin dan petugas DAP ke negeri itu.
Dalam satu surat rasmi kepada Adenan, beliau merujuk kepada sekatan terbaru terhadap Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching, dan ahli parti yang juga pencipta maskot Ubah, Ooi Leng Hang.
"Saya merujuk Seksyen 67 Akta Imigresen yang menyatakan bahawa: 67. Subseksyen 66 (1) hendaklah tidak berkuatkuasa dalam hubungan dengan seseorang warganegara yang memasuki Negeri Malaysia Timur hanya untuk menceburkan diri dalam aktiviti politik yang sah; tetapi beban membuktikan bahawa seseorang itu berhak memasuki Negeri Malaysia Timur di bawah seksyen ini terletak ke atasnya.
"Tujuan Teo Nie Ching dan Ooi Leng Hang untuk masuk ke Sarawak hanyalah untuk melibatkan diri secara sah di dalam aktiviti politik bersempena Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi," katanya dalam surat tersebut.
Menurutnya, Seksyen 66(1) tidak seharusnya memberi sebarang kesan terhadap mereka dan mereka harus dibenarkan untuk masuk ke Sarawak sebagai satu hak.
Read More / Baca Lagi >>

Abang Johari nafi pergeseran SUPP-UPP akan jejaskan BN

Posted: 14 Apr 2016 04:15 PM PDT

"Politik begitulah, tetapi saya rasa mereka juga punya disiplin dan akan akur kepada keputusan Pengerusi BN (Negeri)."
johari-supp-upp
KOTA SAMARAHAN: Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyifatkan masalah antara SUPP dan UPP hanyalah pergeseran kecil dan tidak akan menjejaskan prestasi BN Sarawak dalam PRN kali ini.
"Politik begitulah, tetapi saya rasa mereka juga punya disiplin dan akan akur kepada keputusan Pengerusi BN (Negeri).
"Perbezaan antara SUPP dan UPP juga tidaklah begitu besar," katanya dalam wawancara singkat bersama FMT dan TV3.
Beliau mengulas kenyataan Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian semalam, yang kecewa ekoran kehilangan kerusi DUN kepada penyandang yang mempunyai kaitan dengan UPP.
UPP ditubuhkan dua tahun lalu oleh bekas pemimpin SUPP, Datuk Seri Wong Soon Koh, selepas konflik dalaman parti itu. Turut menyertainya adalah beberapa wakil rakyat yang memenangi kerusi di bawah tiket SUPP sebelumnya.
Memetik laporan Star Online itu lagi, Kui Hian teramat kecewa apabila partinya kehilangan kerusi DUN Pujut kepada calon langsung BN yang mempunyai kaitan dengan parti serpihannya itu.
Read More / Baca Lagi >>

'Diperdaya' Adenan, SUPP pertahan kerusi miliknya

Posted: 14 Apr 2016 04:14 PM PDT


Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mungkin terpaksa 'melepaskan' kerusi kepada parti serpihannya Parti Rakyat Bersatu (UPP), tetapi Presiden Dr Sim Kui Hian menegaskan ia masih milik SUPP.
Sim berkata SUPP, yang berbilang kaum dan agama, berasa "diperdaya" dengan peruntukan hanya satu dan bukan dua kerusi baru di kawasan majoriti bumiputera, di sebalik janji Pengerusi BN negeri Tan Sri Adenan Satem.
 SUPP melobi untuk bertanding semula di Pelawan dalam pilihan raya Sarawak akan datang tetapi hilang kerusi itu kepada UPP apabila Adenan mengumumkan dalam satu sidang akhbar di Sibu bahawa calon BN bagi Pelawan adalah Janet Lau dari UPP.
Turut hadir pada sidang akhbar dengan Adenan ialah Presiden UPP Dr Wong Soon Koh dan Presiden Rakyat Sarawak Parti Tenaga (Teras) William Mawan.
Lau adalah balu kepada mendiang Robert Lau, yang juga bekas ahli parlimen SUPP Sibu.
UPP juga diberikan kerusi Bawang Assan, Dudong, Pujut, Opar, Mambong, dan Engkilili, dan turut mengintai untuk merampas kerusi Meradong. Calon-calon UPP dijangka meletakkan jawatan dari parti mereka untuk bertanding sebagai calon langsung BN.
Bagaimanapun, Sim menegaskan bahawa jika mereka menang, mereka mesti menyertai SUPP kerana kerusi tersebut milik parti itu.
Adenan setakat ini hanya memperuntukkan 12 kerusi SUPP untuk bertanding pada pilihan raya Sarawak yang akan datang pada 7 Mei berbanding 19 pada pilihan raya lalu.

Mahathir elak gesaan untuk bebaskan Anwar

Posted: 14 Apr 2016 04:10 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengelak langkah untuk mendapatkan pembebasan mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui gerakan Deklarasi Rakyat.
Bercakap pada forum Pakatan Harapan di Shah Alam mengenai laporan PAC terhadap 1MDB, Mahathir berkata permintaan untuk membebaskan Anwar hanya akan memecahkan gerakan itu.
"Kalau nak buat keputusan tentang Anwar ini (atau) itu, kita akan berpecah.
"Kita mesti bersatu untuk satu tujuan sahaja. Dalam perjuangan apapun, kurangkan musuh, tambah kawan," katanya kepada lebih 500 hadirin.
"Kita mesti ada pemikiran waras berdasarkan pertimbangan bijak. Kalau kita ikut hawa nafsu, percayalah, kita tidak akan berjaya," katanya.
Turut menjadi panel ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Ketua Penerangan AMANAH Khalid Samad dan Pengarah Eksekutif pemantau anti rasuah- C4, Cynthia Gabriel.
Semasa sesi soal jawab, seorang penyokong Anwar bangun dan menuntut Mahathir menggesa untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.
Beliau juga meminta Mahathir mengisytiharkan bahawa apa yang bekas perdana menteri itu telah lakukan kepada Anwar pada tahun 1998 adalah salah.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Tandatangan tanpa baca dokumen, Najib mesti letak jawatan

Posted: 14 Apr 2016 04:08 PM PDT


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, kali ini kerana "langkah bodoh" menandatangani dokumen tanpa membacanya.
 Dr Mahathir berkata, ini berdasarkan hasil laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB yang menunjukkan bagaimana Najib diperlukan untuk mengesahkan semua keputusan penting yang dibuat.
"Bagaimana kita sahkan sesuatu dokumen? Kita sahkan dengan cara tandatangan. Bila kita tandatangan satu artikel, kita sahkan dokumen itu.
"(Tapi) ada lawyer Najib kata, itu tak bermakna (Najib) sahkan. Najib dia sign saja, tak tau apa-apa. Dia tak baca pun," katanya dalam forum laporan PAC mengenai 1MDB malam semalam.
Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dipetik sebagai berkata Rabu lalu bahawa tandatangan Najib pada dokumen 1MDB adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan tadbir urus korporatnya.
Beliau juga berkata majlis menandatangani dokumen tidak semesinya bermaksud perdana menteri mempunyai pengetahuan mengenainya atau membuat keputusan mengenai perkara berkaitan 1MDB.
"Macam mana orang macam ni boleh jadi perdana menteri? Saya nak minta kepada Najib, berasaskan kebodohannya sign dokumen tanpa baca, lebih baik dia letak jawatan sekarang," katanya.
Perkara 117 dalam memorandum dan artikel penubuhan syarikat (M & A) menyatakan bahawa Perdana Menteri perlu menandatangani semua keputusan penting.
Read More / Baca Lagi >>

Yaakob Osman (YO) Back up Tun Mahathir @ IDCC Selamatkan Malaysia

Posted: 14 Apr 2016 04:04 PM PDT

Tun Mahathir - Kalau Ikut Nafsu Kita Tidak Akan Berjaya

Posted: 14 Apr 2016 04:03 PM PDT

Tun Mahathir - IDCC Selamatkan Malaysia @ PAC 1MDB

Posted: 14 Apr 2016 04:02 PM PDT

CERAMAH PAKATAN HARAPAN "SELAMATKAN MALAYSIA" - AMANAH DUNGUN

Posted: 14 Apr 2016 10:01 AM PDT

Orang UMNO juga akan jadi Perdana Menteri kata Mahathir

Posted: 14 Apr 2016 10:00 AM PDT

Comments (0)