Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRN ke-11: Hari mengundi di Sarawak diumum Khamis ini

Posted: 10 Apr 2016 09:20 PM PDT

SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 14 hari untuk menetapkan hari penamaan calon dan hari pengundian.
ghani,spr
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis ini bagi membincangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mesyuarat itu bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian.
"Ia juga bagi membincangkan daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan," katanya dalam satu kenyataan.
Memetik laporan Berita Harian 1 April lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohammad Nasfia Awang Nassar berkata beliau menghantar surat kepada SPR untuk memaklumkan tarikh pembubaran DUN iaitu pada hari ini (11 April).
Pada PRN kali ini, sejumlah 82 kerusi dipertandingkan, termasuk 11 kerusi baru iaitu Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.
Setakat ini, hanya PAS yang telah menengeluarkan senarai penuh calon di 11 kerusi DUN yang akan ditandinginya; iaitu Muara Tuang, Beting Maro, Lambir, Sadong Jaya, Pantai Damai, Pujut, Samariang, Sebuyau, Jepak dan Samalaju.
Read More / Baca Lagi >>

Najib sedia sokong hudud demi sokongan PAS - Dr Mahathir

Posted: 10 Apr 2016 09:12 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sanggup menyokong pelaksanaan hudud semata-mata mahu mendapatkan sokongan PAS, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dia sedia untuk menyokong apa yang dipanggil hudud, di mana kita penggal kepala orang, potong tangan mereka, rejam mereka batu hingga mati.
 "Dia sedia menyokong itu semata-mata mahu sokongan mereka (parti Islam itu). Itulah Najib.
"Dia tidak peduli apa yang dia lakukan atau apa dasarnya, selagi dia dapat sokongan. Dan dia mahu sokongan dari PAS. Pemimpin PAS sedang berunding dengannya," kata Mahathir kepada The Australian.
Beliau juga memberi amaran bahawa Malaysia menjadi lebih konservatif di bawah Najib dan bukannya sederhana.
"(Najib) bukan seorang yang sederhana dalam erti kata itu. Dia mahu menjadi sederhana untuk dunia, tetapi dari segi dalam negara beliau bersetuju dengan yang melampau."
Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelihatan 'mesra' antara satu sama lain sejak setahun lalu, dengan kedua-dua mereka juga berkongsi pentas sama dan berpakaian baju Melayu merah jambu yang sedondon.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pernah berkata bahawa PAS menyerahkan kepada Putrajaya untuk melaksanakan agenda hudud di Parlimen.

1MDB dapat surat sahkan Good Star milik PSI 6 tahun kemudian

Posted: 10 Apr 2016 08:34 PM PDT


1MDB hanya mendapat dokumen yang mengesahkan bahawa Good Star Ltd milik PetroSaudi International enam tahun selepas ia memindahkan AS$700 juta kepada syarikat yang didakwa ada kaitan dengan Jho Low.
 Apabila disoal oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tahun lalu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Halmi berkata, mereka mengesahkan bahawa PSI memilik Good Star melalui sepucuk surat.
Bagaimanapun, timbalan pengarah audit khas dan penyelidikan di Jabatan Audit Negara, Nadhirah Abdul Wahab, berkata, surat itu bertarikh pada 2015.
"Surat itu bertarikh 2015, tidak bertarikh pada masa pelaburan itu (2009)," Nadhirah dirakam sebagai berkata dalam Laporan PAC dalam Hansard Parlimen pada 11 November 2015.
Bagaimanapun, Shahrol menegaskan bahawa 1MDB telah mengetahui Good Star milik PSI pada 2009, walaupun beliau kelihatan mempunyai masalah untuk mengingati bagaimana mereka mengesahkan seperti mana yang ditunjukkan dalam Hansard.
Pada 2009 1MDB mengalihkan A$700 juta daripada AS$1 bilion bagi bertujuan usaha sama dengan PSI, ke dalam akaun Good Star.
Shahrol berkata arahan untuk memecahkan pembayaran itu datang dari peguam PSI.
Beliau kemudian mempertahankan langkah itu, walaupun ia tidak diluluskan oleh lembaga 1MDB pengarah, dengan memberi analogi membeli rumah.
Katanya, jika dia membeli sebuah rumah dengan harga RM100,000 dan sebagai balasan bagi membayar RM100,000 itu, pemilik akan memberinya hakmilik rumah.
Tetapi, katanya pemilik tersebut boleh memintanya memberi RM70,000 kepadanya, dan RM30,000 lagi kepada pihak lain.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar terlalu tua untuk jadi PM, kata Mahathir

Posted: 10 Apr 2016 08:33 PM PDT


Mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini di penjara sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri yang akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 "Saya rasa dia sudah terlalu tua," kata Mahathir kepada The Australian dalam satu wawancara yang mendakwa bahawa Anwar kini berusia 74 tahun. Anwar sebenarnya berusia 68 tahun.
"Apabila saya berumur dalam 70-an, saya buat pengumuman bahawa saya tidak lagi boleh jadi PM pada usia 80, jadi saya nyatakan bahawa saya akan letak jawatan dan saya lakukannya sebelum saya berumur 80 tahun," kata pemimpin yang sekarang berusia 91 tahun itu.
Mahathir bagaimanapun berkata, "Jika orang menyokongnya, tiada apa yang boleh saya katakan."
Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika mengulas mengenai kemungkinan Anwar menjadi perdana menteri akan datang jika usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjaya.
Anwar menyokong pergerakan Selamatkan Malaysia yang diterajui oleh Mahathir untuk mencapai matlamat itu.

BN Sarawak bimbang hilang kelebihan dua pertiga – Kit Siang

Posted: 10 Apr 2016 08:31 PM PDT

Kit Siang menyindir Malaysia sudah sampai ke tahap di mana pemimpin pembangkang lebih mudah memasuki Beijing atau Moscow, berbanding ke Kota Kinabalu atau Kuching
lim-kit-siang,adenanPETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan tindakan kerajaan negeri menyekat kemasukan pemimpin pembangkang ke Sarawak, kerana khuatir Barisan Nasional (BN) akan kehilangan majoriti dua pertiga kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau bagaimanapun berpendapat, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem masih mampu mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 ini.
Sehubungan itu, beliau berharap Adenan akan mempertimbangkan untuk membatalkan sekatan ke atas pemimpin pembangkang, bagi membolehkan mereka membantu kempen PRN Sarawak.
"Jangan disebabkan kepentingan politik, beliau mencabuli proses demokrasi di negara ini.
"Buktikan pemimpin-pemimpin pembangkang adalah pengganas atau batalkan sekatan ke atas kami," katanya yang dipetik Sin Chew Daily, ketika menghadiri sebuah dialog di Kepala Batas, semalam.
Disebabkan semakin ramai pemimpin DAP dan PKR yang dilarang memasuki Sarawak, Kit Siang khuatir dirinya bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berada dalam senarai itu.
Dalam pada itu, menerusi catatan terbaru di blognya hari ini, Kit Siang menyindir Malaysia sudah sampai ke tahap di mana pemimpin pembangkang negara lebih mudah memasuki Beijing atau Moscow, berbanding ke Kota Kinabalu atau Kuching.
"Kita berdua sudah berusia 70-an. Adenan berusia 72 tahun dan saya 75 tahun. Kita tidak ada banyak masa yang tinggal untuk aktif dalam politik lagi.
"Marilah fokus kepada isu besar tentang betul dan salah, seperti mempromosi demokrasi, perpaduan negara dan hak autonomi rakyat Sarawak, bukannya menyalahgunakan kuasa untuk menyokong parti politik yang sudah 'tamat tempoh'," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang dipetik China Press sebagai berkata, parti itu sudah menjangkakan kerajaan negeri akan menyekat kemasukan pemimpin pembangkang ke Sarawak, justeru pihaknya sudah merangka strategi bagi mengatasi masalah itu.
Read More / Baca Lagi >>

Polis, Pejabat Peguam Negara bincang kertas siasatan Mahathir

Posted: 10 Apr 2016 08:25 PM PDT

Ia bagi membolehkan pihak polis mengadakan perbincangan lanjut dengan Pejabat Peguam Negara sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Khalid-MahathirKUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk perbincangan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Katanya, ia antara empat kertas siasatan telah dibuka terhadap Dr Mahathir melibatkan dakwaan menghasut dan tuduhan lain.
Khalid berkata, ada kertas siasatan masih belum dan siasatan lanjut masih sedang dijalankan.
"Kami telah membuka empat kertas siasatan terhadap Tun Mahathir.
"Ada yang belum selesai lagi, ada yang kita bawa bincang dengan Peguam Negara, jadi setakat ini kita tidak boleh menghukum apa-apa (terhadap Dr Mahathir)," katanya selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Knan Bukit Aman di sini, hari ini.
Dr Mahathir disiasat antaranya kerana mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau membuat dakwaan itu menerusi blogya, chedet.cc yang disiarkan pada 5 Februari lalu.
Susulan itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Dr Mahathir.
Terbaharu pada Sabtu lalu, Dr Mahathir menerusi wawancara bersama akhbar Australia, The Weekend Australian meminta campur tangan pihak antarabangsa untuk memudahkan Najib dijatuhkan.

Skandal 1MDB: Akar umbi mahu Perdana Menteri saman WSJ

Posted: 10 Apr 2016 08:22 PM PDT


SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil tindakan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ) jika benar laporan portal luar negara itu adalah fitnah.
Harapan itu disuara pesara tentera yang memperkenalkan diri sebagai Abdul Kahar pada Sesi Dialog dan Penerangan Isu Semasa anjuran Umno Penerangan dan Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) di Taman Gadong Jaya, malam kelmarin.
Menurutnya, bagi mengembalikan maruah, rakyat berharap Perdana Menteri mengambil tindakan tersebut.
"Kami sebagai akar umbi mahu Perdana Menteri saman bagi membuktikan tuduhan itu fitnah dan bukannya setakat bercakap kepada umum ia fitnah sahaja, kita perlukan tindak balas," katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang merupakan panel penceramah pada program berkenaan berkata, disebabkan masih belum pasti dengan undang-undang media massa di Amerika Syarikat menyebabkan tindakan saman masih belum diambil.
Beliau bagaimanapun percaya peguam dilantik sedang kaji sama ada sesuai atau tidak tindakan terbabit diambil.
"Masalah sekarang syarikat itu berpengkalan di New York, apa undang-undang di sana? Kalau di sini tiada masalah, tapi saya yakin peguam kita sedang buat kajian," katanya.

Najib panglima perang orang Islam ampu MT Umno

Posted: 10 Apr 2016 08:17 PM PDT


SEREMBAN -  Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai panglima perang orang Islam menyebabkan beliau terpaksa berahsia dalam banyak perkara.
Menurutnya, keadaan itu mungkin menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang terus melemparkan tuduhan.
"Kita patut sokong dan sanjung Perdana Menteri. Adakah patut kita nak jatuhkan beliau diamanahkan mengetuai jentera perang kita?
"Panglima perang penuh rahsia, mana boleh nak hebahkan kepada semua kerana kekuatan kita perlu dirahsiakan," katanya di Taman Gadong Jaya di sini, kelmarin.
Mengenai isu RM2.6 bilion, katanya, ia sudah diperjelaskan dan sepatutnya tidak ditimbulkan.
"Sebenarnya ada sesetengah pihak ambil kesempatan nak jatuhkan Najib," katanya

Politik Sarawak Makin Panas

Posted: 10 Apr 2016 07:57 PM PDT

Oleh Dr Awang Azman Awang Pawi
Terdapat beberapa situasi politik yang kini memanaskan suhu dan gelora politik di Sarawak, yang sekiranya tidak diberikan perhatian serius, dan ditangani dengan bijaksana akan menyebabkan prestasi Tan Sri Adenan Satem selaku Ketua Menteri pengganti kepada legasi Tun Taib Mahmud selama 33 tahun akan kurang menyerlah. Antaranya faktor tersebut ialah perbalahan parti komponen BN dengan parti yang mendakwa sebagai "mesra" BN.

SUPP dan UPP, Retak Menanti Belah

"Saya tidak boleh mengkhianati sokongan dan keyakinan yang diberikan oleh parti kepada saya," itu kata-kata Menteri Kewangan II Sarawak dan Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP), iaitu Datuk Seri Wong Song Koh agak mengejutkan dan bakal menimbulkan pelbagai implikasi politik. Ketika ini beliau dikatakan tidak akan meletak jawatan sama ada dalam parti atau kerajaan. Beliau mendakwa UPP kini mempunyai 26 cawangan dan 30,000 ahli. Parti UPP merupakan parti serpihan apabila beliau keluar daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebuah parti yang didominasi oleh etnik Cina di Sarawak. Beliau berikrar untuk mempertahankan kerusi DUN Bawang Assan.

Namun sudah diputuskan bahawa, mereka yang tepilih sebagai "calon langsung BN" perlu melepaskan jawatan daripada parti asal, sejajar dalam perlembagaan dan semangat BN. Ini bukanlah satu isu terpencil. Ia juga berlaku di kawasan lain seperti kawasan Mambong yang majoriti etniknya bidayuh, kini diwakili Datuk Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Kesihatan Awam yang pada asalnya daripada SUPP, sebelum menyertai UPP.

Gelaran sebagai "ahli politik katak" muncul apabila sekali lagi Jerip Susil dipilih sebagai calon langsung dan ini merupakan kali ke-6 beliau melompat parti. Adakah SUPP akan berdiam diri apabila hanya 11 kerusi diberikan kepada parti tersebut. Pada PRN 2011, SUPP mendapat 19 kerusi, tetapi hanya menang enam kerusi. Selebihnya tewas 12 kerusi di tangan DAP dan satu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pengagihan kerusi yang sedikit pada PRN 2016 ini sesuai kerana SUPP berprestasi rendah pada PRN 2011.

Sebenarnya kerusi Mambong ialah sebahagian daripada DUN Bengoh yang secara tradisi dipegang oleh SUPP. Kerusi Mambong merupakan kerusi baharu susulan persempadanan semula yang dibuat pada tahun lalu. Pemilihan Jerip dijangka akan membawa kemungkinan undi protes dan sabotaj.

SPDP vs TERAS

Di kawasan utara pula kerusi Dewan Undangan Negeri Marudi, semakin panas, apabila nama calon belum lagi diputuskan. Kerusi Marudi disandang oleh Datuk Sylvester Entri Muran. Namun Slyvester telah keluar daripada Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan menyertai parti serpihan baru, iaitu Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras). Beliau kini memegang jawatan Setiausaha Agung Teras. Oleh sebab kerusi tersebut hak asal parti SPDP, maka nama Datu Dr. Pengguang Manggil disebut-sebut sebagai calon SPDP.

Nama Sylvester ditolak oleh SPDP kerana Teras bukanlah sebahagian daripada parti komponen BN. Tambahan pula kerusi tersebut adalah hak milik parti dan bukannya penyandang.

Persaingan semakin terasa apabila kedua-dua calon ini berjaya menghimpunkan ribuan penyokong mereka dalam beberapa majlis. Adenan juga sudah dua kali ke Marudi untuk melihat dan mendengar sendiri maklum balas akar umbi. Sekiranya masih tidak ada kata sepakat antara kedua-dua parti ini, maka akan berlaku protes dan sabotaj. Sekiranya ini berlaku, maka Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dapat keuntungan daripada perbalahan tersebut.

GST, IMDB, Strategi Adenan

Isu GST membawa kepada kenaikan harga barang keperluan dan dirasai oleh semua lapisan rakyat khususnya penduduk berpendapatan rendah dan penduduk di luar bandar yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Adenan telah berhujah keputusan tersebut diputuskan di Putrajaya dan tidak ada kaitan dengan dasar negeri Sarawak. Namun bukankah terdapat 25 ahli Parlimen dari Sarawak di Dewan Rakyat?

Bagi menangani isu ini beliau melakukan penurunan tarif elektrik yang lebih murah, memansuhkan cukai tanah, turunkan cukai pintu rumah, pemansuhan tol dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan di Sarawak. Beliau juga memerangi pembalakan haram yang selama ini telah menyebabkan pendapataan kerajaan negeri berkurangan.

IMDB pula dianggap isu yang abstrak dan kompleks untuk difahami rakyat biasa. Namun isu ini akan popular dalam bahan kempen pembangkang khususnya DAP yang mensasarkan pengundi kelas menengah, bandaran dan Cina. Difahamkan Ketua Menteri Sarawak menunda Pilihan Raya Negeri Sarawak hingga ke saat-saat adalah untuk meredakan isu 1MDB dan GST yang banyak diperkatakan khususnya dalam media sosial.

Bagi Adenan sendiri beliau berpegang kepada keluhuran undang-undang bahawa, persepsi terhadap isu seumpama itu perlu dilihat dalam konteks perundangan yang luas, iaitu "tidak bersalah hinggalah mahkamah dapati bersalah". Justeru, beliau berpendapat tidak wajar pihak lain mempolitikkan isu tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Saya umpama penjenayah ditahan masuk Sarawak, kata Exco Pulau Pinang

Posted: 10 Apr 2016 07:56 PM PDT


Datuk Abdul Malik Kassim Datuk Abdul Malik Kassim Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim menyelar episod penahan beliau oleh pihak imigration Sarawak  tidak ubah seperti seorang penjenayah warga asing di dalam negara sendiri.
Beliau berkata,insiden yang berlaku semalam, amat mendukacitakan sebagai sebuah negara merdeka sejak sekian lama.
"Dalam masa penahanan saya di Pejabat immigration dan seluruh episod pagi semalam saya merasa seperti penjenayah dan sebagai warga asing haram di negara sendiri.
"Kejadian ini yang berlaku pada saya dan kawan-kawan lain sangat mendukacitakan melihat keadaan negara Malaysia yang sudah merdeka sekian lama tetapi masih ada pemimpin pemimpin Negara Dan Negeri yang mencengkam kebebasan dan proses demokrasi." ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru katanya, insiden berlaku membuktikan Kerajaan Negeri Sarawak takut akan kehilangan kuasa.
"Dengan kebebasan akan membolihkan rakyat Sarawak membuka mata dan minda untuk melihat penyelewengan dan salah guna kuasa Kerajaan Negeri selama ini dan akan menerima perubahan seperti rakyat di Pulau Pinang Dan Selangor khasnya dan rakyat semananjung amnnya.
"Saya mencabar Kerajaan Sarawak membenarkan rakyat Malaysia dengan tidak kira latar politik masuk tanpa halangan berkempen pilihan raya negeri yang akan datang ini bagi membuktikan yang pentadbiran BN Sarawak Bersih Cekap Dan Amanah dan tidak ada penyelewengan dan salah guna kuasa." katanya.
Beliau turut menceritakan rentetan insiden itu bagaimana pada 10hb April beliau telah mengambi penerbangan awal pagi AK 5432 dari Pulau Pinang ke Kuching Sarawak dengan pegawainya untuk menghadiri mesyuarat di Kuching dan sibu. Beliau akan kembali ke Pulau Pinang dari Sibu dengan penerbangan MH 2715 pada keesokan hari iaitu 11hb April.

Read More / Baca Lagi >>

Amalkan demokrasi sihat, benarkan pemimpin Pakatan Harapan masuk Sarawak

Posted: 10 Apr 2016 07:55 PM PDT

Datin Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailDatin Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailTindakan pentadbiran Tan Sri Adenan Satem menghalang kemasukan ahli-ahli politik khusus dari Pakatan Harapan amat mendukacitakan, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata, tindakan menghalang Exco Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim merangkap Adun Batu Maung serta Ahli Parlimen Bayan Baru merangkap Pengarah Strategi PKR,Sim Tze Tzin pada Ahad,  memasuki Sarawak tanpa diberi penjelasan mengapa mereka tidak dibenarkan masuk adalah tidak demoratik.
"Dalam demokrasi yang sihat, pertandingan politik yang adil dan sama rata mewajibkan parti-parti politik dari pihak pemerintah dan pembangkang diberi peluang yang sama untuk bertemu pengundi dan menjalankan aktiviti politik yang sah mengikut undang-undang.
"Selagi tiada undang-undang yang dilanggar, kekangan dan halangan tidak patut dikenakan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Wan Azizah berkata, apa yang berlaku ini jelas menunjukkan parti-parti pembangkang diberi layanan yang cukup berbeza berbanding Umno-Barisan Nasional.
"Mengapa seorang Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen dihalang dari masuk walhal mereka tiada rekod jenayah atau terlibat dalam sebarang skandal, manakala seorang Presiden parti Umno yang terpalit dengan pelbagai skandal dan kontroversi di dalam dan luar negeri diberi layanan yang cukup baik!
Read More / Baca Lagi >>

HOW NAJIB PERSONALLY RAN 1MDB

Posted: 10 Apr 2016 07:53 PM PDT

EXPOSED! HOW NAJIB PERSONALLY RAN 1MDBThe facts published by Malaysia's Public Accounts Committee have proved that the constant denials issued by Jho Low, Najib Razak, Shahrol Halmi and their friends at PetroSaudi over the past few months about 1MDB were repeated lies.
For example, Low has officially claimed that he had no involvement in 1MDB beyond May 2009, when he allegedly stepped down from his post as Najib's official 'Advisor' to the fund.
In the same vein, Najib Razak has claimed he performed a distant 'advisory role'.
So, setting aside all the evidence of the emails from the PetroSaudi database, published by Sarawak Report, which PetroSaudi have libellously accused us of "tampering", we now have the official report of the supreme Parliamentary authority on the matter.
The PAC report has confirmed that Najib was the sole shareholder and signatory for the fund – and now for the first time Sarawak Report is able to publish the actual documents to show the proof.  These company records show that from start to finish, Najib was signing off on resolutions, which the Prime Minister plainly knew were riddled with lies.
Government to Government with 'KSA'
Take, for example, the on-going fiction that the PetroSaudi deal was a 'government to government' joint venture with the Kingdom of Saudi Arabia.  Najib was still signing documents alluding to this bogus claim as late as 2011, when he sent off yet another whopping sum of US$125 million, borrowed by 1MDB, supposedly again to PetroSaudi.
Still blagging about a government to government venture as late as 2011!
Still blagging about a government to government venture as 
late as 2011!
The records show that the money was actually banked by Good Star Limited, a company owned by Najib's proxy, Jho Low, as part of a US$330 million dollar transaction recorded by Bank Negara as having been misappropriated to an unrelated third party!
The fact that PetroSaudi had nothing to do with the Kingdom of Saudi Arabia and was merely a small private company, in which the King's seventh son had a 50% share, was plainly known to Najib, since the beneficial owners had to be declared to the banks (we have already shown the documents).
We also have emails from shareholder Tarek Obaid's brother warning that PetroSaudi must tone down Najib's proposed press release at the launch of the joint venture, to make sure 1MDB did not mislead the international press with claims of a 'government to government' venture.
Warnings from the start about misleading claims that PetroSaudi was a Saudi government company
Warnings from the start about misleading claims that PetroSaudi 
was a Saudi government company
The email trails show exactly how this matter of presenting the company as somehow linked to the Kingdom of Saudi Arabia was discussed between the PetroSaudi directors, Jho Low (back-copied on all correspondence) and  Shahrol Halmi on behalf of the PM.
Najib wanted to give a false impression that the company was an official organ of the state and was involved in minute detail in the drafting of the public announcements, according to this evidence:
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Najib sedar dan tandatangan dokumen perjanjian RM3.92 bilion dengan Petro Saudi – Shahrol

Posted: 10 Apr 2016 07:49 PM PDT

Najib Razak dikatakan menandatangani dokumen perjanjian kerjasama 1MDB dan Petro Saudi.
shahrol.najib
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja sedar tetapi juga telah menandatangani kerjasama antara 1MDB dan Petro Saudi bernilai RM3.92 billion (USD1 bilion).
"Beliau menandatangani dokumen jadi bermakna beliau sedar," kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Akhbar The Sun melaporkan, berdasarkan tranksrip rakaman hansard ketika prosiding PAC yang dikeluarkan baru-baru ini, Shahrol memberitahu, 1MDB telah memperoleh kebenaran pemegang saham dan Lembaga Pengarah untuk kelulusan perjanjian itu yang telah ditandatangani Perdana Menteri, seperti yang dikehendaki mengikut Memorandum & Artikel syarikat (M & A).
Mengikut Artikel 117 (c) M & A, sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan atau apa sahaja perkara yang melibatkan jaminan kerajaan untuk kebaikan syarikat, kepentingan negara dan sebarang polisi kerajaan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri.
"Ada perbincangan mengenai bagaimana usaha sama itu dilakukan. Tetapi saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa sebenarnya perjanjian itu dibentangkan dan ia telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah 1MDB dan pengurusan mengambil sebagai kuasa untuk memuktamadkan perjanjian itu, " katanya menurut rakaman hansard itu.
Shahrol menjelaskan perkara ketika disoal ahli PAC William Leong Jee Keen dan Tony Pua Kiam Wee.
Berdasarkan rakaman Hansard itu juga, Pua bertanyakan penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dalam perjanjian itu, Shahrol memberitahu, Jho Low individu bertanggungjawab memperkenalkan Petro Saudi kepada 1MDB.
Katanya, Jho Low bekas Penasihat Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudian dikenali 1MDB.
Dalam laporan PAC mengenai 1MDB setebal 106 muka surat yang dibentangkan di Dewan Rakyat Khamis lalu membuat kesimpulan berjanjian kerjasama berjumlah USD1 bilion dibuat tanpa usaha yang sewajarnya.
Laporan itu menyatakan, tiada maklumat terperinci tentang projek dalam kertas cadangan yang disediakan pihak pengurusan dan tiada kajian sebarangan kemungkinan yang berlaku terhadap pelaburan yang dijalankan itu.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB gegas pelaburan AS$1b dalam PSI untuk kerabat Saudi saksi pemeteraian

Posted: 10 Apr 2016 07:47 PM PDT


1MDB bergegas untuk membayar AS$1 bilion bagi mengadakan usaha sama dengan PetroSaudi International supaya seorang anggota kerabat diraja Saudi dapat menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu, kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Halmi.
 Anggota keluarga diraja Saudi itu akan tiba di Kuala Lumpur pada sekitar masa tersebut, kata Shahrol kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tahun lepas.
Oleh itu, katanya, pihaknya mahu membuat pembayaran pelaburan berkenaan mengikut tarikh berkenaan.
Lembaga pengarah 1MDB telah dimaklumkan mengenai cadangan usaha sama 1MDB-PetroSaudi pada 18 September 2009.
Lapan hari kemudian selepas mengadakan pertemuan dengan jutawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low yang telah memberi gambaran kepada lembaga pengarah bahawa PSI dimiliki oleh Raja Saudi, maka lembaga pengarah meluluskan AS$1 bilion yang diminta itu untuk mengadakan usaha sama (JV) tersebut.
Usaha sama itu ditandatangani di Kuala Lumpur dua hari kemudian, pada 28 September, dengan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Putera Turki dari Arab Saudi.
Kemudian, pada 30 September lalu, AS$1 bilion dipindahkan kepada syarikat 1MDB-Petrosaudi JV.
Tanpa pengetahuan lembaga pengarah, AS$700 juta disalurkan kepada di Good Star Ltd, firma yang tidak berkaitan kepada JV dan dikatakan dikawal oleh Low.
Sementara itu semasa pendengaran PAC pada 25 November tahun lepas, Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Hasan Arifin mengarahkan soalan tentang bagaimana 1MDB menentukan yang PSI milik Raja Abdullah Arab Saudi, tidak dirakam.
Hasan mengarahkan mikrofon ditutup kerana menurutnya, ia melibatkan keluarga diraja. Selepas itu, menurut Hansard, perbincangan disambung tanpa dirakam.
Ini diikuti dengan ulasan mengenai topik itu oleh Ahli Parlimen Putatan Marcus Mojigoh selepas mendengar penjelasan Shahrol.
Shahrol kemudiannya berkata tidak ada sebab untuk mempercayai bahawa PSI bukan dimiliki kerajaan Saudi.

IGP: Polis perlu masa teliti laporan 106 muka surat 1MDB

Posted: 10 Apr 2016 07:42 PM PDT

4 kertas siasatan dibuka terhadap Tun M, kata IGP

Posted: 10 Apr 2016 07:41 PM PDT

ANTARA SIRUL DAN SHAHROL

Posted: 10 Apr 2016 05:13 PM PDT

Dalam kes pembunuhan Altantuya, nama yang paling disebut ramai sehingga kini ialah Sirul Azhar Omar. Walaupun beliau disabitkan bersama Azilah Hadri atas kesalahan membunuh wanita Mongolia itu, tindakannya melarikan diri ke Australia telah menyebabkan namanya lebih popular berbanding rakannya itu.

Dengan tujuan asal melarikan diri ke Austalia semata-mata untuk mengelak hukuman mati keatasnya, Sirul dengan tidak semena-mena telah menjadi rebutan antara kumpulan Najib dan mereka yang mahu menjatuhkannya bdrikutan tindakannya itu.

Dilindungi oleh kekangan undang-undang Australia yang menolak sebarang hukuman mati, pengakuan Sirul mengenai pembunuhan Altantuya dan siapa yang mengarahkannya amat dinanti-nantikan serta tidak dinafikan boleh membuka ruang kepada penyiasatan semula kes itu dan seterusnya menjadi ancaman kepada masa depan politik Najib.

Bagaimanapun, oleh kerana Sirul masih berteka-teki, di sebalik difahamkan sudah ramai yang menemui dan bercakap melalui telefon dengannya, kedudukannya terus menarik perhatian ramai, sekurang-kurangnya selagi Najib masih menjadi Perdana Menteri.
Dalam kes 1MDB yang baru saja PAC membentangkan laporannya di Parlimen, satu nama yang hampir sama sebutannya dengan Sirul iaitu Shahrol tiba-tiba menjadi bualan ramai.

Beliau yang nama penuhnya ialah Shahrol Azrai Ibrahim Halmi adalah bekas CEO 1MDB yang dicadangkan oleh PAC untuk disiasat dan dipertanggungjawabkan atas beberapa kelemahan dalam syarikat itu, terutama dalam beberapa keputusan yang membelakangkan Lembaga Pengarahnya.

Najib yang menubuhkan 1MDB, menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya, hadir menyaksikan pelbagai perjanjian perniagaan dan tandatangannya wajib diturunkan sebelum perniagaan dimuktamadkan, lalu ramai yang mempersoalkan wajarkah  hanya Shahrol dipersalahkan apabila syarikat itu bermasalah?

Di mata ramai juga seolah-olah Shahrul adalah satu-satunya "kambing hitam"  dalam kemelut 1MDB yang menjadikan nama Najib bukan saja bahan perbualan ramai dalam negara, tetapi juga di seluruh dunia.

Selain mengatakan tidak ada perkara salah yang dilakukannya ketika mengetuai 1MDB, keperluan tandatangan Najib sepertimana yang tertulis dalam Artikel 117 M & A syarikat pelaburan itu bukanlah juga suatu rahsia lagi.
Read More / Baca Lagi >>

RM100 Juta Yg Hilang Dalam KBS - TMJ Sindir Siapa Tu?

Posted: 10 Apr 2016 04:15 PM PDT

KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN, FAM DAN PENYOKONG BOLASEPAK TANAH AIR, TIBA MASANYA UNTUK BERUBAH

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan yang mengatakan bahawa pemain bolasepak tempatan kita kurang berkualiti. Saya mohon difikirkan semula. Anda sebagai Menteri Sukan perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki masalah ini. Antara perkara yang tidak berkualiti adalah beberapa menteri-menteri kita dan persatuan persatuan yang hanya tahu menuding jari dan menyalahkan orang lain tanpa pernah mengambil sikap bertanggungjawab atas kesalahan tersebut. Individu yang hanya memikirkan diri mereka sama seperti persatuan-persatuan yang tidak bertanggungjawab. Saya berikan anda contoh berdasarkan fakta dan rekod daripada pasukan teknikal kelab kami. Apabila kami memenangi Piala AFC dan Liga Super pada tahun lepas, 60% daripada gol dijaringkan oleh pemain tempatan. Idea yang digunakan oleh JDT adalah mengutamakan pemain tempatan dan meningkatkan kebolehan mereka. Ini adalah pemain sama yang gagal beraksi cemerlang untuk pasukan kebangsaan. Mengapa? Tanya diri sendiri dan lakukan penyelidikan sendiri. Ia bukannya pemain. Ia adalah organisasi. Orang-orang dalam organisasi yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mendidik pemain dan melaksanakan budaya profesionalisme.

Saya sudah memberitahu anda semua banyak kali bahawa kita semua perlu duduk dan berbincang apakah cara terbaik untuk kita meningkatkan pasukan kebangsaan kita dan bolasepak di negara ini. Tetapi semua orang lebih mementingkan poket mereka sendiri dan sudah terlalu selesa. Tiada siapa yang benar-benar mengambil berat tentang bolasepak kita. Anda sebagai menteri perlu mengadakan mesyuarat dan memastikan FAM dan kelab-kelab yang mengambil bahagian agar memainkan peranan yang lebih besar dalam meningkatkan lagi sukan bolasepak. Pertama, FAM perlu memberikan lebih hak penyiaran kepada semua pasukan yang bertanding di Malaysia dan tidak menyimpan sebahagian daripada hasil tersebut untuk diri mereka sendiri. Kedua, FAM perlu konsisten dalam membuat segala keputusan mereka. Ketiga, mereka perlu menggunakan kepakaran asing dan tidak terlalu sombong demi kebaikan mereka. Akhir sekali, melaksanakan program pembangunan belia dan mewajibkannya kepada semua kelab-kelab di Malaysia.

Tanggungjawab, integriti dan perpaduan akan membawa kita ke arah kejayaan. Bukan sentiasa memberi alasan. Kita boleh menyalahkan pemain, kelab, FAM, penyokong tetapi itu tidak menyelesaikan apa-apa. Untuk menyelesaikan masalah, kita perlu mengenal pasti masalah tersebut dan kami telah pun melakukan cara sedemikian. Sekarang saya telah berikan langkah penyelesaian yang mungkin dapat membantu memperbaiki bolasepak negara kita. Kita tidak harus hanya bergantung semata-mata kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN). PPBN adalah baik, tetapi sewaktu kita membina asas untuk masa hadapan, kita juga perlu memberikan tumpuan dalam memperbaiki masalah yang kita ada hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

ADAKAH ini satu taktik UMNO hilang ketelorannya ??!!

Posted: 10 Apr 2016 04:14 PM PDT

KENAPA TIBA-TIBA orang Umno saran nak batalkan saja debat tanah Taman Manggis antara menteri Rahman Dahlan dgn KM P.Pinang Lim Guan Eng ketika Rahman Dahlan tiada dalam negara ??

CONCLUSIVE PROOF OF GUILT - NAJIB'S SIGNATURE & ONLY HIS SIGNATURE ON EVERY DECISION OF 1MDB

Posted: 10 Apr 2016 04:09 PM PDT


All last year Najib and his circle were demanding that Malaysians 'be patient' and wait for the findings of the Auditor General's report into 1MDB to be completed.
BOMBSHELL: CONCLUSIVE PROOF OF GUILT - NAJIB'S SIGNATURE & ONLY HIS SIGNATURE ON EVERY DECISION OF 1MDBWhen finally it was completed, twelve months later, they declared it an 'Official Secret'!
To make their meaning as clear as possible, prominent PKR MP, Rafizi Ramli, was arrested on the steps of Parliament last week for threatening to reveal further information about Tabung Haji payments to 1MDB, which they had also handily classed as an 'Official Secret'.
Therefore, the Parliamentary Accounts Committee report has presented a highly important remaining insight into the scandal, even though MPs were denied a great deal of crucial information with respect to what they identified as a missing US$7 billion (RM28 billion) from the fund.  This is the total figure which 1MDB has invested in mysterious foreign companies, for which they have provided zero financial information either to the PAC or the Auditor General (whose report the MPs HAVE been allowed to see, but not publicise).
The missing amounts are, according to PAC member Tony Pua:
  • The sums of US$700 million and US$330 million, which were misappropriated to Good Star Limited, a company unrelated to the purported 1MDB-Petrosaudi joint venture in 2009 and 2011.
  • US$3.51 billion, which was paid to a British Virgin Islands (BVI) incorporated Aabar Investment PJS Limited "Aabar (BVI)" in the form of collaterals, options termination compensation and further unexplained "top-up security" payments despite obvious doubts over who owns Aabar (BVI).
  • US$940 million worth of "units" which was parked at the Swiss Bank branch of BSI Bank in Singapore.
  • another US$1.56 billion of investments by 1MDB's wholly-owned foreign subsidiary, 1MDB Global Investments Limited, which also could not be verified by the Auditor-General.
The PAC report detailed how CEO Shahrol Halmi had shockingly defied his Board to go ahead with expensive borrowing and investments such as the PetroSaudi joint venture, which had been specifically vetoed by board resolutions pending further research – all confirmation of course of the concerns which Sarawak Report has extensively reported over the past year.
The PAC committee has therefore recommended that Halmi be criminally investigated.  Furthermore, it has made another crucial set of recommendations, which require the dismantling of an unusual clause governing 1MDB, namely Section 117 – also the abolition of the company's so-called Advisory Council.

Section 117

The significance of the PAC demand for the removal of the provisions of Section 117 has so far been downplayed, particularly by Najib's supporters, who have suggested that the report totally exonerated Najib and "proved" he had no responsibility for the disastrous decisions of 1MDB. This could not be further from the truth.
The clause, according to the evidence of the committee, was introduced into the articles governing 1MDB in September 2009, at the time when it was officially converted from its original title and purpose as the Terengganu Investment Authority and re-named 1MDB.
Section 117 transferred total power over the newly fashioned 1MDB into the hands of the Minister of Finance, who is named as the sole shareholder and signatory of the company.  Furthermore, it goes so far as to specifically forbid the normal representation of officials from the Ministry of Finance to sit on the Board of the company, even though it was supposed to be a 100% subsidiary of this department of state.
There could be only one reason for this extraordinary ban against Finance and Treasury officials from participation in the running of 1MDB, and that is that the new Minister in charge (i.e. the sole shareholder and signatory/ the PM himself) wanted to be free of any oversight or interference from departmental experts regarding his decisions over the fund.
This extraordinary provision applies to only one other company controlled by the Ministry of Finance, Sarawak Report has been informed.  And that company is none other than SRC International, which is the other scandal hit enterprise, which Najib also set up under 1MDB and then financed with RM4 billion borrowed from the KWAP pension fund – money that has also been almost totally unaccounted for.
Finance Department officials have confirmed that as a result they had no oversight whatsoever over these companies, which were supposedly public concerns controlled by their department, and which had moreover raised billions in loans that were guaranteed by the Malaysian Government, thanks to letters of commitment signed by the Minister of Finance.
It is really terribly shocking.

Dazzling with 'big names'


In a clear attempt to side-step concerns about these unusual provisions under Section 117, the Prime Minister/ Finance Minister set up a third tier of 'governance' for the company, which was supposed to act as a counter-balance to this deliberate lack of oversight.
This was the so-called Advisory Board of which he was the self-appointed Chairman.
The names on this Advisory Board, consisted of a dazzling array of international bigwigs, with the seeming purpose of over-awing potential critics into silence – they were all Najib's best political and business contacts from around the world (France's richest businessman, Berhard Arnhalt; The remarkably wealthy Prime Minister of Qatar; the Head of Mubadala in Abu Dhabi, amongst others).
Who would dare to call into question such a star line up of heavy-weights, all putting their guidance and expertise into the management of Malaysia's great investment enterprise?  It appears nobody in Malaysia indeed did so.  Except, the PAC report confirmed, this committee of luminaries has never once met!
Only its Chairman, Najib, was therefore in place to give orders, determine investments, sign documents and make decisions.  He had clearly set the whole structure up this way, in order to deliberately to sidestep the normal checks and controls of company management, thereby enabling himself to assume total dictatorial control over the way the billions raised by this fund were spent.
One wonders why?
The consequences of this approach can be very clearly seen, according to the investigations reported by the PAC.  Shahrol Halmi, who had been recruited from the accountancy firm Accenture to head up the fund, when it was originally pulled together by Jho Low on behalf of his friend Najib, knew exactly who was the real boss.
Indeed, when the original Board representing Terengganu (who had put up its future oil revenues as the collateral for lending) protested at reckless and expensive borrowing proposals, Shahrol Halmi just ignored their orders and went ahead without board permission to borrow RM5 billion from AmBank.
That RM5 billion will have cost Malaysia a staggering RM15 billion in total costs by the time it is finally paid back, says the PAC report.  And most of that money was channelled into the company Good Star Limited, which the PAC have now confirmed had nothing whatsoever to do with 1MDB's joint ventures.

Orders from Najib over-ruled 1MDB Board, thanks to Sec 117

The PAC reports the excuse that Halmi gave them when questioned about this jaw dropping defiance by a Chief Executive against his own Board.  He referred to Section 117, which he explained to PAC members over-ruled the authority of the Board.
There is only one way to interpret this explanation.
Read More / Baca Lagi >>

Ezam nafi sertai semula PKR

Posted: 10 Apr 2016 04:06 PM PDT


Mohamed Ezam Mohd NoorMohamed Ezam Mohd NoorBekas Senator, Mohamed Ezam Mohd Noor menafikan dakwaan yang beliau akan kembali kepangkuan PKR dalam masa terdekat ini seperti dilaporkan sebuah portal berita.
Mohamed Ezam yang kini berada di Indonesia menyifatkan perkara itu sebagai khabar angin dan fitnah jahat terhadapnya.
"Saya sekarang tumpu kepada pembinaan Hisbah Centre for Reform di Indonesia. Baharu terbitkan kitab arab klasik hisbah yang pertama semalam di Indonesia sempena satu Rejab.
"Sejak tinggalkan Kementerian Kewangan dan tamatkan kontrak lebih awal tumpuan saya hanya pada Hisbah Centre khususnya terjemahan kitab Arab klasik mengenai hisbah dan rasuah ke bahasa nusantara.
"Saya tidak terbabit dan tiada rencana untuk mana-mana parti politik di Malaysia," katanya sebagaimana dilapor portal Watan online yang menghubungi beliau.
Kelmarin satu portal berita melaporkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu akan menyertai kembali PKR dan perbincangan kini sedang berlangsung bagi membawanya menyertai kembali parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi tolak spekulasi Ezam sertai PKR

Posted: 10 Apr 2016 08:43 AM PDT

rafizi ramli SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menolak dakwaan yang mengatakan bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat bagi membantu mengukuhkan politik presiden parti berkenaan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut beliau, laporan berkenaan adalah tidak benar dan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.
"Tidak benar. Saya tidak ada apa-apa maklumat dan tidak pernah dengar," jawabnya ringkas kepada Sinar Online hari ini.
Portal SuaraTv melalui sumbernya dilaporkan memaklumkan bahawa Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan serta perbincangan dengan Ezam yang dijangka akan menyertai PKR dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan memaklumkan bahawa portal SuaraTV merupakan saluran propaganda Umno dan tidak wajar diberikan terlalu banyak perhatian.
"SuaraTV merupakan laman yang menjadi saluran propaganda Umno. Jadi saya rasa tidak wajar diberi terlalu banyak perhatian.
"Berita tentang pertemuan Wan Azizah dan Ezam adalah palsu,"katanya.

TOLAK UMNO, TOLAK DEKLARASI RAKYAT TAPI SOKONG PAS...EHEM, EHEM...

Posted: 10 Apr 2016 07:02 AM PDT

Ini barangkali pendirian terbaru Ibrahim Ali dan NGO Perkasa yang dipimpinnya sekarang.

Berucap di perhimpunan anti DLP di Tasik Titiwangsa semalam, Ibrahim Ali berkata, "kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang gagal. Sudah gagal dalam segala-galanya, gagal mementingkan citarasa majoriti penduduk, kaum Bumiputera khususnya Melayu muslim.

"Kita secara jelas menolak kerajaan yang ada hari ini. Saya yakin masa depan orang Melayu Bumiputera bukan lagi terletak pada UMNO, tetapi pada Pas."
Namun, dalam masa yang sama Ibrahim Ali juga menolak untuk menandatangani Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Tun Mahathir Mohamad bersama parti-parti pembangkang.

Bermakna, sementara menolak UMNO dan tidak mempercayai lagi kerajaan yang ada hari ini, Ibrahim Ali juga menolak untuk bersama dengan gerakan menjatuhkan Najib Razak.

Sebaliknya yang disokong dan dipercayai oleh Ibrahim Ali ialah Pas.

Kenapa Pas jadi pilihannya?

Apakah beliau tidak sedar Pas juga mungkin akan bekerjasama dengan UMNO berdasarkan kecenderungan Hadi Awang dan Harun Din semenjak dua menjak ini?

Atau mungkinkah semua itu merupakan tanda-tanda awal Ibrahim Ali sekali lagi bakal bertanding atas tiket Pas dalam pilihanraya akan datang nanti?

Kes Guan Eng sukar buktikan unsur rasuah, elak cukai – Peguam

Posted: 10 Apr 2016 07:01 AM PDT

Kes Guan Eng sukar buktikan unsur rasuah, elak cukai - PeguamBiarpun SPRM masih menyiasat kes banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kononnya mempunyai unsur rasuah namun rakyat awam lebih mempercayai kerajaan BN cuba mereka cipta pertuduhan ke atas pemimpin nombor satu DAP itu.
Menurut seorang peguam hartanah, kes pembelian rumah Guan Eng pada harga yang lebih rendah berbanding dengan nilai pasaran tidak menjadi masalah dalam undang-undang asalkan semua prosedur pembelian diikuti.
"Setahu saya, Guan Eng telah membayar duti setem ke atas nilai pasaran terkini rumah itu. Ini bererti kerajaan tidak mengalami kerugian akibat dari transaksi jual-beli tersebut.
"Yang penting di sini ialah duti setem ke atas nilai sebenar telah dibayar," kata peguam itu yang enggan namanya disiarkan.
Beliau juga sangsi mengapakah isu itu diperbesar-besarkan menjelang pilihan raya negeri Sarawak sedangkan wakil BN mempunyai banyak masa sebelum ini untuk mendedahkannya.
"Mengapa Guan Eng mengalami masalah ini sejurus sebelum Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak?" tanyanya lagi.
Beliau sebagai pemerhati politik neutral berpendapat kes itu diperbesarkan bagi melemahkan DAP yang dijangka akan memberi tentangan hebat di Sarawak seperti sebelum ini pada PRN Sarawak 2011 lalu.
"Senario politik di negara kita dipropagandakan dengan bermacam-macam isu. Tetapi kita jangan lupa bahawa imej Malaysia di pentas antarabangsa semakin buruk setiap kali wujud isu baru," akhiri beliau.

Panel SPRM mahu debat Guan Eng- Rahman Dahlan dibatal

Posted: 10 Apr 2016 07:01 AM PDT


Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (SCC) yang menyelia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu debat yang dirancang antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dibatalkan.
 "SCC bimbang bahawa jika debat ini berterusan, ia akan menjejaskan siasatan SPRM," kata Pengerusinya Tan Sri Abu Zahar Ujang dalam satu kenyataan hari ini.
Zahar, yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata mereka yang mempunyai maklumat mengenai Taman Manggis atau skandal melibatkan banglo kepunyaan Lim perlu mengemukakan maklumat itu kepada SPRM dan bukan mengadakan debat.
Beliau mengulas rancangan Lim dan Rahman untuk berdebat mengenai skandal Taman Manggis.
RTM dan TV3 kedua-duanya menawarkan untuk menyiarkan debat tersebut secara langsung.
Abdul Rahman dan Lim berperang mulut di media hampir setiap hari sejak berita ketua menteri itu membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran.
Debat itu kemudian beralih kepada isu tanah di Taman Manggis.
Perdebatan itu berkisar mengenai dakwaan jualan KLIDC, yang telah membeli tanah kerajaan negeri di Taman Manggis.
Menteri itu mendakwa bahawa syarikat itu telah bertukar tangan, manakala ketua menteri menafikan dakwaan itu sebagai tidak benar.

Comments (0)