Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:46 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Selepas setahun dilaksana, rakyat bantah GST hari ini

Posted: 01 Apr 2016 08:08 PM PDT


mansuh GST
Selepas setahun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 lalu, yang menyaksikan kenaikan barangan dan perkhidmatan di negara ini, hari ini rakyat Malaysia bakal berkumpul bagi membantahnya.
Perhimpunan yang diketuai oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu yang mewakili pimpinan Pakatan Harapan dan badan-badan bukan kerajaan akan bermula jam 2 petang ini dan Dataran Merdeka bakal menjadi kemuncak perhimpunan ini.
Empat tempat bakal menjadi pusat pengumpulan mereka iaitu Masjid Kampung Baru (Amanah), Pasar Seni atau Central Market (Jingga 13), Jalan Sultan (DAP) dan kumpulan lain di Sogo.
Mereka kemudiannya akan bergerak ke Dataran Merdeka di mana perhimpunan kemuncak mereka akan berlangsung.

BILA "SALLEH AMPU" DAH TAK MAMPU BERHUJAH...

Posted: 01 Apr 2016 08:06 PM PDT

Berikutan pendedahan yang semakin rancak mengenai Najib Razak berkaitan wang yang masuk ke akaun peribadinya, di seluruh dunia dan juga di Malaysia, berhujahlah Salleh Said Keruak atau panggilan glamornya SSK dengan berkata, "Perdana Menteri telah menjadi mangsa ketidakadilan melampau di media dan disabitkan di mahkamah pendapat umum semata-mata berasaskan dakwaan."

Justeru, kata Salleh lagi, pihak yang memfitnah itu harus memohon maaf kepada Najib.

Hahaha....fitnah dan minta maaf konon????

Siapa yang fitnah?
Adakah laporan WSJ dan ABC News Australia berupa fitnah?

Apakah laporan mereka tentang wang RM2,600 juta dan yang terbaru jumlahnya dikatakan sudah meningkat kepada RM4,200 juta yang didakwa berada dalam akaun peribadi Najib, suatu fitnah?
Apakah perbelanjaan mewah, membeli barang kemas dan percutian mahal yang didakwa dilakukan Najib untuk keluarganya, berupa fitnah juga?
Selain itu, adakah semua laporan media ini turut berupa fitnah, fitnah dan fitnah juga?

Kalau fitnah, mengapa masih terhegeh-hegeh untuk melakukan saman? 
Read More / Baca Lagi >>

PAS mahu pilihan raya, penyokong BN Terengganu pula tolak

Posted: 01 Apr 2016 08:04 PM PDT


Ahmad Said mencetus kontroversi di Terengganu.Ahmad Said mencetus kontroversi di Terengganu.
Ketika PAS nampak mahu demokrasi terlaksana sepenuhnya dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu dan pilihan raya negeri diadakan, para penyokong kerajaan negeri Terengganu pula sebaliknya, mereka menolak cadangan agar Dun di bubarkan.
Kelab penyokong Kerajaan Terengganu dalam satu kenyataannya berkata, pembubaran Dun bukan cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di Terengganu sekarang.
"Ini kerana kita baru berada pada pertengahan penggal selepas Pilihan Raya Umum ke 13 dan pada dasarnya kesemua wakil rakyat sedang melaksanakan tugasnya dengan baik," kata setiausaha kelab penyokong BN itu, Mohd Iskandar Jaafar sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.
Adun Jabi itu berkata, jika pilihan raya diadakan ia melibatkan perbelanjaan yang besar sedangkan ia boleh disalurkan untuk kepentingan rakyat.
Desas-desus di Terengganu sekarang menunjukkan BN sedia untuk membubarkan Dun Terengganu selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tidak lagi bersama kepimpinan yang ada.
Beliau bersama-sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut agar presiden Umno Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
BN Terengganu yakin Umno akan dapat menambahkan kerusinya dalam Dun Terengganu dengan mengambil balik beberapa kerusi yang dimenangi PAS dalam PRU-13 apabila parti Islam itu berpecah dan membentuk sebuah parti baru iaitu Amanah.
Mereka dikatakan yakin dapat mengambil alih sekurang-kurangnya lima dari 14 kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU-13 lalu.
PAS ketita ini terpinggir dari arus perdana politik negara apabila Pakatan Rakyat yang disertainya terbubar dan parti itu tidak pula menyertai Pakatan Harapan yang dibentuk oleh PKR, DAP dan Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Urusan Laki - Bini: Hawaii, 24 Dis 2014

Posted: 01 Apr 2016 08:02 PM PDT

Urusan Laki: Golf dgn Obama
Urusan Bini: Shopping Chanel US$130,625 (RM522,500) di Honolulu

Beginilah wajah sebenar Najib & Rosmah hidup mewah sakan guna harta kerajaan. Rakyat pon tolong sekali bayar GST !!!

"Pelaksanaan GST bukan bertujuan membebankan rakyat" - Najib Razak, 10/9/2014..

Rasuah tempatnya neraka, tetapi kenapa tidak sensitif, tanya Mohamad Sabu

Posted: 01 Apr 2016 07:59 PM PDT


Mat Sabu kesal umat Islam tidak sensitif dengan rasuah.Mat Sabu kesal umat Islam tidak sensitif dengan rasuah.Umat Islam didapati tidak sensitif dengan rasuah berbanding dosa lain sedangkan mereka yang memberi dan menerima rasuah tempatnya adalah di neraka, kata Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu.
Namun, pelbagai pembongkaran rasuah melibatkan angka berbilion ringgit masih tidak mendorong untuk rakyat melakukan perubahan.
Itulah intipati ucapan hampir 10 minit Presiden Amanah, Mohamad Sabu malam tadi sempena Himpunan Mansuhkan GST dan Undur Najib petang ini.
"Kenapa orang Islam tidak sensitif dengan rasuah sedangkan pemberi dan penerima rasuah tempatnya di neraka.
"Rosmah shopping merata, rambutnya yang dibuat salam rice cooker terbalik, sekali buat RM1,200. Guna jet kerajaan ke sana ke mari.
"Tapi rakyat tak peduli. Ulama-ulama mendiamkan diri sedangkan Imam Malik, Imam Syafei, Imam Abu Hanifah, Imam Nawawi mereka dipenjara, diusir kerana menentang pemerintah yang zalim," ujarnya di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) itu.
Beliau yang mesra dipanggil Mat Sabu juga mengimbas reaksi rakyat melalui keputusan pilihan raya selepas pendedahan banyak kes rasuah dan penyelewengan.
"Bila kita ceritakan skandal Bank Bumiputera, berbuih mulut ceramah di seluruh negara, datang pilihan raya BN menang.
"Maka pemimpin Barisan Nasional kata, kita curi banyak mana pun rakyat akan sokong. Kita dedahkan isu PKFZ dan skandal lembu NFC, berbilion ringgit, datang pilihan raya Barisan Nasional menang.
"Kemudian didedahkan ibu segala skandal kalau menang lagi Barisan Nasional, you ask for it!" katanya dengan nada suara tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

RM2.6B: Subjudis atau tidak? Hakim, pakar kemuka pandangan

Posted: 01 Apr 2016 07:58 PM PDT

Kebiasaannya kes yang akan dibicarakan tidak dibahaskan secara terbuka, namun tiada undang-undang yang menghalang
shaik-daud-ismail_parliment_law_600_1
PETALING JAYA: Parlimen tidak sepatutnya membahaskan kes yang akan dibicarakan di mahkamah kerana ia boleh dilihat seperti cubaan untuk mencampuri badan kehakiman, kata seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan.
"Ini kerana mereka yang berbahas akan memberi pendapat," jelas Hakim Shaik Daud Ismail kepada FMT.
Beliau bagaimanapun akui bahawa tiada undang-undang dalam negara ini yang menghalang perbahasan kes yang akan dibicarakan.
"Resamnya, kes yang akan dibicarakan tidak sepatutnya dibahaskan secara terbuka kerana ia mungkin dimaksudkan sebagai menghina mahkamah."
Shaikh mengulas keputusan Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa isu berkaitan derma RM2.6 bilion dan SRC International tidak boleh dibangkitkan oleh wakil rakyat pemerintah dan pembangkang di dalam Dewan, kerana ia subjudis.
Keputusan Pandikar itu menyusuli semakan kehakiman yang difailkan Badan Peguam terhadap keputusan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali yang tidak mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari berkata terpulang pada mahkamah untuk menentukan samada satu-satu perkara itu subjudis atau tidak.
"Kalau ada yang rasa subjudis, mohon, dan biar mahkamah yang putuskan."
Sementara itu, Aziz berpandangan perbahasan berkenaan isu derma politik RM2.6 bilion dan SRC International wajar dibenarkan pada peringkat ini.
"Subjudis jika ia disebut secara terus, tetapi semakan kehakiman oleh Majlis Peguam menjurus kepada keputusan Peguam Negara, bukannya kes RM2.6 bilion atau SRC International," katanya, manakala kes saman Tun Mahathir terhadap Najib akan hanya ditetapkan untuk pengurusan kes depan pendaftar pada 20 April depan.
Malah, Parlimen merupakan wahana yang sesuai untuk membahaskan isu itu memandangkan kedudukannya sebagai institusi yang terkawal dan teratur.

PAS, AMANAH sependapat "derma Arab Najib" tak bangunkan Islam

Posted: 01 Apr 2016 07:56 PM PDT


PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sependapat bahawa derma yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi untuk membangunkan Islam tidak digunakan untuk ke arah itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, sekiranya benar Najib menerima sumbangan seumpama itu, sudah tentu tidak ada lagi umat Islam yang miskin di negara ini.
Bagaimanapun, katanya yang berlaku adalah sebaliknya.
"Maksud saya didakwa untuk Islam tapi saya tak nampak orang Islam dapat manfaat. Tapi ini tidak berlaku.
"Tapi kalau betul Putera Saudi bagi RM2.6 bilion kepada perdana menteri untuk (bangunkan) Islam maka sudah tentu tidak ada umat Islam yang miskin di Malaysia. Semua ada rumah sendiri dan semua pelajar Islam akan dapat biasiswa," katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini media Australia mendedahkan surat yang mendakwa Najib kononnya menerima derma AS$375 juta daripada seorang putera Arab pada tahun 2011.
Sumbangan itu dikatakan adalah sebahagian daripada beberapa urusniaga yang Najib didakwa terima daripada putera Arab yang terdiri daripada bayaran AS$100 juta pada 1 Februari 2011 kepada AS$800 juta pada 1 Mac, 2013.
Sumbangan itu diberikan kepadanya sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mengulas isu yang sama, Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang berkata, beliau tidak melihat selepas Najib menerima dana itu, perkembangan umat Islam di negara ini semakin baik.
"Kelihatan tidak ada langsung peningkatan malah menurun lagi perkembangan masyarakat Islam, kalau gerakan Islam semuanya tak ada bantuan diberikan oleh kerajaan.
"Kalau Najib ada NGO sendiri pun yang wasatiyyah, kalau itulah umpamanya institusi di bawahnya untuk mengembangkan Islam, tak nampak apa pun," katanya.
Malah Ahmad yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Pengarah Pusat Islam turut mempertikaikan mengapa Najib memulangkan semula derma berkenaan sekiranya ia benar-benar mahu digunakan untuk memperkembangkan Islam.
"Soal dana yang diberikan oleh Arab Saudi itu terlalu mengelirukan kerana ia dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib tapi Najib pulangkan semula.
"Kalau nak guna untuk kembangkan Islam, kenapa Najib pulangkan semula?" soalnya.
Timbalan Pengerusi AMANAH, Salahuddin Ayub pula berkata, isu berkaitan derma yang diterima Najib hanya memburukkan lagi negara di mata dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Pas tidak lemah, yakin pertahankan Kelantan - Mohd Amar

Posted: 01 Apr 2016 05:54 PM PDT

Pas masih berdiri teguh dan kukuh walaupun selepas ketiadaan Tok Guru, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, malah ia langsung tidak melemahkan struktur organisasi parti itu.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, dari segi organisasi Pas tidak lemah, kerana Pas masih sama seperti era kepimpinan Tok Guru.
Pas "Kekuatan Pas juga tidak terjejas walaupun berlaku perpecahan di mana ahli Pas keluar dan membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), begitu juga dengan masalah dalaman yang melanda parti itu ketika ini.
"Jika dibandingkan dengan Umno, masalah mereka lebih berat. Kita masih mampu kawal masalah," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan ketiadaan Allahyarham Nik Abdul Aziz dan masalah dalaman Pas Kelantan adalah  peluang terbaik buat Umno tawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
"Pas sentiasa bersedia jika Umno melancarkan serangan terhadap Kelantan (tawan Kelantan).
"Kita juga berkeyakinan tinggi bahawa Kelantan akan kekal di bawah pentadbiran Pas pada pilihan raya umum dan boleh membawa kemajuan di luar kerajaan Kelantan," katanya.
Soal pembangunan negeri, Mohd Amar berkata, jaringan jalan raya termasuk kemudahan asas seperti sekolah dan universiti tidak perlu timbul, dan mengenai lebuh raya ia sedang dibangunkan Kerajaan Pusat.
"Sesiapa pun yang memerintah kerajaan negeri, Kerajaan Pusat tetap mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan tugasnya.
"Jadi Annuar harus faham bidang tugas antara kerajaan negeri dan pusat. Jangan bercakap macam JKK kampung. Soal royalti pula ia sudah disebut dalam perjanjian.  Jadi Kerajaan Pusat harus menghormati apa yang termaktub dalam perjanjian," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Apa lagi Ahmad Said Mahu?

Posted: 01 Apr 2016 05:31 PM PDT

Oleh Zabidi Haji Saidi
Datuk Seri Ahmad Said bagaikan abang saya, saya sentiasa mempertahankan beliau...apa sahaja yang berlaku kepada beliau, sayalah orang yang akan berjuang habis-habisan mempertahankannya.
"Walau apa yang pernah dilakukannya kepada saya, di dalam hati saya, beliau tetap saya anggap sebagai abang

"Apa yang dilakukan itu, saya sentiasa maafkan," demikian luahan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengenai perasaannya terhadap bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said pada temu bual eksklusif Bernama di kediaman rasmi, Seri Iman, di Kuala Terengganu semalam.

Ahmad Razif berkata demikian semasa ditanya tentang tindakan Ahmad yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang DUN Terengganu pada 8 Mac lepas, yang kemudiannya ditolak oleh Speaker Datuk Mohd Zubir Embong kerana ia dibuat tanpa notis dan melanggar peraturan DUN.

Dengan genangan air mata ketika membicarakan perkara itu, beliau berkata kerana hubungan 'abang dan adik' itu jugalah beliau tetap meneruskan legasi Ahmad malah menambah peruntukan sedia ada dalam pelbagai projek kerajaan negeri.

Menurutnya beliau pernah bertemu Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, untuk berbincang tentang pembangunan negeri dan Ahmad memintanya supaya meneruskan legasinya.

"Beliau minta saya teruskan legasi beliau, maka saya teruskan dengan penambahan peruntukan RM331 juta di Kenyir. Begitu juga janji saya kepada beliau untuk terus membiayai kos zoo di Kemaman dengan RM5 juta setahun, melaksanakan jambatan ikonik di Kijal degan peruntukan RM15 juta," katanya.

Ahmad Razif, yang menggantikan Ahmad sebagai menteri besar pada 23 Mei 2014, berkata beliau juga melaksanakan pusat boling di Kijal dengan kos RM30 juta, membina jalan di Awana Kijal sebanyak RM200 juta serta meneruskan projek perumahan di Sri Bandi, Kemaman.

"Ini akan saya teruskan walaupun (dalam keadaan) apa yang berlaku sekarang kerana itulah janji saya kepada beliau. Saya berjanji akan memberi komitmen kepada janji saya.

"Kepada penduduk Kijal, janganlah bimbang, walau dengan situasi yang berlaku ini, segala projek itu tidak satu pun dikurangkan malah mungkin ditambah lagi," katanya.

Ahmad Razif juga menegaskan bahawa beliau tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Ahmad.

"Saya tidak pernah ada apa-apa perasaan dendam kepada beliau dan kerana itulah juga saya menyokong apa sahaja yang dilakukan dan dilaksanakan sebelum ini. Saya akan terus menyokong.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa bakal gagalkan Deklarasi Rakyat?

Posted: 01 Apr 2016 05:30 PM PDT

Oleh Lokman Ramlee
Sudah ada beberapa pihak cuba menyiram air pada bara Deklarasi Rakyat yang dipimpin oleh Tun Mahathir Mohamad yang mempunyai matlamat memaksa perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Namun nampaknya langkah itu belum dapat menyejukkan semangat peneraju deklarasi berkenaan menggiatkan usaha mengutip seberapa banyak perakuan rakyat menyokong membuat desakan politik julung kali diadakan itu.
 
Sasaran mereka ialah mengumpul sekurang-kurang 1 juta tandatangan supaya ia boleh dianggap sebagai satu referendum rakyat yang tidak lagi mahu khidmat Najib sebagai perdana menteri.
 
Bagi mereka, langkah mencipta sejarah baru dalam sistem politik negara dengan menggunakan kekuatan bilangan tandatangan rakyat untuk menukar perdana menteri baru sahaja dilancarkan.
 
Justeru segala telahan dan ramalan terhadap apakah hasil deklarasi berkenaan adalah tidak kena masanya dan tidak bijak spekulasi mengenai kesudahannya dibuat sekarang. 
 
Lantas Mahathir terus menghunjam keyakinan bahawa rakyat mampu menyelamatkan negara dengan menandatangani Deklarasi Rakyat demi mendesak Najib melepaskan jawatan perdana menteri. 
 
"Kalau kita nak tengok kekuatan kita, tandatangani Deklarasi Rakyat untuk selamatkan negara kita. Bukan banyak, bukan kena duit (bayar) pun. Beri kad pengenalan dan tandatangan saja," katanya pada Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia pertama di Ampang, kelmarin.
 
Rayuan sama dibuat oleh Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang menandatangani Deklarasi Rakyat.
 
Menurut beliau, rakyat perlu berani jika mahukan perubahan ke arah pentadbiran negara yang lebih baik.
 
"Kalau kita nak ubah kerajaan, mahukan kerajaan yang lebih baik dan yang jaga rakyat, (maka) masa depan bergantung kepada orang muda. Kita mesti berani.
 
"Kalau kita suruh tandatangan Deklarasi Rakyat itu, tandatangan saja jangan bimbang. Kalau kita nak perubahan kita kena berani," katanya di majlis yang sama.
 
Matlamat Deklarasi Rakyat sukar dicapai
 
Bagaimanapun beberapa pihak yang berpengetahuan seperti Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam,  Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood menganggap objektif deklarasi itu mustahil dicapai.
 
Ini kerana cara menukar perdana menteri melalui petisyen atau mengumpul tandatangan tidak termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Akta Pilihanraya. 
 
"Menukar perdana menteri hanya boleh melalui dua proses iaitu pilihanraya atau undi tidak percaya. Selain itu, tidak ada. Jadi kalau berlaku demikian (sejuta tandatangan), tindakan itu tidak selaras dengan Perlembagaan," katanya.  
 
Prof Nik Ahmad Kamil juga menegaskan bahawa walaupun Deklarasi satu juta tandatangan itu dikemukakan kepada Majlis Raja-raja, institusi berkenaan tiada kuasa melantik dan menukar perdana menteri.
 
"Yang ada kuasa pelantikan perdana menteri hanya Yang di-Pertuan Agong tetapi proses itu perlu dijalankan selepas pilihanraya atau ketika berlaku undi tidak percaya," katanya. 
 
Sementara Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-budaya Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, Deklarasi Rakyat tidak boleh digunapakai untuk menyingkirkan perdana menteri. 
 
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB di M'sia AG Apandi boleh tolong 'bersihkan', tetapi di luar negara camner ??

Posted: 01 Apr 2016 05:17 PM PDT

Sekali lagi WSJ dedahkan pula skandal 1MDB kaitannya dgn filem Hollywood terbitan anak tiri Datuk Seri Najib Razak, 'The Wolf of Wall Street' yg mengandungi banyak adegan lucah...

Rakyat Malaysia harus berbangga bahawa wang dana rakyat telah digunakan untuk membiayai penggambaran ala lucah 'The Wolf of Wall Street'..

HAKIKATNYA : UMNO & BN adalah PENIPU

Posted: 01 Apr 2016 05:16 PM PDT

APA SUDAH JADI dgn iklan ini ???
Sudah mati ka ???

APA SUDAH JADI kesan GST kpd rakyat ???
Kos sara hidup makin murah atau mahal ???

Himpunan mansuh GST: Hari rakyat, himpunan rakyat, kata Mohamad Sabu

Posted: 01 Apr 2016 05:12 PM PDT

Seluruh lapisan rakyat diseru menyertai 'Himpunan Mansuh GST, Undur Najib' petang ini kerana ia adalah 'hari rakyat' dan 'perhimpunan rakyat' bagi menyatakan bantahan terhadap cukai yang membebankan itu, kata komander perhimpunan, Mohamad Sabu.
Mohamad yang juga presiden Amanah berkata, rakyat perlu bersama menyatakan bantahan terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sudah setahun dilaksanakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana mereka adalah pihak yang paling terkesan dengan perlaksanaan GST.
"Ahli Parlimen (Pakatan Harapan dan pembangkang) telah menyatakan bantahan mereka di parlimen, pemimpin politik juga sudah menyuarakan bantahan mereka, kini sampai masanya untuk rakyat beramai-ramai menyatakan bantahan kerana hari ini adalah hari rakyat dan hari perhimpunan rakyat," ujar beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Sementara itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan menyertai perhimpunan aman petang ini.
Dalam sidang media 31 Mac lalu, Mohamad berkata pihak penganjur telah memaklumkan berkaitan perhimpunan tersebut kepada Mahathir dan tidak menolak kemungkinan beliau akan hadir.
Himpunan sempena setahun GST dilaksanakan itu akan bermula jam 2 petang ini dan dijangka berakhir secara aman pada jam 6 petang.
Para peserta himpunan akan berhimpun di tiga tempat iaitu Masjid Jamek Kampung Baru, Jalan Sultan dan Pasar Seni kemudian bergerak ke Sogo sebelum berhimpun di Dataran Merdeka.
Warna tema perhimpunan adalah hitam dan peserta perhimpunan digalakkan memakai pakaian serba hitam.
Sementara itu, ketua pemuda Amanah Nasional Sany Hamzan menyeru seluruh rakyat Malaysia hadir secara aman dan tidak mencetuskan sebarang huru-hara.
"Kalau ada sebarang provokasi itu bukan daripada peserta himpunan tetapi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan ingin mencetuskan kekacauan," tegasnya.
Ketua Setiausaha Pengelola PKR Fariz Musa pula berkata, pihaknya memberikan komitmen penuh terhadap himpunan tersebut dan akan berhimpun di Pasar Seni sebelum ke Dataran Merdeka.
Seramai 600 petugas keselamatan daripada Unit Tindak DAP (Tindak), Skuad AMK PKR dan Amal Relief Amanah (Arif) akan bertugas mengawal kelancaran himpunan.
Menurut Mohamad Sabu juga, pihak polis juga sudah dimaklumkan mengenai himpunan ini dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak keselamatan.
"Kita dah maklumkan kepada pihak polis dan seperti biasa layanan polis sangat baik dan memberikan layanan yang mesra," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PRN 11: Tawaran baru untuk Sarawak

Posted: 01 Apr 2016 05:05 PM PDT

Tawaran baru untuk Sarawak adalah tentang 'menarik tangan' seberapa banyak rakyat Sarawak daripada berterusan berada dalam lohong kemiskinan dan kedaifan.
Adenan-Satem_sarawak_600_1
Oleh Liew Chin Tong
Tawaran Baru untuk Sarawak – melalui penurunan kuasa kepada negeri dalam bidang pendidikan, kesihatan, polisi perbandaran, pengangkutan, disokong oleh perkongsian cukai yang lebih tinggi antara kerajaan persekutuan dan Sarawak (mengambil kira 50 peratus cukai pendapatan yang dikutip oleh negeri diberikan kepada negeri) – perlu menjadi tema kempen yang utama untuk pilihan raya negeri yang akan dipanggil dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
Pilihan raya 2016 negeri Sarawak bakal menyaksikan penzahiran peningkatan kebencian dalam kalangan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bahkan UMNO.
Tidaklah terlalu sukar difahami, kebanyakan rakyat Sarawak merasakan Putrajaya bertindak sebagai pusat memerah cukai serta hasil sumber bumi yang berharga dari Sarawak, kemudian digunakan untuk projek-projek mewah yang menelan belanja tidak masuk akal, sedangkan rakyat Sarawak terus kekal hidup dalam kesengsaraan, kemiskinan dan pembangunan negeri yang amat perlahan.
Meskipun tidak popular, Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib dengan begitu cermat berterusan menjaga struktur kuasa yang berpusat di Sarawak tanpa memiliki sedikitpun keazaman politik untuk memikirkan semula bagaimanakah kuasa yang lebih luas dapat diturunkan kepada negeri bagi menggalakkan penyertaan rakyat dalam merangka dasar-dasar awam dalam kerangka yang lebih demokratik. Hal ini hakikatnya mampu mengukuhkan Sarawak dan mengelakkan isu pemisahan melibatkan Semenanjung Malaysia dan negeri di kepulauan Borneo ini.
'Cash is king' – Itulah resipi mudah Najib untuk Sarawak. Resipi yang telah diketahui umum menjadi modus operandi di hampir lima puluh kawasan lawatan beliau ke Sarawak sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009. Keseluruhannya tidak lain adalah ibarat menabur wang persekutuan untuk pelbagai projek. Projek yang akhirnnya hanyalah memberikan lebih manfaat kepoada kontraktor berbanding anak-anak Sarawak sendiri.
Populariti Adenan
Sebaliknya, Ketua Menteri Adenan Satem, yang menggantikan Taib Mahmud pada tahun 2014, adalah agak popular. Dengan gaya yang santai, latar sejarah politik yang lebih bebas-nepotisme dan pelbagai pengumuman popular beliau, mampu menarik minat pengundi. Pada dasarnya, Adenan menjadi 'idola segera' di Sarawak dengan tidak membawa imej 'Taib' mahupun 'Najib/UMNO'.
Adenan pada awalnya membawa agenda penurunan kuasa / desentralisasi tetapi akhirnya beliau sedar bahawa berurusan dengan Kerajaan Persekutuan tidak lebih hanyalah ibarat mencurah air di daun keladi. Justeru, beliau telah memanfaatkan elemen permusuhan anti-Putrajaya yang telah ditafsir semula sebagai anti-Malaya. Namun secara umum, ia lebih mudah diinterpretasikan sebagai anti kepada sebarang perkara yang datangnya dari Semenanjung Malaysia yang akhirnya ibarat menyimbah minyak ke api terhadap sentimen 'Sarawak untuk rakyat Sarawak'.
Pun begitu, mengusir atau melarang ahli-ahli politik pembangkang dari Semenanjung tidak akan membantu memperkasakan rakyat Sarawak. Begitu juga, memberi Adenan kemenangan besar pada pilihan raya negeri tidak akan bermakna Kerajaan Persekutuan Najib akan melakukan apa sahaja untuk mengubah kehidupan rakyat biasa di Sarawak agar menjadi lebih baik.
Memenangi lebih kerusi di Sarawak
Dari sudut politik, demi rakyat Sarawak secara umumnya, penambahan kemenangan pihak pembangkang di beberapa lagi kerusi Sarawak mampu menganjak Adenan untuk memikirkan semula kesetiaannya kepada Najib. Adenan sekarang ini mengawal 25 kerusi Parlimen yang merupakan satu jumlah signifikan dalam menentukan jatuh bangun Perdana Menteri Najib.
DAP dan PKR masing-masing telah memenangi 12 dan 3 kerusi DUN pada pilihan raya negeri 2011. Jika pembangkang boleh meraih kemenangan sekurang-kurangnya 20 kerusi mengambil kira penambahan kerusi lagislatif (dari 71 kepada 82 kerusi), Najib mungkin tidak dapat lagi bertahan terlalu lama.
Read More / Baca Lagi >>

PRN Sarawak: Tak Nak BN!

Posted: 01 Apr 2016 10:00 AM PDT

Beginilah wajah sebenar Najib bersama anak bini hidup mewah sakan guna harta kerajaan !!!

Posted: 01 Apr 2016 09:51 AM PDT

Belanda, 1 Ogos 2014

Urusan Laki: Memorial MH17
Urusan Bini: Shopping barang kemas €750,000 (RM3.2j) di Sardinia

  Rakyat pon tolong sekali bayar GST !!!

HEPI BESDEY GST !!!

Terima kasih Tuanku kerana memahami kesusahan rakyat.

Posted: 01 Apr 2016 09:48 AM PDT

Menteri DAM awak di mana !!! Kamu MP Pontian, Johor.. Sedar tak atau FAHAM ker tak titah baginda Sultan Johor !!! MP BN-Pontian di Johor sudah MURKA sama Tuanku..

Adakah Menteri DAM berani mengatakan Tuanku tak paham GST sepertimana beliau mengatakan Tun Mahathir atau sesiapa saja yg menolak GST !!!

Alangkah baiknya jika Sultan2 atau Raja negeri lain mencontohinya. Menjunjung kasih Tuanku...

"KAMI BANGGA JADI ANAK BANGSA JOHOR"
"WE PROUD AS BANGSA JOHOR"

SELAMAT ULANG TAHUN GST !!!

Posted: 01 Apr 2016 09:46 AM PDT

1996: Abah dah gaji kan? Jom belanja kami makan KFC.

2016: Abah dah gaji kan? Jom belanja kami makan sardin.

SELAMAT ULANG TAHUN GST !!!
"GST Bukan Bertujuan Mebebankan Rakyat", kata Najib Razak, 29/11/2014.

Persetan apakah #1MDB & KERAjaan skrg ini !!!!

Posted: 01 Apr 2016 09:44 AM PDT

TAHUKAH ANDA.. Sehingga Kini 1MDB Tidak Layak Berdaftar GST/ Bayar GST... dgn alasan pendapatan 1MDB masih belum layak sbg pembekalan bercukai..

Apakah perasaan anda, jika sebelum ini Najib menggelar rakyat sbg PENGKHIANAT NEGARA jika tak bayar cukai..

Kalau dah sebati tahap jilat tepu mmg susah nak dibendung lagi..

Posted: 01 Apr 2016 09:42 AM PDT


FAKTA Yang Perlu Rakyat Tahu TERUTAMA pencacai UMNgOK..

Posted: 01 Apr 2016 09:38 AM PDT

GST system cukai yang digunapakai di kebanyakan negara. Negara lain bila GST diperkenalkan, kjaan di sana akan memastikan cukai sedia ada dikurang demi kesejahteraan rakyat.. berbeza di Malaysia.. cukai SST dimansuhkan, tapi DIGANTIKAN CUKAI sehingga rakyat terus dibebani dgn peningkatan kos sara hidup..

#GST memberi pulangan kepada kerajaan tapi BUKAN kepada rakyat... malah janji hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat tidak ditepati.. kerana kjaan memerlukan GST bagi menampung amalan KETIRISAN & KEBOROSAN yang memudaratkan negara.. dan rakyatnya..

Inilah contoh2 idea paling bernas dlm dunia yg telah dihasilkan oleh Ahmad Maslan..

Posted: 01 Apr 2016 09:36 AM PDT

Tiada siapa menteri2 dlm kabinet dapur Najib Razak dpt mengatasi 'kebijaksanaan' yg luar biasa Ahmad Maslan..

MASIH ANDA INGAT !!!

Posted: 01 Apr 2016 09:34 AM PDT

"HARGA BARANG BOLEH TURUN KERANA GST.. Fuuhh satu kenyataan yang paling berani.. HARGA BARANG TURUN KERANA GST" -Ahmad Maslan (31/3/2015)

GST: Siapa sebenarnya yang makin senang hidupnya.. ??

Posted: 01 Apr 2016 09:33 AM PDT

Rakyat yg bayar #GST atau..

Najib, Rosmah anak beranak yg sakan hidup mewah berbelanja RM60 juta di luar negara dlm tempoh 4 bulan ???

Mengapa Perlu Turunkan Najib Segera

Posted: 01 Apr 2016 09:27 AM PDT


Comments (0)