Followers

Nuffnang

oyabun

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


DAP anggap ditipu PKR?

Posted: 26 Apr 2016 10:08 AM PDT


Hari pencalonan Pili­han Raya Nege­ri Sarawak Ke-11 (PRN-11) mendedahkan tembelang parti pembangkang yang tidak mampu berkompromi sehingga bertembung sesama sendiri di hampir 30 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pertembungan itu berlaku bukan sahaja dalam kalangan parti yang membentuk pakatan seperti PKR dan DAP malah melibatkan Pas dan serpihannya, PAN serta parti pembangkang Sarawak iaitu Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) dan Parti Bansa Dayak Baharu (PBDSB).

PKR dan DAP yang digambarkan 'seiring sejalan' di Semenanjung umpamanya, bertembung sesama sendiri di enam kawasan DUN iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Simang­gang, Ngemah dan Mambong.

Pemimpin kanan DAP sehingga petang semalam merayu supaya PKR Sarawak berkompromi namun segalanya tidak dipedulikan.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap PKR yang enggan mengubah pendirian mereka.

Katanya, beliau boleh menerima jika pertembungan hanya berlaku di satu DUN namun jumlah lima DUN yang bertindih adalah terlalu banyak.

Menurutnya, PKR juga tidak ada komitmen untuk mematuhi perjanjian supaya mereka tidak bertembung antara satu sama lain.

Beliau yang ditemui di luar pusat penamaan calon DUN Senadin di Miri pagi ini secara terbuka berkata: "Kami rasa telah ditipu."

Pertembungan di lima kerusi itu berlaku apabila Timbalan Pre­si­den PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi kuasa kepada PKR negeri untuk bertanding di kawasan yang bertindih.

Perkara itu diakui Mohamed Azmin dalam satu majlis di Shah Alam, Selangor hari ini.

Berikutan itu, DAP secara dramatik membalas dendam de­ngan mencalonkan calon Melayu, Abdul Aziz Isa di Batu Kitang sedangkan kawasan itu ditandingi calon PKR, Voon Shaik Ni.

Menurut sumber, pagi ini Abdul Aziz bersiap sedia di dalam keretanya di luar pusat penamaan calon dan apabila menerima beri­ta PKR meletakkan calon di DUN Mambong (bertindih de­ngan DAP), dia bertindak menyerahkan bo­rang pencalonan ke­pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebuah lagi parti yang turut menggangotai pakatan bersama DAP dan PKR iaitu PAN mengambil pe­luang untuk membalas dendam kepada Pas dengan bertanding di Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Pertembungan itu ibarat dedalu yang menumpang pokok kerana semua kawasan berkenaan dirintis oleh Pas sejak beberapa siri PRN terutamanya di DUN Beting Maro yang mula menunjukkan hasil.

Pas juga bertembung dengan DAP di Pujut dan Samalaju selain turut bersaing dengan PKR di Kakus, Jepak dan Lambir.

Turut menyertai drama pertembungan dalam PRN-11 ialah STAR dan PBDSB yang bertanding di kawasan DAP serta PKR.

STAR bertembung dengan DAP di Padungan, Bukit Semuja, Dudong, Bawang Assan, Pelawan dan bertembung dengan PKR di Jepak, Nangka, Serembu dan Batu Lintang.

PBDSB pula bertembung dengan PKR di Opar dan Balai Ringin selain berentap dengan DAP di Senadin, Kedup dan Bukit Semuja.

Wasabi Oyabun..

Comments (0)