Followers

Nuffnang

MASTER DEDAH

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:35 PG | Posted in

sumber :-

MASTER DEDAH


PENGARAH SPRM NEGERI P.PINANG MENGAKU ADA "HUBUNGAN RASMI" DENGAN LIM GUAN ENG! DATO' M.SAMARAJOO PERLU BERCUTI SEHINGGA KES LIM GUAN ENG SELESAI DISIASAT

Posted: 21 Apr 2016 12:22 PM PDT




- Menghormati inisiatif PBA dan beri penghargaan bersama Pengerusinya "yang ‪disiasat‬" lebih penting dari persepsi buruk rakyat mengenai siasatan kes rasuah Lim Guan Eng sekarang.


"Janganlah dipolitikkan. SPRM mencegah rasuah, itulah kerja kami.

"Program ini telah diaturkan sudah lama dahulu sebelum isu siasatan ketua memteri itu berbangkit," beliau dipetik sebagai berkata.

Mustafar dilaporkan berkata beliau hadir mewakili ketua pesuruhjaya SPRM. - Malaysiakini
      Nota: Menurut Dato M Samarajoo Pengarah SPRM Pulau Pinang memang Mustafar 
                   dijemput kerana ia program pencegahan (Bukan wakil KP)



Jangan politikkan? Apa jadi dengan Mustafar?Sebagai mantan pengarah penyiasatan SPRM adalah tidak wajar beliau tidak dapat membaca persepsi rakyat!




Debat Netizen dalam media sosial menarik perhatian apabila ada netizen mempersoalkan Dato M Samarajoo Pengarah SPRM Pulau Pinang mempertahankan kewajaran kehadiran Lim Guan Eng di Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat PBA Holding Berhad 18 April 2016 yang dihadiri Datuk Mustafar Ali Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM. Selanjutnya ke Facebook page Wa Sengat Lu 

Sangat mengejutkan jawapan yang diterima daripada Pengarah SPRM Negeri mengapa beliau mempertahankan Lim Guan Eng. Dan netizen kelihatannya menyekolahkan Pengarah SPRM Pulau Pinang itu.






Admin seperti orang lain juga bertanya beberapa perkara;

1) Kalau SPRM telah tahu program sejak 2015 malah program ini inisiatif daripada Pihak Bekalan Air Pulau Pinang (PBA). Segala urusan jemputan dibuat oleh tuan rumah iaitu PBA. Ketua Menteri hadir sebagai Pengerusi PBA bagi menyaksikan Majlis Menandatangan Ikrar Integriti Korporat atau CIP (Corporate Integrity Pledge). Tidakkah itu menunjukkan SPRM Negeri sedang mengikut telunjuk sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang jelas terang-terang dipengerusikan dan menerima ‪#‎arahan‬ 100% dari Lim Guan Eng sebagai CM? Pendek kata SPRM bawah Dato' Samarajoo mengikut arahan Lim Guan Eng Ketua Menteri yang sedang disiasat! setuju? atau kebetulan? tidak mungkin Pengarah SPRM Negeri tiada kuasa menolak dari guna alasan rasmi atau kasihan pada PBA.

2) Apakah Ikrar Integriti Korporat ini amat penting bagi PBA yang jelas dibawah arahan Lim Guan Eng berbanding persepsi buruk rakyat mengenai kes Lim Guan Eng yang tertangguh sebulan dengan janji manis SPRM memanggil Lim Guan Eng " Next Week" dan kini tiba - tiba duduk bersama dalam VIP room bergelak ketawa mesra dan sepentas bersama SPRM? " Orang disiasat bersama Penyiasat".

3) Tidak mungkin SPRM Negeri tidak menasihati PBA sekalipun Lim Guan Eng Pengerusi tetapi dinasihatkan beliau tidak hadir dalam majlis dahulu. Atau menasihati jika boleh menangguh pada 2015 mengapa April tidak 2016 boleh tangguh sehingga kes Lim Guan Eng selesai. Adalah dikhuatiri Lim Guan Eng selaku Pengerusi PBA yang meminta PBA teruskan dan beliau hadir untuk beri persepsi antara SPRM dan Lim Guan Eng!.

4) Mengapa Pengarah SPRM Pulau Pinang perlu bersimpati dengan pengurusan dan staf PBA yang telah bertungkus-lumus membuat persediaan bagi menjayakan majlis ini tetapi dinafikan penghargaan pada inisiatif mereka? Tidak timbul tidak beri penghargaan sekiranya syarat -syarat program dipenuhi iaitu sama ada penangguhan tarikh atau kehadiran Lim Guan Eng walaupun dia Pengerusi PBA tetapi beliau boleh diwakili. Isunya mengapa pengarah SPRM bersetuju tanpa menasihati semua pihak termasuk penganjur!

5) Bagaimana SPRM mengaku profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab jika perkara sekecil jemputan dan pengurusan persepsi apatah lagi protokol siasatan antara orang yang disiasat, dituduh dengan agensi seperti SPRM! Tanya mana-mana peguam dan penasihat undang-undang apa jawapan mereka. Tidakkah Pengarah SPRM Negeri ini terfikir atau pihak atasan SPRM Pusat setidaknya nasihat Bahagian Operasi SPRM mengenai kes. Terhantuk baru tengadah. Rosak imej SPRM.

6) Dato Samarajo mengaku sebagai Ketua Jabatan di Negeri Pulau Pinang hanya mempunyai hubungan dalam urusan rasmi sahaja. Dia tidak bersetuju dengan istilah 'Berkawan' kerana anggap satu ungkapan yg membawa maksud yg boleh mempertikaikan status kebebasan SPRM. Tidak berkawan sekalipun merujuk kepada gambar 1000 tafsiran dan andaian. Pengarah SPRM Penang tiada instinct atau setidaknya dia ada pandangan awam tentang kes Lim Guan Eng? bukan semata kasihan pada PBA atau hubungan urusan rasmi atas kertas! PBA sebagai GLC Negeri, Pengerusi adalah Ketua Menteri... Ketua Menteri adalah Lim Guan Eng yang sedang disiasat. Masih mahu dilihat sebagai urusan rasmi?

SEMASA SEMINAR ANTI RASUAH ANTARABANGSA DI KL, PM TIDAK HADIR MEMANDANGKAN KETIKA ITU SPRM MASIH MENYIASAT DERMA RM2,6B ITU. JIKA PM HADIR TENTU BANYAK PERSEPSI BURUK KETIKA ITU.

7) Apa persepsi kita dapat jika pada tahun lalu YAB PM Najib yang disiasat kerana dana derma RM2.6bilion hadir dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) atas dirinya rasmi Sebagai Perdana Menteri? Tentu tidak manis bukan sebagaimana kes Lim Guan Eng ini. Berbeza sekarang apabila nama PM Najib dibersihkan apabila ia disahkan SPRM, Peguam Negara dan PAC!. 
Lim Gua Eng? panggil pun belum!

Teringat dengan kes pembelian rumah Dato' Seri Mohd Khid Toyo bekas MB Selangor yang dituduh membeli banglo dan tanah di bawah harga pasaran! Akhirnya beliau didakwa dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan "mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi".





Kita harap fakta kes "hubungan rasmi" atau "hubungan urusan rasmi" yang pernah berlaku antara Lim Guan Eng dengan Ms Phang Li Koon dan pemilik syarikat KLIDC yang telah diadukan kepada Pengarah SPRM Negeri sejak beberapa tahun lalu jangan pula tidak diambil kira dalam laporan negeri ke ibu pejabat SPRM.

Berhati-hati menggunakan ayat hubungan urusan rasmi, hubungan rasmi atau "kawan" takut-takut makan diri. Tengok keadaan dan cara berurusan. Kalau dah tahu Pengerusi sesebuah GLC berkuasa mengarah GLC kemudian kata pula GLC itu yang menentukan semua dalam majlis ia mengundang persepsi buruk apatah lagi pengerusi yang disiasat itu adalah "Lim Guan Eng" duduk di atas pentas sama. Ia "Conflict of interest Investagation" yang sukar disangkal.


by Captain M
Sumber: Page Captain M

Comments (0)