Followers

Nuffnang

MASTER DEDAH

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:20 PG | Posted in

sumber :-

MASTER DEDAH


SELEPAS SELAMATKAN KENNY KAWTIM, SPRM BERSEKONGKOL DENGAN LIM GUAN ENG DALAM "CONFLICT OF INTEREST INVESTIGATION" ? HARAPAN BARU BUAT LIM GUAN ENG?

Posted: 19 Apr 2016 04:42 AM PDT




Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak bergigi dan tidak berguna jika mereka tidak boleh memperolehi informasi...lupakanlah sahaja mengenai membanteras rasuah. Sebaliknya kita menghalalkan sahaja rasuah - Tun M Che Det 14 April 2016. 


Apa yang SPRM dan Lim Guan Eng lakukan luar biasa. JIKA program telah ditentuak  lebih awal sekalipun SPRM harus melihat sensitiviti rakyat. Ini jelas terang-terang antara tertuduh dan juga penyiasat dalam satu program. Apa persepsi yang SPRM hendak cipta?


1) Ketika Isu Pegawai SPRM mendedahkan info rahsia (maklumat terperingkat) IMDB kepada pihak luar dan ramai pegawai kanan SPRM ditahan tidak ramai yang percaya. Ketika pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dengan pembangkang, kerajaan juga yang dikecam kuat sehingga Datuk Bahri Pengarah Operasi yang dipindahkan ke JPM serta merta dikembalikan ke SPRM. 


Pegawai SPRM rasuah!

2. Tiada siapa Percaya SPRM khianat dan lakukan rasuah. Sebab manusia mereka tidak boleh lari melakukan kesalahan. Ketika masterdedah mendedahkan gambar dan isu yang diperolehi secara dalaman oleh pegawai SPRM sendiri dikaitkan dengan Lim Guan Eng dan Kes dana RM100 juta KBS kurang 24 jam SPRM membuat penafian. Semua media utama menyiarkannya, lebih 30 media online turut sama membantu belum dikira "share" FB dan media sosial lain. Cukup menceritakan SPRM juga ada Rasuah. SPRM mengaku ada rasuah pegawainya! Tidak mengapa kita faham semua kaedah yang SPRM gunakan. Kes pegawai SPRM yang dirahsiakan umum pada 7 April lalu akhirnya meletup seperti bom nuklear sehingga memaksa SPRM mendakwa pegawainya dalam pertuduhan pilihan bukan Akta SPRM 2009 tetapi Panel Code. Penjara 3 bulan dan denda RM 3000. Asalkan tutup malu. Cepatnya SPRM bertindak! untuk selamatkan Jerung besar SPRM. Rela dipanggil Kenny Kawtim!

3. Kita pun dah jangka itu akan dilakukan oleh SPRM. Apa yang penting dari ramai yang percaya SPRM tidak rasuah kini ramai yang percaya pegawai SPRM lebih rasuah dari yang lain. Netizen juga percaya bahawa SPRM akan "double standard", memilih-milih dan akan menyelamatkan pegawainya yang rasuah dengan pertuduhan biasa. 


4. Masterdedah juga telah mendedahkan polemik masalah dalaman SPRM yang kronik. Team Abu Kassim dan Team Shukri Abdull TKP SPRM. Bahagian Operasi yang dipenuhi dengan langau-langau pembangkang yang bias dalam kes, membocorkan kes IMDB dan bersikap mendahului ketua serta Peguam Negara. Malah permohonan cuti Shukri Abdull untuk bersara awal tetapi dipujuk oleh Abu Kassim untuk meneruskan khidmat. Masalah penyelewengan "claim" oleh pegawai SPRM yang berleluasa dan Kes sengaja melengah-lengahkan siasatan Banglo Murah Lim Guan Eng dan kes KLIDC. 

5. Allah Maha Besar. Allah tunjukkan kesilapan SPRM demi kesilapan. Betapa SPRM menyembunyikan kesilapan dan salahlaku pegawai kanannya yang tidak jujur melaksanakan tugas. Tidak mungkin SPRM bodoh untuk tidak tahu apa itu Conflict of Interest Investigation Protokol Lim Guan Eng atau Percanggahan Kepentingan Protokol Siasatan! Walau apapun alasannya seperti program yang telah diatur lama

6. Dalam SPRM membuka siasatan kes Lim Guan Eng sejak kenyataan medianya 18 Mac hingga episod akan panggil Lim Guan Eng "Minggu Depan" bermula 26 Mac selepas itu hinggalah April asyik "minggu depan" sahajalah kenyataan SPRM. Sehinggalah hari ini tanda-tanda dipanggil belum ada. Ini kesilapan SPRM paling besar. Kenapa? kita teruskan perbincangan. 




7. Ketika Debat TV3 Lim Guan Eng Vs Rahman Dahlan hendak dilakukan pada 19 April 2016, Pada 16 April Tan Sri Khalid Ketua Polis Negara mengambil saranan Datuk Azam Baki Pengarah Siasatan SPRM untuk membatalkan debat atas alasan elak ganggu siasatan Prejudis terhadap saksi dan kes! 

8. 17 April 2016 SPRM membuat kenyataan media yang paling ganjil dalam dunia apabila MENASIHATKAN SEMUA PIHAK "TUTUP MULUT" BERHUBUNG ISU SKANDAL BANGLO GUAN ENG. SPRM berkata ini adalah kerana kenyataan-kenyataan itu boleh mengelirukan orang ramai kerana proses siasatan masih berjalan. Semasa kes IMDB, siasatan SRC International dan dana Derma RM2.6B tidak pula SPRM mengeluarkan kenyataan media seperti ini malah Datuk Bahri Pengarah Operasi Khas SPRM mengeluarkan kenyataan paling tidak beretika membelakangi Peguam Negara iaitu memohon rayuan kes derma RM2.6B walaupun kes itu ditutup! Sehinga ke hari ini tiada pula Datuk Bahri diambil tindakan malah kekal di SPRM menunggu masa dan peluang. Pada tarikh yang sama malamnya Datuk Mustafar Ali Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dikatakan bakal pengganti Abu Kassim membuat kenyataan akan memanggil Lim Guan Eng berhubung isu banglo. Ia memberi sedikit harapan. 

Sehingga begitu sekali ulasan wartawan!. Sebak. Bolehkah orang yang disiasat dan penyiasat bergembira begini?

9. Namun sangat mengejutkan pada keesokkan harinya 18 April 2016 Datuk Mustafar Ali TKP SPRM hadir dan menerima cenderahati pada program Majlis Menandatangani Ikrar Intergriti Korporat SPRM bersama PBA Holdings Berhad. Dalam begitu payah mencari tarikh Lim Guan Eng sehingga 30 hari tiba-tiba pada 18 April SPRM Ibu Pejabat dan SPRM P.Pinang di bawah Datuk M Samarajoo dapat menemukan Lim Guan Eng dalam satu Majlis. Malah bersembang gelak ketawa. Mengapa SPRM tidak memikirkan sensitiviti rakyat sehingga kes ini diselesaikan setidaknya Lim Guan Eng di panggil. Apa tujuan Lim Guan Eng dan juga SPRM Pulau Pinang? 


KEGILAAN APA YANG DICIPTA OLEH SPRM INI? SAMA ADA SPRM MEMERANGKAP LIM GUAN ENG ATAU LIM GUAN ENG YANG MEMERANGKAP SPRM? INI GAMBARAN PERSEPSI BURUK. BAYANGKAN KALAU PDRM ATAU SESIAPA JUGA YANG DIKAITKAN DENGAN KES BEGINI
APA YANG AKAN BERLAKU? 

Conflict of Interest Investigation Protokol Lim Guan Eng

10. Tidak mungkin SPRM tidak mengetahui hal Kepentingan Protokol siasatan? selama ini Netizen syak mengapa SPRM belum memanggil Lim Guan Eng? Apakah kerana Datuk M Samarajoo adalah kawan baik Lim Guan Eng? Apakah Kes kepungan pegawai SPRM dibawah Datuk M Samarajoo terhadap 5 pegawai polis jam 3.30 pagi pada baru ini adalah untuk menutup malu kes Pegawai SPRM Kenny Chua yang dikaitkan dengan laporan PDRM sehingga tertangkap dan SPRM dimalukan? Apakah kes kepungan SPRM untuk melengahkan siasatan pada Lim Guan Eng?

11. Adalah sesuatu yang sangat memalukan buat SPRM Percanggahan Kepentingan Protokol Siasatan Lim Guan Eng dilanggar. SPRM meminta semua pihak tutup mulut pada 17 April tetapi 18 April bersama dalam Majlis PBA Holding yang dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng. Sangat sarkastik. 

12. Rakyat boleh memahami apabila PDRM dan SPRM mengingatkan pihak yang mengeluarkan fakta kes Lim Guan Eng agar menghentikan membuat penyataan awam bagi mengelakkan kes itu menjadi subjudis dan prejudis. Pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu siasatan tidak harus dilihat atau terlibat bersama dalam apa jua aktiviti walaupun ianya program kerajaan. SPRM telah terlibat dalam satu program dengan Lim Guan Eng yang juga subjek satu siasatan kes yang dilaporkan membabitkan beliau. Apa yang sebenarnya berlaku? Mengapa SPRM tidam menolak dengan segala cara? SPRM tidak tahu Lim Guan Eng hadir? Atau Lim Guan Eng sedang merancang memusnahkan kredibiliti SPRM untuk menunjukkan beliau bersama SPRM. Kemana Dato' Sri Shukri Abdull TKP Operasi yang sepatutnya hadir dalam program bukan TKP Pencegahan!

13. Abu Kassim dan Shukri Abdull sedang membunuh kredibiliti dan nama Mustafar Ali sebagai pengganti? Tidak mungkin Mustafar tidak berfikir sejauh itu? Jawapan Mustafar kerana dia wakil Ketua Pesuruhjaya dan program telah dirancang lebih awal sangat longgar dalam keadaan kes penuh persepsi.


APA UNTUNGNYA DAP BOLEH KATA BEGINI KEPADA SPRM? IA HANYA MEMBURUKKAN KEADAAN BUKAN MEMBUKA RUANG PENYIASATAN 
YANG BAIK! 

14. Tindakan ini telah mengundang pelbagai spekulasi dan telah mencemar nama baik SPRM. Tindakan ini juga telah bercanggah dengan kepentingan protokol siasatan. Dan apa yang masterdedah dedahkan mengenai hal SPRM adalah benar dari dalam SPRM. Soal terima atau tidak terpulang kepada anda! Bukalah mata dan hati betapa SPRM bukan seperti dulu dan ia perlu dipulih serta distruktur semula. Buang parasit-parasit yang merosakkan SPRM.

15. Katalah selepas ini Lim Guan Eng dipanggil oleh SPRM apakah pertemuan sebelum ini dikira sebagai pertemuan Kawtim? Dan pertemuan siasatan juga pertemuan kawtim? Katalah Lim Guan diisytihar tiada kes oleh SPRM tidakkah itu pra pertemuan Lim Guan Eng dengan SPRM beri persepsi buruk. 

16. Jelas SPRM sudah kehilangan Kelayakan untuk menyiasat kes Lim Guan Eng kerana telah mencabul protokol siasatan dan telah mengugat integriti agensi tersebut. Apa lagi kita harap dari SPRM jika setahap ini kesilapan SPRM. 

SEKALI LAGI BILAKAH? SUDAH LEBIH 30 HARI. KES LAIN SANGAT CEPAT

Konklusi Kenny Kawtim

17. Yang pasti Kes Kenny Chua yang blog masterdedah "dedahkan" telah membuka pekung dan daging busuk dari SPRM. Satu persatu kelompangan serta kesilapan SPRM muncul. Inilah akibat sikap para pegawainya yang memfitnah Perdana Menteri dan kini mereka rasalah bala yang mereka terima!



Berkongsi tulisan portal mynation.news


Menurut seorang pegawai risikan SPRM yang enggan namanya disiarkan, slogan baharu dilancarkan itu selaras dengan komitmen serta usaha tegas agensi itu menguatkuasakan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
 
Kenyataan itu turut disokong Kenny Kawtim yang baharu sahaja menerima tuduhan alternatif lebih ringan biarpun kesalahan meminta sogokan sepatutnya berdepan hukuman penjara dan denda lebih berat. 
"Mungkin tuduhan alternatif ini diberikan disebabkan gelaran yang diberikan kepada saya," katanya sambil tersengih sebagaimana diberitahu rakannya yang melawat Kenny di penjara.
[ BANGGA ]

#PDRM masih terbaik berbanding SPRM

Comments (0)