Followers

Nuffnang

MASTER DEDAH

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:30 PG | Posted in

sumber :-

MASTER DEDAH


PUNAH HARAPAN LIM GUAN ENG. SHUKRI ABDULL TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA SPRM MOHON BERSARA AWAL SELEPAS DIMALUKAN KERANA KES RASUAH PEGAWAI SPRM

Posted: 16 Apr 2016 12:25 PM PDT

SPRM Malu Besar! 




1. Akhirnya Selepas tekanan demi tekanan bermula dari penyiasatan Pegawainya Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Bahagian Operasi Khas dan beberapa pegawai SPRM yang terlibat dengan kes kebocoran maklumat IMDB, Kes Lim Guan Eng yang dilengahkan, Kes KBS 100 juta dan penangkapan Kenny Chua pegawai penyiasat SPRM yang dipenjara 3 bulan, Dato' Sri Shukri akur dan malu serta membuat pilihan awal bersara. Kekecewaannya kepada kes IMDB nampaknya menambahkan lagi punca persaraannya.


Sama ada Shukri serius bercuti atau satu bentuk tekanan kepada Abu Kassim

Shukri dikatakan telah mengambil cuti. Hanya Abu Kassim nampak tiada pilihan dan meminta Shukri meneruskan tugasan. Dikatakan para pegawai SPRM segala tuntukan claim terlalu banyak penyelewengan yang dirahsiakan. Jabatan Audit harus memeriksa perbelanjaan pengurusan SPRM. Apakah ini juga memeningkan kepada Shukri Abdull yang bertanggungjawab kepada pegawai-pegawai SPRM bahagian OPERASI yang melakukan penyelewengan dana.
" He will strike back when he is out from here."

2. Menurut sumber dalaman SPRM, Shukri Abdull telah mengambil cuti Februari lalu. Bagaimanapun Tan Sri Dr. Abu Kassim bin Mohamed Ketua Pesuruhjaya SPRM mahu Shukri menghabiskan tempohnya sebelum bersara wajib. Dalam keadaan kepanasan di SPRM Shukri Abdull bertegas meneruskan cuti untuk bersara awal. 


Perang Abu Kassim - Datuk Bahri - Dato Sri Shukri

penyebaran memo dalaman SPRM dan juga whataps dalaman membuktikan polemik krisis di SPRM. Benarkah usaha melagakan? Atau sebenarnya pendedahan sebelum ini iaitu ugutan kepada kepada Abu Kassim?

3. Kisah masalah dalaman SPRM bukanlah rahsia. Isu pemindahan pegawai sebelum ini telah mengundang perang mulut antara nombor 1 dan Nombor 2 SPRM. Malah serangan tidak berpuas hati Shukri kepada kerajaan.



4. Kenyataan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin sebelum ini bahawa agensi itu mungkin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohammed Apandi Ali yang telah melepaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tuduhan kesalahan berhubung sumbangan dana RM2.6 bilion dan pinjaman RM4 bilion kerajaan kepada SRC International turut mengundang polemik bahawa Datuk Bahri mendahului kuasa Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Lantang kemudian U-Turn

5. Memo dan arahan dalaman tersebar dalam media massa. Begitu juga whataps pegawai SPRM. Sehingga memaksa Tan Sri Abu Kassim Mohamed membuat kenyataan penafian dan tindakan tegas kepada pegawainya serta mengarahkan semua kenyataan media tanpa melalui Bahagian Komunikasi Strategik SPRM atau selepas mendapat kelulusan daripadanya adalah tidak dibenarkan. Kisah perbalahan antara pegawai atasan SPRM didedahkan dalam media sosial seperti blog dan Facebook

6. Keputusan Shukri Abdull memilih bersara awal bukanlah sesuatu yang menghairankan. Desas desus Shukri bakal calon PAS Parlimen Pendang pada PRU13 tersebar meluas. Dan kini jika beliau bersara awal. Apakah Shukri Abdull akan kembali menyerang dari luar selepas bersara? Apakah dokumen-dokumen rahsia sebelum ini bakal terkeluar? Sama-sama kita lihat apakah benar "He will strike back when he is out from here."

Abu Kassim Diugut?

7. Kisah berani Abu Kassim untuk menyiasat pegawai yang membocorkan maklumat dan mendahuluinya menjadi polemik keraguan selepas pusingan 360 darjah mempertahankan pegawainya. Abu Kassim dilihat takut dengan ugutan Shukri dan Bahri sehingga sanggup memajak jawatannya dengan menyatakan beliau rela bersara daripada mengambil tindakan ke atas pegawainya walaupun sumber memberitahu skandal yang berlaku di SPRM bukan satu rekaan dan bukti yang wujud 'very clear' untuk membuktikan perlakuan yang didakwa tersebut benar berlaku

Terus berubah! Apa yang mereka sembunyikan? 

8. Dengan demikian keputusan Abu Kassim untuk memujuk Shukri Abdull tentu ada kaitan tentang rahsia-rahsia SPRM termasuk kes-kes SPRM yang tertunggak. Pendedahan Raja Petra Kamaruddin dalam blognya dan beberapa pihak dalam media sosial  telah mendedahkan masalah dalaman SPRM kepada umum. Rakyat mengadili SPRM. Integriti SPRM menjadi taruhan. Apatah lagi jika pegawai SPRM ditangkap rasuah!

Keresahan Lim Guan Eng!

9. Layanan Kes Lim Guan Eng yang kini sudah hampir 30 hari telah membuka ruang buat Lim Guan Eng untuk memesongkan kisah rasuahnya dengan segala cara. Paparan media setiap hari mengundang persepsi buruk kepada Lim Guan Eng dan DAP. Setiap hari dokumen baru di dedahkan namun SPRM kelihatan melengahkan kes ini sehingga membuka ruang cabaran perdebatan antara Rahman Dahlan dan Lim Guan Eng.


10. Arahan pembatalan debat di TV3 pada 19 April oleh Ketua Polis dan saranan SPRM dilihat menambahkan keresahan Lim Guan Eng walaupun pada dasarnya sepatutnya SPRM memanggil Lim Guan Eng dahulu dengan itu debat sedemikian dengan sendirinya tidak perlu diadakan. Ini hanya beri ruang serangan polemik baru oleh Lim Guan Eng kepada kerajaan. Seolah-olah Kerajaan dan Datuk Rahman Dahlan takut segaja membatalkan debat. 



IGP buka siasatan kes pembocoran maklumat kerajaan


11. Tan Sri Khalid IGP perlu membuka siasatan semula kes pembocoran maklumat kerajaan dikalangan pegawai SPRM yang ditangguhkan sebelum ini. Inilah masa sesuai selepas kes IMDB selesai diputuskan PAC. 

12. Jika SPRM pada 17 April 2016 melaporkan mengepong pegawai polis di Pulau Pinang mengapa PDRM perlu bertolak ansur dengan kes SPRM sebelum ini. Tangkapan Pegawai SPRM bernama Kenny Chua yang dikaitkan dengan  anggota polis seakan seperti satu dendam terhadap PDRM. Ya kesalahan undang-undang yang salah tetap salah tetapi mengapa SPRM atau SPRM Pulau Pinang Datuk M Samarajoo tidak menyerbu dan menangkap Lim Guan Eng?


Lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, ditahan dalam serbuan mengejut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, di balai berkenaan awal pagi tadi. Dalam serbuan jam 3.30 pagi itu, sepasukan pegawai SPRM menahan semua anggota terbabit berhubung rasuah selepas menerima maklumat daripada orang awam. Semua anggota terbabit ditahan ketika berada dalam bilik Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) selepas SPRM mengepung balai berkenaan. Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo, berkata semua lima anggota berkenaan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung maklumat yang diterima. - Berita Harian, 17 April 2016

Menyeru Jabatan Audit Negara memeriksa pengurusan kewangan di Bahagian-bahagian SPRM

13. Menurut sumber dalaman didapati ramai pegawai SPRM yang "kantoi" mengenai hal-hal tuntutan perjalanan dan pengurusan kewangan. Tuntutan palsu di luar mereka siasat tetapi dalaman sendiri mereka biarkan. 


Selain kesalahan pegawai yang rasuah, kesalahan hal-hal tuntutan perjalanan yang tiris juga perlu disiasat. Sepatutnya badan SPRM tidak ada masalah
seumpama ini. Memalukan.

Apa lagi SPRM ada?


Comments (0)