Followers

Nuffnang

MASTER DEDAH

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:11 PG | Posted in

sumber :-

MASTER DEDAH


RAHSIA BESAR SPRM TERDEDAH. MELENGAHKAN KES LIM GUAN ENG. "MENGKAMBINGHITAMKAN" KENNY CHUA DEMI MENYELAMATKAN DALANG BESAR SPRM!

Posted: 14 Apr 2016 03:15 AM PDT

KAMBINGHITAM KENNY
Utusan: Hebat SPRM menutup kes Pegawai SPRM. Hanya beberapa hari Kes ini
selesai dengan cepat.


Saranan Tegas!

A) Tan Sri Khalid IGP perlu membuka siasatan semula kes pembocoran maklumat kerajaan dikalangan pegawai SPRM yang ditangguhkan sebelum ini.

B) Kerajaan mesti meneruskan pertukaran pegawai-pegawai SPRM dari Dato'Sri Shukri Abdull Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengarah Bahagian Operasi dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam siasatan sebelum ini. Mereka lah yang sekarang terlibat dengan kes Lim Guan Eng dan Dana KBS 100 juta


1. Selepas masterdedah mendedahkan mengenai kes rasuah pegawai SPRM bernama Kenny Chua Boon Meng yang dirahsiakan pada 7 April tidak kah semua perasan beberapa perkara sehingga kes pegawai berkenaan di putuskan segera pada 12 April 2016. 

Pada 11 dan 12 April 2016 semua media massa di kerah habis-habisan untuk menafikan kaitan kes dengan Lim Guan Eng. SPRM ada kuasa serta merta untuk bertindak. Dan Kes Lim Guan Eng yang dilengahkan serta di Divertkan dengan isu lain kembali berada dalam perhatian SPRM dengan pendedahan masterdedah. 

2. Sidang media SPRM pantas menyusul dan mengakui bahawa pegawainya terlibat kes rasuah RM 20k yang ditahan bersamanya. Walaupun menafi tentang kaitan pegawai terhadap Lim Guan Eng.

3. Dan luar biasa 12 April 2016 Kenny Chua pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku bersalah dengan pertuduhan pilihan bukan dibawah Akta SPRM 2009 tetapi Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan Sekysen 417. Kenny menerima hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000. Sedangkan menurut info dalaman SPRM Kenny Chua menerima Rasuah RM20k dan wang itu ditangkap bersamanya bukan menipu anggota polis berkenaan. Dari mana gambar Kenny Chua bergari itu di perolehi jika bukan pihak masterdedah yang mendedahkannya dari pegawai SPRM? Banyak duit pegawai Polis membayar RM20k? semua ini usaha secara teknikal SPRM menyelamatkan Kenny Chua dari tertangkapnya dalang sebenar pegawai atasan SPRM. Setakat pegawai penyiasat apa Kenny Chua boleh buat utk kes melainkan Kenny diarah pegawai atas darinya. Siapa? 

Perbandingan Kes.
Kes Rasuah Kamalia Yahdi, Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara Cawangan Tawau


Hebat SPRM menutup kes Pegawai SPRM. Hanya beberapa hari Kes ini
selesai dengan cepat.
4. Dalam satu kes SPRM di Sabah Januari 2016 Timbalan Pendakwa Raya Kamalia Yahdi, 33, yang bertugas di Jabatan Peguam Negara Cawangan Tawau dituduh rasuah terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM40,000 di Mahkamah Sesyen. 

5. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama iaitu penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

4. Juga pertuduhan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama. Tidak pula SPRM dan Jabatan Peguam Negara menuduhnya atas pertuduhan pilihan. Rasuah tetap rasuah bukan menipu meminta wang. 

5. Tidakkah begitu ketara SPRM #kawtim dan secara teknikal untuk menyelamat pegawainya dari kes rasuah! Terima wang RM20k dianggap #penipuan Kenny Chua kepada pihak yang memberinya. SPRM sepatutnya mendakwa pegawainya secara keras kerana memalukan badan itu. Adalah tidak bermoral memesongkan fakta perasuah sebagai penipu. Sarkastik penuh paradok.... 


SPRM Sengaja melengahkan Kes Lim Guan Eng?


Bahagian di ketuai oleh Datuk Bahri Mohamad Zin
6. Bahagian Operasi Khas diwujudkan pada 1 April 2010 bagi menyiasat semua kes-kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam di seluruh Malaysia khususnya yang melibatkan amaun rasuah yang melebihi RM1 juta. Lim Guan Eng adalah Kes berprofil tinggi. 


7. Umum mengetahui ketika krisis pegawai utama SPRM membocorkan maklumat IMDB kepada pihak luar, Kerajaan dan PDRM dikecam teruk. Sedangkan bukti-bukti jelas menunjukkan ada pegawai SPRM yang membocor maklumat. Pemindahan 2 pegawai kanan SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin ( Pengarah Operasi) dan Datuk Rozaid Yaakob Pengarah Komunikasi Strategik SPRM ke JPM dijadikan senjata oleh pembangkang untuk kritik kerajaan. Pembangkang bertukar wajah dari musuh kepada kawan secara terang-terangan di pejabat SPRM. 

Ini bukan kebetulan
8. Lebih malang Dato' Sri Shukri Abdull ( dulu disenaraikan PAS sebagai calon Parlimen Pendang) bertindak bertegas mencabar kerajaan untuk mengembalikan pegawainya yang pro pembangkang ke SPRM. Malah Datuk Bahri Mohamad Zin membuat ugutan melampui tugas Peguam Negara untuk menyiasat hingga ke lubang cacing siapa yang mengarahkan dia disiasat PDRM. Kes ini telah mewujudkan Kem Abu Kassim dan team Shukri Abdullah yang jelas simpati serta menyokong pembangkang. 

Bahri melangkaui tugas  Peguam Negara

9. Bayangkan masalah ketirisan dibahagian Operasi Khas SPRM pada Ogos 2015 dan di bahagian lain SPRM apabila hampir 10 orang pegawai SPRM disiasat dan keterangan diambil. PDRM telah memanggil antaranya; 

i. Datuk Bahri Mohd Zin, Pengarah Bahagian Operasi Khas- disiasat 2 jam

ii. Datuk IG Chandran Ketua Bahagian Forensik - Disoalsiasat 3 jam

iii. Datuk Tan Kang Sai, Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM

iv. Roslan Che Mat, Pengarah Operasi Khas SPRM

v. Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Timbalan Pendakwa Raya SPRM

vi. Rosli Harun Pegawai Penyiasat SPRM.

10. Penyiasatan pegawai SPRM adalah susulan penangkapan bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh, ahli sekretariat kewangan dan pengubahan wang haram Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

11. Persoalannya bolehkah kita percaya lagi kredibiliti Bahagian Operasi Khas yang menyiasat kes berprofil tinggi seperti Lim Guan Eng Ketua Menteri P.Pinang dengan peristiwa kebocoran maklumat IMDB dan juga tertangkapnya pegawai SPRM Kenny Chua yang meminta rasuah berkaitan Kes Dana RM100 juta KBS itu sebenarnya? ( Kes Sebenar yang cuba disembunyi)

12. Bolehkah kita percaya kepada Dato' Shukri Abdull yang cenderung kepada PAS dan Datuk Bahri Mohamad Zin yang terang-terang isteri keduanya mendedahkan hal rahsia kerja suami dalam Facebook? Begitu juga anaknya.


13. Imej SPRM terus tercalar dan akan terus mencalar jika anggota SPRM sekarang bertindak "bias" dalam kerja. Malah memilih-milih melaksanakan siasatan. Jika pemimpin BN mereka laju tetapi jika pembangkang seperti Lim Guan Eng bukti bersepah pun mereka "buat bodoh" sehingga Lim Guan Eng seakan kebal.


Menurut PCM layan berbeza.Bias
Layanan SPRM yang berbeza terhadap kes Lim Guan Eng

14. Sejak 26 Mac hinggalah ke hari ini SPRM masih tetap berkata akan memanggil Lik Guan Eng "minggu depan" tetapi SPRM terus membiarkan polemik berterusan sehingga kes ini hilang digantikan kes lain. Apa agenda SPRM sehingga membiarkan debat kes Tanah Taman Manggis dan rumah Banglo berlaku pada 19 April ini tanpa memanggil Lim Guan Eng. Apa helah SPRM?

SUDAH BERAPA KALI MINGGU DEPAN!

SPRM dibawah arahan Shukri Abdull sengaja malukan Perdana Menteri! 

15. Layanan kes Lim Guang Eng dan IMDB ternyata jauh berbeza ketika SPRM menangani isu melibatkan dana RM2.6 bilion Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Selepas akhbar The Wall Street Journal melaporkan mengenai RM2.6 bilion pada 3 Julai, pasukan petugas khas segera dibentuk dan serbuan ke atas SRC International, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana dibuat pada hari yang sama, sebelum langkah membekukan enam akaun bank dikuatkuasakan pada 6 Julai.

Relaks je. Segala dokumen baru juga didedahkan. Tapi kes Kenny juga yang cepat

16. Tapi Kes Lim Guan Eng sejak 17 Mac 2016 sudah 27 hari berlalu tidak diketahui sama ada segala dokumen berkaitan penjualan tanah di Taman Manggis serta pembelian banglo itu sudah dirampas atau belum. Sama ada Datuk Azam Baki Pengarah Siasatan SPRM yang salah atau Dato' Sri Shukri Abdull mengarahkan kes Lim Guan Eng perlu dilengahkan. Mengapa sehingga kini tiada suspek ditahan untuk membantu siasatan?

17. Hipokrasi Pegawai atasan SPRM sangat jelas apabila Kes Kenny Chua Boon Meng Pegawai Penyiasat SPRM dibocorkan oleh pegawai SPRM sendiri. mereka terpaksa bertindak serta merta untuk mendakwa pegawai mereka bukan atas tuduhan menerima rasuah tetapi menipu pemberi rasuah. Ini memalukan. Yang pasti mengikut info dalaman SPRM Kenny Chua adalah kambing hitam dan ada sesuatu yang lebih besar disembunyikan oleh SPRM! Kenny Chua dipaksa menerima pengakuan tanpa bicara yang panjang untuk menyelamatkan pegawai atasan SPRM khususnya pasukan operasi 


Antara Whataps yang dibocorkan Pegawai SPRM

Jadi siapakah lagi kita hendak percaya dalam SPRM?



Comments (0)