Followers

Nuffnang

MASTER DEDAH

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:11 PG | Posted in

sumber :-

MASTER DEDAH


TENDER TANAH TAMAN MANGGIS 2010 TELAH DIMANIPULASI UNTUK DIBERI KEPADA KLIDC?

Posted: 03 Apr 2016 12:29 PM PDT

 LIM GUAN ENG ATAU SUK PULAU PINANG KE PENJARA?


1. Rupanya selepas PRU 12 2008 Kerajaan DAP sudah berminat tapak PPR Taman Manggis Fasa 2. Tender pertama 10 Ogos 2009. Tender ditutup pada 10 Disember 2009 dan 3 buah syarikat iaitu
i. GM Healthcare Sdn. Bhd
ii. United Overseas Empire Sdn. Bhd
iii. Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC).
Tender ini dibatalkan.

2. Tender Kedua telah dibuka pada 16 Februari 2010 dan ketiga-tiga pembida telah dijemput semula untuk menyertai tender. Tender tersebut telah ditutup pada 16 April 2010 dan 4 pembida menyertai bidaan iaitu
i. GM Helthcare Sdn. Bhd.
ii. United Overseas Empire Sdn. Bhd
iii. Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC)
iv. Ranting Setia Sdn. Bhd.
3. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Penilaian Harga telah diadakan pada 16 Jun 2010 dan mesyuarat memperakukan tawaran bagi cadangan pembangunan diberi kepada Syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) dengan harga tawaran sebanyak RM11,552,208.00 (RM232 x 49,794 sekaki persegi). Keputusan jawatankuasa teknikal ini dibawa ke Lembaga Perolehan Negeri yang bersidang 20 Julai 2010 dan membuat ketetapan sama memilih KLIDC.

4. Seperti semua maklum KLIDC yang memenangi tender dimiliki oleh Datuk Tang Yong Chew rakan niaga dan bos Phang Li Khoon.

5. Semakan menunjukkan terdapat beberapa keraguan pada syarikat yang menyertai tender. Samada ada yang pertama dan kali kedua. Iaitu syarika yang sama hanya tambahan Syarikat Ranting Setia Sdn. Bhd.

Rekod juga menunjukkan syarikat terlibat bukanlah syarikat yang berpengalaman melaksanakan projek "Pusat Perubatan Pakar" dan status kewangan yang tidak kukuh!




A. UNITED OVERSEAS EMPIRE SDN BHD
- Ditubuhkan dua hari sebelum tender pertama. Dan layak dipanggil semula kali kedua.
- Syarikat tidak aktif selepas menyertai tender dengan pendapatan "sifar" bagi tahun kewangan 2010 dan tidak pernah mengemukakan laporan kepada SSM sejak 6 tahun lalu.
- Status syarikat ini secara rasmi adalah dibubarkan.



B. GM HEALTHCARE SDN BHD
- Syarikat bakal muflis sejak Jun 2009 dengan nilai aset negatif dan tidak pernah menyerahkan sebarang laporan kewangan yang sejak tahun 2010 sejak 6 tahun lalu
- Status syarikat kini secara rasmi PENGGULUNGAN syarikat.


C. RANTING SETIA SDN BHD
- Syarikat seolah-olah tidak aktif hingga kini. Belum mengemukakan laporan kewangan kepada SSM sejak tahun 2009 iaitu 7 tahun yang lalu.
- Semakan status kewangan rasmi terakhir adalah tahun 2008.
- Status rasmi Syarikat sedang dalam Penutupan

6. Apakah yang sebenarnya berlaku? Selepas penyertaan tender pertama dan kedua semua syarikat ini kelihatan tidak berfungsi dan lemah. Laporan SSM dan akuan juga gagal dilaporkan sehingga semua syarikat ini ditutup. Ia sesuatu yang mencurigakan. Apakah selama ini 3 syarikat ini adalah sesuatu yang dirancang lebih awal dan secara teknikal 3 syarikat ini tidak layak untuk memenangi tender. Ia di CIPTA UNTUK‪#‎GAGAL‬.

7. KLIDC yang mendapat tender pula asalnya modal berbayar RM300k tetapi selepas mencagar tanah PPR RM11.4 juta pada 10.11.2011 tentunya mempunyai wang berjuta tetapi selepas 2011 pendapatan syarikat KLIDC tiba-tiba menjunam sehinggalah sekarang. Luar biasa!

8. Sangat jelas kuasa Akta Kontrak 1949 bagi Ketua Menteri digunakan sepenuhkan oleh Ketua Menteri yang merancang di belakang tabir dan mengarahkan Jawatankuasa teknikal tender serta Lembaga Perolehan Negeri di pengerusikan oleh SUK memilih KLIDC. Peringkat Jawatankuasa Teknikal Tender juga telah berbohong kepada Lembaga Perolehan Negeri berhubungan status penyertaan kelayakan syarikat! Ramai terlibat akibat takut dengan Tokong Lim Guan Eng.

9. SUK selaku penjawat awam kalau nak selamat dia harus dedahkan minit, memo atau arahan Ketua Menteri. Jika tidak SUK akan ke dalam dahulu. Mahukah SUK Pulau Pinang ke penjara?

Captain Ali
Sumber : Page FB Captain M.  https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=959897644094430&id=515643958519803


Comments (1)

Mana2 syarikat yg memenuhi syarat boleh memasuki tender.kuasa memutuskan award tender adalah lembaga perolehan yg dipengerusikan oleh suk.adakah CM bodoh untuk mengeluarkan arahan bertulis kpd SUK.jika lembaga memilih syarikat selain dari yg disyorkan lembaga akan sediakan satu laporan.