Followers

Nuffnang

Komentar Kini

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:36 PTG | Posted in

sumber :-

Komentar Kini


80% penagih dadah adalah Melayu

Posted: 06 Apr 2016 05:16 PM PDT


Kita diberitahu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed,  80% daripada 127,606 penagih dadah di dalam negara ini adalah Melayu.

Khabar ini, berdasarkan rekod Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), antara tahun 2013 sehingga 2015, 80% daripada 127,606 penagih dadah adalah Melayu.

Khabar ini adalah kahbar yang benar dan khabar yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.

Sesungguhnya dadah adalah musuh Negara juga penagihnya sejumlah 80 peratus itu adalah musuh Negara yang berbahaya.

Kita dikhabarkan bahawa Negeri yang mempunyai bilangan penagih paling ramai ialah Pulau Pinang dengan 18,889 kes.

Persoalan yang timbul, mengapa lapan puluh peratus orang melayu. Pasti ada yang tidak kena dengan bangsa melayu ini.

Melayu adalah bangsa penduduk asal tanah melayu sebelum nama Negara ini ditukar kepada Malaysia pada tahun 1963.

Tanah Melayu adalah Negara orang melayu.Istilah Melayu bermakna suatu bangsa yang mendiami Negara ini sejak sekian lama.

Kita tidak boleh lupa bahawa tanah melayu telah di jajah oleh Portugis sejak 1511 hingga 1641 selama 130 tahun.Dijajah oleh Belanda sejak 1641 hingga 1824 selama 183 tahun. 

Di Jajah oleh Bristish 1 sejak 1824 hingga 1942 selama  118. Dijajah oleh Jepun 1942 hingga 1945 selama 3 tahun dan dijajah oleh British 2 sejak 1945 hingga 1957. selama 12 tahun.446 tahun tanah melayu dijajah.

1957 tanah melayu merdeka.Selepas namanya ditukarnya kepada nama Malaysia maka penduduk yang mendiami Negara ini pelbagai kaum dan bangsa. Ada China dan ada India dan kaum kaum lain di Sabah dan Sarawak.

Mengapa melayu? tidak china dan tidak India 80 peratus menjadi penagih dadah di Negara ini. Mungkin jumlah penduduk China dan India manoriti.

Sesetengah mengatakan Melayu memang bangsa yang pemalas. Menteri dalam negeri pernah berkata Melayu malas. Malas bekerja. Malaslah punca orang Melayu jadi begitu.Betulkah begitu.

Akan tetapi perlu dingat, Melayulah yang jadi perdana menteri .timbalan perdana menteri. melayu yang jadi menteri dan timbalan menteri.

Pasti puncanya duduk disini. Jika melayu malas pasti perdana menteri dan timbalan perdana menteri, menteri menteri dan timbalan timbalan menteri pun malas.Bukan malas kerja. Kerja rajin tetapi malas fikir mengenai nasib bangsa sendiri.

Mereka lebih utamakan diri sendiri dan  pentingkan diri sendiri berbanding pentingkan rakyat dan bangsanya yang pemalas.

Jika orang melayu Malas perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan para pemnerilah yang wajar lakukan inisiatif agar orang melayu jadi rajin menerusi system pendidikan negara.

Yang peliknya, perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan para menteri dan para timbalan  menteri asyik duduk kumpul harta untuk jadi jutawan dan membiarkan orang melayu pada papa kedana dan hidup menderita.

Dan selari dengan istilah Malaysia. Malay bahasa Engglish. Diterjemahkan kepada bahasa melayu, malay itu, Melayu.

Kita sedia maklum bahawa melayu bangsa penduduk satu Malaysia.Persoalan yang timbul perkataan "sia" diambil dari perkataaan apa pula.

Diambil daripada perkataan Asiakah, kerana Malaysia duduk dibawah Negara Negara Asia.

Akan perlu dingat, perkataan "sia" itu adalah istilah bahasa melayu iaitu "sia sia" yang maknanya tidak memberi faedah. Tidak mendatang apa apa faedah.

Maka sesungguhnya pembangunan ekonomi Negara tidak memberi manfaat kepada orang melayu.Malah orang melayu sudah dipinggirkan oleh kerajaan yang memerintah.

Bukan setakat itu sahaja malah orang melayu dihalau keluar dari bandar bandar oleh kerajaan orang melayu sendiri kerana tidak boleh bersaing dengan bangsa China yang mendapat peluang peluang keemasan dari parti umno yang membela orang melayu konon.

Kini, orang china dibawa masuk kekampung kampung melayu oleh para pemimpin Melayu yang pentingkan diri sendiri dan sedang asyik mengumpul harta sebanyak mungkin untuk simpan dalam bank bank diluar Negara.

Bayangkan ia sia sia sahaja.Perlu juga ingat kata kata sia jika ditambah dengan huruf L di belakangnya jadilah ia "sial".

Sial, pada istilahnya ia tidak bagus dan buruk. Ia sepadam dengan 80 peratus penagih dadah adalah Melayu. Demikian status qua orang melayu di Negara satu Malaysia ini.


Comments (0)