Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:26 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Mujurlah AMANAH Tak Bertanding Di Situ....

Posted: 28 Apr 2016 12:52 AM PDT

Sepanduk, papan iklan PAS dirosakkan di Kakus, Lambir

MIRI: Dakwaan vandalisme mencemari hari ketiga kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak dengan beberapa insiden dilaporkan di Kakus, Lambir dan Kuching oleh parti pembangkang dan pemerintah.

Papan iklan calon bukan Islam pertama parti PAS, Clement Bayang, yang dipacakkan di Kakus dikoyakkan, manakala sepanduk markas operasi PAS di Lambir dibakar pihak tertentu.


Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili memberitahu FMT pihaknya terima maklumat berhubung pelaku disebalik insiden itu tetapi enggan menamakannya.

"Kita tak mahu menuduh sesiapa. Setakat ini suasana keseluruhannya terkawal dan saya rasa ini hanya kes terpencil," katanya.

PAS telah mengarahkan pekerja parti, ahli dan penyokong supaya sentiasa berdisplin dan tidak menimbulkan provokasi sepanjang tempoh berkempen.

"PAS Sarawak juga menyeru agar semua pihak mengekalkan suasana damai sepanjang tempoh berkempen. Insiden di mana sepanduk PAS Sarawak dibakar di Lambir, papan iklan calon PAS di Kakus dikoyakkan dan lain-lain tidak sewajarnya berlaku," kata Mukhtar.

Sementara itu, di Kuching, SUPP membuat laporan polis selepas dua iklan kempen di Batu Kawah didakwa dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Sebuah papan iklan dikoyak dan dibakar, sebuah lagi dibakar cat. Ini satu lagi contoh politik kebencian dan ketakutan yang dibawa 'kem musuh'," kata presiden Dr Sin Kui Hian dalam satu kenyataan.

Tiada kejadian serupa dilaporkan di kawasan-kawasan lain dalam pilihan raya yang dijangka akan berlangsung secara aman.-FMT

ULASAN GB

Mujurlah Parti Amanah Negara tidak terlibat di DUN-DUN yang PAS dakwa sepanduk dan papan iklannya dirosakkan iaitu di Kakus, Lambir dan Kuching.

Di N60 Kakus calon PAS Clement Bayang bertemu dengan Joshua ak Jabing @ Joshua Jabeng (PKR) dan Datuk John Sikie ak Tayai (BN)

Di N72 Lambir calon PAS, Mohammad Arifiriazul Paijo melawan Mohdar Ismail (PKR) dan Ripin Lamat (BN)

Manakala di N67 Jepak Kiprawi Aman (PAS) melawan Abdul Jalil Bujang (PKR), Datuk Talib Zulpilip (BN), Mohammed Anuar Abdul Hamid (STAR) dan Wong Hau Ming (BEBAS)

Jadi kesemua kerusi di atas PAS melawan rakan karibnya sendiri PKR, disamping BN dan Bebas.

Jika AMANAH bertanding di situ, tentulah PAS akan menuduh AMANAH yang melakukan kerana PAS sudah menganggap AMANAH sebagai musuhnya.

What goes round turns around. Anda berlagak samseng maka gelagat samsenglah yang akan kembali kepada anda. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

Parti Amanah negara, alhamdulillah, kini diterima oleh rakyat pelbagai kaum, keuturunan dan agama di tempat-tempat ia bertanding sesuai dengan mottonya Islam sebagai "Rahmatan lil Alamin".


Walaupun Ada Yang Angkuh & Sombong, Masih Ada Yang Jujur & Ikhlas Dalam PKR...

Posted: 27 Apr 2016 07:25 PM PDT

Rafizi mohon maaf kepada rakyat

Saya mengambil sedikit masa agar keadaan lebih tenang. Saya rasa pertembungan sesama sahabat di dalam PRN2016 ini akan terus berlaku kerana sukar untuk merungkai kemarahan dan emosi masing-masing setelah terlanjur begini. Saya yakin ada hikmah di sebalik peristiwa-peristiwa ini dan berdoa kita semua belajar darinya.

Saya ditanyakan pelbagai soalan. Saya telah berikan penjelasan lengkap kepada Ketua-ketua Cabang KEADILAN di dalam kumpulan Whatsapp dan cukuplah ia kekal di situ.


Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama. Saya sendiri perlu menilai kembali pendekatan saya dalam menangani perbezaan di dalam saf kepimpinan. Menguruskan perbezaan pendapat di dalam sesebuah organisasi itu perkara biasa, namun ia tidak boleh sekali-kali bertentangan dengan prinsip kebenaran, keadilan dan patuh kepada janji.

Dalam kekusutan cuba membezakan apa yang disebut kepentingan dan strategi parti yang perlu diimbangkan dengan kepentingan rakyat, saya mengingatkan diri saya supaya tidak lupa kepada 2 potong ayat dari Surah Al-Maaida (yang sepatutnya menjadi asas utama jatidiri KEADILAN):

Ayat 1 Surah Al-Maaidah:
"Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian"

Ayat 8 Surah Al-Maaidah:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan"

Mendalami perintah Allah dalam kedua-dua ayat ini dan berpegang kepadanya, In Sha Allah memudahkan kita membuat keputusan.

Saya memohon maaf sekali lagi kerana saya tahu sukarnya ingin membina keyakinan rakyat. Apatah lagi dalam keadaan rakyat sangat bencikan ahli politik kerana pelbagai pembohongan, penyelewengan, penting diri sendiri dan lupa daratan yang selalu dikaitkan dengan ahli politik.

Banyak yang telah dipelajari dan menjadi teladan agar perkara yang sama tidak berulang di masa akan datang. Banyak perubahan yang perlu dibuat supaya persaudaraan di dalam Pakatan Harapan dapat meyakinkan rakyat sekali lagi.

Pada masa ini, marilah kita beri sepenuh tumpuan membantu sahabat-sahabat kita yang sedang berjuang melawan Barisan Nasional di Sarawak. In Sha Allah saya akan sediakan juga beberapa eCeramah untuk disiarkan di seluruh Sarawak.

Mohon sebarkan permohonan maaf saya ini.

Rafizi Ramli

ULASAN GB

Nampaknya Rafizi lebih jujur dari beberapa orang pemimpin PKR yang lain terhadap Pakatan Harapan.

Belum terdengar pernyataan "permintaan maaf" khususnya dari kumpulan yang digelar "kartel Azmin" yang lebih banyak memaparkan keangkuhan dan kesombongan dan menyalahkan parti lain daripada muhasabah dan akur terhadap "kesilapan" yang telah terjadi sehingga menyebabkan berlakunya pertandingan sesama komponen Pakatan Harapan.

Bukanlah hasrat GB untuk campurtangan di dalam urusan parti PKR dan bukan juga hasrat GB untuk memecah-belahkan pimpinan parti rakan, tetapi yang perlu dijadikan panduan di sini ialah KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN.

Syukur alhamdulillah, masih ada orang yang jujur dan ikhlas di dalam PKR. Inilah diantara pemimpin yang berjiwa besar, akur dengan kesalahan dan menerima kenyataan sedanya lantas memohon maaf demi menjaga hubungan persaudaraan dan permuafakatan sesama kita.

Sikap inilah yang dikehendaki yang akan meengekalkan Pakatan Harapan.

Ia adalah tuntutan agama, seperti ayat-ayat dari Surah Al-Maidah yang dibawa oleh beliau di atas.

Dan kami di dalam AMANAH meninggalkan parti sejarah kami adalah lantaran arahan Allah pada ayat-ayat tersebut walaupun perjanjian itu adalah dengan orang bukan-Islam!

Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian -Al-Maidah:1

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.- Al-Maaidah:8

Comments (0)