Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:30 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Penamaan Calon PRN Sarawak -UPDATED

Posted: 25 Apr 2016 01:04 AM PDT

Proses penamaan calon berlangsung hari ini selama sejam dari 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi di 82 pusat penamaan calon bertempat di pejabat-pejabat kerajaan, dewan orang ramai, sekolah, maktab perguruan, perpustakaan, rumah rehat kerajaan serta stadium tertutup.

DAP telah mengumumkan 30 calonnya untuk 30 kerusi, PKR 40 calon dan Amanah 13 calon manakala Pas 11 calon di PRN Sarawak.


Majoriti calon-calon parti yang bertanding dikalangan anak tempatan.

LAPORAN SIARAN LANSUNG DARI PELBAGAI SUMBER

2.47pm - DAP memulakan serangan ke atas PKR di Bukit Kitang di mana kedua-dua pihak bertanding.

Pemimpin DAP Negeri, Chong Chieng Jen mendakwa pencadang bagi calon PKR Voon Shiak Ni adalah seorang bankrap, dan SPR sepatutnya menolak pencalonan Voon.

Dengan ini, ahli parlimen DAP itu juga menunjukkan bahawa SPR membantu BN dalam memastikan undi anti-BN berpecah antara DAP, PKR dan dua calon bebas.

2.40pm - Sumber Malaysiakini di lapangan mengesahkan PKR dan DAP akan bertarung sesama sendiri di enam kerusi.

Ini berdasarkan pengumuman dibuat pegawai pilihan raya di kerusi-kerusi berkenaan. Ia adalah Batu Kitang, Mulu, Murum Simanggang, Ngemah dan Mambong.

2.30pm - Pantai Damai: SPRM menolak pencalonan calon PKR bagi Pantai Damai Morni Shamsudin, lapor Bernama. Difahamkan ini kerana pencadang Morni diisytihar bankrap.

Keadaan itu menyaksikan pertarungan antara BN dan PAS.

2.15 pm - Seramai 226 calon daripada pelbagai parti termasuk bebas akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Ke-11. Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, pada satu sidang media di pejabat SPR Sarawak sebentar tadi, BH Online melaporkan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 80 calon adalah daripada Barisan Nasional (BN), serta 2 calon BN menang tanpa bertanding, PKR (40), DAP (31), PAS (11), AMANAH (13), STAR (11), Parti Bangsa Dayak Rakyat Sarawak (5) serta 35 calon bebas.

Katanya, sementara dua kertas pencalonan ditolak iaitu bagi calon daripada PKR di DUN Pantai Damai serta Kuala Rejang kerana tidak memenuhi syarat menjadi calon pilihanraya.

1.15pm - Miri - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau berasa "diperdaya" oleh PKR, yang didakwa memungkiri perjanjian dengan memberi kuasa kepada calon-calonnya untuk bertanding di lima kerusi yang diperuntukkan kepada DAP.

"Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan boleh cuba untuk terlepas pandang, tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang ini?" dia bertanya.

12.35pm - Shah Alam, Selangor - Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan beliau mengarahkan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengeluarkan surat kebenaran kepada calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada DAP.

12.10 pm - Pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan pertandingan tiga penjuru di Bukit Assek antara Chieng Buong Toon (SUPP), Irene Chang (DAP) dan Moh Hong King dari Parti Reformasi Negeri (Star).

Penyokong bersorak dan bertepuk tangan untuk setiap calon dan bergambar sebelum bersurai.

12.00 PM Satu lagi kerusi BN menang, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bagi kerusi Bukit Kota, lapor MSTAR.

1.N.03 Tanjung Datu- Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) bertemu Jazolkipli Numan (PKR).
2 N.08 Satok - Abang Johari (BN) bertemu Mohammad Salleh Shawkatali (PKR).
3. N.82 Bukit Sari - Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN) -Menang tanpa bertanding.
4. N.16 Muara Tuang - Datuk Idris Buang (BN-PBB) bertemu Zulkipli Ramzi (Pas) dan Abang Abdul Halil Abang Naili (Amanah)
5. N.14 Batu Kawah - Datuk Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP) bertemu Christina Chew Wang See (DAP) dan Liu Thian Leong (Bebas)
6.N.37: Bukit Saban - Datuk Amar Douglas Uggah Embas (BN-PBB) bertemu Noel Changgai Bucking (PKR)
7. N53: Bang Assan - Datuk Seri Wong Soon Koh(BN) bertemu Chiew Sung Ngie (DAP), Wong Sing Wei (STAR), Watson Bangau ak Jonathan Renang (Bebas) dan Yeu Bang Keng (Bebas)
8.N17: Stakan (kerusi baru) -. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) bertemu Leslie Ting Xiang Zhi(DAP)
9. N064 Baleh -Tan Sri Dr James Jemut Masing (BN-PRS) bertemu Agop Linsong (DAP)
10. N55: Nangka - Dr Annuar Bin Haji Rapa'ee (BN-PBB) bertemu Abdul Rafidin Bin Majidi (PKR) dan Tiong Ing Tung (Star)
11. N13 Batu Kitang (kerusi baharu) -Lo Khere Chiang (BN-Supp) bertemu Voon Shiak Ni (PKR),Abdul Aziz Isa(DAP), Sulaiman Kadir (Bebas) dan Othman Bojeng (Bebas)
12.N63 Bukit Goram (kerusi baharu) - Jefferson Jamit Unyat (BN-PBB) bertemu Larry Asap (DAP)
13. N41 Kuala Rajang (nama asa Belawai) -Datuk Talif @ Len bin Salleh...(BN-Pbb) bertemu Sopian bin Julaihi (Amanah) dan Asbor Abdullah (Bebas)
14.N61 Pelagus -2. Wilson Nyabong Igang.........(BN-PRS) bertemu Frankie Bedindang Manjah (DAP) dan Yong ak Sibat.(Bebas)
15. N64 Dun Pujut - Datuk Hii King Chiong (BN) bertemu Fong Pau Teck (Bebas), Jofri Jaraiee (Pas) dan Ting Tiong Choo (DAP)

11.43am - Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menandatangani surat kebenaran untuk PKR bertanding menentang DAP di kerusi Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah dan Murum.

"Kami telah mengesahkan dengan Kak Wan (Wan Azizah). Beliau menafikan (menandatanganinya)," Rafizi memberitahu Malaysiakini melalui mesej teks.

11:21 AM Pegawai SPR mengesahkan Batu Kitang menyaksikan lima calon bertanding bagi kerusi itu - Lo Khere Chiang dari SUPP, Abdul Aziz Isa dari DAP, Voon Shiak Ni dari PKR dan calon bebas Othman Bojeng dan Sulaiman Kadir.

1.N.03 Tanjung Datu- Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) bertemu Jazolkipli Numan (PKR).

2 N.08 Satok - Abang Johari (BN) bertemu Mohammad Salleh Shawkatali (PKR).

3. N.82 Bukit Sari - Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN) -Menang tanpa bertanding.

4. N.16 Muara Tuang - Datuk Idris Buang (BN-PBB) bertemu Zulkipli Ramzi(Pas) dan Abang Abdul Halil Abang Naili (Amanah)

10.52am - Muara Tuang: Calon-calon dari PAS dan parti AMANAH akan bertembung di Muara Tuang. Mereka akan berdepan dengan calon BN dalam persaingan tiga penjuru, laporan Bernama.

10:44 am Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menamakan calon masing-masing untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, MSTAR dipetik.

Kerusi tersebut menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), PKR, DAP dan dua calon bebas.

DAP menamakan calon tunggal Melayu parti itu, Abdul Aziz Isa yang akan menentang sekutunya dari PKR, Voon Shiak Ni.

10.43am - Bukit Sari: Calon BN Datuk Awang Tengah Ali Hassan menang DUN Bukit Sari tanpa bertanding, lapor Bernama. Maklumat tidak rasmi: Calom PKR tidak muncul di pusat penamaan calon.

10.11am - Sibu: Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata dia turut dilarang masuk ke Sarawak.

Dalam satu kenyataan, Shazni berkata dia tiba di lapangan terbang Sibu pada jam 7.57 dan diberitahu namanya ada dalam senarai larangan itu dan diminta pulang ke Semenanjung.

10am: Proses penamaan calon ditutup bagi pilihan raya negeri Sarawak.

9.50am - Dewan Perbanaran Padawan, Kuching: Petugas DAP berkata calonnya bagi Batu Kitang, Abdul Aziz Isa menunggu dalam kenderaan sehingga jam 9.15 pagi sebelum turun untuk menyerahkan borang pencalonannya, selepas mendapat tahu yang PKR akan bertanding di Serian bersama DAP.

9.45am - Bau: Walaupun wujud pertikaian mengenai pencalonan antara penyandang Peter Nansian (TERAS) dan pengganti Henry Jinep (BN-SPDP), Nansian memaparkan perpaduan BN dengan hadir menyokong Jinep di Dewan Suarah Bau, pusat penamaan calon bagi Tasik Biru.

"Ya. Saya berada di sini untuk menyokong BN," Nansian memberitahu pemberita di tengah-tengah 600 penyokong BN yang mengebarkan bendera BN, SPDP dan PRS sambil melaungkan "Hidup BN".

9.30am - Kuching: DAP bertindak balas terhadap PKR dengan menghantar calon Abdul Aziz Isa untuk bertanding di Batu Kitang, kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR.

Ini selepas PKR membenarkan lima calonnya untuk bertanding bagi kerusi di mana calon-calon DAP bersedia untuk bertanding.

Batu Kitang dijangka menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru antara SUPP, PKR, DAP dan mungkin dua calon bebas.

Voon Shiak Ni mewakili PKR manakala Lo Khere Chiang mewakili SUPP..

9.07am - Ba'kelalan: Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengesahkan bakal calon parti itu di lima kerusi yang menghadapi pertikaian pembahagiannya, telah menerima surat kuasa dari parti itu untuk bertanding.

"Mereka berada di kawasan masing-masing iaitu Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah dan Murum," katanya kepada Malaysiakini melalui telefon.

"Sebelum pukul 10 pagi, kami akan menghubungi mereka untuk memberitahu mereka sama ada akan bertanding atau tidak.".

9.05am - Bawang Assan, Sibu: Beng Kor, calon bebas, tiba di pusat penamaan calon Dewan Suarah Sibu bersama penyokongnya.

8.50am - Bau: calon DAP dan PKR terserempak berhampiran pusat penamaan calon di Dewan Suarah Bau Tasik Biru dan Serembu.

DAP bertanding kerusi Tasik Biru manakala PKR bertanding kerusi Serembu, tetapi wujud ketegangan selepas PKR semalam bertegas untuk bertanding kerusi Tasik Biru.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, yang menyertai calon DAP kerusi Tasik Biru, Mordi Bimol, berarak ke pusat penamaan calon, terserempak dengan calon PKR bagi kerusi Serembu, Athina Sim, tetapi hampir tidak ada interaksi dan mereka tidak berjabat tangan.

8.45am - Bawang Assan: Kira-kira 50 penyokong DAP berjalan ke arah Dewan Suarah Sibu berdama dengan calon Chiew Sung Ngie.

Chiew, 38, seorang ahli perniagaan, memberitahu pemberita bahawa beliau menjangka pertandingan tiga penjuru di situ

Beliau dijangka berdepan dengan calon BN Wong Soon Koh, dan calon Parti Reformasi Negeri (Star) Wong Sing Wei.

Kira-kira 50 penyokong BN berkumpul, sementara menunggu Soon Koh, bersama-sama dengan maskot Parti Rakyat Bersatu itu, helang yang dinamakan 'Oooh Ha'.

8.15am - Pujut: Suasana tenang di sini dan pertandingan empat penjuru dijangka berlaku di kerusi ini antara calon BN dengan tiga calon lain.

Penyandang kerusi Pujut Fong Poh Teck akan bertanding sebagai calon Bebas. Calon DAP ialah Dr Ting Tiong Choon, calon langsung BN Hii King Chiong dan calon PAS Jofrie Jaraiee.

sentiasa dikemaskinikan. Refresh semula.





































Krisis Terengganu: Pilihanraya Atau Kerajaan Campuran PAS-UMNO!

Posted: 24 Apr 2016 06:04 PM PDT

Terengganu sedia hadapi Pilihan Raya Negeri selepas Sarawak

Terengganu besar kemungkinan akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas PRN Sarawak apabila berlaku krisis Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan istana di samping kedudukan kerajaan negeri yang tidak stabil kerana jumlah Adun kerajaan dan pembangkang hampir sama.



Menurut sumber, kata sepakat hampir dicapai agar PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negeri itu. Namun, Ahmad Razif dikatakan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya ini.

"Possible (mungkin)," kata Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ketika diminta mengulas apa yang berlaku di negeri ini.

Jumaat kelmarin, Menteri Besar Ahmad Razif hilang semua anugerah kebesarannya apabila Istana Terengganu murka kepada beliau dan meminta agar semua anugerah itu diserahkan.

Ia berlaku ketika tidak ada pihak yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu apabila tiga Adun Umno yang diketuai bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dikatakan menjadi Adun Bebas.

BN kini tinggal 14 Adun, PAS (14) manakala PKR (1) dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

8 Mac lepas, Ahmad Said mengemukakan usul tidak percaya kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman namun usul itu ditolak oleh Speaker dari dibahas apatah lagi diundi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengarahkan Adun-adun PAS agar jangan masuk campur dalam isu ini (tidak menyokong usul Ahmad Said) manakala jentera PAS Terengganu pula diminta bersedia untuk hadapi pilihan raya.

Menurut Bernama, Pas Terengganu berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri dalam masa terdekat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr. Alias Razak berkata, parti itu kini berada pada kedudukan yang sangat kukuh untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya tersebut.

Menurutnya, Pas sedia hadapi tentangan sengit Barisan Nasional (BN) dan pendatang baru dalam pilihan raya iaitu Parti Amanah Negara.

"Walaupun kali ini Pas bersendirian tanpa PKR dan DAP, dengan keadaan UMNO dan BN yang makin celaru ini, kita yakin kita boleh menang dengan selesa sekali gus menawan semula Terengganu.

"Kita telah keluarkan arahan agar jentera di peringkat tertinggi hingga peringkat paling bawah bersiap sedia," katanya yang juga Adun Bukit Tunggal ketika dihubungi Bernama 18 April lepas.

PAS juga sedang menghadapi masalah untuk menang kerana parti itu berpecah membentuk Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas pemimpin progresif dan profesionalnya ditewaskan secara blok dalam Muktamar PAS tahun lalu.

Walaupun PAS Terengganu masih kuat tetapi sebahagian ahli mereka sudah meninggalkannya untuk menyertai Amanah.

Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah sudah meninggalkan PAS dan menjadi Pengerusi AMANAH negeri Terengganu.

Beliau disertai oleh beberapa bekas Adun PAS manakala beberapa Adun PAS sekarang dikatakan menyokong Amanah secara diam-diam.

Umno juga berpecah di Terengganu. Ahmad Said dan rakan-rakannya dikatakan menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan Selamatkan Malaysia yang berkempen mahu Datuk Seri Najib berundur dari kerusi perdana menterinya.


Hubungan Ahmad Razif, istana kini timbulkan persoalan

Hubungan antara istana dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman kini menimbulkan persoalan selepas beliau diperkenalkan dalam dua majlis rasmi tanpa gelaran darjah kebesaran 'Datuk Seri'.

Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail berkata majlis yang diadakan semalam dan pagi ini hanya menyebut Ahmad Razif sebagai 'Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tanpa gelaran lain.

"Ini sudah tentu bertentangan dengan amalan biasa," kata ADUN Bandar itu kepada Malaysiakini.

Portal AMANAH, Malaysia Dateline semalam memetik sumber yang mendakwa Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lepas telah menarik balik gelaran kepada Ahmad Razif hingga mencetuskan khabar angin mengenai pertukaran menteri besar.

Menurut laporan Harian Metro pagi ini, Razif turut hadir semasa pelancaran majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di Hotel Primula di Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Mizan.

Razif, bersama-sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda, bagaimanapun dilaporkan meninggalkan majlis sebelum wartawan mendapatkan komen mengenai perkara itu.

Satu kejadian yang sama telah dilaporkan berlaku pada majlis Umno Dungun malam tadi.

Berita Harian memetik sumber sebagai berkata bahawa gelaran itu dibatalkan melalui perintah secara lisan.

Malaysiakini telah menghubungi Ahmad Razif untuk mendapatkan komen.

Mengulas lanjut, Azan menegaskan bahawa semua pihak perlu menahan diri daripada membuat spekulasi ke atas perubahan menteri besar kerana perkara itu di bawah budi bicara penuh sultan.

"Sebagai ADUN, saya bersimpati dengan MB. Tetapi saya bersimpati lagi dengan rakyat kerana kerajaan negeri tidak akan dapat memberi tumpuan kepada menjalankan tugasnya," katanya.

Azan berkata, 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kini "tergantung" selepas Razif menafikan bekas MB Datuk Seri Ahmad Said peruntukan di kawasannya. Ahmad Said adalah ADUN Kijal.

"Dengan menafikan peruntukan tersebut kepada Ahmad, menteri besar tidak lagi mengiktiraf beliau sebagai seorang ADUN BN," dakwa Azan.

BN mempunyai 17 ADUN, termasuk Ahmad, manakala kerusi pembangkang terdiri daripada 14 daripada PAS dan Azan merupakan ADUN PKR tunggal di Terengganu.

Ahmad bulan lalu memfailkan undi tidak percaya terhadap Razif tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Ahmad mengesahkan Razif telah mengambil alih peruntukan untuk DUN Kijal.
-mk


ULASAN GB

Kedudukan terkini ADUN Terengganu:

UMNO BN = 14
PAS = 14
PKR = 1
Bebas = 3

Jika mengikut kertas, UMNO BN sudah tumbang di Terengganu.

Cuma ada dua pilihan untuk UMNO BN, pertama adakan pilihanraya negeri untuk mendapatkan mandat semula dari rakyat Terengganu. Dan kedua ialah membentuk "kerajaan campuran" bersama PAS.

Pilihanraya mungkin bukan pilihan yang popular. Tetapi ia mungkin tidak dapat dielakkan jika PAS enggan untuk membentuk kerajaan campuran bersama UMNO. Jika PAS memilih untuk bekerjasama dengan 3 ADUN Bebas yang diketuai oleh Ahmad Said, maka UMNO akan mengambil langkah membubarkan DUN bagi pilihanraya negeri Terengganu diadakan.

PAS sepatutnya sudah boleh menerima pelawaan UMNO membentuk kerajaan campuran kerana inilah masanya Hadi Awang buktikan bahawa PAS boleh menjadi "Penasihat" kepada UMNO.

Kedua kegagalan PAS untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dahulu di zaman Mohd Nizar sebagai MB, dimana Ust Haron Din telah meminta PAS Perak membentuk kerajaan campuran bersama UMNO BN, kini boleh menjadi realiti di Terengganu. PAS tidak harus melepaskan peluang tersebut.

Ketiga, jika pilihanraya negeri diadakan, prestasi PAS dijangka mengalami kemerosotan paling parah. Ia sudah menjadi parti yang tidak popular di kalangan rakyat setelah membentuk "Blok Ketiga" bersama IKATAN. Sementelah lagi ramai ahli PAS telah meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH.

Apa selepas ini? Allah Maha Bijaksana di dalam mengatur perancanganNya sekalipun manusia ada rancangan masing-masing.

"Mereka merancang , Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang" - Ali Imran:54

Comments (0)