Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:38 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Hujjah Katun Pemimpin PAS, Zuhdi, Terhadap AMANAH

Posted: 22 Apr 2016 12:45 AM PDT

Pas tolak Amanah kerana 'derhaka', baik dengan DAP, kata pakar strategi

Pakar strategi Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, parti itu tidak boleh bekerjasama dengan Amanah kerana ia sebuah parti yang bughah (zalim atau penderhaka) di samping bekerjasama dengan DAP yang bagi beliau mempunyai agenda Kristian dan Zionis.

Zuhdi, pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) ketika berucap dalam forum "Blok ketiga: Keperluan dan Cabaran" di Universiti Malaya semalam mendakwa, DAP kini didalangi oleh Kristian dan Zionis yang bercita-cita untuk memerintah negara ini.


Zuhdi juga berkata, tokoh-tokoh korporat Cina juga kini menyumbang dana kepada DAP bagi menjayakan hasrat mereka itu.

Antaranya, kata beliau adalah pemilik Berjaya Group, Vincent Tan yang dulunya menjadi penyumbang dana untuk Umno kini menjadi penyumbang dana untuk DAP.

Zuhdi berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum itu yang bertanya kenapa tidak berusaha mendamaikan pihak yang bertelagah termasuk mendekatkan Pas dengan Amanah.

Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar yang turut menjadi penal pada forum itu berkata, semasa Zuhdi memberikan ucapan menjelang muktamar Pas tahun lalu di Kelana Jaya, Zuhdi berkata, golongan profesional dalam Pas perlu keluar dari parti itu untuk membentuk parti baru.

Ia bertujuan untuk membolehkan parti baru oleh golongan profesional ini bertanding di kawasan bandar dan semi bandar manakala Pas boleh fokus kepada luar bandar dan kawasan orang Melayu.

"Kenapa strategi dua aras Dr Zuhdi ini tidak boleh dilaksanakan sekarang bagi kemenangan Islam dan Melayu dan menghalang Umno dari terus berkuasa," soal Hisomuddin dalam forum itu.

Berdasarkan perkara itulah, Zuhdi membaca satu ayat al-Quran dari surah Al Hujurat ayat 9 yang bermaksud:

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

Bagi Zuhdi, Amanah sudah zalim terhadap Pas selepas meninggalkannya dan perlu dilawan atau diperangi.

Dalam forum itu juga, Hisomuddin mendakwa, Pas sudah menjadi parti rasis yang berterusan menyerang DAP dengan isu perkauman dan membuat andaian DAP mahu memerintah negara dan mampu berbuat demikian.

Ini berdasarkan andaian Zuhdi bahawa DAP mampu memerintah negara melalui 36 kerusi yang dikuasai bukan Melayu di Semenanjung, 55 kerusi campuran yang boleh memberi manafaat kepada DAP dan 20 kerusi yang dikuasai Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Saya terkejut kerana Pas kini sudah resis dan menjadi lidah Umno menyerang pembangkang. Kalau begini sikap Pas, maka ia akan memcepatkan lagi kegagalan blok ketiga," kata Hisomuddin merujuk kepada tajuk forum semalam.

Bagi beliau, Malaysia tidak boleh lagi menerima politik rasis semacam ini kerana negara sudah di era di mana untuk membentuk kuasa politik ia memerlukan tiga kaum utama negara bersatu membentuk kerajaan.

"Negara hilang kestabilan sejak 2008 kerana tiga kaum ini tidak lagi berada dalam kerajaan untuk berkongsi kuasa bersama," kata Hisomuddin merujuk kepada sokongan bukan Melayu kepada pembangkang sejak 2008.

Hisomuddin juga mendakwa, sikap Pas yang tidak konsistan akan ditolak oleh para pengundi khasnya pengundi Melayu.

"Mengikut kajian saya, pola pengundian orang Melayu sukar menerima strategi kabur yang biarkan pengundi berteka teki. Melayu berfikiran selapis sahaja dan mudah.

"Berkias-kias mereka tak suka. Mereka sukar terima jika tidak jelas. Misalnya hendak bentuk kerajaan selepas menang, selepas pilihan raya baru nak bentuk kerajaan bersama, nak sokong blok mana.

"Ia akan berikan masalah kepada Pas dan tidak akan didokong pengundi Melayu tetapi hanya akan pecahkan undi Melayu," kata pengkaji politik itu. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

Pertama, Zuhdi menyifatkan, AMANAH sebagai parti yang bughah (zalim atau penderhaka) di samping bekerjasama dengan DAP yang bagi beliau mempunyai agenda Kristian dan Zionis.

"Bughah" apanya jika Presiden PAS sendiri yang sudah menyuruh mereka yang tidak mahu mengikuti kepimpinannya supaya keluar parti?


Dan Perlembagaan PAS sendiri TIDAK menghalang seseorang ahli untuk meninggalkan parti Fasal 15(2) yang berbunyi

Seseorang ahli bolehlah memaklumkan keberhentiannya daripada menjadi ahli dengan bersurat kepada Setiausaha Agung, dan sesudah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat, maka Setiausaha Agung hendaklah memberitahu keberhentian ahli yang berkenaan itu kepada PAS Kawasan yang bersangkutan beserta salinannya kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.

Kedua mengenai AMANAH berbaik dengan DAP dan DAP ada agenda Kristian dan Zionis. Aikkk baru sekarang kata DAP ada agenda Kristian dan Zionis. Dahulu semasa PAS di dalam Pakatan Rakyat, tak timbul isu berkenaan. Presiden PAS komain peluk pemimpin DAP. Kini bila dah ditendang keluar dari PR, macam-macam tuduhan diberikan terhadap DAP.


Menarik bila ditimbulkan agenda zionis dan Kristian. Kalau ada agenda Kristian, mengapa PAS boleh pula calonkan seorang yang beragama Kristian di dalam PRN Sarawak


Ketiga Zuhdi menyalahgunakan ayat Al-Hujurat ayat 9 untuk menyatakan AMANAH perlu dilawan dan diperangi kerana katanya "Amanah sudah zalim terhadap Pas selepas meninggalkannya".

GB ingin membawakan hujjah Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Ahmad Awang mengenai hal tersebut.

"Jika keluar PAS kena diperangi dan hukum bunuh, maka orang yang tandatangan Perlembagaan PAS dulu yang perlu dibunuh kerana dalam Perlembagaan PAS membenarkan Ahli PAS keluar PAS dan bukan setakat keluar PAS malah mansuhkan PAS pun dibenarkan oleh perlembagaan PAS".


Jadi jelas kini siapakah yang "bughah" sebenarnya.jika bukan PAS sendiri dan para AJKnya seperti Zuhdi di atas. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dan kita akan melihat siapa kah yang bakal terhukum oleh Allah s.w.t. nanti akhirnya.

Husam Terima Sokongan Akar Umbi, TGNA Pernah Berpesan: "Allah Buat Dia Untuk Malaysia"

Posted: 21 Apr 2016 08:55 PM PDT

Aktivis akar umbi Kelantan ikrar bersama Husam

Gerakan Selamatkan Malaysia dijangka semakin rancak di Kelantan apabila lebih seratus aktivis akar umbi berikrar bersama Adun Salor Datuk Husam Musa untuk bergabung tenaga menjayakan aspirasi rakyat itu.

Gambar: Husam menerima watikah ikrar daripada Hisham.

Peguam Hisham Fauzi yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan watikah ikrar kepada Husam selepas majlis tersebut di dewan sebuah pertubuhan sukarela di Kubang Kerian malam tadi.



"Rakyat Kelantan tidak akan berpeluk tubuh dalam menghadapi apa saja gerakan untuk menyelamatkan rakyat dan negara," kata beliau di majlis itu.

Husam ketika berucap kepada pemimpin dari pelbagai latar belakang politik dan ideologi itu mahu semua rakyat dilibatkan dalam usaha tersebut sehingga gerakan itu benar-benar berjaya.

"Untuk Kelantan sahaja kita kena pastikan sekurang-kurangnya 100,000 rakyat menurunkan tanda tangan untuk Deklarasi Rakyat ini," katanya

Majlis yang turut dihadiri Ketua Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan menyaksikan gabungan menyeluruh pemimpin pelbagai parti dan NGO.

"Saya bersyukur malam ini kita dapat lihat pemimpin akar umbi Pas, Umno, PKR, Amanah dan yang tidak berparti dapat duduk bersama demi rakyat," katanya.

Beliau mahu borang Deklarasi Rakyat diedarkan di pasar-pasar, pasar malam, surau, masjid, kedai kopi, pasaraya dan stadium.

"Jika kekuatan seperti yang ada ini digerakkan dengan serius kita akan menghantar suara rakyat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Mei depan dengan yakin," ujarnya.

Pada majlis itu turut dimaklumkan program Jelajah Tun Mahathir yang bakal berada di Kelantan pada 4 Mei depan.

Husam berharap jawatankuasa yang dlantik untuk menguruskan acara ini bekerja tanpa henti untuk memastikan program tersebut berjalan dengan penuh tertib dan mencapai matlamatnya. -Malaysia Dateline

VIDEO Husam Musa semasa sesi soal-jawab
DIALOG SELAMATKAN MALAYSIA DI K.TERENGGANU 12 April 2016



ULASAN GB

GB teringat akan kata-kata Allahyarham TGNA, "Husam bukan sahaja Allah Ta'ala buat untuk Kelantan, tapi untuk Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.

"Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU)."

Tetapi oleh kerana beliau seorang yang tidak dikategorikan sebagai geng ulama, maka beliau dijatuhkan di dalam Muktamar PAS yang lepas, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin progresif yang lain.

PAS lansung tidak mengindahkan amanat Allahyarham TGNA itu. Ia seperti satu penghinaan terhadap TGNA.

Namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Sebutir mutiara itu tetap mutiara yang berharga dimana saja dia berada, dan kaca itu tetap kaca walau dipakaikan jubah beribu hasta!

Comments (0)