Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:19 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Bawa Balik "The Puppet Master" Itu Atau Najib Saman WSJ

Posted: 21 Apr 2016 01:06 AM PDT

Bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin yakin semua persoalan yang dihadapi oleh rakyat negara ini mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan selesai jika ahli perniagaan Teik Jho Low boleh dibawa balik untuk disoal siasat, lapor Malaysia Dateline.

Jalan kedua yang boleh dibuat adalah dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku pihak yang dituduh menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang banyak membuat dakwaan ke atas beliau, tulis Kadir melalui blognya.



Ini berikutan cerita mengenai 1MDB dan derma yang diterima oleh Najib sentiasa berubah dari awal hingga kini.

Yang terakhir adalah kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir, kononnya mengesahkan ia adalah derma dari negara itu tanpa mengharapkan balasan.

Kenyataan itu dibuat selepas beliau bertemu dengan Najib di New York.

Namun sebelum itu, dalam satu kenyataannya, Adel berkata, ia adalah satu pelaburan.

"Jawapan kepada misteri pie Amerika dan derma Arab ini akan terjawab kalau Jho Low boleh dibawa balik dan dipaksa duduk atas blok ais dalam bilik hawa dingin selama beberapa jam. Pasti dia akan menyanyi macam burung kenari.

"Atau Mohd Najib betul-betul kemukakan saman terhadap WSJ kerana memfitnah dan mengaibkan beliau," tulis Kadir hari ini.

Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang dan kawan baik isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ini di anggap saksi penting dalam isu 1MDB yang bermula dengan Terengganu Invesment Authority (TIA).

Menurut Kadir, pada bulan Ramadhan tahun lepas, cerita derma itu mula didengari oleh rakyat negara ini kononnya ia adalah dari orang Arab.

"Mula seorang Arab. Kemudian lebih daripada seorang Arab. Lepas itu balik jadi seorang Arab. Akhir sekali jadi Raja Arab Saudi yang mangkat," katanya.

Pada 25 Januari lalu, katanya, Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, bersihkan Mohd Najib.

"Dia kata duit AS$681 juta itu derma Arab dan sebahagiannya dibagi balik," katanya.

Tetapi pada 6 Februari, Menteri Luar Arab Saudi, Adel bin Ahmed Al-Jubeir, kata duit itu bukan derma tapi pelaburan.

Pada 15 April, kata Kadir, Al-Jubeir tukar cerita kata dia ambil maklum kenyataan Apandi dan tambah derma itu ikhlas, tanpa syarat dan penderma tak harap apa-apa balasan.

Kadir seterusnya menulis, pada 19 April, Wall Street Journal (yang Mohd Najib ancam nak samam tapi tak saman) kata, 681 itu adalah "American pies" – sejenis hidangan berinti seakan-akan karipap tapi bulat.

WSJ kata, pengirim pie Amerika itu adalah tak lain dan tak bukan kawan akrab keluarga Mohd Najib, Jho Low, katanya.

Kata berkata, WSJ mendakwa, dalam bulan Mac 2013, Jho Low hantar pesanan kepada orang suruhannya di Kuala Lumpur mengatakan 681 pie Amerika akan tiba tidak lama lagi dari seberang laut. Menurut transkrip pesanan segara BlackBerry yang dilihat of WSJ, Jho Low menekankan perlunya kerahsiaan dalam penghantaran pie Amerika.

"Jho Low arah orang suruhannya supaya bagi tahu ketua pegawai eksekutif bank (AmBank) yang "PM" tidak mahu nama, alamat atau nombor kad pengenalannya muncul dalam urusan pemindahan 681 pie Amerika itu.


"Jadi adakah 681 biji pie Amerika itu berlainan daripada AS$681 juta derma Arab yang Apandi sebut pada 25 Januari itu atau 681 biji pie Amerika itu apabila masuk ke dalam akaun Mohd Najib jadi AS$681 juta?

"Adakah 681 biji pie Amerika itu dari Jho Low hasil putar-belit perniagaan atas angin 1MDB atau duit derma Arab yang dibagi kod atas alasan rahsia?" tulisnya lagi.

Di dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Strategik Parti Amanah Negara Dr. Dzulkefly Ahmad menyatakan, kegagalan PAC untuk membawa Jhow Low yang disifatkan sebagai "The Puppet Master" menjadikan laporan yang dibentangkan oleh PAC seperti sudah terlalu dikompromikan.

Menurut beliau lagi, laporan PAC Mengenai 1MDB itu tidak lengkap kerana ketiadaan pelbagai maklumat terutama dari peguam Negara, Jhow Low sendiri tidak dipanggil untuk berdepan dengan PAC, malah Perdana Menteri sendiri (sebagai Pengerusi Eksekutif 1MDB) bukan sahaja enggan hadir malah tidak mahu menyediakan maklumat penting yang sepatutnya dimasukkan ke dalam laporan berkenaan.

Beliau berkata demikian di dalam satu forum bertajuk "SIAPA PENGKHIANAT NEGARA, FORUM LAPORAN PAC 1MDB yang diadakan di Petaling Jaya baru-baru ini.

Turut hadir sebagai ahli panel di dalam forum berkenaan ialah Ahli Parlimen Kelana Jaya, YB Wong Chen dan ahli PAC dari Pembangkan, iaitu Tony Pua.

Tony Pua sebelum ini telah mendakwa bahawa Pengerusi Jawatankuasa itu, Datuk Hasan Arifin telah menyunting laporan PAC mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kelulusan jawatankuasa berkenaan.







PAS Masih Silu Malu Saranan Zakir Naik Supaya PAS-UMNO Bergabung

Posted: 20 Apr 2016 06:57 PM PDT

Pemimpin PAS berbelah bagi saranan Zakir Naik

Kepimpinan PAS berbelah bagi dalam menyambut seruan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik supaya parti Islam itu bergabung dengan Umno dalam kerajaan campuran.

Sebahagian mereka berpegang kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS Januari lalu bahawa PAS tidak akan menyertai BN.

Bagaimanapun, Dewan Ulama PAS berpendirian berbeza apabila masih terbuka untuk berbincang dengan perdana menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata mereka tetap dengan pendirian sebelum ini.

"PAS sentiasa berpegang kepada dasar Islam yang mana salah satunya adalah bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.

"PAS juga berpegang teguh kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang telah bersidang pada 2 Januari 2016 yang mengesahkan perkara sebagaimana di atas di samping menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai BN," kata Takiyuddin.

Dalam rakaman bual bicara TV AlHijrah semalam Dr Zakir berkata kerajaan campuran Umno dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam.

Dr Zakir Naik berkata jika perkara itu menjadi kenyataan ia adalah sesuatu yang terbaik untuk Islam.

Idris: Pandangan orang luar

Sementara itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad pula menyifatkan seruan Dr Zakir sebagai pandangan orang luar.

"Pendirian PAS jelas bahawa tidak timbul soal kerajaan campuran Umno-PAS dan ia tidak akan berlaku.

"Itu pandangan dia (Dr Zakir) sebagai orang luar dan terpulang kepada beliau.

"PAS tak perlu bergabung dengan Umno sebaliknya ahli Umno itu kena masuk PAS," tegas Idris ketika dihubungi Malaysiakini.

Zawawi: Bincang dulu

Namun, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata perbincangan harus dibuat terlebih dahulu.

"Kena tanya dia (Dr Zakir). Kalau kenyataan Najib saya akan komen. Setakat ini kita tak ada komen, nanti kita akan bincang dengan Najib dulu," kata Nik Zawawi.

Ketika berceramah di negara ini, Zakir dirakam bertemu dengan Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kerjasama antara kedua-dua parti kini tidak semestinya dalam bentuk gabungan antara kerajaan.

Sebaliknya, anggota parlimen Kuala Nerus itu berkata apa yang penting kini adalah pemerintah memberikan hak sama rata kepada pemimpin pembangkang.

"Untuk realiti semasa sebelum pilihan raya umum (PRU) ke 14 BN sebagai kerajaan memerintah di peringkat persekutuan boleh menunjukkan sikap kerjasama dengan memberi hak dan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang sebagaimana dinikmati oleh wakil rakyat kerajaan BN, membanyakkan lagi projek persekutuan di negeri seperti Kelantan.

"Dalam masa yang sama segala kepincangan pengurusan dan kewangan yang dikritik oleh rakyat perlu segera diperbetulkan," tambah Khairuddin kepada Malaysiakini. -mk


Bersatu dengan PAS, pemimpin Umno sambut gesaan Zakir

Kepimpinan Umno menyambut baik seruan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik agar parti Melayu itu bergabung dengan PAS dengan membentuk kerajaan campuran.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (gambar) berkata seruan tersebut datang daripada pihak yang tidak berkepentingan.

"Mungkin sebelum ini pihak PAS agak tidak begitu sedar lagi tentang kepentingan untuk kesatuan ini. Mungkin PAS anggap seruan yang datang dari kepimpinan Umno ada kepentingan sendiri.

"Tetapi Zakir yang bercakap, dia tidak ada kepentingan politik dan peribadinya. Dia bercakap sebagai seorang intelektual Islam, yang melihat kepentingan Islam dan itu bezanya,' kata Tajuddin kepada Malaysiakini.

Justeru, Tajuddin mahu PAS melupakan segala sejarah hitamnya bersama Umno sebelum ini demi Islam.

"Kita sepatutnya lupakanlah yang sudah-sudah, maju ke hadapan dengan satu pendekatan baru yang sesuai dengan ajaran agama Islam dan kita sebagai umat Islam perlu mengikut ajaran yang ditetapkan untuk keselamatan dan kesejahteraan umat kita," tegas anggota Parlimen Pasir Salak itu.

Dalam rakaman program bual bicara TV Alhijrah semalam, Zakir berkata kerajaan campuran Umno dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyentuh lanjut bentuk kerajaan campuran itu.

Aziz Kaprawi: Harapan majoriti

Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Aziz Kaprawi (gambar) pula berkata seruan Dr Zakir baik bagi mewujudkan keharmonian negara.

"Ini pandangan yang baik kerana ini akan mewujudkan keharmonian masyarakat seterusnya membawa keamanan negara.

"Ini yang diharapkan oleh majoriti rakyat,' kata Aziz kepada Malaysiakini.

Kata Aziz lagi, beliau tidak mahu perpecahan umat Islam seperti di Syria yang membawa kesengsaraan kepada rakyatnya yang terpaksa menjadi pelarian.
-mk


ULASAN GB

Dah bagus berpeluk diantara Presiden PAS dan Zakir Naik, tiba-tiba tak mahu terima saranan Zakir.

Cybertrooper PAS begitu hebat sehari dua lepas menyebarkan gambar-gambar Presiden mereka bertemu dan berpeluk dengan Zakir Naik di hotel dimana Zakir Naik menginap, nak tunjukkan keakraban presiden mereka dengan pendakwah antarabangsa itu.

Tiba-tiba apabila Zakir Naik mencadangkan kerajaan campuran PAS-UMNO (atau terus bergabung jika boleh), melenting pula beberapa pimpinan PAS menyatakan itu hanya "pandangan orang luar".

Cybertrooper PAS pun terdiam, tak disebarkan lagi gambar Hadi berpelukan dengan Zakir itu. Mungkin khuatir dan bimbang ahli bawahan PAS akan memberontak dan keluar PAS beramai-ramai.

UMNO sudah sedia pada bila-bila masa untuk menyambut PAS. ISMA, rakan baik PAS pun dah bagi lampu hijau.

Semakin kalut sudah parti sejarah itu. Ya insyaAllah, PAS akan terus menjadi parti sejarah selepas PRU yang akan datang nanti.

Comments (0)