Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:46 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Norazli Menang, Ertinya Sudah Boleh Keluar PAS Beramai-ramai

Posted: 19 Apr 2016 12:46 AM PDT

Mahkamah Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini telah memberi kemenangan kepada Norazli Musa, di dalam kes Norazli Musa lwn Ahmad Syihan bin Ismail.

Hakim mendapati bahawa pihak defendan telah menerbitkan kata-kata fitnah dalam facebook beliau iaitu "cermah di Jelai semalam Norazli Taliban kata sape Keluar Jamaah Islam (PAS) jatuh kafir"

Terbitan kata-kata fitnah itu telah menyebabkan persendaan dan cemuhan masyarakat umum terhadap plaintif Ustaz Norazli Musa yang tidak pernah menyebut hal berkaitan.


Mahkamah telah memutuskan dan membenarkan tuntutan dan memberikan gantirugi am serta teladan sebanyak RM50 ribu beserta kos perbicaraan RM4450 dan juga defendan dikehendaki membuat permohonan maaf.

Norazli Musa yang juga AJK PAS Pusat sebelum ini telah menyatakan di dalam wawancara beliau dengan TV Harakahdaily, organ PAS, menyatkaan bahawa kenyataannya telah diputarbelit. "Siapa keluar PAS, kafir.."  dan menjadi viral dalam laman sosial.

Beliau yang juga dikenali sebagai Ustaz Taliban menyatakan di dalam wawancara itu:

"Saya mengeluarkan kenyataan bahawa hanya "jemaah Islam", saya tidak pernah mengeluarkan kata siapa yang keluar PAS itu kapir. Ini satu fitnah yang dilakukan kepada saya......"

ULASAN GB

Walaupun Geng Ustaz bertempik sorak kerana keputusan mahkamah hari ini memberikan kemenangan kepada Presidennya Norazli, namun keputusan mahkamah itu juga mengesahkan bahawa PAS bukanlah satu-satunya jemaah Islam di dalam negara kita.

Norazli menang, namun ia memberi makna bahawa ahli-ahli PAS kini sudah boleh keluar dari parti itu secara beramai-ramai kerana "tidak menjadi kafir jika keluar PAS."

Ia juga mengesahkan pendirian dan kenyataan Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Ustaz Ahmad Awang seperti di bawah:

TGNA Tegas Mahu PR Di Perak, Bukan PAS-UMNO/BN

Posted: 18 Apr 2016 06:54 PM PDT

Tubuh k'jaan bersama DAP walaupun Pas tak jadi MB, pesan Nik Aziz

Pesanan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Pas Perak menubuhkan kerajaan bersama DAP walaupun Adun Pas tidak terpilih sebagai Menteri Besar masih kekal dalam ingatan Ustaz Ahmad Awang.

Pada ketika itu, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz ialah Mursyidul Am Pas manakala Ustaz Ahmad ialah Pesuruhjaya Pas Perak.

"Saya teringat pada malam saya sebagai pesuruhjaya Pas di Perak pada Mac 2008 berpakat dengan sahabat-sahabat dalam Barisan Alternatif. Kita berjumpa dan berbincang termasuk dengan DAP, kita bersetuju untuk membentuk kerajaan kerana ada persamaan. Dalam kempen kita kata akan jatuhkan dan gantikan pemerintahan BN yang zalim.


"Kalau Pas hanya dengan enam kerusi tak boleh bentuk kerajaan. PKR dengan tujuh kerusi tak boleh ubah kerajaan. DAP 18 kerusi pun tak boleh ubah. Tapi bila tiga parti bergabung, kita boleh ubah kerajaan. Kita buat keputusan untuk bergabung untuk ubah kerajaan," ujarnya dalam wawancara bersama akhbar Amanah, suara rasmi Parti Amanah Negara, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Ahmad, walaupun pemimpin Pas, DAP dan PKR negeri bersetuju agar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar, namun DAP negeri khuatir calon daripada Pas itu ditolak oleh pemimpin DAP kebangsaan.

Jangkaan pemimpin DAP negeri itu ujar beliau tepat dan DAP kebangsaan menolak Nizar sebagai calon Menteri Besar.

"Tok Guru Nik Aziz ingatkan saya tentang perjanjian Hudaibiyah. Beliau pesan kalau Datuk Seri Nizar tak jadi menteri besar pun, dan tak ada siapa dalam Pas yang jadi menteri besar dalam kerajaan yang nak dibentuk, teruskan tubuhkan kerajaan dengan DAP. Itu yang beliau pesan," ujarnya.

Malah tambah beliau, Tuan Guru Nik Aziz mengarahkan Naib Presiden Pas ketika itu, Husam Musa datang ke Perak bagi menyokong pembentukan kerajaan campuran Pas, DAP dan PKR.

"Tapi saya dapat panggilan daripada seorang pimpinan Pas pusat minta kaji keputusan itu supaya boleh bentuk kerajaan dengan Umno-BN di Perak. Bagaimanapun Tok Guru Nik Aziz pesan teruskan tubuh kerajaan dengan DAP hatta Pas tak jadi menteri besar. Itulah dia tahaluf," ujarnya.

Menurut beliau, episod politik yang berlaku di Perak pasca pilihan raya umum ke-12 itu menunjukkan keperluan memahami waqi' dan keutamaan.

Sehubungan itu, Amanah menganjurkan siri-siri perbincangan berhubung maqasid syariah melalui program Nadwah Ulama Lil Nahdhah Jadidah (Nunji) bertujuan mengembangkan pemahaman fiqh kenegaraan di kalangan aktivis parti.

"Macam mana cara untuk kita melaksanakan perjuangan. Dalam konteks negara yang berbilang kaum kita ada 'fiqh muatanah' berkaitan kewarganegaraan. Dalam konteks zaman dahulu kita hanya baca kafir harbi dan kafir zimmi," ujarnya.

Ustaz Ahmad menambah, politik memerlukan pendekatan yang bijaksana sebagaimana Rasulullah s.a.w. tunjukkan di dalam perjanjian Hudaibiyah yang berlaku pada tahun ke-6 Hijrah.

"Dalam teks perjanjian damai yang dimeterai itu bila nabi sebut Muhammad Rasulullah mereka tak mahu. Mereka suruh letak Muhammad bin Abdullah dan nabi setuju. Sepatutnya nabi masa itu boleh bertegas. Sahabat waktu itu tidak bersetuju tapi nabi kata tak apa. Inilah yang dikatakan strategi.

"Bismillahirrahmanirrahim... awal-awal lagi Suhail bin Amru (perunding Quraisy) kata mereka tak mahu Ar Rahman dan Ar Rahim. Banyak lagi perkara. Tapi di sinilah Rasulullah s.a.w. mengajar taktik perjuangan bagaimana cara kita nak menjayakan satu-satu pakatan kerana di sebalik pakatan itu kita akan dapat peluang," jelas beliau.

Rasulullah s.a.w. mengetahui bahawa di sebalik perjanjian damai dengan kafir Quraisy, nabi boleh memggiatkan usaha dakwah dan satu demi satu pemimpin Quraisy memeluk Islam.

Menurut beliau, pemahaman terhadap maqasid syariah membezakan Amanah dengan parti-parti Islam lain di negara ini.

Wawancara penuh dengan Ustaz Ahmad disiarkan dalam akhbar rasmi Amanah keluaran terbaharu. -Malaysia Dateline


VIDEO BERKAITAN

Comments (0)