Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:05 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Selangor: AMANAH Wakili Pakatan Harapan Tanding Semua Kerusi PAS

Posted: 17 Apr 2016 11:52 PM PDT

Amanah akan tanding semua 20 Dun, 7 Parlimen Pas di Selangor

Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam pilihan raya umum lalu di negeri itu, iaitu 20 kerusi Dun dan tujuh parlimen.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, untuk itu, mereka sedang membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14 akan datang.


Kata Izaham, Amanah Selangor sentiasa bersedia menghadapi apa jua pertandingan sama ada dua atau tiga penjuru, mewakili Pakatan Harapan, apabila pakatan itu membuat keputusan.

"Amanah tidak akan bertanding menentang mana-mana rakan komponan dalam Pakatan Harapan, sebaliknya akan membantu rakan komponan di tempat mereka bertanding," demikian kata Izham kepada Malaysiadateline baru-baru ini.

Amanah Selangor, katanya, sedang membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang, termasuk dari segi strategi, calon, jentera dan dana. Semua aspek diambil kira untuk mencapai kemenangan di negeri Selangor, katanya.



Amanah kini adalah rakan komponan dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.

Menurut beliau, Amanah hadir mengisi kekosongan tempat yang dahulunya diwakili oleh Pas dalam Pakatan Rakyat.

Amanah, kata beliau lagi, akan mengambil alih peranan memenangi atau memempertahankan kerusi parlimen dan Dun yang dulu ditandingi dan dimenangani oleh Pas.

Peranan ini akan dilakukan sehingga keputusan akhir dibuat secara bersama dalam Pakatan Harapan.

Menurut Izham, baru-baru ini telah selesai semuanya secara rasmi penubuhan kawasan parlimen Amanah di Negeri Selangor, iaitu sebanyak 22 kawasan Parlimen.

"Saya telah hadir sebahagian besar menyuarat berkenaan di semua menyuarat itu di mana berjalan lancar dan sambutan daripada ahli sangat mengalakkan.

Nasihatnya, "perkukuh parti, tambah ahli, jaga akhlak sebagai parti yang berpaksikan Islam."

Semua ahli, katanya, mesti memposisikan Amanah sebagai parti Islam yang progresif dan inklusif.

Kata Izham, Pakatan Harapan adalah satu-satunya alternatf kepada BN untuk memerintah negara ini dalam PRU akan datang.

Amanah kini turut membantu kempen calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dianggap beliau sebagai latihan ke arah persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Mereka ditugaskan untuk menjaga kawasan Demak Laut yang akan ditandingi kemungkinan besar ditandingi oleh Amanah, katanya. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

GB bersetuju dengan langkah AMANAH Selangor untuk bertanding di semua kerusi milik PAS.

Pertama kerana perjuangan dan pertempuran di dalam pilihanraya akan datang adalah diantara BN dan PH. Blok ketiga hanyalah "cicak menkarung" yang menyerupai biawak atau komodor, duduk di tengah-tengah yang sebenarnya adalah rakan karib UMNO BN.

PAS telah secara terbuka mengisytiharkan AMANAH sebagai musuh mereka. Malah Presiden PAS berkali-kali menyatakn AMANAH kononnya bukan saingan PAS. Ia perlu pembuktian dan pilihanraya akan menjadi penentu ukuran benarkah kata-kata Presiden PAS itu.

Ketiga, kata-kata sesetengah pemimpin PAS kononnya penyertaan AMANAH di dalam PRU akan memenangkan UMNO hanyalah kerana PAS sendiri yang merasakan dirinya tergugat dengan kehadiran AMANAH.

AMANAH telah diterima oleh rakan-rakan di dalam PH yang menggantikan Pakatan Rakyat yang telah dihancurkan oleh PAS. Tujuan PH adalah sama dengan PR dahulu, iaitu menentang kebobrokan sistem pemerintahan yang dibawa BN. PH telah memberi ruang kepada PAS untuk ikut serta tetapi PAS yang angkuh dan sombong tidak mahu menyertai PH. PAS malah membentuk blok ketiga.


VIDEO BERKAITAN

[VIDEO] Johor Menjadi Negeri Permulaan Kebangkitan Rakyat

Posted: 17 Apr 2016 05:55 PM PDT

Johor, titik permulaan kebangkitan rakyat – Salahuddin Ayub

MUAR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub percaya keberanian yang ditonjolkan oleh beberapa pemimpin dan pemerintah di Johor bakal menjadi kunci untuk rakyat bangkit menentang pemimpin yang korup.

Beliau berkata demikian selepas memuji sikap berani bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam menyuarakan pandangan demi kebaikan rakyat.


Katanya sikap seperti itu yang diperlukan rakyat bagi menyelamatkan negara daripada terus rosak.

"Saya yakin Johor adalah permulaanya kerana kita ada Muhyiddin Yassin yang berani menyuarakan pandangan terutama dalam isu 1MDB berbanding pemimpin UMNO lain yang memilih untuk makan 'dedak'.

"Kita juga ada Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang berani menyuarakan pandangan berhubung kemerosotan sukan bola sepak negara. Kita juga ada Sultan Johor yang berjiwa rakyat mewujudkan pelbagai bantuan bagi membantu rakyat yang susah di Johor," katanya.

Salahuddin berkata demikian ketika berucap dalam program 'Pidato Selamatkan Malaysia" di Muar Trades Hotel, Muar, Johor. Dalam pada itu, Salahuddin turut memuji cadangan Sultan Johor kepada kerajaan negeri agar dapat menubuhkan sebuah bank dengan nama 'Bank of Johor'.

Katanya, cadangan seperti itu sememangnya perlu bagi meringkan beban yang ditanggung rakyat.

"Kita sokong Sultan Johor, TMJ, Muhyiddin. Johor destinasi kemenangan rakyat. Saya yakin Johor boleh menjadi permulaan untuk rakyat bangkit dan menyuarakan pandangan mereka dengan adanya pemimpin dan pemerintah yang berani di negeri itu," katanya. -FMT



Comments (0)