Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:23 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] Bodohnya Peguam, Bela Najib Tandatangan Dokumen Tanpa Membacanya

Posted: 17 Apr 2016 12:04 AM PDT

Alasan Najib tandatangan tanpa baca dokumen, bodoh – Muhyiddin

MUAR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kenyataan Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun bahawa tandatangan Perdana Menteri pada dokumen 1MDB adalah semata-mata memenuhi keperluan tadbir urus korporatnya justeru beliau tidak bersalah.

Muhyiddin menyifatkan alasan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak semestinya mempunyai pengetahuan dalam menandatangani dokumen 1MDB sebagai kenyataan 'bodoh'.


"'Bodohnya peguam… kalau saya, saya tidak akan memilihnya jadi peguam saya, kerana akan kalah. Mana boleh kita tanda tangan dokumen transaksi penting sambil lewa?

"Najib perlu mendalami segala dokumen yang ditanda tangan dan bukannya meluluskan sesuka hati," katanya di forum 'Pidato Selamatkan Malaysia' yang dihadiri 1,000 peserta di sini semalam.

Forum itu dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, NGO Gabungan Selamatkan Malaysia.

"Semua dokumen dalam transaksi 1MDB perlu kelulusan Perdana Menteri (Najib). Mana poleh tandatangan sahaja seperti 'sign' buta?

"Najib tidak boleh terlepas kerana dia individu yang membuat kelulusan. Perkara itu juga telah disebut di dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)," katanya lagi.

Terdadulu, Hafarizam berkata majlis menandatangani dokumen tidak semestinya bermaksud perdana menteri mempunyai pengetahuan mengenainya atau membuat keputusan mengenai perkara berkaitan 1MDB.

Ekoran itu, Muhyiddin sekali lagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatannya berikutan tindakannya menandatangani dokumen berkaitan 1MDB tanpa membacanya.

Katanya, Najib tidak boleh terlepas dan perlu bertanggungjawab ke atas segala tindakan itu yang telah menyebabkan syarikat di bawah kementerian kewangan itu menangung beban hutang yang banyak.

Perkara 117 dalam memorandum dan artikel penubuhan syarikat (M & A) menyatakan bahawa Perdana Menteri perlu menandatangani semua keputusan penting. -FMT

Comments (0)