Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:20 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Bukan Lupakan Anwar, Tapi Tumbangkan Najib Dahulu...

Posted: 15 Apr 2016 12:15 AM PDT

Mahathir elak gesaan untuk bebaskan Anwar

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengelak langkah untuk mendapatkan pembebasan mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui gerakan Deklarasi Rakyat.

Bercakap pada forum Pakatan Harapan di Shah Alam mengenai laporan PAC terhadap 1MDB, Mahathir berkata permintaan untuk membebaskan Anwar hanya akan memecahkan gerakan itu.


"Kalau nak buat keputusan tentang Anwar ini (atau) itu, kita akan berpecah.

"Kita mesti bersatu untuk satu tujuan sahaja. Dalam perjuangan apapun, kurangkan musuh, tambah kawan," katanya kepada lebih 500 hadirin.

"Kita mesti ada pemikiran waras berdasarkan pertimbangan bijak. Kalau kita ikut hawa nafsu, percayalah, kita tidak akan berjaya," katanya.

Turut menjadi panel ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Ketua Penerangan AMANAH Khalid Samad dan Pengarah Eksekutif pemantau anti rasuah- C4, Cynthia Gabriel.

Semasa sesi soal jawab, seorang penyokong Anwar bangun dan menuntut Mahathir menggesa untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.

Beliau juga meminta Mahathir mengisytiharkan bahawa apa yang bekas perdana menteri itu telah lakukan kepada Anwar pada tahun 1998 adalah salah.

Isnin lalu, Mahathir dipetik dalam temu bual dengan The Australian sebagai berkata bahawa beliau percaya Anwar kini terlalu tua untuk menjadi perdana menteri.

Beliau juga mengekalkan keputusannya untuk memecat bekas timbalannya itu pada tahun 1998, dengan mengatakan Anwar sebagai "tidak bermoral".

Mahathir, sementara itu, mengulangi pendirian bahawa tidak akan ada pembaharuan atau perubahan boleh dilakukan semasa Najib kekal sebagai perdana menteri.

Seorang lagi lelaki dalam kalangan hadirin memetik kata-kata Mahathir sendiri bahawa "Umno kini busuk hingga ke usus" dan oleh itu beliau berkata mana-mana perdana menteri Umno akan sama-sama buruk.

Beliau berkata, oleh itu Mahathir perlu menyingkirkan bukan sahaja Najib tetapi keseluruhan pentadbiran Barisan Nasional. -mk

ULASAN GB

Kenyataan Mahathir di atas ada betul ada salahnya.

Pertama sememangnya di dalam mencapaikan sesuatu tujuan, maka kita hendaklah bersatu di dalam satu pasukan untuk mencapai tujuan itu. Di dalam prinsip peperangan, itu dinamakan "concentration of force".

Nak turunkan Najib, maka usah kita campur-adukkan dengan tujuan lain seperti nak bebaskan Anwar. Bukan bererti matlamat bebaskan Anwar itu dilupakan, tetapi setiap tujuan yang hendak dicapai perlu satu, satu.

Ada suara yang menyatakan apa gunakan turunkan Najib jika UMNO terus berkuasa?

Bagi GB, kita perlu turunkan Najib dahulu, sebab Malaysia perlu diselamatkan, rakyat perlu dibela dan dibantu akibat kezaliman dan kekejaman yang Najib telah lakukan ekoran dasar-dasar pemerintahannya yang amat menekan rakyat.

Runtuhkan Najib, maka dengan sendiri runtuhkanlah UMNO kerana tidak ada sesiapa pun dari kalangan pemimpin UMNO yang dapat memulihkan UMNO lagi hatta TDM sendiri.

Tentang isu Anwar, GB katakan tadi memang betul kenyataan TDM, iaitu kita usahkan bangkit ia di dalam usaha kita hendak menjatuhkan Najib. Ia adalah agenda selepas Najib berjaya dijatuhkan.

Walaupun Mahathir mungkin tidak suka dengan Anwar, namun Mahathir tidak dapat menolak jika rakyat mengkehendaki Anwar. Mahathir sendiri mengakuinya:


Jadi kita berharap semua bersabar. Halakan kekuatan untuk jatuhkan Najib terlebih dahulu ynag terpalit dengan pelbagai skandal korupsi dan rasuah itu. Bebaskan institusi-institusi utama negara seperti judiciary, keselamatan, peguam negara dan lain-lain dari cengkaman eksekutif.


VIDEO BERKAITAN

Comments (0)