Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:15 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] Selamatkan Malaysia: Najib Perlu Undur Segera

Posted: 01 Apr 2016 01:11 AM PDT

Kesemua pemidato di dalam Pidato SELAMATKAN MALAYSIA anjuran AMANAH Melaka yang diadakan malam kelmarin bersetuju bahawa Najib perlu berundur dengan kadar segera demi untuk SELAMATKAN MALAYSIA.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Sdra Faiz Fadzil memberi contoh sebuah negara iaitu Myanmar yang kurang maju dari negara kita, rakyatnya bangkit untuk menukarkan Presidennya. Beliau hairan mengapa rakyat Malaysia yang lebih maju tidak berani menukar kerajaan.


"Cukai GST menjadi punca pendapatan utama kerajaan. Setakat hari ini lebih RM50 bilion telah dikutip, tetapi apa pulangan kepada kita? Apa yang kita dapat dari GST ini? Harga barang masih tinggi, tol dinaikkan, pinjaman pengajian dipotong, biasiswa ditarik balik, dimana GST itu digunakan? Takkan rakyat tak ada mulut untuk bersuara bertanya dimana GST itu dibelanjakan," katanya.

Beliau menyeru rakyat untuk hadir berama-ramai demonstrasi besar-besaran 2 April ini (esok) membantah GST di Kuala Lumpur sempena ulangtahun penderitaan rakyat akibat GST.

Sementara itu YB Dr. Afif Bahardin, exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan pula menyatakan ramai pemimpin seperti Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan Tun Mahathir, sanggup menolak perbezaan ideologi politik dan sejarah lama demi untuk menyelamatkan negara.

Beliau menyelar pihak yang mebuat bising mengenai Deklarasi Rakyat, kononnya pemimpin PH boleh bersama dengan pemimpin yang zalim (Mahathir) dengan bertanya kepada mereka, siapa yang kena tangkap di era Mahathir? Mereka yang ditangkap adalah orang-orang seperti Mahfuz Omar, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang sedangkan mereka masih boleh duduk bersama bekas perdana Menteri yang dianggap zalim itu. Sebab mereka semua trahu bahawa kita semua perlukan sebuah gerakan baharu untuk selamatkan Malaysia sekalipun kena duduk dengan Mahathir.

"Tidaklah bermakna apabila kita duduk dengan Mahathir kita telah gadaikan prinsip kita. Tidak! Prinsip kita kekal untuk melakukan reformasi sistem dalam negara ini. Rakyat mahukan perubahan, Rakyat tidak mahu Perdana Menteri yang rasuah dan korup," ujarnya.

"Kita masuk dalam pilihanraya tetapi kalau pilihanraya tidak adil dan bersih bagaimana kita nak menang. Kalau RM2.6 bilion dia (UMNO BN) boleh menang dalam pilihanraya 2013, kalau lepas ini ada kuasa asing bagi RM20 bilion kepada Najib, macamana kita nak menang?" soalnya.

Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Khoo Pay Tiong membawa satu analogi yang menarik. Katanya jika kita menghadpi masalah kita perlu selesaikan segera. Seperti jika berlaku kebakaran, kita perlu berusaha untuk memadamkan kebakaran itu, kita panggil bomba untuk pastikan kebakaran itu dapat dipadamkan dan tidak merebak. Adakah kita perlu tunggu sampai PRU14 baru hendak turunkan Najib? Jika berlaku kebakaran seperti contoh tadi, kita tak padamkan, kita tak panggil bomba, tapi kita tunggu hari hujan..

Beliau menyatakan bahawa Lim Kita Siang boleh bersama dengan Mahathir yang dulu mereka bermusuhan adalah demi untuk kepentingan negara, untuk selamatkan Malaysia.

YB Shamsul Iskandar, ahli parlimen Bukit Katil yang juga Naib Presiden Keadilan pula berkata, setiap kali pilihanraya kita minta rakyat melakukan perubahan, namun rakyat tidak memberi respons yang baik terhadap seruan kita. Contohnya GST, pada PRU13 pihak Pakatan telah memberitahu kepada rakyat akan bahana GST dikenakan jika UMNO BN menang, tetpai rakyat tidak memperdulikannya malah dianggap kita berbohong. Akhirnya selepas PRU13, benar-benar GST dikenakan dan rakyat menderita seperti yang dialami sekarang.

Sementara itu, Hj. Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara menyatakan kita bersama-sama Mahathir, Muhyiddin Yassin dan lain-lain pemimpin mendesak Najib berhenti. Beliau juga menyelar sikap sesetengah ornag yang menyatakan jika Najib berhenti yang bakal naik ialah orang UMNO juga. Beliau menegaskan, bahawa kita perlu ikut majoriti, sekalipun yang naik ialah orang UMNO juga, namun untuk melantik Perdana Menteri baharu itu, beliau perlu terima syarat-syarat yang akan dipersetujui bersama khususnya perlu melakukan reformasi di dalam sistem kerajaan seperti SPR, SPRM, Peguam Negara, KPN dan lain-lain.



Skandal RM4.2 Bilion, Putrajaya Dicabar Kemuka Dokumen

Posted: 31 Mar 2016 08:24 PM PDT

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Hj Salahuddin Ayub mencabar Putrajaya mengemukakan dokumen bahawa dana RM4.2 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah pemberian daripada keluarga DiRaja Arab Saudi.

Di dalam satu kenyataan medianya, Salahuddin menyatakan tindakan tersebut sangat penting sekiranya Putrajaya yakin bahawa Datuk Seri Najib tidak terlibat langsung dengan skandal RM4.2 bilion tersebut.


Sebuah dokumentari bertajuk "State of Fear: Murder and Money in Malaysia" terbitan ABC News Australia telah memaparkan terdapatnya aktiviti pindahan wang bernilai RM4.2 bilion dari pelbagai sumber ke akaun peribadi Najib.

Video berkenaan yang disiarkan melalui youtube telah menjadi viral di seluruh dunia dan ia amat mencemarkan imej negara.

Oleh itu, ktambah Salhuddin, menjadi tanggungjawab Putrajaya untuk mendedahkan dokumen tersebut secara terbuka supaya rakyat diberitahu isu sebenar berhubung skandal RM4.2 bilion itu.

"Adalah tidak mungkin bahawa transaksi yang sebegitu besar nilainya tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan daripada kedua-dua pihak," ujarnya.

Penjelasan daripada Putrajaya ini juga penting kerana ia akan menentukan masa depan politik Datuk Seri Najib Razak.


'Derma' RM2.6 bilion kini meningkat ke RM4.2 bilion, PM kena beri penjelasan

'Wang derma' yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dilaporkan meningkat kepada RM4.2 bilion daripada RM2.6 bilion yang heboh diperkatakan selama ini.

Ekoran pendedahan terbaru media antarabangsa itu, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri tidak lagi berdolak-dalik dan segera tampil menjawab pendedahan terbaru itu.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meminta supaya isu berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahas pada dua hari terakhir persidangan, iaitu pada Rabu dan Khamis minggu depan.

"Sejak awal tahun ini, Najib sering mengatakan bahawa skandal mega berkembar, 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang melibatkan dirinya bukan lagi isu kerana semuanya telah selesai.

"Tetapi skandal RM2.6 bilion Najib kini sudah menjadi sejarah, dan sekarang kita perlu membincangkan mengenai skandal derma RM4.2 billion!

"Justeru Najib harus mengambil keputusan berani dengan memberi laporan penuh kepada Parlimen berhubung skandal mega berkembar berkenaan yang kini menghantui negara untuk sejak dua tahun dahulu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Isnin lalu, dokumentari bertajuk "State of Fear: Murder and Money in Malaysia" terbitan ABC News Australia mendakwa terdapat aktiviti pindahan wang bernilai RM4.2 bilion dari pelbagai sumber ke akaun peribadi Najib. Rakaman dokumentari itu boleh ditonton rakyat Malaysia melalui YouTube.

Sebelum ini Wall Street Journal dari Amerika Syarikat juga melaporkan dakwaan tentang Najib menerima sehingga USD1 bilion, iaitu lebih besar jumlahnya daripada yang dilaporkan sebelum ini pada nilai USD681 juta.
- Malaysia Dateline


Comments (0)