Followers

Nuffnang

Episode Sebuah Perjuangan

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:09 PG | Posted in

sumber :-

Episode Sebuah Perjuangan


Hujjah Lawan Hujjah, Bukan Caci Nista

Posted: 13 Apr 2016 02:03 AM PDT

Islam adalah agama fitrah yang kaya dengan hikmah dan toleransi. Islam tidak ekstrem dan apatah lagi menghina agama lain. Justeru ia adalah suatu sikap yang dilarang oleh Islam.
Dr. Zakir Naik adalah seorang pendakwah antarabangsa yang sangat berpengaruh. Pendekatannya dalam perbandingan agama telah menarik perhatian pelbagai pihak khasnya dari kalangan non-Muslim. Namun begitu, sangat keterlaluan jika pelbagai tuduhan, amaran dan kata nista dilemparkan kepada Dr. Zakir Naik. Lebih malang apabila dalam sebuah negara yang kononnya mengamalkan demokrasi ini langsung tidak menghormati prinsip demokrasi.
Dr. Zakir Naik hanya berhujjah dan mengemukakan pandangan beliau mengenai keindahan Islam dan mengemukakan perbandingan agama. Kenapa tidak hujjah di lawan dengan hujjah? Kenapa mesti hujjah dihadapkan dengan caci nista sehingga menggelarnya syaitan dan sebagainya? Kenapa hujjah mahu dihentikan dengan kuasa lalu menghalang dan mahu menghalau beliau dari terus berhujjah?

Berapa banyak kes penghinaan terhadap Islam berlaku dalam negara ini oleh pihak tertentu sama ada Muslim yang jahil ataupun non-Muslim, tetapi mereka bebas atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

Saya mewakili PAS mempertegaskan bahawa kita tidak bersetuju malah menentang sebarang usaha penghinaan ke atas agama lain. Namun persoalannya, apakah Dr. Zakir Naik menghina agama lain? Jika benar, lampirkan bukti dan jika sabit kesalahan maka ambillah tindakan.

Saya sarankan penyerang-penyerang Dr. Zakir Naik tidak melancarkan serangan jarak jauh. Sama ada datang sendiri ke majlis Dr. Zakir Naik lalu bertemu mata dan berhujjah langsung dengan beliau atau bila-bila masa boleh memanggil Dr. Zakir Naik untuk berhujjah secara ilmiah sementara anda boleh berusaha untuk menafikan hujjjah yang dikemukakan oleh Dr. Zakir Naik.

Kenapa tidak suburkan budaya diskusi dan hujjah ilmiah dalam ruang demokrasi negara ini?

Bukankah ini yang diperjuangkan oleh anda semua? Kebebasan bersuara? Kebebasan memberi pendapat? Kebebasan berhujjah? Kenapa hari ini anda bersifat pengecut sehingga menidakkan apa yang anda perjuangkan selama ini?

Anda harus berani berdepan dengan Dr. Zakir Naik. Ia bukan pengganas malah ia tidak bersenjata. Beliau hanya datang ke Malaysia dengan membawa hujjah, gigi dan lidah. Buktikan Dr. Zakir Naik bersalah dan menghina agama lain. Ada bukti, maka kami setuju ia diambil tindakan. Jika tiada bukti, kenapa anda resah?

Perbandingan agama hanya satu hujjah untuk membezakan antara Islam dengan agama lain. Malah al-Quranul Karim sebagai kitab suci ummat Islam banyak mengemukakan perbandingan Islam dengan agama lain bagi membuktikan Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah, Tuhan yang Mencipta manusia.

Apakah nantinya al-Quran juga tidak boleh dibaca dan diamalkan di Malaysia?

Comments (0)