Followers

Nuffnang

Duke of UMNO

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:29 PTG | Posted in

sumber :-

Duke of UMNO


I GOT NO WORRIES, UMNO KEDAH IN GOOD HANDS...

Posted: 04 Apr 2016 08:37 PM PDT


Hari ni 5 April.. Saya difahamkan hampir semua "engine" UMNO Negeri dah siap sedia pacu kembali parti.. 

Saya yakin semua yang "tersumbat" dah dibaik pulih sepenuhnya.. General-general perang pun dah amik posisi masing-masing...

So, dah tiba dah masa untuk launching.. go live.. gentleman, start your "engines"...

 

Bila saya sebut "engines" dengan ada huruf "s" kat belakang, maksunya UMNO Kedah ni ada lebih dari satu engine.. masing-masing ada tanggunjawab dan amanah untuk dipikul, dilaksana...saya faham, banyak yang nak kena kampoi balik...

Enjin-enjin yang ada sekarang ni pun bukan calang-calang.. ada yang lebih hebat dari enjin Skyline.. paling koman pun enjin "Voodoo" Modular DOHC kat Shelby GT350... maksudnya, boleh capai RPM maksimum dalam tempoh yang amat singkat...

Saya diberitahu oleh beberapa general perang, masa makin suntuk.. jadi saya fikir, UMNO Kedah bukan hanya akan buat "double effort... tapi "tripple effort".. laju-laju pun, saya yakin dengan memiliki "drebar" yang berpengalaman, "co-pilot" yang cerdik politik dan pentadbiran, semuanya akan lancar ke destinasi yang dituju mengikut jadual...

Seronok saya tengok hampir semua Ketua-Ketua Bahagian UMNO kat Kedah ni kembali bersatu hati.. semua #MuafakatKedah... semua serius pegang stereng masing-masing kat UMNO Bahagian dan ketepikan perbezaan pendapat sebelum ni.. saya harap keadaan tu kekal dan maintain.. 

Yang dah lepas tu lepas lah.. tak payah nak toleh ke belakang lagi.. kalau ada halangan kat depan, maka sama-sama "alih" halangan tu... kalau halangan tu "degil" sangat pun, saya yakin UMNO Negeri ada cara nak selesai... insyaAllah...

Pasai media sosial tu jangan risau... tak ramai yang bermedia sosial kat Kedah ni... tak banyak effect sangat.. better tumpukan pada taktikal, strategi dan gerakan parti yang realistik... media sosial ni pelan-pelan la kampoi... tak perlu kalut sangat... kalau kena dengan cara, insyaAllah...

Saya lebih suka tengok strategi DAP.. kita tau depa gaduh.. tapi gaduh-gaduh depa pun, cuba belek daftar pemilih depa sejak 2013.. lepas tu cuba tengok pola pengundi depa... pindah kawasan undi etc... depa buat secara terancang...mungkin hat tu kita terlepas ke depan sikit dalam tempoh 3 tahun...
'
PAS pun baguih jugak strategi depa... sengap-sengap depa pun, depa pun kerja keras gak... ada la maklumat sikit pasai depa.. tapi depa memang kerja kuat lepas bercerai dengan PAN... banyak gak benda yang perlu depa settle...

I got NO worries as UMNO Kedah is now lays within those good hands... Saya yakin UMNO Negeri mampu pertahan kemenangan BN di Kedah... kalau kena dengan cara, tak mustahil boleh dapat 2/3 majority pada PRU ke-14 nanti...

Tapi tak payah la bagi pressure sangat kat general-general perang tu.. depa tau apa yang depa buat.. depa pernah kalah dan pernah rampas balik Kedah dari pembangkang...Depa banyak belajar dari kekalahan dan hasilnya membuahkan kemenangan... 

Saya personally berikan kepercayaan penuh pada general-general perang UMNO Negeri.. dengan bukti-bukti kemampuan depa sebelum ni, mungkin ada beberapa "ubahsuai" strategi untuk sesuaikan dengan keadaan dan zaman sekarang ni...

Okay? Buat kerja elok-elok Datuk Seri, Datuk-Datuk, tuan puan semua... dah penat dah dulu rampas Kedah, maka sama-sama la pertahankan kemenangan tu.. depa kata sengit, tapi sengit macamana pun kenalah kita pertahankan...

Comments (0)