Followers

Nuffnang

Duke of UMNO

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:45 PTG | Posted in

sumber :-

Duke of UMNO


TAK HABIS LAGI NAK SALAHKAN TOK BASHAH?

Posted: 03 Apr 2016 08:56 PM PDT


Merujuk pada tulisan saya sebelum ni (kat sini), saya ada terima feedback yang bercampur-campur.. ada yang setuju dan ada yang tak setuju dengan pandangan saya...

Saya dah agak dah reaksi yang macam tu.. saya ucap terima kasih atas respon dari rakan-rakan pembaca...sama ada setuju atau tidak, saya tak boleh paksa sesiapa pun untuk setuju dengan pandangan saya.. apa pun, saya hormat pendirian dan hak masing-masing...

Ada orang kata, Tok Bashah ambik jawatan MB macam "penyamun".. maksudnya, depa beranggapan cara Tok Bashah ambil alih jawatan MB Kedah dari Bro Mukhriz tu tak betoi dan salah... Lepas tu depa hentam Tok Bashah secara peribadi.. 'lena' dan sebagainya...

Saya ada pandangan saya tentang 'cara' tu.. pandangan saya adalah berdasarkan pengalaman, pergaulan dan pengetahuan saya dari akar umbi yang gerakkan UMNO di Kedah sebelum ni...saya ulang, bukan pemimpin..tapi akar umbi yang kat bawah...


Depa kata, masa pra-PRU13, pasca PRU13 dan tahun pertama memang solid Mukhriz diberi sokongan...Tapi, masa tu ada jugak la bunyi-bunyi kurang senang pasai "inner circle" yang Bro Mukhriz pilih sama ada di kerajaan negeri dan UMNO negeri...

Tapi masa tu jugak Ketua-Ketua Bahagian dan semua Adun sokong Mukhriz.. ada la sorang dua yang "cakap belakang", tapi tak jadi kesan sebab majoriti masih sokong dan bagi kepercayaan kat Mukhriz... Mungkin depa percaya dan harapkan Mukhriz dapat perform well...

Masuk tahun kedua, dah mula dah bunyi lagi kuat.. makin ramai tak puas hati... makin banyak yang depa nampak "lubang".. Depa mainly bukan tak suka Mukhriz.. tapi mungkin "team" dia yang dikatakan "tak reti jaga" Mukhriz... 

Time tu dah ada yang mula nak memberontak dah.. tapi "orang-orang lama" UMNO Kedah masih pertahan Mukhriz.. jangan terkejut kalau antara yang pertahan Mukhriz time tu adalah Tok Bashah, Tok Det dan Tok Abu.. 

Dalam masa yang sama, ada maklumat kata depa dah bagi nasihat panjang lebaq kat Mukhriz tiap kali depa jumpa.. depa tegur dan bagi solution untuk atasi masalah.. Mukhriz positif dan terima teguran.. tapi depa kata keadaan tak berubah terutama pasai bab yang membabitkan parti...

Tak timboi soal dapat projek atau tak dapat projek.. Kedah ni negeri miskin.. kalau ada projek pun, bukan ada duit banyak nak bayaq..  Tapi isu ni lebih pada kepartian.. saya hanya boleh beritahu secara umum sebab ia babitkan soal strategi dan gerak kerja parti.. 

Tapi, dengan sokongan dari "otai-otai UMNO Kedah" tu, Mukhriz masih dapat bertahan..Nasihat dan teguran masih diberikan.. tapi tak banyak berubah.. yang tu saya tak pasti pasai pa... ada staff UMNO Negeri time tu merungut kata "parti tak jalan".. depa kata gerak kerja parti "almost none"... faham kot "almost none" tu?

Ada yang salahkan Tok Azeez (Bendahari UMNO Kedah), konon tak bagi kerjasama gerakkan parti.. Tapi kalau betoi Tok Azeez tak reti buat kerja, boleh tegur dia.. kalau tak jalan jugak, Bro Mukhriz sebagai Pengerusi berkuasa untuk tukar dia anytime dengan orang lain.. tapi pada saya, kalau "bijak politik", Tok Azeez pun boleh perform dengan baik kalau kena dengan caranya...

Masuk tahun ketiga, ramai yang hilang sabaq.. majoriti dah tak boleh tahan.. depa kata, "ni Mukhriz sorang ja yang perintah Kedah, bukan UMNO yang perintah Kedah".. depa kata, kalau Mukhriz perintah tu elok dan jalan macam yang diharapkan takpa.. tapi jadi kot lain.. 

Mungkin dah hilang sabar sangat kot.. maka jadilah apa yang kita semua tau.. peralihan kuasa... Tok Bashah jadi jurucakap pasai jawatan dia paling besaq dalam UMNO Negeri time tu.. dia Timbalan Pengerusi... jadi dia la kena cakap... itu bab hierarki parti... 

Masa sidang media tu, saya ada nampak la sikit tekanan kat wajah Tok Bashah.. dia cuba sembunyikan.. tapi kalau teliti betoi-betoi dan fikir, sapa la agaknya yang teringin kena maki hamun sebab gesa anak Tun M ditukar dengan orang lain.. Mukhriz popular pulak tu...

Jadi, saya tak heran lepas tu Tok Bashah kena maki hamun.. ditabur persepsi buruk pada dia.. Masa tu belum confirm pun dia jadi MB.. memang nama Tok Bashah naik.. tapi ada 3 nama calon lain yang naik.. dia pun time tu masih Timbalan Menteri...bukannya dia kisah sangat pun jadi MB ke tak jadi MB... semua orang tahu jawatan MB ni atas lantikan dari Pusat...

Tapi tu la... takdir Allah, Tok Bashah naik jadi MB... "orang lama" yang sebaris dengan arwah Ustaz Azizan Razak dulu... 

Kalau kita rujuk dari sudut perlembagaan dan undang-undang negeri pun, cara peralihan kuasa di Kedah ni adalah sah... Lebih kuat lagi, Jemaah Pemangku Sultan Kedah sendiri yang siasat, check dan putuskan.. saya yakin Jemaah Pemangku Sultan buat keputusan setelah ambil kira dalam segenap sudut demi kebaikan negeri Kedah... jadi fair and square la.. rasional sebelum menuduh yang bukan-bukan.. 

Kalau bab cerita pasai tukaq MB di Kedah ni, saya tak letakkan kesalahan pada Mukhriz mahupun Tok Bashah.. Pada saya, hanya orang parti saja yang tahu kenapa berlaku peralihan kuasa kat Kedah ni... bukan soal "gila kuasa" atau "penyamun"... yang tu hanya persepsi di "surface" saja tanpa mengambil kira yang "deep"...

Mungkin sebab tu saya lebih memilih untuk setia pada parti dan heirarki.. pemimpin datang dan pergi.. tapi UMNO insyaAllah akan kekal beri khidmat terbaik untuk Islam, Melayu dan Tanah Melayu.. 

Untuk memastikan kita memilih pemimpin yang baik, maka kita perlu pilih time pemilihan agung UMNO.. itu sistem yang digunapakai dan ikut saluran parti yang betul.. lepas tu untuk sapa yang terpilih sebagai calon pilihan raya, maka time tu kita perlu bijak untuk buat pilihan... pilihan adalah rahsia dan terpulang pada pilihan masing-masing.. ni negara demokrasi, kan? 

Mungkin kali ni ja saya tulis pasai perkara peralihan kuasa ni.. ada benda yang saya tak boleh cerita secara terbuka kat sini untuk menjaga nama pihak-pihak tertentu.. bukan nak bodek atau tuding jari kat sesiapa.. apa yang saya bagitau kat atas tu semuanya saya dapat dari akar umbi dan jentera UMNO sendiri.. bukan saya reka cerita pun...

Saya tak kisah kalau nak kecam saya pun sebab saya bukan ahli politik.. saya menulis dan berjuang untuk UMNO ni pun sukarela ja.. bukan sesapa suruh pun... Saya hanya perati je kat luar jendela.. kalau saya mampu tolong, saya tolonglah...Heh!


Comments (0)