Followers

Nuffnang

Duke of UMNO

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:30 PTG | Posted in

sumber :-

Duke of UMNO


JUJURNYA SAYA SIMPATI, SALUTE KAT TOK BASHAH...

Posted: 03 Apr 2016 01:46 AM PDT

Sejak Tok Bashah naik jadi MB Kedah, saya banyak simpati kat beliau...

Betoi la Tok Bashah tak kisah dan maafkan ramai yang pandang negatif dan kutuk dia macam-macam, tapi saya sebagai pemerhati, saya betoi simpati kat dia...

Depa kutuk kat pesbuk.. depa boo kat stadium.. tapi bila depa buat statement, depa tutup muka.. takpalah... saya tak payah cerita.. saya rasa semua tau dah pasai apa yang depa buat kat Tok Bashah...


Masa Tok Bashah tau dia tak jadi MB dulu, dia sikit pun tak perlekeh Mukhriz.. Siap Tok Bashah angkat tangan Mukhriz untuk jadi MB Kedah..  saya ada time tu dan saya ingat apa yang berlaku...

Tok Bashah tau dia tak jadi MB sejak berbulan sebelum PRU13, tapi Tok Bashah sikit pun tak sabotaj, tak hingaq, tak merajuk, tak perburuk Mukhriz... everything goes very nice time tu.. takdak konflik.. 

Masa tu, saya tau Tok Bashah langsung takdak dalam list nak jadi Timbalan Menteri pun.. Tapi mungkin pasai rezeki Allah, Najib bagi muka kat dia... angkat jadi Timbalan Menteri... tapi masih dia tak pernah perburuk Mukhriz...

Tapi.. masa Mukhriz letak jawatan hari tu..antara statement dia yang saya tak setuju ialah pesanan terakhir dia kat Tok Bahshah supaya 'jangan lena masa angkat sumpah'.. boleh kata satu dewan gelak time tu...tapi tak semua... saya ada kat situ time tu... 

Mungkin Mukhriz anggap dia melawak... bergurau.. tapi perkara tu la yang jadi bahan depa kutuk Tok Bashah sampai sekarang.. dah dua bulan dah, tapi belum hilang lagi depa dok hina Tok Bashah...

Bagi yang sokong Mukhriz, mungkin depa suka Tok Bashah kena kutuk kena bahan kena throll lagu tu.. Tapi dari sudut Islam? Dari sudut akhlak lagu mana? Sebab tu saya tak berapa suka Mukhriz buat lagu tu kat Tok Bashah... kalau marah sekali pun, Mukhriz tak perlu buat lagu tu pun...

Pasai "lena" tu.. saya rasa tu perkara biasa ja.. ramai yang pejam mata time ucapan.. dalam dewan rakyat, dalam sidang dun, dalam majlis rasmi, dalam banyak majlis, ramai jugak yang pernah terlelap mata.. tak payah temberang, mungkin Mukhriz atau mana-mana pemimpin pun pernah terpejam mata lagu tu... biasalah.. pemimpin ni memang selalu tak cukup tidoq...

Tapi kalau pasai tu Tok Bashah kena throll... tu maksudnya "serang peribadi".. cerita pasai "serang peribadi" ni sebenaqnya tak baguih.. tu budaya yang tak elok.. Tu bukan amalan politik yang sihat... tak kira la PAS ka UMNO ka.. PKR ka.. DAP ka.. tak boleh la serang peribadi... tu amalan kurang bermoral dari sudut politik..

Kalau nak serang, serang tentang dasar.. kerja depa dan perkara yang tak peribadi.. tak payah serang pasai family.. kecacatan diri dan sebagainya... tu perangai budak-budak ja yang buat lagu tu.. 

Saya pandang tinggi kat Tok Bashah..saya harap dia boleh deliver sebagai MB yang mewakili parti.. Saya pun ada harapan yang tinggi kat Mukhriz.. asalkan dia perkukuhkan parti.. kalau Tok Bashah atau Mukhriz mengancam dan jejaskan imej UMNO.. saya tak sokong...

Politik ni banyak seninya.. halus seninya.. Dalam parti, kita ikut peraturan dan adab berjemaah.. kalau tak puas hati, keluar parti macam Mat Sabu tu.. tak payah hipokrit... kalau luar parti, ikut suka la nak buat lagu mana... 

Saya tak reti sangat bahasa bunga-bunga ni.. lebih mudah direct to the point.. sebab tu saya kata saya simpati kat Tok Bashah... imej dia dah diburukkan seawal dia pegang jawatan MB... saya harap, semua akan kembali jernih suatu masa nanti.. tu ja yang saya mampu buat...

Comments (0)