Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:20 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Semua 13 calon Amanah anak Sarawak, kata Salahuddin

Posted: 09 Apr 2016 06:10 AM PDT

 HAZAYANI ZAKARIA


Amanah turun PRN Sarawak sebagai komponen Pakatan Harapan bersama PKR dan DAPAmanah turun PRN Sarawak sebagai komponen Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP


Kesemua 13 calon parti Amanah Negara (Amanah) yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak merupakan anak kelahiran negeri itu.

Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selain calon Bumiputera, Amanah turut menampilkan calon Iban dan juga Cina.

Pengisytaharan calon akan dibuat pada minggu hadapan.

"Semua calon telah dikenal pasti, tunggu nak umum sahaja. Semua 13 calon yang Amanah pilih adalah orang tempatan, anak kelahiran Sarawak.

"Calon-calon akan diumumkan minggu depan," kata beliau kepada Malaysia Dateline.

Minggu lalu, Amanah memutuskan untuk meletakkan 13 calon selepas berbincang dengan Pakatan Harapan.

"Memang sudah diputuskan dalam mesyuarat Amanah dan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan jadi tidak timbul soal Amanah akan bertembung denagn DAP atau PKR," katanya.

Menurut beliau juga, keputusan meletakkan 13 calon di Sarawak dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor penting dan mengambil semangat Amanah sebagai parti baharu.

"13 daripada 82 kerusi id Sarawak bagi Amanah adalah suatu jumlah yang sangat munasabah sebagai permulaaan untuk Amanah membuat suatu permulaan dalam konteks pilihan raya Sarawak.

"Amanah yakin 13 kerusi yang kita tandingi mampu untuk menyemarakkan penyertaan Amanah untuk mendapat sokongan kemenangan daripada rakyat Sarawak," katanya lagi.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tahun lalu menjadikan jumlah kerusi untuk DUN Sarawak meningkat daripada 71 kepada 82. Tiga daripada 11 kerusi yang ditambah terdiri daripada majoriti kaum Melayu/Melanau iaitu di Gedong, Kabong dan Telian manakala tiga kerusi didiami majoriti kaum Iban (Stakan, Selirik dan Samalaju).

Selain itu, dua kerusi majoriti Orang Ulu (Murum dan Long Lama), dua majoriti kaum Bidayuh (Serembu dan Triboh) serta baki satu kerusi lagi majoriti kaum Cina iaitu di Batu Kitang.

Keputusan PRN ke-10 pada 2011 menyaksikan BN menyapu 77 peratus kerusi iaitu menang 55 daripada 71 kerusi dipertandingkan.

Manakala bagi pencapaian parti pembangkang, DAP menguasai 12 daripada 15 kerusi Dun ditandinginya; PKR hanya menang tiga daripada 49 kerusi iaitu Batu Lintang, Ba'Kelalan dan Krian manakala Pas kalah di semua lima kerusi yang ditandingi.

KENAPA HANYA ZAHID MAHU SIASATAN, TAPI NAJIB BERDIAM DIRI SAJA?

Posted: 09 Apr 2016 06:05 AM PDT

shahbudindotcom


Antara cadangan PAC dalam laporan yang dibentangkannya di Parlimen Khamis lalu ialah agar bekas CEO, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pengurusan lain dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB disiasat oleh agensi-agensi penguatkuasa dalam negara ini.

Siasatan itu ialah atas beberapa kelemahan pengurusan dan kekangan-kekangan yang dikesan dalam 1MDB di mana mereka perlu mengambil tanggungjawab daripadanya.

Tetapi, sehingga ini siapa yang sudah memberi reaksi positif mengenai siasatan itu?

Najib diam, menteri-menteri diam dan semua yang lain juga diam?

Polis, SPRM, Bank Negara dan yang lain-lain juga, mengapa masih mendiamkan diri?

Terutamanya Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, jka dalam hal-hal lain kelihatan begitu pantas memberikan reaksinya, tetapi mengapa dalam hal 1MDN ini masih  tidak berbunyi apa-apa?
Hanya Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang yang ada memberi reaksi mahukan siasatan dijalankan segera terhadap Shahrol Azral, tetapi malangnya suara beliau juga tidak disambut oleh sesiapa.

Kenapa hanya Zahid yang tampil dengan reaksi positifnya, manakala yang lain semuanya diam belaka?

Sementara Najib dan yang lain-lain seolah-olah cuba mengabaikan saranan penyiasatan oleh PAC itu, kenapa pula hanya Zahid Hamidi yang begitu pantas mahukan Shahrol Azral segera disiasat?

Najib pula, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap 1MDB, bukan saja tidak menyebut langsung mengenai saranan PAC mengenai siasatan itu, malah lebih ghairah untuk membersihkan dirinya sendiri tentang jumlah hutang RM42 bilion dan mengambil kesempatan untuk membidas Tun Mahathir Mohamad.

Bukankah sebagai pihak yang paling bertanggungjawab terhadap 1MDB, beliau sepatutnya segera menyambut saranan PAC mengenai siasatan tersebut?

Apakah yang ditakuti oleh mereka ini untuk memberi reaksi positif dan mengalu-alukan agar siasatan segera dijalankan?

Adakah kerana bimbang jika siasatan akan dimulakan, lebih banyak lagi perkara-perkara lain terbongkar akhirnya?

Atau mungkinkah yang paling dibimbangi ialah Artikel 117 M & A 1MDB yang antara lain menyebut, "kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri adalah diperlukan bagi sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia. Atas tujuan ini, penentuan maksud kepentingan negara, keselamatan negara dan polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia hendaklah dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia."

Dalam hal ini, meskipun laporan PAC tidak menuding jari secara langsung kepada Najib dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri, bukan oleh Lembaga Pengarah, CEO atau sebagainya.

Sehingga hari ini pun Najib masih lagi berdiam diri dan tidak memberi sebarang reaksi yang boleh meyakinkan rakyat mengenai penyiasatan yang dicadangkan oleh PAC itu.

Mengapa itu berlaku? Bukankah berbanding membidas Tun Mahathir mengenai jumlah hutang, menyokong penyiasatan dan mencari kebenaran adalah jauh lebih penting?

Adakah berdiam dirinya banyak pihak, termasuk Najib sendiri dalam aspek penyiasatan itu merupakan  tanda-tanda awal cadangan PAC itu  bakal tidak disambut dan terbiar berlalu begitu saja?


Ambiga: Larangan ahli politik masuk S'wak 'tak sah'

Posted: 09 Apr 2016 05:52 AM PDT

Geraldine Tong

 


Beberapa kejadian ahli politik pembangkang dilarang memasuki Sarawak adalah tidak sah, kata bekas pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga.

"Seingat saya terhadap undang-undang yang berkaitan, seseorang itu tidak boleh dilarang memasuki Sarawak jika dia pergi ke sana untuk tujuan politik.

"Pada pandangan saya, larangan ke atas ahli-ahli politik itu adalah tidak sah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ini, katanya, memandangkan pilihan raya negeri itu akan menjelang.

Ahli politik pembangkang terbaru yang dilarang memasuki Sarawak adalah penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Teo Nie Ching malam tadi, manakala pencipta maskot Ubah DAP dan anggota penting dalam jentera kempen parti itu, Ooi Leng Hang, turut dilarang masuk pagi ini.

Ambiga menggesa kerajaan negeri Sarawak menjelaskan rasionalnya terhadap larangan tersebut, sambil menambah bahawa tindakan itu juga tidak adil kepada rakyat Sarawak.

Rakyat Sarawak, katanya, berhak mendapat pelbagai pandangan sebelum mereka mengundi dalam pilihan raya negeri.

"Apa yang (Ketua Menteri Sarawak Tan Sri) Adenan (Satem) takutkan," katanya.

"Saya dengar dia sangat popular, jadi tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini itu, tidak masuk akal sama sekali," katanya.

Pemimpin PKR lain yang telah dilarang memasuki Sarawak termasuk naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Rafizi Ramli, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Tony Pua dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok juga dilarang memasuki Sarawak.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu juga telah dilarang memasuki Sarawak pada akhir Mac lalu.

Sarawak melaksanakan autonomi dalam hal-hal imigresen di bawah perjanjian Malaysia tetapi tidak boleh melarang orang memasuki negeri itu untuk aktiviti politik.

Adenan telah mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada 11 April untuk memberi laluan kepada pilihan raya.

Laporan: Dr M kini gesa campur tangan asing untuk 'jatuhkan' Najib

Posted: 09 Apr 2016 05:47 AM PDT

MALAYSIAKINI




Dalam satu perubahan yang ironik, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilaporkan menggesa campur tangan antarabangsa untuk membantu "menjatuhkan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akhbar The Australian hari ini melaporkan bahawa ia adalah perubahan luar biasa bagi Dr Mahathir yang terkenal dengan ketegasannya menolak campur tangan asing dalam politik Malaysia semasa pentadbirannya.

"Biasanya saya tidak suka campur tangan asing dalam hal ehwal Malaysia tetapi saluran untuk kami telah ditutup sepenuhnya (di dalam parti dan melalui undang-undang zalim yang kini digunakan untuk menakut-nakutkan pengkritik)," Dr Mahathir dilaporkan berkata.

Beliau berkata demikian kepada majalah hujung minggu harian Australian The Weekend Australia dalam satu temu bual di pejabatnya di Putrajaya.

Mahathir berkata, beliau mempunyai sedikit harapan yang Najib akan meletak jawatan tanpa tekanan luar.
"Jadi sekarang kita perlu membenarkan campur tangan asing dalam hal ehwal dalam negara kita.

"Jika ia mengikut undang-undang, sah, ya. Jika mereka mempunyai maklumat, mereka perlu memberi maklumat," katanya.

Beliau berkata pihak berkuasa di luar negara tidak patut berhenti menyiasat pengubahan wang walaupun siasatan melibatkan perdana menteri.

Bekas pemimpin veteran Umno itu dan juga bekas presiden parti itu mengkritik sikap tidak kisah kerajaan Australia terhadap skandal yang melanda Malaysia.

"Kerajaan Australia dilihat seperti tidak mahu menyinggung perasaan perdana menteri Malaysia," katanya.
"Media (Australia) telah mendedahkan banyak perkara tetapi yang peliknya kerajaannya begitu diam," tambahnya.

Misteri selubungi syarikat didakwa terima RM44j dari Najib

Posted: 09 Apr 2016 05:42 AM PDT

Alyaa Azhar    




Misteri nampaknya menyelubungi sebuah syarikat yang didedahkan didakwa menerima jutaan dari akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malaysiakini mengunjungi syarikat Solar Shine Sdn Bhd di alamat yang disenaraikan di Plaza Mont Kiara, Kuala Lumpur untuk mendapatkan respons terhadap dakwaan tersebut, tetapi direktori di tingkat bawah bangunan itu memaparkan nama syarikat yang berbeza - Steelwell Development Sdn Bhd.

Pejabat yang terletak di alamat tersebut bukan Steelwell. Bukan juga Solar Shine - syarikat yang Wall Street Journal dakwa dalam laporan pada 31 Mac bahawa kira-kira AS$44 juta (RM142.8 juta) dari akaun Najib didakwa disalurkan kepada syarikat berkenaan.

Ia adalah sebuah syarikat bernama IT Data Centre Sdn Bhd.

Ketika ditemui Malaysiakini, penyambut tetamu mengesahkan bahawa syarikat itu adalah IT Data Centre, bukan Solar Shine.

Ini menimbulkan persoalan: Adakah Solar Shine telah diambil alih oleh IT Data Centre atau ia telah berpindah ke alamat baru?

Dokumen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa ketiga-tiga syarikat masih wujud.

Ketiga-tiganya berkongsi alamat berdaftar yang sama - Taman Damai Utama, Puchong, Selangor - dan juga alamat perniagaan yang sama di Plaza Mont Kiara.

Antara ketiga-tiganya, Steelwell Development adalah yang pertama diperbadankan pada 27 Oktober 1993, dan berurusan dalam pembangunan hartanah.

Solar Shine yang didaftarkan pada 22 Februari 2000, menganjurkan acara, manakala IT Data Centre yang diperbadankan pada 5 Ogos 2009, membangunkan perisian dan mengekalkan portal masing-masing.

Nama syarikat lama Solar Shine ialah Steelwell E-Software Sdn Bhd, tetapi nama itu ditukar pada 2008 kepada nama sekarang.

Semakan di SSM juga mendapati bahawa ketiga-tiga syarikat itu berkongsi pengarah yang sama.

Kit Siang gesa sidang tergempar Parlimen bahas laporan PAC

Posted: 09 Apr 2016 05:37 AM PDT

MALAYSIAKINI




Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Dewan Rakyat membahaskan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB yang menurutnya merupakan satu skandal yang menjejaskan reputasi Malaysia di luar negara.

Atas sebab ini, beliau menggesa diadakan sidang tergempar empat hari Parlimen membahas laporan PAC tentang 1MDB pada akhir bulan April atau awal Mei,sebelum sidang akan datang yang dijadualkan pada 16 Mei.

Beliau menegaskan demikian dalam satu ceramah di Bagan, Pulau Pinang hari ini.

Ahli politik veteran itu berkata parlimen yang progresif di negara-negara lain, akan mengadakan pembahasan penuh dan panjang lebar mengenai laporan PAC yang ditunggu-tunggu, mengenai skandal 1MDB.

Terutamanya kerana ia telah menjadi satu skandal global yang telah menjadikan negara ini dikenalli sebagai antara 10 negara yang paling banyak berlaku rasuah di dunia ini.

Tetapi Parlimen Malaysia, katanya, baru ditangguhkan pada hari Khamis tanpa sebarang perbahasan laporan PAC sekalipun.

Lim juga mengadu bahawa ahli Parlimen tidak dibenarkan untuk mengambil laporan PAC mengenai 1MDB, walaupun ia diletakkan di atas meja mereka.

Ini, katanya, adalah kali pertama dalam sejarah Parlimen Malaysia di mana dokumen yang dibentangkan, di atas meja ahli Parlimen secara fizikal dilarang dibawa keluar dari dewan, walaupun tertakluk kepada embargo.

Sebelum ini, ahli Parlimen tidak pernah dilarang mengambil kertas dan laporan kerajaan termasuk kertas bajet dan laporan perbendaharaan yang diletakkan di atas meja mereka tetapi diembargo sehingga tarikh dan masa tertentu.

Lim mendakwa bahawa ini menunjukkan rasa gemuruh mereka yang berkuasa terhadap laporan PAC mengenai 1MDB yang didakwanya sedang diputar oleh penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskannya daripada kebersalahan dalam firma di mana beliau mempengerusikan lembaga penasihat.

'MOF diketepi, hanya tahu tentang operasi 1MDB melalui akhbar'

Posted: 09 Apr 2016 05:35 AM PDT

Zikri Kamarulzaman    




PAC Kewangan Kementerian (MOF) langsung tidak tahu mengenai operasi anak syarikatnya 1MDB, demikian didedahkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Menurut Hansard pendengaran PAC mengenai 1MDB pada 19 Mei 2015, Irwan dan Datuk Seri Mohamad Isa Hussein dari Kementerian Kewangan Inc (MKD) berkata. 1MDB tidak dirujuk kepada kementerian atau MKD mengenai operasi atau hal ehwal korporat mereka.

"Langsung operasinya (1MDB) kita tak tahu. Kita tak tahu. Semua kita baca dalam surat khabar," Irwan memberitahu PAC.

Malah, tidak ada pegawai kementerian berkenaan dalam 1MDB.

Mohamad Isa berkata, Memorandum dan Artikel Persatuan (M & A) 1MDB melarang pegawai kerajaan daripada menganggotai lembaga pengarahnya.

Tiada penjelasan diberikan apabila PAC bertanya mengapa M & A itu tidak diubah walaupun MKD mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, Mohamad Isa membawa perhatian kepada Perkara 117 M & A itu yang menyatakan bahawa kelulusan perdana menteri dikehendaki bagi sebarang perubahan kepada M & A.

Perkara 117 juga menyatakan bahawa kelulusan perdana menteri diperlukan bagi pelantikan dan penyingkiran pengarah.

Apabila ditekan mengenai kementerian itu yang kelihatan kurang kawalan ke atas 1MDB, Irwan berkata mereka diketepikan.

Rafizi tak akan mohon maaf atas kenyataan mengenai Rosmah

Posted: 09 Apr 2016 05:31 AM PDT

Alyaa Azhar

 


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak akan memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi akan menunggu untuk berjumpa perdana menteri itu di mahkamah.

Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan bahawa kenyataannya mengenai isteri perdana menteri semasa perhimpunan anti-GST Sabtu lepas adalah satu gurauan.

Di perhimpunan itu, Rafizi membuat rujukannya kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan Jakel Trading.
"Saya akan jumpa mereka di mahkamah. Saya tidak akan mohon maaf kerana saya berkata secara berseloroh," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam ceramah, katanya, perkara selalu disebut secara berseloroh.

Sambil mengakui bahawa Najib mempunyai hak untuk menyaman, ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun berkata perdana menteri tidak perlu bersikap dwi-standard berhubung perkara itu.

"Jika anda mahu menjadi begitu sensitif, samanlah (Tun Dr) Mahathir Mohamad, Wall Street Journal dan sesiapa yang mengatakan perkara yang sama," katanya.

Sebagai ahli politik, kata Rafizi, seseorang tidak sepatutnya terlalu cepat untuk memfailkan saman fitnah.
"Saya tidak fikir ahli politik patut menyaman orang - orang bercakap tentang anda setiap hari.

"Kita mempunyai akses kepada media untuk menjelaskan cerita kita pulak. Apabila saya diserang dengan dakwaan bahawa saya dipecat daripada Petronas kerana didakwa mencuri wang, saya hanya menjelaskan perkara itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat pengecualian di bawah keadaan tertentu.

Memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mendakwa Rafizi mereka cerita tentang arahan polis untuk meletakkan tangan di belakangnya semasa ditangkap baru-baru ini, ahli Parlimen itu berkata beliau menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana ia melibatkan kredibiliti beliau .

"Itu (dakwaan itu) akan memberi kesan bagaimana saya akan meneruskan tugas saya. Apabila saya membuat pendedahan, ia akan menjadi mudah bagi orang untuk memetik beliau (IGP) dan mengatakan bahawa saya berbohong," kaa Rafizi, sambil menambah beliau akan menghentikan proses menyaman IGP jika beliau tidak mengulangi kenyataannya.

Peguam Rafizi, Saiful Izham Ramli, mendakwa pegawai polis telah mengarahkan anak guamnya untuk pastikan tangan di belakangnya semasa dia ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Walau bagaimanapun, Khalid menyangkalnya sebagai "cerita dongeng untuk mengelirukan orang ramai".
Rafizi bertegas bahawa arahan itu adalah dari pegawai polis yang menjaganya, dan sedang menimbang untukmenyaman IGP.

Hampir 1,000 orang hadiri perhimpunan bantah DLP

Posted: 09 Apr 2016 05:28 AM PDT

Anne Muhammad  




Hampir 1,000 orang hari ini menyertai himpunan membantah pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) di padang Tasik Titiwangsa.

Himpunan yang bermula pada jam 2 petang itu dianjurkan oleh Kongres Rakyat di bawah PAS dan Gerakan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Himpunan ini sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka tetapi diubah dua hari lalu.

Bagaimanapun dimaklumkan terdapat majlis diadakan di Dataran Merdeka pada hari dan masa yang sama.
Menurut Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pihaknya bukan menolak bahasa Inggeris sebaliknya menolak DLP kerana Bahasa Melayu dijamin di dalam perlembagaan.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali ketika menyampaikan ucapan menyifatkan Umno gagal dalam semua aspek khususnya memastikan hak orang Melayu terus terjamin.

Justeru beliau melihat PAS mampu untuk menggalas tanggungjawab yang selama ini dijalankan oleh pihak kerajaan, bahkan jalan parti Islam itu akan semakin mudah selepas tidak lagi bekerjasama dengan DAP.

Ibrahim mendakwa bahawa kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan yang gagal, sudah gagal dalam segala-galanya, gagal mementingkan citarasa majoriti penduduk, kaum bumiputera khususnya Melayu Muslim.

"Gagal mendukung negara yang Merdeka. Banyak isu yang kita hadapi, kita berhimpun banyak kali pun tidak akan mengubah sikap mereka di atas

"Bila PAS cerai dengan DAP tidak ada lagi Cina buta, masa depan Melayu bukan hanya boleh digalas Umno tapi boleh juga digalas PAS, ini (DLP) bukan agenda politik," katanya.

Beliau dalam pada itu mengajak NGO Melayu memberi amaran kepada kerajaan BN untuk tidak melaksanakan program DLP termasuk beberapa isu berkaitan dengan mahasiswa Bumiputera.

"Cadangan kita saya ajak NGO-NGO yang ada kita buat pendirian bersama secara terbuka memberi kata dua kepada pihak pemerintah jika mereka menodai bahasa kebangsaan termasuk isu DLP ini juga perkara berkaitan biasiswa," ujar beliau.

Selain Tuan Ibrahim antara pemimpin PAS yang kelihatan hadir adalah Naib Presiden Idris Ahmad, Mahfodz Mohamed dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Turut hadir ialah tokoh sasterawan selaku pejuang bahasa kebangsaan Datuk A Samad Said.

Pada 26 Mac, perhimpunan yang sama juga telah diadakan dihadalan LRT Masjid Jamek, yang dihadiri oleh PKR dan DAP.

DLP bakal diperkenalkan di sekolah yang bersedia melaksanakannya dengan persetujuan pihak tertentu termasuk sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Pada pembentangan Bajet 2016, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan DLP itu bakal ditawarkan kepada 300 sekolah di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Di bawah program itu kelak, sekolah akan diberi pilihan untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 1 dan Tahun 4

Kenaikan gaji suntik semangat penjawat awam

Posted: 09 Apr 2016 05:24 AM PDT

SINAR HARIAN


Lok Yim Pheng
Lok Yim Pheng
 
 
KUALA LUMPUR - "Kenaikan satu tangga gaji bermula 1 Julai ini akan memberi motivasi kepada 1.6 juta penjawat awam untuk meningkatkan sistem penyampaian," kata Setiausaha Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Lok Yim Pheng.

Beliau berkata ia juga dapat membantu penjawat awam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Cuepacs pada mulanya bimbang sama ada berlaku kenaikan gaji atau tidak. Dengan janji kerajaan meneruskan kenaikan satu tangga gaji, kami merasa lega dan berterima kasih.    

"Kelegaan ini lebih-lebih lagi dirasai kumpulan gred rendah termasuk mereka yang mempunyai kelulusan PMR dan SPM," katanya.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali memberi jaminan kerajaan akan tetap melaksanakan kenaikan satu tangga gaji pada 1 Julai ini meskipun keadaan ekonomi sukar.

Katanya, kerajaan juga berjanji meneruskan penambahbaikan kepada 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam.

Yim Pheng berkata, keputusan menaikkan satu tangga gaji itu juga adalah hasil kerjasama dan perbincangan antara Cuepacs dan kerajaan.

"Meskipun ada lagi tuntutan lain daripada Cuepacs seperti kadar elaun, ia  perlu diputuskan secara berperingkat supaya tidak membebankan kerajaan," katanya. - Bernama

PH akan dilabel 'mungkir janji' jika pinda skim air percuma

Posted: 09 Apr 2016 05:12 AM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengumuman Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bersabit kemungkinan untuk mengkaji semula skim pemberian air percuma dikhuatiri akan menyebabkan Pakatan Harapan dilabel sebagai mungkir janji pada rakyat negeri itu.
 
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, Pakatan Harapan harus ingat, skim air percuma adalah janji paling besar dalam manifesto dua Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.
 
"Kita cukup khuatir ruang atas nama kaji semula ini akan sebabkan pelaksanaan  (skim pemberian air percuma) itu diganggu dan kita tak tunaikan manifesto kita pada rakyat," tegas Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard.
 
Skim pemberian air percuma 20 meter padu yang dicetuskan Menteri Besar terdahulu itu, Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi kebanggaan Pakatan Harapan (dahulu Pakatan Rakyat) dan amat dihargai rakyat Selangor.
 
Namun pada sidang DUN Selangor minggu lalu, Azmin berkata kemungkinan kerajaan negeri akan menimbang semula skim tersebut dan hanya akan memberikan air percuma kepada golongan sasaran, sebagaimana yang dicadangkan ADUN Hulu Klang, Sa'ari Sungib.
 
Chegubard yang juga bekas Ketua Cabang PKR Rembau berkata Azmin harus sedar, Pakatan Harapan mahu atau tidak terpaksa teruskan skim itu tanpa mensasarkan golongan sasaran kerana rakyat Selangor tidak kira kaya atau miskin bertindak memberi undi pada gagasan itu semasa PRU 2008 dan 2013.
 
"MB kena perjelas, kaji semula ini dalam termanologi apa? Isu air percuma diperingkat pilihan raya..ia merupakan manifesto pada rakyat. 
 
"Dalam bab manifesto tak boleh kompromi dan ia perlu dilaksanakan dalam bentuk yang paling minima sekali atau ia perlu diperitingkatkan. Malah kerajaan Selangor pernah janji nak beri milikan saham air kepada seluruh rakyat Selangor," tegas Chegubard.
 
Azmin sebelum ini memberitahu kerajaan negeri terpaksa menilai semula skim air percuma itu selepas membelanjakan sejumlah dana untuk menjayakan pengambilalihan empat syarikat konsesi air.
 
Mengulas lanjut, Chegubard berkata, Selangor sebagai negeri yang mempunyai simpanan rizab yang amat banyak sepatutnya tidak perlu berdepan dengan masalah seperti yang dibangkitkan Azimin.
 
"Peninggalan rizab MB sebelum ini sangat besar malah dalam belanjawan terbaru Selangor dikatakan punya rizab yang sangat besar walaupun menyusut sedikit. Tapi bajet ini harus dicairkan pada rakyat ini bukan satu masalah untuk kerajaan negeri Selangor sehingga perlu naikkan kos air untuk tampung projek-projek lain.
 
"Janganlah buat kubah dan masjid sampai RM60 juta lebih, cat pintu gerbang sampai RM10 juta. Kalau bajet ini diselenggara dengan baik maka tidak ada masalah kewangan seharusnya timbul," tegasnya lagi.
 
Chegubard sebelum ini mendesak Azmin menjawab beberapa projek yang diluluskan kerajaan negeri membabitkan jumlah yang dakwanya tidk munasabah.
 
Antaranya pengubahsuaian kubah dan penambahan bangunan Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang menelan belanja lebih RM60 juta dan projek mengecat semula pintu gerbang Darul Ehsan di Jalan Persekutuan yang dilaporkan bernilai sekitar RM10 juta.
 
Azmin bagaimanapun enggan melayan tuntutan Chegubard.
 
 

Rayani Air henti operasi sementara

Posted: 09 Apr 2016 05:01 AM PDT


Rayani Air


SHAH ALAM - Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia,  Rayani Air mengumumkan operasinya diberhentikan sementara, hari ini.

Namun melalui pengumuman ringkas yang dibuat di Facebook rasminya itu tidak menyatakan sebarang alasan.

"Salam sejahtera, operasi Rayani Air diberhentikan buat sementara waktu untuk penyelenggaraan pengurusan. Kami memohon maaf atas kesulitan ini. Segala masalah boleh hubungi Rayani Call Centre," umum syarikat penerbangan yang baru beroperasi kira-kira tiga bulan itu.

Cubaan Sinar Online untuk mendapatkan respons Rayani Air masih gagal setakat ini.

Melalui laporan media tempatan, ada penumpang mendakwa juruterbang Rayani Air telah melancarkan mogok hingga menyebabkan sekurang-kurangnya tiga penerbangan dibatalkan, semalam.

Rayani Air turut berkongsi laporan berita mengenai juruterbangnya yang didakwa mogok itu di Facebook rasminya itu.

Khaled tak tahu wujud gerakan jatuhkan beliau

Posted: 09 Apr 2016 04:59 AM PDT

Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin


JOHOR BAHRU - "Saya tidak tahu menahu mengenainya (gerakan menggulingkan Menteri Besar Johor, saya hanya fokus kerja saya,"itu response Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin.

Beliau secara peribadi mengakui tidak pasti adakah wujud gerakan untuk menggulingkannya sebagai Menteri Besar yang diketuai oleh seorang Timbalan Menteri yang berasal daripada negeri ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Siasat dalang guling MB Johor]

Berita mengenai gerakan menjatuhkan Mohamed Khaled daripada menerajui kepimpinan negeri ini menjadi perhatian ramai selepas berita itu dimuat naik oleh Shukur Mohamad yang juga anak kepada Speaker Dun Johor, Tam Sri Mohamad Aziz.

Tun M: OSA bukan untuk lindungi jenayah

Posted: 09 Apr 2016 04:57 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 bukan untuk melindungi mana-mana pihak melakukan jenayah.

Sebaliknya, beliau percaya akta itu untuk menghukum sesiapa yang membocorkan dokumen kerajaan mengenai polisi, Kabinet dan percukaian.

"Akta ini bagi menghalang individu, syarikat atau kerajaan asing menyalahgunakan maklumat untuk kepentingan mereka.

"Bukannya untuk merahsiakan jenayah yang dilakukan pegawai, pekerja atau individu. Jenayah perlu dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa sahaja yang mengetahuinya," katanya melalui catatan terkini di blognya, chedet.cc, hari ini.

Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan dokumen rahsia rasmi tanpa kebenaran, dua minggu lalu.

Rafizi didawa ada dalam milikannya halaman 98 Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kebenaran sah serta tidak berhak menyimpannya dan kemudiannya mendedahkannya pada sidang media di lobi Parlimen.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir mendakwa Peguam Negara sebaliknya melihat jenayah dilakukan anggota kerajaan adalah rahsia kerajaan yang perlu disembunyikan dari umum.

"Sesiapa yang melaporkannya akan didakwa melanggar OSA," katanya.


Dituduh berlakon digari, ini respons Rafizi

Posted: 09 Apr 2016 04:54 AM PDT

Dituduh berlakon digari, ini respons Rafizi
Gambar Rafizi yang menjadi kontroversi. -Foto Facebook Rafizi


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kecewa apabila situasi ketika beliau diiringi ke Mahkamah Majistret Putrajaya, Rabu lalu yang tidak bergari namun hanya meletakkan tangan di belakang sambil dipegang pegawai polis mengiringinya dipolitikkan.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, isu yang lebih besar penyelewengan 1Malaysia Development Berhad, salah guna Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi penyelewengan dan kelewatan pembayaran caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) cuba ditenggelamkan oleh isu gari itu.

"Malah ada yang memfitnah saya kononnya saya berlakon digari untuk meraih simpati rakyat.

"Saya yakin saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian besar rakyat adalah bersama-sama saya selagi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) berterusan menekan rakyat," katanya.

 Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan dokumen rahsia rasmi tanpa kebenaran, dua minggu lalu.

Rafizi didawa ada dalam milikannya halaman 98 Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kebenaran sah serta tidak berhak menyimpannya dan kemudiannya mendedahkannya pada sidang media di lobi Parlimen.

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Rafizi berkata, ketika perbincangan dengan kehadiran peguamnya, pegawai polis bertugas dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mahu beliau meletakkan tangan di belakang dan akan dipegang oleh pegawai-pegawai polis tanpa digari.

"Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-pegawai polis yang mengendalikan saya dikecam oleh pihak Umno dan pegawai tertinggi polis kerana ia pernah berlaku sebelum ini sekiranya dilihat ada kelonggaran diberikan kepada saya.

"Peguam saya pula memaklumkan bahawa oleh kerana keputusan menggari itu adalah budi bicara pegawai polis yang bertugas, beliau mengesyorkan supaya saya tidak digari.

"Akhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari mengikut arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya," katanya.

 Beliau turut melahirkan simpati terhadap pegawai-pegawai polis yang dipertanggungjawabkan mengendalikan kes beliau selama ini.

"Kerana mereka menjadi serba salah apabila setiap tindakan mereka akan mengundang kritikan. Jika mereka menggari saya, penyokong pembangkang akan memarahi mereka. Jika mereka tidak menggari saya, besar kemungkinan mereka terpaksa menjawab kepada pimpinan tertinggi polis menjelaskan kenapa mereka tidak menggari.

"Akhirnya mereka cuba mencari jalan terbaik dengan mengarahkan saya meletakkan tangan di belakang sambil dipegang oleh mereka yang pada pandangan mereka merupakan budi bicara mereka yang adil kepada semua," katanya.

 Rafizi juga mengakui dilayan secara profesional dan berhemah baik dari lokap hingga ke bilik soal siasat dan lokap mahkamah.

Dalam pada itu, Rafizi memberi amaran kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar agar tidak mengulangi apa-apa kenyataan yang memberi gambaran beliau berbohong atau berlakon mengenai peristiwa gari itu.

"Jika beliau mengulanginya, maka saya akan rujuk perkara itu kepada peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang," katanya.


PRN Sarawak ujian keharmonian buat pembangkang

Posted: 09 Apr 2016 04:52 AM PDT

gugugaga


SHAH ALAM – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal menjelang adalah merupakan ujian keharmonian kerjasama buat pembangkang.

Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, PKR sebagai orang tengah dijangka akan menyatakan pendirian sekiranya berlaku pertembungan antara Parti Amanah Negara (Amanah) dengan Pas.

"Saya melihat isu yang dibawa Amanah perlu bersifat lokal berbanding nasional.

"Jika berlaku pertembungan Amanah dan Pas pada PRN akan datang, ia sekaligus menuntut pendirian PKR..sebab dua-dua parti ni adalah sekutu PKR," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sehubungan itu, katanya, PKR perlu mencari jalan bagi mendapatkan penyelarasan isu antara Pas dan Amanah dan ia perlu dilakukan sebelum PRN menjelang.

"Saya berpandangan yang isunya dalam PRN ini adalah kesepakatan pembangkang satu ujian keharmonian kerjasama antara mereka.

"PKR perlu memikirkan jalan untuk mendapatkan penyelarasan isu..Sebab Pas dan Amanah ni kawan PKR," ujarnya lagi.


Comments (0)