Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:18 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Dr M: Kenapa saya letak jawatan pengerusi Proton

Posted: 06 Apr 2016 08:04 AM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton kerana tidak mahu menjadi punca kepada ketidakmampuan syarikat kereta nasional itu untuk kembali pulih "kerana kehadirannya".

Malah, katanya, beliau sebenarnya mahu melihat Proton kembali pulih dan maju.

Oleh itu, beliau menyeru kepada pemilik dan pembeli Proton, supaya tidak menjadikan Proton sasaran kerana beliau tidak lagi menjadi pengerusinya dan menggesa mereka supaya terus menyokong Proton.

Dalam catatat di blog beliau semalam, Dr Mahathir menjelaskan bahawa beliau tidak dipecat oleh pihak pengurusan atau pemilik Proton.

"Saya buat keputusan saya sendiri, demi Proton, saya harus meninggalkannya," kata Dr Mahathir sambil menambah bahawa beliau tiada dendam terhadap Proton atau pun beliau mahu ia gagal selepas meninggalkannya.

Katanya, Proton dilihat seolah-olah mempunyai masalah dengan kerajaan dan atas sebab-sebab yang tidak diketahui, jualan kereta Proton telah menjunam secara drastik .

"Saya tahu saya persona non grata dengan kerajaan. Saya tidak mahu menjadi punca kepada ketidakmampuan Proton untuk kembali pulih kerana kehadiran saya," katanya lagi.

Beliau berkata, Proton mempunyai idea-idea yang hebat mengenai memperkenalkan model-model baru yang mempunyai kualiti yang baik.

Menurutnya, pada bulan ini Proton akan melancarkan Perdana baru dan kemudian pada tahun ini, syarikat itu akan melancarkan Persona dan Saga baru.

Bekas perdana menteri itu berkata, Proton tidak boleh mengharapkan apa-apa bantuan daripada kerajaan.

"Hanya pemilik dan peminat Proton boleh membantu Proton. Oleh itu, bantulah Proton, pembuat kereta nasional anda," tegasnya.

2 remaja terbabas dalam longkang lepas tendang polis

Posted: 06 Apr 2016 08:01 AM PDT

BERNAMA




Dua remaja lelaki, yang disyaki terlibat dalam kejadian samun, terbabas ke dalam longkang selepas menendang motosikal polis yang mengejar mereka di Jalan Kulim, Cherok Tokun di Bukit Mertajam semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata dua pelajar sekolah berusia 17 tahun yang menaiki sebuah motosikal itu cuba melarikan diri selepas dihampiri tiga anggota polis bermotosikal pada pukul 4.30 petang.

"Polis cuba menahan dua remaja yang dalam keadaan mencurigakan itu ketika berada di Jalan Kilang Ubi tetapi mereka memecut laju dan selepas dikejar kira-kira lima kilometer pelajar terbabit menghimpit dan menendang motosikal polis," katanya di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata polis menemui senjata buku lima dalam beg seorang daripadanya manakala seorang lagi memakai senjata buku lima di kepala tali pinggangnya.

Senjata itu dipercayai diguna untuk memecahkan cermin kereta sebelum melakukan samun.

Ujian air kencing mendapati remaja terbabit positif dadah jenis amphetamine dan mereka kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan, katanya.- Bernama


Ezam bidas penahanan Rafizi, sifatkan langkah kebelakang

Posted: 06 Apr 2016 07:55 AM PDT

MALAYSIAKINI




Bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor menyifatkan penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebagai "langkah ke belakang".

"Menahan Rafizi atau sesiapapun di bawah OSA adalah tindakan yang salah dan langkah kebelakang," katanya dalam laman Facebook hari ini.

Ezam yang ditahan di bawah akta yang sama pada tahun 2002 memetik keputusan hakim KN Segara yang membebaskan beliau pada 2003.

"Saya sudah tegaskan berkali-kali, baca hujahan penghakiman KN Segara pada tahun 2003 yang membebaskan saya setelah dua tahun ditahan.

"Penahanan itu tidak diputuskan salah. Banyak ruang pencabulan hak membongkar rasuah dalam kes itu. Penahanan OSA mesti atas asas keselamatan negara semata-mata, bukan atas alasan lain," tegas Ezam.

Rafizi ditahan semalam di bawah Seksyen 8 Akta OSA selepas mendedahkan dokumen rahsia mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dia ditahan semalaman di pusat tahanan polis Jinjang dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari ini untuk ditahan reman.

Ezam, pada tahun 2010, mendakwa beliau adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang dipenjara kerana OSA, dalam mempertahankan pelantikannya sebagai senator.

Beliau dijatuhi hukuman penjara dua tahun di bawah OSA kerana membocorkan dokumen berhubung siasatan rasuah ke atas bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.

Ezam, yang pada masa itu ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

Bekas Ketua Pemuda PKR itu meninggalkan parti itu pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyertai semula Umno pada tahun 2008.

Selepas tempoh beliau sebagai senator berakhir pada 2014, beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Hisbah Centre For Reform.


Tukang masak didakwa tampal karikatur PM pada kereta polis

Posted: 06 Apr 2016 07:53 AM PDT

BERNAMA




Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini berhubung karikatur perdana menteri yang ditampal pada kereta peronda polis dalam perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Sabtu lepas.

Muhammad Zhafran Muhammad Zuhdi, 24, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menampal cetakan kertas yang berunsur mengaibkan dengan niat untuk membangkitkan pecah keamanan pada kereta peronda MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Tertuduh telah tampal pelekat dalam bentuk gambar kartun perdana menteri di kereta polis, tertuduh tidak lakukan sebarang provokasi," kata peguam Farida Muhammad yang mewakili tertuduh ketika ditanya Majistret Jesseca Daimis apa yang dipaparkan pada cetakan kertas itu.

Muhammad Zhafran didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Melayu Off Jalan Tun Perak, Dang Wangi di sini, pada 3.30 petang, 2 April lepas mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa ASP Zuraimi Kamarozzaman menawarkan wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun Farida memohon jaminan dikurangkan kepada RM500 atas alasan anak guamnya menanggung ibu bapanya selain boleh hadir ke mahkamah kerana tertuduh hanya bekerja pada waktu malam.

Jesseca membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April depan untuk sebutan semula kes.- Bernama


Zaid harap pemimpin Harapan atau bekas Umno jadi PM

Posted: 06 Apr 2016 07:50 AM PDT

MALAYSIAKINI




Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berharap bekas pemimpin Umno atau pemimpin muda dari Pakatan Harapan akan menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Ini kerana beliau tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap 'putera Kelantan' itu untuk menjadi pemimpin akan datang negara ini.

"Mendengar perbincangannya mengenai isu-isu semasa di TV dan dalam Utusan Malaysia pada minggu lalu mengesahkan bahawa penilaian saya adalah salaht.

"Saya minta maaf jika saya dapat meletakkan harapan palsu kepada ramai orang," kata Zaid dalam tulisan terbaru di blog hari ini.

Walaupun beliau tidak menamakan putera itu, namun adalah jelas ia merujuk kepada pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, yang baru-baru ini mengumumkan sokongan penuh terhadap Najib.




"Harapan saya sekarang bergantung kepada pemimpin muda Pakatan Harapan, serta pemimpin bekas Umno yang lain, kerana saya percaya bahawa di antara mereka kita boleh mencari seseorang yang mempunyai kualiti yang orang Melayu sangat memerlukan sebagai pemimpin mereka."

Zaid berharap bahawa kedua-dua belah itu akan mula mempercayai satu sama lain dan bekerjasama untuk meyakinkan orang Melayu supaya menyokong mereka.

"Saya andaikan, sudah tentu, pemimpin-pemimpin ini tidak akan kembali kepada Umno atau mula bercakap tentang mempunyai darah Umno mengalir di tubuh mereka.

"Saya juga andaikan bahawa Pakatan Harapan bersedia mempertimbangkan calon lain selain daripada Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pemimpin pembangkang pada pilihan raya akan datang," katanya.

Zaid adalah antara satu penyokong utama gerakan Deklarasi Rakyat bagi Selamatkan Malaysia yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Deklarasi itu bertujuan untuk menggulingkan Najib dan melaksanakan pembaharuan institusi. Ia disokong oleh ahli Umno yang memberontak termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil.

'Jangan guna hospital kanak-kanak bina reputasi peribadi'

Posted: 06 Apr 2016 07:45 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan projek Hospital Pakar Kanak-kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) digunakan untuk membina reputasi peribadi, kata seorang ahli parlimen pembangkang.

Ong Kian Ming (DAP-Serdang) menegaskan bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir pada satu majlis rasmi yang berkaitan dengan projek berkenaan.

Susulan itu, katanya, hospital kanak-kanak itu kini dinamakan sempena Hospital PERMATA, pertubuhan yang dinaungi oleh Rosmah.

"(Kementerian Pengajian Tinggi perlu) memastikan keutamaan hospital kanak-kanak itu dan tidak (biarkan ia) terpengaruh dan diputarbelitkan oleh pihak yang ingin menggunakan hospital untuk membina reputasi peribadi mereka di dalam dan di luar negara," katanya.

"Saya tidak mempersoalkan kepentingan Hospital Pakar Kanak-kanak yang adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

"Tetapi saya ingin tanya keutamaan hospital kanak-kanak di UKM ini kerana beberapa insiden yang telah berlaku," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

"Menurut laman web Permata Negara, pemacu utama hospital itu adalah tidak lain daripada Rosmah dan hospital akan diberi nama Hospital Pakar Kanak-kanak Permata," katanya.

Dalam jawapannya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mary Yap memberi amaran kepada Ong supaya berhenti mempolitikkan isu itu.

"Saya rasa kita hanya perlu memberi fokus kepada keperluan untuk membina hospital ini kerana kanak-kanak adalah generasi masa depan negara," katanya.

"Saya nasihatkan anda untuk berhenti mempolitikkan isu ini kerana kementerian telah mengambil setiap faktor," katanya.

Seminar anti-kristianisasi: Menteri didakwa kelirukan parlimen

Posted: 06 Apr 2016 07:42 AM PDT

Hafiz Yatim

 



Seorang peguam menuduh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mengelirukan parlimen apabila mempertahankan seminar anti-kristianisasi dua tahun lalu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan berkata ia menumpukan kepada ancaman IS dan Syiah.

Annou Xavier (gambar) berkata beliau telah menemani dua individu membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 2014.

Beliau berkata mempunyai bukti dan pelik dengan jawapan menteri.

"Kami ada bukti perkara ini kerana risalah seminar dengan jelas tulis mengenai 'Kalimah Allah dan Kristologi'.

"Seminar itu jelas anti-Kristian," katanya.

Xavier berkata institusi atau kumpulan agama yang mahu menganjurkan seminar hendaklah mengukuhkan kepercayaan pengikutnya tanpa mengkritik dan menyebabkan kebencian pada agama lain.

Peguam itu memberikan salinan risalah dan butiran lanjut program itu dan mendakwa tiada langsung disebut berkaitan IS atau Syiah.

Shazni: Doakan saya kuat berdepan k'jaan 'pekak, bisu'

Posted: 06 Apr 2016 07:38 AM PDT

MALAYSIAKINI





Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Shazni Munir yang dibebaskan setelah tahanan reman dua hari di bawah Akta Hasutan 1948 berjanji akan terus bersuara terhadap kerajaan.

Katanya, itu sahaja 'senjata' dipunyainya untuk melawan sebuah kerajaan yang didakwa rosak.

"Senjata ini akan saya manfaatkan sepenuhnya selagi kezaliman dan skandal gila 1MDB dan 'derma' RM4.2 bilion masih tidak berpenghujung.

"Doakan saya dan sekian ramai pejuang lain terus kuat berdepan kerajaan yang pekak dan bisu.

Shazni berkata jika beliau tidak menulis pun isu-isu seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mendesak pengunduran Najib dan pertukaran kerajaan, ramai lagi akan menulis perkara sama.

Shazni dibebaskan hari ini dengan jaminan polis setelah ditahan di lokap Jinjang, Kuala Lumpur susulan laporan sebuah laman web bahawa beliau menyeru menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan besar-besaran.

Dalam kenyataan pertamanya selepas dibebaskan hari ini, beliau berkata berita dirujuk polis di laman web www.bicara.news itu telah dimanipulasi daripada artikel asal di Free Malaysia Today.

Beliau juga berkata tiada masalah jika polis mahu menyiasat kedua-dua tulisan itu.

"Saya tiada masalah kerana tiada apa yang perlu saya sembunyikan.

"Saya bertanggungjawab penuh atas kesemua tulisan saya di media sebelum ini," katanya.


Kajian: Majoriti rakyat S'wak percaya Putrajaya tak adil

Posted: 06 Apr 2016 07:36 AM PDT

MALAYSIAKINI




Sebahagian besar rakyat Sarawak percaya mereka dilayan secara tidak adil oleh kerajaan pusat tetapi ramai melihat keadaan mereka menjadi lebih baik sejak menyertai Malaysia, demikian menurut kajian terbaru oleh badan penyelidikan, Merdeka Center.

Lebih separuh daripada rakyat Sarawak yang ditinjau, iaitu sebanyak 54 peratus, percaya bahawa mereka dilayan secara tidak adil oleh Putrajaya.


Ini terutama di kalangan masyarakat Cina dengan 74 peratus daripada mereka berpendirian demikian.
Sentimen itu agak seragam di kalangan penduduk di Sarawak.

Namun terdapat peningkatan mendadak yang ketara bahawa negeri itu dilayan secara tidak adil oleh Putrajaya di kalangan golongan berpendapatan tinggi dan tahap pendidikan tinggi serta juga di kalangan generasi muda.

Bagaimanapun sentimen berkenan adalah terbalik apabila soalan sama ada keadaan Sarawak lebih baik selepas menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.



Hampir separuh daripada rakyat Sarawak yang ditinjau, iaitu 49 peratus, percaya bahawa negeri itu kini lebih baik, manakala satu pertiga daripada mereka, iaitu 34 peratus, percaya keadaan negeri itu lebih buruk selepas bersama Malaysia.

Sebahagian besar rakyat Sarawak yang ditinjau juga memihak negeri itu diberikan autonomi lebih besar dan menyokong kumpulan pro-autonomi Sarawak untuk rakyat Sarawak (S4S).

Ahli Parlimen ke Bukit Aman tuntut pembebasan Rafizi

Posted: 06 Apr 2016 07:35 AM PDT

Lu Wei Hoong

 


Ahli Parlimen pembangkang akan berarak dari bangunan Parlimen ke Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur esok bagi mendesak pembebasan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Ketua Whip DAP, Anthony Loke yang menamakannya sebagai "Perarakan MP" berkata, mereka juga akan mengemukakan satu memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung perkara itu.

"Kami minta pihak polis untuk hentikan sebarang pencabulan ke atas kedaulatan institusi parlimen.

"Tadi ketua-ketua whip Pakatan Harapan telah bincang dgn Ketua Pembangkang (Datuk Seri) Dr Wan Azizah (Wan Ismail). Kami (semua ahli parlimen) setuju esok jam 9 pagi dipimpin oleh ketua pembangkang, kami akan berkumpul di pintu pagar parlimen dan berarak ke Bukit Aman bagi (menyerahkan) memorandum kepada IGP," katanya.

Rafizi ditahan di pintu pagar parlimen semalam mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen sulit.

Memang saya 'makan dedak', kata Nazri

Posted: 06 Apr 2016 07:26 AM PDT

Memang saya 'makan dedak', kata Nazri
Muka depan akhbar Sinar Harian hari ini.


KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui beliau 'makan dedak' sebagaimana diperkatakan sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

Yang menghairankan beliau, katanya, apabila seolah-olah ada perbezaan dedak dahulu dengan dedak  zaman Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai perdana menteri.

"Kalau dulu dia bagi dedak, dia kata saya bagus. Kenapa Najib sekarang bagi dedak tak bagus pulak?.

"Saya memang makan dedak. Tak apalah saya makan dedak macam burung atau ayam. Kerana kita makan dedak itu untuk memperkuatkan parti," katanya.

Katanya, beliau memang makan dedak, sebab itu adalah dedak yang Mahathir bagi kepadanya.

"Dedak ada yang special ke? Ya saya makan dedak. Banyak khasiat dedak. Kita semua tahu negara yang membangun, teknologi bagus, dedaknya lebih bagus.

"Tentu lebih baik daripada dedak yang dia bagi dulu. Saya tidak menafikan itu. Saya memang makan dedak," katanya.

 LIHAT VIDEO DI SINI


‘Saya benci, menyampah tindakan polis pada Rafizi’

Posted: 06 Apr 2016 07:23 AM PDT

Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Abdul Aziz


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini secara lantang menyampaikan rasa marahnya kepada tindakan pihak berkuasa ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Menurutnya, pihak berkuasa langsung tidak berpegang kepada janji dan arahan agar semua ahli parlimen bebas daripada sebarang gangguan sepanjang menghadiri sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen dan sekitarnya.

"Saya nak bagi tahu itu abang-abang polis, saya benci tindakan kamu ke atas YB Rafizi Ramli. Sila bagi tahu ketua kamu, saya benci dan menyampah!

"Ini pun nak kena ajar?," tulis Nik Abduh di laman Facebook miliknya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi Ramli ditahan di luar parlimen]

Rafizi ditahan di luar bangunan parlimen kira-kira jam 6.05 petang semalam dan perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Difahamkan, Rafizi yang juga merupakan Naib Presiden PKR ditahan untuk membantu siasatan berhubung pendedahan beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sementara, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, cara penahanan yang dijalankan ke atas Rafizi itu seolah-olah beliau individu yang berbahaya terhadap negara.

"Rafizi bukan ketua penyamun atau ketua penyeludup diesel. Walaupun Ketua Polis Negara menyebut ia menepati dengan SOP polis, bukankah ia ada kuasa budi bicara.

"Apakah ada rekod YB Rafizi degil tidak hadir ke balai polis jika dipanggil? Adakah beliau orang yang pernah lari dari lokap? Adakah beliau memiliki senjata api yang berbahaya?," tanyanya.

Beliau turut mengingatkan Khalid agar tidak merosakkan imej mulia sebahagian besar anggota polis yang menjaga keamanan dan keselamatan negara.

"Janganlah waktu kita berkuasa, kita bercakap dan bertindak seolah-olah kita kekal berkuasa sehingga kiamat.

"Ingat kuasa hanya amanah sementara di dunia, semuanya akan dihitung pada hari yang tidak ada lagi pangkat, pemimpin dan kawan yang boleh membantu kita. Waktu itu penyesalan tidak ada makna," katanya.


Beli kain guna duit GST: PM mahu Rafizi mohon maaf

Posted: 06 Apr 2016 07:17 AM PDT

SINAR HARIAN


Najib
Najib Tun Razak. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan surat tuntutan kepada Mohd Rafizi Ramli supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan wang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berhubung pembelian kain di sebuah gedung tekstil terkemuka di negara ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun kepada pemberita selepas pengurusan kes saman fitnah membabitkan Najib dan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara hari ini.

Mohd Hafarizam berkata, beliau mendapat arahan daripada perdana menteri semalam untuk menyiapkan dan menyerahkan surat tuntutan kepada Naib Presiden PKR itu secepat mungkin.

Mohd Rafizi, yang juga Setiausaha Agung PKR didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika perhimpunan mansuh GST di Dataran Merdeka, 2 April lepas.

Sementara itu, Mohd Hafarizam berkata kes saman Najib terhadap Dr Liong Sik akan didengar di hadapan hakim lain berikutan O'Hara hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman berkenaan.

Katanya, hakim itu menarik diri untuk mengelakkan salah tanggapan masyarakat kerana beliau dan Dr Liong Sik merupakan alumni Maktab Tentera Diraja iaitu Persatuan Bekas Putera.

Peguam itu berkata, keputusan O'Hara itu tidak dibantah oleh pihaknya dan juga peguam Villie Nethi, mewakili Dr Liong Sik.

"Kes berkenaan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin tetapi masih belum ada tarikh yang ditetapkan untuk sebutan kes itu," kata Mohd Hafarizam.

Najib memfailkan saman terhadap Dr Liong Sik atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan menerusi satu artikel dalam sebuah portal berita pada 3 Oktober tahun lepas.

Pada 27 Oktober tahun lepas, Najib menyaman Dr Liong Sik selaku defendan, antara lain memohon perintah supaya bekas menteri pengangkutan itu menyiarkan kenyataan memohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti oleh Najib, dalam bentuk dan terma yang akan ditentukan olehnya.

Najib juga memohon perintah injunksi untuk menghalang Dr Liong Sik atau melalui kakitangan atau ejennya daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.

Beliau juga memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib mendakwa Dr Liong Sik telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini, yang disiarkan menerusi satu artikel dalam sebuah portal berita pada 3 Oktober 2015.

Katanya, perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau (Najib) menyalahgunakan dana kerajaan ke dalam akaun peribadi untuk kepentingan peribadi, menyalahgunakan dana kerajaan milik sebuah syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta tidak kompeten atau layak menjadi ketua kerajaan atau perdana menteri Malaysia. - Bernama


Deklarasi Kedah desak pecat Muhyiddin, Mukhriz

Posted: 06 Apr 2016 07:11 AM PDT

Ambil tindakan tegas terhadap Mukhriz, Muhyiddin
Muhyiddin, Mukhriz


KUALA LUMPUR - Seramai 14 daripada 15 ketua Umno Bahagian Kedah hari ini berikrar menyokong sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menandatangani Deklarasi Kedah.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, deklarasi itu turut ditandatangani oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Kedah, termasuk ketua pemuda, ketua puteri dan ketua wanita Umno negeri.

Beliau berkata, deklarasi itu diserahkan kepada Najib sendiri pada pertemuan Umno Kedah dengan Perdana Menteri yang berlangsung kira-kira satu jam di bangunan Parlimen, tadi.

"Kita buat deklarasi ini nak menyatakan kepada orang ramai bahawa Kedah masih bersama perdana menteri.

"Semua wakil rakyat termasuk senator Umno Kedah hadir hari ini bagi menyerahkan Deklarasi Kedah kepada perdana menteri.

"Deklarasi ini kita buat kerana merasakan perlu deklarasi (balas) yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Deklarasi Kedah merupakan komitmen kepimpinan Umno negeri selepas Deklarasi Kelantan diserahkan kepada Najib pada 25 Mac lalu, yang menyaksikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut menandatanganinya.

Selain menyokong Najib, Deklarasi Kedah turut mengutuk sekerasnya dan melahirkan rasa kesal dengan tindakan Mahathir yang bersengkongkol dengan pembangkang dalam Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan perdana menteri.

"Tindakan Mahathir jelas bertentangan dengan amalan dan sistem demokrasi tanpa mempedulikan kesannya kepada rakyat dan negara," kata Deklarasi Kedah itu yang turut diedarkan kepada pemberita.

Umno Kedah juga sebulat suara mendesak kerajaan menamatkan serta-merta semua jawatan disandang oleh mana-mana pemimpin Umno dan BN yang melanggar, menghasut serta merosakkan sistem pemerintahan demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Deklarasi ini juga sebulat suara mendesak Majlis Tertinggi Umno dan Lembaga Disiplin parti memecat ahli-ahli Umno yang terlibat dengan Deklarasi Rakyat, khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Kami mengutuk dan mengecam sekerasnya tindakan segelintir pemimpin Umno yang masih memegang jawatan khususnya Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz yang bersubahat dengan agenda pembangkang," kata deklarasi itu lagi.


Kevin Morais tidak kendali kes 1MDB

Posted: 06 Apr 2016 07:00 AM PDT

SINAR HARIAN


Anthony Kevin Morais
Anthony Kevin Morais


KUALA LUMPUR - Timbalan Pendakwa Raya mendiang Datuk Anthony Kevin Morais tidak mengendalikan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata adik bongsunya Datuk Richard Morais di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Richard, 50, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguambela, Datuk Geethan Ram Vincent, mewakili doktor dan pakar patologi tentera, Kolonel Dr R. Kunaseegaran berhubung penglibatan Kevin Morais dalam kes 1MDB.

"Tidak ... dia tidak mengendalikan kes 1MDB. Saya mendapat tahu tentang kes itu hasil siasatan saya dalam akhbar," katanya ketika memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Ketika ditanya oleh seorang lagi peguambela Datuk N. Sivananthan sama ada abangnya ialah Timbalan Pendakwa Raya yang menjalankan pendakwaan terhadap ramai orang termasuk anak guamnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Richard menjawab dia mendapat tahu daripada polis bahawa pertengkaran berlaku antara Kevin Morais dan tertuduh (Kunaseegaran) dua hari sebelum kehilangan abangnya.

Sivananthan: Adakah kamu sedar bahawa polis pergi ke mahkamah dan mengambil semua CCTV tetapi tidak menemui apa-apa rakaman mengenai insiden itu antara anak guam saya dan abang kamu?

Richard: Tidak, Saya tidak ingat. 

Sivanantahan: Adakah kamu membuat andaian mengenai kebersalahan anak guam saya kerana dia duduk di kandang tertuduh?

Richard: Ya

Ketika ditanya mengenai bedah siasat kedua ke atas mayat Kevin Morais, Richard berkata "Charles (abang kedua) mahu melakukan bedah siasat kedua, Saya bersetuju. Tetapi dia mengelirukan dan mengheret saya, menyuruh saya melakukannya sendiri.

"Dia mengelirukan semua orang. Saya berpuas hati dengan kerajaan," kata Richard selaku saksi pertama pihak pendakwaan.

Menurut Richard, dia mempercayai hasil bedah siasat pertama dan menaruh kepercayaan kepada kerajaan dalam mengendalikan kes itu sejak hari pertama siasatan.

Ketika pemeriksaan oleh seorang lagi peguambela, M. Manoharan, saksi itu berkata dia tidak tahu tentang penglibatan Kevin Morais dalam kes pecah amanah jenayah membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Ahmad Zubir Mursyid.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa, Richard memberitahu beliau menuntut mayat Kevin Morais pada 23 Nov 2015, iaitu dua bulan selepas proses bedah siasat pertama dijalankan.

Menjawab soalan Abdul Razak mengapa beliau mengambil masa dua bulan untuk menuntut mayat abang sulungnya, Richard berkata abang keduanya Charles tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat pertama dan memohon bedah siasat kedua dijalankan.

Bagaimanapun, bedah siasat kali kedua itu masih tidak dilakukan, 17 hari selepas keputusan bedah siasat pertama dikeluarkan, katanya.

Ketika ditanya Abdul Razak mengenai keadaan mayat Kevin Morais, Richard, yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat muzik berkata mayat abangnya telah reput kali pertama beliau melihat mayat itu, iaitu 12 hari selepas kehilangannya.

Beliau berkata kali pertama dia melihat mayat abangnya ialah di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada 16 Sept 2015 dan mayat itu juga sukar dikenal pasti kerana diselaputi simen.

Abdul Razak: Boleh jelaskan keadaan mayat Kevin Morais ketika itu?

Richard: Kamu tanyalah kepada Dr Kuna (Kunaseegaran), dia lebih mengetahui.

Ini mendorong Sivananthan untuk mencelah sambil berkata saksi tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu kepada tertuduh.

Hakim Azman berkata "ini kes pertama Richard, mangsa pula abangnya, sudah tentu dia lebih beremosi"

"Mayat abang saya sudah reput dan sukar dikenali, bagaimana hendak mengenali kerana mukanya diselaputi simen selepas 12 hari," katanya.

Selepas itu, katanya, beliau diminta menjalani ujian DNA pada 18 September 2015 sebelum keputusan DNA disahkan sepadan dengan DNA Kevin Morais dua hari kemudian.

"Setelah disahkan mangsa adalah mayat abang, saya membuat tempahan di Nirvana untuk upacara sembahyang di gereja," katanya sambil menambah kali terakhir dia berjumpa dengan Kevin ialah dua bulan sebelum kehilangannya.

Kepada soalan Sivananthan, Richard memaklumkan beliau mengetahui mengenai kehilangan Kevin pada 5 September 2015 melalui sepupunya yang dikenali sebagai Priya. 

Katanya, Priya memaklumkan Kevin Morais tidak pulang ke apartmentnya di Menara Duta di sini sejak 4 September 2015 selepas dia keluar dari rumah pada 7.45 pagi.

"Priya mendapat maklumat itu daripada rakan serumah Kevin Morais iaitu Darvin, 24, yang menghubunginya selepas beliau (Darvin) gagal menghubungi Kevin, pada hari kejadian," katanya.

Richard berkata, selepas mendapat maklumat itu, beliau terus membuat laporan polis pada 5.04  petang hari yang sama di Balai Polis Sentul.

Pada 27 Januari lepas, enam lelaki - G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A. K Thinesh Kumar, 23, M. Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No. 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Mereka berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa yang mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 302 akta sama.

Gunasekaran, Vishwanath, Nimalan dan Ravi Chandaran diwakili peguam V. Rajehgopal manakala Dinishwaran dan Thinesh Kumar diwakili oleh Manoharan. -Bernama


Proton bukan hadapi situasi kurang patriotisme

Posted: 06 Apr 2016 06:54 AM PDT

SINAR HARIAN


Salleh Said Keruak
Datuk Seri Salleh Said Keruak


KUALA LUMPUR - Proton sedang berhadapan dengan situasi "pembeli sukarela, penjual sukarela" dan tiada kena mengena dengan kurangnya semangat kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata apabila pembeli tidak bersedia untuk membeli, dengan itu tiada apa yang dapat dilakukan oleh penjual.

Katanya amat malang apabila persaingan dan globalisasi telah mengubah dunia menjadi pasaran pembeli.

"Jika terdapat permintaan dengan itu anda wujudkan bekalan, tetapi anda tidak dapat wujudkan permintaan dengan meminta rakyat Malaysia untuk membeli produk anda hanya kerana mereka ialah rakyat Malaysia dan Proton juga syarikat  Malaysia," katanya menerusi catatan terbaru dalam blog beliau hari ini.

Salleh berkata Proton bukan milik kerajaan tetapi milik swasta, namun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahukan rakyat Malaysia membantu Proton sebagai "khidmat negara atau sebagai tanda patriotisme". - Bernama


Ezam sifatkan penahanan Rafizi langkah kebelakang

Posted: 06 Apr 2016 01:35 AM PDT

Penahanan mengikut OSA, mesti atas asas keselamatan negara semata-mata, bukan atas alasan lain.


ezam-rafizi


PETALING JAYA: Bekas pemimpin PKR, Ezam Mohd Nor membantah tindakan kerajaan menahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ezam yang mengisyiharkan keluar PKR pada 2007 pernah ditahan mengikut akta yang sama pada tetapi dibebaskan pada 2003.

"Menahan Rafizi atau sesiapapun di bawah OSA adalah tindakan yang salah dan langkah kebelakang," katanya menerusi Facebook hari ini.

Ezam didakwa mengikut OSA kerana mendedahkan maklumat mengenai siasatan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ketika itu, Tan Sri Rafidah Aziz dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

"Saya sudah tegaskan berkali-kali, baca hujahan penghakiman KN Segara pada tahun 2003 yang membebaskan saya setelah dua tahun ditahan.Penahanan itu tidak diputuskan salah. Banyak ruang pencabulan hak membongkar rasuah dalam kes itu. Penahanan OSA mesti atas asas keselamatan negara semata-mata, bukan atas alasan lain," katanya.

Sementara itu, Ketua Koodinator Jingga 13, Fariz Musa pula mengingatkan bahawa rakyat memerhatikan tindak-tanduk penguasa dengan dekat.

"Tindakan pihak polis bukan sahaja dilihat sebagai melindungi penjenayah tetapi menjatuhkan kredibiliti dan integriti polis sebagai institusi yang wajar dihormati dan bertindak secara telus dan profesional," katanya menerusi kenyataan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Raimi Ab Rahim turut mengutuk penahanan Naib Presiden PKR itu, dan menyifatkan penahanan Rafizi dibawah OSA tidak sepatutnya berlaku kerana akta tersebut sudah tidak releven dan memerlukan tranformasi.



EZAM TIDAK LAGI BERSAMA NAJIB, SUDAH LETAK JAWATAN PENGARAH KOMUNIKASI MOF

Posted: 06 Apr 2016 01:24 AM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
Hari ini ramai penyokong Najib Razak "terkejut beruk"  dengan kenyataan Ezam Mohd Nor yang menyifatkan langkah penahanan Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA sebagai langkah ke belakang oleh kerajaan.

Meluahkan di laman Facebooknya, Ezam berkata, "menahan Rafizi atau sesiapa pun di bawah OSA adalah salah dan langkah ke belakang."

"Saya sudah tegaskan berkali-kali, baca hujah penghakiman KN Segara pada 2003 yang membebaskan saya setelah dua tahun ditahan.

"Penahanan itu diputuskan salah. Banyak ruang pencabulan hak membongkar rasuah dalam kes itu. Penahanan OSA mesti atas asas keselamatan negara semata-mata, bukan alasan lain," tegas Ezam.

Pendirian Ezam itu menyusul selepas sekian banyak bantahan diluahkan terhadap penahanan Rafizi yang ditahan dibawah OSA kerana mendedahkan apa yang dianggap maklumat sulit dalam isu berkaitan LTAT dan 1MDB, lebih-lebih lagi kerana beliau juga ditahan di Parlimen.

Bagi yang mengenali Ezam, mereka menyifatkan kenyataannya itu adalah berikutan apa yang dihadapi Rafizi sekarang sudah dilaluinya sebelum ini.

Lantaran itu, Ezam berhak meluahkan isi hati dan kebenaran berkaitan penahanan Rafizi itu.

Namun, bagi penyokong atau cai Najib, ramai yang "melompat"  dengan kenyataan itu, apatah lagi Ezam diketahui umum dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan sejak Mac 2014 untuk membantu Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam menangani isu-isu berkaitan langkah transformasi ekonomi agar lebih rancak dan berkesan.

Sebelum itu pula,  Ezam juga dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sejak 2010, namun kemudian meletakkan jawatan untuk berkhidmat sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan.

Apa sudah jadi dengan Ezam, dapat macam-macam daripada Najib tetapi tiba-tiba tak sokong "boss"  sendiri, demikian antara luahan raza kecewa para penyokong Najib.

Dalam hal ini, seorang  kenalan rapatnya memberitahu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan sejak 1 April yang lalu.

Walaupun kontraknya masih ada sehingga tahun depan, beliau memutuskan ingin berundur lebih awal daripada jawatan tersebut, kata kenalannya itu.

Kenalan itu juga berkata, antara sebab Ezam meletakkan jawatan ialah kerana tidak sanggup lagi "melihat terlalu banyak benda-benda tidak baik melintas  di depan matanya"  semasa berkhidmat di Kementerian Kewangan itu.

Selain itu, kata kenalan itu lagi, Ezam juga kecewa kerana wujud pertentangan yang ketara antara lafaz kata dan perbuatan yang dilakukan oleh Najib sejak akhir-akhir ini.

Ditanya mengenai pendirian Ezam, kenalan itu berkata, "secara mudahnya beliau bolehlah dianggap tidak lagi menyokong Najib sekarang ini."

Kenalan itu turut mengesahkan Ezam kini banyak menghabiskan masanya di Indonesia dan dijangka tampil dengan satu "projek khas" demi negara tidak lama lagi.


Tangkapan Rafizi, Paku Akhir Keranda Najib Selaku PM

Posted: 06 Apr 2016 01:21 AM PDT

KELAB GREENBOC


KENYATAAN MEDIA
AMANAH KUTUK TANGKAPAN YB RAFIZI

 

1. Pemerintah Malaysia kini bertindak seperti Singapura dilanggar todak. Hang Nadim, seorang pemuda pintar ketika itu telah memberikan pandangan berbeza dengan hulubalang dan menteri-menteri disekeliling raja.

2. Namun kecerdikan beliau itu kemudiannya telah dianggap bakal menderhaka kepada raja sehingga pelbagai cara digunakan untuk menangkap Hang Nadim.

3. Tindakan menangkap dan memusnahkan orang cerdik dan pandai bagi membodek pemerintah, berlanjutan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini.

4. YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Setiausaha Agung Keadilan, seorang yang cerdik dan pintar dengan mengkritik berdasarkan fakta dan membuat penyelidikan. Orang seperti YB Rafizi nampaknya tidak disukai oleh kerajaan Malaysia.

5. AMANAH mendesak kerajaan UMNO BN menghentikan segera tindakan pengecut sebegini, kerana orang seperti YB Rafizi adalah pemimpin harapan rakyat dan sangat berguna untuk negara pada masa ini dan akan datang.

6. Kezaliman kepada YB Rafizi perlu dihentikan segera kerana ia sangat memalukan negara dan hanya menjatuhkan martabat Malaysia.

"Harapan Baru"

HJ MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
6 April 2017

Liga Super 2016 – Selangor Dan Kedah Berkongsi Mata Di Selayang

Posted: 06 Apr 2016 01:18 AM PDT

SELANGOR INSIDER



SElvKED2-2


The Red Giants gagal mengulangi rekod kemenangan ke atas Kedah ketika aksi final Piala Malaysia 2015 apabila hanya mampu mencatat keputusan seri 2-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam.

Kedah lebih awal memberi amaran kepada benteng pertahanan Selangor apabila Sandro da Silva melakukan percubaan dari dalam kawasan kotak penalti Selangor tepat ke gawang gol Selangor seawal minit ke 5 perlawanan. Namun percubaan tersebut berjaya diselamatkan oleh Norazlan Razali.

Selang 2 minit kemudian, kealpaaan benteng pertahanan Selangor dihukum oleh jaringan pendahuluan Kedah apabila Syazwan Zainon menyepak masuk bola dari dalam kotak penalti Selangor.

Kedah cuba menggandakan asakan menerusi percubaan Ahmad Fakri Saarani 3 minit selepas jaringan pertama namun percubaan tersebut sekali lagi berjaya ditepis oleh Norazlan Razali.

The Red Giants menukar corak permainan dengan melakukan hantaran-hantaran pendek dan menguasai bahagian tengah. Pada minit ke 30, R Gopinathan menjaringkan gol dengan rembatan deras menewaskan menjaga gol Kedah. Selang seminit kemudian, Selangor didepan dengan gol jaringan kedua apabila Patrick Ronaldinho Wleh menolak masuk bola juga dua pemain pertahanan Kedah ke dalam gol hasil daripada hantaran R Gopinathan untuk jaringan kedua Selangor.

Tersentak dengan 2 jaringan dalam masa 2 minit, Kedah kembali cuba menguasai bahagian tengah, namun pertahanan Selangor berjaya mematahkan gerakan tersebut. Kedah bagaimanapun berpeluang untuk menjaringkan gol apabila sepakan percuma Sandri ditepis keluar oleh Norazlan pada minit ke 39. Pada minit ke 41, Norazlan Razali sekali lagi berjaya menepis keluar rembatan Sandro da Silva untuk memastikan Selangor kekal mendahului hingga tamat babak pertama perlawanan.

Babak kedua melihatkan skuad Lang Merah memperkemaskan corak permainan dengan kembali menguasai bahagian tengah menyebabkan Selangor hanya bertahan dan melakukan hantaran jauh mencari Patrick Ronaldinho.

Penguasaan Kedah di bahagian tengah berjaya mengkucar kacirkan bahagian pertahanan Selangor. Amirul Hisyam hampir menyamakan kedudukan namun percubaannya dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar oleh Norazlan Razali. Kedah berjaya menembusi benteng pertahanan Selangor sehinggalah Raimi Md Noor menjatuhkan Kahê seterusnya pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Kedah.

Sandro da Silva dengan tenang menyempurnakan sepakan penalty untuk gol penyamaan pada minit ke 67.

Selangor melakukan pertukaran di pertengahan babak kedua apabila mengeluarkan Andik Vermansah dan Hafiz Kamal dengan memasukkan ahmad Hazwan Bakri dan S Veenod pada minit ke 67. Pada minit 79, Zainal Abidin Hassan sekali lagi melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Mauro Olivi dan memasukkan Adam Nor Azlin.

Selangor cuba bangkit mencari gol kemenangan di akhir babak kedua dengan percubaan Ahmad Hazwan Bakri tersasar dari gawang gol Kedah pada minit ke 86 perlawanan. Kedudukan 2-2 bagaimanapun kekal hingga tiupan wisel penamat.

Dengan keputusan seri ini, Selangor kekal di tangga ketiga liga di belakang JDT dan Felda United dengan mengumpul 11 mata setelah mengharungi 6 perlawanan. The Red Giants dijadualkan akan bertemu pasukan tangga kedua liga, Felda United di Stadium Tun Abd Razak Jengka, Jumaat ini.

Dewan: Selangor Benarkan Pemilik Tanah Persendirian Lebih 8 Hektar Lombong Pasir

Posted: 06 Apr 2016 01:16 AM PDT

Azmin


SELANGOR INSIDER


SHAH ALAM (Bernama) — Kerajaan Selangor membenarkan pemilik tanah persendiran melebihi lapan hektar menjalankan aktiviti perlombongan pasir di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata langkah itu adalah inisiatif terbaharu kerajaan negeri dan setakat ini, pihaknya telah menerima dua permohonan daripada pemilik tanah persendirian untuk menjalankan aktiviti perlombongan itu.

"Sebelum ini, permohonan permit untuk aktiviti itu mesti melalui KSSB (Kumpulan Semesta Sdn Bhd).

"Selepas ini, permohonan permit (oleh pemilik tanah persendirian) boleh dibuat melalui pejabat tanah dan daerah," katanya ketika menjawab soalan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) mengenai industri pasir termasuk bilangan lombong yang masih aktif selain usaha kerajaan negeri mengekang kes kecurian pasir di Selangor.

Mohamed Azmin berkata sehingga kini, terdapat 67 lombong pasir yang masih aktif iaitu 25 lombong di Kuala Selangor, masing-masing 10 lombong di Hulu Selangor dan Sepang, Hulu Langat (lapan), Kuala Langat (lima), Gombak (tujuh) dan Petaling (dua).

Beliau berkata lima syarikat berlesen dibenar menjalankan operasi pengeluaran pasir di Selangor manakala satu syarikat dibenar menjalankan aktiviti perlombongan pasir iaitu KSSB.

Jumlah pendapatan kerajaan negeri berkaitan industri pasir di Selangor dari 2008 hingga 2015 ialah RM103.1 juta dengan jumlah kutipan royalti pasir meningkat daripada RM7.1 juta pada 2008 kepada RM24 juta pada 2015.

Semasa manjawab soalan Mohd Haslin Hassan (PAS-Tanjung Sepat), menteri besar itu berkata kerajaan negeri mengambil beberapa langkah mengekang aktiviti kecurian pasir di negeri itu termasuk menjalankan operasi statik di kawasan 'hotspot' kecurian pasir.

Selain itu, pihak berkuasa meningkatkan penguatkuasaan bersepadu bersama polis, Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan, kata Mohamed Azmin. — BERNAMA

DCA belum dapat sahkan serpihan pesawat ditemui di Mauritius milik MH370

Posted: 06 Apr 2016 01:13 AM PDT

Astro Awani 
DCA belum dapat sahkan serpihan pesawat ditemui di Mauritius milik MH370
Serpihan pesawat yang ditemui menyerupai dinding kabin kelas perniagaan dari pesawat jenis MAS Boeing 777. - Foto Twitter Mike Exner

KUALA LUMPUR: Serpihan yang dipercayai daripada pesawat yang ditemukan di Pulau Rodrigues di Mauritius telah dihantar kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA) Mauritius.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman memaklumkan pihaknya sedang berkomunikasi dengan CAA Mauritius dan usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan serpihan itu.

"Serpihan itu dipercayai daripada bahagian dalam sebuah pesawat.

"Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan serpihan itu adalah daripada MH370 sehingga ujian terperinci dan analisis dilakukan," kata Azharuddin dalam satu kenyataan.

Menurut Azharuddin Malaysia sebagai peneraju penyiasatan bagi Penyiasatan Keselamatan MH370 telah meminta imej-imej serpihan itu bagi tujuan siasatan lanjut dan pengesahan.

Pada Ahad, pakar Kumpulan Bebas (IG) MH370 Don Thompson memaklumkan satu serpihan dipercayai daripada dalam kabin pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 telah ditemukan di sebuah pulau di Mauritius, timur Afrika.

Dalam satu perbandingan Thompson menjelaskan serpihan pesawat yang ditemui menyerupai dinding kabin kelas perniagaan dari pesawat jenis MAS Boeing 777.

Thompson bagaimanapun menegaskan kemasan hiasan pada bahagian tersebut, tidak terhad kepada seksyen kabin kelas perniagaan daripada B777 dan berkemungkinan juga boleh menyerupai dinding dari kelas ekonomi.

Sekiranya terbukti serpihan itu adalah daripada pesawat MH370, adalah penemuan signifikan kerana ia adalah bahagian dalaman pertama ditemui, dan membolehkan lebih banyak keterangan diperoleh bagaimana pesawat itu berakhir di lautan.

Serpihan pesawat itu ditemui oleh sepasang kekasih berasal dari Pulau Reunion, Jean Dominique dan Suzy Vitry ketika bersiar-siar di pantai Pulau Rodrigues.
Sehingga kini, sebanyak enam serpihan pesawat ditemukan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pesawat itu kemudiannya diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi dengan usaha pencarian di kawasan seluas 120,000 kolimeter persegi dijangka selesai Jun ini. 

Malaysia harus fokus kepada segmen pelancongan

Posted: 06 Apr 2016 01:12 AM PDT

Pritha Manivannan, Astro Awani
 
Malaysia harus fokus kepada segmen pelancongan
Malaysia harus meningkatkan lagi usaha menarik pendatangan pelancong dari China - Foto AFP
 
 
KUALA LUMPUR: Malaysia harus meningkatkan lagi usaha untuk menarik kedatangan pelancong dari China.

Menurut Pengarah McKinsey London, Richard Dobbs, meskipun permintaan komoditi dari China menurun, namun peralihan tumpuan kepada sektor pelancongan akan meningkatkan ekonomi Malaysia.

Richard berkata pengguna China menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan penggunaan global.

"Penggunaan masyarakat China semakin meningkat dan mereka menyumbang secara signifikan dalam pertumbuhan penggunaan global.

"Pasaran membangun mempunyai peluang yang besar. Pengguna ini akan menjadi golongan pelancong yang besar.

"Ramalan mendapati terdapat lebih 100 juta perjalanan bakal dilakukan oleh pelancong China dan ini dapat dilihati dalam kebanyakan pasaran membangun," kata Richard.

Menurut laporan Institut Global McKinsey bertajuk Urban World: The Global Consumer To Watch, penggunaan golongan bekerja di bandar dijangka meningkat dari AS$2.5 trilion pada 2015 ke AS$6.7 trilion pada 2030 .

Ini menyumbang kepada 18 peratus daripada jumlah pertumbuhan penggunaan bandar.

"China memainkan peranan penting dalam pertumbuhan penggunaan global. China dijangka menyumbang kepada 30 peratus daripada pertumbuhan penggunaan bandar bagi 15 tahun akan datang dan terdapat dua segmen utama bagi penyumbangan ini.

"Pertama, golongan warga emas di China. Warga emas di China dijangka menyumbang kepada 10 peratus pertumbuhan penggunaan global. Oleh itu, apabila golongan warga emas meningkat, mereka akan lebihkan pembelian produk dan perkhidmatan yang mesra dengan usianya.
"Kedua ialah golongan bekerja. Mereka pula menyumbang kepada hampir 20 peratus pertumbuhan penggunaan global," kata Richard.

Terdahulu, kerajaan memberikan pengecualian visa kepada pelancong China dari 1 Mac ke 31 Disember tahun ini melalui program e-visa.

Program ini dijangka menyumbang kepada kemasukan 2.03 juta pelancong China ke Malaysia tahun ini. 
 
 

Graduan IKBN raih pengalaman berharga di syarikat automotif

Posted: 06 Apr 2016 01:10 AM PDT

Norsiah Mohd Ramli, Astro Awani 
 
Graduan IKBN raih pengalaman berharga di syarikat automotif
KHAIRY: Graduan juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi.
 
 
KUALA LUMPUR: Seramai 154 graduan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menjalani latihan di syarikat automotif berjaya memperoleh pekerjaan di beberapa syarikat automotif yang bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata graduan bukan sahaja mendapat pengetahuan mengenai sektor automotif, malah mereka juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi.

"Sebagai contoh, mereka yang membuat latihan di Syarikat Mercedes Benz Malaysia bukan sahaja belajar mengenai penyelenggaraan Mercedes Benz, malah tahu bagaimana membuat pembentangan dalam Bahasa Inggeris dan sebagainya," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, di sini, hari ini.

Antara syarikat automotif yang menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan KBS ialah Tan Chong Group, Tan Chong Motors, Warisan Tan Chong Holdings, Mercedes Benz dan Perodua.

Tambahnya, keberhasilan kerjasama IKBN dgn pemaju industri khususnya dalam sektor automobil dan perkhidmatan bagi meningkatkan potensi peluang pekerjaan graduan IKBN dalam pasaran tempatan serta luar negara meningkat dari 80 peratus hingga 90 perastus dari 2013 hingga hujung tahun 2015.

Selain itu, tenaga pengajar di IKBN turut diberi bantuan dari segi penambahbaikan modul latihan dan pemberian peralatan daripada syarikat.

Dari sektor perkhidmatan pula, Khairy juga mengesyorkan graduan IKBN mengisi kekosongan jawatan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di hotel-hotel.
Katanya, ia sekali gus dapat mengurangkan pengambilan pekerja asing ke dalam negara ini. 
 
 

Dakwaan saham FGV rugi tidak tepat, kata Timbalan Menteri

Posted: 05 Apr 2016 05:27 PM PDT

 BERNAMA Razali IbrahimRazali Ibrahim

Kenyataan bahawa saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengalami kerugian akibat keputusan kewangan suku ketiga 2015 adalah tidak tepat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata berdasarkan harga saham pada 30 Sept tahun lepas, saham FGV ditutup pada RM1.50 sesaham.

"Selepas keputusan kewangan diumumkan, harga saham FGV telah mencatatkan peningkatan dan ditutup pada harga RM2 sesaham pada 6 Nov 2015.

"Pada penghujung tahun 2015, nilai saham ditutup pada harga RM1.71 sesaham. Ini jelas menunjukkan tidak berlaku kerugian saham seperti dinyatakan jika dibandingkan dengan sebelum keputusan kewangan suku ketiga diumumkan," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) yang mahu kementerian kewangan menyatakan punca kerugian saham FGV berdasarkan laporan suku ketiga tahun 2015 yang mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM62.43 juta.

Mengulas lanjut Razali yang juga anggota Parlimen Muar berkata Lembaga Pengarah FGV telah mengumumkan bayaran dividen sebanyak 2 sen sesaham untuk 3,648,151,500 saham bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2015 bersamaan RM72.96 juta.

Beliau menjelaskan bagi tahun kewangan suku ketiga berakhir 30 Sept 2015, FGV mencatatkan perolehan sebanyak RM4.5 bilion, meningkat sebanyak 18 peratus berbanding suku tahun yang sama pada 2014.

"Disebabkan kejatuhan harga minyak sawit mentah dunia, kenaikan caj nilai saksama (LLA) dan kerugian tukaran asing disebabkan penyusutan nilai ringgit telah menyebabkan syarikat mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM52 juta," katanya.

Bagaimanapun katanya, syarikat mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM14 juta bagi tempoh berkenaan hasil penjualan aset bukan teras.

Comments (0)