Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:22 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


"ORANG INI" YANG SEPATUTNYA JADI PRESIDEN PAS

Posted: 27 Apr 2016 08:25 AM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
Berikut ialah kenyataan media Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menampakkan memang wujud "kong kali kong" dalam syarikat pelaburan tersebut.

Pastinya Pas akan lebih dihormati dan disanjung tinggi jika "orang ini" yang menjadi Presiden parti Islam itu.

1MDB diisytiharkan ingkar selepas gagal membayar faedah AS$50.3 juta untuk bon berbilion-bilion dolar ang dijamin oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC) – tiada sebarang komen daripada Menteri Kewangan Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Sebuah akhbar Singapura menyatakan bahawa Presiden and Ketua Eksekutif 1MDB Arul Kanda telah memaklumkan kepada PM bahawa kerajaan terdedah kepada hutang lebih AS$6.481 bilion" kepada Abu Dhabi – Menteri Kewangan Malaysia tetap membisu.

Apakah impak keingkaran ini kepada negara, hutang-hutang negara yang lain dan juga nilai Ringgit dalam jangka panjang dan pendek? – Sunyi sepi daripada Menteri Kewangan.

Arul sebelum ini berkata perjanjian penyelesaian hutang 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) akan melihat pengurangan hutang syarikat sehingga RM16 bilion. Apakah persengketaan antara 1MDB dan IPIC telah menggagalkan pelan rasionalisi yang dipelopori Arul?

Jadi berapakah hutang 1MDB setelah IPIC tidak mahu meneruskan perjanjian itu? Siapakah dan apakah harta 1MDB (apakah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange) tanah emas milik negara akan dicairkan untuk membayar hutang 1MDB? Siapa yang akan bertanggungjawab? – Menteri Kewangan tidak mengendah.

Yang diwar-warkan hanyalah "kejayaan" Program Transformasi Negara (NTP) yang kesannya tidak dapat dirasai rakyat selain kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ini bukti Malaysia mempunyai Menteri Kewangan yang "terhebat." Sudah sampai masanya rakyat bertanya apakah perlu rakyat terus membayar gaji kepada Menteri Kewangan "terhebat" ini?

Apakah PAC perlu memanggil semula Arul bagi mengetahui pelbagai hutang  1MDB yang masih gagal didedahkan.  Berapakah jumlah sebenar hutang 1MDB?

Kepada saudara Arul, dedahkanlah semua sebelum terlambat. Ini adalah jasa terbesar saudara kepada rakyat Malaysia.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
27 April 2016


Di bawah ini pula kenyataan media oleh Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pas Pokok Sena yang diberikan surat tunjuk sebab kerana terlibat dalam Gerakan Selamatkan Malaysia.

Apakah menyelamatkan negara dan menentang kemungkaran sudah menjadi suatu "dosa" dalam Pas?


GOOD MORNING DATUK SERI NAJIB:AWAT TAK BAYAQ HUTANG AS50.3 JUTA DATUK SERI?. ADOI!.MALU HABIH 1MALAYSIA.

1.Good Morning Datuk Seri.Ish awat yang Datuk Seri tak bayaq hutang tu?.Malu kami jadi rakyat Malaysia ni bila diistihar 1MDB yang Datuk Seri berkuasa penuh tiba tiba tak bayaq hutang malu besaq kami.

2.Awat Datuk Seri buat lagu tu.Tak bayaq pasai apa?.tak dak duit ka?.SENGKEK sangat ka?.Awat Datuk seri ni Orang dah tak percaya ka nak berghutang (berhutang) bayaq hutang?.Ni kan dah susah orang istihar Datuk Seri ketegaq (degil) dan engkaq (ingkar).

MACAM MANA LAPAIH NI KEPERCAYAAN OGHANG PADA MALAYSIA?.

3.Bila Datuk Seri lari dan liat nak bayaq hutang macam mana pulak lepaih ni tahap kepercayaan (credit rating) oghang yang duk bagi hutang kepada Malaysia,depa percaya lagi ka.Saya ni oghang kampung Pokok Sena saja tapi gheti juga sikit sikit bab ni.Bila Datuk Seri buat peghangai dalam kes bayaq hutang,dia akan bagi kesan menyebabkan Credit Rating Malaysia jatuh.Bila credit rating jatuh dia akan bagi kesan besaq kepada sistem kewangan dan ekonomi Malaysia.Cheti dan Along kat Malaysia pun tak percaya dah.Kalau depa bagi hutang pun kadar faedah yang tinggi.Takkan lepaih ni Datuk Seri pakai bergantung pada meniaga bulu ketiak dengan sigheh saja kut.

4.Ghimaih betoi kami kut kampung.Sughuh (suruh) Datuk seri beghundoq (berundur) dari PM tak mau.Bila Datuk Seri duk betunggoi jadi PM dengan kami kami tanggung hutang kelilin pinggang bila mai bab nak bayaq Datuk Seri laghi (lari) ikut pintu belakang,dah jadi macam lagu M.Daud Kilau "HUTANG MINTA HUTANG".

5.Macam ni lah Datuk Seri,baik Datuk Seri beghenti lah dari jadi PM.Duk tang tu lagi bukan ada faedah apa pun pada negara dan rakyat.Jangan duk buat peghangai macam DAUN PISANG KEGHIN  ghentap pun tak putuih.Jangan ketegaq sangat.

#UndurNajib
#ReformNegara
#SelamatkanMalaysia.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
 27 Apr 2016

Berdasarkan kedua-dua kenyataan media ini, sediakah ahli-ahli Pas membuka mata dan membawa  segera parti itu kembali ke jalan yang mampu menjadikannya lebih dihormati dan disanjung tinggi?


“Perjumpaan dengan Khairy positif” – TMJ

Posted: 27 Apr 2016 08:15 AM PDT

 
Dalam pertemuan itu, Khairy turut dibawa melihat prasarana dan kemudahan yang dimiliki JDT seperti pusat latihan, gimnasium dan padang tertutup di Padang Seri Gelam.


tmj-khairy


PETALING JAYA : Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membincangkan pembangunan bola sepak negara.

Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, Menteri Belia dan Sukan itu turut dibawa melihat prasarana dan kemudahan yang dimiliki JDT seperti pusat latihan, gimnasium dan padang tertutup di Padang Seri Gelam.

TMJ yang merupakan pemilik Johor Darul Ta'azim (JDT) bertitah, perjumpaan tersebut membolehkan Khairy mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan pembangunan sukan bola sepak di Johor terutamanya projek JDT dan program-program belia yang diinginkan.

"Perjumpaan ini amat positif dimana kami dapat duduk semeja, membincangkan halatuju, berkongsi pendapat dan mendapat jalan penyelesaian untuk memperbaiki bola sepak tanahair dan juga program yang melibatkan belia," titah baginda.

Tunku Ismail dalam masa yang sama turut memuji Khairy atas usaha dan kerja kerasnya untuk sukan dan belia di negara ini.

Sebelum ini, Tunku Ismail mencabar beberapa individu penting dalam bola sepak negara untuk berdebat secara langsung di televisyen berkaitan isu kemerosotan sukan itu yang mempunyai ramai peminat di negara ini.

Antara individu yang disenaraikan termasuk Khairy, wakil FAM iaitu jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee; Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim; dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B Sathianathan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya tidak bersetuju perdebatan secara terbuka, sebaliknya bersedia mengadakan perbincangan secara tertutup.

Datu Agbimuddin Kiram mahu jadi 'Sultan Sabah'

Posted: 27 Apr 2016 05:55 AM PDT

SINAR HARIAN


Datu Agbimuddin Kiram
Agbimuddin
 
 
KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini‎ diberitahu bahawa ketua penceroboh Lahad Datu, Datu Agbimuddin Kiram mahu menjadi 'Sultan Sabah' sekiranya apa yang dikenali sebagai kesultanan Sulu berjaya menuntut negeri itu daripada Malaysia.

Warga Filipina, Salib Akhmad Emali, 63, yang dibicarakan dalam kes pencerobohan pada 2013 itu,
berkata Agbimuddin selalu berbalah dengan abangnya, Esmail Kiram, mengenai tuntutan terhadap Sabah.

"Saya dengar nama sahaja (Agbimuddin). Orang-orang ada bercakap mengenai dia.

"Setelah saya ada dalam mahkamah ini, baru saya tahu siapa dia," katanya dalam bahasa Suluk, yang diterjemahkan jurubahasa mahkamah.

Salib Akhmad membela diri terhadap tuduhan menganggotai sebuah kumpulan pengganas dan melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin pada pemeriksaan balas, tertuduh berkata, dia tidak pernah terlibat dengan kegiatan mencari anggota untuk Royal Sulu Force (Tentera Diraja Sulu) di Sabah sebagai persiapan untuk menguasai negeri itu sekiranya rundingan mengenai tuntutan tersebut mengalami kegagalan.

Salib Akhmad juga berkata, dia tidak pernah mengenali orang lain yang disebut sebagai Sultan Sulu, kecuali Esmail, yang ditemuinya pada 2012.

Seramai 13 rakyat Filipina dan seorang rakyat tempatan membela diri di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah di sini terhadap pelbagai pertuduhan yang didakwa dilakukan mereka di antara 12 Feb dan 10 April 2013.

Sebahagian daripada mereka menghadapi satu hingga pelbagai tuduhan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Sebahagian yang lain pula dituduh secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas atau mendapatkan dan memberi sokongan kepada sebuah kumpulan pengganas.

Perbicaran bersambung esok. - Bernama


Kenali Muhammad Ibrahim, gabenor baru Bank Negara

Posted: 27 Apr 2016 05:51 AM PDT

MALAYSIAKINI




Datuk Muhammad Ibrahim yang bakal menduduki kerusi Gabenor Bank Negara, berkuat kuasa 1 Mei ini adalah antara tiga calon utama yang disebut-sebut sebelum ini untuk menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang menamatkan kontrak beliau hujung bulan ini.

Dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi, Muhammad secara sahnya ditabalkan sebagai gabenor ke-8 untuk tempoh lima tahun lagi setelah 32 tahun berkhidmat dengan bank pusat itu dalam pelbagai bahagian.

Antara bahagian yang pernah mendapat sentuhan Muhammad sebelum ini ialah peraturan dan pemantauan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan pesisir dan perbendaharaan serta pasaran kewangan.

Pendakian beliau yang sering digelar Datuk MI dalam bank pusat itu sarat membawa pengalaman sehinggalah beliau diangkat ke jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara sejak 2010.

Beliau juga ahli Jawatankuasa Dasar dan Kestabilan Kewangan Bank Negara yang bertanggung jawab dalam pembangunan pasaran kewangan dan operasi Perbendaharaan termasuk tukaran matawang asing dan pengurusan rizab bank pusat.

Pada masa yang sama, beliau turut memantau pembangunan perbankan termasuk kewangan Islam dan sektor insurans.

Tidak terhad kepada itu, Muhammad juga merupakan individu yang bertanggung jawab dalam memacu agenda Malaysia ke arah migrasi kepada pembayaran secara elektronik atau e-Payments untuk menjana kecekapan kos dan operasi kepada perniagaan.

Beliau turut terlibat secara aktif dalam usaha secara kolaboratif dengan bank pusat serantau untuk membangunkan platform penyelesaian bayaran pelbagai matawang bagi melanjutkan rangkaian dalam transaksi merentasi sempadan dalam perdagangan dan pelaburan.

Dari sudut pengajian, selain melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Harvard, Amerika Syarikat, beliau turut memegang sijil Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya dan Diploma Lanjutan Perbankan Islam dan Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain memegang jawatan nombor dua bank pusat, Muhammad juga menjawat pelbagai portfolio dalam pelbagai bidang korporat dan badan profesional.

Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan, ahli Lembaga Dana Persaraan Diperbadankan, ahli Institut Akauntan Malaysia selain ahli panel Dana Amanah Nasional.

Di samping itu, beliau juga Pengerusi Senat Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam, Pengerusi Jawatankuasa Irving Fisher Statistik Bank Pusat, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa dan felow Institut Ahli Perbankan Bertauliah Asian.


Muhammad janji laksana tanggungjawab sebaik mungkin

Posted: 27 Apr 2016 05:49 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Zeti mempunyai keyakinan tinggi terhadap keupayaan Muhammad untuk mengetuai BNM pada masa hadapan.


BNM-1


KUALA LUMPUR: Datuk Muhammad Ibrahim yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baru, berjanji akan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin.

Muhammad yang merupakan Timbalan Gabenor, dilantik sebagai Gabenor BNM yang baru selama lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei ini, bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, 68, yang akan bersara pada 30 April ini.

"Saya menerima pelantikan sebagai gabenor dengan rendah hati. Saya melihatnya sebagai peluang untuk berkhidmat kepada negara. Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas Gabenor BNM dengan sebaik mungkin," kata Muhammad dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, adalah penting bagi bank pusat mengekalkan kestabilan kewangan dan monetari, terus fokus terhadap agenda strategik dan berusaha ke arah menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.

Muhammad turut melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di atas keyakinan serta kepercayaan yang diberikan kepadanya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dr Zeti di atas kepimpinan dan sumbangan besar beliau kepada BNM dan negara," katanya.

Sebagai Timbalan Gabenor BNM sejak 2010, beliau menganggotai Jawatankuasa Dasar Monetari dan Kestabilan Kewangan BNM serta bertanggungjawab dalam pembangunan pasaran kewangan dan operasi perbendaharaan, termasuk pertukaran asing dan pengurusan rizab bank pusat.

Beliau turut bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor perbankan dan insurans.

Muhammad juga berkhidmat sebagai Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan; Anggota Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan); Anggota Institut Akauntan Malaysia dan anggota panel Kumpulan Wang Amanah Negara.

Beliau adalah memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti Harvard serta Diploma Lepasan Ijazah Perbankan dan Kewangan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, Zeti berkata, pelantikan Muhammad sangat positif buat negara.

"Beliau yang merupakan sebahagian daripada pasukan dasar kami di bank pusat ini, akan dapat meneruskan kesinambungan yang sangat diperlukan dalam tempoh tidak menentu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zeti berkata, beliau mempunyai keyakinan tinggi terhadap keupayaan Muhammad untuk mengetuai BNM pada masa hadapan.– BERNAMA

1MDB: Kehilangan berbilion isu dalaman bagi IPIC selesaikan

Posted: 27 Apr 2016 05:26 AM PDT

MALAYSIAKINI




1MDB hari ini berkata dana AS$3.5 bilion yang dibayar oleh firma pelaburan Malaysia itu tetapi tidak diterima oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) adalah "masalah dalaman" untuk diselesaikan oleh firma milik Abu Dhabi itu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata ini kerana dana Malaysia itu berurusan secara langsung dengan eksekutif kanan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS.

"1MDB menegaskan bahawa ia berurusan dengan eksekutif kanan, justeru urus niaga itu mengikat IPIC dan Aabar Investments PJS sebagai syarikat korporat - maka, ia adalah isu dalaman mereka untuk diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Adalah dilaporkan bahawa penyiasat antarabangsa percaya wang berkenaan terpesong daripada 1MDB kepada sebuah syarikat di Kepulauan British Virgin yang mempunyai nama yang hampir sama dengan Aabar Investments PJS tetapi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan IPIC.

Wang berkenaan adalah sebahagian daripada deposit yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada Aabar Investments PJS sebagai jaminan untuk dua bon yang diterbitkannya.

Ia juga sebagai bayaran bagi penamatan pilihan untuk Aabar melanggani 49 peratus pegangan dalam aset kuasa milik firma pelaburan Malaysia itu.

Walau bagaimanapun, Arul Kanda berkata 1MDB akan membantu dalam menyelesaikan perbezaan pendapatnya dengan IPIC.

"1MDB tidak akan menjauhkan diri dan berharap untuk menyelesaikan pertikaian ini bersama IPIC melalui perbincangan dan jika perlu ke timbang tara, untuk memastikan penyelesaian segera, demi kepentingan semua pihak berkepentingan.

"Dalam pada itu, 1MDB akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia dalam siasatan yang sedang dijalankan ke atas syarikat itu.

"1MDB sentiasa berpendirian dan terus mengekalkan pendirian bahawa jika ada bukti salah laku ditemui, maka tindakan perlu diambil, menurut undang-undang," katanya.

Ketika kontroversi berbilion dolar yang hilang itu, IPIC enggan memenuhi peranannya sebagai penjamin bon 1MDB dengan membayar faedah.

Ini menyaksikan keingkaran di pihak 1MDB semalam selepas IPIC tidak membayar faedah AS$50 juta ke atas bon jaminannya itu.


“Selangor bukan saingan Johor”, saya setuju dengan MB

Posted: 27 Apr 2016 05:17 AM PDT

Oleh Mahdzir Ibrahim


Jika YM Tengku Mahkota Johor (TMJ) berani melakukan perubahan, mengapa kita tidak?
 
 
 
khaled 


Saya bersetuju seratus peratus dengan hujah Menteri Besar Johor dalam ucapannya pada Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-13, baru-baru ini.

Kata MB Johor "kita tidak pernah memandang Selangor sebagai perbandingan dan suri teladan yang baik untuk Johor. Selangor bukan 'standard kita'. Johor telah berada dalam liga yang berlainan dan tersendiri. Kita akan menjadi kuasa ekonomi baharu Malaysia".

Jelas sekali bahawa saya berkongsi hasrat yang sama untuk melihat Johor lebih maju dan berada dalam kelas yang tersendiri. Justeru itu, tidak ada alasan untuk kerajaan negeri Johor untuk tidak melakukan reformasi Dewan Negeri.

Persoalan reformasi Dewan Negeri ini bukan berdasarkan polemik politik, tetapi ia adalah keperluan semasa yang memerlukan komitmen semua pihak untuk memberi perhatian yang sewajarnya.

Fungsi Dewan Negeri

Dewan Negeri adalah tempat dimana dasar kerajaan negeri dan kerajaan tempatan digubal menjadi suatu polisi sosial, ekonomi dan pentadbiran untuk dilaksanakan. Kewujudan dewan negeri ini pada asasnya untuk memastikan sistem semak dan imbang oleh kerajaan dan agensi-agensinya dapat berfungsi.

Matlamatnya pula adalah untuk memastikan setiap dasar yang dicadangkan itu, dapat dibahas demi mencari kesepakatan sebelum ia direkod dan disahkan (gazet) sebagai suatu dasar atau undang-undang sebelum ia dilaksanakan sebagai akta.

Antara fungsi dan aktiviti lain yang berlaku didalam Dewan Negeri adalah membahaskan titah Ucapan Sultan, membawa usul-usul untuk dibahaskan, membawa rayuan-rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negeri, mengemukakan pertanyaan kepada Menteri Besar, memberi peluang kepada Ahli Dewan Negeri untuk berbahas, memberi peluang kepada Menteri Besar untuk memberikan penjelasan dan juga pembentangan belanjawan negeri.

Dari sistem asas yang berfungsi inilah, maka hari ini kita berjaya mengecapi kemajuan ekonomi dan sosial seperti yang kita nikmati sekarang. Namun, setiap kemajuan yang dicapai, pastinya wujud had yang mana keperluan tambahan diperlukan bagi memastikan kelangsungan pembangunan itu kekal berjalan.

Mengapa Perlu Reformasi?

Jika perniagaan, pastinya ia memerlukan suntikan modal tambahan, baik daripada pemegang sahamnya atau dari sumber-sumber lain seperti pemilikan aset-aset yang baru atau teknologi baru.

Dalam sukan bolasepak juga, jika kita lihat pasukan JDT apabila diambil alih kepimpinan dengan membawa masuk sistem dan input yang baru, kita dapat lihat perkembangan pasukan ini, malah ia berkembang bukan sahaja dalam konteks sukan tetapi ekonomi dan sosial.

Ini adalah natijah apabila berlaku reformasi dalaman atau luaran pada mana-mana entiti untuk menjadi lebih maju, berdaya saing dan berjaya.

Dalam konteks demokrasi, integriti dan pentadbiran, Dewan Negeri Johor merupakan simbol yang ulung, bukan sahaja dalam konteks Johor malah di Malaysia apabila perlembagaan negeri ini merupakan perlembagaan bertulis dan bersistem yang pertama digubal di Malaysia.

Hinggakan, Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini dibentuk dengan merujuk kepada Perlembagaan Johor atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor ini.

Justeru itu, adalah wajar kerajaan negeri Johor menilai kembali fungsi dan peranan Dewan Negeri demi memastikan suntikan baru dapat dibentuk menerusi reformasi fungsi Dewan Negeri.

Menolak Pengiktirafan

Benar, menurut Speaker Dewan Negeri Johor bahawa untuk mewujudkan atau mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang Dewan, tidak ada dalam klausa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Namun demikian, hujah ini tidak dapat disandarkan kerana, kita harus melihat kedudukan Ketua Pembangkang Negeri sebagai elemen penting reformasi Dewan Negeri, bukan sekadar mewujudkan atau mengesahkan statusnya atau gajinya.

Jika kita mampu untuk melihat kedudukan Ketua Pembangkang dalam konteks salah satu elemen reformasi sistem Dewan Negeri, pastinya hujah 'tiada peruntukan dalam perlembagaan Johor' ini menjadi tidak releven. Hujah Tan Sri Speaker itu sekadar memberitahu atau memaklum bahawa 'tiada peruntukan perlembagaan', ini bukan jawapan.

Dalam hal 'Perlembagaan' ini pula, ia bukanlah bersifat kekal tanpa boleh dipinda-pinda, buktinya sudah empat kali berlaku pindaan terhadap perlembagaan ini sejak ia mula wujud dan diperkenalkan iaitu Perubahan pertama pada 1 April 1908, kedua pada 17 September 1912, Ketiga pada 12 Mei 1914 dan Perubahan Keempat pada 17 Julai 1918. Kali terkahir ia dipinda ialah 98 tahun yang lalu.

Maka, pada era yang sudah semestinya memerlukan nafas baru ( selepas hampir seratus tahun ), maka sewajarnya aspek ini perlu diberi perhatian oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri.

Kita ulangi lagi bahawa, hasrat untuk membuat pindaan ini bukan sekadar kosmetik pihak pembangkang, tetapi ia berdasarkan justifikasi untuk melakukan reformasi sistem semak dan imbang di Dewan Negeri yang mulia itu.

Bersetuju Dengan MB Johor

Sekali lagi saya ingin memetik ucapan YAB Dato' Menteri Besar Johor dalam sidang dewan yang sama baru-baru ini, " Ini abad ke 21. Belajarlah mengiktiraf perkara yang baik. Demokrasi kita telah cukup dewasa dan matang ".

Menteri Besar sendiri memperakui bahawa zaman ini telah berubah, dan meminta anggota dewan (ditujukan kepada wakil rakyat pembangkang) untuk belajar mengiktiraf perkara yang baik.

Justeru, saya sebagai ahli DAP, amat bersetuju dengan saranan Dato' Menteri Besar Johor agar kita bersama-sama berubah mengikut peredaran zaman dan belajar untuk mengiktiraf perkara yang baik.

Nah, marilah kita lakukan reformasi Dewan Negeri dengan memberi pengiktirafan sewajarnya kepada Ketua Pembangkang, sebagai langkah permulaan.

Hasrat saya sebagai ahli DAP, saya mahu wakil rakyat pembangkang di Johor ini lebih baik prestasinya berbanding anggota pembangkang di negeri Selangor. Malah saya juga mahu kerajaan negeri Johor ini lebih matang dan terbuka daripada kerajaan negeri Selangor.

Kematangan demokrasi di Dewan Negeri ini akan menjadi kayu ukur bagi menilai kemajuan negeri kita. Kita lakukan sekarang dengan semangat demokrasi yang tulen. Jika YM Tengku Mahkota Johor (TMJ) berani melakukan perubahan, mengapa kita tidak? Ayuh kita ikut contoh teladan yang baik ini.

*  Mahdzir Ibrahim adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP Negeri Johor

Ular sawa batik masuk sekolah

Posted: 27 Apr 2016 05:11 AM PDT

 
Pengawal keselamatan menemui ular berkenaan di dalam longkang, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.


ular_sekolah_600


KOTA BHARU: Seekor ular sawa batik sepanjang lebih lima meter ditemui di kawasan Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Tumpat, pagi tadi.

Guru Besar, Mohd Hasmy Hashim berkata, pengawal keselamatan menemui ular berkenaan di dalam longkang, kira-kira jam 6.30 pagi.

"Nasib baik kerana kebanyakan murid masih belum tiba di sekolah. Pihak sekolah terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menangkap reptilia berkenaan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Ahmad Yani Muhammad berkata, pihaknya menyarankan sekolah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan mereka.

Beliau turut menasihatkan pihak keselamatan sekolah supaya membuat rondaan pada awal pagi, bagi memastikan tiada ular memasuki kawasan sekolah.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Tanah Merah menerima 88 kes berhubung penemuan ular oleh penduduk, sejak Februari lalu.

Pengawai Operasinya, Mohd Fadli Hassan berkata, pada Febuari lalu, pihaknya menerima 28 panggilan, 33 panggilan pada Mac dan 27 panggilan dalam bulan ini sehingga semalam.

"Kes terbaru ialah semalam, di mana pihak kami menangkap seekor tedung selar sepanjang tujuh meter di sebuah rumah di Kampung Lubuk Agol, Chawas," katanya.

Sarawak-Putrajaya bincang kaji dasar kabotaj

Posted: 27 Apr 2016 05:08 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Sarawak mahu membawa masuk barangan tanpa perlu lagi melalui Pelabuhan Klang sehingga menyebabkan kos berganda


Abang-Johari


KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang berbincang dengan kerajaan pusat untuk mengkaji Dasar Kabotaj bagi menarik lebih banyak pelaburan serta mewujudkan ramai lagi usahawan di negeri ini.

Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berharap melalui kajian itu, mana-mana produk dan bahan berasaskan makanan boleh terus dibawa ke negeri ini, dan tidak perlu lagi melalui Pelabuhan Klang sehingga menyebabkan kos berganda.

"Perdagangan kita banyak. Kita boleh import terus makanan dari Guangzhou, Beijing dan Hongkong tanpa melalui Pelabuhan Klang.

"Malah, kalau ada hubungan dengan India, kita boleh import bawang terus dari sana dan ini menguntungkan rakyat Sarawak," katanya ketika merasmikan Sama Kampung KitchenWare Sdn Bhd di sini.

Beliau berkata ia juga akan menggalakkan lebih ramai usahawan untuk terus berurus niaga, serta melahirkan banyak golongan itu yang menceburi perniagaan berasaskan industri makanan yang baharu.

Di bawah Dasar Kabotaj, pengangkutan barang-barang dan penumpang dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke pelabuhan atau tempat lain di negara ini, hendaklah diangkut dengan kapal berdaftar dengan Malaysia dan mempunyai lesen perkapalan dalam negeri yang sah.

Sementara itu, Abang Johari yang bertanding untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, menggesa lebih ramai usahawan tempatan membangunkan hasil pertanian dengan mengambil peluang daripada kawasan yang luas di Sarawak.

"Tanah kita luas. Kita boleh labur dalam pelbagai hasil pertanian untuk pasaran tempatan dan luar. Cara berniaga kita perlu berubah, kita tidak boleh seperti dahulu," katanya.-BERNAMA

Imigresen siasat video pukul pekerja asing

Posted: 27 Apr 2016 04:59 AM PDT

 
Pengarah tidak mahu mengulas kerana kes masih dalam siasatan


Datuk-Sakib-Kusmi


PETALING JAYA: Imigresen sedang menyiasat video yang menunjukkan seorang individu yang dikatakan pegawai jabatan itu memukul seorang individu yang dikatakan pekerja asing warganegara India.

Ketika dihubungi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi tidak mahu mengulas mengenai siasatan yang sedang dijalankan.

"Masih dalam siasatan. No komen," katanya ringkas kepada FMT.

Beliau dihubungi bagi mendapatkan maklum balas kepada gesaan Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) kepada Jabatan Imigresen supaya tampil memberi penjelasan berkenaan isu ini.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu didedahkan MyWatch baru-baru ini dan memaparkan individu berjantina wanita bertindak kasar keatas seorang lelaki yang telah ditahan dipercayai kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Rakaman itu menunjukkan wanita berkenaan menendang dan memukul bahagian tubuh lelaki itu beberapa kali.

Sehubungan itu, Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan menggesa Jabatan Imigresen Malaysia mengambil tindakan terhadap si pemukul.

Sanjeevan mendakwa si pemukul patut dipecat kerana melanggar tatacara pengendalian piawai (SOP) pihak berkuasa dan mencemar nama baik Imigresen.

Annuar Musa sokong Jamal dilarang ke Sarawak

Posted: 27 Apr 2016 04:51 AM PDT

 
Annuar berpendapat, tindakan Sarawak menyekat kemasukan Jamal ke negeri itu adalah pengajaran baik kepada sesetengah pihak, supaya tidak memainkan politik perkauman.


anuar-musa


PETRAJAYA: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyokong tindakan Sarawak melarang pemimpin akar umbi parti itu, Datuk Jamal Md Yunos ke Bumi Kenyalang.

Jelasnya, tindakan Sarawak itu betul, memandangkan Pengerusi Gabungan NGO Melayu itu bersama tentera baju merahnya telah "balun" orang Cina.

"Saya rasa ia adalah pengajaran baik kepada sesetengah orang. Jangan main politik perkauman," tegasnya selepas menghadiri satu program sekolah, hari ini.

Annuar berkata, Sarawak mendahului negeri lain, kerana berani mengambil tindakan terhadap individu yang memainkan politik perkauman.

"Adenan telah tekankan, awak UMNO ke, siapa ke, kalau ada rekod buruk, tak mungkin awak boleh masuk (ke Sarawak).

"Kalau biar lama-lama, masing-masing dah kepala besar, susah nak kawal," katanya.

Semalam, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan sebagai berkata, lebih ramai individu akan dilarang menjejakkan kaki ke negeri itu, jika mereka "tidak berkelakuan baik".

Jelasnya, sekatan itu dilaksanakan bagi melindungi kepentingan orang Sarawak dan mengekalkan keamanan serta ketenangan di negeri itu.

Pada 14 April lalu, Jamal bersama tiga rakannya diarah pulang ke Semenanjung, sejurus mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 11.30 pagi.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu turut mendakwa pentadbiran Adenan bersikap dwistandard, kerana membenarkan badan bukan kerajaan pembangkang menjejakkan kaki ke negeri itu.

Selain Jamal, individu lain yang turut disenaraihitamkan Jabatan Imigresen Sarawak termasuk Wan Muhammad Azri Wan Deris yang lebih dikenali sebagai Papagomo, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali dan pensyarah kontroversi, Prof Ridhuan Tee Abdullah.

Pilihan Raya Sarawak PKR sedia berbincang, DAP pula bagaimana?

Posted: 26 Apr 2016 05:46 PM PDT




 
Oleh Mohamad Fadli


PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR berkata masih ada peluang untuk membaiki situasi di enam kerusi yang bertindih dengan DAP menjadi pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Ahli Biro Politik PKR, Mansor Othman berkata kedua parti perlu mempunyai kemahuan untuk "memberi dan menerima" sekiranya mahu menjayakan matlamat bersama dalam pilihan raya kali ini.

"Kita masih mempunyai peluang sebelum hari mengundi untuk memenuhi harapan rakyat supaya hanya ada pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional.

"Kita sentiasa bersedia untuk duduk berbincang, dan bersedia untuk terus memberi peluang kepada usaha ini, dalam semangat yang saksama, saling memberi dan menerima, demi matlamat yang lebih agung.

"Adakah rakan-rakan seperjuangan kita bersedia untuk melakukan yang sama?" soal Mansor, merisik keberanian DAP untuk kembali ke meja rundingan.

Kenyataan Mansor ini mengulangi seruan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang ditujukan kepada rakan-rakannya dalam PKR dan DAP agar kembali berbincang dan membentuk kesepakatan baharu.

Menurut Mansor, kegagalan PKR dan DAP mencapai kata putus yang boleh diterima kedua pihak merupakan "kesilapan milik bersama".

"Saudara Azmin (Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali) menghubungi saudara Guan Eng (Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng) dan mencadangkan penyelesaian pertindihan 5 kerusi dengan 3 diserah kepada PKR manakala 2 lagi kepada DAP untuk mengelak pertandingan tiga penjuru.

"Akan tetapi saudara Guan Eng enggan mempertimbangkan sebarang jalan penyelesaian secara baik untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru," jelas Mansor, menjawab kisah rundingan pengagihan kerusi.

Menurut Mansor, PKR pertama-tamanya bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru sekiranya rundingan dengan DAP gagal.

Semalam, ketua sayap wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin berkata PKR akan terus berkempen di kesemua kerusi yang bertindih.

"Kegagalan proses rundingan antara KEADILAN dan DAP amat dikesali," kata Mansor, "malah perbalahan yang berlaku selepas itu juga dikesali. Walau bagaimanapun, kita kini perlu bersatu hati."

1MDB diisytiharkan ingkar, kerajaan bakal tanggung hutang berbilion ringgit

Posted: 26 Apr 2016 05:41 PM PDT

tony pua

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan menanggung semua krisis hutang syarikat pelaburan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas ia diisytiharkan ingkar hari ini, kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua.

Beliau berkata, pengisytiharan tersebut akan memberi pilihan kepada pemegang-pemegang bon untuk memaksa kerajaan membayar semua hutang bagi pihak 1MDB kepada mereka.

Menurutnya, syarikat milik Kementerian Kewangan itu diisytiharkan ingkar selepas ia gagal membayar faedah AS$50.3 juta kepada pemegang-pemegang bon sebelum ini setelah International Petroleum Investment Corporation (IPIC) enggan lagi menjadi penjamin 1MDB.

"Kegagalan 1MDB untuk membayar faedah sebanyak AS$50.3 juta kepada pemegang bon akan menyebabkan IPIC terpaksa membayar balik AS$ 1.75 bilion bon yang sebelum ini dijaminnya bagi pihak 1MDB.

"Selepas itu, IPIC akan membuat tuntutan ke atas Kementerian Kewangan berdasarkan perjanjian antara penjamin. Jika Najib enggan berbuat demikian, ia bukan sahaja menyebabkan krisis kewangan, tetapi juga krisis diplomatik," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, tadi.

Beliau berkata, di bawah perjanjian pertukaran hutang-aset antara 1MDB dengan IPIC, ia jelas menyatakan bahawa Kementerian Kewangan akan bertanggungjawab untuk membayar kembali wang yang dijamin IPIC sebelum ini bagi pihak 1MDB.

Menurutnya, halaman 62 dalam laporan PAC menyatakan, "Dalam Interguarantor Agreement yang ditandatangani antara 1MDB dan IPIC bertarikh 21 Mei 2012, 1MDB dikehendaki mendapatkan Ministry of Finance Inc., untuk melunaskan semua principal dan kos berkaitan yang didahulukan oleh IPIC sekiranya 1MDB gagal melaksanakan obligasinya sebagai penjamin.."

IPIC pada tahun lalu membayar AS$103 juta bagi pihak 1MDB sebagai sebahagian daripada obligasinya selepas menjamin dua bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion pada 2012. Menurut jaminan itu, IPIC bertanggungjawab membayar kembali AS$3.5 bilion serta semua faedah jika 1MDB gagal berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, IPIC tidak lagi mahu membayar pokok dan faedah bagi pihak 1MDB setelah mendapati bahawa anak syarikatnya, Aabar Investment PJS yang dijanjikan oleh 1MDB untuk menerima wang sebanyak AS$1.4 bilion, tidak pernah menerima wang tersebut.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara kemudiannya menggesa Pengerusi 1MDB, Arul Kanda Kandasamy membuat laporan polis berhubung penyelewengan yang berlaku dalam syarikat milik kerajaan tersebut.

"Arul baru-baru ini akhirnya mengaku kepada media bahawa berlaku penyelewengan dalam syarikat 1MDB. Kami (pembangkang) sudah sebut tentang perkara itu sejak dulu.

"Jika Arul sebagai Pengerusi 1MDB sendiri percaya wujud salah laku dalam syarikat, beliau perlulah buat laporan polis untuk membuktikan bahawa beliau tidak terlibat dengan penyelewengan tersebut," katanya. – Roketkini.com


Comments (0)