Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:40 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


'Cawangan Umno jangan buat usul minta PM letak jawatan'

Posted: 24 Apr 2016 05:26 AM PDT

BERNAMA




Ketua-ketua cawangan UMNO disaran agar tidak mengemukakan usul yang boleh menyebabkan perpecahan parti semasa mesyuarat cawangan UMNO yang sedang berlangsung kini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua anggota UMNO perlu memberi sokongan kepada pemimpin bagi memastikan sesebuah kerajaan dan institusi dapat dipertahankan.

"Tak payahla cawangan buat usul bukan-bukan, jika buat maknanya bermulalah perpecahan antara kita. Ini yang pembangkang nak, melihat UMNO berpecah. Jangan buat usul nak suruh perdana menteri atau menteri besar letak jawatan.

"Ini negara demokrasi yang ditentukan Perlembagaan. Perdana Menteri kita ditentukan secara demokrasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Muafakat JKKK Kedah bersama Pemimpin di Alor Setar hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengenai dakwaan ugutan terhadap pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang ingin mengemukakan usul tidak menyokong perdana menteri pada mesyuarat cawangan UMNO, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata ia tidak benar.

"Setakat ini, tiada kes JKKK (yang juga Ketua Cawangan UMNO) diugut untuk tidak disambung kontrak sekiranya mengemukakan usul sedemikian. Tanggungjawab pemimpin cawangan pertahankan parti, jadi usul gulingkan pemimpin bukan tanggungjawab anggota parti," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta agar JKKK dan Ketua Cawangan UMNO berhenti menjadi jurucakap kepada pembangkang dengan menyebarkan fitnah dan agenda pembangkang.

"JKKK sebagai barisan hadapan sepatutnya menjadi pemimpin yang mampu terangkan keadaan sebenar dan bukannya penyebar fitnah," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya mempertimbangkan untuk memberi bantuan secara one-off kepada penoreh dan pekebun kecil yang terjejas pendapatan ketika musim tengkujuh.

Bagaimanapun katanya, perkara itu masih dalam peringkat cadangan dan akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan terlebih dahulu.-Bernama


PRN Sarawak: Jagdeep pula disekat masuk

Posted: 24 Apr 2016 05:13 AM PDT

 
Sekatan berkenaan merupakan isyarat jelas bahawa Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem seorang penakut untuk membawa demokrasi yang sihat.


jagdeep


PETALING JAYA: Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menjadi individu terbaru dihalang masuk ke negeri tersebut.

Beliau yang kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak itu juga mendakwa sekatan berkenaan merupakan isyarat jelas bahawa Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem seorang penakut untuk membawa demokrasi yang sihat.

"Saya amat kecewa selepas dinafi memasuki Kuching, Sarawak oleh Jabatan Imigresen, semasa tiba di sini pada jam 9 pagi ini. Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan saya seorang warganegara Malaysia, dan secara undang-undang dan perlembagaan, saya mempunyai hak untuk masuk ke Sarawak.

"Penafian kemasukan saya dan lain-lain individu sebelum ini dalam tempoh pilihan raya Sarawak jelas menunjukkan bagaimana sistem ini tidak demokratik. Tetapi yang lebih penting, ia isyarat bahawa kerajaan negeri Sarawak yang diketuai oleh Adenan takut menuju ke arah demokrasi yang sihat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bukan itu sahaja, Jagdeep turut menggesa supaya diberi penjelasan sebab dihalang masuk ke negeri Sarawak dan bukan sekadar alasan 'saya hanya menjalankan arahan Pihak Berkuasa Negeri' sahaja.

"Pegawai imigresen, Cik Goh memberitahu yang dia hanya melaksanakan arahan kerajaan negeri. (Saya hanya melaksanakan arahan Pihak Berkuasa Negeri) bila saya tanya sebab dihalang.

"Apabila saya tanya dia di bawah peruntukan undang-undang apa, dia (pegawai imigresen) menyatakan tidak dapat memberi sebarang jawapan dan menyatakan bahawa beliau hanya melaksanakan arahan kerajaan," ujarnya.

JIKA NAJIB TIDAK BERUNDUR, GANDINGAN MAHATHIR - ANWAR ADALAH LAWANNYA DALAM PRU 14 NANTI

Posted: 24 Apr 2016 05:11 AM PDT

shahbudindotcom


Setelah sekian lama bermusuhan, secara semangatnya Gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat yang bertujuan mendesak pengunduran Najib Razak telah mencantumkan semula Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim yang bermusuhan sejak 1998 yang lalu.

Bermula dengan Anwar menyatakan sokongan terbuka kepada usaha yang dilakukan oleh Tun Mahathir mewujudkan Deklarasi Rakyat, sambil mengatakan demi kepentingan negara, beliau sudah pun memaafkan bekas Perdana Menteri itu, ia kini memasuki episod yang lebih jelas apabila Gerakan Selamatkan Malaysia turut diketuai oleh Kamaruddin Jaafar.

Kamaruddin, Ahli Parlimen Tumpat,  memang diketahui umum sebagai orang kepercayaan Anwar sejak dulu. Apabila Anwar dipecat daripada UMNO, beliau memilih menyertai Pas dan dilantik sebagai Setiausaha Agung parti itu. Apabila Pas bermasalah di mana sebahagiannya menubuhkan Amanah, beliau sebaliknya memilih menyertai PKR.

Namun di mana pun Kamaruddin berada, hati dan kesetiaannya tetap pada Anwar. Selain beliau kini menjadi Ketua Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia, Azmin Ali yang juga merupakan orang kanan Anwar telah bermurah hati menyediakan sebuah pejabat bagi gerakan tersebut.

Difahamkan juga bahawa Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR turut tiada bantahan terhadap perlantikan Kamaruddin itu yang sekaligus memberi gambaran semua elemen yang rapat dengan Anwar sedia untuk bersama Tun Mahathir.

Melalui pimpinan baru Gerakan Selamatkan Malaysia bagi mencapai matlamat awal mengumpul sejuta tandatangan Deklarasi Rakyat dan akan mempunyai pejabat sepenuh masa, Tun Mahathir dilaporkan telah menyatakan persetujuan untuk turun ke negeri-negeri bagi semua program yang akan diatur nanti.



Bermakna, secara tidak langsung sudah wujud kebersamaan nurani antara Tun Mahathir dengan Anwar bagi menumbangkan Najib.

Kebersamaan itu bukan saja untuk mendesak pengunduran Najib dalam tempoh segera, khususnya berkaitan skandal 1MDB dan wang RM2,600 juta, malah jika Perdana Menteri terus berdegil tidak mahu berundur, ia pasti akan berlarutan sehingga kepada pertembungan dalam pilihanraya akan datang.

Maka, PRU 14 akan menyaksikan pertembungan paling sengit bagi UMNO dan BN di mana Tun Mahathir tidak mustahil akan menjadi pencatur utama parti-parti pembangkang, kecuali Pas yang mungkin memilih bertanding secara sendirian.

Penglibatan Tun Mahathir bersama parti-parti pembangkang lebih sukar dielakkan jika bersama kedegilan Najib tidak mahu berundur itu turut disertai dengan tindakan memecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir daripada UMNO. 

Dengan terpecatnya mereka itu, pilihan yang ada bagi ketiga-tiga bekas pemimpin UMNO itu ialah dengan bertanding dalam pilihanraya sama ada sebagai calon Bebas yang disokong oleh Pakatan Harapan atau menggunakan simbol salah satu parti dalam gabungan itu.

Melalui Anwar yang akan memberi idea daripada dalam penjara manakala Tun Mahathir bersingsing lengan di pentas-pentas kempen, kemenangan dan kemampuan menubuhkan kerajaan pasti menjadi amat sukar bagi UMNO dan BN.

Gandingan Tun Mahathir dan Anwar yang bakal menjadi mimpi ngeri bagi UMNO dan BN itu hanya dapat dielakkan jika Najib sedia meletakkan jawatannya dengan segera.

Pilihan kini di tangan Najib, bukan di tangan Tun Mahathir atau Anwar.

PERKASA minta IGP jelaskan syarikat senjata milik anak

Posted: 24 Apr 2016 05:09 AM PDT

Terence Tang

 


Pertubuhan pendesak Melayu, PERKASA menggesa Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan sekiranya firma senjata api milik anaknya mendapat manfaat daripada kedudukannya sebagai ketua polis negara.

Ketua Biro Pemantauan dan Integriti PERKASA Azrul Akmal Saharudin berkata Khalid perlu menjelaskan bila syarikat senjata api anaknya itu ditubuhkan dan adakah syarikat itu beroperasi ketika beliau memegang jawatan ketua polis negara.

"Pertama, dia kena jelaskan, syarikat anak dia ni dapat apa projek, (dapat) tender dari PDRM atau tak.
"Kita nak tau jangkamasa bila, semenjak dia jadi IGP atau sebelum," katanya pada sidang media hari ini.

Katanya, jika terdapat bukti bahawa anak perempuan Khalid aktif dalam perniagaan senjata api sejak sebelum beliau menjadi ketua polis negara, maka ia tidak akan menjadi isu.

"Kalau sebelum tu, anak dia dah bergiat dalam bidang ini, itu tak ada masalah. Tapi kalau dia baru dilantik jadi KPN dan syarikat baru (ditubuhkan), ia akan menjadi isu," katanya

'Nancy tak matang sokong larangan masuk ke Sarawak'

Posted: 24 Apr 2016 05:07 AM PDT

MALAYSIAKINI




Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri "tidak matang" apabila menyokong larangan kemasukan ahli-ahli politik pembangkang ke Sarawak dengan alasan mengekalkan keharmonian, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Nancy, yang juga Ahli Parlimen PBB untuk Batang Sadong, menggesa orang luar yang tidak tahu mengenai negeri itu agar tidak campur tangan dengan keputusan berkenaan.

"Komen Nancy adalah tidak matang dan tidak masuk akal kerana tidak membenarkan ahli-ahli politik pembangkang masuk ke negeri itu, menafikan akses kepada pandangan alternatif, terutamanya di kawasan luar bandar.

"Ia merupakan satu pukulan terhadap semangat pilihan raya bebas dan adil kerana ahli politik pembangkang tidak dapat berkempen dan mendidik pengundi," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mempersoalkan sekiranya senarai individu diharamkan itu dilakukan kerana takut terhadap serangan pembangkang sejak pilihan raya negeri 2011.

Mereka yang dilarang memasuki Sarawak termasuk Ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong, Anthony Loke dan Tony Pua, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dan Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh.

Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah juga dihalang daripada masuk ke negeri itu.

El Nino: Tiada Lagi Tasik Di Taman Tasik Bukit Merah

Posted: 24 Apr 2016 05:04 AM PDT

Oleh: CHRISTOPHER TAN
 
 
Pemandangan di Bukit Merah Laketown Resort yang dirakamkan menggunakan drone. -fotoTHESTAR
 
 
 
KERIAN: Pembenihan awan telah dilakukan di utara tanahair, namun fenomena El Nino masih menjejaskan empangan seluas 4,000 hektar di sini, yang juga menjadi sebahagian daripada kawasan pelancongan Bukit Merah Laketown Resort.

Empangan Bukit Merah mempunyai paras air kurang dari enam meter dan hanya tinggal 14 peratus air walaupun mempunyai kawasan tadahan berkeluasan 480 km persegi.

Lebih dari dua pertiga permukaan tasik itu kini kering dan menjadi landskap sepi dengan tunggul-tunggul pokok mati yang selama ini ditenggelami air dapat dilihat.



"Selepas pembenihan awan, hujan turun hampir setiap petang dan malam tetapi ia tidak banyak membantu meningkatkan paras air empangan.

"Tasik ini telah kehilangan terlalu banyak air," kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Khamis.



Tolok hujan pada malam Rabu, katanya, menunjukkan hanya peningkatan sebanyak 2mm.

Sejak 11 April, pesawat yang sarat dengan garam halus diterbangkan untuk melakukan pembenihan awan di empangan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, pesawah padi mengalami kerugian besar kerana paras air yang ada tidak lagi mampu sampai ke pintu-pintu pelepasan empangan untuk disalurkan ke sawah mereka.

Mereka kini merayu kewangan untuk sara hidup daripada kerajaan Persekutuan melalui Pengerusi Pertubuhan Peladang Perak Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, yang berkata bahawa mereka telah kehilangan sekurang-kurangnya RM8 juta kerana musim penanaman yang terhenti.

Beratus-ratus kolam ikan arowana, yang boleh dilihat di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan di sebelah Tasik Bukit Merah, kini menahan stok ikan mereka yang bernilai ratusan ribu ringgit bagi setiap ladang di kolam-kolam takungan kerana masalah air.

Turut menerima kesan adalah Bukit Merah Laketown Resort.

Walaupun masih beroperasi, kebanyakan aktiviti tasik telah dihentikan.

Pemandu bot Mohd Yusof Shamsuri, 58, berkata, Pulau Orang Utan Bukit Merah telah ditutup selama dua minggu.

"Bot penumpang kami hanya tersadai di jeti," katanya.

Seorang penduduk kampung, Shamsudin Mohammad, 66, berkata tasik itu mula mengering pada bulan Disember.

"Kami berdepan dengan musim kering setiap tahun, tetapi ini adalah yang paling teruk yang pernah saya lihat sejak tinggal di sini pada tahun 1960.

"Tempat yang pernah menjadi kawasan yang sempurna untuk menangkap ikan kini tiada lagi," katanya.

Selain Empangan Bukit Merah, infokemarau.water.gov.my juga menyenaraikan dua empangan lain yang berada dalam zon bahaya.

Empangan Bukit Kwong di Kelantan hanya mempunyai 7.81 peratus air yang tinggal dan Empangan Labong di Johor hanya mempunyai 11.98 peratus air.

Tetapi keadaan adalah berbeza di Lembah Klang apabila pengurusan taman tema tidak bimbang mengenai potensi kekurangan air.

Pengurus Desa Water Park David Wan berkata mereka mempunyai tangki simpanan untuk menyediakan air yang cukup untuk taman itu beroperasi untuk sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari semasa krisis air.

Pengarah Pemasaran Sunway Lagoon Michelle Gregory berkata ancaman kekurangan air tidak berlaku kerana bekalan air di taman itu datang terus dari tasik dan sama sekali tidak bergantung kepada sumber-sumber luar.
 
 

Netizen kecam rekaan Baju Melayu tanpa baju

Posted: 24 Apr 2016 04:28 AM PDT

 
Memperlihatkan sesetengah model yang mengenakan koleksinya hanya memakai seluar sahaja.


baju-melayu


PETALING JAYA: Koleksi baju raya yang diilhamkan oleh pereka Anuar Faizal dikecam selepas membabitkan rekaan yang dilihat tidak sesuai untuk digayakan semasa Aidifitri.

Koleksi yang dinamakan Eid by Anuar Faizal itu memperaga sesetengah model yang mengenakan koleksi yang hanya berseluar.

Tindakan Anuar memuat naik beberapa keping gambar rekaannya laman sosial Instagram menarik perhatian netizen yang menggesa pereka itu menghormati bulan Syawal.

Seorang netizen, Afiqqkamal menyifatkan ia fesyen yang tidak bijak ekoran rekaannya itu mendedahkan aurat.

"Bodohnye la hai fesyen Baju Melayu macam ni, siap dedah aurat" katanya.

Selain, "Raya 2016 tidak ada baju, tahun 2017-2018 pakai spender dan bikini sahaja, yang penting selitkan warna-warna Aidilfitri," kata abam_ad96 pula.

Tidak kurang yang menyokong dan menyifatkan rekaan Anuar sebagai di luar kotak pemikiran pereka biasa.

"Creative people thinks outside the box.. good job," kata ronn_luffy.

Bagaimanapun, sehingga kini Anuar masih tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai rekaanya itu.

Wartawan Malaysiakini keluar Sarawak, bimbang ancaman keselamatan

Posted: 24 Apr 2016 04:26 AM PDT

 
Artikel yang disiarkan Khamis lepas melaporkan Annuar meminta rakyat Sarawak mengundi BN pada pilihan raya negeri 'supaya pemimpin Islam boleh terus menerajui kerajaan Sarawak.'


Steven-Gan,Kow-Gah-Chie-1


PETALING JAYA: Susulan penyebaran gambar seorang wartawan portal Malaysiakini di media sosial, pengarangnya terpaksa mengarah supaya wartawan itu meninggalkan Sibu, Sarawak kerana bimbang keselamatannya terancam.

Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan dilapor berkata, pengedaran gambar wartawan terbabit, Kow Gah Chie berlaku selepas dia didakwa menulis artikel mengelirukan dengan memetik kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Nangka, Annuar Rapaee.

"Walaupun kami telah memanggil semula Gah Chie atas sebab-sebab keselamatan, Malaysiakini akan terus membuat liputan pilihan raya di negeri itu dengan beberapa wartawan yang lain," katanya, lapor Malaysiakini, hari ini.

Artikel yang disiarkan Khamis lepas melaporkan Annuar meminta rakyat Sarawak mengundi BN pada pilihan raya negeri 'supaya pemimpin Islam boleh terus menerajui kerajaan Sarawak.'

Kemudian pada hari yang sama, Annuar memberi reaksi terhadap laporan itu memberitahu bahawa kenyataannya diambil di luar konteks.

Malaysiakini mempertahankan laporannya turut memetik Annuar menafikan bahawa beliau bermain sentimen kaum dan agama.

Manakala, polis Sarawak dilapor mengesahkan Gah Chie disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan.

Gan menambah, laporan polis itu sebagai percubaan terbaru untuk menakut-nakutkan wartawan di Malaysia.

"Ini bertujuan membawa kesan yang menakutkan ke atas media menjelang pilihan raya negeri. Kita tidak harus tunduk kepada gangguan itu," tegas Gan.

The New Straits Times hari ini memetik Penolong Pesuruhjaya Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Dev Kumar sebagai berkata, kes itu sedang disiasat berdasarkan enam laporan dibuat terhadap Gah Chie.

Dev, bagaimanapun memberitahu The New Straits Times bahawa beliau tidak dapat mengesahkan laporan yang berlegar di media sosial bahawa wartawan itu didakwa meninggalkan negeri itu tiba-tiba semalam.
"Kita tidak sedar bahawa dia diminta untuk meninggalkan Sarawak oleh majikannya," kata beliau.

Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan merujuk kepada siasatan ke atas sesiapa yang membuat, menyiarkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat untuk menghasut orang awam.

KEADILAN bertanding 40 kerusi, umum 35 calon muktamad

Posted: 24 Apr 2016 04:21 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUCHING : KEADILAN Sarawak mengumumkan untuk bertanding di 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 pada 7 Mei depan.

Pengerusinya, Baru Bian berkata demikian dalam satu sidang media di Kuching pada Jumaat.

PRN Srw


Beliau sebelumnya mengumumkan nama 35 calon yang dimuktamatkan dengan baki 5 lagi calon akan diputuskan sebelum penamaan pada Isnin depan.

"Kami mahu mengelakkan pertindihan, dan itulah sebabnya kami hanya akan mengumumkan lima kerusi apabila ia dimuktamadkan," katanya.

Setakat ini nama calon yang dimuktamadkan adalah seperti berikut.

Francis Teron Kadap Noyet (Opar), Jazolkipli Numan (Tanjung Datu), Morni Samsudin (Pantai Damai), Nurhanim Mokhsen (Tupong), Mohamed Salleh Shawkatali (Satok), See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Abang Junaidi Abang Gom (Asajaya), Athina Klaywa Sim (Serembu), Musa Ngog (Tarat), Alex Saben Nipong (Tebedu), Jamilah Baharuddin (Simunjan), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Lingga), Nicholas Mujah Ason (Balai Ringin), Jubri Atak (Bukit Begunan), Nicholas Bawin (Engkilili), Kolien Liong (Batang Ai), Yakup Daud (Saribas), Vernon Kedit (Layar), Noel Changgai Bucking (Bukit Saban), Jemat Panjang (Kalaka), Ali Biju (Krian), Semana Sawang (Meluan), Chen Nguk Fa (Machan), Abdul Raafidin Majidi (Nangka), Simon Joseph (Tamin), Joshua Jabeng (Kakus), Abdul Jalil Bujang (Jepak), Bill Kayong (Bekenu), Mohdak Ismail (Lambir), Elia Bit (Marudi), Roland Engan (Telang Usan), Jamal Brahim (Bukit Sari) dan Alex Lihan (Belaga).

Baru sendiri yang akan mempertahankan kerusinya di Ba Kelalan.

Hilang Kepercayaan, Bekas Setiausaha DAP Sarikei Tanding Tiket Bebas

Posted: 24 Apr 2016 04:17 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Wong Ching King.
 
 
SARIKEI: Akibat kecewa tidak dicalonkan dalam dua pilihan raya negeri lepas, bekas setiausaha DAP Sarikei mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok.

Wong Ching King, 50, yang keluar daripada parti itu awal bulan ini, mengesahkan akan bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN), 7 Mei ini.

Bekas pendidik itu berkata, beliau tidak puas hati dengan tindakan parti mengetepikannya sebagai calon buat kali ketiga berturut-turut.

Beliau mendakwa beliau sepatutnya menjadi calon untuk kerusi DUN Meradong pada PRN-10 pada April 2011.

Malangnya DAP mengekalkan penyandang kerusi itu, Ting Tze Fui sebagai calon di saat akhir pada PRN 2011, katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Wong berkata, pada pilihan raya kali ini, harapannya untuk menjadi calon DAP tidak kesampaian apabila namanya tidak disenaraikan untuk bertanding di DUN Repok.

"Saya sudah menyertai DAP begitu lama, daripada ahli biasa kemudian sebagai penolong setiausaha sehingga memegang jawatan setiausaha. Saya berkhidmat sepenuh masa untuk parti dan rakyat dengan penuh komitmen serta ikhlas.

"Tetapi saat-saat akhir muncul seorang wanita sebagai calon DAP di  Repok. Ini sebab saya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti peringkat negeri dan cawangan,"  katanya.

Dua hari lepas, DAP menamakan peguam muda, Yong Siew Wei untuk mempertahankan kerusi tersebut bagi menggantikan penyandangnya, Dr Wong Hua Seh, yang tidak dicalonkan semula kerana faktor kesihatan.

Wong, yang lebih mesra dipanggil Cikgu Wong mendakwa DAP membuat pemilihan calon bagi kawasan Repok ini secara tidak telus dan tidak mengambil kira senario terkini politik setempat, malah tidak langsung berbincang dengannya mengenai perkara tersebut.

"Ini yang saya tak dapat terima, sebab kalau ikut padangan orang awam setempat memang saya merupakan calon paling layak," dakwanya.

Ditanya apakah persiapan dilakukan bagi menghadapi pilihan raya nanti, Wong berkata, sejak 2011 lagi beliau sudah bergerak di peringkat akar umbi di kawasan Repok dan sekarang sudah bersiap sedia.

Beliau yakin mempunyai peluang untuk memenangi pilihan raya sebagai calon Bebas kerana mendapat sokongan menggalakkan daripada pengundi di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, perjuangan beliau adalah untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan akan memberikan perkhidmatan dengan penuh komitmen serta ikhlas demi pembangunan rakyat di kawasan Repok.

Dengan pengumuman Wong itu, Repok dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Wong, Yong dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Huang Tiong Sii, seorang ahli perniagaan. - Bernama

Berbeza tidak perlu bergaduh sahabatku

Posted: 24 Apr 2016 04:13 AM PDT



 
Oleh DR DZULKEFLY AHMAD 

 
Sahabatku...

Meskipun kita sudah tidak bersama dalam wadah yang pernah sama-sama kita dukungi....

Meskipun kita tidak lagi bermusyawwarah dan 'bertikam lidah' dalam mencari posisi yang terbaik dalam setiap laluan sukar dan getir, untuk memajukan perjuangan ini.

Meskipun kita telah punyai wadah yang berbeza untuk meneruskan perjuangan untuk seketika ini, semasa sisa-sisa hidup ini masih bermakna dan bererti lagi dalam kudrat yang masih dizinkan Ilahi....

Meskipun tampak bersimpang-siur laluan yang kita tempuhi mutakhir ini.. sejak berpisah dulu hari...

Namun harus kau ketahui sahabatku..

Sejak sebelum meninggalkan kau dulu lagi..telah ku pinta pimpinan tertinggi mempertautkan hati-hati ini, meskipun dalam seanika perbezaan dan perbalahan ide bagi mencari yang asli, murni, terkini dan kontemporari...

Meskipun kita berbeza pandangan...hati ini tidak sanggup memusuhimu kerana kita bersahabat bukan kerana wadah dan kepentingan dunia yang dicari...

Kita bersahabat kerana dipertautkan hati ini demi menjunjung tinggi perintah Ilahi, membebaskan manusia dari belenggu penguasa yang menzalimi, supaya kemuliaan insan (Karamah Insaniyah) diangkat agar membenteras segala bentuk diskriminasi dan kezaliman,  supaya rakyat disejahterakan dan negara di makmurkan dan.. Agama dimuliakan... lalu mencorak segala tata-kelola pentadbiran supaya bebas segala pembaziran, pembolotan, rasuah dan kebobrokan....

Justeru sahabatku...

Hakikatnya kita sudah berada di wadah yang berlainan buat kini.... Ayoh teruskan perjuangan di wadah yang diyakini...saling mendoakan kejayaan dan memaafkan kekurangan dan kesilapan..

Izinkan dinamika perjuangan menentukan bagaimana ia akan kembali mencari posisi terkuatnya nanti...kerana milik perjuangan ini pada hakikatnya ialah AlLah Azza Wajalla sendiri....

Hentikan segala kata-kata nista dan hamburan tuduhan yang akan melengahkan kita mengecapi redha Ilahi dan menjadikan kita ancaman bahan bakar neraka yang dibenci.....

Untuk seketika ini ..sama-sama kita layari perjuangan kita ini..di wadah yang berbeza...untuk memposisi perjuangan Islam yang sama-sama kita dukungi...dalam persaingan dan kerjasama sihat, adil dan murni sebaiknya kita tidak halangi..sebab didikan tawadhu' mengajar kita menginsafi..belum tentu siapa yang lebih mulia di sisi Ilahi..

Renungan Jumu'ah ni telah berada bersamaku buat sekian lamanya...tetapi takut untukku titipkan buatmu.. kerana khawatir akan pelbagai persepsi yang dibaca dari pelbagai sisi, lalu aku dicerca lagi....bukan takut dicerca tapi pilu hati ini.....

Akhirnya kurakamkan jua buatmu sahabatku!

Semoga kita sentiasa dirahmati AlLah.

Perang Maskot Mula Warnai PRN Sarawak

Posted: 24 Apr 2016 04:10 AM PDT

Oleh: D.KANYAKUMARI
 
 
 


PETALING JAYA: Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11, 'perang maskot' telah bermula.
Haiwan seperti burung, lebah atau badak sering menjadi pilihan dengan kebanyakan parti politik mempunyai maskot untuk mewakili mereka.

Antaranya, DAP yang memilih burung enggang yang dinamakan sebagai 'Ubah' sejak Pilihan Raya Negeri itu pada 2011.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pending, Violet Yong (DAP) memberitahu The Star Online bahawa parti itu memilih maskot tersebut kerana ia cara terbaik untuk berhubung dengan orang ramai.

"Maskot itu adalah sisi lembut parti tersebut dan ia memberi sentuhan peribadi yang tidak boleh diperolehi menerusi sebuah logo.

"Sebuah logo adalah sesuatu yang anda tidak boleh bergantung sepenuhnya manakala maskot adalah salah satu cara untuk kami mendekati golongan muda mahupun tua dengan lebih berkesan di peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata menjelang pilihan raya negeri yang akan datang, maskot parti itu kini dinaik taraf kepada 'Ubah Warrior'.

"Kali terakhir, ia comel kerana baharu sahaja dilahirkan. Kini ia semakin matang dan beberapa kerusi yang ditandingi DAP meningkat dua kali ganda sejak pilihan raya negeri yang lalu.

"Semakin lama, semua orang di dalam parti semakin matang termasuk maskot tersebut," kata Yong.
Dan apabila adanya burung, akan sentiasa ada lebah.

Hampir sebulan yang lalu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) turut melancarkan maskot parti itu iaitu seekor lebah kuning bersaiz gergasi dengan tagline 'We Can Bee'.

Adun Kota Sentosa (SUPP), Wilfred Yap berkata parti itu memilih lebah sebagai maskot mereka kerana serangga itu sinonim dengan simbol perpaduan.

"Jika anda lihat serangga itu, ia hidup dalam satu kumpulan dan sering bekerjasama.

"Jika anda cuba mencederakan seekor lebah, beberapa lebah yang lain akan menyerang anda dan itu apa yang cuba kami gambarkan, kami akan berdiri teguh untuk rakyat Sarawak," katanya.

Yap turut mengkritik maskot DAP dengan menegaskan 'burung merupakan haiwan individualistik', tidak seperti lebah yang sering menjaga satu sama lain.

Parti itu turut melancarkan maskot tersebut dengan slogan 'ooh-ha', tagline yang sering disebut Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Bakal Bawa Impak Besar - PM

Posted: 24 Apr 2016 04:05 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Lebuhraya Pan Borneo.
 
 
PAPAR: Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan membawa impak yang besar kepada bumi Sabah dan rakyatnya termasuk dari segi pembangunan sosioekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun banyak projek telah dilaksanakan di negeri ini namun jika dibuat perbandingan tidak dinafikan apabila projek lebuh raya itu siap kelak, ia bakal menjadi projek yang membawa kesan dan impak paling besar di negeri ini.

Katanya ini kerana impak pembangunan yang bakal dibawa Lebuhraya Pan Borneo Sabah kelak bersifat lonjakan berganda serta berterusan, tidak seperti projek biasa yang lain.

"Ya, kita telah buat banyak projek di Sabah. Kita telah buat Sipitang Oil  and  Gas Industrial Park (SOGIP), Sabah Oil  and  Gas Terminal (SOGT), Lahad Datu Palm Oil Industrial Cluster (POIC), kita wujudkan Universiti Malaysia Sabah (UMS), kita bina jalan raya luar bandar, laksanakan projek bekalan elektrik, air, projek perumahan rakyat dan pelbagai lagi sejak Sabah bersama membentuk Malaysia.

"Tapi kalau kita nilai dalam banyak projek tersebut, dalam membuat perbandingan mana satu projek yang bawa impak paling besar, saya berani kata bahawa projek Lebuhraya Pan Borneo untuk Sabah merupakan projek yang paling besar kesan dan impaknya kepada bumi Sabah," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Kampung Andus, Papar yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta menteri-menteri persekutuan dan negeri Sabah.

Najib berkata pelancaran projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah juga membuktikan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janjinya dalam manifesto pilihan raya umum 2013 bahawa dalam tempoh lima tahun projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,300 kilometer dari Semantan, Sarawak ke Serudong, Sabah akan dilaksanakan.

"Janji BN pasti kita tunaikan kerana BN bukan parti yang mengamalkan politik melahirkan rasa benci, bukan parti adu domba rakyat, bukan parti yang mengelirukan perasaan dan pemikiran rakyat. Itu adalah parti pembangkang.

"BN adalah sebuah parti yang punya visi masa depan.

BN adalah sebuah parti yang mempunyai pelan pembangunan sosio ekonomi mentransformasikan bumi Malaysia ini," katanya.

Perdana Menteri berkata BN ialah sebuah parti yang mampu melaksanakan projek pembangunan demi faedah rakyat.- BERNAMA

Kawal Penonton Sorak MB Dan Tandatangan Deklari Rakyat Satu Lagi Tugas Polis

Posted: 24 Apr 2016 03:59 AM PDT



 
Oleh MAHFUZ HJ OMAR


1.Saya terkejut bila membaca surat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang Presidennya ialah YAB Datuk Ahmad Bashah MB Kedah kepada Ketua Polis Kedah yang meminta bantuan Polis Kedah memantau dan menghalang "Booth Deklarasi Rakyat" yang memungut tandatangan rakyat meminta Najib berundur dari PM di perkarangan Stadium Darul Aman Alor Setar.

2.Setakat ini sudah 2 kali Booth Deklarasi Rakyat dibuka pada perlawanan yang berlangsung di stadium Darulaman mendapat perhatian dan sokongan daripada penonton perlawanan.Mereka begitu menghayati peri pentingnya Najib berundur demi untuk kebaikan dan kesejahteraan Malaysia.

3.Selalunya KFA meminta bantuan Polis menjaga keselamatan daripada sebarang rusuhan dan keganasan penonton semasa atau selepas perlawanan.Saya tertanya tanya di mana booth Deklarasi Rakyat yang jadi bahaya dengan hanya kempen tanda tangan diluar Stadium bukan baling botoi atau objek tajam dalam padang.Petugas Deklarasi tak bawa objek tajam,mereka hanya bawa helaian kertas borang deklarasi untuk ditanda tangan oleh penonton.Apa yang perlu ditakuti.

POLIS JANGAN BUAT KERJA BODO PIANG.

4.Surat itu juga sangat melucukan apabila KFA yang Presidennya Datuk Ahmad Bashah minta Polis bertindak terhadap penonton yang boo dia tiap kali nama dia disebut semasa perlawanan.Kacau ni boo MB pun kena Polis kawai.Boo pemain macam mana pulak.Macam ni lah Datuk Bashah kalau tak mau orang Boo letak jawatan MB atau pun tok sah pi mana mana LENA dirumah.Sapa pun tak Boo.

5.Saya harap Polis jangan duk ambik tanggung jawab penolakan rakyat terhadap Najib dan Bashah sehingga Polis kena berlari keliling Stadium cari orang Boo Bashah dan orang kempen tanda tangan Deklarasi Rakyat.Jangan buat kerja BODO PIANG.Cukup lah kawai penonton jangan buat rusuhan tak puaih hati kat pengadil atau pemain.

‪#‎UndurNajib‬
‪#‎UndurBashah‬
‪#‎SelamatkanMalaysia‬
‪#‎SelamatkanKedah‬

* DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR,Ahli Parlimen Pokok Sena, Pengerusi Penyelaras Gerakan Selamatkan Malaysia,Negeri Kedah.

Aiskrim Gula Apong 'Sejukkan' Bahang PRN Sarawak

Posted: 24 Apr 2016 03:53 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Masni menghasilkan tiga jenis perisa aiskrim iaitu gula apong, pandan dan teh hijau, dijual pada harga RM2 untuk saiz kecil dan RM5 untuk saiz besar. -foto BERNAMA
 
 
KUCHING: Bagi penggemar makanan pencuci mulut, aiskrim gula apong mungkin dapat 'menyejukkan' bahang pilihan raya negeri (PRN) Sarawak kali ini yang semakin dirasai.

Apa tidaknya, ribuan sedang menunggu dengan penuh debaran proses penamaan calon pada Isnin dan pengundian pada 7 Mei depan.

Ramai yang memilih kafe atau tempat minum secara santai untuk berbincang dan berbual mengenai politik yang akan menentukan masa depan mereka, sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun akan datang.
Antara premis yang menjadi tumpuan ialah premis menjual aiskrim gula apong  di sini.

Pemiliknya Masni Paruwadi, 27, berkata jualan aiskrim gula apong atau turut dikenali gula nipah itu meningkat secara mendadak dalam beberapa minggu lepas berikutan kehadiran pengunjung luar yang datang ke Bumi Kenyalang itu bagi memeriahkan lagi suasana pilihan raya negeri.

Menceritakan permulaannya membangunkan perniagaan aiskrim itu, Masni, ibu kepada enam anak itu, berkata segalanya bermula setahun lepas apabila dia dan anggota keluarga berniaga aiskrim biasa yang diadunkan sirap gula apong, di pasar malam.

Namun, mereka menerima kritikan pelanggan yang menyatakan ais krim tersebut bukanlah aiskrim gula apong yang sebenar.

"Jadi bapa saya (Datuk Paruwadi Musa) pun mulalah mencuba pelbagai kaedah mengadunkan aiskrim dengan gula apong sehinggalah mendapat rasa yang terbaik," katanya sambil menyatakan perniagaannya berpindah ke sebuah kedai di sini pada April 2015.

Bermula dengan modal RM14,000 hasil simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk membeli sebuah mesin dan bahan mentah, Masni kini meraih pendapatan sehingga mencecah lima angka sebulan terutama pada musim panas dan cuti sekolah.

Masni kini memiliki lapan mesin membuat aiskrim dan menggaji enam pekerja bagi dua cawangannya di Padungan di sini, dan Kota Samarahan yang diuruskannya bersama suami Mohd Supian Lopok, 28.

Lima cawangan lagi di Uptown Civic Centre, Tabuan Park, Taman Sukma, Batu Kawa dan Matang, kesemuanya di Kuching, diuruskan oleh kakak dan adiknya.

Masni lulusan Curtin University di Sydney, Australia, dalam jurusan Perakaunan itu berkata aiskrim gula apong menjadi kegemaran ramai kerana keunikan rasa lemak manis yang dihasilkan dari nira pokok kelapa, yang merupakan bahan makanan sebati dengan masyarakat Sarawak.

Kini aiskrim itu mampu dijual sebanyak 5,000 cawan atau 100 kilogram sehari bagi setiap cawangan.
Selain itu, produk anak jati Sarawak tersebut bakal melebarkan sayapnya ke Bandar Seri Begawan, Brunei selepas Hari Raya Aidilfitri pada Julai.

Mengenai perancangan membuka cawangan di Semenanjung Malaysia, Masni berkata beliau sedang mencari keadah terbaik untuk membawa gula apong ke sana tanpa melibatkan kos yang tinggi bagi mengekalkan harga aiskrim RM2 untuk sebuah mangkuk kecil dan RM5 bagi mangkuk besar.

"Jika satu cawangan sahaja memerlukan 100 kilogram gula apong sehari, untuk dibawa ke Semenanjung memerlukan penghantaran sekurang-kurangnya satu tan seminggu," katanya.

Masni juga bercadang membuka francaisnya di seluruh negeri bagi memberi lebih peluang kepada masyarakat tempatan terutama Bumiputera untuk mencari rezeki.

Dalam pada itu, beliau berharap sesiapa sahaja yang diberi mandat memimpin Sarawak pada pilihan raya negeri nanti, supaya membantu golongan muda Bumiputera yang ingin memulakan perniagaan dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk tapak dan perkakas berniaga.

"Golongan muda Bumiputera juga perlu dibantu dan dibimbing dalam urusan permohonan lesen perniagaan kerana ramai di antara golongan itu tidak mempunyai pengetahuan tentang prosedur tersebut yang rumit sehingga menyebabkan minat mereka untuk memulakan perniagaan pudar," katanya. - BERNAMA

Saman Saya, Kata Rahman Dahlan Kepada Guan Eng

Posted: 24 Apr 2016 03:47 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Abdul Rahman Dahlan.
 
 
PETALING JAYA: Datuk Abdul Rahman Dahlan mencabar Lim Guan Eng untuk memfailkan saman terhadap beliau atas dakwaan memfitnah selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa dirinya sengaja tidak mahu meneruskan debat secara terbuka mengenai isu Taman Manggis.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata Lim mengeluarkan kenyataan seperti individu tidak bertamadun dan gagal memperlihatkan gaya seorang ketua menteri.

"Jika anda fikir apa yang saya dedahkan mengenai anda adalah pembohongan, saman sahaja saya kerana fitnah. Saya amat berbesar hati berjumpa anda di mahkamah!," kata Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menerusi Twitternya pada Ahad.

Kenyataan tersebut dikeluarkan apabila Lim mendakwa Abdul Rahman gagal sebagai seorang menteri selepas debat secara terbuka itu dibatalkan.

Kedua-dua pemimpin itu dijadualkan berdebat secara terbuka mengenai isu Taman Manggis pada minggu lalu tetapi dibatalkan atas nasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.

Debat itu dibatalkan kerana ia didakwa menyebabkan prejudis terhadap siasatan yang sedang dilakukan.

Dilema Ahmad Razif - Istana

Posted: 24 Apr 2016 03:44 AM PDT

Oleh: NORFATIMAH AHMAD
 
 
 
 
PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini berhadapan situasi sukar untuk melaksanakan tugas selaku Menteri Besar Terengganu susulan tindakannya yang dikatakan telah menyebabkan pihak istana negeri itu murka.

Situasi itu tercetus Jumaat lalu ketika Ahmad Razif mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat Jumaat.

Ia dikatakan melibatkan isu pengumuman jumlah sumbangan menerusi program yayasan yang berkait rapat dengan pihak istana negeri.

Susulan itu, pihak istana dikhabarkan menarik balik semua gelaran kebesaran yang dikurniakan kepada Ahli Dewan Undangan (Adun) Seberang Takir itu.

Sumber memberitahu mStar Online, insiden pada Jumaat lalu yang disebarkan menerusi media sosial sememangnya berlaku dan kini menunggu pengesahan pihak Istana Terengganu.

"Dalam keadaan sekarang, susah untuk Ahmad Razif jalankan tugas selaku MB kerana tiap minggu dia perlu menghadap Sultan Mizan untuk memaklumkan perkembangan mesyuarat Exco terutama keputusan yang dibuat dan membincangkan hal pentadbiran negeri.

"Kalau Ahmad Razif kekal sebagai MB, rasanya payah. Mungkin tak lama lagi akan ada perubahan kepimpinan negeri, cuma tak pasti melalui kaedah mana, sama ada pilihan raya atau kerajaan perpaduan," katanya ketika dihubungi di Terengganu.

Desas-desus yang tersebar bagaikan diiyakan apabila pengacara pada beberapa program yang dihadiri Ahmad Razif hanya mengumumkan kehadirannya dengan menyebut jawatan beliau tanpa gelaran Datuk Seri.

Kata sumber itu, perjumpaan dengan semua Adun Barisan Nasional (BN) akan berlangsung Ahad malam bagi memberi penjelasan berhubung situasi terkini melibatkan Ahmad Razif dan pihak istana.

Tambahnya lagi, situasi terkini tentunya memberi ruang untuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said untuk terus mengatur langkah bagi memastikan Ahmad Razif tidak akan kekal mengisi jawatan itu.

Bagaimanapun, katanya, semuanya mungkin akan ditangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan depan.

Mengikut rekod, Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).

Pada 8 Mac lalu, Ahmad Said yang juga Adun Kijal membuat usul tidak percaya kepada Ahmad Razif pada sidang Dewan Undangan Negeri, namun ditolak Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.

Perlis negeri paling panas

Posted: 23 Apr 2016 05:10 PM PDT




DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: Hanya Stesen Meteorologi Chuping di Perlis yang mencatatkan bacaan suhu melebihi 37 darjah Celsius hari ini berikutan cuaca panas akibat fenomena El Nino ketika ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu kenyataan berkata sehingga jam 4 petang semalam, Stesen Meteorologi Chuping di Perlis itu mencatatkan bacaan suhu 37.2 darjah Celsius.

Beliau berkata, tiga kawasan mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi 10 hari sehingga semalam ialah masing-masing 19 hari di Kota Baharu dan Machang, Kelantan serta 11 hari di Kudat, Sabah.

"Klang dan Kuala Selangor, Selangor; Kota Tinggi, Johor; Rompin, Pahang serta Kota Kinabalu, Sabah mencatatkan bilangan hari tanpa hujan selama tujuh hingga sembilan hari," katanya.

Madius berkata, operasi pembenihan awan hari ini juga diadakan di beberapa kawasan.

"Operasi tersebut berjaya menghasilkan hujan di kawasan tadahan Bukit Larut, Perak; empangan Bukit Merah dan Air Kuning, Perak; empangan Sepri, Negeri Sembilan dan empangan Durian Tunggal, Melaka," katanya.– BERNAMA 
 
 

Tutup atau balut aurat?

Posted: 23 Apr 2016 05:07 PM PDT



 
OLEH TARMIZI ABDUL RAHIM


DARI sudut pandang lain, keghairahan segelintir penduduk negara ini berebut-rebut untuk membeli tudung sebenarnya amat baik kerana menggambarkan kesedaran mereka untuk menjaga aurat atau lebih tepat lagi menutup rambut.

Pada masa ini trend bertudung semakin berkembang de­ngan wujudnya pelbagai rekaan yang kadang-kadang tidak terfikir dek akal, tidak terkecuali juga para selebriti yang turut menumpang sekaki memperkenalkan jenama masing-masing. Persoalannya, kesedaran berhijab adakah kerana fesyen atau mematuhi tuntutan agama?

Bukan berniat buruk sangka, ada yang berhijab tidak selari dengan kepatuhan syariat. Banyak tudung dalam pasaran majoritinya jarang, singkat dan menampakkan aurat.

Secara amnya terdapat dua kategori wanita Islam di negara ini. Satunya berpakaian longgar dan sopan tetapi membiarkan rambutnya ditiup angin; satu lagi kepalanya berbungkus kemas dengan rekaan tudung terkini tetapi bajunya sendat menampakkan lurah tubuh yang sebenarnya hanya halal dinikmati oleh suaminya.

Apa itu aurat? Dari segi bahasa aurat adalah keaiban manakala menurut istilah syarak, bermaksud bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup. Aurat wanita ialah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan, sama seperti semasa bersolat.

Merujuk hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Saiditina Aisyah RA bahawa suatu hari kakaknya iaitu Asma' binti Abu Bakar datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah terus berpaling muka dan bersabda maksudnya: "Wahai Asma', apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini" (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya).

Sabda baginda dalam hadis lain: "Dua golongan ahli neraka yang belum aku temukan, (1) kaum (petugas pemerintah yang zalim) yang memiliki cemeti seperti ekor lembu dan memukul manusia dengannya, juga (2) wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (berpakaian jarang, ketat sehingga menampakkan susuk tubuh), mereka juga menyimpang daripada ke­taatan (kepada Allah kerana tidak menjaga kehormatan diri), cenderung (kepada kaum lelaki dan menarik perhatian lelaki dengan lenggok jalan dan pergerakan bahunya). Kepala mereka bersanggul seperti bonggol unta. Mereka tidak akan memasuki ­syurga dan tidak berpeluang mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dihidu dalam tempoh perjalanan sekian dan sekian (jauh dan lamanya)." - Riwayat Muslim.

Industri tudung atau busana Muslimah sebenarnya amat menguntungkan. Laporan Kedudukan Ekonomi Islam Global 2015/2016 menganggarkan pengguna Islam membelanjakan sebanyak AS$230 bilion (RM897 bilion) untuk fesyen pakaian pada tahun lalu dan dijangka melonjak sehingga AS$327 bi­lion (RM1,275 bilion) menjelang 2019.

Di negara ini pula dianggarkan terdapat kira-kira 10 juta wanita Islam pada tahun ini dan hasil kajian mendapati seramai 3.75 juta daripada mereka cenderung membeli-belah bagi memenuhi keperluan masing-masing termasuk perbelanjaan busana Muslimah. Contohnya, jika sehelai tudung berharga RM10, bermakna nilai pendapatan dalam industri berkenaan boleh mencecah sekurang-kurangnya RM37.5 juta. Lumayan bukan? Maka tidak hairanlah apabila pelbagai jenama dan rekabentuk tudung muncul dalam pasaran dengan gimik serta promosi mengancam.

Sebenarnya tidak salah berpakaian cantik untuk dilihat elok pada pandangan mata sendiri dan orang lain kerana ini adalah fitrah bagi mana-mana manusia, namun jangan ke­terlaluan. Islam itu amat syumul, setiap sesuatu tidak hanya ditegah tetapi turut disediakan alternatifnya sama ada melalui nas al-Quran atau hadis Rasulullah SAW.

Hakikatnya, fenomena penjualan tudung dan cara pemakaiannya yang tidak lulus syariah telah mencemarkan arahan menutup aurat dalam Islam.
 
 

DAP Sibu dakwa orang ramai ditawar RM100 untuk hadiri acara Adenan

Posted: 23 Apr 2016 04:55 PM PDT

MALAYSIAKINI




DAP Sibu mendakwa orang ramai ditawarkan insentif wang tunai untuk menghadiri satu acara tertutup dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam, yang dianjurkan oleh sebuah syarikat pembalakan

Facebook pilihan rayanya memuat naik gambar dan rakaman video orang ramai di majlis itu kononnya memberi maklumat mereka sebagai pertukaran untuk RM100 dan baju-T.

Mesej telefon bimbit yang mendakwa mereka yang menghadiri majlis itu akan dibayar RM100 turut bocor dan disiarkan di laman Facebook itu.

Ketika dihubungi, seorang kakitangan syarikat berkenaan menafikan membayar orang ramai yang menghadiri acara itu.

"Tidak ada perkara seperti itu," kata seorang kakitangan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Majlis tersebut telah diadakan pada pukul 10 pagi semalam di dewan sivik.

Ketika dihubungi, Ahli Parlimen DAP Sibu, Oscar Ling mengesahkan menerima gambar-gambar orang ramai berkumpul berhampiran dewan sivik itu.

Menurut Ling, berita mengenai 'bayaran' RM100 dan baju-T itu telah dihantar tetapi apabila hadir, mereka diberitahu ia akan diedarkan minggu depan.

"Mesej disebarkan bahawa mereka yang hadir akan menerima RM100 dan baju-T.

"Bagaimanapun, ini tidak berlaku apabila mereka muncul. Mereka diberitahu untuk mendaftarkan butiran diri mereka dan mereka hanya akan menerima wang seminggu kemudian," dakwanya.

Satu gambar mesej teks yang dikatakan mempromosikan acara itu turut dikongsi oleh pihak pembangkang itu,

Rafizi dilarang masuk ke Sabah, dihantar pulang

Posted: 23 Apr 2016 04:51 PM PDT

MALAYSIAKINI




Kerajaan Sabah nampaknya mengikut jejak Sarawak dalam menguatkuasakan autonomi mengenai hal ehwal imigresen untuk melarang ahli politik pembangkang dari Semenanjung ke negeri ini.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ditahan oleh pihak imigresen sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang ini dan kemudiannya dihantar pulang.

"Dapat VIP treatment di-escort naik @AirAsia. Dpt hotseat some more, depan sekali. Ha3 courtesy of CM Sabah sbb dihalang masuk Sabah," katanya dalam Twitter.

Rafizi turut berkongsi notis larangan memasuki yang disampaikan kepadanya oleh imigresen Sabah semasa ketibaan.

Ia berbunyi: "Notis ini dikeluarkan kepada tuan untuk memaklumkan bahawa menurut Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63, Pihak Berkuasa Negeri telah mengarahkan supaya tiada pas dikeluarkan kepada tuan untuk memasuki Negeri Sabah dan pas tersebut adalah diperlukan untuk tuan memasuki Negeri ini selaras dengan kehendak seksyen 66 akta yang sama.

Rafizi, yang berlepas ke Sabah untuk menghadiri satu ceramah di Beaufort esok, berkata beliau akan menyediakan video khas untuk ceramah tersebut.

Rafizi berkata pembangkang akan berusaha untuk menangani larangan tersebut.

Lebih daripada 20 pemimpin pembangkang telah dihalang memasuki Sarawak menjelang pilihan raya Mei 7 di negeri ini.

Shamsul Iskandar dihalang masuk ke Sarawak kali kedua

Posted: 23 Apr 2016 04:48 PM PDT

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Shamsul Iskandar Mohd Akin


SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengkritik tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang enggan membenarkan beliau memasuki Sarawak.

Menurut Shamsul, ia merupakan kali kedua beliau dihalang daripada memasuki negeri Bumi Kenyalang itu sejak menjelangnya musim Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Shamsul yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 3.55 petang terpaksa diterbangkan semula ke Kuala Lumpur pada petang yang sama akibat halangan tersebut.

"Saya ditahan hampir 3 jam di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum diterbangkan semula ke Kuala Lumpur pada jam 6.25 petang.

"Kali pertama pada 2 April yang lalu di mana kemudiannya saya dibenarkan masuk," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Shamsul berkata, halangan ke atas beliau juga bertentangan dengan hak warganegara di bawah Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan untuk bergerak secara bebas.

Beliau juga turut menyerahkan notis rasmi penolakan kemasukan beliau ke Sarawak.

"Halangan kemasukan ini saya tegaskan dan merupakan penyalahgunaan kuasa Imigresen seperti yang termaktub dalam Perjanjian 18 Perkara tentunya dalam konteks menjalankan aktiviti politik yang sah.

"Saya yakin tindakan ini bermotifkan politik memandangkan ianya terlalu hampir dengan hari penamaan calon. Sebelum ini saya langsung tidak bermasalah untuk masuk ke negeri Kenyalang ini," katanya lagi.

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang telah dihalang memasuki Sarawak atas pelbagai alasan.

Mereka adalah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; ahli Parlimen Subang R Sivarasa; ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Turut menerima nasib sama adalah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

Akta Imigresen Sarawak membenarkan negeri itu membuat keputusan itu atas apa-apa alasan.

Akta Imigresen 1959/63 di Sabah dan Sarawak adalah di bawah kuasa kerajaan negeri


Buaya laut timbul di Pantai Puteri

Posted: 23 Apr 2016 04:44 PM PDT

Buaya laut timbul di Pantai Puteri
Seekor buaya kelihatan di Pantai Puteri menghala ke kawasan stesen penapisan minyak di Sungai Udang.


MELAKA - Kemunculan seekor buaya di sepanjang Pantai Puteri, Tanjung Kling, hari ini menggemparkan penduduk tempatan dan pengunjung kawasan berkenaan.

Malah pengunjung yang berada di laut turut naik ke pantai selain penduduk kampung sekitar pantai berkenaan menghentikan kenderaan di bahu jalan untuk melihat buaya itu kira-kira jam 9 pagi.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, K Kalaiselvam berkata, pasukannya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 10.53 pagi.

"Seramai lapan anggota bersama satu jentera dan EMRS ke lokasi dan sebaik sahaja tiba kita dapati memang benar terdapat seekor buaya tetapi buaya itu berada di laut dan sukar untuk menangkapnya.

"Tindakan awal, kita sudah melarang dan memberi amaran kepada pengujung pantai untuk tidak turun ke laut," katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Kalaiselvam, haiwan tersebut sekadar berenang dan melintasi sepanjang pantai sebelum memasuki kawasan penapisan minyak di Sungai Udang.

"Kita sudah maklumkan penemuan buaya itu kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut dan kita beredar selepas buaya berkenaan memasuki kawasan penapisan minyak," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Noorzakiahanum Mohd Noh berkata, penangkapan reptilia di lautan memerlukan perancangan teliti.

"Sebaik menerima maklumat, kita menghantar anggota ke kawasan pantai itu yang memang menjadi laluan buaya dan penduduk juga sudah sedia maklum perkara ini.

"Menangkap buaya perlu ada perancangan, kalau tersekat atau terperangkap pada jaring baru boleh kita tangkap," katanya ketika dihubungi di sini.


D'Herbs taja Hijau Kuning selama tiga tahun

Posted: 23 Apr 2016 04:39 PM PDT

D'Herbs taja Hijau Kuning selama tiga tahun
Aliff Syukri (kiri) ketika sesi media mengumumkan keputusan penajaan pihaknya kepada pasukan Kedah.
 

PENGASAS D'Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengesahkan pihaknya merupakan penaja utama pasukan Kedah selama tiga tahun bermula musim ini.

Majlis perasmian bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan diadakan pada masa terdekat  dan Aliff Syukri juga akan mengadakan satu majlis besar-besaran di Kuala Lumpur untuk meraikan jalinan kerjasama yang dimeterai tersebut.

"Saya bersetuju untuk menaja pasukan Kedah selama tiga tahun dan jumlah yang diminta oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) adalah sebanyak RM30 juta.

"Saya berharap tajaan ini dapat mengkomersialkan jenama pasukan, baikpulih stadium dan membangunkan pembangunan di peringkat akar umbi. Semua pihak sudah bersetuju dan kita hanya akan menunggu majlis perasmian dan pelancaran sahaja selepas ini," katanya pada sidang media, semalam.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk menaja Hijau Kuning untuk jangka masa lebih panjang selepas ini berikutan melihat kepada potensi semasa pemain-pemain muda yang akan lebih menyerlah pada masa hadapan.

Mengulas mengenai perlawanan Liga Super 2016 di antara Kedah menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), Aliff Syukri beliau percaya pasukan itu akan lebih mampu berdaya saing.

Pada perlawanan tersebut, Ketua Pasukan, Baddrol Bakhtiar menceriakan lebih 15,000 penyokong Hijau Kuning apabila meletakkan Kedah di hadapan 1-0 seawal minit pertama perlawanan hasil hantaran Farhan Roslan.

Bagaimanapun JDT  menyamakan kedudukan 1-1 apabila Juan Martin lucero menjaringkan gol penalti pada masa tambahan separuh masa pertama selepas Pereyra Diaz dijatuhkan dalam kotak penalti.


Comments (0)