Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:37 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


KU LI BAKAL DILANTIK TPM KEDUA?

Posted: 22 Apr 2016 04:11 AM PDT

shahbudindotcom


Selesai Jumaat tadi, selepas menikmati sepinggan nasi beriani, saya terlelap seketika dalam kereta. Walaupun tidur di siang hari, tapi saya tidak bermimpi apa-apa.

Saya terjaga apabila seseorang menelefon dan pantas memberitahu bahawa Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Kewangan tidak lama lagi.

Sebab apa?

Si pemanggil memberikan tiga sebab perlantikan itu dibuat oleh Najib Razak:-

- sebagai 'hadiah'  kerana sudi menurunkan tandatangan sokongan melalui Deklarasi Kelantan.

- untuk mengukuhkan lagi kedudukan Najib bagi berhadapan dengan Tun Mahathir Mohamad.

- mengimbangi kedudukan Zahid Hamidi yang didakwanya sudah mula 'pasang angan-angan'  untuk menjadi Perdana Menteri.

Tapi bukankah Tengku Razaleigh nak jadi Perdana Menteri, bukannya Timbalan Perdana Menteri?

Daripada tak jadi apa-apa, dapat jadi Timbalan Perdana Menteri pun kira okay juga, kata pemanggil tadi penuh yakin.

Hmmmmm...


Pemilik Restoran Hakim jawab dakwaan bukan Islam

Posted: 22 Apr 2016 03:59 AM PDT

Pemilik Restoran Hakim jawab dakwaan bukan Islam
Hakimsa (dua, kanan) bersama Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia, Harisrajudin Alaudin (dua, kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat semalam.


SHAH ALAM - "Sedih bila agama yang saya anuti sejak lahir dipersoalkan". Demikian luah pemilik Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim pada sidang media bagi menafikan khabar angin yang mengatakan pemilik restoran itu bukan beragama Islam.

Katanya, sejak membuka restoran Hakim di Shah Alam, 18 tahun lalu, tohmahan ini merupakan yang pertama menimpanya.

"Tohmahan dan fitnah ini kali pertama saya hadapi. Ia sangat teruk dan menyedihkan.

"Saya tidak tahu apa salah saya. Viral ini tidak sepatutnya berlaku," katanya pada sidang media, hari ini.

Hakimsa berkata, beliau juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 7, semalam.

"Saya berharap, individu yang menyebarkan fitnah ini akan menerima hukuman yang setimpal," katanya.

Hakimsa yang berasal dari India telah berhijrah ke Malaysia sejak 1964 lagi kerana mengikuti keluarganya yang berpindah ke sini.

Mereka sekeluarga pada mulanya menetap di Pulau Pinang sebelum membuka dua buah Restoren Hakim di Shah Alam.


Wanita Muslim buat kek hari lahir Ratu Elizebeth II

Posted: 22 Apr 2016 03:57 AM PDT

SINAR HARIAN


Ratu Elizabeth II
Nadiya menerima pengiktirafan bagi menyediakan kek buat Ratu Elizebeth II bersempena hari lahirnya yang ke-90. – Foto The Daily Mail
 
 
LONDON - Ratu Elizabeth II menyambut ulang tahunnya yang ke-90 dalam satu majlis yang meriah yang dijalankan di Istana Windsor, semalam.

Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian adalah kek hari lahir yang disediakan dalam majlis tersebut dibuat sendiri oleh wanita Muslim, Nadiya Hussain, 31.

Menurut laporan The Daily Mail, Nadiya mendedahkan mengenai penyediaan kek hari lahir untuk Ratu Elizabeth II tersebut pada 15 April lalu menerusi sebuah rancangan temu bual televisyen popular, Loose Women.

Menerusi temu bual berkenaan, Nadiya memaklumkan bahawa dia begitu teruja apabila menerima kiriman e-mel yang mengundangnya untuk membuat kek tersebut dan mempersembahkannya sendiri kepada Ratu Elizabeth II secara peribadi.

Sebelum ini, Nadiya merupakan pemenang Muslim pertama bagi pertandingan masakan Great British Bake Off musim keenam kejohanan kebangsaan tersebut pada tahun 2015 lalu.

Disebalik keyakinan yang ditunjukkan Nadiya bagi menghasilkan kek tersebut, dia turut mengakui merasa amat gementar bagi menyediakan sajian berkenaan buat Ratu Elizabeth II.

Selain itu, ketika pertemuan dengan Ratu Elizabeth II, Nadiya turut berkesempatan berjabat tangan dengan beliau sebelum mempersembahkan kek yang dihasilkan tersebut


El-Nino: Pelabuhan Klang catat IPU tidak sihat

Posted: 22 Apr 2016 03:54 AM PDT

Jerebu
Gambar hiasan.


SHAH ALAM - Ekoran daripada keadaan cuaca panas dan kering yang melanda negara pada masa ini, dua  kawasan telah dikenal pasti mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 11 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Miri mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 146 manakala Pelabuhan Klang pula mencatatkan bacaan 105.

Selain daripada itu, sebanyak 26 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana antaranya Shah Alam(83), Nilai(80), Batu Muda (79), Cheras (73) dan Kemaman (71).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Semalam, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa keadaan berjerebu yang dialami di Lembah Klang adalah disebabkan oleh asap kebakaran yang berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia termasuk kebakaran hutan tanah gambut di Daerah Kuala Langat dan Daerah Sepang serta pelepasan dari kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri di Lembah Klang.

Selain itu, difahamkan kes-kes kebakaran yang berlaku sedang giat dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan keadaan kebakaran adalah terkawal.

Pada masa kini, tiada pengaruh jerebu merentas sempadan kerana negara masih berada dalam musim peralihan monsun yang dijangkakan sehingga pertengahan bulan Mei 2016.


El Nino bala dari Allah- Timbalan Mufti Kelantan

Posted: 22 Apr 2016 03:43 AM PDT

 
Nik Abdul Kadir juga meminta orang yang melakukan dosa agar segera menghentikan perbuatan tersebut.


timbalan-mufti-kelantan

PETALING JAYA: El Nino adalah salah satu bala yang diturunkan Allah berikutan gejala sosial dan masalah masyarakat yang semakin meningkat sehingga mengundang kemurkaanNya.

Demikian kata Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad yang menasihati orang Islam supaya tidak melakukan perbuatan yang bercanggah dengan peraturan agama dan menghentikan segera amalan tersebut bagi membolehkan rahmat Allah turun.

"Ada pihak yang tidak mahu perundangan Islam dilaksanakan dan hanya memilih ayat-ayat al Quran yang sesuai dengan kehendak mereka sahaja sehingga menyebabkan Allah menurunkan bala.

"Kesan El Nino menyebabkan ada ikan yang diternak mati kerana kepanasan, rumput menjadi kering dan sekolah terpaksa ditutup.

"Ini bukan sekadar El Nino sahaja, sebaliknya bala yang datang dari Allah," katanya pada khutbah solat Istiqa di padang hoki di sini pagi tadi, patik kata laporan Harakah Daily.

Dalam pada itu, Nik Abdul Kadir juga meminta orang yang melakukan dosa agar segera menghentikan perbuatan tersebut.

"Hentikan segera melakukan maksiat, bayar hutang bagi yang berhutang dan berdamai bagi mereka yang bermusuh," katanya.

Tambahnya biarpun ada peraturan mengikut lunas agama ada, tetapi tidak ramai yang mengikutinya.

Dalam majlis itu juga, ribuan yang hadir juga terharu dengan mengalirkan air mata ketika mengaminkan doa khutbah itu.

Program tersebut bermula dengan munajat jam 4 pagi. Orang ramai memenuhi sebahagian padang tersebut yang terletak di hadapan Stadium Sultan Muhamad Ke 1V.

Pengetua pusat tuisyen ditahan, rotan murid 15 kali

Posted: 22 Apr 2016 03:32 AM PDT


Selepas kejadian pada 12 April itu, mangsa tidak lagi dibenarkan pergi ke pusat tuisyen di Melaka itu.

rotan-pelajar_600


PETALING JAYA: Polis telah menahan pengetua pusat tuisyen di Melaka yang terbabit dalam kes merotan seorang murid 8 tahun sekurang-kurangnya 15 kali.

Menurut bapa tiri mangsa yang berusia 30 tahun itu, polis telah pergi ke rumah bapa mertuanya untuk menjalankan siasatan, semalam dan memaklumkan pengetua pusat tuisyen itu telah ditahan untuk membantu siasatan.

Menurut laporan Sin Chew Daily, ibu bapa kanak-kanak itu tinggal di Johor Bahru, di mana ibunya bekerja sebagai sebagai jurujual di Singapura, manakala beliau pula berniaga di Johor Bahru.

Jelasnya, walaupun mangsa bukan anak kandungnya, beliau dan isterinya amat menyayangi kanak-kanak perempuan itu.

Selepas kejadian pada 12 April itu, mereka tidak lagi membenarkan mangsa pergi ke pusat tuisyen itu.
Tegasnya, beliau sedih melihat 15 hingga 16 kesan sebatan di kaki dan tapak tangan mangsa.

Ketika kejadian, beliau bersama isterinya berada di Johor Bahru dan ibu mertuanya yang mendapati kaki cucunya penuh dengan kesan sebatan pada malam kejadian, sebelum bapa mertuanya pergi ke pusat tuisyen itu untuk mendapatkan penjelasan, keesokan harinya.

Beliau dan isterinya kemudiannya pergi ke pusat tuisyen di Melaka itu pada 17 April lalu untuk mengetahui punca sebenar anak mereka dirotan.

Beliau berkata, pengetua wanita pusat tuisyen itu memberitahu, mangsa telah berulang kali tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru sekolah.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu dirotan kerana tidak menyalin lapan soalan dan lembap dalam pembelajaran.

Walaupun pengetua terbabit telah meminta maaf, namun beliau berpendapat permohonan maaf itu tidak dibuat dengan ikhlas.

Tarik balik tuduhan ‘dongeng’ atau saya saman – Mukhriz

Posted: 22 Apr 2016 03:23 AM PDT


Mukhriz menafikan kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri yang menuduh beliau terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Najib Razak. 

mukhriz_najib_600


PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendesak Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin menarik balik kenyataan yang menuduh beliau terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Menteri Besar Kedah memberi tempoh seminggu kepada Sarifuddin untuk menarik balik kenyataan itu atau disaman.

"Saya minta supaya Tengku Sarifuddin tarik balik kenyataannya. Kalau tidak saya akan saman," katanya dalam satu temubual khas yang dimuat naik dalam blog mukhrizmahathirfc.com.

Mukhriz mengulas kenyataan Sarifuddin sebelum ini yang mendakwa terdapat satu gerakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib dan menyerahkan jawatannya itu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sarifuddin juga mendakwa selepas Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, jawatan itu akan diserahkan pula kepada Mukhriz.

Mengulas lanjut, Mukhriz menyifatkan tuduhan Sarifuddin itu sebagai fitnah.

Katanya, dakwaan itu juga hanyalah rekaan untuk mengaburi rakyat daripada salah laku Najib dalam isu skandal 1MDB, SRC International dan wang derma RM2.6 bilion.

"Ini satu dongeng yang direka-reka oleh pejabat Perdana Menteri untuk mengaburi mata rakyat mengenai isu sebenar iaitu soal salah laku Perdana Menteri.

"Tidak pernah ada sebarang perbincangan dan berani saya katakan tidak ada perancangan di kalangan mana-mana pun pemimpin yang saya ketahui antara Tun Mahathir, Muhyiddin atau saya sendiri. Ini satu penipuan yang terlalu besar," tegas.

Pilihanraya Sarawak: DAP mampu buat kejutan di kawasan Dayak

Posted: 22 Apr 2016 03:18 AM PDT

Slide1


Oleh Hafiz Zainuddin

Gelanggang kempen pilihanraya negeri Sarawak ke-11 yang bakal dibuka 25 April ini – hari penamaan calon –  merupakan ujian terbesar kepada DAP dalam sejarahnya dengan mempertaruhkan 29 calon yang bakal menyaingi lawan utama Barisan Nasional.

Apa yang lebih mengujakan, dari 29 kerusi yang ditandingi, 15 kerusi merupakan kawasan majoriti pengundi Dayak mewakili pelbagai kaum Bumiputera seperti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. 

Perkembangan terbesar DAP Sarawak ini sekaligus menutup mulut sesetengah pihak yang gemar menuduh DAP sebagai parti 'cauvinis Cina' yang kononnya 'anti' kepada kaum lain.

Tambahan pula, PRN Sarawak kali ini akan lebih mencabar kesetiaan pengundi BN kerana ia membabitkan skandal mega puluhan bilion melibatkan pemimpin utama negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kawan-kawannya. Masalah yang bakal dihadapi BN ini adalah kerana Tan Sri Adenan Satem, buat masa ini selaku Pemangku Ketua Menteri, berkempen atas slogan #SarawakForNajib.

Bangkitnya suara Dayak dalam DAP

leon sarawak 

Menurut calon berpotensi DAP N32 Simanggang, Leon Jimat Donald, apa yang menggusarkan BN sekarang ialah kemungkinan calon-calon Dayak yang mewakili DAP menang kerana lantang memperjuangkan nasib masyarakat yang diabaikan pemerintah BN sejak puluhan tahun lalu.

"Jelas mereka (BN) sangat takut dengan DAP dan sedaya upaya untuk menghalang pemimpin DAP untuk masuk ke Sarawak konon atas alasan mengganggu ketenteraman awam," jelasnya ketika dihubungi Roketkini.com

Apa yang lebih menakutkan BN, kata Leon, dengan adanya pemimpin DAP yang turun padang berkempen di Sarawak, dijangka lebih banyak kerusi BN majoriti Dayak akan tumbang kepada DAP.

Beliau berpandangan, melalui kemenangan calon DAP dari kaum Dayak, suara komuniti itu yang sering dipinggirkan BN selama ini akan lebih kuat dan terbela.

Bagi PRN Sarawak 2016, seramai 1.14 juta orang mendaftar sebagai pengundi. Daripada jumlah itu, kaum Cina mencatatkan bilangan pengundi paling besar dengan 365,417 pengundi, diikuti oleh Iban (306,942), Melayu (304,781) Bidayuh (85,044), Orang Ulu (45,406) dan kaum lain (3,803). Gabungan Dayak – Iban, Bidayuh dan Orang Ulu – mewakili 38 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi, dan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan Kristian.

rinda 

Bagi Rinda Alexander calon berpotensi DAP di N47 Pakan pula, kemenangan lebih ramai calon DAP di kalangan masyarakat Dayak mampu untuk membangunkan komuniti itu dari pelbagai sudut.

Malah, menurutnya, DAP terbukti membela nasib rakyat terpinggir walaupun bukan berada dalam kawasan yang diwakili melalui banyak program pembangunan kemudahan infrastruktur dan pembangunan komuniti.

"Selama ini kita lihat, DAP banyak mengangkat isu berkaitan Tanah Hak Adat (NCR). Begitu juga dengan perjuangan kita untuk mendapatkan keadilan dalam bidang pendidikan, peluang pekerjaan dan sebagainya.

"DAP juga telah terbukti amat prihatin dan peka dengan masalah kehidupan rakyat di pedalaman yang ketinggalan untuk mendapatkan kemudahan asas," katanya.

paren nyawi 3 

Calon di N62 Katibas, Paren Nyawi pula menyeru masyarakat khususnya pengundi dari komuniti Dayak melakukan perubahan dengan memilih calon-calon DAP dalam pilihanraya negeri akan datang.

Ia disebabkan sudah terlalu lama BN diberi peluang mentadbir namun mereka gagal memberikan khidmat dan layanan yang baik kepada rakyat. "Masyarakat Dayak harus membuka lembaran baru dalam politik mereka dengan memberi peluang kepada calon-calon DAP untuk mewakili mereka," ujar beliau.

Katanya, dengan lebih ramai wakil DAP dalam DUN, banyak dasar dirangka DAP yang menguntungkan rakyat dapat disuarakan dengan lebih lantang dan kuat.

"Antaranya adalah dasar untuk mengembalikan tanah-tanah adat dan peluang membangunkan tanah mereka. Begitu juga dengan peluang yang lebih cerah untuk memasuki bidang perkhidmatan awam, peluang pendidikan, perniagaan dan sebagainya termasuk peluang pembangunan di kawasan komuniti itu yang lebih baik," jelasnya.

Tidak mudah tapi tidak mustahil

Walaupun kemenangan bukan sesuatu yang mudah untuk DAP, khususnya di kalangan pengundi Dayak yang sering dipujuk, ditekan dan diancam oleh kumpulan-kumpulan pro-pemerintah menjelang PRN Sarawak, ia tidak menghalang calon-calon serta ahli-ahli dari kalangan Bumiputera Sarawak untuk meneruskan perjuangan melalui DAP.

Bagi mereka, daripada membiarkan nasib Dayak di tangan pemerintah yang tidak begitu mempedulikan hal-ehwal anak negeri, khususnya di pedalaman, lebih baik mereka berbuat sesuatu walaupun terpaksa berdepan dengan rintangan dan cabaran.

Malah, kini BN pula menghadapi saingan daripada DAP yang selama ini dianggap hanya memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan majoriti kaum Cina serta di kawasan bandar.

PRN Sarawak 2016 membuka lembaran baru untuk DAP dalam usahanya untuk meluaskan idea, prinsip dan amalan kepelbagaian budaya serta sikap saling menghormati antara satu sama lain tanpa mana-mana pihak dipinggirkan. – Roketkini.com


Biarlah rakyat Sarawak yang pilih kerajaan sendiri, bukan pengundi pos Semenanjung

Posted: 22 Apr 2016 03:05 AM PDT

ccj_sarawak-650x340

Roketkini.com


KUCHING: Membenarkan pengundi dari Semenanjung melalui pengundi pos untuk menentukan kerajaan negeri dalam pilihanraya negeri Sarawak 7 Mei ini adalah tidak adil kepada rakyat Sarawak.

Apa yang mengejutkan ialah di sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri yang baru, iaitu N17 Stakan di kawasan Kota Samarahan, pengundi pos yang kebanyakannya terdiri daripada anggota tentera dan polis mencatatkan peratusan yang sangat tinggi, iaitu 48.47 peratus. Sebahagian besar pengundi pos adalah dari Semenanjung.

Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, keadaan itu memberi kesan yang besar serta tidak adil kepada pengundi tempatan.

Justeru, beliau mahu rakyat Sarawak perlu diberi keutamaan memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan Sarawak tanpa melibatkan pengundi pos.

Katanya, Pemangku Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem perlu adil terhadap rakyat Sarawak, khususnya apabila beliau antara pemimpin yang paling lantang bercakap tentang autonomi negeri.

"DAP Sarawak meminta Adenan Satem dan Suruhanjaya Pilihan Raya supaya menghentikan anggota tentera dan polis dari Semenanjung yang berada di sini dari mengundi dalam pilihanraya negeri.

"Kita melihat akan berlakunya ketidakadilan yang jelas," jelasnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tidak membenarkan undi pos dari Semenanjung adalah lebih baik daripada menghalang para pemimpin pembangkang dari Semenanjung masuk ke Sarawak.

Jelasnya, undi pos amat penting untuk menentukan nasib dan masa depan Sarawak sedangkan kemasukan pemimpin pembangkang hanya untuk berkempen saja.

Chong memberi contoh kerusi yang disandangnya sendiri, iaitu DUN Kota Sentosa, yang mencatatkan peningkatan pengundi pos, saban tahun.

Katanya, sekitar 6,000 pengundi biasa telah dikurangkan tetapi undi pos dari kalangan tentera bertambah 300.

"Mengapa kita membenarkan pengundi dari Semenanjung Malaysia menentukan pembentukan kerajaan negeri kita? Bukankah ia seperti menggadaikan perjuangan menuntut autonomi selama ini?

"Jika kita memperjuangkan autonomi negeri, tak sepatutnya dibenarkan mengundi dalam pilihanraya negeri. Jika ini ialah pilihanraya Parlimen, ia sesuatu yang berbeza," katanya lagi. – Roketkini.com


Penduduk pedalaman Sabah diugut tarik bantuan jika hadir program DAP

Posted: 22 Apr 2016 03:00 AM PDT

Slide1


KENINGAU: DAP Sabah mengutuk tindakan terdesak pihak yang mengancam penduduk di sebuah kampung di daerah Pensiangan supaya tidak menghadiri perjumpaan DAP dengan ugutan bantuan kerajaan kepada mereka akan ditarik.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat merujuk kepada sepucuk surat bertarikh 14 April 2016 yang ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Sinua, Mukim Lanas Sook, Junas Laimin di balai Polis Keningau di sini oleh DAP Sook.

Surat itu mengugut bahawa bantuan dan skim yang telah diluluskan kerajaan seperti E-Kasih dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bakal ditarik balik sekiranya mana-mana penduduk terlibat dalam perjumpaan yang dianjurkan DAP Cawangan Sook pada 16 April 2016 di salah sebuah kediaman ahli di sini.

Petikan daripada surat itu menyatakan: "Untuk makluman, kepada penduduk Kg. Sinua yang ada memohon E-Kasih sudah pun diluluskan oleh kerajaan dan mereka yang sudah mendapat rumah PPRT diingatkan agar tidak menghadirkan diri dalam perhimpunan tersebut kerana pemimpin masyarakat akan menyenaraikan nama anda dalam senarai nama yang menentang kerajaan dan menyokong pembangkang."

stephen wong2 

Menyifatkan ada pihak yang semakin tertekan dan takut, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fat, berkata DAP sama sekali tidak akan mengalah dengan segala cabaran dan ancaman yang dikenakan terhadap ahli dan penyokongnya.

"Ini manifestasi terdesak sesetengah pihak yang tidak senang dan berasa takut dengan gerak kerja DAP di kawasan pedalaman. Ia jelas bercanggah dengan semangat demokrasi dan kebebasan rakyat untuk berpersatuan yang terkandung dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Kita tidak akan mengalah dengan ugutan ini dan kita akan teruskan usaha kita memberi khidmat dan mengetengahkan segala masalah rakyat di pedalaman khususnya isu kemudahan asas dan sebagainya," tegas Stephen ketika dihubungi Roketkini.

Melahir rasa kecewa dan terkejutnya, Pengerusi Protem DAP Sook, Clare Simbat Taunek, pula menyatakan ugutan sedemikian bersifat menghalang penduduk kampung untuk terlibat dalam proses demokrasi.

"Jika perjumpaan dengan ahli-ahli parti pun dilarang, apalagi menyokong atau mengundi. Ini mampu memudaratkan sistem demokrasi berperlembagaan kita.

"Surat itu secara jelas mengugut penduduk-penduduk kampung, melanggar hak-hak demokratik dan kebebasan untuk menyertai politik demokratik, memberi dan menerima maklumat kepada dan daripada ahli-ahli politik, secara am dan khususnya berkaitan dengan parti DAP," ujar beliau kepada Roketkini.

Selain itu, Clare berkata tindakan Junas mengugut penduduk menggunakan skim dan peruntukan kerajaan seperti E-Kasih dan perumahan PPRT jelas merupakan salah guna kuasa.

Di penghujung surat itu Junas menyatakan beliau 'yang menurut perintah' dan ini juga jelas bermakna beliau tidak bertindak sendirian.

"Jadi kita mohon pihak polis menyiasat siapakah yang memberikan 'perintah' untuk melarang penduduk kampung dari menghadiri aktiviti parti ini," ujar beliau.

Slide1 

Penyelaras DAP Parlimen Pensiangan, Adrian Lasimbang, berpandangan tindakan memainkan politik ugut sebegini akan berlanjutan terutamanya menjelang pilihanraya umum akan datang.

"Apalagi jika pihak lawan melihat sokongan terhadap DAP semakin meningkat seperti apa yang kita lihat dalam lawatan DAP Sabah di pedalaman Pensiangan. Sambutannya amat baik dan penduduk kampung juga tidak segan atau takut untuk turut serta memeriahkan program kita.

"Penduduk kampung yang terpinggir ini sudah terlalu lama tidak melihat ada pilihan yang memberi 'harapan'. Bila kita dating, ia beri semangat baru dan memberi mereka lebih pilihan untuk memilih pemimpin baru, lebih-lebih lagi yang di kalangan orang muda," kata beliau. – Roketkini.com


Speaker DUN Selangor dihalau daripada masuk ke Sarawak

Posted: 22 Apr 2016 02:52 AM PDT

Hannah Yeoh dihalau daripada masuk ke Sarawak

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh Tseow Suan, kesal dan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak melarang beliau masuk ke negeri itu untuk menghadiri majlis keagamaan di sana.

Sejurus selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Sibu pagi tadi, Hannah dipaksa oleh pegawai Imigresen untuk pulang dengan pesawat yang sama, walaupun beliau telah menempah tiket dengan syarikat penerbangan lain.

Dengan itu, bukan saja beliau dihalau keluar dari Sarawak, beliau juga terpaksa membeli tiket penerbangan MAS yang berharga RM1,013.35 untuk pulang ke Kuala Lumpur pada lewat pagi itu juga.

Hannah Yeoh dihalau daripada masuk ke Sarawak

"Saya tidak faham mengapa saya dihalang masuk ke Sarawak dan disekat dari menghadiri majlis keagamaan di sana. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan beragama saya.

"Apabila saya cuba menunjukkan surat jemputan itu kepada pegawai di Lapangan Terbang Sibu, mereka menolak dan terus-terusan menggesa saya pulang pada waktu itu juga.

"Benarkah kita mempunyai kebebasan beragama di Malaysia?" katanya kepada Roketkini sejurus beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Hannah ke Sarawak atas jemputan sebuah gereja tempatan di Sibu bagi menghadiri acara keagamaan yang akan berlangsung malam ini, malah beberapa paderi telah menunggu ketibaan beliau di lapangan terbang.

"Saya meminta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, menyatakan dengan jelas sebab saya dilarang masuk ke negeri tersebut.

"Saya tidak diberi apa-apa notis oleh pegawai di lapangan terbang tentang larangan itu. Malah, apabila saya bertanya kepada mereka mengapa saya disekat, mereka hanya berkata "Maaf, Puan. Ini atas arahan pihak berkuasa Sarawak," katanya.

Menurut Hannah yang juga Adun DAP Subang Jaya itu, beliau terkesan dengan sekatan berkenaan memandangkan beliau yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah sehingga dilayan sebegitu rupa oleh kerajaan negeri.

"Bagaimana mungkin saya ini berbahaya kepada penduduk Sarawak? Saya seorang Speaker DUN dan wakil rakyat, bermakna saya tidak boleh mempunyai apa-apa rekod jenayah.

"Lagipun, saya terlibat dalam menganjurkan makan malam mengumpul dana di Selangor untuk membina kemudahan asas untuk golongan miskin di Sarawak. Jadi, adakah saya ini satu ancaman kepada rakyat Sarawak?

"Jika undang-undang Imigresen boleh digunakan sesuka hati oleh kerajaan negeri terhadap seorang pegawai kerajaan seperti saya, bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang lain?" katanya. – Roketkini.com

Bas rempuh 12 kenderaan di lampu isyarat

Posted: 21 Apr 2016 07:09 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
IPOH: Sebuah bas merempuh 12 kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Tambun-Sunway, berdekatan pasar besar Giant, di Tambun dekat sini, hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian pada 7.36 pagi itu, bas yang membawa 35 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Tanjung Rambutan menghala ke Ipoh.
 
"Apabila sampai di lampu isyarat berkenaan, pemandu bas dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu melanggar 12 kenderaan di hadapan yang berhenti kerana lampu isyarat merah.
 
"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya dalam sebuah kenyataan di sini.
 
Menurut Chang Keong, sehingga pukul 4 petang tadi pemandu serta 11 lagi pemilik kenderaan terbabit telah membuat laporan polis dan tiada tangkapan dibuat setakat ini. - BERNAMA
 
 

Restoran mamak: Pengguna setuju boikot tersusun

Posted: 21 Apr 2016 07:00 PM PDT


Rata-rata yang ditemui FMT bersetuju restoran mamak yang mengingkari pihak berkuasa perlu diajar dengan kuasa pengguna

Restoran-mamak_600


PETALING JAYA: Cekik darah, premis kotor dan pekerja menjijikkan. Rata-rata pengguna yang ditemui FMT mengenakan tiga ciri itu sebagai syarat untuk memboikot restoran-restoran mamak.

Menyedari pentingnya kewujudan restoran mamak dalam rutin rakyat terutamanya golongan keluar lewat malam, mereka yang ditemui bersetuju dengan boikot yang dijalankan secara tersusun dan terarah.

Abdul Hisyam Ahmad, 45, berkata boikot merupakan kuasa yang perlu digunakan secara adil kerana masih ada pengusaha yang menjaga kebersihan premis dan kakitangannya, serta tidak mengenakan harga yang mahal.

"Ada kedai yang murah dan bersih, dan ada kedai yang mahal dan kotor, kenakan GST pulak tu," ujarnya. "Saya setuju kalau nak boikot, tetapi jangan semua."

"Kalau boikot semua susah juga nak cari makan jam 2 pagi sebab kedai Melayu tidak ada yang 24 jam," ujarnya.

Moha Shahrul Abdullah, 52, pula berpandangan sudah sampai masanya pengguna menghukum restoran mamak yang menjual makanan pada harga yang mahal tetapi memberikan perkhidmatan yang mengecewakan.

"Saya menyokong sekiranya kita memboikot restoran mamak ini untuk memberi pengajaran pada mereka; pertama perkhimatan yang diberikan sangat tidak bagus, sebagai contoh apa yang kita minta tidak menepati citarasa.

"Ada satu kes berlaku pada saya dimana saya minta ABC tetapi Tuhan nak tunjuk, saya ternampak pekerja ambil buah laici dengan tangan," katanya sambil mengeluh.

Pandangan itu disokong Kumar, 43, dan menambah perkhidmatan bersih tidak harus dilihat pada pengendalian makanan dan keadaan premis semata-mata, tetapi juga penampilan kakitangan.

"Kadang-kadang saya tengok mereka pakai baju yang sama, malah kadang-kadang badan mereka berbau hingga membuatkan kita tidak selesa.

"Saya sarankan pekerja perlu sentiasa kemas dan bersih seperti pelayan hotel," katanya.

Sementara itu, Mohamad Izuddin, 29, berpandangan boikot tidak perlu sekiranya kakitangan premis diambil dari kalangan rakyat tempatan.

"Saya bukan nak menghina warga asing, tetapi hakikatnya mereka ini kurang menjaga kebersihan berbanding rakyat tempatan," katanya.

SU KBS, tiga individu didakwa 191 pertuduhan

Posted: 21 Apr 2016 06:56 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Mereka menghadapi pertuduhan berhubung aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM16,623,000.

kbs_law_600


KUALA LUMPUR: Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan tiga individu termasuk sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 191 pertuduhan berhubung aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM16,623,000.

Pada 31 Mac lepas, Otman Arsahd, yang kini digantung tugas mengaku tidak bersalah atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta.

Hari ini, Otman bersama Halmi Khalid dan Abdul Gafar Abdurahiman serta isterinya Siti Rohanah Hussien, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail, Hakim Mohd Nasir Nordin dan Hakim Sohaini Alias.

Otman, 57, menghadapi 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank dan RHB melalui cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Dis 2015.

Abdul Gafar, 42, iaitu pengarah syarikat peralatan sukan di bawah KBS, dan isterinya seorang surirumah, Siti Rohanah, 42, masing-masing didakwa atas 63 pertuduhan memindahkan sejumlah wang berjumlah RM15,723,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram menerusi 63 transaksi dari akaun bank tiga syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman bagi tempoh masa sama.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza antaranya RHB Bank cawangan Presint 8, Putrajaya, Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja Laut.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun atau boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Halmi, 35, pengarah syarikat pembekal barangan sukan di bawah KBS didakwa atas satu pertuduhan iaitu memindahkan wang RM900,000 ke dalam akaun bank milik Otman di RHB Bank Plaza Damas 3, Sri Hartamas di sini pada 10 Dis 2015 mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFAPUAA 2001.

Hakim Allaudeen membenarkan Otman diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan manakala Halmi dibenarkan ikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Mei untuk sebutan semula.

Sementara Hakim Mohd Nasir dan Hakim Sohaini membenarkan Abdul Gafar dan Siti Rohanah masing-masing diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 24 Mei untuk sebutan semula kes.

Hakim turut memerintah mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi yang mengendalikan kesemua kes menawarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan untuk setiap tertuduh dengan mengambil kira jumlah wang yang terlibat serta memohon syarat tambahan iaitu pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Fahmi Abd Moin mewakili Otman, Ridha Abdah Subri mewakili Halmi, manakala peguam Wan Azmir Wan Majid bertindak bagi pihak Abdul Gafar dan Siti Rohanah, memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guam mereka tidak berkemampuan selain akaun dan aset mereka dibekukan.

Terdahulu semasa sebutan semula kes Otman yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu itu, Hakim Allaudeen menetapkan 20 hari untuk perbicaraan bermula 19 Sept depan.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Amir Nasruddin memaklumkan 35 saksi akan dipanggil pada perbicaraan itu.– BERNAMA

Najib Mohon Batal Saman Tun Mahathir Dan Dua Lagi

Posted: 21 Apr 2016 06:51 PM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk membatalkan saman oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi terhadapnya atas alasan tiada elemen perbuatan salah laku seperti yang didakwa ketiga-tiga plantif.

Peguam Wan Azmir Wan Majid, mewakili Najib memberitahu pemberita bahawa saman difailkan Tun Dr Mahathir, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas Anggota Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin selaku plaintif itu bersifat remeh dan menyusahkan mahkamah.

"Perdana Menteri memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada Selasa atas alasan tidak terdapat elemen perbuatan salah laku (eng: tort misfeasance) seperti yang terkandung dalam writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif, "katanya.

Beliau berkata permohonan itu akan didengar pada 23 Jun di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosnaini Saub.

Peguam itu berkata demikian selepas pengurusan kes saman itu di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Erry Shahriman Nor Aripin pada Rabu yang turut dihadiri peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bertindak bagi ketiga-tiga plaintif.

Mohamed Haniff Khatri berkata mahkamah juga mengarahkan perdana menteri untuk memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum atau pada 28 April ini.

Pada 23 Mac lepas, Mahathir, 90, Khairuddin, 54, dan Anina, 41, memfailkan saman terhadap Najib selaku defendan berhubung dakwaan salah laku membabitkan1 Malaysia Development Berhad (1MDB). -Bernama

Abang Mangsa Culik Dipenggal Kepala Lancar Petisyen

Posted: 21 Apr 2016 06:45 PM PDT

 Oleh: MUGUTAN VANAR

 


Empat rakyat Malaysia yang sedang ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf.



KOTA KINABALU: Abang kepada tebusan rakyat Malaysia yang dipancung kepalanya oleh pengganas Abu Sayyaf telah melancarkan petisyen dalam talian menggesa kerajaan membawa pulang empat mangsa culik terkini.

Christopher Then, iaitu abang kepada Bernard Then - mangsa culik yang telah dipenggal kepala oleh kumpulan Abu Sayyaf pada 17 November tahun lalu ekoran kegagalan rundingan, mahu mendapatkan 10,000 tandatangan untuk petisyen itu.

"Adik saya, Bernard Then, telah dibunuh oleh pengganas yang sama membunuh mangsa yang tidak berdosa, atas nama Tuhan. Semoga tiada lagi sebarang kematian di tangan mereka,'' katanya.

Christopher menggesa empat anak kapal dari Sarawak yang diculik dari kapal tunda mereka oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf pada 1 April di perairan antarabangsa di luar Pulau Ligitan di daerah Semporna Sabah segera dibebaskan dan dibawa pulang.

Keempat-empat mereka, Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, dipercayai sedang ditahan di kubu kuat Abu Sayyaf di Pulau Jolo di selatan Filipina.

"Marilah sertai saya dengan menandatangani petisyen kepada kerajaan untuk menyelamatkan tebusan dan berdoa agar perdana menteri dan ketua menteri Sarawak akan melihat kes ini dengan serius," kata Christopher, Selasa.

Petisyen itu boleh dilayari di www.ipetitions.com/petition/saveourmalaysianhostages.

Bernard, 39, dari Sarawak, sedang bercuti bersama isterinya di Sandakan ketika diculik bersama seorang wanita iaitu pengurus restoran, Thien Nyuk Fun di Ocean King Seafood Restaurant pada 4 Mei 2015.

Thien dibebaskan tanpa kecederaan pada 8 November lalu.

Khamis lepas, gambar empat tebusan rakyat Malaysia dimuat naik di Facebook, dikatakan oleh Abu Sayyaf.

Difahamkan bahawa kumpulan bersenjata itu telah menghubungi keluarga mangsa.

Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf telah melakukan tiga serbuan ke atas bot tunda yang lalu di perairan antarabangsa antara Sabah dan pulau-pulau Tawi-Tawi di antara 26 Mac dan 15 April, dan menculik seramai 18 anak kapal, termasuk empat rakyat Malaysia.

El Nino: Senator Cadang Sekolah Dilengkapi Pendingin Hawa

Posted: 21 Apr 2016 05:46 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang senator mencadangkan agar bilik darjah di sekolah-sekolah dilengkapi alat pendingin hawa agar sesi pembelajaran tidak terjejas walaupun ketika fenomena El Nino.

Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata langkah ini bagi memastikan murid dan pelajar dapat menghabiskan sukatan pelajaran terutama yang mengambil peperiksaan dan mengelak sekolah ditutup ketika cuaca panas melampau.

"Bila cuaca panas melampau sekolah tutup, sebelum ini sekolah tutup sebab jerebu, ini El Nino pula, jadi bagaimana anak-anak kita (murid dan pelajar) yang hendak menduduki peperiksaan, cukup belajar.

"Jika tidak cukup bajet, pasang 'air-cond' (pendingin hawa) di kelas yang pelajarnya ambil peperiksaan sahaja," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara pada Khamis.

Mohd Suhaimi berkata kerajaan dan Kementerian Pendidikan harus bersedia mengambil langkah yang perlu kerana fenomena El Nino merupakan kejadian yang boleh diramalkan dan berlaku secara berkala.

Seorang lagi Senator, Datuk Seri Khairudin E.S Abd Samad pula mencadangkan agar pembinaan bangunan yang menggunakan banyak cermin memantulkan haba dikawal untuk mengurangkan suhu panas kawasan persekitaran.

"Kita lihat banyak bangunan sekarang pakai banyak cermin, di dalam mereka 'tinted' supaya sejuk, tapi di luar ia memantulkan haba, suhu akan menjadi lebih panas.

"Jadi kita minta kementerian KPKT (Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) pantau, kalau boleh hentikan pembinaan bangunan cermin pantul haba ini," katanya.

Sementara itu, Shahanim Mohamad Yusoff pula mencadangkan sebuah tabung seperti Tabung Tenaga Boleh Baharu (TBB) bagi industri air untuk membangunkan teknologi baharu dalam menjamin bekalan air sentiasa mencukupi walaupun negara berdepan cuaca panas melampau.

"Wang untuk tabung ini boleh dikutip daripada akaun pengguna air seperti juga pengguna elektrik untuk TBB.

"Hasilnya boleh dibina lebih banyak empangan dan pembangunan teknologi alternatif seperti pengolahan air bawah tanah agar kita tidak menghadapi masalah air apabila El Nino melanda," katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin.-Bernama

Perkasa minta Hasan dirujuk J/k Hak dan Kebebasan Parlimen

Posted: 21 Apr 2016 05:35 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


Datuk Hassan Arifin Datuk Hassan Arifin Biro Integriti, Anti-Rasuah & Salahgunakuasa Perkasa mahu satu mesyuarat khas panel Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) diadakan segera untuk mempersoalkan keintegritian Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi PAC untuk dirujuk ke Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Pengerusinya, Azrul Akmal Shaharudin berpendapat dengan tingkah laku Hasan yang langsung tidak menunjukkan sikap jujur dan amanah, amat memeranjatkanPerkasa.

"Perlakuan tersebut adalah amat memeranjatkan.

"Hal ini perlu dibincangkan dan memperbetulkan semula Laporan PAC dengan memasukkan segala apa perkara penting yang telah disunting keluar seperti yang telah didakwa kemudiannya, wajarlah Datuk Hasan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

"Walaupun Datuk Hasan Arifin semalam menyatakan bahawa ianya telah disunting kerana maklumat itu masih dalam siasatan, ianya adalah tindakan tidak wajar kerana ianya telah mendapat persetujuan semua ahli panel untuk dimasukkan ke dalam Laporan PAC dan jika ianya perlu dikeluarkan, Pengerusi PAC perlu memanggil bermesyuarat semua ahli panel dan membincangkannya." ujar beliau.

Azrul Akmal SaharudinAzrul Akmal SaharudinPerkasa mengulas mengenai kenyataan daripada beberapa ahli jawatankuasa panel Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara(PAC) semalam, bahawa Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin telah menyunting laporan panel PAC berkenaan kes 1MDB yang telah didedahkan kepada umum.

Difahamkan, pengerusi PAC telah membuang ayat "Bank Negara Malaysia (BNM) was voluntarily informed by the country's authorities that Good Star Limited is a company owned by an individual with no links to the PetroSaudi Group"(rujuk http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/pac-member-claims-hasan-arifin-edited-1mdb-report-without-approval).

Dimana perenggan ini memperihalkan bahawa Good Star Limited ini adalah syarikat milik individu yang mengikut beberapa sumber dipercayai berkemungkinan ada sangkut paut dengan Jho Low.

Difahamkan melalui kenyataan daripada salah seorang panel PAC, ianya dibuat tanpa ada perbincangan dengan anggota-anggota panel PAC yang lain.

Azrul Akmal yang juga Ahli Dewan Tertinggi Perkasa itu juga menyarankan agar laporan PAC tidak dijadikan sandaran kononnya skandal 1MDB ini sudah selesai.

"Ini kerana, sesuatu laporan yang sewenang-wenangnya disunting tanpa mendapat mandat semua panel yang terlibat, bagaikan ingin menyorokkan sesuatu, bolehlah dianggap sebagai laporan yang "syok sendiri" dan tidak boleh dipakai.

"Sejak dari tahun lepas lagi Biro secara konsisten mendesak kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja(RCI) untuk menyiasat secara menyeluruh kes 1MDB yang bukan sahaja mendapat perhatian di Malaysia malah menjadi perhatian di luar negara.

"Imej negara hari demi hari makin tercalar dan ianya tambah tercalar apabila diketahui Laporan PAC ini telah disunting sewenang-wenangnya.

"Dengan Suruhanjaya DiRaja sahaja, siasatan terhadap kes ini dapat dijalankan tanpa ada gangguan dan laporan yang disediakan adalah telus dan boleh dipercayai sepenuhnya sekaligus akan membantu membersihkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, yang terpalit dengan skandal ini jika beliau didapati tidak bersalah oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja.

"Mewakili rakyat yang sudah bosan dengan isu 1MDB ini, biro menyeru semua pihak termasuk NGO-NGO dan parti-parti politik agar mengemblengkan usaha untuk mendesak kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan kadar segera." ujarnya.

Bawa Jho Low atau saman WSJ, cadang Kadir selesaikan isu 1MDB

Posted: 21 Apr 2016 05:31 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE


Datuk Seri Mohd Najib Razak  dan Datuk Teik Jho LowDatuk Seri Mohd Najib Razak dan Datuk Teik Jho LowBekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin yakin semua persoalan yang dihadapi oleh rakyat negara ini mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan selesai jika ahli perniagaan Teik Jho Low boleh dibawa balik untuk disoal siasat.

Jalan kedua yang boleh dibuat adalah dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku pihak yang dituduh menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang banyak membuat dakwaan ke atas beliau, tulis Kadir melalui blognya.

Ini berikutan cerita mengenai 1MDB dan derma yang diterima oleh Najib sentiasa berubah dari awal hingga kini.

Yang terakhir adalah kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir, kononnya mengesahkan ia adalah derma dari negara itu tanpa mengharapkan balasan.

Kenyataan itu dibuat selepas beliau bertemu dengan Najib di New York.

Namun sebelum itu, dalam satu kenyataannya, Adel berkata, ia adalah satu pelaburan.

"Jawapan kepada misteri pie Amerika dan derma Arab ini akan terjawab kalau Jho Low boleh dibawa balik dan dipaksa duduk atas blok ais dalam bilik hawa dingin selama beberapa jam. Pasti dia akan menyanyi macam burung kenari.

"Atau Mohd Najib betul-betul kemukakan saman terhadap WSJ kerana memfitnah dan mengaibkan beliau," tulis Kadir hari ini.

Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang dan kawan baik isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ini di anggap saksi penting dalam isu 1MDB yang bermula dengan Terengganu Invesment Authority (TIA).

Datuk A Kadir JasinDatuk A Kadir JasinMenurut Kadir, pada bulan Ramadhan tahun lepas, cerita derma itu mula didengari oleh rakyat negara ini kononnya ia adalah dari orang Arab.

"Mula seorang Arab. Kemudian lebih daripada seorang Arab. Lepas itu balik jadi seorang Arab. Akhir sekali jadi Raja Arab Saudi yang mangkat," katanya.

Pada 25 Januari lalu, katanya, Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, bersihkan Mohd Najib.

"Dia kata duit AS$681 juta itu derma Arab dan sebahagiannya dibagi balik," katanya.

Tetapi pada 6 Februari, Menteri Luar Arab Saudi, Adel bin Ahmed Al-Jubeir, kata duit itu bukan derma tapi pelaburan.

Pada 15 April, kata Kadir, Al-Jubeir tukar cerita kata dia ambil maklum kenyataan Apandi dan tambah derma itu ikhlas, tanpa syarat dan penderma tak harap apa-apa balasan.

Kadir seterusnya menulis, pada 19 April, Wall Street Journal (yang Mohd Najib ancam nak samam tapi tak saman) kata, 681 itu adalah "American pies" – sejenis hidangan berinti seakan-akan karipap tapi bulat.

WSJ kata, pengirim pie Amerika itu adalah tak lain dan tak bukan kawan akrab keluarga Mohd Najib, Jho Low, katanya.

Kata berkata, WSJ mendakwa, dalam bulan Mac 2013, Jho Low hantar pesanan kepada orang suruhannya di Kuala Lumpur mengatakan 681 pie Amerika akan tiba tidak lama lagi dari seberang laut.

Menurut transkrip pesanan segara BlackBerry yang dilihat of WSJ, Jho Low menekankan perlunya kerahsiaan dalam penghantaran pie Amerika.

"Jho Low arah orang suruhannya supaya bagi tahu ketua pegawai eksekutif bank (AmBank) yang "PM" tidak mahu nama, alamat atau nombor kad pengenalannya muncul dalam urusan pemindahan 681 pie Amerika itu.

"Jadi adakah 681 biji pie Amerika itu berlainan daripada AS$681 juta derma Arab yang Apandi sebut pada 25 Januari itu atau 681 biji pie Amerika itu apabila masuk ke dalam akaun Mohd Najib jadi AS$681 juta?

"Adakah 681 biji pie Amerika itu dari Jho Low hasil putar-belit perniagaan atas angin 1MDB atau duit derma Arab yang dibagi kod atas alasan rahsia?" tulisnya lagi.

Mohon maaf pada Najib: Kit Siang persoal tindakan Ali Rustam

Posted: 21 Apr 2016 05:28 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


Mohamad Ali, Mahathir dan Mohd NajibMohamad Ali, Mahathir dan Mohd NajibKetua Parlimen Dap Lim Kit Siang mempersoalkan gesaan Senator Tan Sri  Mohamad Ali Rustam agar Pasukan Petugas Khas memohon maaf kepada Najib di atas skandal mega 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Ini ekoran kenyataan menteri luar Arab Saudi baru-baru ini yang mengatakan wang RM2.6 bilion itu adalah derma bukan daripada wang 1MDB sedangkan sebelum itu beliau mengatakan ia adalah wang pelaburan bukan derma.

Sebelum ini  desakan sebahagian  pemimpin Umno agar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana berbohong mengenai derma RM2.6bilion.

Manakala bekas Ketua Menteri Melaka itu  pula turut mendesak Pasukan Petugas Khas yang dicadangkan penubuhannya ekoran kontroversi RM50bilion 1MDB dan derma RM2.6bilion juga perlu memohon maaf kepada Najib sebagaimana dilapor Utusan Malaysia semalam.

The Wall Street Journal (WSJ) pernah menyiarkan laporan yang mendakwa hampir AS$700 juta (RM2.6bilion) daripada dana 1MDB disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Justeru Peguam Negara Abdul Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengumumkan pembentukan pasukan petugas khas itu untuk menyiasat dakwaan itu WSJ.

Menurut Kit Siang beberapa hari selepas laporan WSJ mengenai derma RM2.6 bilion dalam akaun perbankan peribadi Najib, ujarnya lagi Najib  menyebut  dalam blognya bahawa skop Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat dakwaan WSJ sama ada dia menggunakan dana 1MDB untuk kepentingan peribadinya.

Najib berkata dalam blognya: "Siasatan oleh pasukan petugas khas itu adalah untuk menentukan sama ada dakwaan WSJ bahawa saya telah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan peribadi saya mempunyai asas atau tidak.Siasatan perlu mengambil kira kebenaran dokumen yang diterbitkan akhbar itu untuk menyokong tindakan mereka."

 Lim kit siangLim kit siangMenurut Kit Siang,  Ali juga mencadangkan agar Najib memohon maaf kerana bersetuju dengan penubuhan Pasukan Petugas Khas, atau dia mahu mencadangkan agar Najib tidak pernah bersetuju dengan pembentukan Petugas Khas itu?

Adakah empat Tan Sri dalam Pasukan Petugas Khas mengenai skandal mega 1MDB dan derma RM2.6 bilion terlibat dalam aktiviti yang disebut sebagai anti-nasional yang disebutkan Ali?" soalnya lagi ketika berucap pada siri lawatan kali 108 ke Pasar Chowrasta Tanjong, pagi tadi.

Kata Ahli Parlimen Gelang Patah ini lagi biarkan empat Tan Sri itu yang terdiri daripada Pasukan Petugas Khas 1MDB dan derma RM2.6 bilion bertindak balas secara individu untuk meminta permohonan maaf sebagaimana diminta Ali.

Rakyat Malaysia ujarnya lagi mahu tahu apa yang telah berlaku kepada Pasukan Petugas Khas itu  selepas "melakukan pembersihan dalaman" pada akhir Julai tahun lalu, yang menyaksikan pemecatan secara tiba-tiba Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Peguam Negara Gani Patail, MenteriLuar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, yang membawa kepada ugutan, pemindahan serta-merta dan juga penangkapan pegawai utama dalam agensi-agensi penguatkuasaan utama seperti SPRM dan Polis.

"Saya masih ingat bahawa pada masa itu, saya mempunyai keyakinan yang sangat sedikit dalam Pasukan Petugas Khas daripada empat Tan Sri ini.

"Dalam satu kenyataan sepuluh hari selepas laporan WSJ saya menyatakan bahawa Najib masih belum dinafikan, secara mutlak dan tanpa ragu-ragu, bahawa dia mempunyai tiga akaun bank peribadi dalam AmBank dan kira-kira AS $ 700 juta (RM2.6 bilion ) dana telah dimasukkan ke dalam akaun beliau sebelum PRU ke-13; Najib tidak menjelaskan di mana sumbangan itu datang dan ke mana dan kepada siapa wang itu diberikan.

"Saya bertanya sama ada Pasukan Petugas Khas yang diketuai oleh Gani Patail, Zeti Akhtar Aziz, Khalid Abu Bakar dan Abu Kassim Mohamad akan dibenarkan untuk menyiasat di mana RM2.6 bilion datang dan kepada siapa, secara terperinci, telah dibayar?

"Saya berkata tiada siapa yang percaya bahawa "pasukan petugas khas" oleh empat Tan Sri ini akan mempunyai apa-apa kuasa.

"Saya mencadangkan bahawa Pasukan Petugas Khas empat Tan Sri perlu dimansuhkan dan digantikan dengan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja yang akan dipengerusikan pula tiga Tun, iaitu Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Tun Musa Hitam sebagai timbalan pengerusi dikalangan orang yang dipercayai boleh menjalankan siasatan secara mendalam dan meluas terhadap skandal mega berkembar Najib.

Ini cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan tiga Tun adalah lebih relevan dan penting hari ini.

Setakat ini, hanya dua orang telah secara terbuka mengakui menerima wang daripada RM2.6 bilion derma Najib - Ahli Pontian Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mengakui dia mendapat RM2 juta dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional 'dan Ahli Parlimen Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Samad, yang mengakui dia mendapat RM1 juta.

Adakah semua Menteri-menteri Umno yang lain / BN dan Ahli Parlimen yang menerima wang dari Najib RM2.6 bilion (seperti dakwaan WSJ lebih daripada AS$1 bilion atau RM4.2 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib).

PKR tanding 40, DAP 29, Amanah 13 kerusi di Sarawak

Posted: 21 Apr 2016 05:24 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


Calon DAP di PRN Sarawak pada 7 Mei depan.Calon DAP di PRN Sarawak pada 7 Mei depan.


DAP hanya akan bertanding 29 dari 82 kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal menyaksikan 40 kerusi akan ditandingi PKR manakala Parti Amanah Negara (Amanah) 13 kerusi.

Namun begitu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kemungkinan wujud elemen sabotaj ke atas hubungan PKR dan DAP menjelang pilihan raya negeri Sarawak nanti. Jika itu berlaku, angka di atas tidak akan tepat lagi.

"Saya menasihati semua calon dan penyokong agar menafikan sebarang tuduhan kerana ia berniat untuk mengancam moral kita," katanya ketika memperkenalkan sebahagian calon DAP semalam.

Menurut Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, persetujuan telah dicapai bagi memastikan calon Pakatan Harapan akan berdepan calon Barisan Nasional (BN) dalam pertarungan satu lawan satu.

Tambahnya menerusi persetujuan itu, DAP dapat bertanding di lebih banyak kerusi luar bandar sejajar dengan program Impian Sarawak inisiatif prihatin parti itu.

Lim  berkata demikian ketika memperkenalkan calon-calon DAP untuk zon selatan Sarawak (dari Kucing ke Sri Aman) malam tadi, lapor Utusan Borneo.

Turut hadir Bendahari DAP Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dan ADUN Padang Kota Chow Kon Yeow.

Hari ini DAP mengumumkan kesemua calonnya untuk PRN negeri.

Pengerusinya Chong Chieng Jen, mengumumkan calon itu dengan beliau sendiri akan mempertahankan Kota Sentosa.

Adun yang akan mempertahankan kerusi masing-masing adalah King Wei (Padungan), Violet Yong (Pending), Chiew Wang See (Batu Kawa), Ting Tze Fui (Meradong), Yap Hoi Liong (Dudong), David Wong (Pelawan), Chiew Chiu Sing (Tanjung Batu) dan Alan Ling (Piasau).

Seramai 16 muka baru adalah Abdul Aziz Isa (Stakan), Sanjan Daik (Mambong), Andrew Nyabe (Kedup), Yong Siew Wei (Repok), Rinda Juliza Alexander (Pakan), Richard Lias (Ngemah), Irene Mary Chang (Bukit Assek), Chiew Sung Ngie (Bawang Assan), Frankie Bendindang (Pelagus), Paren Nyawi (Katibas), Larry Asap (Bukit Goram), Kenneth Adan Silek (Murum), Leighton Manjah (Kemena), Baba Emperan (Samalaju), Dr Ting Tiong Choon (Pujut) dan Paul Raja (Mulu).

Calon DAP yang lain adalah Mordi Bimol (Tasik Biru), Edward Luwak (Bukit Semuja), Leon Jimat (Simanggang) dan Baru Langub (Senadin).

Semalam DAP mengumumkan 10 calonnya bagi zon selatan (Kuching hingga Sri Aman) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) yang dijadual pada 7 Mei depan.

Mereka ialah Mordi Bimol (Tasik Biru), Wong King Wei (Padungan), Violet Yong (Pending), Christina Chiew (Batu Kawah), Abdul Aziz Isa (Stakan), Sanjan Daik (Mambong), Edward Luak (Bukit Semuja),
Leon Jimat Donald (Simanggang), Andrew Nyabe (Kedup) dan Chong Chieng Jen (Kota Sentosa).

Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak berkata dengan pengumuman calon itu DAP berazam untuk melakukan 'kejutan' dengan memenangi banyak kerusi luar bandar.

Beliau menambah, dengan memenangi lebih banyak kerusi luar bandar pada PRN kali ini, keadaan politik di Sarawak dapat diubah.

"DAP tidak boleh menyertai pilihan raya (negeri) tanpa calon-calon. Malam ini (kelmarin), saya mahu mengambil kesempatan ini mengumumkan calon-calon DAP untuk Pilihan Raya Negeri kali ini," katanya semasa melancarkan jentera pilihan raya DAP bagi zon selatan di ibu pejabat DAP di sini sebagaimana dilaporkan Borneo Post.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata calon DAP khasnya bagi zon selatan dibarisi pelbagai kaum yang mewakili harapan semua rakyat Sarawak.

"Kita dapat melihat harapan Sarawak menerusi calon-calo ini, yang mewakili semua kaum. Janganlah kita takut (untuk) melakukan perubahan," tegasnya.

Pengumuman itu menyaksikan berlaku pertindihan kerusi antara DAP dan PKR membabitkan Tasik Biru, Mambong, Kedup, Bukit Semuja dan Simanggang.

Blog Raja Petra tarik balik tulisan serang editor Sarawak Report

Posted: 21 Apr 2016 05:18 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE


Raja PetraRaja PetraBlog Malaysia-today.net yang dimiliki oleh Raja Petra Kamarudin hari ini menarik balik tulisan berkaitan dengan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Browm dari laman itu dan kesal dengan penyiarannya hari ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh blog itu hari ini, pada 2 February 2016, mereka menyiarkan tulisan bertajuk "A Record of Untrue Stories – the Case of Clare Rewcastle".

"Tulisan ini kami ambil dari laman yang lain dan disiarkan untuk tatapan pembaca Malaysia Today.

"Tulisan ini mengandungi beberapa dakwaan terhadap Ms Rewcastle, yang kemudiannya membuat penafian selepas membacanya dan memaklumkan kepada kami ia tidak benar.

"Kami tidak menulisnya dan tidak terlibat dalam penulisannya dan kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan penulisnya dan kami tidak mengiktiraf tulisan itu.

"Kami telah mengeluarkan tulisan itu dari laman kami selepas menerima bantahan dan kami kesal dengan akibat dari tulisan itu," kata tulisan yang disiarkan dalam laman itu hari ini.

Sebelum ini, Malaysia Today menyiarkan tulisan itu dengan menyiarkan gambar Rewcastle dengan caption "seorang wartawan penipu".

Ekoran itu, Rewcastle telah menghantar satu surat melalui peguamnya pada 7 April lalu yang menuntut agar tulisan asal dari Open Source Investigation (OSI) dikeluarkan.

OSI banyak melaporkan hal ehwal Malaysia dan mensasarkan para pengkritik Perdana Menteri Datuk Najib Razak.

BERSIH selar polis ganggu aktivis promosi Deklarasi Rakyat

Posted: 21 Apr 2016 05:15 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE


Bersih 2.0Bersih 2.0


BERSIH 2.0 menyelar tindakan pihak Polis yang terus melakukan intimidasi terhadap aktivis masyarakat sivil dan blogger yang mempromosikan petisyen Deklarasi Rakyat.

Hari ini, pemula petisyen Deklarasi Rakyat di laman Change.org Azrul Khalib disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948, kata Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0.

Difahamkan juga, tujuh individu lain juga bakal disiasat termasuk wakil media, kata kenyataan itu.

"BERSIH menyeru pihak polis untuk menumpukan perhatian ke atas penambahbaikan institusi kepolisan dan bukannya membazirkan masa dan mencampuri hal berkait politik," katanya.

Bagi mereka, pihak polis sepatutnya menumpukan perhatian ke atas siasatan skandal global rasuah terbesar di dalam sejarah Malaysia, iaitu #1MDB.

"BERSIH sekali lagi menyeru agar reformasi institusi harus dilakukan serta-merta agar segala penyalahgunaan kuasa dapat dihentikan.

"Intimidasi sebegini tidak akan berjaya menghentikan kuasa rakyat dan pengkritik-pengkritik terhadap rasuah," kata kenyataan itu.

Semalam, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan berkata, beberapa wartawan termasuk dari Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang kini telah ditutup mungkin disiasat polis ekoran laporan mereka mengenai Deklarasi Rakyat.

Menurutnya, sehingga kini lapan aktivis dan wartawan dijangka akan dipanggil polis untuk disiasat.

"Saya diberitahu, tujuh atau lapan nama dalam senarai untuk dipanggil itu," kata Ambiga kepada Malaysiakini ketika ditemui semalam di luar balai polis Petaling Jaya.

Tiga Adun BN bakal isytihar Adun Bebas, Dun T'ganu goyah

Posted: 21 Apr 2016 05:08 PM PDT

HAZAYANI ZAKARIA


Kedudukan BN dalam Dun Terengganu umpama telur di hujung tandukKedudukan BN dalam Dun Terengganu umpama telur di hujung tanduk


Kerajaan BN Terengganu khususnya menteri besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman disaran tidak membiarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) terus tergantung.

Ahli parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, Razif perlu menimbangkan untuk membubarkan Dun kerana kedudukan kerusi Dun antara BN dan pembangkang di negeri itu hampir sama selepas bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan undi tidak percaya ke atasnya awal Mac lalu.

Ketika ini, BN hanya melebihi pembangkang sebanyak dua kerusi iaitu 17 manakala pembangkang 15 kerusi.

Pada 8 Mac lepas, Ahmad mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada persidangan Dun namun ditolak Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong.

Akibat tindakan itu, Ahmad Razif  menarik balik peruntukan kawasan Dun Kijal daripada Ahmad pada akhir Mac lalu.

Peruntukan Dun Kijal kini diuruskan pejabat Menteri Besar, sekaligus memperlihatkan layanan yang diterima Ahmad kini sama seperti di kawasan pembangkang di negeri itu.

"Apabila Datuk Ahmad Said mengemukan usul undi tidak percaya itu bermaksud dia sudah hilang kepercayaan kepada menteri besar sekarang dan secara automatik dia dianggap wakil rakyat pembangkang.
"Ini menjadikan kerusi BN dan pembangkang sama iaitu 16-16. Keadaan ini sangat tidak stabil dan akan mempengaruhi pentadbiran negeri Terengganu," katanya kepada Malaysia Dateline.
Sumber dari Terengganu memberitahu, seramai dua Adun akan menyertai Ahmad untuk mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

Jika keadaan ini berlaku, ia akan menjadikan BN 14 kerusi, pembangkang (15) dan bebas (3).

"Saya percaya Ahmad tidak keseorangan dalam gerakannya. Mesti ada dua tiga orang yang akan ikut beliau dan menjadikan Dun Terengganu sangat tidak menentu.

"Keadaan di Terengganu masih tidak menentu dan hanya menunggu masa sahaja," katanya lagi.

Bagaimanapun awal bulan ini, Ahmad Razif memberi keyakinan bahawa Umno di Terengganu terus kukuh dengan seluruh kepimpinannya menunjukkan solidariti dan permuafakatan yang baik.

Beliau ketika menghadiri majlis bersama kepemimpinan akar umbi Umno Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, 2 April lalu tidak berhajat untuk membubarkan Dun sebaliknya mahu seluruh kepimpinan memberi fokus kepada pilihan raya umum ke-14.

Sementara itu, Pas pula dilihat sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri Terengganu dalam masa terdekat.

Parti itu dilapor mengadakan pertukaran besar-besaran kepada calon-calon yang akan bertanding termasuk menukar semua wakil rakyatnya di kawasan Kuala Terengganu.
Menurut laporan Bernama 19 April lalu, di Kuala Terengganu, semua penyandang di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) akan digugurkan iaitu Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf Mempelam), Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Batu Burok) dan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang).
Muka baru yang ditampilkan, Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam), Ahmad Amzad Hashim (Bandar), Dr. Mohamad Khazani Abdullah (Batu Burok) dan pendakwah, Wan Sohor Bani Leman (Ladang).

Dalam pada itu, lidah rasmi Pas, Harakah edisi 18 - 21 April melaporkan kenyataan presiden Pas yang menegaskan tidak akan campur tangan dalam kemelut politik di Terengganu meskipun ditawar kedudukan Menteri Besar atau membentuk kerajaan bersama BN.

Beliau mahu PAS berhati-hati dan tidak gopoh berhadapan isu politik di Terengganu.

"Isu politik Terengganu lebih bersifat politik dalaman Umno, yakni perebutan tokoh-tokoh Umno untuk memegang kuasa pemerintahan yang tidak banyak berkait rapat dengan kepentingan rakyat.

"Biarpun Pas mendapat kelebihan, tetapi Pas tidak mahu menumpang krisis dalaman Umno itu, sebaliknya mengarahkan jentera Pas bekerja untuk mendapat sokongan dan mandat rakyat yang lebih kuat melalui pilihan raya," katanya.

MB Kelantan bercuti, Nik Amar pangku tugas

Posted: 21 Apr 2016 05:04 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


Ahmad YakubAhmad Yakub


Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub kini bercuti rehat selepas dibenarkan keluar daripada hospital setelah menerima rawatan.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah akan melaksanakan tugas-tugas Menteri Besar sepanjang tempoh ketiadaan beliau.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Ahmad turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan beliau.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Saya telah pun diberi kebenaran oleh doktor pakar yang merawat saya  untuk pulang berehat di rumah bermula pada petang ini.

Sepanjang tempoh saya diberi cuti rehat, YB Timbalan Menteri Besar Kelantan akan melaksanakan tugas-tugas Menteri Besar dengan dibantu oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Seiring dengan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam (MMBI), kebajikan dan kesejahteraan rakyat sangat diutamakan.

Oleh itu, saya berharap seluruh pegawai dan kakitangan awam hendaklah pro-aktif dalam memenuhi khidmat kepada rakyat secara jujur, amanah dan penuh integriti.

Dalam keadaan cuaca yang panas ketika ini, sama-samalah kita bermunajat dan berdoa pada pagi jumaat esok bagi memohon rahmat dan kasih-sayang Allah dalam solat istisqa' yang diadakan di Padang Hoki bermula jam 4.30 pagi.

Semoga dengan pengabdian yang jitu kepada Allah, hujan barakah akan turun dengan mencurah-curah di negeri ini.

Saya turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan saya secara berpanjangan.

Ahmad dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian 13 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian kepala dan disahkan doktor mengalami darah beku di kepala.

Beliau kemudian menjalani pembedahan kecil di bahagian kiri kepala dan mendapat rawatan susulan di hospital yang sama.


SU KBS, tiga individu didakwa 191 pertuduhan

April 21, 2016
Mereka menghadapi pertuduhan berhubung aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM16,623,000.
kbs_law_600
KUALA LUMPUR: Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan tiga individu termasuk sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 191 pertuduhan berhubung aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM16,623,000.
Pada 31 Mac lepas, Otman Arsahd, yang kini digantung tugas mengaku tidak bersalah atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta.
Hari ini, Otman bersama Halmi Khalid dan Abdul Gafar Abdurahiman serta isterinya Siti Rohanah Hussien, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail, Hakim Mohd Nasir Nordin dan Hakim Sohaini Alias.
Otman, 57, menghadapi 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank dan RHB melalui cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Dis 2015.
Abdul Gafar, 42, iaitu pengarah syarikat peralatan sukan di bawah KBS, dan isterinya seorang surirumah, Siti Rohanah, 42, masing-masing didakwa atas 63 pertuduhan memindahkan sejumlah wang berjumlah RM15,723,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram menerusi 63 transaksi dari akaun bank tiga syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman bagi tempoh masa sama.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza antaranya RHB Bank cawangan Presint 8, Putrajaya, Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja Laut.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.
Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun atau boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Halmi, 35, pengarah syarikat pembekal barangan sukan di bawah KBS didakwa atas satu pertuduhan iaitu memindahkan wang RM900,000 ke dalam akaun bank milik Otman di RHB Bank Plaza Damas 3, Sri Hartamas di sini pada 10 Dis 2015 mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFAPUAA 2001.
Hakim Allaudeen membenarkan Otman diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan manakala Halmi dibenarkan ikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Mei untuk sebutan semula.
Sementara Hakim Mohd Nasir dan Hakim Sohaini membenarkan Abdul Gafar dan Siti Rohanah masing-masing diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 24 Mei untuk sebutan semula kes.
Hakim turut memerintah mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi yang mengendalikan kesemua kes menawarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan untuk setiap tertuduh dengan mengambil kira jumlah wang yang terlibat serta memohon syarat tambahan iaitu pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.
Peguam Fahmi Abd Moin mewakili Otman, Ridha Abdah Subri mewakili Halmi, manakala peguam Wan Azmir Wan Majid bertindak bagi pihak Abdul Gafar dan Siti Rohanah, memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guam mereka tidak berkemampuan selain akaun dan aset mereka dibekukan.
Terdahulu semasa sebutan semula kes Otman yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu itu, Hakim Allaudeen menetapkan 20 hari untuk perbicaraan bermula 19 Sept depan.
Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Amir Nasruddin memaklumkan 35 saksi akan dipanggil pada perbicaraan itu.
BERNAMA
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/04/21/su-kbs-tiga-individu-didakwa-191-pertuduhan/#sthash.cREjAAT4.dpuf

SU KBS, tiga individu didakwa 191 pertuduhan

April 21, 2016
Mereka menghadapi pertuduhan berhubung aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM16,623,000.
kbs_law_600
KUALA LUMPUR: Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan tiga individu termasuk sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 191 pertuduhan berhubung aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM16,623,000.
Pada 31 Mac lepas, Otman Arsahd, yang kini digantung tugas mengaku tidak bersalah atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta.
Hari ini, Otman bersama Halmi Khalid dan Abdul Gafar Abdurahiman serta isterinya Siti Rohanah Hussien, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail, Hakim Mohd Nasir Nordin dan Hakim Sohaini Alias.
Otman, 57, menghadapi 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank dan RHB melalui cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Dis 2015.
Abdul Gafar, 42, iaitu pengarah syarikat peralatan sukan di bawah KBS, dan isterinya seorang surirumah, Siti Rohanah, 42, masing-masing didakwa atas 63 pertuduhan memindahkan sejumlah wang berjumlah RM15,723,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram menerusi 63 transaksi dari akaun bank tiga syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman bagi tempoh masa sama.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza antaranya RHB Bank cawangan Presint 8, Putrajaya, Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja Laut.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.
Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun atau boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Halmi, 35, pengarah syarikat pembekal barangan sukan di bawah KBS didakwa atas satu pertuduhan iaitu memindahkan wang RM900,000 ke dalam akaun bank milik Otman di RHB Bank Plaza Damas 3, Sri Hartamas di sini pada 10 Dis 2015 mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFAPUAA 2001.
Hakim Allaudeen membenarkan Otman diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan manakala Halmi dibenarkan ikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Mei untuk sebutan semula.
Sementara Hakim Mohd Nasir dan Hakim Sohaini membenarkan Abdul Gafar dan Siti Rohanah masing-masing diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 24 Mei untuk sebutan semula kes.
Hakim turut memerintah mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi yang mengendalikan kesemua kes menawarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan untuk setiap tertuduh dengan mengambil kira jumlah wang yang terlibat serta memohon syarat tambahan iaitu pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.
Peguam Fahmi Abd Moin mewakili Otman, Ridha Abdah Subri mewakili Halmi, manakala peguam Wan Azmir Wan Majid bertindak bagi pihak Abdul Gafar dan Siti Rohanah, memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guam mereka tidak berkemampuan selain akaun dan aset mereka dibekukan.
Terdahulu semasa sebutan semula kes Otman yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu itu, Hakim Allaudeen menetapkan 20 hari untuk perbicaraan bermula 19 Sept depan.
Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Amir Nasruddin memaklumkan 35 saksi akan dipanggil pada perbicaraan itu.
BERNAMA
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/04/21/su-kbs-tiga-individu-didakwa-191-pertuduhan/#sthash.cREjAAT4.dpuf

Comments (0)