Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:12 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Histeria terjadi kerana ada jin

Posted: 20 Apr 2016 05:38 AM PDT

Ia boleh merebak kepada orang lain hanya dalam tempoh lima minit.

 
Datuk-Shamsuri-Shafie,HISTERIA


PETALING JAYA: Gangguan histeria yang dialami oleh seseorang boleh merebak dengan pantas kepada 100 orang dalam tempoh lima minit.

Demikian kata Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsuri Shafie yang memberitahu, ia disebabkan gangguan mental itu melibatkan jin yang berpindah randah.

Menurutnya, seseorang itu mudah untuk diserang histeria apabila keadaan rohaninya lemah.

"Benda ini (histeria) berpindah-randah. Dia berjangkit. Yang mana lemah, dia akan mengikut," katanya kepada Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden melibatkan lebih 50 orang pelajar di empat buah sekolah yang Kota Bharu, Kelantan yang diserang histeria sejak minggu lepas.

Pelajar-pelajar terbabit dikatakan telah terpandang jelmaan berwarna hitam degan wajahnya yang hodoh serta mempunyai tubuh yang berbulu.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, SMK Pengkalan Chepa 1, SMK Kemumin dan SMK Kubang Kerian 3.

Sekolah-sekolah terbabit dilaporkan terletak tidak jauh antara satu sama lain dengan jarak lebih kurang antara dua hingga lima kilometer sahaja.

Dalam pada itu, Shamsuri yang menjawab pertanyaan tentang mengapa histeria mudah menyerang perempuan berbanding lelaki, katanya, "Rohani perempuan agak lemah daripada lelaki".

Ini disebabkan katanya, wanita merupakan kaum hawa yang sering meninggalkan solat kerana datang haid.

"Orang perempuan maklumlah ada masa tak boleh solat itu nak baca Al-quran pun tak boleh," ujarnya.

Shamsuri turut berkongsi tips bagaimana untuk mengelak daripada terkena gangguan histeria daripada seseorang yang sudah diserang dengan antaranya membaca ayat al-Quran seperti al-fatehah, ayat-ayat rukhyah dan tiga kul.

13 calon Amanah akan diumum di Kuching Jumaat ini

Posted: 20 Apr 2016 05:24 AM PDT

 HAZAYANI ZAKARIA


13 Calon Amanah diumum Jumaat ini di Kucing13 Calon Amanah diumum Jumaat ini di KucingAmanah akan mengumumkan 13 calon parti itu yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak pada 22 Mac ini, kata timbalan presiden Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, majlis pengisytiharan calon akan diadakan di bandar Kuching dan akan dihadiri oleh pimpinan utama parti.

"Amanah akan isytiharkan calon yang telah kita kenal pasti pada Jumaat, 22 Mac ini di Kuching, kata beliau kepada Malaysia Dateline.

Menurut beliau, kesemua 13 calon yang merupakan anak tempatan itu terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang.

"Kita telah kenal pasti calon-calon kita, selain semuanya anak Sarawak, calon kita juga terdiri daripada pelbagai latar belakang, profesional, aktivis sosial dan masyarakat, anak muda dan wanita," katanya lagi.

Salahuddin juga mengesahkan Amanah akan bertembung dengan Pas di beberapa kawasan namun enggan memberitahu di kawasan mana.

Bagaimanapun, sumber daripada Amanah sendiri memberitahu Malaysia Dateline minggu lalu, Amanah akan bertembung dengan Pas di tiga kerusi iaitu N16 Muara Tuang, N27 Sebuyau dan N29 Beting Maro.

Perkembangan ini akan menyaksikan perlawanan lebih daripada tiga penjuru selain calon tradisi dari komponen BN serta kemunculan calon bebas yang lazim mewarnai senario PRN Sarawak.

Menurut Salahuddin juga, Amanah yakin dengan potensi parti itu di Sarawak dan 13 kerusi yang dipertaruhkan adalah munasabah bagi sebuah parti baharu.

"Amanah nampak potensi ada di Sarawak dan Amanah tidak boleh ketinggalan daripada menyertai pilihan raya negeri.

"Segala perbelanjaan pilihan raya ditanggung oleh parti sendiri dan daripada sumbangan orang ramai kepada Amanah khusus untuk kerja-kerja pilihan raya," katanya.

"Amanah yakin 13 kerusi yang kita tandingi mampu untuk menyemarakkan penyertaan Amanah untuk mendapat sokongan kemenangan daripada rakyat Sarawak," katanya lagi.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tahun lalu menjadikan jumlah kerusi untuk DUN Sarawak meningkat daripada 71 kepada 82.

Tiga daripada 11 kerusi yang ditambah terdiri daripada majoriti kaum Melayu/Melanau iaitu di Gedong, Kabong dan Telian manakala tiga kerusi didiami majoriti kaum Iban (Stakan, Selirik dan Samalaju).

Selain itu, dua kerusi majoriti Orang Ulu (Murum dan Long Lama), dua majoriti kaum Bidayuh (Serembu dan Triboh) serta baki satu kerusi lagi majoriti kaum Cina iaitu di Batu Kitang.

Keputusan PRN ke-10 pada 2011 menyaksikan BN menyapu 77 peratus kerusi iaitu menang 55 daripada 71 kerusi dipertandingkan.

Manakala bagi pencapaian parti pembangkang, DAP menguasai 12 daripada 15 kerusi Dun ditandinginya; PKR hanya menang tiga daripada 49 kerusi iaitu Batu Lintang, Ba'Kelalan dan Krian manakala Pas kalah di semua lima kerusi yang ditandingi.

Cadangan Dr Zakir bagus, tapi tiada keperluan wujud kerajaan campuran dengan Umno, kata Mahfodz

Posted: 20 Apr 2016 05:21 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tiada keperluan untuk PAS mewujudkan kerajaan campuran dengan Umno sebagaimana pandangan yang dilontarkan tokoh penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad. 
 
Menganggap cadangan Dr Zakir sebagai pandangan peribadi, Mahfodz berkata pendakwah itu tidak mengetahui situasi politik sebenar yang berlaku di Malaysia.
 
"Pandangan Dr Zakir itu bagus, tetapi PAS lebih tahu keadaan (politik) di Malaysia. Beliau yang datang sesekali (mungkin) nampak bagus. 
 
"(Akui) Secara teorinya bagus, namun realitinya di Malaysia, rakyat lebih tahu apa yang berlaku di dalam politiknya antara Umno dan PAS. PAS juga belum bersedia untuk bekerjasama politik dengan Umno," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Dr Zakir, pada semalam melontarkan pandangan kerajaan campuran Umno-PAS memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam usaha membawa negara ke depan selain mengukuhkan Islam.
 
Tidak mencadangkan dua parti berkenaan untuk bergabung, sebaliknya pendakwah itu berpendapat adalah lebih baik jika Umno-PAS membentuk kerajaan campuran.
 
Dr Zakir juga percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk bekerjasama dalam membentuk kerajaan campuran dan menyifatkan ia sebagai jalan terbaik sekiranya usaha itu berjaya direalisasikan.
 
Dr Zakir berkata demikian mengulas pertemuannya bersama Najib dan Hadi beberapa hari lalu.
 
Mahfodz, bagaimanapun menegaskan PAS kekal dengan pendiriannya selama ini untuk menolak gabungan politik bersama Umno, melainkan kerjasama yang membabitkan kepentingan rakyat dan Islam itu sendiri.
 
 

Banglo Guan Eng: Peguam serah dua bukti baru

Posted: 20 Apr 2016 05:19 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Seorang peguam hari ini menyerahkan dua bukti baru kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan isu pelupusan lot tanah di Taman Manggis dan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. 
 
Peguam Datuk Abu Backer Sidek, yang ditemui media sebelum menyerahkan bukti forensik itu, turut meminta Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali menyegerakan pendakwaan terhadap Lim. 
 
Sebelum ini, beliau turut menyerahkan beberapa bukti forensik berkenaan kes itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Isu Lim membeli banglo berharga RM2.8 juta di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dibangkitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya pada persidangan Dewan Rakyat, yang mendakwa harga itu berada di bawah nilai pasaran. 
 
 
 
Tanah di Taman Manggis, yang sebelum ini diperuntukkan untuk pembinaan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT), pula dijual kepada pemaju dan dirancang untuk pembinaan hospital swasta dan hotel. - BERNAMA

PAS sedia tentang DAP pada pilihan raya umum akan datang

Posted: 20 Apr 2016 05:14 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MARANG: Pertembungan di antara DAP dan PAS berkemungkinan besar berlaku pada pilihan raya umum akan datang selepas parti Islam itu memberitahu ia tidak teragak-agak meletak calonnya di kerusi dipegang oleh bekas sekutunya itu.
 
Dalam temu bual eksklusif bersama akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang dipetik oleh The Star, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya akan meletak calon Cina dan India di kawasan dikuasai oleh DAP pada pilihan raya akan datang.
 
Katanya, sejak PAS berpisah dengan DAP berikutan hancurnya Pakatan Rakyat, tidak wujud lagi sekatan, sambil menyatakan ia akan mempertaruhkan calon Cina dan India daripada pergerakan bukan Islamnya, Kongres Penyokong PAS.
 
PAS kini bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) manakala DAP pula bersama Pakatan Harapan yang turut dianggotai oleh PKR dan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).
 
"PAS akan meletak calon di kerusi DAP, walaupun ia bermakna akan berlaku pertembungan pelbagai penjuru," katanya.
 
Abdul Hadi berkata, walaupun banyak pihak merasakan pertembungan pelbagai penjuru akan menguntungkan Barisan Nasional, beliau tidak berfikiran begitu.
 
"Jika pengundi tidak berpuas hati dengan kedua-dua Barisan dan DAP, PAS akan menjadi pilihan mereka," tambahnya.
 
Katanya, ada berpendapat menyatakan banyak bukan Muslim menyokong PAS pada pilihan raya umum lalu kerana ada pakatan dengan DAP.
 
Umumnya, pendapat itu tidak salah katanya, sambil menambah PAS bakal hilang sokongan ini kerana ia tidak lagi ada hubungan dengan DAP.
 
"Tetapi berbanding dengan kehilangan sokongan ini, saya lebih khuatir mesej PAS tidak sampai kepada bukan Islam. Jika mesej ini tidak sampai, mereka tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh PAS," tambahnya.
 
Abdul Hadi mengakui masih terlalu awal untuk bercakap mengenai pembahagian kerusi kerana pilihan raya umum akan datang masih jauh lagi. Katanya, PAN bukan ancaman kepada PAS sambil mengingatkan menjadi tanggungjawab semua Muslim untuk melaksanakan undang-undang hudud.
 
"Kami tidak menangguhkan pelaksanaan undang-undang hudud kerana kami ada pakatan dengan Ikatan. Kami terpaksa menunggu pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi Kelantan bagi melaksanakannya dan ini memakan masa.
 
"Maka kami mengambil keputusan untuk menangguhnya sementara untuk memfokus terhadap masalah dihadapi oleh negara dan rakyat," tambahnya.
 
 

Indeks kebebasan media Malaysia naik satu takuk

Posted: 20 Apr 2016 05:07 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia meningkat satu takuk kepada 146 daripada 180 buah negara.

Ini di sebalik skor Malaysia pada indeks itu semakin buruk dengan tambahan 3.28 mata iaitu daripada 43.29 mata menjadi 46.57 mata.

Ketua Reporters Without Borders (RSF) Asia Pasifik, Benjamin Ismail berkata Putrajaya tidak perlu mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana mencatatkan kedudukan lebih baik kerana beberapa sebab sedangkan hakikatnya skor kebebasan akhbar Malaysia telah jatuh.

Antaranya ialah menyekat laman berita seperti The Malaysian Insider, Sarawak Report dan Asia Sentinel serta ugutan dan tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini, dan penangkapan serta pengusiran dua wartawan Australia Broadcasting Corporation bulan lalu.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seolah-olah membawa perang peribadi terhadap apa yang beliau percaya sebagai media yang terlalu kritikal terhadapnya dan kerajaannya," kata Benjamin kepada Malaysiakini.

Sekilas pandang, kedudukan Malaysia menjadi lebih baik kerana Brunei mengalami kejatuhan mendadak daripada nombor 122 kepada 155 tahun ini

Akta Hasutan: Pindaan tak cukup, harus mansuh - Suhakam

Posted: 20 Apr 2016 05:05 AM PDT

MALAYSIAKINI




Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengulangi desakan kepada kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 semasa pelancaran laporan tahunan 2015 pertubuhan tersebut.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, pemansuhan akta tersebut akan memberi makna lebih besar kepada aspek kebebasan bersuara di negara ini, seperti yang dimaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Suhakam menyedari pada pindaan ke atas akta itu pada tahun lalu telah menyediakan aspek positif dan negatif.

"Walau bagaimanapun, Suhakam tetap dengan pendirian agar kerajaan memansuhkan akta tersebut bagi memberi lebih ruang dalam kebebasan bersuara," jelas Hasmy semasa sidang akhbar di ibu pejabat Suhakam.

Dalam laporan tersebut, Suhakam melahirkan keprihatinan terhadap beberapa pindaan yang diluluskan, termasuk penghapusan kuasa budi bicara mahkamah untuk mengenakan denda selain hukuman tahanan selepas disabitkan.

Tahun lalu, Akta Hasutan 1948 telah melalui proses pindaan setelah 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

Beberapa isu utama yang diperdebatkan oleh anggota-anggota Parlimen termasuk kebimbangan mengenai akta tersebut yang menjurus kepada penyalah gunaan kuasa susulan makna 'kecenderungan menghasut' dalam rang undang-undang itu, yang disifatkan sebagai kurang jelas.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu, walau bagaimanapun, memberi jaminan bahawa penyalah gunaan tidak akan berlaku kerana kes akan dibawa ke mahkamah selepas pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh.


Hasan PAC mahu cabar Bank Negara? - DAP

Posted: 20 Apr 2016 05:01 AM PDT

MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen DAP, Tony Pua hari ini mempersoalkan tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin yang memadamkan 'dua ayat' yang terkandung dalam laporan jawatankuasa itu, yang kononnya tidak penting tanpa merujuk kembali kepada semua anggota PAC.

Lebih dari itu, anggota PAC tidak pernah memberi kuasa kepada Hasan untuk berbuat demikian sedangkan draf akhir telah diluluskan, katanya.

"Hasan sepatutnya memaklumkan kepada Parlimen dan semua yang terlibat, apa sebenarnya yang tidak jelas mengenai penemuan Bank Negara yang menyebut "penerima faedah utama Good Star Limited adalah individu tidak berkaitan dengan Petrosaudi International Ltd"?

"Penemuan itu penting kepada seluruh siasatan 1MDB kerana syarikat dan para eksekutifnya telah memberi keterangan kepada PAC bahawa Good Star adalah anak syarikat Petrosaudi," katanya dalam kenyataan.

Walau bagaimanapun, syarikat tidak dapat menyediakan bukti kukuh, seperti carian syarikat atau sijil penubuhan dari pihak berkuasa berkaitan, walaupun selepas diminta berkali-kali, untuk menyokong dakwaan Peguam Negara dan PAC, ujarnya.

Apa yang 1MDB dapat sediakan ialah surat tahun 2015 dari Petrosaudi kepada 1MDB mengatakan Good Star Limited adalah sebahagian daripada kumpulan Petrosaudi, jelasnya lagi sambil menekankan PAC tidak boleh mengiktiraf dokumen seperti itu.

"Oleh itu, apakah Pengerusi PAC mahu mempersoal dan mencabar penemuan dan siasatan Bank Negara Malaysia," tanya Pua.

Semalam, Pua menuduh Hasan menyunting laporan PAC mengenai 1MDB tanpa kelulusan jawatankuasa berkenaan dengan memadamkan ayat laporan itu mengenai keterlibatan Jho Low dalam firma Good Star Ltd.

Pua berkata ayat yang dikeluarkan berbunyi: "Bank Negara Malaysia dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu bahawa Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi Group".

Ayat berkenaan, katanya diluluskan oleh semua anggota PAC dalam draf kerja mereka, namun ia a tidak muncul dalam laporan akhir yang diterbitkan.

Penganalisis ramal harga minyak naik AS$80 pada 2018

Posted: 20 Apr 2016 04:58 AM PDT

MALAYSIAKINI




Harga minyak akan naik kepada AS$80 (US$1=RM3.87) setong pada 2018 dan sehingga AS$105 setong menjelang 2020, satu ramalan kes asas oleh Jarand Rystad, pakar mengenai analisis makro minyak global.

"Sekarang adalah 'masa untuk oportunis' dan mereka yang mempunyai poket tebal serta pemegang saham yang bersedia mengorbankan dividen jangka pendek. Mereka berada dalam kedudukan terbaik untuk memanfaatkannya," kata Rakan Kongsi Urusan Rystad Energy, firma perundingan tenaga yang berpangkalan di Norway.

Rystad berkata, kelembapan ketika ini adalah disebabkan lebihan penawaran yang sementara, bukannya peralihan struktur dalam permintaan ke atas minyak.

"Walaupun anda membuat ramalan yang sangat agresif ke atas trend semasa seperti kereta elektrik, LNG (gas asli cecair) perkapalan serta tenaga alternatif, ia tidak memberi kesan struktur yang bermakna ke atas industri minyak untuk 10 hingga 20 tahun lagi," katanya.

Rystad yang menyampaikan ucaptama pada Forum Marin Luar Pesisir pada Selasa juga menasihatkan industri itu agar tidak terus mengurangkan sumber bagi mengelak terlepas pelbagai peluang jika harga bahan itu kembali pulih.

"Sebanyak 400 syarikat teratas telah mengurangkan 250,000 pekerja tahun lepas dan akan mengurangkan 250,000 lagi menjelang akhir tahun ini. Ia merupakan pengurangan pekerja terbesar bagi rantaian nilai perkhidmatan minyak dalam sejarah.

"Keadaan ini membimbangkan kerana ia akan menyebabkan inflasi kos yang tinggi mulai 2018 ke atas apabila pasaran pulih," katanya.

Sementara itu, beberapa pemimpin industri pada forum berkenaan berkata, syarikat perlu bersedia mengambil kesempatan daripada pemulihan harga minyak, dengan seorang pakar meramalkan harga akan pulih mulai Oktober.

Antara pemimpin yang terlibat dalam panel forum itu ialah Yew Yuen Chow, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Keppel Offshore & Marine; Ron Mathison, Pengarah Urusan (MD) Swire Pacific Offshore; Geir Sjurseth, MD DVB Bank SE dan Carl K. Arnet, CEO BW Offshore.

Mereka bersetuju dengan ramalan kenaikan harga minyak itu dan menyatakan yang harga AS$50 hingga AS$60 setong adalah titik pulang modal realistik untuk projek penggerudian luar pesisir.- Bernama


'Tak perlu debat, serah kepimpinan FAM pada TMJ'

Posted: 20 Apr 2016 04:54 AM PDT

MALAYSIAKINI




Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berpendapat, debat bola sepak yang diutarakan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak mengubah prestasi bola sepak negara.

Sebaliknya menurut beliau, Tunku Ismail yang kini pemangku Sultan Johor perlu diberi diberi peluang menerajui badan induk bola sepak negara.

Annuar berkata, tiada sebarang perubahan dilakukan FAM untuk memperbaiki ranking skuad kebangsaan yang kini jatuh merudum di tangga ke-174.

Malah, katanya, jika debat itu berlaku sekali pun, tiada perubahan akan berlaku kerana segala keputusan terletak di bawah FAM.

"Bagi saya sekarang ini bukan soal debat, tapi mengenai apa yang FAM akan buat. Kita bincang sekali pun, kuasa bola sepak terletak di bawah satu badan induk (FAM) saja.

"Jika sesiapa saja yang berdebat, tapi FAM hanya mendengar saja tidak akan ke mana.

"Sebab itu saya rasa langkah terbaik ialah menukar barisan kepimpinan FAM dan serah kepada Tunku Ismail," katanya seperti dilaporkan BH hari ini.

Pada 13 April lalu Tunku Ismail mencabar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan FAM untuk berdebat mengenai prestasi bola sepak negara.

Annuar berkata, sehingga kini FAM belum merangka rancangan jangka panjang bola sepak negara sedangkan di peringkat kementerian sekurang-kurangnya sudah ada pelan induk mengenai sukan nombor satu negara itu.




Memberikan contoh pelan tersebut katanya, Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) sendiri apabila melakukan perancangan, ia mesti membabitkan pelan untuk tempoh 50 tahun akan datang.

"Digantung, dibuang dan macam-macam cerita keluar, tapi FAM tetap masih sama. Cuba lihat Jepun, mereka lebih maju malah setaraf dengan pasukan di Eropah," katanya.

FAM yang kini diterajui Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) yang dipilih sebagai presiden selepas menewaskan Tunku Ismail pada pada Kongres Tahunan FAM ke-50 pada Mei 2014 lalu.


PKR: Calon wanita BN S'wak 5 orang saja?

Posted: 20 Apr 2016 04:36 AM PDT

MALAYSIAKINI




Pengarah pilihan raya wanita PKR, Haniza Talha hari ini mengkritik tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang hanya meletakkan lima calon wanita daripada keseluruhan 82 calon BN yang bertanding pada pilihan raya negeri itu pada 7 Mei akan datang.

"Ini adalah kegagalan yang terlampau bagi pihak Adenan dalam mengutarakan keprihatinan pengundi wanita dengan lebih 50 peratus pengundi adalah dari kaum hawa," katanya dalam kenyataan.
Nampaknya, BN kali ini hanya membariskan enam peratus calon dari golongn wanita daripada jumlah keseluruhan calon BN.

Berbanding pilihan raya Sarawak pada tahun 2011, BN mengenengahkan empat calon wanita daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, yang mana bermakna kenaikan kecil 0.4 peratus dalam segi penyertaan kaum wanita dalam pilihanraya itu.

"Sebaliknya, PKR akan membariskan enam calon wanita, termasuk di kerusi Batu Kitang dan Simanggang, daripada 40 kerusi yang ditandingi, yang bermakna 15 peratus calon wanita, daripada hanya empat peratus dalam pilihanraya yang lalu," katanya.

Haniza menuduh BN Sarawak meminggirkan agenda negara untuk memartabatkan kesaksamaan jantina dan memperbaiki penyertaan wanita dalam politik.

"Lima wanita untuk mewakili 571,462 wanita di Sarawak adalah tidak bersesuaian dan satu bentuk diskriminasi terhadap wanita.

"Peminggiran ini akan melebarkan jurang antara jantina di Malaysia," tambah beliau.


Mufti Kelantan: Histeria ada kaitan dengan El Nino

Posted: 20 Apr 2016 04:34 AM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI

Kejadian histeria mempunyai kaitan dengan cuaca panas akibat El Nino yang melanda sekarang, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Berita TV1 semalam melaporkan Shukri sebagai berkata, cuaca panas boleh pengaruhi kehidupan manusia, seperti cara berfikir yang menyebabkan seseorang cepat melenting dan tertekan.

"Tekanan panas itu boleh membawa kepada pelbagai kesan yang tidak baik," katanya dalam rakaman yang dimuat naik di Youtube.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid turut berkongsi video itu di Facebook beliau dengan kapsyen ringkas: "Pandangan mufti".

Isnin lepas, lebih 50 pelajar perempuan dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa II dilapor diserang histeria beramai-ramai.

Berikutan kejadian itu, cuti peristiwa selama sehari diberikan kepada sekolah berkenaan Khamis lepas bagi mengelak lebih ramai pelajar mengalami histeria.

Utusan Online difahamkan, kejadian histeria bermula pagi Selasa minggu lepas selepas seorang pelajar perempuan rebah dan meracau-racau sebelum 'berjangkit' kepada beberapa pelajar lain termasuk guru perempuan.

Sesi pem­belajaran di semua kelas terganggu.


Situasi mencemaskan tersebut dikatakan berlarutan selama tiga hari berturut-turut termasuk apabila seorang demi seorang pelajar turut diserang perkara sama.

Sementara itu, laporan TV3 juga menyebut histeria didorong faktor ketakutan kepada hantu yang dipupuk sejak kecil.

Sepatutnya daripada kanak-kanak dididik menjadi berani sejak awal, tambahnya lagi.

"Makhluk halus ini memang ada tetapi kita seharusnya mendidik anak jangan jadi anak-anak yang penakut, anak-anak yang mindset sentiasa berfikir tentang perkara negatif," kata Shukri.

Sekolah terlibat disaran menganjurkan acara kerohanian seperti solat hajat dan bacaan al-Quran.

Zaid tak tolak Dr M ditangkap selepas pilihan raya S'wak

Posted: 20 Apr 2016 04:31 AM PDT

MALAYSIAKINI




Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan selepas pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Beliau berkata demikian ketika catatan terbaru di blog semasa menceritakan sesi soal jawab dengan kira-kira 300 sukarelawan dari Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kelantan semalam.

Walaupun menjadi pengkritik paling lantang pentadbiran BN dan dituduh menjaja pembohongan serta fitnah untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun bekas perdana menteri itu masih bebas untuk meneruskan kempennya.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa Mahathir disiasat mengikut empat perkara.

Pemerhati mendakwa bahawa Putrajaya khuatir terhadap tindak balas politik, terutama di kalangan orang Melayu, jika bekas perdana menteri berusia 90 tahun itu ditahan.

Sementara itu, dalam jawapan beliau kepada soalan jika Mahathir boleh dipercayai, Zaid menjawab:
"Selagi beliau bersama kita, ya kita boleh (percaya), kerana pertembungan beliau dengan Najib adalah benar dan sengit, tidak seperti serangannya ke atas Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)."

"Saya tidak menolak kemungkinan Najib menahan beliau selepas pilihanraya negeri Sarawak.

"Tiada jalan untuk beliau kembali bersama Umno di bawah Najib. Tetapi jika beliau masuk semula Umno selepas Najib sekalipun, kita tidak rugi apa-apa kerana Umno akan musnah selepas itu," tambahnya.

Soalan-soalan lain yang dikemukakan ialah:

Kenapa (Presiden PKR) Dr Wan Azizah Wan Ismail dan (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah Anwar tidak bersama dalam Kempen Selamatkan Malaysia?

Mereka tidak menerima Mahathir Mohamad sebagai teraju dalam gerakan ini. Mereka tidak fikir beliau orang yang layak untuk mendesak reformasi.

Kenapa Tengku Razaleigh Hamzah sokong Najib?

Ku Li adalah ahli Umno yang hidup dan bernafas dengan Umno, jadi dia harus sokong presiden parti.

Apa akan terjadi jika Najib tidak mahu meletak jawatan?

Kita hanya terdaya melakukan apa yang dibenarkan oleh undang-undang, dan menanda tangani petisyen dan membuat tuntutan berdasarkan suara rakyat. Jika itu tidak berjaya, kita terpaksa bertempur dengan beliau dalam pilihanraya umum akan datang.

Najib seteruk itu?

Terbukti Najib sangat teruk untuk negara ini.

Sementara itu, Zaid meminta sukarelawan Amanah untuk mendapatkan 30,000 tanda tangan menyokong Deklarasi Rakyat.

Dalam ucapannya, bekas menteri Umno itu menggesa para sukarelawan masyk ke bandar-bandar dan kampung-kampung untuk mendapatkan seberapa banyak tandatangan rakyat Kelantan.

"Saya beritahu mereka betapa pentingnya untuk menanda tangani deklarasi itu. Ia mahu menunjukkan penolakan rakyat kepada pemimpin yang gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

"Ia adalah penolakan Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, kerana tempoh beliau telah menyebabkan kerajaan rugi lebih RM40 bilion - kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kita.

"Ia penolakan ke atas kabinet beliau kerana kecuaian, dan penjawat awam kanan dalam Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan yang gagal memantau aktiviti 1MDB lebih enam tahun. Ia juga penolakan Umno sebagai parti politik yang gagal mempertahankan hak Melayu dan negara," tambahnya.

Pemimpin PAS berbelah bagi saranan Zakir Naik

Posted: 20 Apr 2016 04:26 AM PDT

 



Kepimpinan PAS berbelah bagi dalam menyambut seruan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik supaya parti Islam itu bergabung dengan Umno dalam kerajaan campuran.

Sebahagian mereka berpegang kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS Januari lalu bahawa PAS tidak akan menyertai BN.

Bagaimanapun, Dewan Ulama PAS berpendirian berbeza apabila masih terbuka untuk berbincang dengan perdana menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) dalam kenyataan berkata mereka tetap dengan pendirian sebelum ini.

"PAS sentiasa berpegang kepada dasar Islam yang mana salah satunya adalah bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.

"PAS juga berpegang teguh kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang telah bersidang pada 2 Januari 2016 yang mengesahkan perkara sebagaimana di atas di samping menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai BN," kata Takiyuddin.

Dalam rakaman bual bicara TV AlHijrah semalam Dr Zakir berkata kerajaan campuran Umno dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam.

Dr Zakir Naik berkata jika perkara itu menjadi kenyataan ia adalah sesuatu yang terbaik untuk Islam.

Idris: Pandangan orang luar

Sementara itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad (gambar) pula menyifatkan seruan Dr Zakir sebagai pandangan orang luar.

"Pendirian PAS jelas bahawa tidak timbul soal kerajaan campuran Umno-PAS dan ia tidak akan berlaku.

"Itu pandangan dia (Dr Zakir) sebagai orang luar dan terpulang kepada beliau.

"PAS tak perlu bergabung dengan Umno sebaliknya ahli Umno itu kena masuk PAS," tegas Idris ketika dihubungi Malaysiakini.
Zawawi: Bincang dulu

Namun, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata perbincangan harus dibuat terlebih dahulu.

"Kena tanya dia (Dr Zakir). Kalau kenyataan Najib saya akan komen. Setakat ini kita tak ada komen, nanti kita akan bincang dengan Najib dulu," kata Nik Zawawi.

Ketika berceramah di negara ini, Zakir dirakam bertemu dengan Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Ambiga dakwa polis sasar wartawan pula

Posted: 20 Apr 2016 04:23 AM PDT

Anne Muhammad  




Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mendakwa sekurang-kurangnya tujuh aktivis dan wartawan mungkin dipanggil polis.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai senarai berkenaan namun tidak pasti jika ia ada kaitan dengan petisyen dan Deklarasi Rakyat.

Beliau mendakwa wartawan berkenaan termasuk daripada Malaysiakini dan portal The Malaysian Insider yang menghentikan operasinya Mac lalu.

Ambiga berkata demikian ketika menemani aktivis Azrul Mohd Khalib memberi keterangan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan berhubung petisyen di laman web change.org.

"Saya dimaklumkan ada tujuh atau lapan senarai mereka yang akan dipanggil.

"Saya tak pasti sama ada ia ada kaitan dengan Deklarasi Rakyat dan seperti Azrul yang dipanggil hari ini, ia menunjukkan tiada kebebasan bersuara dan tidak sah mengikut undang-undang," katanya kepada Malaysiakini di luar Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Ambiga turut menyifatkan bahawa kerajaan seolah-olah terganggu dengan 'Deklarasi Rakyat'.

"Saya lihat Deklarasi rakyat seperti menggangu mereka (kerajaan)," katanya sambil ketawa.

Sementara itu, Azrul yang membuat petisyen dalam talian untuk menyokong Deklarasi Rakyat dan pengunduran Najib mendakwa tindakan itu cubaan melumpuhkan media yang melaporkan berita tersebut.

"Yang akan dipanggil berkenaan petisyen termasuk Editor TMI, Malaysiakini, journalist dan bloggers.
"Ia menunjukkan mahu menjatuhkan orang yang menggesa supaya Perdana Menteri melepaskan jawatan (dan) melumpuhkan media yang melaporkan berita berkenaan," katanya.

Malaysiakini sedang mendapatkan senarai seperti didakwa dan berusaha menghubungi pihak polis bagi mendapatkan pengesahan.

Hanya Himpunan Baju Merah enggan kerjasama

Posted: 20 Apr 2016 04:13 AM PDT

Hanya Himpunan Baju Merah enggan kerjasama
Himpunan Baju Merah yang berlangsung pada September tahun lalu. –Foto Sinar Harian
 
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mendedahkan pihaknya tidak mendapat kerjasama daripada penganjur Himpunan Baju Merah ketika pemantauan perhimpunan awam itu berlaku, September lalu.

Namun, Pesuruhjayanya, James Nayagam berkata, lima penganjur himpunan aman lain yang berlaku tahun lalu sedia bekerjasama dengan pihaknya untuk menjadikan Suhakam orang tengah.

"Kita pantau enam perhimpunan berskala besar iaitu #KitaLawan (7 Mac), #BantahGST (1 Mei), #HentikanRogol (7 Jun), #AtTheEdge (8 Ogos), Bersih 4.0 (29 dan 30 Ogos) dan Himpunan Baju Merah (16 September).

"Tapi kita ada masalah dengan penganjur Himpunan Baju Merah. Lima penganjur lain sudi bekerjasama dengan Suhakam terima nasihat kita tapi penganjur Baju Merah menolak serta tidak melayan tawaran Suhakam untuk menjadi orang tengah," katanya ketika membentangkan laporan berkaitan Kebebasan Berhimpun, di sini, hari ini.

Namun katanya, meskipun ditolak, pihaknya tetap memantau perjalanan himpunan tersebut.

Dalam pada itu, Suhakam sempat melahirkan pujian ke atas tindakan profesional pihak polis dalam mempermudah perjalanan perhimpunan awam dan keselamatan peserta himpunan dan orang awam.

"Terdapat peningkatan dari segi keterbukaan dan sikap hormat di kalangan masyarakat serta pihak berkuasa terhadap hak kebebasan berhimpun.

"Pihak penganjur kecuali Himpunan Baju Merah lebih teratur berbanding sebelumnya dan menunjukkan kawalan yang lebih baik ke atas kelakuan peserta.

"Serta keterbukaan penganjur dan wakil polis untuk berinteraksi antara satu sama lain," katanya.

MDB sedia membantu siasatan pihak berkuasa asing

Posted: 20 Apr 2016 04:11 AM PDT

SINAR HARIAN


1MDB -arul kanda


KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengulangi kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa asing bagi membantu sebarang siasatan berkaitan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, ketika ini syarikat itu belum dihubungi mana-mana pihak berkuasa asing berhubung siasatan itu," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy.

"Kami secara jelas dan terbuka telah menyatakan yang jika kami dihubungi atau diminta untuk membantu, kami akan bekerjasama sepenuhnya, tertakluk kepada protokol antarabangsa berkaitan hal-hal seperti itu," katanya dalam temu bual Bloomberg TV Malaysia pada Selasa.

Beliau ditanya sama ada 1MBD akan memberi bantuan atau penjelasan kepada  mana-mana pihak berkuasa antarabangsa jika diminta, selepas beberapa negara dilaporkan sedang menyiasat syarikat dana pelaburan negara itu.

Kepada soalan mengenai obligasi kewangannya, Arul Kanda berkata, beliau menjangka pembayaran faedah akan dibuat kepada pemegang bonnya ketika ia memasuki tempoh penangguhan lima hari.

Menghadapi risiko kemungkiran bon, beliau menegaskan yang lebihan tunai semasa 1MDB kini berjumlah kira-kira AS$550 juta (RM2.12 bilion) atau 11 kali ganda AS$50 juta (RM192.5 juta) sebagai faedah yang perlu dijelaskan pada 18 April.

Syarikat itu kini dalam pertikaian dengan dana kekayaan negara Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), yang sebelum ini bersetuju membayar fedah ke atas bon terlibat.

Arul Kanda berkata, beliau mengharapkan satu penyelesaian yang baik. – Bernama


Khairuddin gagal batal notis rayuan

Posted: 20 Apr 2016 04:09 AM PDT

SINAR HARIAN


Khairuddin Abu Hassan
Khairuddin Abu Hassan


PUTRAJAYA - Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini gagal membatalkan notis rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan bahawa tuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara bukan satu kesalahan berkaitan keselamatan.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan Khairuddin itu selepas membenarkan bantahan awal oleh pihak pendakwaan terhadap usul itu.

Tengku Maimun, yang bersidang bersama Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim, memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar usul Khairuddin kerana notis rayuan bermula dari Mahkamah Tinggi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Khairuddin gagal batalkan pertuduhan]

Panel tersebut juga membenarkan permohonan lisan oleh peguam Khairuddin, Mohamed Haniff Khatri Abdulla untuk menangguhkan rayuan pendakwaan.

Terdahulu, Mohamed Haniff Khatri dalam hujahannya mempersoalkan kesahihanm Seksyen 50 (3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang membenarkan pihak pendakwaan merayu tanpa memohon kebenaran daripada mahkamah.

Dalam notis usul bagi membatalkan notis rayuan, Khairuddin menuntut  perintah mahkamah bahawa seksyen tersebut adalah tidak berperlembagaan dan bersifat ultra virus atau bercanggah dengan prinsip keadilan asasi.

Timbalan Pendakwa, Awang Armadajaya Awang Mahmud, berkata pokok persoalan usul tersebut adalah untuk mengisytiharkan seksyen tersebut adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah yang merupakan bukan sebahagian daripada rayuan itu.

Di luar mahkamah, Mohamed Haniff Khatri memberitahu pemberita bahawa oleh kerana notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi, maka beliau akan memfailkan usul sama di mahkamah tersebut.

Katanya Mahkamah Rayuan telah menetapkan 19 April untuk pengurusan kes bagi kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkembangan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 November tahun lepas bahawa tuduhan terhadap Khairuddin dan peguam Matthias Chang adalah tidak tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Mahkamah itu memerintahkan kes itu berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan dan membebaskan Khairuddin dan Chang masing-masing dengan ikat jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pada 12 Oktober 2015, Khairuddin, 54, dan Chang, 66, didakwa cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos 2015, mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman  penjara maksimum 15 tahun. - Bernama


Pesta 'liar': Polis terus pantau Pulau Perhentian

Posted: 20 Apr 2016 04:05 AM PDT

Pulau Perhentian
Gambar hiasan. - Sumber foto intenet 
 
 
PULAU PERHENTIAN - Pesta 'liar' Bulan Mengambang atau  "Full Moon Beach Party" yang dijadualkan berlangsung di Pulau Perhentian Kecil semalam seperti yang tersebar luas di laman sosial sebelum ini tidak diadakan pihak penganjur.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, hasil pemantauan pihak polis sepanjang malam semalam mendapati tiada sebarang parti diadakan di kawasan yang didakwa iaitu di Pantai Pasir Panjang (Long Beach) pulau berkenaan.

Namum begitu katanya, pihak berkuasa meneruskan pemantauan bersama kakitangan Pejabat Agama Daerah  dan Majlis Daerah Besut (MDB) bagi memastikan pesta tersebut tidak diadakan dalam tempoh dijualkan semalam.

"Seramai 28 anggota termasuk 12 anggota polis yang terbabit dalam operasi tersebut melalukan pemantauan sepanjang malam semalam dan mendapati  tiada aktiviti seperti yang tersebar berlaku berhampiran sebuah chalet di situ," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi  itu mendapati para pelancong asing dan tempatan meneruskan aktiviti seperti yang dihebahkan.

Pengerusi JKKK Pulau Perhentian, Zainuddin  yang turut serta dalam operasi tersebut memberitahu, kehadiran pelancong asing dan tempatan di kawasan itu malam semalam agak  luar biasa.

Menurutnya, jumlah pelancong yang tertumpu ke situ agak ramai berbanding sebelum ini namun mereka bersurai selepas berlegar -legar di  situ tidak lama kemudian .

"Saya percaya mereka ini datang sama ada  untuk melihat pesta itu berlangsung atau menyertainya namun beredar apabila ia tidak berlangsung seperti yang dihebahkan.

"Usaha pihak berkuasa melakukan pencegahan di situ memang amat wajar," katanya.

Pesta "Full Moon Beach Party" itu yang dijadualkan malam semalam dan malam ini oleh penganjur yang belum diketahui  identiti dikatakan mendapat sambutan ramai termasuk golongan remaja selepas ia disebarkan di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp beberapa hari lepas.

Penganjuran parti itu sebelum ini  mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Pemuda dan Puteri Umno Besut, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan JKKK Pulau Perhentian kerana dikhuatiri memberi imej negatif terhadap pulau peranginan tersohor itu dan budaya songsang kepada penduduk .

Pesta  "Full Moon Beach Party" itu yang penganjurannya dijadualkan semalam dan hari ini dikatakan mendapat sambutan ramai termasuk golongan remaja beragama Islam selepas ia disebarkan di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp beberapa hari lepas.

Penganjuran parti itu bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Pemuda dan Puteri UMNO Besut serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) kerana dikhuatiri membawa pengaruh negatif kepada penduduk setempat.

Parti itu turut mendapat bantahan penduduk pulau berkenaan dan menyokong tindakan pihak berkuasa yang melakukan pencegahan, rondaan dan pemantauan awal bagi mengekang pesta itu daripada terus berlangsung di pulau.

Imam Masjid Pulau Perhentian, Ibrahim Ahmad, 58, pula berkata, penganjuran pesta seperti itu tidak sepatutnya berlaku di pulau itu kerana boleh menjejaskan imej dan persepsi negatif.

Menurutnya, beliau kesal dengan hasrat  penganjuran pesta  kerana penduduk di pulau ini beragama Islam.

" Kami hanya mengetahui perkara ini melalui media dan laman sosial  dan pihak berkuasa diminta sentiasa memantau kerana dibimbangi penganjur akan mengadakan pesta pada tarikh berlainan yang tidak dijangka pihak berkuasa," katanya.

Jenazah murid sekolah dipatuk ular dikebumikan pagi ini

Posted: 19 Apr 2016 10:52 PM PDT

Muhafandi Muhamad, Astro Awani
 
Jenazah murid sekolah dipatuk ular dikebumikan pagi ini
Jenazah yang dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedai Buloh di sini selepas solat Isyak malam tadi ditunda ke hari ini. - Foto Astro AWANI/Muhafandi Muhamad
 
 
PENGKALAN CHEPA: Urusan pengebumian jenazah pelajar perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, yang meninggal dunia pagi semalam dipercayai dipatuk ular, terpaksa ditangguhkan apabila jenazah memberikan tindak balas semasa urusan pemandian dilakukan.

Jenazah Nuriey Nadhirah Roslan, 7, dikatakan bergerak sewaktu urusan pemandian yang menyebabkan proses berkenaan dihentikan.

Jenazah yang dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedai Buloh di sini selepas solat Isyak malam tadi ditunda ke hari ini bagi mendapatkan pengesahan dari pihak hospital dan pegawai perubatan.

Bagaimanapun pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Badang yang membuat pemeriksaan ke atas jenazah pelajar berkenaan sekitar jam 10.30 malam tadi mengesahkan pelajar berkenaan sudah meninggal dunia.

Pihak keluarga yang masih ragu-ragu berikutan respons pergerakan jenazah serta badannya yang masih panas dan tidak mengeras, dikatakan turut menggunakan khidmat perubatan Islam bagi tujuan pengesahan.

Menurut datuk kepada Nuriey Nadhirah, Wan Mohamed Ibrahim, pihaknya menerima ketentuan Ilahi dengan pengesahan bahawa Nuriey sudah meninggal dunia, namun disebabkan pergerakan tubuh semasa urusan pemandian menyebabkan timbul cadangan supaya pengesahan dibuat sekali lagi.

"Saya bawa balik jenazah jam 5 petang dan mahu mengebumikannya kira-kira jam 8 malam, namun ketika dimandikan, jenazah seperti 'menggeliat'.

"Saya tangguhkan sebentar dan saya panggil doktor. Tapi doktor menyatakan dia telah meninggal dunia dan itu mungkin cuma tindak balas udara dalam tubuh. Saya kemudian berpuas hati (dengan penjelasan itu)," kata Wan Mohamed.

Menurut Wan Mohamed lagi, pihaknya akan menunggu sehingga jam 9 pagi ini dan jika tiada sebarang perkembangan baru, urusan pengebumian akan dilakukan.

Redha ketentuan

Keluarga serta kedua ibu bapa Nuriey pasrah dan redha dengan ketentuan Allah namun disebabkan inginkan kepastian pihaknya melakukan pengesahan sekali lagi di rumahnya di Kampung Buaya di sini malam tadi.

Orang ramai mengerumuni pekarangan rumah pelajar ini apabila berita viral yang mengatakan pelajar itu 'hidup kembali' tersebar luas malam tadi.

Pelajar berkenaan dikatakan dipatuk ular atau binatang berbisa di bahagian betis sekitar jam 10 pagi ketika bermain di kawasan sekolahnya.
Mangsa disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini sebelum di rujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk proses bedah siasat.

Hasil pemeriksaan mendapati punca kematian disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam badan kesan gigitan haiwan berbisa.

Nuriey Nadhirah dikatakan terjatuh dan tidak sedarkan diri di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran pada pukul 11 pagi semalam dan dibawa gurunya ke klinik tersebut. 
 
 

'Kewartawanan Dron' di kawasan bencana bantu liputan berita

Posted: 19 Apr 2016 10:47 PM PDT

Ahmad Sauffiyan Abu Hasan, Astro Awani
 
'Kewartawanan Dron' di kawasan bencana bantu liputan berita
Liputan berita untuk menggambarkan kawasan dilanda bencana seperti gempa bumi yang terjadi di Ecuador baru-baru ini boleh memanfaatkan penggunaan dron. - Gambar fail


LAPORAN berita pada 14 April 2016 melaporkan telah berlaku satu gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter di barat daya Jepun sekitar jam 9.26 malam. Gempa bumi ini telah menyebabkan sembilan kematian dan beratus yang lain cedera.

Seterusnya pada 16 April 2016, iaitu dua hari selepas gempa pertama, Jepun sekali lagi digemparkan dengan gempa bumi yang lebih kuat berukuran 7.3 magnitud di Kumamoto waktu awal pagi. Gempa terbaharu telah mengakibatkan 18 orang maut.

Kemudian, pada tarikh yang sama jam 6.58 petang di Equador, gempa bumi pada kedalaman 10 kilometer dikesan di arah barat laut pantai Ecuador. BBC News melaporkan 272 orang disahkan meninggal dunia dan 1,500 lagi cedera.

Kejadian gempa bumi ini jelas sekali telah menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, jalan raya dan perubahan struktur muka bumi kawasan yang terlibat. Lebih menyulitkan lagi apabila kawasan tersebut mengalami hujan lebat dan tanah runtuh yang membahayakan nyawa jika cuba memasukinya.

Walau bagaimanapun, tugas seorang wartawan yang perlu sentiasa mendapatkan maklumat tepat mengenai sesuatu insiden haruslah diteruskan.

Namun persoalannya, bagaimanakah seorang wartawan dapat membuat laporan mengenai kawasan bencana seperti gempa bumi tanpa membahayakan diri?

Jawapannya adalah dengan teknik drone journalism atau kewartawanan dron, yang bermaksud penggunaan pesawat tanpa pemandu untuk tujuan laporan berita.

Sebelum kita bercerita panjang mengenai kewartawanan dron, apakata kita imbas kembali peristiwa hitam sebelum kewujudan dron dan bagaimana seorang wartawan pada amnya membuat liputan berita.


Bencana gempa di Ecuador adalah salah satu contoh penyampaian maklumat visual dapat dibantu dengan penggunaan dron. - Gambar fail
Bencana gempa di Ecuador adalah salah satu contoh penyampaian maklumat visual dapat dibantu dengan penggunaan dron. - Gambar fail

Tragedi dengan helikopter

Pada tahun Oktober 1986, seorang wartawan dari WNBC AM Radio bernama Jane Dornacker maut apabila helikopter yang dinaiki mengalami kerosakan mekanikal dan terhempas di sungai Hudson.

Tragedi berlaku apabila helikopter yang dinaiki mula menjunam sebaik Jane Dornacker mula membuat liputan mengenai trafik di bandar New York. Laporan siasatan mendapati helikopter tersebut tidak diselenggara dengan baik dan ia menggunakan alat ganti yang tidak sesuai.

Dari insiden ini jelas penggunaan helikopter untuk membuat liputan berita bagi sebuah organisasi media tidak sesuai kerana ia melibatkan kos yang mahal dari segi penyelenggaran, risiko kerosakan mekanikal dan boleh membahayakan nyawa wartawan.

Namun hari ini, teknik membuat liputan berita dari udara berbeza sekali dengan adanya dron. Kini, laporan berita dikawasan bencana, trafik sesak dan sukar dimasuki boleh direalisasikan menggunakan dron  yang diterbangkan ke kawasan liputan dan merakam visual dan runut bunyi untuk tujuan pemberitaan.

Berbalik kepada tragedi gempa bumi yang berlaku baru-baru ini. Saya melihat peranan  kewartawanan dron dalam membuat liputan berita di kawasan bencana sangat diperlukan dan laporan berterusan mampu membuat penonton kekal mengikuti perkembangan terbaru mengenai sebarang tragedi.

Analisa muka bumi

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membuat analisa awal mengenai keadaan muka bumi yang telah berubah dan melaporkan langsung dari kawasan kejadian ke bilik berita dan seterusnya ke dalam media massa.

Pokoknya, kewartawanan dron  telah membuka dimensi baharu dalam dunia kewartawanan. Visual berita melalui kewartawanan dron boleh dinikmati dalam bentuk 'pandangan mata burung', iaitu satu pandangan dari atas ke bawah. Diiringi runut bunyi, laporan berita itu menjadi sesuatu  yang unik dan mampu menarik perhatian penonton.

Pada hemat saya juga, kewartawanan dron boleh digunakan oleh wartawan akhbar cetak, wartawan berita dalam talian, wartawan dari radio atau pun agensi berita dalam membuat liputan yang memerlukan visual terkini mengenai insiden atau tragedi semasa.

Walaupun di Malaysia budaya kewartawanan dron belum popular dan berkembang dalam kalangan organisasi media, saya yakin suatu hari nanti ia akan berubah mengikut keperluan semasa dan tertakluk kepada kelulusan perundangan dalam penggunaan dron dalam kalangan wartawan.

Masa depan gaya kewartawanan di malaysia boleh berubah dengan drastik dengan penggunaan dron. - Gambar fail
Masa depan gaya kewartawanan di malaysia boleh berubah dengan drastik dengan penggunaan dron. - Gambar fail

Inisiatif sendiri

Selain itu, saya juga tidak menolak ada dalam kalangan wartawan Malaysia yang telah mengambil inisiatif sendiri untuk menggunakan dron  untuk tujuan pemberitaan. Bagi wartawan luar negara pula, kewartawanan dron adalah trend yang dijangka berkembang seiring kemajuan teknologi yang lebih canggih dan murah dalam pembuatan dron.

Realiti penggunaan dron di Malaysia lebih tertumpu kepada organisasi keselamatan dan agensi kerajaan.

Contohnya, pada Ogos 14, 2015,  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa polis telah menubuhkan unit dron di bawah Unit Udara PDRM.

Tujuan unit dron ini adalah untuk memantau situasi seperti perhimpunan haram dan rondaan di sekitar kawasan perumahan. Menurut Khalid lagi, buat masa ini segalanya masih diperingkat latihan pegawai dan perlesenan.

Saya berpendapat  kewartawanan dron penting bagi organisasi media membuat liputan ke kawasan-kawasan yang sukar ditembusi.
Tragedi yang tidak boleh dijangka seperti gempa bumi dan bencana alam boleh berlaku pada bila-bila masa dan apabila ia berlaku perkara pertama yang perlu dikongsi pada masyarakat adalah maklumat mengenai keadaan kawasan tersebut.

Wujudkan kerjasama

Selain dari laporan bencana, untuk permulaan saya melihat kewartawanan dron boleh digunakan secara kerap untuk laporan trafik setiap pagi atau musim perayaan.

Memandangkan terdapat kesesakan lalu lintas yang konsisten setiap pagi dan pada musim perayaan di beberapa ibu kota di Malaysia, maka penggunaan teknik kewartawanan dron membolehkan penonton mengetahui keadaan trafik semasa yang lengkap dengan visual dan runut bunyi untuk memudahkan mereka membuat jadual perjalanan.  

Akhir sekali, kerjasama di antara organisasi media, Polis dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) contohnya haruslah di wujudkan dahulu.

Satu bentuk sistem latihan teknik menerbangkan dron dan isu-isu keselamatan dalam penggunaan dron juga perlu diberi perhatian.

Di penghujungnya, tujuan kita adalah untuk melahirkan profesional dalam penggunaan dron yang memahami aspek-aspek perundangan dan juga aspek keselamatan nyawa dan harta benda dalam pengendalian dron.




*Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan adalah penyelidik dalam ilmu Perangsaraf Media dan Informasi dan pernah menjadi Felo Penyelidik Operasi Psikologi dan Propaganda di Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi (UiTM).

[VIRAL] 'Anggota polis' peras duit remaja, PDRM tidak akan kompromi salah laku

Posted: 19 Apr 2016 10:39 PM PDT

Kohilah Sekaran, Astro Awani 
 
[VIRAL] 'Anggota polis' peras duit remaja, PDRM tidak akan kompromi salah laku
 
 
Viral di media sosial baru-baru ini ialah rakaman video dua orang individu berpakaian seperti anggota polis memeras duit daripada seorang remaja lelaki didakwa sebagai pelajar sekolah.
 
Pengguna media sosial baru-baru ini terkejut dengan rakaman video dua orang berpakaian seperti anggota polis yang memeras duit daripada seorang remaja lelaki.

Berdasarkan video yang dipercayai dirakam oleh seorang saksi, salah seorang lelaki berseragam warna gelap itu dilihat memeriksa dompet remaja berkenaan, sebelum menyerahkan kembali kepada remaja yang dipercayai pelajar sekolah itu.

Dia kemudian disoal oleh seorang lagi lelaki berpakaian seragam yang sama dan seperti meminta remaja itu mengeluarkan duit untuk diserahkan kepadanya.

Bagaimanapun, ketika remaja itu hendak mengeluarkan duit, lelaki terbabit dilihat menarik tangannya dengan tujuan mahu berselindung daripada dilihat orang awam.

Selepas remaja berkenaan memberikan wang kepada lelaki terbabit, dia dibenarkan untuk beredar.

Video itu dikongsi oleh Malaysia Viral Story semalam menerusi laman Facebooknya.

"Budak sekolah pun nak paw, polis sekarang gaji tak culup ke? Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Mohon PDRM ambil tindakan ke atas anggota tersebut," tulis mereka.

Perkara itu nyata mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan.

Mereka juga mendesak PDRM untuk menyiasat tindakan ini serta mengambil tindakan yang serius terhadap dua individu berkenaan.

Sehubungan itu, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), ACP Datin Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan berkata pihaknya memandang serius insiden tersebut yang secara terang-terangan telah mencemar imej dan kredibiliti pasukan.
Menurut beliau, PDRM tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh mana-mana warganya.

Malah, PDRM turut memohon kerjasama mangsa dan mana-mana pihak yang menyaksikan insiden tersebut untuk tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

LIHAT VIDEO DI SINI


Kemalangan Jalan Raya : Sedia Mekanisme Kurangkan Kesesakan Di Atas Jalan Raya

Posted: 19 Apr 2016 10:29 PM PDT



 
OLEH NIK MOHAMAD ABDUH


1.    Jumlah kemalangan yang mencecah sehingga 489,606 kes dengan 6,706 kematian pada 2015 adalah sangat membimbangkan. Walaupun angka kematian ini lebih rendah berbanding jangkaan asal iaitu 8,760 kematian, Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) juga menjangkakan menjelang 2020, angka tersebut akan meningkat kepada 10,716 kematian.

2.    World Health Organization (WHO) pada Mei 2014 di dalam laporannya pernah merekodkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia ialah 25.25 menjadikan negara ini berada pada kedudukan ke-34 daripada 172 buah negara lain.

3.    Menyelesaikan masalah ini, DPPM bersetuju dengan keputusan Kerajaan antaranya untuk melaksanakan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan membuat penilaian ke atas keselamatan jalan raya dan penyiasatan kemalangan di LPT2 seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai kelmarin.

4.    Namun, DPPM tetap tidak bersetuju dan membantah pelaksanaan semula Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan tambahan pemasangan sebanyak 1,200 lagi kamera AES di seluruh negara yang memberikan tumpuan kepada kesalahan memandu melebihi had laju dan pelanggaran lampu isyarat. Ini kerana, tindakan tersebut dilihat hanya akan "menjerat" banyak pengguna khususnya di kawasan dalam bandar dan antara bandar dengan kesalahan trafik berbanding untuk mendidik sikap pengguna jalan raya.

5.    Sebagai tambahan, DPPM mencadangkan agar Kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi lain mewujudkan mekanisme yang dapat mengurangkan kesesakan di atas jalan raya. Dua aspek perlu diberikan tumpuan iaitu (i) mengurangkan jumlah kenderaan aktif di atas jalan raya dan (ii) mengurangkan kesesakan kenderaan di atas jalan raya pada satu-satu masa; khususnya pada waktu puncak.

6.    Jumlah kenderaan di atas jalan raya ini perlu dikurangkan memandangkan jumlah kemalangan meningkat seiringan dengan peningkatan kadar bilangan kenderaan aktif di atas jalan raya berbanding jumlah populasi. Sebagai contoh, pada 2009, kadar kenderaan aktif berbanding jumlah populasi ialah 50.4 dan jumlah kemalangan ialah 397,330 kes. Manakala pada 2013, kadar kenderaan aktif berbanding jumlah populasi meningkat kepada 58.0 dan jumlah kemalangan pula meningkat kepada 477,204 kes.

7.    Oleh itu, keberkesanan dan kebolehcapaian pengguna terhadap perkhidmatan pengangkutan awam termasuk isu kos tinggi yang perlu ditanggung oleh pengguna juga mesti diberikan perhatian serius oleh Kerajaan. Sekiranya isu perkhidmatan pengangkutan awam ini dapat diselesaikan dan ditambahbaik, ia pasti menjadi salah satu langkah yang sangat berkesan untuk mengurangkan kesesakan di atas jalan raya justeru mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Sekian.

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"


* NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia /
Ahli Parlimen Pasir Mas

Muhyiddin hilang sokongan majoriti?

Posted: 19 Apr 2016 10:28 PM PDT



 
Oleh Datuk Dr Marzuki Mohamad


Professor Datuk Dr Ramlah Adam membuat komen yang disiarkan di Free Malaysia Today semalam bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiada tempat lagi di dalam UMNO kerana majoriti ahli-ahli UMNO setia kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Penyertaan Muhyiddin bersama-sama Tun Dr Mahathir dalam gerakan Selamatkan Malaysia dikatakan penyebab utama Muhyiddin diketepikan oleh majoriti ahli-ahli UMNO. Beliau menggelar Muhyiddin, Mohd Shafie Afdal dan Mahathir sebagai golongan kecewa yang ditolak oleh majoriti ahli UMNO.

Saya menghormati Professor Ramlah sebagai salah seorang pakar sejarah yang ternama di Malaysia. Saya sering mengikuti pandangan-pandangan beliau mengenai politik tanah air, khususnya tentang UMNO. Namun, saya mempunyai mengenai pandangan yang agak berbeza daripada beliau berkenaan hal yang dibicarakan di atas.

Terdapat kaedah-kaedah tertentu untuk menguji tahap sokongan ahli-ahli parti terhadap seorang pemimpin politik. Yang paling mudah ialah pemilihan parti. Yang menang pastinya telah mendapat sokongan majoriti, manakala yang kalah telah kehilangan sokongan. Namun, tiada pemilihan parti yang dibuat dalam masa terdekat untuk mengetahui dengan tepat tahap sokongan ahli-ahli parti kepada mereka.

Cara yang kedua untuk menguji tahap sokongan ialah kajian tinjauan pendapat melalui kaedah persampelan. Professor Ramlah tidak mengemukakan data-data daripada hasil tinjauan pendapat untuk menyokong kenyataan beliau. Jadi, boleh diandaikan tiada kajian seumpamanya dibuat. Melainkan satu kajian yang berkredibiliti dibuat mengenainya, maka barulah boleh dikatakan pandangan yang dikemukakan adalah sahih dan berasas.

Namun begitu, adalah menjadi kebiasaan bagi pemerhati politik untuk mengemukakan pandangan berdasarkan pemerhatian yang diperolehi daripada perbualan dengan pihak-pihak tertentu, pembacaan bahan-bahan berkaitan, penyebaran berita atau cerita, dan penyertaan dalam acara-acara yang ada kaitan dengan subjek yang dikaji. Ini juga satu kaedah yang tidak salah untuk digunakan.

Misalnya, kita boleh perhatikan hampir kesemua Ketua UMNO Bahagian menyatakan sokongan kepada Najib. Bermakna mereka tidak menyokong Mahathir, Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz. Tetapi adakah suara Ketua Bahagian mewakili suara semua ahli di akar umbi? Tentu sekali tidak. Sebahagian besar ketua bahagian pun tidak mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli di bahagian masing-masing. Jadi, agak berisiko untuk mengatakan majoriti ahli UMNO menolak Muhyiddin dengan hanya bersandarkan sokongan ketua-ketua bahagian kepada Najib.

Kecuali diadakan satu referendum yang bebas di peringkat bahagian untuk menentukan sokongan ahli-ahli samada kepada Najib atau Muhyiddin, maka barulah boleh kepututusan referendum itu dijadikan penentu tahap sokongan yang sahih dan tepat kepada kedua-kedua pemimpin ini.

Tanpa bersandarkan satu kajian yang terperinci, saya boleh perhatikan sokongan akar umbi UMNO kepada kumpulan 4M (Mahathir, Muhyiddin, Mohd Shafie dan Mukhriz) masih tinggi. Dalam siri jelajah yang disertai oleh keempat-empat pemimpin ini, sambutan ahli-ahli akar umbi UMNO kepada mereka adalah memberangsangkan. Pemimpin akar umbi UMNO yang terdiri daripada Ketua-Ketua Cawangan, pemuda dan para penyokong mereka tampil menganjurkan acara-acara pertemuan para pemimpin ini bersama ahli-ahli akar umbi UMNO walaupun mendapat tentangan dan halangan daripada pemimpin bahagian yang pro-Najib. Tidak mudah untuk ahli-ahli UMNO membentuk 'rebel alliance' yang diketahui akan mendapat pelbagai tekanan daripada pemimpin tempatan.

Malah, pertama kali dalam sejarah UMNO, ketua-ketua cawangan membentuk kumpulan yang dinamakan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan parti. Ada antara ketua cawangan yang menyertai kumpulan ini telah dipecat atau digantung keahlian mereka. Namun, ini tidak menghalang semangat mereka untuk terus bersuara. Mereka juga telah menubuhkan kumpulan penyokong yang terdiri daripada ahli-ahli biasa UMNO.

Terdapat juga pemimpin akar umbi UMNO yang menyertai pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan mereka bergerak aktif dalam pertubuhan-pertubuhan ini untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan parti. Ramai di kalangan mereka yang jelas menyokong kumpulan 4M dan menggesa mereka untuk melakukan perubahan di dalam UMNO.

Selain itu, yang lebih bahaya kepada UMNO ialah mereka yang melakukan protes di dalam senyap. Golongan ini tidak akan mendekati kumpulan 4M atau menyatakan sokongan kepada mereka. Tetapi mereka juga tidak menyokong kepimpinan parti.

Terdapat beberapa indikator tentang protes senyap ini. Saya diberitahu oleh seorang pemimpin bahagian, ramai ahli UMNO tidak lagi berminat untuk menyertai program parti. Mesyuarat parti di peringkat cawangan juga sukar diadakan kerana ahli-ahli tidak berminat untuk hadir. Malah, program pendaftar pemilih yang dijalankan oleh parti juga tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kesan protes senyap akhirnya dirasai dalam pilihanraya. Mereka mungkin tidak akan bekerja untuk parti atau lebih malang tidak turun mengundi kerana kecewa. Ini bukannya sesuatu yang mustahil. Misalnya, berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai, terdapat hampir 7000 penyokong UMNO tidak turun mengundi dalam pilihanraya kecil bagi parlimen Permatang Pauh pada tahun 2015. Dalam PRK tersebut, calon UMNO Shuhaimi Shabudin kalah kepada calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

PRK Permatang Pauh berlangsung sebelum tercetusnya krisis kepimpinan di dalam UMNO. Adakah kedudukan UMNO akan bertambah baik dengan tercetusnya pelbagai krisis dan isu yang melingkari parti dan pemimpinnya pada waktu ini?

Yang lebih penting untuk dianalisa bukanlah kedudukan Muhyiddin, Mohd Shafie dan Mukhriz di dalam UMNO, tetapi kedudukan UMNO di dalam pilihanraya.

*  Datuk Dr Marzuki Mohamad ialah Profesor Madya di Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Amanah akan tanding semua 20 Dun, 7 Parlimen Pas di Selangor

Posted: 19 Apr 2016 10:18 PM PDT

ABD SHUKUR HARUN


Ir. Izham HashimIr. Izham HashimParti Amanah Negara (Amanah) Selangor akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam pilihan raya umum lalu di negeri itu, iaitu 20 kerusi Dun dan tujuh parlimen.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, untuk itu, mereka sedang membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14 akan datang.

Kata Izham, Amanah Selangor sentiasa bersedia menghadapi apa jua pertandingan sama ada dua atau tiga penjuru mewakili Pakatan Harapan, apabila  pakatan itu membuat keputusan.

"Amanah tidak akan bertanding menentang mana-mana rakan komponan dalam Pakatan Harapan, sebaliknya akan membantu rakan komponan di tempat mereka bertanding," demikian kata Izham kepada Malaysiadateline baru-baru ini.

Amanah Selangor, katanya, sedang membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang, termasuk dari segi strategi, calon, jentera dan dana. Semua aspek diambil kira untuk mencapai kemenangan di negeri Selangor, katanya.

Amanah kini adalah rakan komponan dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.

Menurut beliau, Amanah hadir mengisi kekosongan tempat yang dahulunya diwakili oleh Pas dalam Pakatan Rakyat.

Amanah, kata beliau lagi, akan mengambil alih peranan memenangi atau memempertahankan kerusi parlimen dan Dun yang dulu ditandingi dan dimenangani oleh Pas.

Peranan ini akan dilakukan sehingga keputusan akhir dibuat secara bersama dalam Pakatan Harapan.
Menurut Izham, baru-baru ini telah selesai semuanya secara rasmi penubuhan kawasan parlimen Amanah di Negeri Selangor, iaitu sebanyak 22 kawasan Parlimen.

"Saya telah hadir sebahagian besar menyuarat berkenaan di semua menyuarat itu di mana berjalan lancar dan sambutan daripada ahli sangat mengalakkan.

Nasihatnya, "perkukuh parti, tambah ahli, jaga akhlak sebagai parti yang berpaksikan Islam."

Semua ahli, katanya, mesti memposisikan Amanah sebagai parti Islam yang progresif dan inklusif.

Kata Izham,  Pakatan Harapan adalah satu-satunya alternatf kepada BN untuk memerintah negara ini dalam PRU akan datang.

Amanah kini turut membantu kempen calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dianggap beliau sebagai latihan ke arah persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Mereka ditugaskan untuk menjaga kawasan Demak Laut yang akan ditandingi kemungkinan besar ditandingi oleh Amanah, katanya.

Comments (0)