Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:10 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


MAAFLAH ZAHID, RAKYAT BELUM MAHU MELETAKKAN TITIK NOKTAH LAGI...

Posted: 17 Apr 2016 08:11 AM PDT

 shahbudindotcom

 

 
 
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menerima penjelasan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir mengenai derma RM2,600 juta serta menjadikannya satu titik noktah.

"Saya fikir, mesti berjiwa besar menerima penjelasan dan hakikat ini...siapa pun, mantan Perdana Menteri sekali pun terimalah hakikat bahawa penjelasan ini adalah suatu titik noktah," katanya.

Macam merayu-rayu bunyinya nada Zahid kali ini...

Malangnya Zahid, terlalu sedikit yang dapat menerima dan mempercayai penjelasan Adel Al Jubeir mengenai wang yang diterima Najib itu.

Bagi Tun Mahathir,  sebagaimana yang disebutnya semalam, bercakap saja tidak memadai dan ia mestilah disertakan dengan bukti-buktinya sekali.

Iyalah, pindahkan wang RM10 pun ada resitnya, inikan pula ribu-ribu juta jumlahnya!!

Di kalangan rakyat pula, kata-kata Menteri Luar Arab Saudi itu lebih menjadi bahan ketawa dan persendaan semata-mata. Beliau dijadikan bahan persendaan bukan saja kerana sebelum ini pernah mengatakan wang itu adalah pelaburan,  tetapi juga kerana logik kata-katanya hampir tidak ada sama sekali untuk dipercayai.

Di media sosial, kedai kopi, dalam perbualan telefon, borak-borak dengan kawan dan saudara-mara atau apa saja medium interaksi sesama manusia di seluruh penjuru negara dalam sehari dua ini, terlalu sedikit yang dapat mempercayai wang yang diterima Najib itu benar-benar sebagai derma.

Secara umumnya boleh dikatakan, dalam sepuluh orang, barangkali  tujuh atau lapan masih tidak mempercayai, sama ada Najib mahu pun Adel Al Jubeir, berhubung isu wang yang menjadi bahan sensasi di seluruh dunia itu.

Maaflah Zahid, segala-galanya belum ada titik noktahnya lagi...


DAP cabar kerajaan Perak pamer 40,637 rumah mampu milik

Posted: 17 Apr 2016 07:10 AM PDT

MALAYSIAKINI




DAP hari ini mencabar kerajaan Perak mempamerkan 40,637 unit rumah mampu milik yang didakwa telah dan akan dibina di negeri itu sejak 2013 sehingga kini.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara dari 2012 hingga 2014, terdapat 4341 permohonan rumah mampu milik tetapi hanya 240 unit dibina dalam tempoh sama.

Beliau mengulas jawapan Exco Perak, Datuk Rusnah Kassim bahawa kerajaan negeri telah membina rumah mampu milik termasuk kos rendah sebanyak 25,679 unit antara Jun 2013 hingga Januari lalu, manakala 14,958 lagi dijangka siap tahun depan.

"Maka adalah amat tidak logik kerajaan kononnya ada membina 40,637 unit rumah rakyat dan rumah mampu milik sedangkan pada hakikatnya permohonan untuk rumah rakyat hanya 4341 orang.

"Laporan Ketua Audit juga menyatakan bahawa kerajaan persekutuan memperuntukkan RM78.15 juta untuk melaksanakan 4 projek perumahan rakyat dalam negeri Perak di bawah RMK-10 tetapi hanya satu projek saja berjaya siap mengikut waktu iaitu di Simpang Perdana, Changkat Jering, manakala baki 75 peratus projek itu gagal menepati masa yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan media.

Rusnah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak semalam dilapor berkata kerajaan negeri sudah melepasi sasaran awal jumlah pembinaan rumah mampu milik, termasuk kos rendah di negeri itu.

Beliau juga berkata sejak Jun 2013 hingga Mac lalu, sebanyak 3,552 unit rumah kos rendah telah dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) dan melalui Program Perumahan Rakyat (PPR).

Rusnah menjawab dakwaan Nga bahawa dalam tempoh lapan tahun dari 2008 hingga 2015, Perak hanya membina 871 unit rumah kos rendah manakala tiada rumah kos rendah dibina sejak 2012 hingga 2014.


DAP: Strategi Rahman elak debat dengan Lim

Posted: 17 Apr 2016 07:05 AM PDT

MALAYSIAKINI




DAP kesal dengan keputusan TV3 membatalkan debat antara Lim Guan Eng dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung isu pembelian banglo oleh ketua menteri Pulau Pinang dan tanah di Taman Manggis.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Loke Siew Fook berkata alasan TV3 untuk membatalkan debat tersebut kerana menghormati pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat memberi keyakinan kepada orang ramai.

"Alasan Datuk Abdul Rahman Dahlan pula bahawa beliau tidak boleh mengingkari arahan daripada ketua polis negara dan SPRM kerana beliau adalah menteri kabinet dilihat sebagai "exit strategy" untuk mengelak daripada debat ini untuk tidak memberi ruang kepada Guan Eng membalas dan menjawab tuduhan-tuduhan liar beliau melalui media arus perdana khususnya TV3," katanya.

Semalam Khalid dilapor berkata debat bekrenaan akan menggagu siasatan dan prejudis terhadap kes itu sekiranya diteruskan.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki sementara itu dipetik dalam laporan berita hari ini menegaskan badan anti-rasuah itu akan menjalankan siasatan secara telus dan tanpa tekanan mana-mana pihak.

Mengulas lanjut, Loke Siew Fook berkata Rahman diberi masa selama satu jam melalui program Soal Jawab di TV3 pada 30 Mac lalu untuk melemparkan pelbagai 'tuduhan liar' terhadap Guan Eng.

"Ini tidak termasuk laporan-laporan berat sebelah dalam isu ini yang dipaparkan dalam Buletin Utama hampir setiap malam dalam beberapa minggu yang lepas.

"Apakah ini tidak menggangu siasatan pihak berkuasa? Apakah ini tidak prejudis? Mengapakah Datuk Rahman Dahlan diberikan kebebasan mutlak untuk "membicarakan" Guan Eng melalui siaran TV3?," soalnya.


Mayat banduan dibedah siasat, dua ditahan

Posted: 17 Apr 2016 06:55 AM PDT

Alyaa Alhadjri

 


Mayat seorang banduan yang terbunuh dalam pergaduhan kumpulan di penjara Sungai Buloh semalam telah diambil untuk bedah siasat, kata polis.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Mohd Rozi Jidin mengesahkan dua banduan sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Setakat ini mayat telah dihantar untuk bedah siasat . Terdapat dua suspek utama.

"Mereka disiasat kerana membunuh serta rusuhan (bergaduh)," kata Mohd Rozi.

Akhbar Harian Metro awal hari ini memetik Mohd Rozi sebagai berkata siasatan awal mendapati mangsa, yang dilaporkan berusia 20-an, mati ditikam menggunakan objek tajam.

Beliau juga berkata mangsa telah menjalani hukuman selepas disabitkan dengan kes penculikan.

Insiden itu didakwa berlaku pada kira-kira 12.30 tengah hari semalam, dilaporkan dicetuskan oleh pergaduhan di antara dua kumpulan yang bersaing dalam penjara.

Ketika ditanya sama ada terdapat tindakan lanjut diambil ke atas mana-mana anggota kumpulan yang tinggal, Mohd Rozi berkata, perkara itu di bawah bidang kuasa Jabatan Penjara.


DAP tak akan menang lawan kuasa wang, kata Lim

Posted: 17 Apr 2016 06:50 AM PDT

MALAYSIAKINI




Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bimbang parti itu tidak boleh bersaing dengan baik dalam pilihan raya negeri Sarawak jika politik wang menjadi faktor penentu.

"Jika pilihan raya Sarawak pada 7 Mei akan diputuskan oleh kuasa wang, ia akan menjadi bencana bagi DAP Sarawak," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas analisis Malaysiakini hari ini bahawa sekurang-kurangnya lima ahli perniagaan Cina dan jutawan balak akan menjadi calon BN dalam pilihan raya Sarawak akan datang.

Lim merayu kepada pengundi Sarawak untuk mengundi demi penghormatan kepada pemimpin parti itu yang telah banyak melakukan pengorbanan seperti Wong Ho Leng dan Karpal Singh.

"Mereka adalah pemimpin-pemimpin politik yang berbakti kepada prinsip dan hak dan kepentingan rakyat dan bukan untuk kepentingan diri, sama ada dalam mengumpul kekayaan peribadi, kedudukan atau kemuliaan," katanya.

Beliau berkata walaupun tanpa calon jutawan berkenaan, pilihan raya di Sarawak akan menjadi sukar bagi pembangkang.

"Ia akan menjadi hampir satu misi mustahil untuk menafikan Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri) Adenan Satem mendapat dua pertiga majoriti di dewan undangan negeri kerana HARAPAN perlu menang sekurang-kurangnya 28 kerusi dewan undangan negeri," katanya.

Beliau berkata peluang Pakatan Harapan untuk menang juga adalah sukar sekiranya parti-parti dalam gabungan itu bersaing antara satu sama lain dalam pertembungan pelbagai penjuru.

Pakatan Harapan sebelum ini sepakat untuk bertanding dalam pertandingan satu lawan satu dengan BN di Sarawak.

Bagaimanapun, PKR Sarawak tidak bersetuju dengan keputusan itu dan berkeras untuk bertanding di lima kerusi yang ditandingi DAP. Lima kerusi itu ialah Dudong, Palawan, Pujut, Tanjong Batu dan Repok.


Lebih 30,000 Penuhi Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil Dengar Ceramah Dr Zakir Naik

Posted: 17 Apr 2016 06:46 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Dr Zakir Naik menyampaikan syarahan bertajuk 'The Quran Gods Word' di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada malam Sabtu. Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR: Lebih 30,000 orang menghadiri ceramah Dr Zakir Naik yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam Sabtu.

Sejak tiba di negara ini pada 9 April lepas, ia merupakan ceramah pertama tokoh pendakwah terkenal dari India itu di Kuala Lumpur selepas empat kali mengadakan ceramah di Terengganu.

Beliau dijangka berada di Melaka pada Ahad bagi meneruskan jelajah ceramahnya di Malaysia.

Orang ramai dilihat tiba seawal 4 petang untuk mendengar ceramah daripada pendakwah Islam itu yang bertajuk 'Is the Qur'an God's Word?'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya dan Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan antara yang hadir mendengar ceramah berkenaan.

Tinjauan Bernama mendapati ceramah itu turut mendapat sambutan daripada pelbagai bangsa dan agama.

Pasangan kembar beragama Kristian, Darren dan Daryl Cruz, 23, dari Kota Damansara berkata, mereka merasa bertuah menghadiri ceramah Dr Zakir pada malam Sabtu selepas mengagumi penceramah itu sejak 2010.

"Kami berdua sering menonton video Dr Zakir di YouTube dan amat kagum dengan hujah beliau yang sememangnya berdasarkan ilmu yang tinggi.

"Malam ini satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana selain dapat melihat sendiri Dr Zakir, kami dapat memahami sedikit berkenaan al-Quran," kata Darren.

Soon Mei Mei, 22, yang hadir bersama dua rakannya yang berbangsa Cina berkata, ia merupakan pengalaman pertamanya mendengar ceramah daripada Dr Zakir.

"Sebelum ini ada pelbagai persepsi mengenai Dr Zakir dalam media sosial sejak beliau mula berceramah di Malaysia dan malam ini saya datang bersama rakan untuk mendengar sendiri ceramah beliau.

Ceramah Dr Zakir banyak memetik ayat al-Quran dan saya terkejut beliau hafal setiap baris dengan baik sehingga mendapat tepukan orang ramai," katanya. - Bernama

'Beriani' Tinggalkan Kenangan Hitam

Posted: 17 Apr 2016 06:43 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Biji Popi bukan sahaja boleh menjadi bahan berbahaya dalam makanan yang dibakar atau hidangan tertentu, tetapi ia juga boleh menyebabkan seseorang yang menjalani ujian air kencing positif dadah.

Wartawan C. Sheila mengimbas kejadian empat tahun lalu apabila abangnya C. Vinod, 30, sedang dalam perjalanan menaiki bas dan telah ditahan oleh Kastam Singapura sebelum secara rawak diminta membuat ujian air kencing.

"Mereka menyuruhnya mengambil ujian sebanyak dua kali dan kedua-duanya positif," kata Sheila.

"Ibu bapa saya telah memasak nasi beriani di rumah, dan biasanya mereka akan menggunakan kas kas untuk hidangan ini," katanya sambil menambah abangnya telah makan beriani itu pada tengah hari.

Biji popi berada dalam senarai barangan terkawal, menurut laman web Kastam Singapura, di bawah kuasa Biro Narkotik Pusat (CNB).

Vinod telah menghabiskan masa selama empat jam dengan pegawai-pegawai Kastam apabila mereka turut memeriksa beg dan menyoalnya.

"Apabila para pegawai mendapat tahu tentang beriani itu, mereka melepaskannya kerana menyedari terdapat kas kas di dalamnya.

"Selepas kejadian itu, saya rasa ibu bapa saya berhenti menggunakan kas kas dalam briyani," kata Sheila.
 
 

Empat Lagi Peluk Islam Di Ceramah Dr Zakir

Posted: 17 Apr 2016 06:39 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik menyampaikan syarahan bertajuk 'The Quran Gods Word' di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam Sabtu. -fotoBERNAMA
 
 
KUALA LUMPUR: Selepas seorang gadis bukan Islam memeluk Islam pada ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di Kemaman Khamis lepas, empat lagi mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah ilmuan Islam itu di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini malam Sabtu.

Seorang daripada mereka ialah Hurender Bal Singh, 23, dari India yang membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan penjelasan diberikan Dr Zakir berhubung bukan Islam memeluk agama Islam untuk berkahwin.

Sebelum membimbing lelaki itu mengucapkan dua kalimah syahadah, Dr Zakir berulang kali bertanyakan kepadanya jika ada sesiapa yang memaksanya memeluk agama Islam.

"Tidak, tiada siapa yang paksa saya. Saya percaya kepada Allah dan Nabi  Muhammad ialah pesuruh Allah dan saya dengan rela hati mahu menjadi seorang Muslim," kata lelaki Punjabi itu dalam sesi soal-jawab pada ceramah yang dihadiri lebih 30,000 orang.

Sejurus selepas Hurender Bal Singh mengucapkan dua kalimah syahadah, seorang wanita yang memakai jubah dan skaf hitam, tanpa menyatakan nama dan dari mana, telah menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam.


Dr Zakir kemudian bertanya kepada wanita itu sekiranya beliau percayakan Allah dan Nai Muhammad sebagai pesuruh Allah, dan dijawab wanita itu 'ya' dan terus membimbingnya mengucapkan dua kalimah syahadah dengan disusuli sorakan pengunjung sebagai memberi semangat dan ada antara mereka dilihat menitiskan air mata.

Selepas bertanyakan beberapa soalan, seorang lagi wanita yang mahu dikenali sebagai Muchelle mengumumkan ingin mengucapkan dua kalimah syahadah dan dibimbing oleh pendakwah itu untuk berbuat demikian.

Seorang lelaki dari Sarawak, Joel anak Along, 26, berasal dari Miri yang menyatakan telah mempelajari tentang agama Islam sejak beberapa tahun lepas turut memutuskan untuk memeluk Islam selepas bertanyakan kepada Dr Zakir tentang hikmah syahadah.

Khamis lepas, Wu Nina Grace, 19, memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah Dr Zakir dengan disaksikan hampir 40,000 orang di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.

Dr Zakir sedang dalam rangka mengadakan syarahan di seluruh negara yang telah menarik kedatangan ribuan orang untuk mendengar ceramahnya.

Beliau dijadual mengadakan syarahan di Melaka esok.

Dua Rakyat Malaysia Hilang Di Flores Ditemui Lemas

Posted: 17 Apr 2016 06:36 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Air terjun Cunca Wulang, daerah Mibeliling di wilayah Flores, Indonesia, Foto pariwisata-ntt.com
(Ubah saiz teks) 
 
 
JAKARTA: Dua rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di sebuah kawasan perkelahan air terjun Cunca Wulang, daerah Mibeliling di wilayah Flores ditemukan dan disahkan mati lemas.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama berkata, mayat Mohamad Azfar Tahir, 23, dari Kuala Lumpur dan Mohammad Ezzaq Azumi, 23, berasal dari Kelantan masing-masing ditemukan di dalam kolam air terjun itu pada pukul 11 pagi dan 1 petang Ahad.

Mayat seorang lagi warga Flores yang dipercayai pemandu pelancong mereka, Wenseslaus Hendro Akung, 39, ditemukan di tempat yang sama pada pukul 3 petang, katanya.

Zahrain berkata, kesemua mayat telah dibawa ke hospital berdekatan dan pihak kedutaan sedang menguruskan untuk membawa pulang jenazah kedua-dua rakyat Malaysia itu ke Kuala Lumpur pada Ahad.

Mohamad Azfar dan Mohammad Ezzaq bersama seorang dua lagi rakan mereka Mohamad Qayyum Pirdous, 23, dari Perak dan Mohamad Imran Helmy Had, 23, dari Kuala Lumpur tiba di Flores, Indonesia pada Sabtu untuk bercuti.

Mohamad Qayyum dan Mohamad Imran terselamat dan tidak terjun ke dalam kolam itu setelah melihat dua rakannya bersama pemandu pelancong mereka terus hilang sebaik berbuat demikian.

Mohamad Azfar dikatakan terus terjun ke dalam kolam air terjun itu sebaik sampai tetapi setelah tidak timbul, Wenseslaus kemudiannya terjun untuk mencari.

Bagaimanapun, Wenseslaus juga didapati terkapai-kapai dan menyebabkan Mohammad Ezzaq turut terjun untuk membantu tetapi akhirnya ketiga-tiga mereka hilang.

Melihat kejadian itu, Mohamad Qayyum terus mendapatkan bantuan dan menghubungi polis dan kerja-kerja mencari dan menyelamat bermula pukul 3 petang Sabtu tetapi terpaksa dihentikan pada pukul 5 petang setelah cuaca gelap.

Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pukul 6 pagi Ahad dan kesemua mayat ditemukan di dasar kolam tempat kejadian itu. - Bernama

Selepas El Nino siap sedia kedatangan La Nina

Posted: 17 Apr 2016 06:31 AM PDT

SELANGOR KINI

SHAH ALAM : Rakyat Malaysia yang terpaksa berpanas akibat panas terik El Nino apabila mengeringkan sungai dan takungan air mungkin berdepan dengan banjir besar pula pada akhir tahun.

Data terbaru agensi iklim Amerika Syarikat berkata, terdapat 60 peratus kemungkinan bahawa La Nina, 'adik-beradik' El Nino akan berlaku di Malaysia, apabila ia menyebabkan berlakunya hujan lebat lebih daripada biasa dari Oktober hingga Disember.

Banjir Sepang

"Kita perlu melihat keadaan ini dari sekarang, terutama di kawasan yang sering dilanda banjir musim tengkujuh pada akhir tahun," kata pakar iklim Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah dipetik MStar Online.

El Nino, yang bermaksud 'budak lelaki' dalam bahasa Sepanyol, adalah satu fenomena cuaca yang tidak teratur yang menyebabkan suhu laut di kawasan khatulistiwa Lautan Pasifik meningkat, sementara La Nina yang bermaksud 'budak perempuan' dalam bahasa Sepanyol, membawa kepada penyejukan air laut.

La Nina sering berlaku selepas El Nino berakhir.

Kedua-duanya membawa kepada hujan lebat luar biasa di beberapa bahagian di dunia dan kemarau di tempat lain.

Dr Azizan, yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan Universiti Malaya berkata banjir besar pada akhir 2014 di pantai timur semenanjung, yang terburuk sejak beberapa dekad lalu berlaku apabila ketiadaan La Nina.

Oleh itu, berkemungkinan banjir besar boleh berlaku jika berlakunya La Nina yang kuat pada kali ini.
Beliau berkata data Pentadbiran Oseannografi dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) menunjukkan bahawa fenomena El Nino semasa sudah memuncak.

Tahapnya pada masa ini adalah hampir sama seperti yang berlaku pada 1997-1998 apabila berlakunya episod melampau El Nino.

potensi-la-nina-banjir


Dr Azizan berkata beberapa bahagian di pantai timur semenanjung terdedah kepada banjir kerana masalah saliran.

"Selain itu, lebih banyak hujan tidak bermakna berlakunya banjir besar kerana ia bergantung kepada di mana hujan turun. Jika lebih banyak hujan turun di kawasan laut, ia tidak mungkin menyebabkan banjir, "katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang memantau data tersebut tetapi belum mencapai sebarang kesimpulan.

Beliau berkata terdapat keadaan apabila El Nino atau La Nina tidak menjadi kenyataan walaupun ramalan 70 peratus bahawa ia akan berlaku.

"Kami merasakan ia masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa La Nina akan berlaku," katanya.EZY


PTRS bantu 5,600 pelajar dapat tuisyen percuma

Posted: 17 Apr 2016 06:25 AM PDT

OLEH : SYASYA SUFIAN


SHAH ALAM: Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) diwujudkan sebagai bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan secara percuma khusus untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari keluarga berpendapatan rendah.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata sasaran PTRS adalah membantu pelajar daripada keluarga sederhana dan kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan di pusat tuisyen.

PTRS


"Kerana keadaan ekonomi semakin membimbangkan, kos perbelanjaan di pusat tuisyen juga semakin mahal, jadi Kerajaan Negeri mengambil inisiatif membantu pelajar berasal daripada keluarga berpendapatan bawah RM2,000.

"Mata pelajaran ditawarkan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah terhad kepada 100 pelajar di setiap 56 DUN," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Pelancaran Program Perdana Bersama Pelajar Tuisyen Rakyat Selangor 2016 di Dewan Raja Muda, Shah Alam, di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata program itu bertujuan menyampaikan maklumat kepada pelajar tentang institusi ditawarkan Kerajaan Negeri untuk mereka menyambungkan pengajian selepas tamat SPM.

"Pelajar diberi peluang mendengar pengalaman daripada alumni PTRS tentang kejayaan mereka mengikuti pusat pengajian di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri seperti Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan INPENS.

"Mereka juga diberi pendedahan tentang kelebihan sebagai anak Selangor seperti Bantuan Anak Masuk Universiti dan Institusi Kemahiran seperti Program Internship High Impact Talent (i-HIT).

"Serta Program Youth Enhancement Strategy (YES) Selangor dengan kerjasama Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) yang menjamin pekerjaan dan pendapatan lumayan selepas tamat pengajian," katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan dan Setiausaha Kerajaan Selangor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Datin Wan Rabiah Wan Mohd Yusof.EZY


Skandal 1MDB: Selain CEO dan pegawai, Najib turut bertanggungjawab

Posted: 17 Apr 2016 06:22 AM PDT

lim kit siang

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan sebelum ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bertanggungjawab atas segala penyelewengan dan salah urus dalam syarikat itu.

Ia berikutan penemuan laporan itu bahawa bukan sahaja bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi serta pegawai dalaman bertanggungjawab atas segala penyelewengan 1MDB, tetapi ada pihak yang lebih berkuasa membuat segala keputusan dalam syarikat itu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata mengikut Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) 1MDB, Perdana Menteri merupakan pihak terpenting dalam meluluskan segala dokumen berkaitan syarikat tersebut.

"Artikel 117 menghendaki semua keputusan penting syarikat yang melibatkan komitmen kewangan, termasuk pelaburan dan penyusunan semula untuk mempunyai kebenaran bertulis dari Perdana Menteri.

"Ia bermakna Perdana Menteri merupakan pemain terpenting dalam 1MDB, melebihi peranan Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat," katanya semasa memberi ucapan di 'Forum PAC 1MDB: Najib – Bersubahat atau tidak bersalah" anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam semalam.

Justeru, katanya, Shahrol bukanlah satu-satunya pihak yang harus didakwa berhubung skandal dan penyelewengan oleh 1MDB, tetapi Najib turut bertanggungjawab atas segala salah urus dan ketirisan yang berlaku dalam syarikat tersebut.

"Bagaimana PAC boleh meletakkan sepenuh kesalahan kepada Shahrol apabila Najib yang juga Penasihat 1MDB merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan semua dokumen 1MDB termasuk pelaburan menurut Artikel 117?" katanya.

Selain itu, katanya, PAC perlu membuka semula siasatan dengan mengambil kira pendedahan terbaru bahawa Aabar Investment PJS Limited milik International Petroleum Investment Company (IPIC) di Abu Dhabi menafikan telah menerima USD3.5 bilion melalui Aabar BVI.

"Dengan pendedahan IPIC itu, kini kita tahu bahawa Aabar BVI merupakan syarikat palsu. Malah, Bursa Saham London menyatakan bahawa Aabar BVI ialah sebuah syarikat yang perlu diragui kewujudannya.

"Sebelum ini, pihak UMNO-BN selalu mengatakan bahawa segala pendedahan Wall Street Journal, Sarawak report atau ahli politik pembangkang kononnya ingin memburuk-burukkan Najib. Tetapi, kini kita dapat lihat bahawa semua pendedahan itu benar," katanya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut menggesa PAC memanggil semua saksi yang terlibat dengan skandal 1MDB, termasuk Jho Lo, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Aziz, bekas Ketua Peguam Negara Tan Sri Gani Patail serta Najib sendiri bagi membantu siasatan.

"PAC perlu bergabung semula dalam mesyuarat tergempar serta mengemukakan laporan PAC yang telah disemak semula agar laporan itu nanti dapat dibentangkan di Parlimen apabila ia bersidang semula pada 16 Mei nanti," katanya. – Roketkini.com


Skandal 1MDB: Semua nama disenarai dalam laporan PAC perlu didakwa

Posted: 17 Apr 2016 06:16 AM PDT

tony_rafizi


Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Semakin banyak penyelewengan dan salah laku dikesan dalam aktiviti kewangan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dibentangkan pada 7 April lalu.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata ia merupakan sebab utama mengapa beliau dan empat lagi anggota PAC dari parti pembangkang bersetuju agar laporan itu dibentangkan walaupun ia masih tidak mencapai keputusan secara menyeluruh.

"Bagi saya dan anggota PAC dari parti pembangkang yang lain, sudah ada cukup bukti untuk mula mendakwa pihak terlibat dalam skandal 1MDB walaupun laporan itu masih belum menyeluruh, sebab itu kami bersetuju ia dibentangkan.

"Contohnya, ada banyak transaksi dan pelaburan yang tak dapat dikesan oleh Jabatan Audit Negara sehingga hari ini, termasuk USD1.03 bilion kepada Good Star Limited dan USD3.51 bilion kepada Aabar Investment PJS Limited.

"Dengan membentangkan laporan itu, sekarang rakyat dapat lebih banyak pendedahan tentang semua penyelewengan tersebut," katanya dalam Forum 'PAC 1MDB: Najib – Bersubahat atau tidak bersalah' di Shah Alam, malam tadi.

Tony yang juga ahli PAC turut mendakwa bahawa nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak dibenarkan dibangkitkan dan dikaitkan dengan isu 1MDB dalam mesyuarat PAC.

"Wakil pembangkang lima orang, nak lawan majoriti sembilan orang dari BN bukan senang. Saya sebut nama Najib saja dalam mesyuarat, semua pun mula buat kecoh (bantah)," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi PKR, Rafizi Ramli yang turut menjadi ahli panel forum berkenaan berkata, rakyat perlu mencabar untuk memastikan Najib serta pihak berkuasa tidak terus menyalahgunakan undang-undang untuk menutup bukti berkaitan 1MDB, terutama Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Selepas ini, mungkin lebih banyak dokumen diklasifikasikan bawah OSA. Kita juga perlu cabar keputusan Najib untuk mengklasifikasi laporan Audit Negara tentang skandal 1MDB ini bawah OSA.

Ketua Audit Negara tak ada kuasa klasifikasi mana-mana dokumen bawah OSA, hanya menteri ada kuasa. Soalnya, menteri mana?" katanya.

Selain itu, beliau turut bersetuju dengan Tony bahawa semua individu yang dinamakan dalam laporan PAC sebagai terlibat dengan 1MDB perlu didakwa kerana mereka telah gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk memelihara dana awam.

"Lembaga Pengarah bertanggungjawab menjaga urusan kewangan 1MDB kerana ia adalah syarikat awam. Mungkin mereka tak curi duit, tetapi atas kecuaian dan kelalaian mereka, mereka tetap boleh dihadapkan ke mahkamah.

"Ini mesej saya kepada sesetengah orang yang dinamakan dengan jelas dalam laporan PAC, selepas ini kita akan mengeluarkan satu Senarai Rakyat Dikehendaki. Jika tidak boleh dapatkan orang di atas (Najib), kita buru semua yang lindungi dia," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa semua pihak mesti menggesa agar beberapa urus niaga melibatkan 1MDB dihentikan, seperti penjualan Bandar Malaysia oleh 1MDB kepada Konsortium Iskandar Malaysia Holdings-China Railway Engineering Corp (IWH-CREC) agar wang rakyat berhenti disalahguna.

"Semasa sidang Parlimen lepas, kerajaan akui bahawa mereka belum ada apa-apa notis mengenai pembelian Tabung Haji di Bandar Malaysia. Oleh itu, kita sebagai rakyat dan pendeposit Tabung Haji, ada hak minta Tabung Haji berhenti beri duit kepada 1MDB," katanya. – Roketkini.com


DAP akan tanding 29 kerusi DUN Sarawak

Posted: 17 Apr 2016 06:10 AM PDT

prn sarawak dap

Roketkini.com


KUCHING: DAP bakal bertanding di 29 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam pilihanraya negeri yang akan diadakan pada 7 Mei depan.

Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, keputusan itu dicapai selepas rundingan dengan pimpinan pusat Pakatan Harapan.

Menurutnya, DAP Sarawak mahu bertanding di antara 30 dan 35 kerusi DUN tetapi selepas rundingan diadakan, ia menerima keputusan pucuk pimpinan yang bersetuju dengan 29 kerusi sahaja.

Daripada 29 kerusi yang akan ditandingi DAP itu, 15 adalah kerusi majoriti Dayak yang mewakili pelbagai kaum Bumiputera termasuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Kerusi-kerusi kawasan DUN yang akan ditandingi DAP adalah:

N2. Tasik Biru
N9. Padungan
N10. Pending
N12. Kota Sentosa
N14. Batu Kawah

N17. Stakan
N19. Mambong
N22. Kedup
N23. Bukit Semuja
N32. Simanggang

N45. Repok
N46. Meradong
N47. Pakan
N49. Ngemah
N51. Bukit Assek

N52. Dudong
N53. Bawang Assan
N54. Pelawan
N61. Pelagus
N62. Katibas

N64. Baleh
N66. Murum
N68. Tanjong Batu
N69. Kemena
N70. Samalaju

N73. Piasau
N74. Pujut
N75. Senadin
N78. Mulu

Pada pilihanraya Sarawak 2011, DAP yang bertanding 15 kerusi berjaya memenangi 12 kerusi DUN manakala PKR yang meletakkan 45 calon telah menang 3 kerusi.

Pilihanraya Sarawak kali ini menyaksikan penambahan kerusi DUN dari 71 kepada 82 selepas persempadanan semula. – Roketkini.com


DAP kesal pembatalan debat Guan Eng – Rahman Dahlan

Posted: 17 Apr 2016 06:07 AM PDT

debat batal

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Yang mencabar Lim Guan Eng untuk berdebat ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan; dan Guan Eng menerima cabaran itu tanpa syarat. Kini yang menarik diri daripada debat tersebut ialah Rahman Dahlan sendiri.

Sehubungan itu, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke, kesal dan dukacita dengan keputusan TV3 untuk membatalkan debat di antara Ketua Menteri Pulau Pinang dan Rahman selaku Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada pada 19 April ini.

Katanya, alasan TV3 untuk membatalkan debat itu kerana menghormati pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Azam Baki, kononnya ia akan mengganggu siasatan isu tanah Taman Manggis dan banglo milik Guan Eng langsung tidak memberikan keyakinan kepada orang ramai.

Malah, menurutnya, alasan Rahman Dahlan pula kononnya tidak boleh mengingkari arahan Ketua Polis Negara dan SPRM kerana beliau adalah Menteri Kabinet dilihat sebagai "exit strategy" (jalan keluar) untuk mengelak daripada menyertai debat tersebut.

Dengan itu, jelas beliau, pembatalan debat itu memastikan tiada ruang kepada Guan Eng untuk membalas dan menjawab tuduhan-tuduhan liar terhadap beliau serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditohmahkan oleh media arus perdana, khususnya TV3.

"Saya nak mengingatkan Datuk Rahman Dahlan dan pihak TV3 bahawa pada 30 Mac yang lalu, beliau (Rahman) telah diberi masa 1 jam melalui program "Soal Jawab" TV3 untuk melemparkan pelbagai tuduhan liar terhadap Guan Eng.

"Ini tidak termasuk laporan-laporan berat sebelah dalam isu ini yang dipaparkan dalam Buletin Utama hampir setiap malam dalam beberapa minggu yang lepas.

"Apakah ini tidak mengganggu siasatan pihak berkuasa? Apakah ini tidak prejudis? Mengapakah Datuk Rahman Dahlan diberikan kebebasan mutlak untuk 'membicarakan' Guan Eng melalui siaran TV3?" katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, apa yang beliau harapkan hanyalah satu peluang untuk Guan Eng menjawab dan memberikan penjelasan berkenaan isu Taman Manggis.

Katanya, penjelasan Guan Eng dalam debat yang sepatutnya diadakan itu amat penting kerana TV3 telah menjalankan kempen untuk memburuk-burukkan imej Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut sejak beberapa minggu lalu tanpa memberi peluang kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk menjelaskan kedudukan sebenar.

"Kami mengulangi pendirian bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sentiasa bersedia dan berani untuk berdebat dengan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai isu tanah Taman Manggis dan pembelian banglonya.

"Peluang untuk beliau menjelaskan keadaan yang sebenar kepada orang ramai yang hanya menonton TV3 kini dinafikan dengan pelbagai sekatan.

"Biarlah rakyat menilai kredibiliti Datuk Abdul Rahman Dahlan dan melihat permainan politik kotornya untuk cuba menjatuhkan kedudukan politik Lim Guan Eng dengan melemparkan pelbagai tuduhan liar melalui media arus perdana dan menafikan hak Guan Eng untuk mempertahankan dirinya melalui saluran yang sama," tambah beliau.

Menurut Anthony, beliau telah menerima pengesahan daripada pihak TV3 pada  14 April tentang program debat tersebut selama sejam yang sepatutnya diadakan pada jam 9 malam 19 April ini.

Sepanjang dua hari lalu, katanya, beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak TV3 dan bersetuju dengan kebanyakan cadangan mereka mengenai format debat, masa yang diperuntukkan dan pilihan moderator. – Roketkini.com


Budak Malaysia miliki IQ melebihi Stephen Hawking

Posted: 17 Apr 2016 12:39 AM PDT

SINAR HARIAN


Budak Malaysia miliki IQ melebihi Stephen Hawking
Sharvin Jeyendra (kanan) memiliki IQ lebih tinggi dari Stephen Hawking (kiri).
 
 
PERTH - AUSTRALIA. Seorang kanak-kanak kelahiran Malaysia dinobatkan sebagai kanak-kanak paling pintar di Australia oleh pertubuhan IQ tinggi, Mensa malah tahap IQ yang dimilikinya juga melebihi saintis genius, Stephan Hawking.

Remaja yang kini tinggal di Perth, Sharvin Jeyendra berjaya mendapat skor IQ markah 168, lapan mata lebih tinggi dari saitis terkemuka itu.

Pelajar Sacred Heart College yang juga mempunyai bakat bermain piano dilahirkan pintar dan keluarganya tidak pernah memberi tekanan kepadanya dalam bidang akademik.

Ibu bapanya yang merupakan peguam melihat anak mereka sebagai seorang yang genius sejak kecil lagi malah dia mula berjalan dan bercakap ketika usianya sembilan bulan.

"Dia mula bercakap seperti kanak-kanak normal yang berusia dua atau tiga tahun dengan ayat serta tatabahasa yang betul," kata ibunya Deva.

"Kami sentiasa memberi galakan kepadanya dan saya fikir ibu bapa perlu melakukan ini kerana otak kanak-kanak seperti span dan boleh menyerap apa sahaja,"katanya.

Persatuan IQ tinggi, Mensa baru-baru ini menganugerahkan Sharvin sebapai kanak-kanak paling bijak di Australia sekali gus meletakkannya dia antara dua peratus daripada orang pintar di seluruh dunia.

Pelajar muda kelahiran Malaysia ini mempunyai harapan tinggi untuk masa depan dan bercadang menggunakan kebijaksanaannya untuk kebaikan.

"Apabila saya dewasa, saya mahu menjadi seorang ahli sains biologi, saya mahu mencari penawar untuk kanser.

"Malah saya juga bercita-cita menjadi ahli biologi marin untuk meneroka laut dan mempunyai yayasan kebajikan sendiri bagi membantu orang miskin di dunia," kata  Sharvin dipetik MailOnline.

Walaupun mempunyai IQ yang tinggi, Sharvin tetap sama seperti pelajar yang sebaya dengannya malah turut gemar bermain bola keranjang dan bola sepak.


Sanggup berhujan demi ceramah Dr Zakir Naik

Posted: 17 Apr 2016 12:31 AM PDT

Sanggup berhujan demi ceramah Dr Zakir Naik
Peserta ceramah penndakwah terkenal, Dr Zakir Naik sanggup meredah hujan dan mengambil semula ruang tempat tempat lapangan tengah Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil yang ditinggal kosong akibat hujan, semalam. - Foto Sinar Online oleh ATIRAH HASLI
 
 
KUALA LUMPUR - Meski hujan lebat mencurah-curah namun ia bukan halangan kepada orang ramai untuk terus setia mendengar ceramah oleh pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik yang berlangsung di ibu negara, semalam.

Malah rata-rata peserta mengambil inisiatif menggunakan kanvas biru untuk berlindung daripada hujan lebat.

Ada juga peserta yang menggunakan plastik biru sebagai baju hujan, selain menggunakan payung untuk berteduh.

Salah seorang peserta yang ditemui Sinar Online, Nurul Nabilah Mohamad, 23, berkata, walaupun hujan, namun apa yang diutamakan adalah ilmu yang bakal diperoleh daripada program tersebut.

"Saya memang datang untuk dengar sendiri apa yang diperkatakan (oleh penceramah). Mudah-mudahan berbaloi saya berhujan hanya semata-mata ilmu yang akan diperoleh daripada ceramah Dr Zakir," katanya.

Bagi Noraishah Mat Taharin, 19, pula, dia bersama keluarga sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mendengar ceramah oleh Tokoh Maal Hijrah 2013 itu.

"Kami datang dua bas dari Perak untuk dengar ceramah daripada anak Zakir dan Zakir sendiri.

"Ilmu mereka memang tinggi, kami kagum dengan mereka yang mendalami pelbagai ilmu sehinggakan mereka sangat memahami kitab Hindu dan agama lain. Kami sanggup berteduh dalam hujan pun kami sanggup asalkan dapat dengar sendiri ceramah yang disampaikan oleh Dr Zakir," ujarnya.

Wartawan Sinar Online yang membuat liputan turut dibasahi hujan bersama-sama peserta ceramah yang tidak berganjak seawal jam 5 petang.

Program ceramah bertajuk 'Is the Qur'an God's word?'‎ dibawakan oleh Dr Zakir bermula jam 5 petang dan dijangka berakhir pada 9 malam di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.


Bayi dibalut tuala ditemui di hadapan kedai‎

Posted: 17 Apr 2016 12:29 AM PDT

Bayi dibalut tuala ditemui di hadapan kedai‎


GEORGETOWN - Seorang lagi bayi dijumpai orang awam di hadapan sebuah kedai di Lorong Perak di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dijumpai dengan baju berwarna putih dan dibaluti tuala.

Menurutnya, keadaan bayi berkenaan sempurna dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan.

"Bayi berkenaan dijumpai orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 9.55 pagi tadi. Bayi seberat 2.1 kilogram itu berkulit cerah dan dalam keadaan sempurna.

"Polis masih menyiasat suspek yang meletakkan bayi itu dikaki lima premis menjual perkakas aluminium berkenaan," katanya ketika dihubungi tadi.

Semalam, seorang lelaki panik apabila mendapati seorang bayi perempuan yang hanya dibaluti baju sejuk diletakkan dihadapan pintu rumahnya.

Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai diletakkan diatas lantai di hadapan pintu rumah lelaki yang bekerja di sebuah syarikat logistik di Kampung Masjid Teluk Kumbar kira-kira jam 3 pagi semalam.


SELESAI ATAU BELUM?

Posted: 16 Apr 2016 05:11 PM PDT

shahbudindotcom

 

 



Kata Khairy Jamaluddin, berikutan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang mengatakan wang RM2,600 juta yang diterima Najib Razak adalah sumbangan yang datangnya daripada negara tersebut dan diberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan, isu itu kini dianggap sudah selesai.

Ada sesiapa yang setuju kita perlu tutup buku dengan isu itu?

Ada sesiapa betul-betul percaya wang yang diterima Najib itu benar-benar sebagai derma?



Berapa ramai pula yang setuju perlunya Tun Mahathir meminta maaf kepada Najib semata-mata kerana kenyataan Adel Al Jubeir itu sebagaimana gesaan Salleh Said Keruak kali ini?

Kalau Tun Mahathir perlu meminta maaf, pastilah semua yang lain, termasuk blog ini dan pembacanya yang sebahagian besarnya turut meragui sumbangan itu perlu juga meminta maaf kepada Najib.

Ada sesiapa setuju perlunya kita semua pergi meminta maaf kepada Najib?

Yang paling penting sekali, berikutan pengakuan Adel Al Jubeir dan kenyataan KJ yang mengatakan isu tersebut sudah selesai,  setuju atau tidak bahawa Najib perlu segera mengambil tindakan mahkamah terhadap WSJ?





'Lain-lain kaum' dalam dokumen, borang rasmi k'jaan dimansuh

Posted: 16 Apr 2016 04:53 PM PDT

MALAYSIAKINI




Penggunaan istilah 'lain-lain kaum' bagi merujuk kaum Bumiputera Sarawak dalam semua dokumen dan borang rasmi kerajaan dimansuhkan, berkuat kuasa serta merta, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri berkata perkara itu diluluskan oleh Jemaah Menteri baru-baru ini.

Beliau berkata arahan turut dikeluarkan kepada ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri untuk melaksanakan perkara itu.

"Ini adalah sesuatu yang diminta oleh rakyat Sarawak melalui kerajaan negeri dan yang turut diperjuangkan oleh menteri-menteri Sarawak dalam kabinet kerajaan Persekutuan," katanya.

Zahid berkata demikian semasa merasmikan program Sejiwa Senada kesembilan di Dewan Suarah di KotaSamarahan hari ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem turut hadir pada program itu.

Pemansuhan istilah 'lain-lain kaum' bagi mewakili etnik di Sarawak dalam dokumen dan borang rasmi kerajaan adalah antara 53 prinsip dan tindakan yang dilaksanakan Adenan sejak memegang jawatan ketua menteri Sarawak pada Februari 2014.

Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid berkata beliau melihat prinsip dan tindakan itu bukan sekadar janji kosong Adenan tetapi sebuah akujanji dan manifesto yang telah dilaksanakan sebelum pilihan raya negeri lagi.

"Sokongan dan dukungan harus terus diberikan kepada beliau (Adenan)," katanya.

Beliau percaya hubungan baik kerajaan negeri dan anggota Parlimen Barisan Nasional daripada Sarawak dengan kerajaan Persekutuan akan dapat membantu membawa lebih banyak pembangunan di Bumi Kenyalang ini.

"Sarawak cukup dekat di hati kita (kerajaan Persekutuan). Ini juga adalah satu sejarah, menteri-menteri (persekutuan) paling ramai dari Sarawak di bawah kepimpinan perdana menteri ketika ini.

"Saya ingin ucap tahniah kepada pemimpin-pemimpin Sarawak yang telah berjaya membawa masalah dan isu rakyat Sarawak kepada kepimpinan negara," katanya.- Bernama


'Debat bola boleh tapi TMJ tak iktiraf saya'

Posted: 16 Apr 2016 04:51 PM PDT

N Faizal Ghazali

 


Tidak penting terbuka atau tertutup Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar‎ sudah bersedia untuk berbahas atau berbincang dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ).

Lebih daripada itu Khairy juga berkata dia tidak kira jika majlis itu disiarkan secara langsung oleh televisyen atau sebaliknya.

"Tertutup atau terbuka, ada di televisyen atau tidak, saya sentiasa bersedia," katanya kepada media di Petaling Jaya hari ini.

Bagaimanapun, Khairy berkata, cadangan perdebatan atau perbincangan tersebut sepatutnya dilakukan dengan orang yang dirasakan "ada nilai".

"Saya tak pastilah, sebab nak bahas ini kena dengan orang yang kita rasa ada nilai, tetapi TMJ kata dia hanya iktiraf Lim teong Kim (Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara) sebagai orang yang faham bola sepak.

"Jadi nak bahas dengan saya tak ada masalah, tapi dia (TMJ) tak iktiraf saya. Saya tak mahu orang kata saya tak nak bahas.

"Saya bersedia (berbahas) tetapi sejauh mana beliau menganggap perbahasan itu positif, saya tak pasti sebab dia hanya iktiraf Lim Teong Kim," jelasnya.

Bagaimanapun tambah Khairy, Tunku Ismail secara tidak langsung mengakui langkah beliau mengambil Lim sebagai kakitangannya sebagai keputusan yang baik.

Sedia bila-bila masa

Menurut Ketua Pemuda Umno itu, perbahasan yang dimaksudkan mahu diadakan itu perlu untuk membincangkan prestasi bola sepak negara.

Justeru, katanya, dia sedia memenuhi pelawaan TMJ Tengku Ismail Sultan Ibrahim pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.

"Siapa nak bahas saya bersedia, sama ada FAM ke, Tengku Mahkota Pahang (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga presiden FAM), TMJ - sesiapa saja atau tengku-tengku pun," katanya pada sidang media berkenaan.

Terdahulu Khairy merasmikan program Kupas Buku anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

Pada 13 April lalu Tunku Ismail mencabar Khairy untuk berdebat mengenai prestasi bola sepak negara.

Ajakan itu, kata Tunku Ismail, dibuat sebagai individu yang telus dan jujur serta tidak berminat untuk menjadi presiden FAM, manakala bola sepak tidak menjadi sumber pendapatannya.

Malah menurut pemilik JDT itu, sesi perbahasan berkenaan juga diharap dapat disiarkan secara langsung melalui syarikat penyiaran berbayar Astro.

Ditanya mengenai perkara yang perlu dibahaskan, Khairy berkata ia perlu menjurus ke arah kesan positif dan bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak.

"Kalau perbahasan itu dibuat untuk menyalahkan orang, untuk tunjuk dia hebat dan menyalahkan pihak-pihak tertentu, maka tidak akan ada kemajuan dari segi bola sepak.

"Tapi kalau perbahasan itu ke arah ‎yang positif maka saya percaya akan ada sinar di hujung terowong," jelasnya.


Sekat saya, benarkan yang lain masuk S'wak, kata LGE

Posted: 16 Apr 2016 04:48 PM PDT

Bede Hong

  


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menawarkan untuk bertukar kebenaran masuk ke Sarawak dengan wakil rakyat pembangkang yang dilarang ke negeri itu.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, kerajaan negeri itu sepatutnya mengenakan larangan terhadapnya, dan membenarkan wakil pembangkang yang lain, termasuk dua ahli exco kerajaan Pulau Pinang.

"Bagaimana dengan semua pemimpin kita yang lain? Jika nak sekat, sekat saya dan benarkan pemimpin PKR dan DAP yang lain masuk. Saya fikir itu satu pertukaran yang baik," katanya kepada pemberita di sidang akhbar yang dihadiri pemimpin DAP di Kuching hari ini.

Katanya, terdapat begitu ramai lagi yang disifatkannya sebagai 'jeneral' parti yang tidak dibenarkan masuk.
Lim berkata, mungkin hanya 'ketua pemerintah' dibenarkan masuk "tetapi tanpa jeneral bagaimana kita boleh melawan".

Ini ekoran Lim dibenarkan memasuki Sarawak, walaupun ramai ahli pembangkang dilarang ke negeri itu, menjelang pilihan raya pada 7 Mei.

Lim berkata beliau tidak merayu kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk dibenarkan masuk, tetapi berspekulasi bahawa beliau dibenarkan berbuat demikian kerana ada penelitian ramai sama ada beliau akan dihalang.

DAP berkata sekurang-kurangnya sepuluh daripada pemimpinnya dilarang ke Sarawak termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya dan Setiausaha Publisiti parti Tony Pua, yang dihantar pulang setibanya di Lapangan Terbang Miri September lalu.

Pegawai imigresen memaklumkan kepada parti itu pada 2014 bahawa MP Seputeh dan yang juga naib pengerusi DAP, Teresa Kok juga termasuk dalam senarai larangan itu.

Lim juga berspekulasi bahawa pemimpin dari Semenanjung juga dihalang kerana mereka mungkin membangkitkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Anda boleh mengatakan bahawa ini adalah pilihan raya negeri tetapi anda tidak boleh menafikan bahawa GST memberi kesan kepada rakyat Sarawak lebih daripada mana-mana dasar kerajaan negeri yang lain," katanya.

Walaupun Sarawak mempunyai kuasa imigresen mengikut Perjanjian Malaysia 1963, Lim berkata undang-undang itu tidak membenarkan larangan ke atas individu masuk untuk aktiviti politik yang sah.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa kami menyokong kuasa imigresen yang diberi kepada kerajaan negeri Sarawak. Kami menyokong kuasa itu, tetapi ia tidak boleh disalahgunakan.

"Kuasa seperti ini adalah untuk melindungi kepentingan Sarawak, bukan untuk melindungi kepentingan BN," kata Lim.

Beliau berkata pemimpin BN dari Semenanjung Malaysia dibenarkan memasuki tanpa sebarang isu, termasuk Naib Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tiba di Sarawak semalam.

"Dan di pihak kami, anda hanya ada satu (Lim). Jadi, tidak ada padang permainan yang sama rata.

"Kami berjuang dengan tangan dan kaki kami terikat, hanya tinggal mulut kami terbuka. Dan mungkin mereka akan tutup mulut kami tidak lama lagi."

Lim juga tidak menolak kemungkinan beliau mungkin dilarang memasuki Sarawak selepas hari penamaan calon pada 25 April.

Beliau juga menegaskan bahawa Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak melarang pemimpin pembangkang memasuki Sarawak sewaktu 33 tahun tempoh pentadbirannya sebagai ketua menteri.

"Ini menunjukkan bahawa lebih banyak kuasa yang anda berikan (Adenan), beliau menjadi lebih autokratik," kata Lim sambil menamabh bahawa itulah sebabnya penting untuk menafikan BN satu kemenangan yang mutlak.

Beliau juga mengumumkan DAP akan bertanding 29 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Sarawak, iaitu:

1- Tasik Biru;
2- Padungan;
3- Pending;
4- Kota Sentosa;
5- Batu Kawah;

6- Stakan;
7- Mambong;
8- Kedup;
9- Bukit Semuja;
10- Simanggang;

11- Repok;
12- Meradong;
13- Pakan;
14- Ngemah;
15- Bukit Assek;

16- Dudong;
17- Bawang Assan;
18- Pelawan;
19- Pelagus;
20- Katibas;

21- Baleh;
22- Murum;
23- Tanjong Batu;
24- Kemena;
25- Samalaju;

26- Piasau;
27- Pujut;
28- Senadin; dan
29- Mulu.

Muhyiddin bidas Azalina di tempat sendiri

Posted: 16 Apr 2016 04:39 PM PDT

MALAYSIAKINI




Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas Datuk Seri Azalina Othman Said di kawasan menteri di jabatan perdana menteri itu sendiri iaiti Pengerang.

Beliau membawa isu Azalina mengumumkan bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang melepaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rzak dari segala salah laku walaupun dokumen itu memperlihatkan sebaliknya.

Laporan itu, katanya, mengenengahkan Perdana Menteri sebagai bertanggungjawab dalam meluluskan urusniaga syarikat tersebut dan berbilion ringgit yang lenyap begitu sahaja.

"Ia menunjukkan banyak salah laku.

"Bagaimana seorang perdana menteri, di samping menteri yang sepatutnya menjaga hal perundangan, apa nama dia, Azalina - berkata tiada salah laku, apakah beliau boleh baca?" kata beliau semasa ceramah kepada ahli-ahli akar umbi Umno di Pengerang, Johor hari ini.

Muhyiddin juga mengingatkan Azalina bahawa beliaulah orang yang mencipta platform politik untuk Ahli Parlimen Pengerang itu.

"Ketika saya menjadi menteri besar (Johor), Azalina tiada disitu.

"Apabila dia menjadi Ketua Puteri Umno sebab saya galakkan dia. Saya tubuhkan Puteri Umno dan perlembagaan parti dipinda.

"Namun beliau telah terlupa. Melayu mudah lupa, termasuk ketua cawangan anda," katanya.

Bercanggah dengan kenyataan kerajaan, Muhyiddin berkata, laporan PAC menemukan sekurang-kurangnya RM28 bilion atau AS$7 bilion dana 1MDB telah lenyap dan menggesa orang ramai membaca laporan itu sendiri.

"Siapa meluluskan transaksi tersebut? Najib telah meluluskan semua transaksi itu," jelasnya.

Beliau turut menimbulkan bahawa PAC menemui, tidak seperti syarikat biasa, semua urusan utama 1MDB telah diluluskan oleh pengerusi lembaga penasihat syarikat, iaitu Najib.

"Ini RM28 bilion tidak boleh melayang meninggalkan negara tanpa kelulusan Najib.

"Jadi, kemana duit itu telah pergi? Bolehkah beliau menjelaskan?" katanya.

Mungkin tidak popular kalau tangkap saya - Tun M

Posted: 16 Apr 2016 04:34 PM PDT

S Thayaparan

 


Dalam wawancara dua bahagian ini, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin adalah de facto pemimpin pembangkang negara ini, yang berbicara secara terang-terangan mengenai musuh barunya, Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Berikut merupakan sedutan dari wawancara tersebut yang dikendalikan oleh penulis :

Menteri Luar Saudi (Adel Al-Jubeir) telah berkata bahawa derma oleh Arab Saudi - yang beliau berpuas hati dengan siasatan Peguam Negara dan setakat ini, bagi pihak Arab Saudi, perkara itu telah selesai. Apa maklum balas Tun dalam hal ini?


Mahathir: Itu apa yang dia kata, Siasatan, anda perlu bukti dokumen. Jika duit itu dipindahkan, pasti ada sesuatu yang bertulis - cek, rekod bank, bank mana.
Kenyatan sendiri tidak mencukupi. Jadi, sehingga saya dapat melihat dokumen berkenaan, sehingga ianya didedahkan umum, mana-mana kenyataan sendiri tidak boleh dipercayai.

Kenapa Umno berbaloi untuk diselamatkan?

Umno adalah sebaik mereka yang berada dalam Umno. Bukan organisasi itu yang buruk, ia siapa yang mentadbir organisasi itu. Anda boleh mentadbir dengan baik dan memenuhi amanah, atau anda boleh salah guna kuasa dan ia menjadi sangat teruk.

Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah tukar pemimpin, bukan tukar organisasi. Anda boleh menukar organisasi untuk mengelak salah guna, namun tidak kira betapa baiknya anda mengungkapkan perlembagaan, undang-undang, peraturan, akan ada orang yang salah guna kuasa.

Tun, anda mengatakan anda telah salah membuat pilihan pengganti. Bolehkah ini menggambarkan Umno tiada pemimpin pelapis yang bagus?

Saya boleh bersetuju. Apabila orang memimpin Umno, mereka cenderung untuk tidak dicabar. Oleh itu, mereka tidak membenarkan orang yang berkaliber, ada karisma untuk sertai. Jadi akhirnya, anda hanya apa beberapa pilihan sahaja. Pilihan yang ada ialah pemimpin pengganti yang tidak sebaik seperti yang diimpikan. Bakat terbaik tidak dibenarkan untuk sertai kerana apabila mereka sertai, mereka ini akan merendah-rendahkan penyandang semasa.

Apakah benar perlunya ada Deklarasi Rakyat ialah kerana Tun tidak dapat menyingkirkan Najib walaupun berpengaruh dalam Umno?

Baik, semua saluran untuk menukar pemimpin telah disekat dan ditutup oleh Najib. Selalunya anda ambil tindakan undang-undang atau politik. Tindakan politik adalah undi tidak percaya tetapi Najib entah bagaimana berjaya mempengaruhi majoriti untuk menyokongnya walaupun apa yang telah diperkatakan terhadap beliau selama ini.

Kenapa Tun rasa semua rakan aliran Tun telah ditahan atau dihalang tetapi Tun masih dibiarkan sendiri?

Mereka telah hantar polis untuk menyoal siasat saya tetapi soal siasat ini, saya rasa tidak memberikan hujah untuk mendakwa saya di mahkamah, jadi mereka tidak ambil kira perkara ini, dan mungkin mereka rasa ini bukan suatu tindakan yang popular.

Sudah sampai masa jawatankuasa harga barang ditubuh

Posted: 16 Apr 2016 04:27 PM PDT

SINAR HARIAN


FOMCA


KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya jawatankuasa khas mengenai harga barang diwujudkan di negara ini bagi mengekang peniaga menaikkan harga sesuka hati, kata Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Naib Presidennya, Siti Rahayu Zakaria berkata, jawatankuasa khas itu penting dalam menyelaras dasar dan program pelbagai kementerian dan agensi terlibat bagi memantau peniaga yang tidak bertanggungjawab.
 
Beliau berkata, Fomca telah menghantar kertas cadangan mengenai perkara itu kepada kerajaan pada Februari lepas, berikutan peningkatan aduan mengenai kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat.
  
"Kami tidak mahu pengguna terus menjadi mangsa kepada peniaga dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan kos sara hidup yang semakin meningkat ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, golongan peniaga lazimnya dilihat menaikkan harga barangan setiap kali kerajaan mengumumkan pemberian bonus, pelarasan gaji atau elaun kepada penjawat awam.
  
Siti Rahayu berkata, peniaga juga sering menggunakan alasan kekurangan stok untuk menaikkan harga barang.

"Maka penubuhan jawatankuasa ini penting dalam mengambil langkah lebih efektif, lebih-lebih lagi ketika kerajaan beri pelarasan gaji atau ketika musim perayaan," katanya.
  
Pakar ekonomi Prof Dr Barjoyai Bardai turut menyokong penubuhan jawatankuasa khas berkenaan bagi membela pengguna yang semakin menerima kesan daripada sikap tidak bertanggungjawab peniaga.

Beliau berkata, jawatankuasa khas tersebut mampu membantu kementerian dan agensi bertanggungjawab melancarkan lagi proses penguatkuasaan terhadap golongan peniaga.
  
Selain itu, katanya pengguna juga perlu memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berwajib jika mendapati ada peniaga menaikkan harga khususnya barang kawalan.
  
Anggota Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Samsinar Md Sidin berkata, pengguna perlu bijak berbelanja dengan membuat perbandingan harga barang sebelum membeli.

"Jika kita membeli barang yang dijual dengan harga yang mahal, seolah-olah kita menyokong peniaga menaikkan harga barang sesuka hati," katanya yang juga Timbalan Naib Canselor Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pelajar Universiti Tun Abdul Razak. - Bernama


Comments (0)