Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:24 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


HASAN ARIFFIN PATUT LETAK JAWATAN KERANA LAPORAN PAC UMPAMA TISU TANDAS, KATA MAZLAN HARUN

Posted: 16 Apr 2016 05:36 AM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
Seorang bekas Adun yang pernah menjadi Pengerusi PAC di peringkat negeri Selangor, Mazlan Harun menyifatkan laporan PAC mengenai 1MDB yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini sebagai sesuatu yang amat memalukan rakyat dan negara.

Katanya, laporan itu langsung tidak komprehensif kerana tidak memanggil banyak saksi yang relevan berkaitan masalah 1MDB, malah tidak disertakan dengan laporan audit yang sehingga kini kekal diletakkan dibawah OSA.

Bekas Adun Lindungan itu menjelaskan, hakikatnya intipati audit adalah kunci kepada proses menyediakan Laporan PAC dan tanpanya, tiada sebarang laporan dapat dimuktamadkan.

Menurut Mazlan yang berpeluang memikul tanggungjawab itu selama 8 tahun,  dengan kedua-dua perkara itu gagal dilakukan oleh PAC yang diketuai oleh Hasan Ariffin, laporan yang dibentangkan di Parlimen itu langsung "tak boleh pakai."

Tambahnya, lebih memalukan ialah kerana hanya beberapa hari setelah laporan itu dibentangkan, International Petroleum Investment Corporation atau IPIC telah menghantar laporan kepada London Stock Exchange menafikan Aabar BVI yang menerima RM14,000 juta cagaran sekurit daripada 1MDB, sebagai anak syarikat atau ada kaitan dengannya.

Tegasnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana  Laporan PAC mengenai Aabar BVI kelihatan tergantung sedangkan mereka sepatutnya mengumpul bukti sebanyak mungkin sebelum menyiapkan laporan dan membentangkannya di Parlimen.

"Jelas Laporan PAC mengenai 1MDB itu sangat memalukan, malah bagi saya tidak ubah seperti tisu tandas saja layaknya," kata beliau dalam satu perbualan telefon dengannya.

Sebab itulah, ujar Mazlan lagi, lebih banyak masalah timbul setelah laporan itu dibentangkan berbanding ia sepatutnya menunjukkan jalan penyelesaian kepada semua pihak.

Sehubungan itu, kata Mazlan yang merupakan anak bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris,  sepatutnya Hasan Ariffin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PAC dengan serta-merta ekoran kepimpinannya yang memalukan rakyat dan negara itu.

"Tidak ada sebab lagi Hasan perlu duduk sebagai Pengerusi PAC sekarang ini. Beliau telah memalukan semua orang  dan kita semua turut malu dengan kerja dan kepimpinannya," tegas beliau dengan nada kecewa, walaupun mengakui Pengerusi PAC itu adalah juga kenalan baiknya.


Jamal buat laporan polis status FB palsu hina kaum Iban

Posted: 16 Apr 2016 05:24 AM PDT

Jamal membuat laporan polis petang ini kerana difitnah oleh pemilik facebook palsu yang mengunakan namanya.Jamal membuat laporan polis petang ini kerana difitnah oleh pemilik facebook palsu yang mengunakan namanya.

Pengerusi NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos hari ini membuat laporan polis susulan fitnah yang  
dilemparkan laman sosial Facebook palsu yang menggunakan nama beliau menghina suku kaum iban setelah tidak membenarkannya ke Sarawak semalam.

Beliau berkata, akaun facebook itu sengaja mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan dirinya seorang rasis di samping menimbulkan kebencian di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau juga memaklumkan seramai 30 laporan polis telah dilakukan berhubung tindakan pemilik akaun facebook yang tidak bertanggungjawab sebegini bagi menjatuhkan reputasinya.

Sebelum ini, beberapa laporan polis telah dibuat berhubung tindakan pemilik Facebook ini.

Namun, pada kali ini, kenyataan yang dikeluarkan dilihat agak keterlaluan dan sengaja dilakukan bagi melaga-lagakan hubungan baik beliau bersama pemimpin yang lain.

Jamal juga mendesak pihak polis menyiasat pemilik laman facebook ini dan mengambil tindakan tegas bagi membersihkan namanya.

"Saya sangat terkejut dan malu kerana posting dan fitnah yang dikeluarkan daripada akaun palsu itu telah mengaitkan saya secara peribadi.

Status fitnah yang dimuat naik dalam facebook palsu yang mengunakan namanya.Status fitnah yang dimuat naik dalam facebook palsu yang mengunakan namanya."Akibatnya saya dikecam oleh penyokong dan orang ramai sehingga menjejaskan reputasi dan nama baik saya secara peribadi dan sebagai pemimpin Umno dan BN amnya." ujarnya.

Pemilik facebook palsu itu memuat naik status yang menyebut:"Saya  tidak dibenarkan masuk ke negeri Sarawak hari ini.

Suku Iban pakai cawat ni tidak dapat menerima hero perang baju merah ke sana. Saya tetap  tabah dan bersabar menerima ujian seperti ini."

Posting fitnah itu telah dikongsi sejumlah 3.5 ribu pengguna internet sejak ia dimuat naik semalam oleh pemilik yang tidak bertanggungjawab itu.

Undi mahasiswa mampu Selamatkan Malaysia

Posted: 16 Apr 2016 05:18 AM PDT

KHAIROL NAJIB HASHIM


Usaha selamatkan Malaysia terletak di  tangan mahasiswa dalam PRU14 kelak.Usaha selamatkan Malaysia terletak di tangan mahasiswa dalam PRU14 kelak.Dalam kerancakan semua parti politik berperang dengan isu-isu berat dan melibatkan kepentingan negara tanpa disedari terdapat dua maklumat besar yang harus diambil serius oleh pembangkang di Malaysia iaitu peratusan sokongan mahasiswa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan jumlah mahasiswa yang masih belum mendaftar sebagai pemilih untuk pilihan raya akan datang.

Deklarasi Rakyat yang dilancarkan awal Mac lalu menjadi begitu sensasi dek kerana kesanggupan semua penentang Najib duduk bersama mencapai kata sepakat mahu Najib undur sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu antara yang menjadi perhatian apabila perseteruan berdekad lamanya antara Lim Kit Siang dan Mat Sabu terhadap Dr Mahathir padam melalui kesepakatan mereka dalam Deklarasi Rakyat.

Umum melihat seruan itu adalah menifestasi mereka yang mahu menyedarkan rakyat bahawa Najib sudah melepasi garis 'kezaliman yang dibenarkan' atau mungkin bagi Dr Mahathir beliau sudah hilang kelayakan untuk diberi amanah menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya, pilihan jalan demokrasi yang paling berkesan untuk menumbangkan keseluruhan pasukan Najib adalah melalui pilihanraya.

Semalam, sebuah pertubuhan anak muda yang dinamakan Challanger membuat dakwaan bahawa 90% mahasiswa tidak menyokong pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Tinjauan yang dibuat terhadap 5000 mahasiswa di bawah umur 30 tahun itu merupakan responden dari universiti seluruh negara.

Melalui jurucakapnya juga, Syed Saddiq mendedahkan 89% menganggap Najib adalah pemimpin yang tidak berintegriti.

Mendengar pendedahan kajian tersebut ia memperlihatkan seolah-olah sekiranya pilihan raya berlaku dalam masa terdekat, undi mahasiswa bakal memihak kepada parti-parti pembangkang.

Sebaliknya, pada hari ini, sebuah pertubuhan mahasiswa yang dikenali sebagai Kesatuan pula, mendakwa sebanyak 4.2 juta mahasiswa masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Angka ini begitu besar dan sememangnya mampu memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya terutamanya Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Sekiranya dilihat pada pilihan raya lalu, seramai 13,105,407 pemilih berdaftar layak mengundi. Pada PRU ke-14, menurut laporan yang sama seramai 17.7 juta layak untuk menjadi pemilih namun 4.2 juta daripadanya iaitu golongan mahasiswa belum mendaftar sebagai pemilih.

PRU 13 menunjukkan undi popular yang diperoleh Pakatan Rakyat melebihi BN sebanyak 386 285. Bilangan ini mungkin bertambah dan memberi kesan kepada bilangan kerusi yang dimenangi parti pembangkang pada PRU 14 nanti.

Berdasarkan kepada angka-angka tersebut, apakah sebanarnya nasib Malaysia, usaha Selamatkan Malaysia terletak di tangan mahasiswa?

Oleh itu, adalah sangat baik bagi semua pihak yang benar-benar mahu melihat perubahan dalam kepimpinan negara melancarkan kempen daftar sebagai pemilih di kalangan anak muda khususnya mahsiswa yang jelas melalui laporan yang didedahkan, BN boleh ditumbangkan melalui undi mahasiswa.

Maka usaha Kesatuan yang giat menjalankan usaha-usaha menyedarkan mahasiswa untuk mendaftar sebagai pemilih perlu diberi sokongan.

*Penulis Khairol Najib Hashim adalah Exco Pemuda Amanah Nasional

PRN Sarawak simbol kematian demokrasi, selar Chegubard

Posted: 16 Apr 2016 05:15 AM PDT

ARIF ATAN


Badrul Hisham ShaharinBadrul Hisham ShaharinTindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang kemasukan ramai pemimpin Semenanjung dari parti pembangkang adalah simbol kepada kematian demokrasi, tegas Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Beliau yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem tidak akan menarik larangan berkenaan bahkan pemimpin terbabit hanya dibenar memasuki negeri itu selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 membuktikab sikap kuku besi Adenan.

"Mengapa Adenan tidak menghalang pemimpin-pemimpin Umno dan parti sekutu yang mengamalkan politik perkauman daripada memasuki Sarawak jika benar Adenan mahu melindungi negeri itu daripada elemen yang tidak baik?" bidasnya.

Untuk rekod, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dihalang masuk ke Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, awal pagi semalam.

Antara pemimpin dari parti pembangkang yang dilarang masuk ke Sarawak adalah Presiden Amanah, Mohamad Sabu,; Ahli Jawatankuasa Amanah, Mazlan Aliman serta Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Homeopathy rahsia Ahmad Awang kekal sihat di usia lapan dekad

Posted: 16 Apr 2016 05:11 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Homeopathy kekal sihatHomeopathy kekal sihat


Walaupun sudah melewati umur 80 tahun, Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang masih sihat dan kekal bertenaga.

Antara rahsia tokoh ulama ini mengekalkan kesihatan adalah mengamalkan perubatan homeopati dan mengawal pemakanan.

"Dari segi rawatan perubatan sejak dari umur 30-an saya mengamalkan rawatan homeopati. Sejak zaman Dr Burhanuddin al-Helmi dialah yang menggalakkan saya mengamalkan homeopati dan dialah bapa perubatan homeopati negara.

"Dr Burhanuddin mula buka sekolah perubatan homeopati di Melaka. Dari Melaka homeopati berkembang ke seluruh Malaysia. Kebetulan waktu beliau dalam uzur pada tahun 1960-an selepas balik dari Australia, saya ziarahi dia.

"Dia kata ketua doktor di Hospital Besar Perak kata tubuh dia sudah tak boleh dirawat. Dia buka semula buku-buku, kebetulan saya baru keluar dari hospital dan saya ceritakan masalah dan doktor tak boleh kesan apa puncanya.

"Dia bagi nasihat, keupayaan kaji darah di Malaysia ketinggalan 40 tahun dari dunia Barat. Selepas pergi mendapatkan rawatan di Australia baru doktor dapat kesan dalam darah Dr Burhanuddin ada racun.

"Kemudian dia tunjuk gambar Royal Homeopathy Clinic di London. Dia bagi saya ubat. Sejak itu saya terus buat rawatan homeopati," ujar Ustaz Ahmad.

Beliau turut mengamalkan pesanan Rasulullah s.a.w. iaitu makan jangan sampai kenyang.

"Jadi saya makan beransur-ansur daripada dulu sepinggan kadang-kadang bertambah, lepas itu kurangkan. Akhirnya makan separuh daripada yang biasa makan dan akhirnya makan sekali sahaja nasi sehari," ujarnya.

Beliau turut mengurangkan pengambilan nasi dan mengelak makanan berminyak dan mengandungi kolesterol.

"Kesihatan kena jaga, setiap enam bulan sekali kena buat pemeriksaan penuh. Sekurang-kurangnya buat senaman, berjalan kaki. Seminggu sekali sekurang-kurangnya," pesan beliau.

Rafizi dibenar bela diri, seronok nak jumpa Najib dan Rosmah di mahkamah

Posted: 16 Apr 2016 05:08 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE


Rakyat gembira nak tengok PM di mahkamah kata RafiziRakyat gembira nak tengok PM di mahkamah kata Rafizi


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli diberi kebenaran oleh mahkamah untuk membela diri dalam kes saman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak terhadapnya.

"Seronoknya nak berjumpa Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dari dalam kandang (saksi)," kata Rafizi dalam satu kenyataannya semalam.

Keputusan ini katanya menjadikan cita-cita rakyat Malaysia mahu melihat Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berada di dalam kandang saksi di mahkamah dimakbulkan juga.

"Mahkamah tinggi hari ini menolak permohonan Perdana Menteri dan isteri untuk membatalkan pembelaan "fair comments" saya.

"Mahkamah seterusnya mengarahkan supaya kes saman oleh Perdana Menteri itu dibicarakan di dalam mahkamah terbuka," katanya.

Beliau seterusnya menjelaskan bagi mereka yang kurang biasa dengan undang-undang dan saman, apabila seseorang mengemukakan saman (plaintiff), dia akan membuat Penyataan Tuntutan menyenaraikan perkara apa yang hendak disaman dan kenapa perkara-perkara itu memalukannya.

Orang yang disaman (defendan) pula katanya, berhak memfailkan penyataan balas yang disebut Penyataan Pembelaan yang menerangkan kenapa apa yang diperkatakan itu bukan fitnah dan beliau berhak membuat komen tersebut.

Dalam kes saman Najib Razak keatasnya kata Rafizi, Najib dan isteri menyaman beliau.

"Kemudian beliau dan isteri memfailkan permohonan agar mahkamah membatalkan penyataan pembelaan saya supaya saya tidak dapat membela diri, mahkamah seterusnya mengarahkan supaya kes saman oleh Perdana Menteri itu dibicarakan di dalam mahkamah terbuka," terangnya.

"Alhamdulillah hari ini pihak mahkamah mengarahkan supaya ia melalui perbicaraan penuh dan saya dibenarkan membela diri dan saya sungguh seronok nak berjumpa Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dari dalam kandang (saksi)," katanya.

PKR Sarawak berpegang pada janji lama mengenai kerusi dengan PAS

Posted: 16 Apr 2016 05:01 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUCHING: PKR Sarawak hari ini berjanji mengelak pertembungan dengan PAS pada pilihan raya negeri pada 7 Mei dengan mematuhi persetujuan mengenai pembahagian kerusi dibuat dengan parti Islam itu ketika pilihan raya 2011.

Janji yang diumum oleh Ketua PKR Sarawak Baru Bian ini berikutan kemungkinan parti itu akan bertembung dengan sekutunya DAP di sekurang-kurangnya lima kerusi pada pilihan raya kali ini.

Bercakap kepada Malay Main Online, Baru berkata sudah dipersetujui ketika pilihan raya lalu, sebelum berlakunya perpecahan Pakatan Rakyat (PR), PKR tidak akan meletak calon di kerusi dipertandingi oleh PAS sebelum ini.

"Selain daripada kerusi-kerusi itu, kami bebas untuk meletakkan calon," tambahnya.

"Kami akan menghormati perjanjian yang dibuat dengan mereka sebelum berlakukan perpecah PR," katanya.

Pada pilihan raya 2011, PAS bertanding di Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi tiada seorangpun calonnya itu menang.

Kali ini, PAS mengumumkan ia bertanding di 11 kerusi negeri, iaitu Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Awal hari ini, pengumuman mengenai perancangan DAP bagi pilihan raya negeri kali ini, mendapati ia akan bertindih dengan PKR di lima kerusi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, masalah itu sudah dipersetujui pihak kepemimpinan tertinggi kedua-dua parti sambil menambah ia turut dipersetujui oleh Timbalan Presiden
PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Tetapi menurut Baru, lima daripada kerusi dalam senarai DAP itu juga terdapat dalam senarai 40 kerusi PKR.

Semalam, beliau menyatakan kekecewaannya bahawa pimpinan pusat DAP dan PKR sudah lari daripada persetujuan awal mengenai pembahagian kerusi yang dicapai oleh jawatankuasa negeri kedua-dua parti.

Baru yang juga ADUN Ba'Kelalan juga berkata, PKR Sarawak akan menggunakan kuasa vetonya bagi menghalang campur tangan daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan.

PKR Sarawak akan mengumumkan senarai calon muktamadnya pada 20 April.

Baru juga berkata hari ini, PKR tidak ada masalah dengan pembahagian kerusi membabitkan Parti Amanah Negara (PAN), serpihan PAS.


PKR pusat terus bincang dengan kepimpinan Sarawak soal kerusi, kata Shaharuddin

Posted: 16 Apr 2016 04:59 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic


SHAH ALAM: Kepimpinan PKR peringkat pusat akan meneruskan perbincangan dengan kepimpinan di peringkat negeri Sarawak bersabit isu pengagihan kerusi untuk pilihan raya negeri itu, kata Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan hasil pencapaian kepimpinan nasional Pakatan Harapan mengenai pengagihan kerusi untuk pilihan raya berkenaan awal minggu ini.

Shaharuddin berkata, proses perbincangan dan rundingan akan tetap diteruskan selagi mana belum tiba tarikh penamaan calon.

"Cuma ada beberapa perkara dan kawasan bertindih yang mungkin PKR Sarawak merasakan mereka lama berada di situ (kawasan) dan kemudian tidak diberi pertimbangan. Itu isunya.

"Walaupun misal kata kita sudah buat satu kata putus dengan DAP pusat, tapi di peringkat negeri lazimnya selagi tidak sehingga penamaan calon, selagi itulah perbincangan berterusan," katanya ketika dihubungi Antarapos.    

Bagaimanapun, pada masa sama Shaharuddin menegaskan, kepimpinan peringkat negeri perlu menghormati keputusan parti di peringkat pusat selepas perbincangan dimuktamadkan.

"Kita mengamalkan demokrasi. Jadi semua orang bebas untuk menyatakan peringatan mereka. Tapi akhirnya peringkat pusat yang akan buat keputusan walaupun peringkat negeri ada autonomi tersendiri tapi hubungan antara pusat dengan negeri perlu dipertautkan.

"Kita menghormati negeri tapi dalam waktu yang sama negeri juga perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh pusat," katanya.

Terdahulu, Baru menolak keputusan pimpinan Pakatan Harapan pusat dan menegaskan rundingan pakatan itu bersabit isu berkenaan telah menjurus ke arah yang bertentangan dengan mandat PKR Sarawak.

Justeru keputusan diambil untuk memulau hasil rundingan itu, kata Baru yang juga ADUN Ba'kelalan itu.

Baru berkata PKR Sarawak mempunyai kuasa veto untuk menolak keputusan pimpinan nasional jika ia tidak selari dengan kehendak di peringkat negeri.


Gempa bumi: Semua pelajar M'sia di Kumamoto selamat

Posted: 16 Apr 2016 04:54 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kesemua 18 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di tiga universiti di daerah Kumamoto, Jepun, yang dilanda gempa bumi pada hari Khamis, dilaporkan selamat.

Kedutaan Besar Malaysia di Jepun telah menghubungi kesemua pelajar berkenaan yang menuntut di Kumamoto University, National College of Technology Kumamoto dan Ariake National College of Technology, selepas kejadian dan mendapati kesemua mereka selamat, menurut Wisma Putra dalam kenyataan malam tadi.

"Kesemua pelajar dilaporkan berada di zon pemindahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Jepun di bandar itu," menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia juga kini sedang mengesan status rakyat Malaysia yang lain yang berada di kawasan berkenaan.

"Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi semasa dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk sebarang maklumat dan perkembangan terkini," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kerajaan Jepun telah mengumumkan bahawa pihak berkuasanya telah mengambil langkah sewajarnya dalam menangani situasi tersebut, termasuk menyalurkan bantuan kepada mangsa terlibat.

Pada hari Khamis, satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda barat daya Jepun pada 9.26 malam, meragut sembilan nyawa dan lebih 700 cedera dalam kejadian tersebut.- Bernama


Lim Guan Eng dibenar masuk ke Sarawak

Posted: 16 Apr 2016 04:52 AM PDT

MALAYSIAKINI




Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dibenarkan memasuki Sarawak walaupun sebelum ini beberapa pemimpin dari parti itu dilarang ke negeri itu.

Semalam, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, telah memberi notis awal kepada pihak imigresen Sarawak sebelum berlepas ke sana. Beliau menaiki pesawat AirAsia AK5432 dan tiba di Lapangan Terbang Kuching pada pukul 9.10 pagi ini.

Lim diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang juga dibenarkan masuk oleh pihak imigresen Sarawak.

Lim, dalam suratnya kepada Tan Sri Adenan Satem pada hari Selasa, merayu kepada ketua menteri Sarawak itu supaya menghentikan sekatan terhadap pemimpin pembangkang untuk ke negeri itu menjelang pilihan raya Sarawak pada 7 Mei ini. Bagaimanapun, beliau tidak menerima sebarang respons.

Sekurang-kurangnya 30 pemimpin pembangkang dan aktivis termasuk Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, telah dihantar pulang sebaik tiba di Sarawak.

Lim telah menegaskan bahawa mengikut Akta Imigresen 1959/1963, walaupun Sarawak melaksanakan autonomi ke atas hal ehwal imigresen, tetapi ia tidak boleh melarang individu memasuki negeri itu untuk aktiviti politik yang sah.

Adenan menegaskan bahawa kerajaan hanya melarang pelampau dari datang ke Sarawak.

Pihak imigresen Sarawak enggan mengeluarkan senarai penuh mereka yang dilarang masuk ke negeri itu.


Lagi MP DAP dilarang masuk Sarawak

Posted: 16 Apr 2016 04:10 AM PDT

MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menyertai gerombolan wakil-wakil rakyat pembangkang yang dilarang masuk ke Sarawak, ketika beliau mendarat di Lapangan Terbang Sibu hari ini.

Beliau dihantar pulang ke Kuala Lumpur dalam penerbangan berikutnya, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis dari DAP, Wong May Ing kepada Malaysiakini.

"Beliau ditahan di pejabat imigresen di mana beliau meminta untuk ditunjukkan surat larangan (pengharaman memasuki negeri itu).

"Kemudiannya mengatur dokumentasi beliau dengan AirAsia dan dihantar pulang," katanya ketika dihubungi.

Wong tiba di Sibu bersama Liew dalam penerbangan yang sama, pada 2.45pm.

Liew tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Wong berkata, beliau meminta pegawai imigresen menunjukkan senarai individu yang dilarang memasuki negeri berkenaan supaya mereka yang tersenarai tidak akan terbang ke Sarawak.

"Namun pegawai imigresen beritahu mereka tidak tahu siapa dalam senarai itu, akan perlu periksa apabila seseorang telah tiba di lapangan terbang," katanya.

Pagi ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berjaya melepasi imigresen Sarawak di tengah-tengah kekhuatiran dilarang masuk menjelang pilihanraya negeri pada 7 Mei akan datang.

Ahli-ahli parlimen dari DAP yang turut dilarang memasuki Sarawak ialah Tony Pua, Teresa Kok and Anthony Loke.

Ketua Menteri Sarawak yang juga Ketua BN negeri itu, Tan Sri Adenan Satem mewajarkan pengharaman itu bagi memelihara keharmonian negeri itu.

Turut dilarang masuk ialah Ketua Umno Sungai Besar yang juga Ketua Gerakan Merah, Jamal Md Yunos dan kolumnis kontroversi, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

Pemimpin PKR yang turut menerima nasib yang sama ialah Nurul Izzah Anwar dan Afif Bahardin.


Biarlah rakyat tentukan PM baru secara demokratik

Posted: 16 Apr 2016 04:06 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kumpulan di sebalik Deklarasi Rakyat yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, konvensyen demokrasi seharusnya menentukan siapa yang akan menggantikan beliau jika Najib meletakkan jawatan.

Sekretariat kumpulan berkata demikian selepas Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri yang juga arkitek bersama gerakan itu, menyokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggantikan Najib.

"Kami juga kerap kali ditanya siapa akan menggantikan Najib apabila beliau berundur.

"Konsisten dengan konvensyen demokrasi, sekretariat secara jelas dengan pendiriannya mengenai individu yang mengambil alih daripada Najib adalah di kalangan yang mendapat majoriti keyakinan ahli-ahli Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan.

Katanya, individu yang mengambil alih harus membanteras rasuah, mengembalikan kebebasan institusi dan pemerintahan berdasarkan perundangan dan mengutamakan kepentingan rakyat.

"Jika individu tersebut gagal untuk mempertahankan syarat-syarat ini, Deklarasi Rakyat akan menyemak semula kempennya," tambahnya.

'Memalukan di peringkat global'

Kumpulan itu berkata, dakwaan salah laku Najib terus 'memalukan' rakyat dan meletakkan Malaysia di hala tuju yang salah.

Rakyat Malaysia telah berdepan laporan negatif dalam media antarabangsa mengenai dakwaan skandal pentadbiran setiap hari, jelasnya.

"Rakyat Malaysia dimalukan dan diejek sehinga terpaksa menderita ekoran kepimpinan beliau setiap hari adalah sesuatu yang tidak pernah terjadi," katanya.

Oleh itu, kumpulan tersebut akan meneruskan ceramah dan perjumpaan bagi mengumpulkan tandatangan petisyen mendesak Najib berundur.

Malah rakyat juga dialu-alukan untuk menanda tangani secara online.

Terdahulu, kumpulan berkenaan berharap dapat mengumpul sejuta tandatangan dan mempersembahkannya kepada Yang Dipertuan Agong untuk tindakan selanjutnya.

Najib telah menafikan dirinya menyalah gunakan dana awam dan telah dilepaskan oleh Peguam Negara.


Masjid terbakar 10 minit sebelum azan

Posted: 16 Apr 2016 03:56 AM PDT

Masjid terbakar 10 minit sebelum azan


PARIT - Masjid Al-Attar Layang-Layang Kanan di sini musnah dalam satu kebakaran petang tadi.

Perkara itu disedari oleh bilal masjid berkenaan, Azahari Ahmad Hasan ketika dia mahu membuat persiapan untuk azan Asar.

Menurut Ketua Imam masjid berkenaan, Muhamad Zamri Saud, kejadian itu berlaku lebih kurang 10 minit sebelum masuk waktu Asar.

"Bilal berkenaan baru sahaja tiba di Masjid untuk membuat persiapan untuk azan Asar.

"Apabila masuk ke dalam masjid, dia terkejut melihat asap berkepul-kepul di bahagian bilik imam.

"Dia segera menefon pihak bomba untuk mendapatkan bantuan,"katanya yang menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada jam 4.30 petang.

Katanya, api cepat merebak sehingga memusnahkan keseluruhan masjid.

"API begitu cepat merebak dan keseluruhan masjid musnah sekelip mata.

"Kami rasa sedih dengan kejadian ini namun reda menerima ketentuannya," katanya.

Sementara itu, jurucakap pasukan bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.12 petang.

Menurutnya, masjid itu musnah 90 peratus di bahagian ruangan solat.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku," katanya.


1MDB: Siasat segera siapa Malaysia Investigators

Posted: 16 Apr 2016 03:53 AM PDT

Sohaimi Shahadan
Sohaimi Shahadan
 
 
SHAH ALAM - Pihak berkuasa diminta supaya menyiasat dan mengenal pasti identiti 'Malaysia Investigators' yang telah membuat kertas siasatan palsu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysia Investigators juga dengan sengaja telah membocorkan maklumat ini kepada Wall Street Journal (WSJ) pada Julai 2015 lalu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno,‎ Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan Malaysia Investigators yang memberikan maklumat bercanggah berkaitan Najib dan badan pelaburan kerajaan, 1Malaysian Development Berhad (1MBD).

"Jika  mengikut kronologi, isu ini jelas hanya susunan licik puzzle anasir-anasir luar apabila pada 30 Mac 2016, pihak WSJ mengakui pula bahawa Perdana Menteri telah menerima wang sebanyak AS$1 bilion (RM3.66 Billion) dari Kerajaan Arab Saudi dan melaporkan wang tersebut bukanlah dari 1MDB seperti mana yang dilaporkan  mereka pada Julai 2015.

"Percanggahan maklumat ini amat mengelirukan dan kita rakyat Malaysia yakin perbuatan serta tindakan Malaysian Investigators adalah suatu konspirasi terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan Perdana Menteri dengan cara tidak demokratik dan memalukan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, laporan siasatan 1MDB dibentangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini telah membuktikan laporan yang ditulis portal antarabangsa itu adalah fitnah semata-mata.

Menurutnya, laporan tersebut jelas menunjukkan apa yang berlaku dalam 1MDB hanyalah kerana kelemahan urus tadbir dalam syarikat dan tidak mempunyai kaitan dengan perdana menteri sebagaimana didakwa pihak tertentu sebelum ini.

"Kita harus memandang serius fitnah yang sengaja dilayangkan untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang telah menerima amanah dan mandat rakyat untuk mentadbir negara ini.

"Ini perbuatan yang tidak berperikemanusiaan yang semata-mata bertunjangkan nafsu serakah untuk mencapai matlamat peribadi," katanya.


Pelajar luah perasaan dapat perhatian MB

Posted: 16 Apr 2016 03:33 AM PDT

SINAR HARIAN


Pelajar luah perasaan dapat perhatian MB


SETIU - Luahan hati seorang pelajar perubatan mengenai kos pengajiannya kepada penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
  
Beliau berkata, ekoran luahan Siti Hajar Rasid, 21, kerajaan negeri dapat mendengar suara golongan pelajar perubatan yang sehingga kini masih tidak mempunyai banyak peluang untuk menukar status pinjaman mereka kepada biasiswa.

"Pelajar kursus lain boleh menukar status pinjaman mereka kepada biasiswa sekiranya mereka mendapat keputusan cemerlang kelas pertama, namun tidak bagi pelajar perubatan kerana tidak terdapat sebarang kriteria yang membolehkan perkara itu dilaksanakan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mufti pertahan pelajar kena kutuk netizen]
  
"Saya juga ada meminta Yayasan Terengganu untuk buat perbincangan dengan Kementerian Kesihatan sama ada boleh atau tidak pelajar perubatan yang tamat pengajian, balik berkhidmat dengan hospital milik kerajaan negeri.

"Mungkin pelajar-pelajar ini boleh menjalani latihan dalaman di hospital milik kerajaan Terengganu iaitu Kuala Terengganu Specialist, Kuantan Medical Centre, Hospital Kelana Jaya dan Pusat Perubatan I-Heal.
  
"Pelajar perubatan yang cemerlang akan ditawarkan tempat housemanship di hospital-hospital ini dan seterusnya bekerja di situ selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu lebih banyak doktor pakar dilahirkan terutama dalam bidang perbidanan," kata Ahmad Razif.
  
Beliau bertemu dengan Siti Hajar dan ibu bapanya, di sini, hari ini.
  
Dalam pertemuan sejam itu, beliau turut berkongsi hasrat kerajaan dalam membantu golongan pelajar dan memberi penerangan mengenai fungsi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang mengamalkan maqasid syariah dalam pentadbirannya.
  
Sementara itu Siti Hajar yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Islam Malaysia Kampus Kuantan melahirkan rasa syukur dan terharu dengan kesudian Ahmad Razif berjumpa dengannya dan keluarganya.
  
"Saya sedar tindakan saya mengundang kontroversi dan saya bersedia menghadapinya. Saya ucapkan terima kasih kepada menteri besar atas tawaran menjalani latihan dalaman di hospital milik kerajaan negeri," katanya.

Siti Hajar dikecam pelbagai pihak terutama di laman sosial selepas bertanyakan isu PTPTN ketika sesi syarahan umum Dr Zakir di Gong Badak. - Bernama


20,000 tiket Kedah lawan JDT FC habis dijual

Posted: 16 Apr 2016 03:30 AM PDT

20,000 tiket Kedah lawan JDT FC habis dijual dalam dua jam
Difahamkan, penyokong Kedah sudah mula beratur dan menunggu di kaunter seawal jam 1 pagi biarpun tiket hanya mula dijual pada jam 10 pagi.
 
 
20,000 tiket perlawanan bolasepak separuh akhir pertama Superbest Power Piala FA 2016 di antara Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT FC) habis dijual dalam masa sejam setengah di kaunter tiket Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi mereka berkata, tiket sebanyak 20,000 keping telah habis dijual di semua kaunter jam 11.30 pagi tadi.

Tiket mula dijual bermula 10 pagi ini di 10 laluan kaunter dan satu kaunter disediakan khas buat wanita sahaja.

28,000 tiket perlawanan disediakan untuk malam ini di mana daripada jumlah itu, 5,000 tiket atas talian sudah habis dijual dalam tempoh tiga hari manakala 3,000 tiket pula disediakan buat badan gabungan KFA.


Debat: KJ tak kisah, 'live' atau tidak

Posted: 16 Apr 2016 03:24 AM PDT

Debat: KJ tak kisah, 'live' atau tidak
Keratan muka hadapan Sinar Harian.
 
 
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberitahu kesediaannya untuk berdebat dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung kemerosotan prestasi Harimau Malaysia itu dengan satu syarat.

Katanya, perbahasan tersebut perlu ke arah positif bukannya sebagai medan menuding jari dan mencari kesalahan mana-mana pihak.

"Saya bersedia (debat) terbuka ke tertutup, (secara langsung di) TV ke tidak (langsung) ke, saya sentiasa bersedia dengan siapa pun. Sama ada FAM, TMJ, Tengku Mahkota Pahang, tengku mana-mana...sesiapa sahaja.

[ARTIKEL BERKAITAN: FAM tolak debat, mahu bincang secara tertutup]

"Bahas itu biarlah ke arah positif jangan menyalahkan orang. Kalau perbahasan itu dibuat untuk menyalahkan orang, nak tunjuk dia hebat, maka tidak akan ada kemajuan dalam bola sepak.

"Kalau perbahasan itu ke arah yang positif maka saya percaya akan ada sinar di hujung terowong," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers dilaporkan mahu berdebat dengan Khairy dan wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara langsung di TV bagi mencari punca dan juga penyelesaian kepada kemerosotan prestasi skuad kebangsaan.

Namun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menolak perdebatan terbuka dengan TMJ sebaliknya bersedia mengadakan perbincangan secara tertutup.

Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau menerima debat itu dengan TMJ namun menurutnya pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tidak mengiktiraf beliau.

"Saya tidak pastilah sebab nak bahas ini kena dengan orang yang kita rasa ada 'value'. Namun TMJ kata beliau hanya iktiraf Lim Teong Kim (Pengarah Pembangunan Bola Sepak Negara) sahaja sebagai orang yang faham bola sepak. Tapi (TMJ) nak bahas dengan saya, saya tidak ada masalah cuma beliau tidak iktiraf saya jadi tiada 'point' nak bahas.

"Namun saya akan sedia bahaslah sebab saya tak naklah orang kata saya tak nak bahas dengan beliau.
Saya akan bahas tapi sejauh mana beliau menganggap bahas itu positif, saya tidak pasti kerana beliau hanya iktiraf Lim Teong Kim sahaja. Tapi Lim Teong Kim adalah staf saya, jadi, secara tak langsung beliau ngaku saya ambil keputusan yang baik. Itu logiknyalah," katanya.


Comments (0)