Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:05 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


HINDRAF, MIC dijemput ke ceramah Dr Zakir

Posted: 12 Apr 2016 06:25 AM PDT

 
Penganjur sanggup menyediakan tempat kepada pembantah Dr Zakir termasuk menaja tiket penerbangan dan tempat tinggal.





KUALA LUMPUR: Semua pihak yang membantah kehadiran pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik dijemput hadir ke program ceramahnya.

Penganjur program Dr Zakir di Malaysia, Abu Shariz Sarajun Hoda, berkata pihak yang membantah itu perlu hadir dan menilai sendiri ceramah yang disampaikan Dr Zakir.

Katanya, selaku penganjur pihaknya sanggup menyediakan tempat kepada pembantah Dr Zakir termasuk menaja tiket penerbangan dan tempat tinggal.

"Kita menjemput pihak yang membantah Dr Zakir untuk hadir dan mendengar sendiri ceramahnya. HINDRAF, Hindu Sangam, MIC dan lain-lain dijemput. Kita sanggup sediakan tempat walaupun tempat ceramah itu mungkin penuh.

"Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy pun kita jemput untuk hadir dan dengar ceramah Dr Zakir. Kita boleh taja tiket penerbangan beliau dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Menara UMNO di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengenai kehadiran Dr Zakir ke Malaysia.

Abu Shariz berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung program Dr Zakir.

Katanya, penganjur bersetuju untuk menukar tajuk ceramah yang akan disampaikan dan program Dr Zakir di Malaysia diteruskan seperti yang dirancang.

Sementara itu, Shahidan berkata, beliau sangat mengalu-alukan kehadiran Dr Zakir ke Perlis untuk memberi ceramah.

Katanya, Dr Zakir adalah tokoh Islam istimewa selepas Ahmad Deedat yang mampu memberi penerangan berhubung isu berbangkit mengenai Islam masa kini.

"Saya anggap Dr Zakir ini manusia istimewa dan sudah tentu saya alu-alukan kedatangan beliau ke Perlis.
Kehadiran Dr Zakir ke Malaysia baru-baru ini mendapat reaksi daripada badan bukan kerajaan (NGO) Hindu dan MIC.

Sehubungan itu, semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan majlis ceramah Dr Zakir di Melaka pada 17 April ini dibatal selepas polis menerima aduan daripada pelbagai pihak.

Namun, arahan pembatalan majlis berkenaan ditarik semula, selepas perbincangan antara Ahmad Zahid dengan penganjur, yang mana penganjur bersetuju untuk menukar tajuk ceramah.

Kevin Morais mungkin mati kelemasan udara

Posted: 12 Apr 2016 06:21 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Saksi berkata demikian kerana jasad Kevin Morais menjalani proses pembusukan dan bukan dalam keadaan segar, yang boleh menampakkan kesan kelemasan udara.


kelvin


KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais berkemungkinan tinggi mati akibat kelemasan udara atau 'probable asphyxiation', Mahkamah Tinggi diberitahu.

Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Nurliza Abdullah, 51, berkata Kevin Morais telah melalui satu keadaan faktor luaran yang menyebabkannya tidak dapat bernafas dan mengalami kekurangan oksigen atau ketiadaan oksigen.

"Berdasarkan bedah siasat mayat, sebab kematian si mati adalah "probable asphyxiation', oleh itu saya berpendapat kemungkinannya (kelemasan udara) adalah tinggi sebabkan kematian si mati," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan hari keempat kes pembunuhan Kevin Morais di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Ditanya mengapa beliau berpendapat sedemikian, saksi itu berkata jasad Kevin Morais telah menjalani proses pembusukan dan bukan dalam keadaan segar, yang boleh menampakkan kesan kelemasan udara.

Saksi ke-11 itu juga berpendapat kemungkinan tinggi Kevin Morais telah mati sebelum dimasukkkan ke dalam karung guni yang kemudiannya dimasukkan ke dalam tong dram.

"Ini berdasarkan tiada kesan-kesan menunjukkan beliau bergerak, kesan pergelutan atau kesan meronta pada anggota bahagian tangan dan kaki. Posisi si mati masih dalam keadaan tidak normal iaitu keadaan "fetal like position" (kedudukan seperti janin)," katanya.

Enam lelaki – G. Gunasekaran, 48, R. Dinishwaran, 24, A. K. Thinesh Kumar, 23, M. Vishwanath, 26, S. Nimalan, 23, dan S. Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No. 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa.

Dr Nurliza berkata hasil bedah siasat juga menunjukkan tujuh kesan kecederaan pada si mati yang bersesuaian dengan kesan darah beku antaranya pada bahagian kiri atas bibir, bahagian kiri tulang selangka iaitu bahagian atas hadapan dada dan di punggung kiri.

"Hasil siasatan mendapati tiada kelihatan kesan-kesan kecederaan berbentuk 'defensive wound' (kecederaan akibat mempertahankan diri) pada bahagian tangannya," katanya yang berpengalaman dalam bidang forensik selama 20 tahun.

Merujuk kepada laporan bedah siasat yang menyatakan muka Kevin Morais kelihatan lebih gelap, Dr Nurliza berkata "sign of congestion" (tanda kongesi) boleh kelihatan pada seluruh bahagian muka dan kepala Kevin Morais kerana bahagian tubuh badan lain tidaklah segelap bahagian kepalanya.

"Tanda kongesi adalah salah satu tanda pada seseorang itu mengalami asphyxia (kelemasan) akibat pengumpulan darah dalam salur darah yang mengakibatkan ketiadaan oksigen dan bahagian muka menjadi gelap atau biru kehitaman," katanya.

Dr Nurliza turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau mengesahkan mayat Kevin Morais dalam laporan bedah siasat bertarikh 22 Okt 2015 selepas identiti mangsa disahkan konsisten dengan profil DNA adik beradiknya.

Beliau memberitahu mahkamah bedah siasat itu dijalankan bersama Dr Ahmad Hafizam Hasmi selepas mereka menerima mayat daripada pihak polis pada 3.05 petang 16 Sept 2015.

Ditanya mengapa dua pakar forensik terlibat dalam bedah siasat itu, Dr Nurliza menjawab mereka difahamkan oleh polis bahawa kes itu melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan dan telah menarik perhatian umum.

Mengenai keadaan mayat Kevin Morais ketika dikeluarkan dari karung guni, beliau berkata jasad mangsa berpakaian lengkap tanpa kasut dalam keadaan mereput.

"Posisi mayat adalah seperti 'fetal like position' yang mana bahagian sendi lutut membengkok dan sendi pinggul juga membengkok. Bahagian 'upper limbs' diikat dengan satu tali leher dengan ikatan longgar dan diletakkan pada bahagian belakang tubuh si mati.

"Jasad mayat adalah dalam keadaan pereputan sederhana dengan permukaan kulit yang telah mengelupas akibat pembusukan," katanya.

Perbicaraan bersambung esok.– BERNAMA

Gugurkan pemain ‘tua’ Harimau Malaya

Posted: 12 Apr 2016 06:16 AM PDT

 
Individu yang mengkritik Khairy sebenarnya adalah orang yang tidak memahami pelan pembangunan bola sepak sebenar 


safirul-azli_khairy-jamaluddin_harimaumalaya_600


PETALING JAYA: Pengarah Kanan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Safirul Azli Abu Bakar mempertahankan Khairy Jamaluddin yang menyalahkan pemain negara, selepas ranking skuad negara jatuh ke tangga 174 dunia.

Katanya, kenyataan yang dibuat Menteri Belia dan Sukan itu, selaras pendirian PPBN sebelum ini, iaitu kualiti pemain senior Harimau Malaysia tidak mampu lagi menyaingi negara lain.

Malah, Safirul sekali lagi menegaskan, semua pemain senior dalam Harimau Malaya ketika ini perlu ditukar dan digantikan pemain muda yang mampu memperbaiki prestasi skuad negara.

"Kalau nak betulkan prestasi bola sepak negara, kita kena balik kepada akar umbi, masuk balik ke akar umbi ialah membina generasi baru bermain untuk negara.

"Prestasi dan kebolehan pemain senior yang ada sekarang ini tidak mancukupi dan tidak mampu untuk mencapai lebih banyak kejayaan, malah di peringkat Asia pun tak berapa sampai.

"Pemain yang ada sekarang ini dah tak boleh ubah, kena ada pemain baru dan muda, bila pemain itu tua dan sampai di peringkat senior, tak banyak boleh ubah.

"Kalau dapat ubah pun dia tak konsisten, mungkin dia akan bermain bagus hanya untuk satu perlawanan sahaja, selebihnya tidak," katanya kepada FMT.

Pada masa sama, Safirul turut membidas sikap segelintir individu, termasuk penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali yang membuat tohmahan membuta tuli terhadap Khairy, tanpa melihat pelan pembangunan yang ingin dibawakan menteri tersebut.

"Saya sokong Khairy, sebab dia telah melancarkan pelan pembangunan bola sepak negara. Malah, sebelum ini tidak ada peruntukan untuk pembangunan bola sepak (seperti dibuat Khairy), perancangan Khary ini juga sudah bagus, tetapi kena sabar dan bagi masa.

"Kalau orang faham tentang pembangunan bola sepak negara, dia tak akan kritik, sebab sekarang ini, apa-apa kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ), (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) bawa akan mendapat banyak sokongan, lebih-lebih lagi penyokong JDT.

"Bila penyokong terus menerima (tanpa memahami program pembangunan yang ingin dibawa Khairy), tidak tengok fakta, itu menyebabkan berlakunya polemik.

Sebelum ini, Khairy dikritik pelbagai pihak, termasuk TMJ, susulan kenyataannya yang menyalahkan pemain negara sebagai antara punca ranking Harimau Malaya jatuh ke tangga 174 dunia, rekod terburuk dalam sejarah bola sepak negara.

Isu Dr Zakir Naik & laba politik hancing

Posted: 12 Apr 2016 06:11 AM PDT

Oleh Shazni Munir Mohd Ithnin

Siapa yang sedang menggerakkan bidak-bidak catur dalam isu yang tiba-tiba timbul ini?


zakir-naik



Bagi yang mengikuti syarahan tokoh perbandingan agama ini, pasti menyedari bahawa ini bukan pertama kali Dr Zakir Naik dibawa berkuliah secara umum di Malaysia. Kali terakhir sebelum ini telah dibuat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan ribuan anggota masyarakat berhimpit-himpit dalam program tersebut. Tajuknya lebih kurang sama seperti waktu ini, cuma bezanya ketika itu tiada bantahan MIC dan arahan pembatalan daripada Ketua Polis Negara.

Ketika itu juga – sewaktu berlangsungnya program di PWTC tersebut – telah terbit ribuan video berkenaan kuliah tokoh ini di YouTube yang dikatakan mengandungi 'tohmahan dan kebencian' terhadap agama-agama lain. Namun malangnya masih lagi gagal menjentik nurani mana-mana pemimpin politik untuk men'setan'kan tokoh ini. Syarahan di PWTC itu berlangsung aman dan tiada kejadian buruk selepas itu.

Tiba-tiba hari ini masyarakat jadi terpinga-pinga. Seakan timbul bantahan besar-besaran terhadap pemilik Peace TV ini. Lebih canggung apabila bantahan disuarakan dalam keadaan kuliah umum beliau di Terengganu langsung tidak menyentuh sensitiviti agama sebagaimana yang dimaksudkan. Lantas, apa sebenarnya yang berlaku? Siapa yang sedang menggerakkan bidak-bidak catur dalam isu yang tiba-tiba timbul ini?

Dalam satu kajian politik, UMNO/BN akan 'habis' jika 5% sahaja undi Melayu menjauhi parti tersebut. Dapatan lampu merah ini lebih memedihkan ketika UMNO masih bergelut dengan krisis kepercayaan rakyat melalui pertembungan Najib dan Mahathir. Naratifnya, Mahathir mahu Najib letak jawatan segera dan Najib pula mahu kekal sebagai Perdana Menteri selama yang boleh. UMNO pastinya tidak naif dan telah menjangka jika keadaan ini berterusan, pasti pergerakan 5% undi Melayu kepada Pakatan Harapan itu akan berlaku.

Lantas apa pilihan yang ada? Sebelum ini, bacaan politik Malaysia Timur banyak berkisar pada 'trend' pengundi Cina dan Melayu sahaja, memandangkan 2 komuniti ini mencakupi skop pengundi yang luas dan majoriti sifatnya. Jarang faktor undi masyarakat India yang lebih kecil skalanya ini ditelaah.

Jika wujud pun, kajian pasca 'Makkal Sakthi' semasa PRU-12. Maka tidak pelik jika pasukan Najib merasakan perlu untuk mereka 'pre-mortem' undi komuniti India sebagai 'buffer' jika Mahathir-Najib berlarutan hingga PRU-14 nanti. Malah lapangan ini juga yang masih belum benar-benar serius diteroka UMNO bagi menampung kelompok Melayu yang telah sedia meluat dengan Najib dan isteri.

Samada jemputan Dr Zakir Naik ke Terengganu memang telah dirancang sebelumnya oleh orang-orang kuat di Pejabat Perdana Menteri atau tidak, tidaklah mampu untuk kita mengesahkannya. Boleh jadi memang telah dirancang awal, boleh jadi tidak. Mungkin juga Dato' Seri Razif memang 'die-hard-fan' Dr Zakir Naik dan orang-orang sekeliling Najib terhidu peluang yang sangat baik di balik jemputan Menteri Besar Terengganu ini.

Lantas janganlah pelik apabila UMNO sebagai pihak yang menjemput, dan UMNO juga yang 'silent' apabila Ketua Polis Negara (KPN) membatalkan syarahan umum ini di twitter – sebagaimana yang selalu Tuan KPN lakukan. "Naib Ketua Pemuda UMNO ada keluar kenyataan membantah!" Ya, tapi soalan kita mudah, mengapa Jamil Khir sebagai menteri yang jaga portfolio agama tidak bersuara? Ada dengar kenyataan daripada Zahid Hamidi atau Najib Razak? Yilek!

Apakah yang Najib Razak harapkan daripada isu ini? Selain jelas memberi ruang untuk polemik 1MDB 'direhatkan', mungkin pengganti Pak Lah Badawi ini sedang menimbang dan mengukur reaksi terkini komuniti India/Hindu. "Aduhai, takkan segalanya mahu dipolitikkan?" Tidaklah semua. Jika kita rakyat biasa mahu makan tengah hari di Line Clear Kampung Baru pasti tidak akan dipolitikkan. Tapi kalau Rosmah tiba-tiba beli beg tangan di Pasar Chow Kit, kalau pun memang dia nak 'merasa' halusnya buatan tiruan tempatan, tetap juga akan terkait dengan isu politik.

"Jadi apa kena-mengena dengan HINDRAF dan Persatuan Hindu Sangam yang menyuarakan bantahan? Mahu dikatakan ejen UMNO kah?" Tidaklah sampai begitu. Kita meyakini bantahan mereka asli tanpa sebarang kepentingan politik. Namun bagi politikus jijik yang berpengalaman dengan permainan kotor perkauman atau agama, 'trigger' yang mampu menjentik respon pantas kelompok-kelompok tertentu ini bukan sesuatu yang asing. Bezanya, skrip kali ini jauh lebih kemas dan tersusun daripada tragedi Low Yat dan kepala lembu di depan SUK Selangor.

Bantahan komuniti Hindu dan dibalas pula dengan bantahan komuniti Islam itu adalah reaksi normal masyarakat beragama. Masyarakat yang dididik dengan asuhan agama pasti tersinggung jika wujud percikan-percikan sentimen semacam ini jika tiada pihak yang mahu 'mengetuk' dan merasionalkan. Lebih memburukkan keadaan apabila wujud tangan-tangan kotor yang tergamak menggerakkan bidak-bidak sensitif ini semata-mata meraih laba politik hancing masing-masing. Sanggup segalanya hangus semata-mata mempertahankan kuasa dan masih ada muka bercakap depan media, "Kami tidak gila kuasa."

Dalam perkiraan politik, isu Dr Zakir Naik ini bakal menjadi gelanggang awal untuk Najib mencondongkan sokongan komuniti India yang hilang semasa PRU yang lepas kepada Barisan Nasional. Usah terkejut jika 'drama politik' ini menjadi bersiri. Kalau pun ia tidak mampu mendorong keseluruhan Hindu/India menyokong Najib, sekurang-kurangnya mampu menampung 'tsunami 5%' jika berlaku dalam PRU-14 kelak.

Mungkin perkara ini telah selesai dilumatkan 'war room' UMNO dan MIC sebelum Dr Zakir Naik mencecahkan kaki ke KLIA lagi. Bayangkan, MIC yang dah lama tiada khabar berita – entah kan hidup entah mati – tiba-tiba bertengkuk semula dengan menjadi pihak paling awal membantah kuliah umum Dr Zakir Naik. Wow! Hidup MIC!

Jika isu ini laku dan ramai lagi pihak berbalas-balas 'tembakan', maka teramat rugi jika Najib sebagai Perdana Menteri tidak mengambil kesempatan yang ada. Walau popular seantero dunia, Najib tahu amat bahawa orang Melayu luar bandar tidak kenal langsung insan bernama Dr Zakir Naik ini. Yang pertama kali dengar pun boleh sampai hati memperolok lucah nama figura antarabangsa ini. Nampak jelas kurang tahunya Melayu Islam kepada sosok ini. Sedih!

Mungkin bagi Najib, sekadar membatalkan kuliah, kemudian beri kebenaran dengan syarat ketat (kononnya) bukan kudis yang boleh menjejaskan sokongan Melayu luar bandar kepada beliau. Asalkan sahaja masyarakat India kembali percaya kepada kepimpinannya, maka seluruhnya beres. 'Stunt' politik ini – walau tersangat hancing oleh pencinta damai – dirasakan sangat 'selamat' untuk Najib mengambil hati komuniti India dan pada masa yang sama tidak menjejaskan sokongan Melayu luar bandar.

Buat rakan-rakan India/Hindu dan Melayu/Islam, kesentosaan yang telah kita semai bawah payung toleransi dan semangat hormat-menghormati sesama kita teramat mahal harganya. Kita berkongsi hampir semua perkara. Banyak hal-hal agama yang selama ini boleh dibahas dan didebatkan dengan matang dan harmoni. Logiknya, mustahil isu Dr Zakir Naik ini boleh mengundang ketegangan agama jika tiada orang yang mahukan ianya berlaku. Segalanya seperti lancar dan teratur. Maka berhati-hatilah.

Real politik UMNO/BN sangat sukar menghormati sensitiviti agama dan kaum. Pindaan Akta 355 yang berkait dengan perundangan syariah Islam itu pun boleh wewenang dipermainkan. Sekejap mahu bentang, sekejap berkata tidak sesuai. Lantas apalah sangat dengan hal-hal agama yang bukan menjadi anutan mereka. Akhirnya, tolonglah. Pastikan kita – seluruh rakyat pelbagai kaum – tidak menjadi bidak-bidak penyembah kuasa yang hanya mahu menangguk di air keruh!

Shazni Munir Mohd Ithnin adalah Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional

MH17: Suspek tembak pegawai penyiasat ditangkap

Posted: 12 Apr 2016 05:54 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Polis Ukraine menahan seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh ketua pegawai forensik yang menjalankan siasatan mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.
 
Berdasarkan laporan media antarabangsa, pihak berkuasa percaya insiden tembakan terhadap saintis forensik kanan Ukraine, Oleksandr Ruvin pada tahun lalu ada kaitan dengan tugasnya berhubung siasatan MH17.
 
Dalam satu kenyataan, pejabat pendakwaraya Ukraine berkata akan mengadakan majlis taklimat hari ini berkenaan penangkapan suspek tersebut.
 
Ruvin sebelum ini ditembak di kaki namun kini pulih selepas menerima rawatan di hospital.
 
 

Kerajaan putuskan Zakir Naik dibenarkan berceramah

Posted: 12 Apr 2016 05:07 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan hari ini mengambil keputusan untuk membenarkan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik meneruskan syarahannya di Melaka pada 17 April ini walaupun sebelum ini polis mengarahkan penganjur supaya membatalkannya.
 
Bagaimanapun, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan menetapkan syarat supaya program tersebut yang bertajuk 'Similarities Between Hinduism and Islam' ditukar namanya.
 
"Kerajaan memutuskan ada kompromi dan berbincang dengan Ketua Menteri Melaka untuk ceramah itu diteruskan dengan tajuk yang lain," katanya.
 
Semalam, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur acara itu akan dipanggil ke Bukit Aman.
 
"Kami akan memanggil penganjur forum berkenaan untuk mencadangkan agar ia tidak diteruskan.
 
"Pada pandangan kami, apabila pendakwah membincangkan topik persamaan antara agama Hindu dan Islam, (perbincangan) ini tidak boleh lari daripada menyentuh kelemahan agama lain," katanya, sambil menambah bahawa perbincangan itu tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
 
Ini kerana, katanya, ia dikhuatiri boleh mengancam ketenteraman dan keselamatan negara kerana menyentuh sensitiviti agama.
 
Zahid juga mendedahkan arahan pembatalan itu sebelum ini adalah berdasarkan aduan bukan sahaja daripada masyarakat beragama Hindu tetapi juga daripada pemimpin agama Islam.
 
"Aduan yang dibuat bukan sahaja oleh pemuka-pemuka agama Hindu tetapi juga pemimpin-pemimpin agama Islam," katanya.
 
Zahid berkata atas kompromi daripada pihak penganjur, kerajaan mengambil keputusan sebaliknya hari ini kerana berpandangan majlis agama harus digalakkan dan diraikan.
 
Ditanya apakah penganjur perlu memaklumkan program seumpama itu kepada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa agama sebelum menganjurkannya, beliau berkata secara asasnya ia perlu dimaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
 
Katanya ia penting sekiranya program itu membabitkan pendakwah daripada luar negara kerana sebarang tindakan KDN berkenaan program tersebut dibuat berdasarkan nasihat daripada Jakim.
 
"Itu pegangan kita ... dan itu juga menjadi panduan kepada KDN, di mana agensi pelaksananya ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya, dan menambah pihaknya tidak dimaklumkan mengenai tajuk itu sebelum ia menjadi kontroversi.
 
Bagi mengelak insiden serupa berulang, beliau menyarankan penganjur program ceramah umum, khususnya yang melibatkan penceramah luar negara supaya memaklumkan berkenaan tajuk dan topik perbincangan kepada Jakim terlebih dahulu.
 
Berhubung tanggapan sesetengah pihak bahawa Zakir itu sendiri puncakontroversi, Zahid berkata semua pihak perlu berfikiran terbuka danmeraikannya atas nama majlis ilmu.
 
"Ini soal majlis ilmu, dan majlis seperti ini mesti diraikan asalkan ia bukannya Islam liberal atau Islam plural," katanya.
 
Sementara itu, Bernama melaporkan Idris berkata kerajaan negeri tiada halangan bagi penganjuran syarahan Zakir di Utem.
 
"Saya sendiri mengenali Dr Zakir Naik sebagai penceramah yang cukup luas pengetahuan dan kepakaran dalam bidang agama, malah selain memberi pengetahuan beliau penggiat kebajikan dikenali dunia," katanya.
 
Idris berkata beliau juga ditemui sekumpulan penganut agama bagi memohon beliau membatalkan program tersebut, namun menegaskan kepada kumpulan itu tiada apa yang perlu dibimbangkan sekiranya pegangan agama masing-masing kukuh.
 
 

Tiga penjenayah ditembak mati di Highland Towers [TONTON VIDEO]

Posted: 12 Apr 2016 05:05 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
AMPANG JAYA: Polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai suspek kes samun bersenjata dalam satu serbuan di sebuah blok tinggal Kondominium Highland Towers di sini, pagi tadi. 
 
Bagaimanapun, tiga lagi rakan mereka berjaya meloloskan diri dalam serbuan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama polis daerah Ampang, kira-kira jam 5 pagi. 
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah, berkata penjenayah berkenaan dikesan menjadikan sebuah bilik kosong di tingkat 1, blok C kondominium berkenaan sebagai tempat persembunyian sebelum melakukan samun. 
 
"Kami percaya mereka merancang untuk melakukan samun ke atas sebuah kediaman berhampiran, sebelum hasil risikan berjaya mengesan semua enam suspek berada di situ, jam 12.30 tengah malam tadi. 
 
"Berikutan itu, satu operasi dirancang untuk menangkap mereka namun ketika serbuan, mereka cuba melarikan diri ke arah hutan di bahagian belakang kondominium menyebabkan kami terpaksa melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai tiga daripada mereka," katanya pada sidang media di lokasi, sebentar tadi. 
 
Adnan berkata, pemeriksaan menemui satu pistol angin, sebilah parang serta celorek dan beberapa alat mengumpil, topeng muka dan sarung tangan di lokasi berkenaan. 
 
"Kumpulan ini yang aktif sejak lebih dua tahun lalu dipercayai terbabit sekurang-kurangnya dengan 26 kes samun di sekitar Selangor membabitkan kerugian RM545,900. 
"Buat masa ini, kami belum dapat memastikan identiti mereka kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui, namun suspek yang ditembak mati dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an," katanya. 
 
Beliau berkata, polis kini menggerakkan operasi memburu baki tiga lagi suspek yang melarikan diri ke kawasan hutan Bukit Antarabangsa dengan bantuan Polis Gerakan Am (PGA) dan Unit Anjing Pengesan (K9).
 
 
 

Polis benarkan acara Zakir di KL, dengan syarat

Posted: 12 Apr 2016 05:00 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pihak polis bersetuju membenarkan ceramah oleh sarjana kontroversi Islam Zakir Naik di Kuala Lumpur pada 16 April, tetapi tertakluk kepada beberapa syarat.
 
Bagaimanapun, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, beliau tidak akan mempertimbangkan keputusan mengharamkan ceramah di Melaka dengan tajuk "Similarities between Islam and Hinduism." (Persamaan antara Islam dan Hinduisme).
 
Acara di Kuala Lumpur bertajuk "Is the Quran God's Word". (Adakah al-Quran firman tuhan?)
 
Khalid memberitahu kepada  Malaysiakini bahawa penganjur harus memastikan ceramah itu hanya melibatkan perkara-perkara berkaitan Islam dan tidak memperkecilkan agama lain.
 
"Kami akan beri taklimat pada penganjur berkaitan perkara ini. Mereka harus jamin ceramah tidak menyentuh sensitiviti bukan Islam.
 
"Jika Zakir mahu bercakap tentang keagungan Islam, beliau amat dialu-alukan berbuat demikian, tetapi penceramah dan pihak lain harus tidak menggunakan acara itu sebagai landasan untuk memperkecilkan agama lain.
 
Jika perkara ini berlaku, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada penganjur. Mereka harus hormati keadaan negara kita yang merangkumi pelbagai agama," katanya.
 
Langkah pengharaman acara di Melaka itu mengundang debat hangat dan reaksi bercampur-campur.
 
Penentang acara itu menyatakan kelegaan mereka manakala kumpulan-kumpulan Islam pula sebaliknya kecewaan dengan langkah itu.
 
MIC menentang siri ceramah Zakir di Malaysia dengan mendakwa warganegara India itu cenderung menghina agama lain. Pemuda Umno pula tidak bersetuju dengan larangan itu.
 
Isu itu juga menyaksikan perbezaan pandangan dalam parti-parti Pakatan Harapan apabila pemimpin DAP P Ramasamy menyemai kebencian sementara Parti Amanah Negara (PAN) pula melihat acara itu sebagai wacana intelektual.
 
 

Tindakan Ramasamy beri kebimbangan kepada orang Islam - Muafakat

Posted: 12 Apr 2016 04:57 AM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kecaman Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy terhadap pendakwah terkenal Dr Zakir Naik mencetuskan kebimbangan masyarakat Islam di negara ini kata Presiden Muafakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina.
 
Justeru beliau menggesa supaya pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap Ramasamy kerana ia turut melibatkan agama Islam itu sendiri secara tidak langsung.
 
"Ramasamy ini memberi saham kepada kebimbangan orang Islam ekoran daripada sikap beliau yang menggelarkan Dr Zakir Naik ini sebagai setan.
 
"Ini suatu perkara yang sangat bahaya dan pihak polis mesti segera mengambil tindakan kepada berliau dan jika gagal Ketua Polis Negara (KPN) perlu bertanggungjawab pada soal ini," katanya kepada Antarapos di sini hari ini.
 
Semalam, Ramasamy menggelar Dr. Zakir sebagai 'setan' di laman sosial Facebooknya, namun selepas dikritik para netizen, beliau menyunting status itu dengan memadam perkataan 'satan'.
 
Ramasamy mendakwa Dr Zakir hanya mahu menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam di negara ini.
 
Dalam pada itu, Ismail menggesa kerajaan mempertimbangkan semula pembatalan tersebut dengan mengambil kira kedatangan Dr Zakir sebelum ini yang tidak pernah menimbulkan sebarang kekacauan.
 
"Berapa kali Dr Zakir datang (ke Malaysia) jadi adakah kerajaan membuat kajian sehingga menatijahkan kepada pembatan program Dr. Zakir ini.
 
"Dia membincangkan tajuk perbandingan Hindu dengan Islam kemudian mengikut laporan media pihak polis mengatakan tentu dia akan menyentuh dan menghina, perkara itu tidak berlaku jika berdasarkan sejarah di India jadi buktinya,"ujarnya.
 
Terdahulu, polis menyarankan agar penganjur forum tokoh penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik yang dijadualkan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Melaka, pada 17 April ini, dibatalkan. 
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid, berkata forum mengenai persamaan di antara agama Hindu dan Islam wajar tidak diteruskan bagi memastikan ketenteraman awam di negara ini terjaga.
 
Katanya, pihak polis berpendapat forum yang membincangkan dua agama berbeza itu tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
 
 

PAS tetap mahu tandingi 11 kerusi pada PRN Sarawak

Posted: 12 Apr 2016 04:52 AM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Sarawak tidak akan berganjak daripada 11 kerusi yang diumumkan sebelum dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang dijangka diadakan pada Mei nanti.
 
Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee berkata, ini kerana PAS daripada awal lagi sudah mengumumkan kerusi yang mahu ditandinginya.
 
Malah parti Islam itu tidak akan menghalang sekiranya Pakatan Harapan (PH) juga mahu meletakkan calon di kawasan yang ditandingi PAS.
 
"Kalau PKR hendak juga bertanding di kawasan itu, itu terserah dengan mereka. Sebab kita sudah bagi tahu awal kita mahu bertanding di 11 kerusi, jadi banyak lagi kerusi lain yang kosong. 
 
"Kita ada 82 kerusi, maknanya kalau mereka hendak masuk juga itu terserah dengan merekalah," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.
 
Beliau mengulas mengenai pertindihan kerusi yang mungkin akan berlaku walaupun PKR mahu bertanding satu penjuru pada PRN tersebut.
 
Semalam pada Mesyuarat Majlis Presiden, Pakatan Harapan memberitahu mesyuarat tersebut tidak membabitkan PAS dalam perbincangan mereka mengenai pembahagian kerusi walaupun PAS masih bertahaluf siyasi dengan PKR.
 
Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu menimbulkan pelbagai pertanyaan tambahan PRN Sarawak semakin hampir sedangkan Azizah menegaskan hanya pertandingan satu lawan satu.
 
Azizah semalam ketika ditanya sama ada kerusi PAS dan PKR bertindih, beliau bagaimanapun hanya memberitahu PAS tidak terlibat dalam Mesyuarat Majlis Presiden.
 
 

Bekas mufti Perlis antara calon BN Sarawak

Posted: 12 Apr 2016 04:50 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
  
 
KUCHING: Bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya antara calon BN yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini.
 
Pemilihan Juanda, bekas felo di pusat pengajian terkemuka Universiti Oxford, diumumkan bersama 10 lagi calon lain dalam sebuah acara di Kuching hari ini.
 
Juanda dipilih mewakili BN di kerusi Jemoreng.
 
Jemoreng merupakan sebuah kampung di daerah Matu, Sarawak. Penduduknya terdiri dari kaum Melanau yang beragama Islam.
 
Kegiatan ekonomi utama bagi penduduk adalah aktiviti pertanian. Ini termasuklah mengusahakan padi huma, pertanian sayur dan buah-buahan serta penternakan lembu, itik dan ayam.
 
Kerusi itu sebelum ini dimenangi Abu Seman Jahwie, yang juga setiausaha politik kepada ketua menteri Sarawak, yang tidak dipilih bertanding lagi kerana faktor kesihatan.
 
Pada 2011, Abu Seman mendapat 4,505 undi mengalahkan calon bebas Abdul Hafiz Noh (1,579 undi) dan Asbor Abdullah (77 undi). Jemoreng mempunyai 8,635 pemilih berdaftar.
 
Juanda, berbangsa Melanau, dilahirkan di Sibu. Beliau memegang jawatan mufti Perlis bermula Januari 2009 selama dua tahun.
 
Sebelum ini beliau pernah diura-urakan akan bertanding di DUN Kangar mewakili parti PKR pada pilihan raya umum ke-13, namun ia tidak menjadi kenyataan.
 
Tujuh lagi calon daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ialah:
 
1. Datuk Idris Buang (Muara Tuang)
2. Awla Dris (Simunjan)
3. Shafiee Ahmad (Daro)
4. Mohd Chee Kadir (Kabong)
5. Jefferson Jamit Unyat (Bukit Goram)
6. Datuk Abdul Wahab Aziz (Kalaka)
7. Datuk Ambrose Blikau (Katibas)
 
Kerusi Kabong dan Bukit Goram adalah dua daripada 11 kerusi baru dalam pilihan raya negeri ini.
 
Tiga lagi calon langsung ialah Miro Simuh (Serembu), John Ilus (Bukit Semuja) dan Gerawat Jala (Mulu).
 
Adenan yang juga pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB dilaporkan berkata, setakat ini kesemua bakal calon untuk 40 kerusi yang akan ditandingi PBB telah diumumkan.
 
 

1MDB TETAP PERLUKAN SURUHANJAYA DIRAJA, NAJIB DAN JHO LOW MESTI DIJADIKAN SAKSI WAJIB

Posted: 11 Apr 2016 11:00 PM PDT

shahbudindotcom


Walaupun seperti ada percubaan untuk mengalih perhatian dengan membesar-besarkan isu Lim Guan Eng dan tanah Taman Manggis serta larangan ceramah Dr Zakir Naik, batu besar yang menjadi masalah kepada semua rakyat Malaysia sekarang tidak lain ialah 1MDB.

Kita tidak harus terperangkap dengan isu-isu lain yang mungkin sengaja diada-adakan untuk mengalih perhatian dan mengurangkan tumpuan terhadap 1MDB.
 
 
 
 
Dulu Najib Razak dan 1MDB sendiri menjanjikan laporan audit menyeluruh mengenai syarikat itu akan menjawab segala-galanya. Malangnya apabila laporan audit  disiapkan, ia kemudian diletakkan di bawah  OSA atau Akta Rahsia Rasmi yang menyebabkan ia menjadi rahsia kepada semua rakyat daripada membaca dan mengetahuinya.

Lalu, pertanyaan ramai termasuk makcik Felda ialah mengapa dijadikan rahsia rasmi negara jika tidak ada perkara yang mahu dilindungkan?
 
 
 
 
Sudah lupakah janji sebelum ini yang meminta semua orang menunggu laporan audit sambil mengatakan laporan audit  1MDB akan menjawab segala-galanya?

Disebabkan laporan audit telah diOSAkan, lantas menyebabkan Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen tidak mampu menjawab banyak perkara tentang 1MDB ini.

Selain itu, terdapat pula beberapa saksi penting yang menurut Tony Pua ditolak untuk dipanggil memberi keterangan oleh Hasan Ariffin, Pengerusi baru jawatankuasa tersebut yang dilantik menggantikan Nur Jazlan yang dinaikkan pangkat sebagai timbalan menteri di tengah-tengah kemelut 1MDB pada 28 Julai 2015 yang lalu.

Antara saksi yang tidak dipanggil itu ialah wakil Bank Negara, Jho Low, salah seorang bekas CEO 1MDB, Hazeem Abdul Rahman dan sudah tentu Najib sendiri yang tandatangannya semua orang tahu adalah "nyawa"  kepada perjalanan syarikat pelaburan itu.

Malah, seperti yang disebut juga oleh Tony Pua sebelum ini, untuk mendesak agar bekas Pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh memberi keterangannya pun hanya menjadi kenyataan setelah beberapa kali desakan dilakukan.

Maka itulah sebabnya laporan PAC banyak cacat celanya dan kecuali pemakan dedak yang berpuas hati dengannya.

Itulah juga yang antara punca menyebabkan kedudukan Aabar Investment PJS Ltd, syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island misalnya, terus menjadi misteri berpanjangan meskipun telah menerima sebanyak AS$3.51 bilion atau lebih kurang RM14,000 juta secara keseluruhan sebagai sekuriti deposit daripada 1MDB.

Dalam kenyataan terbaru oleh kepada London Stock Exchange, IPIC atau International Petroleum Investment Company menafikan Aabar Investment PJS Ltd itu adalah anak syarikat kumpulan mereka atau ada menerima sebarang pembayaran  daripadanya serta menanggung liabitinya.

Makna mudahnya, syarikat itu tidak ada kena mengena dengan IPIC yang ada perjanjian perniagaan dengan 1MDB.

Jadi, kepada siapa sebetulnya duit 1MDB sebanyak itu telah disalurkan dan ke mana akhirnya wang RM14,000 juta tersebut pergi?
 
 
 
 
Dalam hal ini, oleh kerana beberapa saksi penting tidak dipanggil, laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen bukan saja tidak menjawab banyak persoalan, malah disebabkan seluruh dunia turut bercakap mengenainya dan media antarabangsa juga tidak henti-henti mendedahkannya, ia secara tidak langsung mendedahkan lebih banyak misteri 1MDB.

Perjalanan masa juga bakal menyaksikan banyak lagi perkara berkaitan Aabar Investment PJS Ltd, Jho Low, Khadeem Al Qubaishi dan Mohamed Badawy Al Husseiney akan terdedah kepada kita semua.

Laporan PAC sebenarnya telah gagal sama sekali. Tiada kebenaran yang diserlahkan, selain mahu  menjadikan bekas CEOnya, Shahrol Azral sebagai kambing hitam untuk menutup segala kecurangan 1MDB.

Paling wajar untuk dilakukan sekarang ialah dengan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Raja-Raja dan Parlimen untuk menyiasat 1MDB secara menyeluruh dan saksi-saksi penting seperti Najib dan Jho Low mesti serta wajib dipanggil untuk memberi keterangannya.

Tanpa memanggil mereka itu umpama memesan kari kepala ikan tetapi tiada kepala ikan yang dihidangkan dalam pinggan.

Begitu juga dengan wakil daripada Bank Negara dan segala dokumen transaksi kewangan 1MDB di luar negara mesti diusahakan sedaya upaya untuk diperolehi.

Sessi pendengaran Suruhanjaya Diraja itu pula mestilah dibuat secara terbuka sebagaimana siasatan terhadap mata lebam Anwar Ibrahim dahulu.

Ketika itu, barulah boleh dipercayai segala-galanya akan terdedah.

Tetapi, sebagaimana pernah disebut oleh Zaid Ibrahim, yang paling berkesan sekali untuk mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB ini tidak lain ialah melalui pertukaran kerajaan dalam pilihanraya.

Oleh kerana skandal kewangan melibatkan 1MDB ini merupakan yang terbesar dalam sejarah dunia moden, maka tidak dapat dielakkan "cagaran" untuk membersihkannya perlulah sebesar kerajaan BN juga.


Pemuda SPDP minta KM peruntuk kerusi Mulu bagi ketuanya

Posted: 11 Apr 2016 10:52 PM PDT

MALAYSIAKINI




Pemuda Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) meminta Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem memperuntukkan kerusi Mulu kepada ketuanya, Robert Ayu pada pilihan raya negeri akan datang.

Naib pengerusinya David Yeo berkata semua sayap pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) lain diberi peluang menjadi calon pada pilihan raya itu.

"Robert Ayu memenuhi kriteria sebagai calon bagi Mulu. Beliau seorang Kelabit dari Ulung Palang, Bario dan menjadi peguam sejak 1992 serta berkhidmat sebagai anggota Majlis Bandaraya Miri.

"Beliau juga memegang jawatan penting dalam persatuan Kelabit seperti Rurum Kelabit Sarawak sebagai naib presiden, Kelab Sukan Highlanders sebagai penaung dan anggota jawatankuasa FORUM," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yeo mendakwa, Robert Ayu juga diterima baik oleh Orang Ulu dan Iban ketika beliau mengunjungi mereka dalam program tinjauan mesra di kawasan itu dan paling penting, beliau boleh mendapatkan kemenangan untuk BN di Mulu.

Sementara itu, bahagian SPDP Ba Kelalan mahu kepimpinan tertinggi BN memberi perhatian terhadap permintaan mereka supaya memilih satu daripada tiga nama yang dikemukakan sebagai calon.

Tiga nama itu ialah bekas anggota dewan undangan negeri dua penggal Datuk Nelson Balang Rining, Barry Baru Sigar dan Sam Laya.

"Walaupun kepimpinan tertinggi BN tidak dapat memenuhi permintaan kami, kami tetap akan menyokong BN, tetapi kami tidak boleh berjanji atau memberi jaminan bahawa para pemilih akan mematuhi nasihat bahagian kami kerana kami mempunyai 3,000 anggota dan lebih 1,000 orang yang memohon menjadi anggota," kata naib pengerusi bahagian itu, Alfred Padan Tai dalam satu kenyataan.

Dalam pilihan raya negeri 2011, Baru Bian daripada PKR mengalahkan calon SPDP Willie Leow untuk menyandang kerusi itu.

Nelson, yang merupakan timbalan presiden SPDP dan pengerusi SPDP Bahagian Ba Kelalan pula mengalahkan Baru dalam pilihan raya kecil 2004 dan sekali lagi pada pilihan raya negeri 2006.
Bagaimanapun, beliau tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri lepas.

Ketua Menteri belum mengumumkan calon bagi kerusi Mulu dan Ba Kelalan.- Bernama


Polemik Zakir: Polis didesak Amerika?

Posted: 11 Apr 2016 10:38 PM PDT

Mujahid Yusof Rawa

 


Hanya setelah tiba di Malaysia atas jemputan resmi kerajaan negeri Terengganu, ketua polis negara membuat keputusan untuk membatalkan ceramah perbandingan agama Dr Zakir Naik yang dijangkakan akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Alasan ketua polis negara membayangkan kegagalannya membuat tapisan awal jikalau benar ucapan Zakir dikatakan menimbulkan 'kebencian antara agama'.

Ataukah ketua polis negara tertekan atas desakan Hindraf dan pihak tertentu yang 'tidak suka' cara berhujah Zakir yang bersifat rebuttal kepada hujah doktrin dan dogma agama lain dalam mempertahankan Islam?

Ataukah ketua polis negara 'didesak' oleh negara seperti Amerika, Kanada yang melabel Zakir sebagai penyokong terorisme dan membawa ideologi keganasan?

Jikalau benar andaian di atas, ketua polis negara amat lemah dalam menilai situasi dan hanya bertindak atas ikut-ikut desakan 'orang lain'.

Kedatangan Zakir mestilah dilihat dalam kerangka perdebatan sihat dan dialog bertamadun.

Hindraf atau siapa sahaja yang memendam rasa tidak puas hati terhadap Zakir perlu ambil kesempatan menjemput beliau untuk berdebat, baik secara tertutup atau terbuka pada tajuk yang dipertikaikan.

Melabel seseorang 'satan' atau 'bahaya' dan menimbulkan 'kebencian antara agama' tanpa memberi ruang untuk didebatkan adalah mencemarkan nama baik mercu ketamadunan.

Zakir berada di ruang lingkup pentas dan bukan di medan pertempuran atau merancang pelan misi pengeboman seterusnya.

Adalah lebih mudah untuk 'bertempur' di medan wacana intelektual agama untuk mensahkan 'bahaya' pemikiran DZN atau betapa 'satan' hujahnya.

Tumpu slogan Selamatkan Malaysia

Kita hanya memerlukan penghujah balas yang mantap dan ruang kebebasan berdebat untuk membuktikan Zakir adalah berbahaya!

Bagaimana semua ini akan berlaku jika ruang debat ditutup?

Apakah pendesak seperti Hindraf kurang penghujah balas atau sesiapa sahaja yang mahu 'satan' dihalau dari Malaysia tiada kemampuan untuk berhujah dengan DZN?

Saya mungkin tidak setuju beberapa pandangan Zakir, khusus caranya yang dilihat 'menyerang' doktrin dan dogma sesuatu agama.

Ada kaedah lain juga yang membincang perbandingan agama secara 'sharing' doktrin dan dogma agama masing-masing tanpa rebuttal dan membiarkan orang ramai bertanya pada pembentang soalan-soalan menurut perspektif agama masing-masing.

Ini juga adalah dalam skop perbandingan agama. Walaupun demikian, saya tidak boleh menghalang kaedah Zakir sebab ada yang tertarik dengan cara begitu dan ia tidak salah dalam konteks perdebatan sihat.

Adakah ketua polis negara atau sesiapa sahaja yang sama waktu dengannya memahami model ini semua sebelum menggunakan kuasa menghalang?

Bagi saya, menidakkan hak perdebatan sihat oleh seorang yang memang tugasnya sebagai pendebat adalah tindakan putar jam ke belakang.

Bagi pendesak yang gagal berhadapan dengan kaedah hujah lawan hujah, ia juga amat dikesali.

Adalah lebih baik kita tertumpu pada slogan Selamatkan Malaysia daripada slogan sekat dan halau Zakir!

DR MUJAHID YUSOF RAWA anggota parlimen Malaysia.


PRN Sarawak: PAS sedia lawan PKR, DAP

Posted: 11 Apr 2016 10:28 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
PETALING JAYA: PAS sedia berhadapan pertembungan dengan parti komponen pakatan pembangkang di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan datang.
Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili berkata, sehingga kini parti itu menjangkakan bakal berlaku perebutan di sekurang-kurangnya lima kerusi membabitkan Parti Keadilan Rakyat dan DAP.
"PAS sedar akan kemungkinan bakal berlaku pertembungan antara Pakatan Harapan khususnya di kerusi yang ditandingi PKR pada pilihan raya yang lalu seperti Kakus, Jepak dan Lambir.
"Namun berdasarkan maklum balas akar umbi yang cukup positif, PAS terpaksa bertanding di kerusi-kerusi berkenaan," katanya dipetik mStar Online, Isnin.
Selain itu menurut Muhtar, walaupun PAS dan PKR sudah melakukan perbincangan berhubung isu pembahagian kerusi sempena PRN Sarawak, namun ia menemui kegagalan.
"Sebelum PAS umumkan calon, kita ada bincang dengan PKR tapi ia gagal. Jadi kita terpaksa teruskan untuk bertanding walaupun bakal berlaku pertembungan. Namun kita tak bincang dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP.
"Kita jangkakan DAP akan meletakkan calon di kerusi Pujut yang majoritinya adalah pengundi Cina dan di kerusi baru iaitu Samalaju," katanya.
Ditanya sama ada PAS akan berkompromi dengan PKR, DAP dan PAN pada saat-saat akhir bagi mengelak berlakunya pertindihan kerusi antara parti pembangkang, Muhtar bagaimanapun enggan membuat sebarang jangkaan awal.
"Tidak (kompromi). Tapi masih terlalu awal nak ulas. Anda perlu tunggu sehingga hari penamaan calon. Tarikh pilihan raya pun belum tahu lagi.
"Buat masa ini kami tetap akan bertanding di 11 kerusi berkenaan seperti yang diumumkan," katanya.
Pada 6 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 11 kerusi iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.
Pada PRN Sarawak 2011, PAS bertanding di lima kawasan namun gagal memenangi sebarang kerusi.

PRN Sarawak: Senarai calon BN setakat ini

Posted: 11 Apr 2016 10:25 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sebelum Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan semalam, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah pun menamakan dua pertiga daripada calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi 82 kerusi yang akan dipertandingkan pada pilihan raya negeri ke-11 akan datang.
 
Berikut adalah senarai calon BN berkenaan termasuk empat calon langsung, yang telah diumumkan setakat ini:
 
1. Tan Sri Adenan Satem (PBB) - Tanjung Datu
 
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) - Pantai Damai
 
3. Dr Hazland Abg Hipni (PBB) - Demak Laut
 
4. Fazaruddin Abdul Rahman (PBB) - Tupong
 
5. Sharifah Hasidah Sayeed Aman (PBB) - Semariang
 
 
6. Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (PBB) - Satok
 
7. Peter Pau (SUPP) - Padungan
 
8. Milton Foo Tiang Wee (SUPP) - Pending
 
9. Sih Hua Tong (SUPP) - Batu Lintang
 
10. Wilfred Yap (SUPP) - Kota Sentosa
 
 
11. Lo Khere Chiang (SUPP) - Batu Kitang
 
12. Datuk Dr. Sim Kui Hian (SUPP) - Batu Kawah
 
13. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) - Asajaya (kerusi baharu)
 
14. Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud (PBB) - Stakan (kerusi baharu)
 
15. Datuk Ronald Sagah Wee (PBB) - Tarat
 
 
16. Datuk Seri Michael Manyin (PBB) - Tebedu
 
17. Maclain Ben @ Martin Ben (PBB) - Kedup
 
18. Aidel Lariwoo (PBB) - Sadong Jaya
 
19. Datuk Narodin Majais (PBB) - Gedong (kerusi baharu)
 
20. Julaihi Narawi (PBB) - Sebuyau
 
 
21. Simoi Peri (PBB) - Lingga
 
22. Razali Gapor (PBB) - Beting Maro
 
23. Snowdan Lawan (PRS) - Balai Ringin
 
24. Datuk Mong Dagang (PRS) - Bukit Begunan
 
25. Datuk Francis Harden Hollis (SUPP) - Simanggang
 
 
26. Malcom Mussen Lamoh (PRS) - Batang Ai
 
27. Ricky @ Mohd Razi Sitam (PBB) – Saribas
 
28. Gerald Rentap Alfred Jabu (PBB) – Layar
 
29. Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB) – Bukit Saban
 
 
30. Datuk Len Talif Salleh (PBB) - Kuala Rajang
 
31. Abdullah Saidol (PBB) – Semop
 
32. Datuk Seri Huang Tiong Sii (SUPP) – Repok
 
33. Alexander Vincent (PRS) – Ngemah
 
34. Allan Siden Gramong (PBB) – Machan
 
35. Chieng Buong Toon (SUPP) – Bukit Assek
 
 
36. Dr Annuar Rapa'ee (PBB) – Nangka
 
37. Datuk Fatimah Abdullah (PBB) – Dalat
 
38. Yussibnosh Balo (PBB) – Telian (kerusi baharu)
 
39. Abdul Yakub Arbi (PBB) – Balingian
 
40. Christopher Gira (PRS) – Tamin
 
 
41. John Sikie Tayai (PRS) - Kakus
 
42. Wilson Nyabong Ijang (PRS) – Pelagus
 
43. Tan Sri James Jemut Masing (PRS) – Baleh
 
44. Liwan Lagang (PRS) – Belaga
 
45. Chuk Pai (PRS) – Murum (kerusi baharu)
 
 
46. Datuk Talip Zulpilip (PBB) – Jepak
 
47. Datuk Dr Stephen Rundi Utom (PBB) – Kemena
 
48. Majang Renggie (PRS) – Samalaju (kerusi baharu)
 
49. Ripin Lamat (PBB) – Lambir
 
50. Datuk Sebastian Ting (SUPP) – Piasau
 
 
51. Datuk Lee Kim Shin (SUPP) – Senadin
 
52. Dennis Ngau (PBB) – Telang Usan
 
53. Datuk Abdul Rahman Ismail (PBB) – Bukit Kota
 
54. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (PBB) – Bukit Sari
 
55. Paulus Gumbang (Teras/calon langsung) - Batu Danau
 
 
56. Rosey Yunus (Teras/calon langsung) - Bekenu
 
57. Datuk Dr Jerip Susil (UPP/calon langsung) - Mambong
 
58. Dr Johnical Rayong (UPP/calon langsung) - Engkilili
 
 
Gerald Rentap, 42, dan Allan Siden,30, akan bertanding di kawasan yang disandang bapa masing-masing, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu dan Gramong Juna, selama sembilan penggal.
 
Menteri Industri Perladangan dan Komoditi persekutuan Douglas Uggah dikatakan bakal menjadi timbalan ketua menteri jika beliau memenangi kerusi Bukit Saban.
 
 

Ahli PAC daripada pembangkang tolak kenyataan Hasan Arifin

Posted: 11 Apr 2016 10:18 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Wakil rakyat pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menolak kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin yang menyebut tiada bukti salah laku atau tiada wang yang hilang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Lima wakil daripada pembangkang itu berkata, laporan PAC menunjukkan bahawa berbilion ringgit mengalir keluar dari 1MDB dan tidak dipertanggungjawabkan.
 
"Justeru, kami menggesa Pengerusi PAC menarik semula kenyataan beliau kerana ianya tidak berasas, tidak mencerminkan pandangan PAC secara keseluruhan dan berunsur penipuan.
 
"Kami berharap agar Pengerusi PAC tidak menyalah gunakan kedudukan beliau sebagai ketua jawatankuasa parlimen untuk BN dan kepentingan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata kumpulan tersebut.
 
Selain Tan Seng Giaw selaku Timbalan Pengerusi PAC, kenyataan bersama itu turut dikeluarkan secara bersama dengan Datuk Kamarul Baharin Abas, William Leong, Datuk Takiyuddin Hassan dan Tony Pua.
 
Mengulas lanjut, penemuan PAC itu, jelas mereka, adalah bercanggah dengan dakwaan Hasan yang kononnya berpandukan kepada Laporan Ketua Audit Negara.
 
"Kami juga terkejut dan kecewa apabila Laporan Ketua Audit Negara langsung tidak dibentangkan di Parlimen, bersama-sama laporan PAC mengenai 1MDB, yang sepatutnya berlaku," tambah mereka dalam kenyataan itu.
 
Pada masa yang sama, PAC juga mahu pihak polis melakukan siasatan kerana 1MDB dan Kementerian Kewangan tidak menyerahkan penyata akaun bank dan dokumen untuk mengesahkan pemilikan firma-firma asing yang terlibat, jelas mereka.
 
 

Mahathir akan ucap pada forum 1MDB-PAC, kata Lim

Posted: 11 Apr 2016 10:14 PM PDT

MALAYSIAKINI




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi antara penceramah pada forum awam bertajuk "Laporan PAC 1MDB: Najib bersubahat atau tidak bersalah" di Shah Alam pada malam Khamis ini.

Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan berkata forum itu akan berjalan seperti yang dirancang di IDCC Shah Alam, susulan pembentangan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Dewan Rakyat pada 7 April lalu.

"Jika (pengerusi PAC) Datuk Hasan Arifin, (bekas CEO 1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi atau (jutawan) Jho Low bersedia untuk muncul di forum Shah Alam pada Khamis ini, mereka juga amat dialu-alukan," kata Lim.

Selain daripada Mahathir, Lim berkata penceramah lain adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli; Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad dan pengarah eksekutif pemantau anti-rasuah C4, Cynthia Gabriel.

Lim sebelum ini pernah menjemput Hasan menghadiri forum dan perbahasan mengenai sama ada hasil laporan PAC benar-benar membebaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku yang dikaitkan dengan dana milik negara 1MDB.

'PAC tak diberi penyata bagi tentukan dana 1MDB di akaun Najib'

Posted: 11 Apr 2016 10:12 PM PDT

MALAYSIAKINI




Ketua Audit Negara tidak dibekalkan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memeriksa jika dana 1MDB masuk ke dalam akaun bank Perdana Menteri Najib Abdul Razak, dedah ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pembangkang.

Oleh itu, kata mereka, adalah tidak munasabah bagi pengerusi PAC Datuk Hasan Ariffin mendakwa laporan PAC yang dikeluarkan minggu lalu menunjukkan Najib tidak mendapat manfaat daripada 1MDB.

"Malangnya pihak PAC juga tidak dapat mengesahkan sama ada pembayaran dilakukan daripada 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri kerana dokumen-dokumen yang diperlukan seperti penyata bank tidak diserahkan kepada Ketua Audit Negara.

"PAC juga tidak pernah membuat sebarang keputusan bahawa perdana menteri tidak bersalah.

"Oleh itu kami menggesa supaya Hasan untuk mengemukakan bukti melalui Hansard bahawa keputusan ini dibuat sebulat suara dan konsensus oleh semua anggota PAC," kata lima anggota PAC itu dalam satu kenyataan media.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen PKR William Leong dan Kamarul Baharin Abas dan Datuk Takiyuddin Hassan dari PAS.

Sebaliknya, kata mereka, dokumen yang diperolehi oleh Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa Najib meluluskan secara bertulis segala keputusan penting yang dibuat oleh 1MDB.

Ini termasuk:
  • Pelaburan dengan Petrosaudi International,
  • Penerbitan bon sebanyak US$6.5 bilion,
  • Pembelian syarikat-syarikat penjanakuasa bebas; dan pemecatan juruaudit yang tidak setuju dengan pendirian 1MDB.
"Sehubungan dengan itu, kami menggesa supaya pengerusi PAC menarik balik kenyataannya kerana ia merupakan kenyataan yang langsung tidak berasas, menyelewengkan pendangan PAC dan bersifat bohong.

"Kami berharap supaya Hasan tidak menyalahgunakan jawatannya sebagai pengerusi PAC, sebuah jawatankuasa Parlimen untuk kepentingan politik BN dan Najib," kata mereka.

Rumah Ngaji bersama gelandangan

Posted: 11 Apr 2016 09:48 PM PDT


AHMAD ISMADI ISMAIL

Rumah Ngaji bersama gelandangan
Fazrul memberi ibrah pengajaran surah kepada peserta.


KUALA LUMPUR – Golongan gelandangan yang beragama Islam di sekitar ibu negara tidak melepaskan peluang menyertai program Quran Hour dan ibrah surah bersama penceramah, Fazrul Ismail.

Program Quran Hour itu juga dapat membantu peserta memahami maksud beberapa surah di dalam al-Quran.

Pendekatan yang dilaksanakan dapat membantu golongan itu mendalami pengajaran ayat yang disebut sebagai ibrah daripada setiap surah yang ada di dalam al-Quran.

Program itu turut memberi peluang kepada peserta mengisi aspek kerohanian.

Peserta, Rizal (bukan nama sebenar) berkata, dia berpeluang menimba ilmu agama melalui program sedemikian.

"Saya kena bermula balik mengaji. Program yang diadakan ini sangat bagus bagi saya. Saya telah mengikuti program ini sejak ia mula dilancarkan bulan lalu," katanya.

Rizal berkata, dia turut mengajak rakan-rakan gelandangan turut serta.

"Mereka bersungguh-sungguh mahu ilmu dalam program ini. Mereka juga gembira diberi peluang menyertai program yang diadakan setiap Khamis," katanya.

Peserta, Kamarudin (bukan nama sebenar) berkata, dia mendapat banyak manfaat setelah menyertai program Rumah Ngaji.

"Individu yang tidak tahu mengaji, kini boleh mengaji, mengenal al-Quran," katanya.

Kamarudin berkata, pada awalnya dia menyertai program itu setelah diajak rakan-rakan.

"Setelah sekian lama menyertai program ini, ia menimbulkan keinginan sendiri mengenali al-Quran," katanya.

Sukarelawan Baitul Fiqh, Muhammad Hassan Kassim berkata, pihaknya mengumpulkan golongan gelandangan untuk memberi peluang kepada mereka menghayati, memahami dan mengamalkan pembacaan al-Quran.

"Kita tidak tahu sejauh mana golongan itu mendalami dan memahami maksud ayat-ayat al-Quran," katanya

Muhammad Hassan, sukarelawan yang terlibat membantu seperti memberi al-Quran, makanan, baju dan kopiah berharap golongan itu dapat mendekatkan diri dengan al-Quran.

Seorang lagi sukarelawan Baitul Fiqh, Zarina Rie berkata, dengan memberi makanan kepada gelandangan, di samping terlibat dengan program Rumah Ngaji itu, dia dapat bermuhasabah diri.

"Program sebegini banyak menginsafkan diri. Program ini amat bagus. Golongan sebegini mungkin mencari wadah, tempat untuk mencari ilmu sebegini.

"Berkemungkinan akibat status sebagai golongan gelandangan, mereka tidak dapat peluang seperti ini. Kami jadikan program ini untuk mendekatkan mereka dengan al-Quran, jadi mereka tidak berasa terasing dan terbiar," katanya.

Turut hadir dalam program berkenaan, Pengerusi Baitul Fiqh, Haliza Halim dan Pengerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Abdul Jalil Ali.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, program Quran Hour bersama golongan gelandangan merupakan anjuran utama Baitul Fiqh dengan kerjasama Rumah Ngaji.

"Ini adalah program khusus yang kita lakukan untuk golongan gelandangan sejak 3 Mac lalu, setiap minggu program ini diadakan untuk golongan tersebut," katanya.

Beliau berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

"Pada mulanya, kami jangka program ini tidak mendapat sambutan daripada golongan tersebut, rupanya jumlah mereka yang hadir menyertai program ini di luar jangkaan, setiap kelas mengaji yang diadakan pasti penuh," katanya.

Marhaini berkata, ada restoran yang sudi menaja program berkenaan.

"Masa awal-awal program ini diadakan, rakan jalanan hanya mengaji di tepi Sungai Klang, tetapi setelah beberapa kali program ini diadakan, ada yang menawarkan tempat serta restoran untuk program ini diadakan," katanya.

Beliau berkata, kelas khusus berhubung teknik bacaan Cordobana akan diadakan untuk golongan gelandangan pada 12 hingga 14 April ini di Masjid Negara.

"Tujuan kami mengadakan program seperti Quran Hour untuk golongan tersebut adalah, kita mahu Al-Quran menjadi landasan kehidupan, menjadi terapi, meluruskan emosi dan akhlak semua orang.

"Selain itu program Quran Hour turut diadakan di sekolah atau organisasi," katanya.




Forum Dr Zakir Naik di KL diteruskan

Posted: 11 Apr 2016 09:39 PM PDT

Dr Zakir Abdul Karim Naik


SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mengesahkan program ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu ini diteruskan.

Beliau menyampaikan berita itu melalui kemas kini status di Facebooknya, sebentar tadi.

"Saya sudah berjumpa Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahidi) dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) serta bersetuju forum Dr Zakir Naik diteruskan.

"Mereka minta tajuk diubah dengan cara berhemah. Semoga ALLAH SWT memberkati," katanya.
Pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik dijadualkan menyampaikan ceramah bertajuk 'Is the Quran God's Word?' pada Sabtu ini.

Satu sidang media berkaitan persediaan program tersebut akan diadakan oleh Shahidan Kassim petang ini.

Semalam, Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak membenarkan forum Dr Zakir Naik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) demi ketenteraman awam dan sensitiviti beragama di negara ini.
 
Dr Zakir dijadualkan akan berada di UTeM bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam' Ahad ini.

Sementara, Mufti Perlis yang mengulas mengenai larangan itu menawarkan Dr Zakir ke Perlis bagi menyampaikan ceramahnya memandangkan ceramah asalnya di Melaka itu dibatalkan.

Sebelum ini, ada pihak yang membantah kehadiran Dr Zakir ke Malaysia.

Dr Zakir akui sedih dengan sikap sebilangan orang Islam

Posted: 11 Apr 2016 09:03 PM PDT

Dr Zakir Naik
Dr Zakir Naik. - Foto Bernama


KUALA TERENGGANU - Dr Zakir Naik yang ceramahnya di Melaka pada Ahad ini diarahkan batal oleh pihak berkuasa atas alasan keselamatan, melahirkan rasa kesal atas sikap sebilangan orang Islam yang begitu mudah melabel dan menuduh saudara seagama sebagai kafir.

"Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan," katanya.

Menurut pendakwah yang berasal dari India itu, masalah besar bagi umat Islam ialah mereka cenderung untuk memperbesarkan perbezaan walaupun hanya melibatkan isu-isu yang kecil atau remeh.

"Perbezaan apabila diperbesarkan, akan membawa kepada perbalahan. Akhirnya berlaku perpecahan dalam masyarakat, dan inilah yang melemahkan kita, umat Islam," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk The Importance of Unity Among The Muslim Ummah di sini, kelmarin.

"Apa yang membuatkan saya berasa sedih dan risau adalah apabila melihat perpecahan dalam kalangan orang Islam semakin membimbangkan mutakhir ini," katanya.

Beliau berkata, perbalahan yang berlaku bukan sahaja melemahkan kekuatan Islam tetapi secara tidak langsung turut memberi gambaran negatif mengenai Islam kepada penganut agama lain.

"Melihat apa yang berlaku, mereka percaya, itulah Islam sedangkan sikap-sikap yang negatif seperti itu bukanlah daripada ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Zakir berkata, perpaduan dalam kalangan umat Islam ketika ini bukan sahaja dilihat lemah, malah dalam keadaan berpecah belah dan mudah pula untuk tuduh menuduh antara satu sama lain, meskipun dalam perkara yang remeh-temeh.

Ceramah itu diadakan sempena Program Jelajah Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta pemimpin-pemimpin negeri lain.

Sebagai jalan penyelesaian kata beliau, umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran agama yang sebenar, tidak akan sesekali memperlakukan orang lain terutamanya saudara seagama dengan gelaran yang tidak baik, apatah lagi dengan melabel seseorang itu sebagai kafir.

"Umat Islam ketika ini dilihat lemah kerana bukan sahaja sering mengkritik sesama sendiri, namun sanggup menggelar saudara seagama dengan gelaran yang tidak sewajarnya. Mereka amat mudah melakukannya. Sedangkan dalam al-Quran telah menjelaskan bahawa kita dilarang menggelar saudara seagama yang lain sebagai kafir. Saya menyeru semua umat Islam untuk kembali bersatu padu dan bergerak di atas ajaran Islam yang sebenarnya," katanya.

Lebih 30,000 orang menghadiri ceramah disampaikan tokoh perbandingan agama yang terkenal di seluruh dunia itu.

Selain program tersebut, Zakir menyampaikan syarahan bertajuk Islam The Solution For Humanity di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam dan hari ini di Sekolah Menengah Imtiaz Besut dengan ceramah bertajuk Does God Exist?

Syarahan terakhir beliau di negeri ini adalah di Padang Astaka, Kemaman dengan tajuk syarahan Muslim Choice-Dakwah or Destruction pada Khamis ini.


Larang Zakir Naik ke P Pinang fitnah musuh

Posted: 11 Apr 2016 08:57 PM PDT

Larang Zakir Naik ke P Pinang fitnah musuh


SHAH ALAM - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan tweet berkenaan larangan ke atas pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik memasuki negeri itu adalah palsu.

"Fitnah! Ini tweet palsu oleh musuh yang gunakan taktik pengganas. Laporan polis akan dibuat oleh pegawai saya pagi ini," tulisnya menerusi laman mikro Twitternya pagi ini.

Malam tadi tersebar paparan skrin Twitter milik Setiausaha Agung DAP itu yang menegaskan akan menghalang Zakir daripada masuk ke Pulau Pinang.

"Zakir Naik mesti disekat. Saya akan pastikan dia tidak masuk Pulau Pinang. Rakyat mesti tolak dan halang ekstrimis agama macam dia!," paparan skrin itu berbunyi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ceramah UTeM dibatal, Zakir Naik boleh ke Perlis]

[ARTIKEL BERKAITAN: Dr Zakir akui sedih dengan sikap sebilangan orang Islam]

Isu membabitkan Zakir semakin 'panas' selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membatalkan ciri ceramahnya yang akan diadakan di Melaka Ahad ini.

Zakir dijadual menyampaikan syarahan di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka.

Menurut Khalid, pembatalan itu berikutan syarahan Tokoh Maal Hijrah 2013 itu dibimbangi boleh menjejas ketenteraman awam dan menjejaskan sensitiviti agama di Malaysia.

Semalam, Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi tawaran kepada pendakwah dari India itu untuk menyampaikan ceramah di Perlis sekiranya program ceramah beliau di Melaka dibatalkan.

Menurut Asri, perkara tersebut telah dibincangkan dan ia telah dipersetujui Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berpendapat, tiada masalah penganjuran forum atau ceramah perbandingan agama di negara ini selagi ia tidak memburuk-burukkan.

Menurutnya, ia bergantung kepada penerimaan pendengar atau penonton terhadap isi jawapan yang diberi kerana ada yang menganggapnya sensitif.

"Mengenai isu Penceramah Antarabangsa, Dr Zakir Naik yang dikatakan menghina agama lain, saya rasa perkara itu tidak timbul kerana beliau hanya menjawab soalan ditanyakan penonton.

"Cuma ia bergantung kepada penerimaan mereka yang mendengar dan sepatutnya orang yang bertanya tidak perlu tersinggung," ujarnya

Comments (0)