Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:11 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Sekadar Sebuah Refleksi

Posted: 11 Apr 2016 07:56 AM PDT




1. KITA tahu dan kita akui yang pemakan dedak dan orang yang bergantung nasib kepada Umno/BN atau terhutang budi kepada Mohd Najib tidak akan percaya atau mengaku keterlibatan beliau dalam kes jenayah.



2. Walaupun butir dan bukti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara dan agensi penyiasat antarabangsa menjurus ke arah keterlibatan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak dalam salah tadbir korporat dan pecah amanah berkaitan 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma Arab" RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.


3. Sebaliknya mereka akan terus menuding jari dan memuncungkan bibir ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakyat jelata yang mahu Mohd Najib meletakkan jawatan.


4. Soalnya, siapakah yang dituduh melakukan perbuatan salah – Dr Mahathir atau Mohd Najib? Lagipun Dr Mahathir telah berulang kali mengalu-alukan siasatan ke atas beliau. Malah itulah yang sedang dilakukan oleh polis.


5. Siapakah yang menjadi Perdana Menteri dan merosakkan imej Malaysia dan kepercayaan dunia – Dr Mahathir atau Mohd Najib?


6. Kalau Mohd Najib cekap, bersih dan amanah, siapakah yang lebih dipercayai oleh majoriti rakyat jelata – beliau atau Dr Mahathir?


7. Tetapi mengapakah seorang tua berusia 91 tahun yang sudah lebih 12 tahun bersara, yang disekat dan dicaci oleh media arus perdana (MAP) masih mendapat sokongan kuat rakyat jelata?


8. Mengapa Mohd Najib dan konco-konconya dikutuk dan dibelasah teruk setiap kali mereka menyiarkan sesuatu dalam laman Facebook mereka atau apabila kenyataan mereka disiarkan oleh media atas talian?


9. Mengapa audiens MAP yang menjadi lidah dan risalah propaganda mereka semakin hari semakin menguncup?


10. Untuk menang pertarungan ini, para pemakan dedak, orang yang bergantung nasib kepada Umno/BN dan yang terhutang kepada Mohd Najib hendaklah meyakinkan rakyat jelata bahawa Mohd Najib suci bersih, 1MDB telus mulus, ekonomi negara berkembang pesat, beratus ribu peluang pekerjaan diwujudkan, setiap graduan dapat kerja, setiap pelajar yang layak diberikan  biasiswa dan pinjaman, hutang negara lebih rendah daripada zaman Tun Mahathir dan Tun Abdullah, harga barang dan perkhidmatan pengguna stabil dan GST tidak membebankan.


11. Itulah yang patut mereka diayah dan uar-uarkan bukan mencaci Dr Mahathir dan rakyat jelata yang menandatangani Deklarasi Rakyat.


12. Kepada bekas anak buah saya dalam dunia kewartawanan, saya faham dilema mereka. Saya tahu mereka makan gaji. Tidak perlu cuba meyakinkan saya. Malah seperti yang saya nasihatkan, jagalah kerja kerana semakin hari semakin susah mendapat kerja dan ramai orang menganggur. Cuma janganlah keterlaluan memaki hamun orang tua yang pernah berjasa kepada kita semua.


13. Mereka wajib ingat. Di penghujungnya yang penting adalah pengedaran akhbar mereka dan bilangan penonton saluran mereka. Kalau kerana menyokong Mohd Najib membabi buta dan mencaci Dr Mahathir tanpa batasan, pengedaran akhbar mereka dan penonton stesen mereka merudum, bukan sahaja mereka tidak dapat melindungi Mohd Najib malah periuk nasi mereka sendiri terancam.


14. Mereka harus sedar mengapa MAP yang begitu besar dan berusia, semakin hari semakin dikalahkan oleh media atas talian?


Wallahuaklam.

ANTARA SIRUL DAN SHAHROL

Posted: 11 Apr 2016 07:50 AM PDT

shahbudindotcom


Dalam kes pembunuhan Altantuya, nama yang paling disebut ramai sehingga kini ialah Sirul Azhar Omar. Walaupun beliau disabitkan bersama Azilah Hadri atas kesalahan membunuh wanita Mongolia itu, tindakannya melarikan diri ke Australia telah menyebabkan namanya lebih popular berbanding rakannya itu.

Dengan tujuan asal melarikan diri ke Austalia semata-mata untuk mengelak hukuman mati keatasnya, Sirul dengan tidak semena-mena telah menjadi rebutan antara kumpulan Najib dan mereka yang mahu menjatuhkannya bdrikutan tindakannya itu.

Dilindungi oleh kekangan undang-undang Australia yang menolak sebarang hukuman mati, pengakuan Sirul mengenai pembunuhan Altantuya dan siapa yang mengarahkannya amat dinanti-nantikan serta tidak dinafikan boleh membuka ruang kepada penyiasatan semula kes itu dan seterusnya menjadi ancaman kepada masa depan politik Najib.

Bagaimanapun, oleh kerana Sirul masih berteka-teki, di sebalik difahamkan sudah ramai yang menemui dan bercakap melalui telefon dengannya, kedudukannya terus menarik perhatian ramai, sekurang-kurangnya selagi Najib masih menjadi Perdana Menteri.
 
 
 
 
Dalam kes 1MDB yang baru saja PAC membentangkan laporannya di Parlimen, satu nama yang hampir sama sebutannya dengan Sirul iaitu Shahrol tiba-tiba menjadi bualan ramai.

Beliau yang nama penuhnya ialah Shahrol Azrai Ibrahim Halmi adalah bekas CEO 1MDB yang dicadangkan oleh PAC untuk disiasat dan dipertanggungjawabkan atas beberapa kelemahan dalam syarikat itu, terutama dalam beberapa keputusan yang membelakangkan Lembaga Pengarahnya.

Najib yang menubuhkan 1MDB, menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya, hadir menyaksikan pelbagai perjanjian perniagaan dan tandatangannya wajib diturunkan sebelum perniagaan dimuktamadkan, lalu ramai yang mempersoalkan wajarkah  hanya Shahrol dipersalahkan apabila syarikat itu bermasalah?

Di mata ramai juga seolah-olah Shahrul adalah satu-satunya "kambing hitam"  dalam kemelut 1MDB yang menjadikan nama Najib bukan saja bahan perbualan ramai dalam negara, tetapi juga di seluruh dunia.

Selain mengatakan tidak ada perkara salah yang dilakukannya ketika mengetuai 1MDB, keperluan tandatangan Najib sepertimana yang tertulis dalam Artikel 117 M & A syarikat pelaburan itu bukanlah juga suatu rahsia lagi.

Oleh, kebingungan ramai mengapa hanya Shahrol yang dipersalahkan tidak disangsikan memang ada asasnya.
 
 
 
 
Tetapi yang ditunggu berikutan cadangan PAC itu, jika Shahrol Azral disiasat nanti, apakah beliau akan berkata benar dan mendedahkan segala-galanya atau lebih rela menjadi korban untuk menyelamatkan pihak lain?

Penangkapan, penyiasatan dan seterusnya pendakwaan Shahrol Azral di mahkamah tentu saja boleh menjadi sesuatu yang memeningkan lagi kepala Najib, setelah kemelut 1MDB selama ini sudah cukup mencalar-balarkan namanya di mata umum sebagai anak Tun Razak yang disanjung ramai.

Untuk itu, mungkinkah, sama seperti dua pengarah SRC International, Suboh Md Yassin dan Nik Faisal Arif Kamil yang sebelum ini melarikan diri ke luar negara, Shahrol Azral juga nanti tiba-tiba didapati tidak dapat dikesan lagi daripada negara ini?

Akhirnya, sudahlah sebutan nama hampir sama, apakah nasib Sirul dan Shahrol juga jadi tidak banyak berbeza dengan menjadikan perkelanaan ke luar negara sebagai pilihan kerana talian hayat Najib banyak terletak pada kedua-duanya?
 
 
 

Wanita ‘mengamuk’ di stesen komuter ditahan

Posted: 11 Apr 2016 07:35 AM PDT

 
Polis diberitahu bahawa suspek merupakan seorang penagih dadah jenis syabu dan tidak bekerja.


amuk-ditahan-polis


KUALA LUMPUR: Wanita yang mengamuk dan berkelakuan tidak senonoh di Stesen Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Bandar Tasik Selatan, Jumaat lalu, ditahan reman.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, wanita itu ditahan keesokannya susulan aduan seorang petugas KTMB di stesen berkenaan yang disepak dan dimarahi suspek dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi.

Berita Harian melaporkan, pengadu yang juga pembantu trafik KTMB mendakwa terdengar kekecohan di Platform 2 dan bergegas ke situ untuk memeriksa keadaan sebelum melihat suspek menengking penumpang lain.

"Apabila suspek masuk ke dalam komuter arah ke ibu negara, dia dikatakan terus membuat kecoh sebelum membuka coli dipakainya di hadapan orang ramai.

"Pengadu bertindak mengambil beg sandang suspek dan meletakkannya di luar bertujuan untuk menghalau wanita itu, sebelum mengarahkan pemandu komuter meneruskan perjalanan," katanya.

Kok Sin dipetik berkata, pengadu kemudian beredar ke kaunter pemeriksaan tempatnya bertugas, sebelum suspek tiba-tiba datang ke arahnya sambil memaki hamun.

"Suspek membaling kerusi plastik berhampiran pengadu dan terus memaki hamun serta cuba menendangnya beberapa kali sebelum beredar keluar dari stesen berkenaan.

"Susulan itu, pengadu membuat satu laporan polis atas arahan penyelianya dan siasatan awal dijalankan dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pihak polis juga ada menerima panggilan daripada seorang wanita mengaku sebagai kakak suspek selepas satu video rakaman kelakuan adiknya itu viral di media sosial.

"Wanita itu memberitahu adiknya adalah seorang penagih dadah jenis syabu dan tidak bekerja. Berikutan itu, kami tahan suspek Sabtu lalu dan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan," katanya.

FMT menyiarkan rakaman video berdurasi 2.40 minit menunjukkan 'aksi' suspek membuat provokasi dan memaki hamun pengadu di stesen berkenaan.

Menerusi video yang dipercayai dirakam orang awam itu, suspek dilihat hanya memakai coli berwarna hijau, berseluar merah sambil menyandang sebuah beg.

'Datuk Najib, tolonglah bantu kami...'

Posted: 11 Apr 2016 06:00 AM PDT


'Datuk Najib, tolonglah bantu kami...'


BANTING - "Kami pohon sangat kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masuk campur isu pemberhentian sementara lebih 400 pekerja di sebuah kilang di sini, hari ini."

Demikian luahan seorang pekerja Mohd Amir Rapini Ishak, 41, yang sudah 12 tahun bekerja di kilang berkenaan.

Menurutnya, dia mengetuai rakan sekerja membuat bantahan di hadapan kilang berkenaan supaya isu pemberhentian sementara itu dapat diselesaikan dengan memberi bayaran pampasan dan bukannya memberi hanya 50 peratus daripada gaji penuh.

"Kalau gaji kami RM1500, separuh daripada itu RM750, nak bagi anak isteri makan apa?

"Lainlah kalau kami diberi pampasan dan surat makluman sampai bila masalah ini boleh diselesaikan," katanya.

Mohd Amir berkata, dia antara 489 pekerja yang diberhentikan kerja buat sementara waktu dari kilang itu.
"Saya ada tiga orang anak masih sekolah, bila dah jadi macam ni saya jadi risau.

"Hingga kini saya tak tahu nak mengadu kepada sesiapa melainkan ada campur tangan daripada pihak luar," katanya kepada pemberita, hari ini.

Dalam demonstrasi berkenaan kira - kira 60 pekerja berkumpul melaungkan rasa tidak berpuas hati dengan menunjukkan pelbagai sepanduk.

Sinar Harian bersama wakil media yang hadir turut cuba mendapatkan maklum balas daripada pihak kilang tersebut sejurus demonstrasi berkenaan.


DCA gantung Rayani Air tiga bulan

Posted: 11 Apr 2016 05:56 AM PDT

SINAR HARIAN


Rayani Air
Rayani Air.
 
 
PUTRAJAYA - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara (AOC) Rayani Air selama tiga bulan berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, notis penggantungan dihantar kepada syarikat penerbangan patuh syariah itu hari ini.

Katanya, siasatan ke atas Rayani Air akan dijalankan pada 12 Mei berhubung perintah penggantungan.

"Penggantungan akan ditarik balik jika mereka memenuhi semua syarat atau kami boleh menggantung secara kekal (Rayani Air) atau mengenakan masa lebih lama. Tiga bulan adalah sementara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang puas hati, Rayani Air bayar balik wang]

"Kami telah berbincang dengan syarikat penerbangan itu dan mereka tahu mengenainya. Terpulang kepada mereka menambah baik perkhidmatan," kata Azharuddin pada sidang akhbar di sini.

Azharuddin berkata ini kali pertama AOC sebuah syarikat penerbangan digantung di bawah Peraturan 24 Peraturan Penerbangan Awam 1996.

Ditanya sama ada penggantungan syarikat penerbangan itu menjejas reputasi industri penerbangan negara, Azharuddin berkata DCA setakat menjalankan kuasanya selaras dengan peraturan berkaitan.

"Kita tidak boleh biarkan syarikat penerbangan yang telah melanggar peraturan meneruskan penerbangan. Kita perlu berbuat sesuatu," katanya.

Rayani Air menggantung operasinya Jumaat lepas sehingga diberitahu kelak, sambil menyebut tindakan mogok juruterbangnya sebagai alasan.

Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh itu dilancarkan tiga bulan lepas.   
 
Ia merupakan syarikat penerbangan patuh syariah yang pertama di Malaysia dan keempat di dunia selepas Royal Brunei Airlines, Saudi Arabian Airlines and Iran Air.

Rayani Air, dalam catatan Facebooknya, berkata pelanggan oleh menghubungi pusat penggilannya di +603-27214925 untuk pertanyaan lanjut. - Bernama


Ceramah UTeM dibatal, Zakir Naik boleh ke Perlis

Posted: 11 Apr 2016 05:51 AM PDT

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


SHAH ALAM - Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi tawaran kepada pendakwah dari India, Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ceramah di Perlis sekiranya program ceramah beliau di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dibatalkan.

Asri menerusi akaun Facebooknya berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dan ia telah dipersetujui Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

"Alhamdulillah, saya telah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perlis untuk menjemput Dr Zakir Naik ke Perlis.

[ARTIKEL BERKAITAN: Syarahan umum Dr Zakir di UTeM dibatalkan]

"Oleh itu, jika ceramah beliau di Melaka digagalkan, Insya-ALLAH Perlis terbuka untuk beliau. Saya sudah bercakap dengan penganjur dan menunggu perkembangan seterusnya," katanya menerusi laman sosial Facebooknya, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi tadi dilaporkan membuat kenyataan membatalkan program Zakir di UTeM atas faktor keselamatan.

Zakir dijadualkan akan berada di UTeM bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam' Ahad ini.


Chong Wei menang, Rosmah kena sorak

Posted: 11 Apr 2016 05:47 AM PDT

ARIF ATAN


Chong Wei menewaskan Chen Long dengan kemenangan 21-13, 21-8Chong Wei menewaskan Chen Long dengan kemenangan 21-13, 21-8


Stadium Melawati Shah Alam sebentar tadi gamat dengan sorakan bu (boo) ketika Datin Seri Rosmah Mansor diumumkan akan menyampaikan hadiah kepada pemain.

Reaksi penonton selepas aksi pertemuan akhir Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata itu pada mulanya menimbulkan persoalan kepada pemain nombor satu dunia, Chen Long dari China.

Walau bagaimanapun, pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei dilihat mungkin menerangkan sesuatu kepada Chen Long.

Sekali lagi, penonton mengebu penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu sebaik diumumkan untuk menyampaikan piala kepada Chong Wei.

Insiden memalukan itu berulang lagi ketika sesi penggambaran Rosmah bersama kesemua pemain.

Siaran langsung melalui kaca TV sekaligus menyaksikan Rosmah yang tiga kali disorak bu itu jelas berwajah muram.
Terdahulu, Chong Wei menewaskan Chen Long dengan kemenangan 21-13, 21-8 dalam tempoh perlawanan hanya 20 minit.


Kes saman Najib perlu diputuskan melalui isu perundangan – Peguam

Posted: 11 Apr 2016 05:42 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Kerana Nga dalam pernyataan pembelaannya juga tidak menafikan bahawa beliau telah menerbitkan gambar dan status berkenaan


najib-rosmah


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu kes saman Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor terhadap Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming perlu diputuskan melalui isu perundangan tanpa perbicaraan penuh kerana telah terbukti status bergambar yang dimuat naik Nga merujuk kepada pasangan itu.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Rosmah dalam hujahannya berkata status bergambar dan kenyataan yang digunakan dalam status bergambar yang dimuat naik dalam Facebook Nga adalah fakta dan bukannya komen.

"Nga dalam pernyataan pembelaannya juga tidak menafikan bahawa beliau telah menerbitkan gambar dan status berkenaan serta tidak pernah menafikan Facebook itu bukan miliknya," kata peguam itu.

Mohd Hafarizam turut berhujah bahawa kes itu perlu diputuskan melalui isu perundangan kerana telah dibuktikan status bergambar yang dimuat naik Nga telah tersebar kepada pihak ketiga di mana ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet seluruh dunia.

"Defendan (Nga) juga tidak pernah menafikan beliau telah memadamkan status bergambar berkenaan yang didakwa mengandungi perkataan berunsur fitnah,"hujah beliau dalam permohonan Najib dan Rosmah supaya kes itu diputuskan melalui isu perundangan.

Mohd Hafarizam berkata permohonan itu dikemukakan mengikut Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 iaitu melupuskan sesuatu kes saman sivil tanpa perlu memanggil saksi untuk memberi keterangan.
Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid menetapkan 9 Mei untuk Mohd Hafarizam menyambung hujahannya.
Pada 11 Jun tahun lepas, Najib atas kapasiti peribadinya dan Rosmah memfailkan saman itu terhadap Nga selepas mendakwa defendan memuat naik gambar pasangan itu berserta status dalam akaun Facebook atas nama Nga Kor Ming, pada 29 Mac tahun lepas.

Najib dan Rosmah mendakwa dalam status bergambar itu terpampang gambar mereka bersama-sama dengan beberapa menteri kabinet Malaysia dan pegawai tertinggi Wisma Putra di dalam sebuah bilik hotel di China.

Mereka mendakwa Nga menerbitkan perkataan-perkataan fitnah dalam akaun Facebooknya dengan memuat naik status memfitnah yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau menyalah guna kuasa dan mandat sebagai perdana menteri untuk kepentingan sendiri atau kepentingan isterinya dengan membenarkan Rosmah mencampuri urusan dan hal ehwal kerajaan.

Rosmah pula mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud beliau adalah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana mempengaruhi suaminya selaku perdana menteri dan menyalah guna kuasa selain mempunyai kepentingan dalam sistem pentadbiran negara.

Oleh itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.-BERNAMA

Polis larang Dr Zakir Naik berceramah

Posted: 11 Apr 2016 05:31 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Twitter KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.Twitter KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan membenarkan ceramah membabitkan pendakwa perbandingan agama Dr Zakir Naik di negara ini diteruskN berdasarkan ketenteraman awam dan sensitiviti masyarakat berbilang agama.

Menerusi twitternya pagi ini Khalid berkata:"@PDRM memutuskan untuk tidak membenarkan forum ini diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia," katanya dalam laman sosial hari ini.

Ceramah Dr Zakir dengan tajuk "Similarities Between Hinduism and Islam" dijangka akan berlansung pada 17 April ini di Universiti Teknologi Malaysia.

Kehadiran Dr Zakir di Malaysia telah menimbulkan komflik antaranya membabitkan Hindraf dan Pemuda MIC.

Hindu Rights Action Force (Hindraf) meminta kerajaan untuk mengharamkan pendakwah itu daripada memasuki negara ini.

Manakala Ketua Pemuda MIC, C Sivaaraajh pula berhasrat untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang melarang Dr Zakir masuk ke negara ini.

Dr Zakir yang juga Presiden Islamic Research Foundation diajdualkan memulakan siri ceramah di Terengganu minggu lalu, atas jemputan kerajaan negeri.

Beliau dijadual akan berceramah di Stadium Hoki di Bukit Jalil pada 16 April dalam satu forum bertajuk "Is the Quran Gods Word."

Sebelum ini Dr Zakir pernah datang ke Malaysia pada 2012 turut mendapat bantahan sama dikalangan masyarakat Hindu negara ini.

Dr Zakir, adalah penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013, telah dilaporkan menimbulkan kemarahan masyarakat Hindu dengan menghina dewa-dewa mereka bersama-sama dengan amalan tidak memakan daging dikalangan pengamal "vegetarian".

Beliau juga dilaporkan tidak dibenarkan masuk ke Kanada dan United Kingdom pada tahun 2012 selepas menyatakan sokongannya terhadap kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Laporan PAC: Najib lantik penasihat tapi tidak minta nasihat, kata Mahfuz

Posted: 11 Apr 2016 05:25 AM PDT

MALAYSIA DATELINE

Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, Lembaga Penasihat yang dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hanya dianggap sebagai `tunggul kayu' dalam mengurus dan membuat keputusan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, surat perlantikan Ahli Lembaga Penasihat termasuk juga dari Kuwait, Qatar dan China yang ditandatangani oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB itu.

"Persoalannya, Lembaga Penasihat dilantik tetapi mesyuarat tidak pernah dibuat, nasihat pun tidak pernah berlaku. Ini memalukan Malaysia kerana PM Najib melantik orang luar jadi penasihat.

"Nama mereka terpampang dalam Laporan PAC tetapi mesyuarat Lembaga Penasihat tidak pernah diadakan. Kebimbangan saya ialah jika mereka membuat kenyataan kesal terhadap kerajaan Malaysia yang hanya memperalatkan mereka sebagai Lembaga Penasihat di atas kertas," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mahfuz lagi, Najib yang diperuntukan kuasa dalam artikel 117 M & A telah memberikan semua kebenaran bertulis kepada Lembaga Pengarah untuk semua perkara yang membabitkan komitmen kewangan dan pelaburan yang boleh memberi kesan kepada jaminan Kerajaan Persekutuan, tanpa merujuk dan meminta nasihat dan pandangan daripada Lembaga Penasihat.

"Pada hal kewujudan Lembaga Penasihat seperti yang diakui oleh Tan Seri Dr Irwan Siregar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dalam muka surat 26, Laporan Prosiding PAC bertarikh 19 Mei 2015 ialah bertanggung jawab untuk menasihati pengurusan syarikat dalam urusan perniagaan.

"Malangnya, seperti pengakuan Tan Seri Irwan tiada inisiatif dan pengurusan syarikat tidak pernah merujuk Lembaga Penasihat dalam apa jua tindakan.

"Ini menunjukkan semua komitmen kewangan dalam urusan perniagaan dan pelaburan yang boleh memberi kesan kepada jaminan kerajaan hanya dilakukan oleh PM Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat tanpa mendapat nasihat dan pandangan Ahli Lembaga Penasihat. PM Najib buat pandai-pandai dia sendiri yang akhirnya Penasihat menjadi 'Punahsihat',"ujarnya.

Justeru katanya lagi, Laporan Prosiding PAC jelas menunjukan Najib terlibat dan tidak boleh dilepaskan.
"Apa yang perlu ialah siasatan menyeluruh dan bebas mesti dilakukan dengan segera." ujarnya.

Bahkan beliau juga berasa hairan dan terkejut bila membaca laporan PAC berkaitan isu "Skandal Negara" 1MDB pada bahagian Laporan Prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

"Mengikut laporan prosiding tersebut pada Mesyuarat Jawatankuasa PAC bertarikh 19 Mei 2015 dalam muka surat 26 di perenggan pertama, Tan Seri Dr Irwan yang juga merupakan anggota Lembaga Penasihat 1MDB menyatakan yang Lembaga Penasihat tidak pernah bermesyuarat dan tidak pernah diminta nasihat oleh Lembaga Pengarah Syarikat dan tidak pernah dirujuk oleh PM Najib yang juga selaku Pengerusi Lembaga Penasihat.

"Dalam erti kata lain, Lembaga Penasihat jadi macam 'Tongkoi' dan 'Tunggui kayu'," sindir Mahfuz dalam loghat Kedahnya.

Muslimat Pas nafi dakwaan akan keluar parti kerana Husam

Posted: 11 Apr 2016 05:22 AM PDT

MALAYSIA DATELINE Mumtaz Md NawiMumtaz Md NawiDewan Muslimat Pas Kelantan menafikan kononnya ada wakil rakyat kalangan muslimat akan berhijrah kepada Parti Amanah Negara.

Ketua Penerangannya Mumtaz Md Nawi berkata, Muslimat Kelantan tetap kekal istiqamah bersama Pas selagi dasarnya tidak berubah.

Oleh itu beliau meminta parti serpihan terbabit menghentikan cubaan mengheret mereka terjebak dalam politik murahan ciptaan parti baharu itu.

"Mereka dilihat berusaha menarik ahli baharu khususnya kalangan muslimat, namun tidak berjaya.

"Kegagalan itu menyebabkan parti tersebut cuba mencetus perhatian umum di media sosial dengan membuat kenyataan yang berbentuk kontroversi," katanya dipetik portal rasmi parti itu Harakah online.
Semalam Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah mendedahkan kesemua empat wakil rakyat wanita Pas di Kelantan dijangka akan meninggalkan Pas jika Datuk Husam Musa dipecat oleh parti itu.

Pendedahan awal ini dibuat beliau melalui laman sosial Facebook apabila beliau dicabar untuk mendedahkan nama-nama wakil rakyat yang akan menyertai Husam itu.

Wan Abdul Rahim dilapor mendakwa sekiranya Adun Salor Datuk Husam Musa dikenakan tindakan, 10 Adun Pas manakala empapt daripada Adun terbabit dari  muslimat dijangka mengikut jejak langkahnya.

Mumtaz yang juga Adun Demit berkata ketika badai politik semakin tenang, tiba-tiba pimpinan parti baharu itu mencetus kontroversi politik terhadap Muslimat Negeri.

"Kami pimpinan muslimat negeri sering dilabel pelbagai nama dan tohmahan. Kami ingin menyatakan pendirian tetap istiqamah dengan perjuangan Pas," ujarnya.

Kalau Pas dalam Pakatan Rakyat bukan khadam DAP, begitulah Amanah dalam Pakatan Harapan

Posted: 11 Apr 2016 05:20 AM PDT

BORHAN AHMAD


Adly ZahariAdly Zahari


Dalam sistem politik negara ini ungkapan "khadam DAP" atau "khadam UMNO" tidak perlu.

"Sepanjang kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), ianya sekadar kerjasama politik dan PAS tidaklah menjadi khadam sesiapa.

"Begitulah juga kedudukan Amanah dalam Pakatan Harapan sekarang, tiada siapa menjadi khadam, yang wujud adalah usaha kearah saling kerjasama dan bantu membantu, bagi melawan salah guna kuasa dan rasuah, demi kebaikan rakyat Malaysia," kata Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari," dalam satu kenyataan hari ini.

Amanah katanya, mengambil pendekatan menjalin kerjasama dengan DAP dan Keadilan serta Gerakan Selamatkan Malaysia yang difikirkan satu pendekatan lebih baik untuk masa depan rakyat dan negara.

Parti Amanah yang baru muncul 6 bulan lalu menurut beliau akan terus memacu kehadapan untuk melawan kerajaan yang rasuah dan menindas, cukup diyakini oleh Parti Amanah Negara sebagai suatu tuntutan Islam.

"Terpulang kepada PAS merencana teman politik mereka dan kita harus berubah kepada politik nilai dari politik label-melabel," jelas beliau.

Pemuda Pas mahu IGP tarik balik larangan ceramah Dr. Zakir Naik

Posted: 11 Apr 2016 05:18 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE


Pemuda Pas mahu Zakir Naik dibenar ceramahPemuda Pas mahu Zakir Naik dibenar ceramah


Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) menggesa pihak polis menarik balik larangan ceramah Dr Zakir Naik bertajuk 'Similarities Between Hinduism and Islam' yang dijadualkan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada Ahad ini.

DPPM menyifatkan tindakan pihak polis melarang ceramah pendakwah perbandingan agama Dr Zakir Naik sebagai langkah ke belakang dan tunduk kepada tekanan pihak-pihak tertentu yang tidak dapat meraikan perbincangan ilmiah dalam dimensi perbezaan agama.

Ketua Penerangan DPPM Ahmad Fadhli Shaari berkata, sebarang ceramah yang diadakan oleh Dr Zakir Naik hanyalah bersifat perbandingan agama semata-mata dan boleh disangkal melalui hujah-hujah ilmiah juga dengan disaksikan oleh ribuan penonton secara langsung.

"Menghalang Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah di sebuah lokasi yang bersifat akademik hakikatnya merupakan satu tindakan lemah oleh sebuah kerajaan yang pernah menabalkan Dr Zakir Naik sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2012 yang lepas.

"Hadir dan berdialog secara berdepan ialah satu langkah yang paling sesuai, manakala menggelar penceramah ini sebagai 'syaitan' seperti yang dilakukan oleh pemimpin parti politik tertentu hanya mengesahkan sifat cauvinis dan rasis yang dinafikan selama ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan larangan ceramah tersebut menerusi twitternya pagi tadi.

Beliau berkata, larangan itu dibuat demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

DPPM bagaimanapun menggesa pihak polis menarik balik larangan tersebut dan mendesak pihak kerajaan untuk turut campur tangan bagi memastikan kebebasan bersuara yang menjadi salah satu elemen penting dalam amalan demokrasi terus dipertahankan.

"Adalah amat janggal apabila artis-artis dari luar negara bebas untuk mengadakan konsert di negara ini sekalipun dibantah oleh umat Islam,tiba-tiba seorang penceramah yang hanya menggunakan hujah ilmiah dihalang semata-mata bantahan dari golongan minoriti," kata Ahmad Fadhli.

Larangan syarahan intelektual Dr. Zakir Naik boleh hancurkan masa depan negara

Posted: 11 Apr 2016 05:15 AM PDT

MALAYSIA DATELINE "Negara boleh hancur dengan pemimpin bodoh yang turut mahu rakyat diperbodohkan," kata Gerakan Anak Muda Parti Amanah Negara (Amanah) mengulas larangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitter beliau berhubung syarahan umum tokoh intelektual antarabangsa, Dr Zakir Naik hari ini.

"Pemuda Amanah menyatakan kekecewaan yang amat mendalam terhadap larangan Ketua Polis Negara,
Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitter beliau berhubung syarahan umum tokoh intelektual antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Larangan ini mencerminkan tahap kongkongan pihak berkuasa yang amat parah terhadap 'intellectual discourse', yang seharusnya disuburkan, tidak dihalang apatah lagi dibatalkan sewenang-wenangnya," kata Ketua Pemuda Amanah Nasional Sany Hamzan dalam satu kenyataan yang disiarkan portal rasmi parti itu petang tadi.

Atas nama kebebasan bersuara dan kebebasan intelek katanya, Pemuda Amanah berpandangan syarahan-syarahan ilmiah seperti ini tidak harus dimusuhi oleh sesiapa pun. Jika wujud pun pertembungan pemikiran, perkara ini positif kerana sikap inkuiri yang sedia tertanam dalam jiwa generasi muda mampu disuburkan dengan penggalian ilmu yang lebih luas dan pandangan ilmiah yang lebih rencam, asalkan kesemuanya itu berteraskan ilmu dan hujah.

Beliau menyatakan pertentangan pendapat tidak sewajarnya berakhir dengan pihak berkuasa atau kerajaan memenangkan satu pandangan sahaja. Mungkin boleh diusulkan pandangan untuk dipentaskan forum yang menampilkan Dr Zakir Naik dengan pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau.

Hal ini lebih bertamadun daripada membantah atas alasan-alasan klise seperti 'ketenteraman awam dan sensitiviti agama' yang sebenarnya tidak menganjak apa-apa pun kemajuan pemikiran rakyat bahkan lebih menarik rakyat ke zon pembodohan.

"Pemuda Amanah teguh mempertahankan kebebasan intelek sebagai elemen teras pembinaan masa depan negara.

"Pemuda Amanah juga menyeru agar seluruh parti-parti politik, NGO-NGO, badan-badan kerajaan dan tokoh-tokoh agamawan untuk teguh mempertahankan prinsip yang sama. Negara tidak akan mundur dengan rakyat yang dibijakkan.

"Negara hanya akan hancur dengan pemimpin bodoh yang turut mahu rakyat diperbodohkan." tegas beliau

AirAsia tawar 50% diskaun kepada penumpang Rayani Air

Posted: 11 Apr 2016 05:10 AM PDT

 
Tawaran itu bermula hari ini sehingga 27 April ini untuk penerbangan ke Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu


air-asia


PETALING JAYA: Selain Malaysia Airlines, AirAsia turut menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus kepada penumpang Rayani Air yang terjejas.

Tawaran yang bermula hari ini sehingga 27 April itu adalah untuk penerbangan ke Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan memaklumkan, penumpang terjejas hanya perlu menunjukkan tempahan tiket yang sah.

Menurut Ketua Operasi Komersialnya, Spencer Lee, penumpang terjejas itu boleh mendapatkan potongan harga itu di Pusat Perkhidmatan dan Pelancongan AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota

Spencer berkata, AirAsia berharap tawaran itu dapat membantu mengurangkan kesulitan dihadapi penumpang terbabit, khasnya menerusi penambahan kekerapan penerbangan ke destinasi terjejas.

"Penumpang boleh pergi ke Pusat Pelancongan dan Perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang yang disenaraikan dan ejen-ejen perkhidmatan kami akan membantu mereka membuat tempahan," katanya.

Terdahulu, Malaysia Airlines turut menawarkan potongan harga buat penumpang terjejas yang telah menempah tiket Rayani Air.

Penumpang boleh menghubungi 1300-88-3000 atau mengunjungi kaunter-kaunter penjualan tiket Malaysia Airlines di seluruh negara.

Rayani Air menghentikan penerbangan minggu lalu, sejurus selepas 100 hari memulakan perkhidmatan dan Jabatan Penerbangan Awam hari ini mengumumkan penggantungan Sijil Penggendalian Udaranya selama tiga bulan serta inkuiri akan diadakan pada 12 Mei nanti.

Comments (0)