Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:07 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Bagan Datoh bakal jadi hab pendidikan

Posted: 10 Apr 2016 04:24 AM PDT

SINAR HARIAN


Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi


BAGAN DATOH - Penekanan berterusan diberikan kepada bidang pendidikan di Bagan Datoh dalam  usaha menjadikan daerah kecil ini satu daripada hab pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru itu, katanya pelbagai perancangan dan usaha giat dilakukan untuk merealisasikan matlamat itu setelah ia mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita mahu komitmen ini, yang Perdana Menteri setuju supaya dimartabatkan Bagan Datoh sebagai tempat punca kemakmuran, dapat direalisasikan.

"Untuk kita berada dalam mobiliti sosial secara vertikal, tiada jalan lain melainkan pendekatan akademik," katanya semasa merasmikan penutupan program Libatsama Komuniti Berfokus (PeACE) 2016 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini,hari ini.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Wahid Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Datuk Shahrul Zaman Yahya.  

PeACE 2016 bertujuan membantu kerajaan melaksanakan transformasi komuniti luar bandar selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di bawah Projek Transformasi Luar Bandar.

Program usahasama itu dijayakan dengan penglibatan 300 mahasiswa dari UTM, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara(UiTM) kampus Seri Iskandar dan Universiti Teknologi Petronas serta sebuah Kolej Komuniti di Perak.

Ahmad Zahid berkata bagi mencapai matlamat itu, sebuah politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara selain lebuh raya yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Bagan Datoh sedang dibina di Bagan Datoh.

Sementara itu, Wahid berkata PeACE 2016 terbahagi kepada dua fasadengan fasa pertama dimulakan dari 3 hingga 9 April denganberkonsepkan ukhwah, kesukarelaan dankhidmat sosial antara mahasiswa dan komuniti.

Fasa dua bermula dari 23 April hingga 30 Oktober yang melibatkan tiga Projek Berimpak Tinggi iaitu Pertanian Fertigasi, Teknologi Fibreglass dan Pembangunan Platform e-Niaga Berpusat.

"Ketiga-tiga projek ini dilaksanakan sebagai projek penyelidikan jangka pendek di bawah geran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

"Ia dijangka dapat membantu dalam membangunkan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Bagan Datoh selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti setempat," katanya. -Bernama


Tulisan jawi sebati dengan Tok Kiew

Posted: 10 Apr 2016 04:22 AM PDT

Tulisan jawi sebati dengan Tok Kiew
Tok Kiew mampu menulis tulisan jawi dengan lancar serta membacanya dengan fasih. Gambar kanan: Tulisan jawi yang ditulis tangan oleh Tok Kiew.
 


MACHANG - Orangnya cukup mesra dan peramah. Jika ingin membeli barangan keperluan dapur, serah sahaja senarai barangan yang diinginkan dan semuanya akan disiapkan untuk anda.

Namun, jangan terkejut sekiranya terlihat senarai barangan yang dihulurkan ditulis dalam tulisan jawi dan diterima dengan senyuman oleh Kang Tok Kiew.

Tok Kiew, 72, atau lebih mesra disapa Mek dalam kalangan pelanggannya, bukan sahaja mampu membaca tulisan jawi, tetapi mampu menulisnya dengan lancar.

Baginya, tulisan jawi sudah sebati dalam jiwanya malah langsung tidak kekok menulisnya, sekalipun dia mempelajari tulisan itu pada usia enam tahun.

Mek berkata, tulisan jawi adalah perkara wajib pada zamannya jika ingin belajar di sekolah rakyat dan dia menganggapnya sebagai kelebihan sekalipun tidak beragama Islam.

Bergaul dengan orang Melayu

"Saya tinggal berdekatan kampung orang Melayu dan bergaul mesra dengan mereka. Bila buka sekolah rakyat, saya cukup teruja untuk ke sekolah yang terletak di Kampung Gondang, dekat Kemubu itu.

Mujurlah mak menyokong hasrat saya dan saya merupakan satu-satunya pelajar perempuan Cina di sekolah itu.

"Bagi saya, ia bukan halangan sebab saya dah kenal ramai pelajar Melayu yang lain sejak dari awal. Pada waktu itu, saya cukup gembira dapat ke sekolah  dan untuk menguasai pelajaran yang diajar, kita perlu mahir tulisan jawi," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kedainya di Pasar Machang, di sini.

Berasal dari Kampung Tok Kong, dekat Keterah, Mek berkata, dia mula menguasai tulisan jawi sejak usia sembilan tahun dalam usaha memastikan dia dapat mengikuti pelajaran yang diajar.

Katanya, selain belajar di sekolah, dia juga gigih membuat latihan di rumah bagi memastikan dia dapat menguasai jawi dengan cepat.

Tambahnya, jawi adalah bahasa pengantar utama pada ketika itu dan dia memilih sekolah rakyat biarpun ada dalam kalangan kaumnya yang mengadakan kelas-kelas pelajaran secara peribadi, melibatkan kumpulan kecil di rumah.

Tidak boleh kuasai bahasa Mandarin

"Sekolah Cina ada, tetapi di Tumpat, jauh sangat, tak boleh nak pergi, jadi saya selesa dengan sekolah rakyat. Lagipun saya memang dah biasa bergaul dengan orang Melayu.

"Saya juga boleh menguasai bahasa Melayu, malangnya tidak bahasa Mandarin. Bahasa itu jarang digunakan dan saya juga tidak diajar menulis dan membacanya," katanya yang kini menetap di Kampung Chekok Tok Chuba, dekat sini.

Menurut Mek, dia juga selesa membaca akhbar Melayu dan banyak menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan sehariannya, memandangkan sebahagian besar pelanggannya adalah Melayu.

Katanya, dia mula berniaga di pasar itu sejak 1983 dan kekal hingga kini, sekalipun pasar telah berpindah tempat.

Tambah Mek, dalam keluarganya, hanya dia dan seorang abangnya mampu menulis dan membaca tulisan jawi dan tidak diwarisi oleh ahli keluarga yang lain.

"Saya juga sukakan baju kebaya dan sehingga kini masih mempunyai beberapa pasang pakaian itu dan dipakai ketika majlis keramaian. Jiwa saya dengan orang Melayu terlalu dekat, malah langsung tidak kekok untuk bersama-sama dalam apa sahaja majlis atau acara.

"Suasana yang harmoni itu masih segar dalam kehidupan rakyat terutamanya di Kelantan, sekalipun kami berbeza agama, adat dan budaya," katanya.


Guru Pukul Pelajar Ditamatkan Khidmat Serta-Merta

Posted: 10 Apr 2016 04:03 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Mohd Rohaizad Abdullah (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat mengenai kes seorang guru mencederakan anaknya Farah Izzati (tengah) pelajar tingkatan satu Sekolah Model Khas Baling Isnin lalu 


ALOR SETAR: Guru sambilan yang didakwa mencederakan tiga pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Baling pada Isnin lalu sehingga seorang daripadanya retak tulang tangan, telah ditamatkan perkhidmatan serta-merta. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah (JPN) Datuk Azuyah Hassan berkata tindakan terhadap guru itu dibuat hasil perbincangan antara waris pelajar, sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). 

"Pada 6 April lalu, sekolah telah mengadakan mesyuarat permuafakatan bersama waris pelajar terlibat dan guru terbabit dan setelah persefahaman dipersetujui, semua waris menerima pemohonan maaf daripada guru itu dan bersetuju menyerahkan kes kepada sekolah untuk diselesaikan.

"Selepas mendapat persetujuan waris, sekolah dan PIBG telah berbincang dan memutus menamatkan tugas guru sambilan itu sebagai guru al-Quran berkuat kuasa serta-merta," katanya pada sidang media pada Sabtu. 

Katanya, waris, sekolah dan JPN telah bersetuju menyelesaikan perkara itu diantara mereka dan akan menyerahkan kes berkenaan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Azuyah berkata ketiga-tiga pelajar yang cedera dalam kejadian itu telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan telah dibenarkan pulang ke rumah serta diberikan cuti oleh doktor.

"Dua pelajar yang hanya mengalami cedera ringan di pinggang dan kepala diberi cuti satu dan dua hari manakala pelajar yang retak tulang tangan kanan diberi cuti sebulan. 

"JPN telah mengarahkan sekolah untuk memastikan keperluan dan kebajikan pelajar terlibat selain turut menyediakan sesi kaunseling secara berkala kepada mereka bagi mengembalikan semangat untuk terus bersekolah," katanya.

Dalam kejadian 4 April lalu, ketiga-tiga pelajar telah dipanggil guru itu ke dewan makan sekolah untuk mengaji al-Quran dan semasa mereka mengambil tempat dikerusi berdekatan dengannya, guru berkenaan secara tiba-tiba membaling kerusi plastik ke arah pelajar terbabit sehingga menyebabkan kecederaan. -Bernama

Video Wanita Bercoli Hijau Mengamuk Di Stesen Komuter Jadi Viral

Posted: 10 Apr 2016 04:01 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
PETALING JAYA: Video seorang wanita memakai coli berwarna hijau dan seluar ketat merah jambu sedang bertengkar dengan seorang lelaki di sebuah stesen komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) telah tersebar di media sosial.

Video berdurasi 2.37 minit itu yang disiarkan di YouTube, menunjukkan wanita itu sedang membawa beg sandang dan membaling botol air dan juga kerusi plastik kepada lelaki itu, yang dikatakan kakitangan KTMB.

Selain dilihat melakukan provokasi terhadap lelaki itu, dia juga dilihat menendang lelaki berkenaan.

Video itu, yang disiarkan pada Jumaat, telah dilihat sebanyak 797 kali di YouTube dan juga dikongsi secara meluas di Facebook.

Kebanyakan pengguna internet yang berkongsi video itu memuji kesabaran lelaki yang berdepan dengan wanita terbabit yang mengamuk dengannya.

"Tangkap dan rotan kerana membuat kecoh di tempat awam," tulis Jesinderan Subramaniam manakala Jason Lee menulis bahawa wanita itu jelas 'tidak sempurna akal'.

Di YouTube, Rezza Ghazali tertanya-tanya wanita itu datang dari negara mana.

"Adakah dia rasa di sini adalah pantai di Miami?" katanya.
 
 

Zahid Rasmi Projek Rancangan Tebatan Banjir Bernilai RM75 Juta

Posted: 10 Apr 2016 03:58 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perak Datuk Ir. Abdul Razak Dahalan (kiri) menunjukkan pelan tebatan banjir Sungai Perak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis Pecah Tanah Projek Rancangan Tebatan Banjir Teluk Intan di Kampung Terengganu, teluk Intan, Ahad. -fotoBERNAMA
 
 
TELUK INTAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad merasmikan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Intan bernilai RM75 juta sebagai rancangan jangka panjang yang mampu bertahan sehingga 2100.

Projek kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu merupakan sambungan daripada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) merangkumi kerja pembinaan tambak batu sepanjang 2.2km, terbahagi kepada dua zon bermula Disember tahun lepas dan dijangka siap hujung 2018, bagi mengatasi masalah hakisan tebing dan banjir.

Ia merupakan pakej enam dan tujuh bagi Fasa Kedua melibatkan pembinaan Zon B di tebing sepanjang Jalan Woo Saik Hong hingga ke Jeti Kampung Terengganu di Pasir Berdamar dekat sini, sepanjang 1.7km, manakala pembinaan Zon A hanya sejauh 500 meter di sepanjang Jalan Wah Keng Jooi.

Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata ia akan memberi faedah kepada 247,000 penduduk yang tinggal berdekatan lembangan Sungai Perak di kawasan seluas 16.25km persegi di seluruh Hilir Perak apabila projek itu siap kelak.

"Sungai Perak merupakan yang kedua terpanjang di Semenanjung selepas Sungai Pahang dan ia (pembinaan projek) tidak harus dilihat sebagai projek tebatan banjir semata-mata.

"Ini kerana ia juga boleh menghalang sampah sarap dari hulu Sungai Perak daripada berkumpul di muara ini.

"Saya harap projek ini dapat disiapkan dalam tempoh terdekat mengikut kemampuan kewangan kerajaan," katanya pada majlis pecah tanah projek RTB Teluk Intan di Dewan Terbuka Kampung Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan Datuk Seri Mah Siew Keong; dan Exco Belia Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya yang mewakili Menteri Besar Perak.

Menurut Ahmad Zahid, projek RTB itu juga dapat mengelak berlakunya banjir yang sering melanda di Kampung Permatang Pelanduk serta kawasan sekitar Changkat Jong di sini, yang disebabkan oleh air pasang.

Paras tanah di bandar Teluk Intan antara 1.6 dan 2.5 meter selain sebahagian besarnya lebih rendah daripada paras air pasang 2.75 meter, menyebabkan ia sentiasa terdedah dengan masalah banjir serta hakisan dan keruntuhan tebing sungai yang boleh mengancam keselamatan penduduk.

Sementara itu, Wan Junaidi pada sidang media berkata kerajaan Pusat menganggarkan kira-kira RM39 bilion diperlukan ketika ini bagi melaksanakan projek RTB di seluruh negara.

Beliau, bagaimanapun berkata kos itu dijangka terus meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang secara berperingkat.

"Kita menganggarkan kos tambahan RM340 juta akan diperuntukkan bagi Pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Perak di Teluk Intan membabitkan kos RM250 juta, manakala RM8.5 juta pula akan diperuntukkan di Bagan Datoh pada masa akan datang.

"Ini termasuk juga beberapa projek kecil bernilai antara RM200,000 dan RM1 juta akan dilaksanakan bagi projek tebatan banjir," katanya.

Serbuan penguatkuasa JAWI di majlis `mak nyah’ profesional – Peguam

Posted: 10 Apr 2016 03:54 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Semua peguam bela dan peguam cara diingatkan supaya memelihara martabat profesion mereka pada setiap masa termasuk ketika mewakili pelanggan atau menjalankan tugas mempertahankan mereka yang didakwa bersalah.


jawi-raid


KUALA LUMPUR: Anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) harus dipuji atas tindakan profesional ketika menyerbu majlis makan malam komuniti transgender di sebuah hotel, Ahad lepas.

Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) dan Peguam Prihatin untuk Keadilan (CLJ) dalam kenyataan bersama di sini hari ini berkata, penguat kuasa agama itu hanya menjalankan tugas mereka, mengikut parameter perundangan seperti yang tertakluk di bawah undang-undang.

"Selepas menonton rakaman video kekecohan berikutan serbuan itu yang berdurasi 3 minit 04 saat, kami memuji pegawai Jawi yang bertindak profesional dan berhemah.

"Ini dilakukan walaupun berdepan ugutan dan gangguan daripada mereka yang hadir dalam majlis itu, terutama peguam yang kelihatan mengherdik dan begitu sombong terhadap mereka," tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Ketua Eksekutif CENTHRA, Azril Mohd Amin dan Koordinator Kempen CLJ, Aidil Khalid.

Dalam pada itu, CENTHRA dan CLJ ingin mengingatkan semua peguam bela dan peguam cara supaya memelihara martabat profesion itu pada setiap masa termasuk ketika mewakili pelanggan atau menjalankan tugas mempertahankan mereka yang didakwa bersalah.

Mereka juga perlu menjalankan tugas dengan jujur, berhemah dan saksama, serta mengelak daripada perbuatan menghina atau menyakitkan hati, seperti yang digariskan dalam Profesion Undang-undang (Amalan dan Etika) 1978.

Dalam kenyataan itu, Azril dan Aidil juga berkata semua pihak perlu faham dan menghargai tugas dan tanggungjawab yang dipikul pihak berkuasa atas perkara yang dianggap berada dalam kawasan tertutup.

"Apabila wujud aduan yang boleh dipercayai atas salah laku, walaupun kesalahan itu dilakukan di kawasan tertutup, adalah menjadi tanggungjawab menghalang kesalahan itu daripada terus berlaku.

"Walaupun prinsip asas tajassus contohnya mengintip perbuatan seseorang yang dilakukan di tempat tersembunyi, adalah dilarang Islam, kami percaya kes ini berada di luar tajassus kerana ia diadakan di kawasan awam, walaupun dalam kawasan tertutup, katanya.

Mengakui dosa yang dilakukan dalam kawasan tertutup hanya diketahui Tuhan dan pelakunya, negeri dan komuniti secara keseluruhan, turut bertanggungjawab mahukan kebaikan dan melarang daripada melakukan kejahatan.

"Dalam perkara ini, kita diingat dengan kes Mahkamah Rayuan mengenai The Herald – mengisytiharkan kepentingan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, bahawa ia mengenakan obligasi positif kepada Persekutuan untuk melindungi, mempertahankan, menggalakkan dan juga memberi kesan menerusi tindakan kerajaan yang sesuai, kepada perundangan Islam dan memudahkan serta menggalakkan orang ramai menjalankan kehidupan mereka mengikut peraturan Islam, dalam kehidupan rohani dan harian," kata mereka.

CENTHRA dan CLJ juga meminta rakyat Malaysia memberikan komitmen untuk membenarkan petugas penguat kuasa menjalankan tugas tanpa ugutan dan gangguan.

Beberapa portal berita melaporkan Jawi menyerbu majlis makan malam transgender yang díanggap Pertandingan Ratu Cantik Transgender pada 3 April epas.-Bernama

BN gagal, bawa negara ke arah pengunduran – ADUN DAP

Posted: 10 Apr 2016 03:36 AM PDT

Kerajaan BN dibawah pentadbiran Najib telah mengakibatkan Malaysia kehilangan daya saing di arena antarabangsa.

eddie,najib


PETALING JAYA : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP-Balakong Ng Tien Chee menyelar Datuk Seri Najib Tun Razak apabila menyatakan hanya kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mampu membawa semua kaum termasuk minoriti ke tahap lebih tinggi.

Tien Chee atau lebih mesra dengan panggilan Eddie mendakwa, BN bukan sahaja gagal membawa perkembangan kepada semua lapisan masyarakat mahal, turut membawa negara ini ke arah pengunduran.

"Kelemahan kerajaan BN terutamanya dibawah pentadbiran Najib Tun Razak telah mengakibatkan Malaysia kehilangan daya saingan di arena antarabangsa.

"Hutang negara yang makin meningkat di bawah pentadbiran Najib telah mencecah RM630.5 bilion. Ini jelas membuktikan kelemahan Perdana Menteri yang paling kontroversi di Malaysia itu," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambahnya, selain tidak mampu untuk menjelaskan secara terperinci skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kemasukan RM2.6 bilion ke akaun peribadinya, Najib juga menyebabkan semua lapisan masyarakat Malaysia dibebani dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Dalam pada itu, Eddie turut mencabar Perdana Menteri menaikkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) seluruh negara dari RM720 ke RM1500 seperti yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, beliau khuatir Najib tidak berani untuk menerima cabarannya itu kerana jumlah keluarga di bawah paras kemiskinan akan meningkat dengan mendadak.

Semalam, Najib menegaskan hanya kerajaan BN yang mampu membawa semua kaum termasuk minoriti ke tahap lebih tinggi dengan menyediakan platform bersesuaian buat keperluan mereka.

Beliau berkata dengan bantuan kerajaan, kehidupan semua lapisan masyarakat di negara ini semakin berkembang maju terutamanya dari aspek ekonomi dan sosial sehingga kaum minoriti turut mendapat pengiktirafan dan penghormatan termasuk etnik Telugu.



Cadangan mansuh Lembaga Penasihat 1MDB disokong

Posted: 10 Apr 2016 03:35 AM PDT

 
Ia merupakan satu cadangan yang amat baik dan perlu dilaksanakan dengan segera.


wan-jan


PETALING JAYa: Cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mahu agar Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan mendapat sokongan Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah penghapusan itu wajar kerana badan itu menghadapi satu masalah pentadbiran yang kelam kabut.

"Kalau kita baca dalam bahagian ulasan, laporan itu menyentuh soal Lembaga Penasihat kalau tak silap saya hanya satu perenggan…satu bahagian itu sahaja disebut mengenai penglibatan Lembaga Penasihat.

"PAC tidak ulas langsung mengenai Lembaga Penasihat tetapi dalam cadangannya, salah satu daripada lima cadangannya ialah Lembaga Penasihat perlu dihapuskan.

"Jadi, ini sekali lagi menimbulkan persoalan. Ada jurang yang besar daripada tak bincang langsung tiba-tiba kata kena hapuskan. Kenapa begitu cadangannya?" katanya yang dipetik dari Sinar Online.

PAC dalam laporan itu mengesyorkan supaya Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan berserta Artikel 117 dalam Memorandum dan artikel syarikat itu.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, ada kemungkinan wujud konsep 'shadow director' dalam 1MDB yang biasa dalam pentadbiran korporat namun tidak disiasat PAC.

"Konsep 'shadow director' ini maksudnya, beliau mungkin bukan lembaga pengarah yang dinamakan dalam Lembaga Pengarah sebenar tetapi beliau lah sebenarnya yang paling berkuasa…yang menjalankan peranan sebagai lembaga pengarah yang sebenar.

"Jadi, persoalan saya ialah adakah PAC menyiasat mengenai perkara itu? Jika sekiranya PAC tidak menyiasat mengenai konsep berkenaan sekalipun, laporan ini menimbulkan kemungkinan bahawa CEO bertindak atas arahan 'shadow director'.

"Jika ada siasatan dijalankan selepas ini, siasatan itu mesti mencari sekiranya ada 'shadow director' yang sebenarnya menjadi pemain utama dalam 1MDB selama ini," katanya.

Dalam laporannya, PAC mendapati pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan Lembaga Pengarah atau pun bertindak sebelum kelulusan khusus daripada Lembaga Pengarah.

PAC juga meminta pihak berkuasa supaya menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak yang berkaitan kerana beliau perlu bertanggungjawab atas kelemahan serta kekangan dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

BN gagal, bawa negara ke arah pengunduran – ADUN DAP

Posted: 10 Apr 2016 01:45 AM PDT

 
Kerajaan BN dibawah pentadbiran Najib telah mengakibatkan Malaysia kehilangan daya saing di arena antarabangsa.


eddie,najib


PETALING JAYA : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP-Balakong Ng Tien Chee menyelar Datuk Seri Najib Tun Razak apabila menyatakan hanya kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mampu membawa semua kaum termasuk minoriti ke tahap lebih tinggi.

Tien Chee atau lebih mesra dengan panggilan Eddie mendakwa, BN bukan sahaja gagal membawa perkembangan kepada semua lapisan masyarakat mahal, turut membawa negara ini ke arah pengunduran.

"Kelemahan kerajaan BN terutamanya dibawah pentadbiran Najib Tun Razak telah mengakibatkan Malaysia kehilangan daya saingan di arena antarabangsa.

"Hutang negara yang makin meningkat di bawah pentadbiran Najib telah mencecah RM630.5 bilion. Ini jelas membuktikan kelemahan Perdana Menteri yang paling kontroversi di Malaysia itu," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambahnya, selain tidak mampu untuk menjelaskan secara terperinci skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kemasukan RM2.6 bilion ke akaun peribadinya, Najib juga menyebabkan semua lapisan masyarakat Malaysia dibebani dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Dalam pada itu, Eddie turut mencabar Perdana Menteri menaikkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) seluruh negara dari RM720 ke RM1500 seperti yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, beliau khuatir Najib tidak berani untuk menerima cabarannya itu kerana jumlah keluarga di bawah paras kemiskinan akan meningkat dengan mendadak.

Semalam, Najib menegaskan hanya kerajaan BN yang mampu membawa semua kaum termasuk minoriti ke tahap lebih tinggi dengan menyediakan platform bersesuaian buat keperluan mereka.

Beliau berkata dengan bantuan kerajaan, kehidupan semua lapisan masyarakat di negara ini semakin berkembang maju terutamanya dari aspek ekonomi dan sosial sehingga kaum minoriti turut mendapat pengiktirafan dan penghormatan termasuk etnik Telugu.

Polis: Tiada bukti dua suspek pengganas masuk ke Malaysia

Posted: 10 Apr 2016 01:31 AM PDT

BERNAMA




Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini turut mengesahkan bahawa polis tidak menerima maklumat yang menunjukkan dua lelaki rakyat Turki etnik Uighur masuk ke negara ini melalui laluan sah.

Polis bagaimanapun telah memperhebat pemantauan di laluan-laluan haram di sempadan negara bagi mengesan kedua-dua individu terbabit yang disyaki merancang melakukan serangan ganas di Thailand.

"Tiada bukti mereka telah masuk melalui jalan sah tetapi kami sedang memanjangkan leher (memantau) di laluan haram," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Semalam, Gabenor Surat Thani, Wongsiri Promchana memaklumkan kepada Bernama, menerusi maklumat yang diterima daripada Pejabat Imigresen Thailand di Phuket, dua lelaki berkenaan sedang menuju ke Malaysia.

Mereka disyaki merancang melakukan serangan di Thailand termasuk di destinasi pelancongan popular seperti Phuket dan Koh Samui, yang dijangka sesak dengan pengunjung sempena Festival Songkran yang akan bermula 12 April ini.

Hujung tahun lalu, dua etnik Uighur China ditahan dan kemudian didakwa di Mahkamah Tentera Thai pada Februari tahun ini atas tuduhan terlibat dengan pengeboman sebuah kuil di Bangkok yang mengorbankan 20 mangsa dan mencederakan lebih 120 yang lain.

Imigresen tiada maklumat

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan dua lelaki itu memasuki negara ini.

"Kami sentiasa berjaga-jaga jika mereka masuk melalui pintu sempadan negara tetapi setakat ini tiada rekod yang menunjukkan mereka masuk ke sini.

"Bagaimanapun, sekiranya kedua-dua lelaki itu masuk melalui laluan yang tidak diwartakan, ia memerlukan kerjasama daripada agensi keselamatan yang berkaitan untuk mengesan mereka," katanya kepada Bernama, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini telah menerima maklumat mengenai perkara itu dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga selain menjalankan pemeriksaan yang ketat khususnya berkaitan dokumen perjalanan di pintu sempadan negara.


TV3 juga mahu siar debat Guan Eng- Abdul Rahman

Posted: 10 Apr 2016 01:26 AM PDT

MALAYSIAKINI





Rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) bersedia untuk menyiarkan debat antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan bersama Lim Guan Eng dalam isu tanah Taman Manggis dan pembelian banglo ketua menteri Pulau Pinang itu.

Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Mohd Asyraf Abdullah berkata, walaupun mengambil maklum kesanggupan RTM untuk menyiarkan debat berkenaan namun pihaknya juga bersedia menyiarkan debat itu secara langsung, lapor Berita Harian.

"Saya ingin menyatakan bahawa Rangkaian Televisyen MPB juga bersedia menyiarkan debat terbabit secara langsung di TV3 seperti yang disarankan oleh Guan Eng pada tarikh dan masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pendebat," katanya.

Sebelum ini, Abdul Rahman dalam catatan Twitternya berkata:

"Saya menyambut baik debat umum mengenai (tanah) Taman Manggis itu. Pegawai saya akan hubungi pihak anda (YAB Ketua Menteri) untuk menyelesaikan butiran yang perlu."

"Debat itu akan membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran di sebalik skandal Taman Manggis," Abdul Rahman dipetik sebagai berkata.

Sehubungan itu Lim pada Khamis lalu menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan anggota parlimen Kota Belud itu mengenai perkara tersebut, malah mahukan acara itu disiarkan secara langsung melalui TV3.

BN sebelum ini mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP menjual tanah Taman Manggis sedangkan tanah itu telah diperuntuk bagi pembinaan rumah mampu milik.


1MDB: Bukan Shahrol saja harus dipersalahkan, kata NGO

Posted: 10 Apr 2016 01:19 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kumpulan hak asasi manusia Proham hari ini berkata dakwaan pecah amanah melibatkan dana milik negara 1MDB bukan tanggungjawab bekas ketua pegawai eksekutifnya.

Menjawab laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, Proham terkejut dengan pendedahan struktur tadbir urus yang lemah dan pemantauan yang dimulakan terhadap jumlah wang yang besar milik rakyat.

"Kami menyatakan kebimbangan terhadap kegagalan lembaga pengarah, majlis penasihat dan kementerian kewangan untuk memulakan semak dan imbang yang mencukupi.

"Kami tidak bersetuju bahawa pecah amanah terletak semata-mata kepada ketua pegawai eksekutif 1MDB dan oleh itu laporan Ketua Audit Negara adalah penting dkeluarkan segera," kata Pengerusi Proham Kuthubul Zaman Bukhari dan Setiausaha Agung Denison Jayasooria dalam satu kenyataan.

Proham menyatakan bahawa kelewatan dalam mengeluarkan laporan itu telah memberi persepsi negatif kepada orang ramai mengenai pendedahan penuh dan ketelusan siasatan.

Laporan 106 muka surat itu telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam tadbir urus dan membuat keputusan 1MDB.

Laporan PAC yang dikeluarkan di Dewan Rakyat pada 7 April antara lain, menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan lain-lain dalam pengurusan.

Shahrol Azral, bagaimanapun, menegaskan bahawa tidak ada salah laku atau aktiviti menyalahi undang-undang di syarikat itu di bawah penyeliaan beliau.

Beliau juga berjanji untuk terus memberi kerjasama sepenuhnya bagi sebarang siasatan lanjut, setelah muncul di hadapan anggota PAC dan memberikan akaun ketika beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.

MCA bidas Dr M minta campur tangan asing, gelarnya khianat

Posted: 10 Apr 2016 01:17 AM PDT

MALAYSIAKINI




Seruan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapat campur tangan asing bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah perbuatan khianat, dakwa pemimpin MCA.

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Ti Lian Ker berkata cadangan Mahathir seperti yang dilaporkan dalam The Australian semalam adalah "teruk dan sama seperti pengkhianatan".

"Saya percaya ramai, walaupun di antara pembangkang akan tidak bersetuju dengan telatah terbarunya menjemput campur tangan asing dalam hal ehwal dalam negara.

"Tidak ada justifikasi untuk menjemput campur tangan asing atau menyerahkan kedaulatan negara dan pemerintahan sendiri kepada negara asing," kata Ti dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir sebelum ini mengisytiharkan 'perang terbuka' terhadap penggantinya Najib dan bergabung dengan pembangkang serta masyarakat sivil dalam Deklarasi Rakyat bagi menggesa perdana menteri meletakkan jawatan berhubung dakwaan skandal yang dihadapinya.

Semalam dalam temu bual bersama akhbar harian Australia memberitahu bahawa campur tangan asing adalah satu-satunya jalan yang tinggal untuk menyelamatkan negara ini kerana tiada pilihan lain.

Bekas pengarah perhilitan bebas tuduhan curi sumbu

Posted: 10 Apr 2016 01:02 AM PDT

Bekas pengarah perhilitan bebas tuduhan curi sumbu
Yusuff memeluk ibunya, Maisarah Silong, 84 selepas Mahkamah Sesyen membebaskan tuduhan ke atasnya, pagi tadi.
 
JOHOR BAHRU - Bekas Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi ini atas tuduhan mencuri sumbu badak milik Muzium Diraja Johor pada Oktober tahun lalu.

Hakim, Sabariah Atan membuat keputusan itu selepas Ketua Unit Pendakwaan, Saiful Edris Zainuddin memohon mahkamah menarik balik kes itu terhadap Yusoff Shariff, 47.

Dalam prosiding mahkamah, Saiful memohon menarik balik kes atas alasan mendapat arahan untuk membatalkan kes itu.

Manakala Peguam, Datuk Hanif Hassan memohon mahkamah membatalkan kes serta melepas dan membebaskan anak guamnya.

Sabariah meluluskan pembatalan kes itu dan memerintahkan wang jaminan RM5,000 dikembalikan.

Sebelum ini Yusuff mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke mahkamah sama pada 28 Disember lalu atas dakwaan mengambil sumbu badak yang disimpan di bahagian hadapan Muzium Diraja Johor, Bangunan Sultan Ibrahim tanpa kebenaran sah pada 19 Oktober tahun lalu.

Pada 31 Mac lalu, pihak pendakwaan menghantar represantasi kepada pihak pendakwaan bagi rayuan  membatalkan kes.


Jakim siasat status halal mi segera dari Korea

Posted: 10 Apr 2016 12:59 AM PDT

halal
Gambar hiasan.


SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap mi segera dari Korea yang diragui status halalnya.

Menurut Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal berkata, hasil siasatan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Untuk makluman pengguna, mi segera ini merupakan produk Korea yang telah mendapat pengesahan daripada Korea Muslim Foundation (KMF) iaitu salah sebuah Badan Pensijilan Halal yang diiktiraf oleh Jakim.

"Namun begitu, status logo dan kehalalan produk tersebut belum dapat dikenal pasti. Siasatan bersama pihak KMF di Korea sedang giat dilakukan. Hasil siasatan akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.

Semalam, paparan skrin yang menunjukkan perbualan tentang status halal mi segera dari Korea itu menjadi viral kerana didakwa mengandungi unsur syubhah gara-gara menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.

Menurut Jakim lagi, setiap badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf telah diaudit berdasarkan prosedur dan piawaian ditetapkan oleh pihaknya.

"Pengguna diharap tidak membuat andaian awal sehingga pengesahan daripada pihak KMF diperoleh," katanya.


Portal lapor spekulasi Ezam sertai PKR

Posted: 09 Apr 2016 10:43 PM PDT

MALAYSIAKINI




Sebuah portal menyiarkan spekulasi bahawa bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka menyertai PKR dalam masa terdekat bagi membantu memperkukuhkan politik Presiden parti itu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Memetik sumber, laman portal SuaraTV melaporkan Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan serta perbincangan bersama bekas ketua pemuda PKR itu.

"Apa yang saya boleh katakan ketika ini, kak Wan (Wan Azizah) telah pun mengadakan perbincangan bersama Ezam dan satu pelan sedang dirangka untuk membawanya kembali bersama PKR.

"Setakat ini hasil perbincangan amat positif dan Ezam dikatakan telah bersetuju untuk membantu mengukukuhkan sokongan politik kak Wan di dalam PKR yang semakin merosot, malah Ezam baru-baru ini juga dilihat semakin 'garang' menyerang pentadbiran Najib dan itu merupakan sebahagian daripada strategi yang diatur," kata sumber itu dipetik sebagai berkata.

SuaraTV turut melaporkan antara peranan dan tanggungjawab Ezam ialah mewujudkan 'check dan balance' di dalam PKR yang ketika ini didakwa sedang didominasi oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali.

"PKR ketika ini sedang dikuasai oleh Azmin dan orang-orangnya dan perkembangan itu dilihat sangat bahaya untuk politik Kak Wan.

"Azmin telah mengunakan kesempatan sebagai menteri besar Selangor untuk mengukuhkan kedudukan politiknya sekaligus menyebabkan pengaruh Kak Wan semakin lemah" katanya lagi.

Ezam meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyertai semula Umno pada tahun 2008.

Pada 2010 Ezam kemudian dilantik sebagai senator. Bagaimanapun selepas tempoh beliau sebagai senator berakhir pada 2014, beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Hisbah Centre For Reform.

Beliau juga didakwa dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014. Namun sejak 1 April lalu, Ezam didakwa tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan.

Malaysiakini juga telah menghubungi Ezam untuk mendapatkan komen berhubung perkara ini namun masih tidak berjaya.


Adakah Najib pak turut atau pak pandir?

Posted: 09 Apr 2016 10:29 PM PDT

Hazlan Zakaria  




ULASAN Arakian sesuatu yang kita perlu teliti dan fikir, jika benar Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak bersalah dalam kelompongan dan kelemahan pentadbiran syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad ataupun ringkasnya 1MDB, nescaya adakah bermakna beliau seorang Pak Turut atau Pak Pandir?

Sayugia selepas saja keluarnya laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (JKA) tentang kemelut itu, maka berpusu-pusulah gerangan pengikut setia si perdana menteri melaungkan yang "Najib tidak bersalah".

Maka bertempiklah si pahlawan Melayu jati Sabah, teuku dari Indonesia, akak senteng tangan dan angkat kain, peng-Tweet tersohor dari Kota Belud dan mereka yang sewaktu dengannya membuka langkah dan tari silat.

Namun adakah mereka fikir yang jika berlandaskan laporan JKA terbabit, Najib memang sah dan tidak was-was lagi, adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB. Ia semestinya halal dan toyyiban.

Arakian walaupun bukan seakan tuan penasihat dalam cerita klasik P Ramlee Tiga Abdul, yang mendapat dua puluh lima peratus hasil dari putar belit saudagar penipu Sadik Sigaraga, jawatan tersebut disebut, katanya, sebanyak 39 kali dalam laporan JKA.

Ya tiada nama Najib Abdul Razak dalam laporan itu, tapi ada disebut jawatan pengerusi lembaga penasihat, walaupun bukan tuan penasihat dua puluh lima peratus.

Tapi Datuk Seri Najib yang ada dua perpuluhan enam billion dalam akaun peribadi adalah perdana menteri dan sekaligus pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Melainkan ada seorang lagi Datuk Seri Najib, seorang kembar seiras yang jahat mungkin? Tapi ini benar-benar, dan bukan dugaan cerita hindustan atau opera main sabun, jadi tentulah tidak.

Dan lebih penting lagi perlu diingatkan yang Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB juga, seperti dilaporkan oleh JKA itu menyatakan yang segala aktiviti dan polisi syarikat termasuklah pelaburan dan pinjaman yang telah menjerat dan menjerut leher firma terbabit perlu mendapat kebenaran bertulis dari si perdana menteri.

Sekali lagi perlu diingatkan yang istilah perdana menteri pada masa ini dan ketika pelaburan dan pinjaman 1MDB dilaksanakan, hanyalah menuding kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak. Dia belum lagi letak jawatan atau kalah pilihanraya dulu dan kini, adapun adakah untuk selamanya, itu soalan yang belum pasti lagi.

Berbalik kepada isu pokok, jika Najib meluluskan pelaburan 1MDB yang kini menjerut kerajaan dan rakyat tanpa terpalit sebarang unsur kesalahan, maka hanya ada dua jawapan yang mungkin.

Pertamanya, Najib ini Pak Turut yang ikut telunjuk pihak penasihat beliau ataupun pihak pentabdiran 1MDB kerana dia hanya meluluskan apa yang mereka cadangkan tanpa elemen penyalahgunaan.

Adakah Pak Turut Najib ini sesenang itu ditipu mereka yang berniat serakah?
Najib tidak bersalah

Tapi perlu diingatkan yang "Najib tidak bersalah".

Dan jika Najib tidak bersalah, adakah beliau seperti Pak Pandir yang kurang cerdik dalam hal menguruskan kewangan, walaupun secara peribadi beliau sudah tersohor dengan kebolehan mengendalikan wang RM2.6 billion dalam akaun peribadi?

Walhal takkanlah beliau akan meluluskan pelaburan dan pinjaman yang merbahaya kepada 1MDB dan negara jika beliau arif hal kewangan dan bukan Pak Pandir ataupun berniat yang kurang seciput dari baik?
Tapi perlu saya ulangi "Najib tidak bersalah".

Jadi kepada mereka yang melaungkan dan bertempik melepaskan Najib dari kesalahan, perlu bertanya kepada diri mereka, adakah mereka berkata yang Najib ini seakan Pak Turut atau Pak Pandir?

Mungkin mereka ada penjelasan bernas, dan saya sebagai manusia biasa tanpa kedudukan dan kesenangan seperti mereka, saya hanya boleh berserah kepada kepandaian mereka untuk menjelaskan segalanya, kerana sesungguhnya mereka tahu semuanya macam Nujum Pak Belalang.Wallahualam.


Kem. Kewangan tak sedar surat Najib tamatkan KPMG

Posted: 09 Apr 2016 10:26 PM PDT

Zikri Kamarulzaman  




Kementerian Kewangan (MOF) nampaknya tidak sedar bahawa pelantikan KPMG sebagai juruaudit 1MDB telah ditamatkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, menurut rekod Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Semasa pendengaran PAC mengenai 1MDB pada 16 Jun, 2015, ketua unit parlimen dan kabinet MOF Rosli Yaakub memberitahu jawatankuasa itu bahawa kementerian itu tidak terlibat dalam pelantikan juruaudit 1MDB.

Keesokan harinya Jawatankuasa itu menerima pengesahan daripada KPMG bahawa ia telah dipecat sebagai juruaudit 1MDB melalui surat daripada 1MDB yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan.

Ketua Kementerian Kewangan Inc (MKD) Datuk Mohamad Isa Hussain direkodkan dalam hansard itu sebagai berkata beliau "tidak pasti" mengenai surat itu apabila ditanya oleh pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamad mengenainya.

Hansard kemudian menunjukkan terdapat kekeliruan awal mengenai siapa menteri kewangan yang menandatangani surat penamatan itu kerana KPMG tidak membawa salinan pernyataan itu ketika pendengaran PAC.

Anggota PAC Tony Pua bagaimanapun, mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa PAC kemudian menunjukkan bahawa surat itu ditandatangani oleh Najib sendiri.

Kerajaan pusat, negeri boleh saman individu kerana fitnah

Posted: 09 Apr 2016 10:22 PM PDT

Hafiz Yatim  




Dalam keputusan yang mungkin mengejutkan, kerajaan negeri dan persekutuan kini boleh menyaman mana-mana individu yang membuat kenyataan memfitnah terhadap mereka.

Khamis lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusan penting ini dalam penghakiman majoriti dalam kes melibatkan kerajaan negeri Sarawak, pihak berkuasa kewangan Sarawak dan Ahli Parlimen Kuching dari DAP Chong Chien Jien.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang menulis penghakiman majoriti itu menyatakan bahawa Seksyen 3 Akta Prosiding Kerajaan 1956 (GPA) tidak mengecualikan prosiding fitnah atau fitnah oleh atau terhadap kerajaan.

Beliau berkata, Seksyen 3 memberikan kerajaan hak yang sama seperti individu persendirian untuk menguatkuasakan tuntutan terhadap individu lain melalui tindakan sivil, sambil menambah bahawa ini adalah hak berkanun, bukan common law.

Hakim yang bersama-sama dengan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zamani A Rahim melafazkan keputusan majoriti itu berkata istilah "prosiding sivil" yang digunakan dalam Seksyen 3 ditakrifkan oleh Seksyen 2 (2) bermaksud "sebarang prosiding yang bersifat sivil di mahkamah".

Hakim yang menentang adalah hakim Datuk David Wong Dak Wah, yang mengetuai panel.

DCA keluar surat penggantungan Rayani Air esok

Posted: 09 Apr 2016 09:59 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengeluarkan surat penggantungan sementara kepada syarikat penerbangan Rayani Air, esok. 
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Rayani Air tidak boleh menggantung operasinya sendiri seperti dilakukan semalam kerana semua perkara berkaitan operasi penerbangan adalah tertakluk di bawah DCA. 
 
"Kita akan menjalankan audit penuh ke atas Rayani Air dengan segera dan wakil mereka akan dipanggil untuk memberi penjelasan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-70 di sini, pagi ini.
 
Semalam Rayani Air menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta.
 
Pemilik syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran memberitahu, penggantungan itu sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.
 
Dalam pada itu, Ravi turut mengesahkan bahawa Rayani Air terpaksa membatalkan penerbangannya berikutan mogok yang dilancarkan juruterbangnya.
 
Dilaporkan, tindakan mogok juruterbang telah menyebabkan beberapa penerbangan Rayani Air dibatalkan.
 
 

1MDB: Najib tetap bertanggungjawab walaupun lembaga pengarah letak jawatan

Posted: 09 Apr 2016 09:53 PM PDT

HAZAYANI ZAKARIA


Najib tetap bertanggungjawab hal ehwal 1MDBNajib tetap bertanggungjawab hal ehwal 1MDB


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lari daripada mengambil tanggungjawab terhadap kelemahan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) seperti dibentangkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Khamis lalu.

Timbalan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, cadangan PAC agar lembaga penasihat 1MDB dimansuhkan dialu-alukan namun tidak boleh mengalih isu undang-undang dan moral Najib.

Beliau berkata, peletakan jawatan ahli lembaga 1MDB adalah perlu namun ia tidak harus dijadikan langkah untuk menghentikan siasatan terhadap Najib sebagai menteri kewangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan 1MDB.

"Bagi memenuhi tanggungjawab sebagai perdana menteri dan juga pengerusi 1MDB, Najib mesti terus bertanggungjawab terhadap isu 1MDB sehingga penjelasan telus dapat diberikan kepada rakyat.

"Peletakan jawatan lembaga pengarah satu tindakan yang perlu tapi jangan isu ini dialih. Isu ini tidak dapat dialihkan dengan hanya menggesa peletakan ahli lembaga pengarah tanpa Najib bertanggungjawab.

"Kita tidak mahu desakan peletakan ahli jawatankuasa pengarah itu untuk menutup mulut dan juga siasatan terhadap Najib," kata beliau kepada Malaysia Dateline.

Lembaga pengarah 1MDB secara kolektif menawarkan untuk meletakkan jawatan berikutan pengumuman PAC yang menonjolkan salah urus dalam dana syarikat milik negara itu.

"Ahli lembaga telah berjaya membawa 1MDB melalui tempoh unik yang mencabar dan percaya bahawa, dengan pengumuman laporan PAC, garis telah disediakan.

"Bagaimanapun, memandangkan penemuan laporan PAC, lembaga pengarah secara kolektif pagi ini membuat keputusan menawarkan peletakan jawatannya kepada MoF (Kementerian Kewangan) Diperbadankan, pemegang 100 peratus saham 1MDB.

"Ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk diambil tetapi kami percaya ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan, memandangkan keadaan ini bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC," kata 1MDB dalam kenyataan Khamis lalu.

Salahuddin yang juga bekas ahli parlimen Kubang Kerian juga berkata, laporan PAC berkaitan 1MDB seolah-olah cuba menjaga imej Najib semata-mata.

"Laporan semalam secara tersirat cuba untuk menyelamatkan imej dan tanggungjawab perdana menteri.
"Cadangan PAC terhadap pengurusan 1MDB untuk membuat rombakan dan penambahbaikan setelah isu ini menjadi suatu isu yang melibatkan maruah negara sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa," katanya lagi.

Semalam, pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata, Najib tidak disebut dalam laporan jawatankuasa itu kerana tidak menemui sebarang bukti untuk menunjukkan salah laku atau salah guna kuasa.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bagaimanapun berkata, Najib tetap bertanggungjawab terhadap kelemahan 1MDB kerana beliau merupakan menteri kewangan.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu berkata, ada banyak sebab untuk mengaitkan Najib dengan kegagalan 1MDB.

Mengikut memorandum dan tata urusan syarikat (M&A) 1MDB, beliau yang juga Ahli PAC berkata, setiap aktiviti pindahan wang syarikat terbabit perlu disertakan bersama surat sokongan bertulis yang jelas daripada perdana menteri.

"Oleh itu, perdana menteri secara peribadinya telah menandatangani semua resolusi bertulis berkaitan pelaburan syarikat berkenaan yang telah gagal, seperti US$1.83 bilion usaha sama Petrosaudi, pinjaman bon bernilai US$6.5 bilion, pengambilalihan berbilion ringgit aset tenaga dan hartanah serta pemecatan dua juruaudit luar, Ernst & Young dan KPMG," katanya dalam sidang media semalam.

Penahanan Rafizi: Polis hina Yang Dipertuan Agong dan cabul parlimen

Posted: 09 Apr 2016 09:48 PM PDT

 MAHFUZ OMAR


Rafizi diiringi polis untuk menggeladah pejabat dan kediamannyaRafizi diiringi polis untuk menggeladah pejabat dan kediamannyaTiada yang mengejutkan penahanan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan.

Beliau sendiri sudah menjangka yang akan ditahan ekoran timbul isu pendedahan dokumen maklumat sulit Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) yang diklasifikasi sebagai OSA berkaitan maklumat isu salahguna kuasa 1MDB serta hubungan antara 1MDB
dan LTAT.

Yang mengejutkan ialah polis tidak menghormati institusi parlimen yang merupakan institusi rakyat yang masih bersidang sehingga khamis 7 April 2016.

Sidang parlimen yang masih berlangsung ini dibuka dengan rasminya oleh kebawah Duli Yang DiPertuan Agong pada 7 Mac 2016.

Penahanan Rafizi yang merupakan ahli parlimen Pandan adalah satu penghinaan terhadap Yang Dipertuan Agong yang telah memperkenankan untuk ahli-ahli parlimen bersidang untuk satu tempoh hingga 7 April 2016.

Penahanan beliau juga sebagai satu pencabulan dan penghinaan pihak polis terhadap parlimen yang merupakan institusi rakyat yang Rafizi salah saorang anggotanya.

Kenapa Polis tidak boleh bersabar menunggu sehingga parlimen selesai bersidang pada khamis ini.

Siasatan dibawah OSA bukan merupakan satu kesalahan jenayah berat yang perlu disegerakan penahanan terhadap Rafizi.

Tidak lain penahanan Rafizi hanya untuk menakutkan dan memesongkan pemikiran rakyat yang kononnya Rafizi yang bersalah.

Tindakan polis juga dilihat menjadi institusi melindungi jenayah yang dilakukan pemimpin negara.

Penjenayah bermaharajalela dan yang mendedahkan jenayah penjenayah didera.

Saya menuntut Rafizi segera dibebaskan selewat lewatnya sebelum jam 10 pagi 8 Apr 2016 untuk membolehkan beliau menunaikan tanggung jawabnya menghadiri sidang Parlimen.

Sepatutnya tiada halangan dilakukan polis untuk Rafizi menghadiri Sidang Parlimen seperti usul menteri dalam negeri pada 8 Mac 2016 diawal permulaan persidangan yang diluluskan parlimen yang berbunyi

"Bahawa Majlis ini memerintah Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke dewan hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa apa halangan menghalang ahli ahli hendak pergi dan balik dari Dewan
ini,jangan berlaku apa apa kacau bilau di jalan jalan menuju ke Dewan ini,dan supaya jangan ada huru hara di bangunan dewan ini dan berhampiran dengan banggunan ini,dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampai perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut".

*  DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR ialah Ahli Parlimen Pokok Sena

Tempoh moratorium bauksit dilanjut ke 16 Julai

Posted: 09 Apr 2016 09:42 PM PDT

BERNAMA


Datuk Seri Dr Wan JunaidiDatuk Seri Dr Wan JunaidiTempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang tamat pada 15 April ini disambung tiga bulan lagi, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

 Beliau berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat kabinet hari ini.

 Pelanjutan tempoh moratorium itu antara lain bagi membolehkan stok simpanan bauksit sedia ada yang berjumlah hampir empat juta tan metrik "dikosongkan" atau dieksport.

 "Kementerian akan membantu pengeluaran bauksit dan memberi AP (permit eksport) mengikut kapasiti bulanan pelabuhan," katanya dalam sidang media di kementerian itu di sini Jumaat

 Wan Junaidi berkata ketika ini terdapat tiga kawasan penyimpanan stok bauksit iaitu di Pelabuhan Kuantan yang berjumlah 28,905 tan metrik, di luar Pelabuhan Kuantan (1,318,463.43 tan metrik) dan di kawasan lombong (2,309,270 tan metrik).

 Beliau berkata semua stok simpanan itu perlu 'dikeluarkan' bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan untuk mengelakkan pencemaran terhadap alam sekitar.

 Beliau menegaskan bahawa pengusaha perlu mematuhi garis panduan iaitu menggunakan lori bertutup sepenuhnya dan mendapatkan lesen khas daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengangkut bauksit dari kawasan simpanan ke pelabuhan sama ada Pelabuhan Kuantan atau Pelabuhan Kemaman, Terengganu.

 "Jadi kalau orang ramai ada lihat lori yang menghantar bauksit ke pelabuhan, ia bukanlah satu kesalahan kerana lori tersebut ada lesen untk mengeluarkan stok bauksit yang sedia ada," jelasnya.

 Menurutnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti pengeluaran bauksit itu tidak menjejaskan alam sekitar seperti pencemaran habuk dan kualiti air.

 "Penting untuk kita (kementerian) jaga alam sekitar. JAS akan memastikan tiada keciciran, tiada habuk berterbangan, tiada pokok jadi merah dan tiada keciciran di laut atau atas jalan raya serta di sungai di mana pelabuhan ini beroperasi," katanya.

 Wan Junaidi berkata kerajaan negeri Pahang juga akan mewujudkan pusat pengumpulan khas bauksit dan membina jalan khas dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk lori pengangkut.

 "Mungkin kerajaan negeri telah mengenal pasti (kawasan itu), hanya belum dibuat kerana banyak proses yang perlu dilakukan termasuk membuat parit, dinding dan prosedur operasi standard.

 "Jalan dari kawasan perlombongan ke kawasan pelabuhan itu pula mesti di luar daripada kawasan bandar dan kampung," katanya.

 Wan Junaidi berkata jika kesemua syarat yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi dalam tempoh lanjutan tiga bulan itu, kementerian akan memohon semula kepada kabinet untuk melanjutkan lagi moratorium berkenaan.-- BERNAMA

Penoreh getah mahu kerajaan tetapkan harga lantai RM4

Posted: 09 Apr 2016 09:37 PM PDT

ARIF ATAN


Timbalan Ketua Amanah Batu Tarmizi Mat Jam sampaikan sumbanganTimbalan Ketua Amanah Batu Tarmizi Mat Jam sampaikan sumbangan


Masalah yang dihadapi golongan penduduk yang bekerja sebagai penoreh getah di negara ini boleh diselesaikan sekiranya kerajaan menetapkang harga lantai sekurang-kurangnya RM4.

Seorang penduduk Kampung Kubang Lintah, Rosli Bukhari, 46 berkata, ribuan penoreh getah secara pawah hanya akan mampu menarik nafas lega jika kerajaan menguatkuasakan harga lantai getah pada harga RM4 sekilogram.

"Tolonglah kerajaan Najib dan Menteri Besar Kedah la ni ambil kira kepayahan hidup penoreh.
Sudahlah nak harapkan bantuan Baitulmal tiada walaupun berita TV kata berjuta-juta kutipan dapat," keluh Rosli.

Seorang lagi penduduk dari Kampung Tala , Yatim Salleh, 55, berkata kejatuhan harga getah begitu teruk sehingga menjejaskan kemampuan penoreh untuk mendapatkan makanan.

"Kalau yang menoreh pawah lagi kasihan. Sekilo getah sekerap kalau RM2 bahagi dua dengan pemilik kebun, dapatlah seringgit.

"Nak beli ikan termenung (kembung) pun tak boleh sebab sekilo la ni sudah RM7 hingga RM10.

"Jadi, kena dapatkan lebih kurang 10 kilo getah sekerap, baru boleh beli sekilo ikan termenung.

Boleh Najib buat kalau betul mahu ambil berat nasib rakyat?" ujarnya yang menoreh di kebunnya sendiri.
Menurut ayah kepada enam anak ini pula, musim kemarau yang berpanjangan awal tahun ini juga menyebabkan pengeluaran susu getah berkurang.

"Maaf cakap. Najib memang tak bagus pasal bagi beban pada rakyat. Harga getah jatuh tapi harga barang naik menggila," tambah Yatim lagi.

Mereka yang ditemui ketika kunjungan Misi Bantuan Kemanusiaan Amanah Batu dengan kerjasama Amanah Sik ternyata amat tertekan dengan situasi kritikal ini.

Terpancar kegembiraan ibu kepada tiga anak, Mazlina Osman, 38, ketika ditemui di Kampung Baru Nami, Jeniri yang terletak di Parlimen Sik yang menerima sumbangan misi berkenaan.

Mazlina Usman bersama anaknyaMazlina Usman bersama anaknyaBeliau amat bersyukur menerima sumbangan bantuan barangan keperluan dapur dan wang saku daripada Amanah.

"Tidak pernah saya terima bantuan begini. Alhamdulillah.
Terima kasih Amanah kerana dapat juga meringankan belanja dapur kami buat sementara waktu," ujarnya.

Menurut tukang kebun sekolah ini, pendapatan diperolehnya sebanyak RM900 sebulan dapat menampung beban kewangan keluarganya ekoran kejatuhan berpanjangan harga getah.

"Suami saya menoreh dan dengan harga barang semakin naik, saya perlu bekerja," tambahnya yang tinggal di Kampung Danglau.

Sementara itu, Mazlina seperti ramai penerima bantuan Misi Bantuan Kemanusiaan Amanah Batu dengan kerjasama Amanah Sik mengakui tidak memperoleh bantuan lain termasuk Baitulmal walaupun berpendapatan rendah.

10 kilo getah sekerap untuk beli sekilo ikan termenung, Najib mampu? cabar penoreh.

Seramai 27 penduduk Kampung Kubang Lintah di Dun Jeneri menerima sumbangan bekalan makanan dan wang saku sempena Misi Bantuan Kemanusiaan Amanah Parlimen Batu dan Majlis Perpaduan dan Pembangunan Kampung Banda Dalam (Padu) hari ini.

Mereka yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan ini antara 100 penerima bantuan dalam program sehari dengan kerjasama Amanah Parlimen Sik.

LEMBAGA PALING PELIK DALAM DUNIA

Posted: 09 Apr 2016 05:37 PM PDT

shahbudindot.com

 

 
 
Jika tidak pernah bertemu, bagaimana lembaga itu membuat keputusannya?

Untuk apa pula ia ditubuhkan atau apakah selama ini Lembaga Penasihat 1MDB hanya "patung" semata-mata?

Dalam beberapa perkara penting berkaitan pelaburan dan komitmen kewangan misalnya, siapa yang sebenarnya membuat keputusan penting berkaitan 1MDB?

Bukankah Artikel 117 M & A 1MDB memerlukan kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat pelaburan itu?

Apakah ini bererti hanya seorang individu saja yang membuat keputusan bagi pihak lembaga itu?

Atau agaknya mereka main SMS atau Whatsapp saja untuk mencapai persetujuan?

Pelik? Pelik?
 
 
 
 
Yang ini juga tidak kurang juga peliknya. Kementerian Kewangan rupa-rupanya hanya mengetahui tentang operasi dan hal ehwal korporat 1MDB semata-mata melalui akhbar saja.

Kesian...pelaburan bilion-bilion, hutang juga bilion, tapi Kementerian Kewangan tidak tahu apa-apa sedangkan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB adalah orang yang sama.

Adakah 1MDB ini hanya Menteri Kewangan seorang saja yang berhak tahu mengenainya, bukan pihak-pihak lain dalam kementerian tersebut, meskipun syarikat pelaburan itu adalah anak syarikatnya?

Dah jadi dua kali peliklah pulak!! 


Comments (0)