Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:55 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


KENAPA NAJIB SURUH ADIKNYA, BUKAN PEMIMPIN UMNO AGIH WANG KEPADA JENTERA PARTI?

Posted: 01 Apr 2016 01:25 AM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
Tanpa menunggu lama, Nazir Razak akhirnya mengaku bahawa beliau diberi AS$7 juta atau kira-kira RM27.5 juta oleh abangnya, Najib sebelum pilihanraya umum 2013 lalu untuk diagih-agihkan kepada jentera parti.

"Saya andaikan dan percaya dengan niat baik bahawa dana itu adalah sumbangan politik yang sah.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal daripada sumber yang lain. Wang itu diagihkan sepenuhnya dan saya tidak menyimpannya walau sesen pun.

"Jumlah keseluruhannya dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan Najib dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," demikian kata Nazir yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB Bank.

Namun demikian, hari ini Nazir turut mengakui beliau tidak sepatutnya membantu abangnya mengagih-agihkan wang tersebut.

"Saya faham berdasarkan kemarahan orangramai, saya tidak sepatutnya berbuat demikian, " tulis Nazir lagi di Instagramnya.

Berikutan pendedahan The Wall Street Journal bahawa Najib memberikan wang kepada adiknya itu dan kemudian Nazir juga mengakuinya, beberapa persoalan kini sepatutnya ditimbulkan.

- Mengapa Najib menggunakan khidmat adiknya sendiri untuk mengagih-agihkah wang kepada jentera-jentera parti?

- Mengapa beliau tidak menggunakan saluran parti seperti melalui Bendahari Agung dan Setiausaha Agung untuk melakukan pengagihan itu?

- Apakah Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO ketika itu serta  Naib-Naib Presiden UMNO iaitu Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammuddin Hussein mengetahui mengenai pemberian wang kepada jentera parti diarahkan Najib kepada Nazir itu?

- Adakah pengagihan wang kepada jentera-jentera parti dengan menggunakan khidmat adiknya itu pernah dimaklumkan secara rasmi kepada UMNO oleh Najib?

- Jika pun Najib tidak begitu mempercayai Muhyiddin, Zahid Hamidi atau Shafie Apdal berkaitan dengan wang, mengapa beliau tidak menggunakan khidmat Hishamuddin misalnya, sepupunya sendiri yang kebetulan ada kedudukan kanan dalam UMNO untuk melaksanakan tugas itu?

- Sekali lagi, mengapa Nazir yang lebih dipercayainya untuk melakukan kerja-kerja parti dan bukan jentera parti yang sah dan sedia ada serta sentiasa menyokongnya untuk berbuat demikian?

- Selain adiknya, mungkinkah ada lagi individu lain di luar parti yang turut diberikan peranan oleh Najib melakukan pengagihan wang kepada jentera parti sebelum pilihanraya 2013 itu?

Ahli UMNO patut mula menyoal Najib tentang hal ini kerana ia berkaitan parti dan perjuangannya, bukan tentang pengurusan sebuah syarikat adik-beradik atau kaum keluarga?


Benarkah graduan tak terkesan dengan kos sara hidup? – Nik Nazmi

Posted: 01 Apr 2016 01:22 AM PDT

 
Ia tidak mencerminkan realiti sebenar berkaitan kesusahan lepasan universiti dan graduan untuk menyara diri dan mendapatkan gaji tetap.


nik-nazmi


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta supaya menjelaskan kenyataannya bahawa rakyat Malaysia berpendidikan tinggi kurang terkesan dengan kos sara hidup sebagaimana yang dinyatakannya di Parlimen.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan Najib itu tidak mencerminkan realiti sebenar berkenaan kesusahan anak muda Malaysia yang merupakan lepasan universiti dan graduan pada masa ini untuk menyara diri serta mendapatkan gaji tetap.

"Dengan masalah kewangan para graduan Malaysia terutamanya untuk membayar semula pinjaman pendidikan, serta peningkatan kos pengangkutan dan perumahan jelas membuktikan bahawa orang yang berkelulusan tinggi tidak semestinya dijamin hidup senang.

"Pada masa yang sama, keputusan kerajaan untuk membuat potongan besar ke atas bajet pendidikan negara serta mengurangkan jumlah penerima biasiswa pendidikan tinggi tidak bertepatan dengan aspirasi Perdana Menteri untuk mempertingkatkan bilangan rakyat berkelulusan tinggi," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Nik Nazmi menggesa Najib supaya menjelaskan maksud sebenar kenyataannya itu dengan membawa bersama tindakan-tindakan kerajaan yang dilihat bercanggah dengan kenyataan tersebut.

"Jelas di sini bahawa Malaysia sebenarnya memerlukan reformasi pendidikan dan ekonomi yang lebih holistik untuk memastikan kita tidak sahaja menghasilkan modal insan yang cemerlang, tetapi, pada masa yang sama para pekerja kita diberi pendapatan yang adil," ujarnya.

PRN Sarawak: PKR akan berbincang dengan PAS

Posted: 01 Apr 2016 01:16 AM PDT

 
Perbincangan itu akan dibuat selepas PAS menegaskan parti itu akan berdepan dengan sesiapa sahaja dalam PRN Sarawak.


azmin,sarawak


SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berbincang dengan PAS sebelum meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan tersebut akan dilakukan selepas parti Islam itu menyatakan akan berdepan dengan sesiapada sahaja calon dalam pilihan raya berkenaaan.

"Tak apalah, nanti kita bincang (antara PAS dan PKR)," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan yang Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad bahawa parti itu tidak menolak kemungkinan akan menghadapi pertandingan tiga penjuru melibatkan 11 kerusi yang akan ditandingi dalam PRN Sarawak bulan ini.

Iskandar berkata, walau apa pun yang terjadi pada PRN Sarawak kali ini, PAS tetap akan bertanding di 11 kerusi yang telah diputuskan sebelum ini.

Dalam pada itu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor turut memberikan jawapan ringkas mengenai gabungan parti dalam Pakatan Harapan yang akan mengumumkan calonnya dalam PRN berkenaan.

"Tunggu tarikh bubar (DUN Sarawak). Memang 11 haribulan April. Selepas bubar kita bincanglah nanti (dengan parti gabungan Pakatan Harapan)," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada 11 April untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-11.

Siasatan 1MDB: Pegawai Jabatan Kehakiman AS pernah kunjungi Kuala Lumpur

Posted: 01 Apr 2016 01:13 AM PDT

 
Laporan Reuters yang memetik sumber menyatakan kehadiran pegawai tersebut adalah untuk berjumpa dengan beberapa orang yang mempunyai kaitan rapat dengan 1MDB.


1mdb


PETALING JAYA: Pegawai Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dikatakan pernah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan beberapa orang yang mempunyai kaitan rapat dengan syarikat pelaburan tempatan, 1MDB dalam membantu siasatan mereka.

Demikian lapor agensi berita Reuters, yang turut memetik sumber dalaman bank pelaburan JPMorgan dan Deutsche Bank bahawa pegawai jabatan itu juga telah meminta kedua-dua entiti tersebut memberikan maklumat berkaitan urus niaga mereka dengan 1MDB.

Namun, kata laporan itu lagi, JPMorgan dan Deutsche Bank bukanlah sasaran dalam siasatan tersebut.
Dalam pada itu, agensi berita AFP pula menyatakan Luxembourg juga telah memulakan siasatan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan skandal tersebut.

Pejabat Pendakwa Luxembourg dalam satu kenyataan berkata, siasatan tersebut berikutan "wang haram tersebut berkemungkinan daripada penyelewengan dana awam."

Keputusan untuk mengadakan siasatan diambil "selepas petunjuk konkrit" bahawa dana awam telah dipindahkan melalui syarikat yang memiliki akaun di negara tersebut, selain Singapura dan Switzerland, kata kenyataan itu lagi seperti dipetik AFP.

Antara negara lain yang turut menyiasat skandal 1MDB adalah Singapura, Hong Kong dan Switzerland.

Dasar pendidikan BN tak konsisten punca tekanan kos sara hidup rakyat

Posted: 01 Apr 2016 01:08 AM PDT

Zairil-Khir-Johari_650x340


Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR: Adakah dasar pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan UMNO-BN telah gagal apabila Datuk Seri Najib Razak mendakwa tekanan kos sara hidup berpunca daripada taraf pendidikan yang rendah?

Menjawab persoalan, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Zairil Khir Johari, berkata parti pemerintah wajib bertanggungjawab jika kos sara hidup yang kian tinggi kini dihadapi rakyat adalah akibat daripada pelaksanaan dasar pincang kerajaan UMNO-BN.

Beliau menjelaskan, dasar kerajaan UMNO-BN yang tidak konsisten dalam bidang pendidikan ditambah pula dengan penarikan biasiswa untuk pelajar cemerlang ke luar negara bagi menyambung pelajaran di dalam bidang-bidang khusus yang tidak disediakan di Malaysia adalah punca kepada kemerosotan taraf pendidikan.

"Pada awal tahun-tahun selepas merdeka, asas pendidikan kita seperti mana semua tahu adalah membanggakan, malah kita terkenal dengan sistem pendidikan kita yang cemerlang.

"Namun prestasi telah merosot, khususnya dalam masa 10 hingga 20 tahun yang lalu," katanya kepada Roketkini.com.

Beliau memberi contoh betapa tidak konsistennya pelaksanaan dasar pendidikan kerajaan BN dalam isu wajib lulus Bahasa Inggeris dan Pentaksiran Berdasarkan Sekolah (PBS), yang telah merugikan pelajar, malah memberi tekanan kepada guru dan ibu bapa.

"Tetapi apabila kerajaan BN sepatutnya membaiki kelemahan, kepimpinannya lebih suka membebankan guru dan murid serta mengelirukan semua pihak dengan dasar-dasar yang tidak konsisten," tambahnya lagi,

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri di Parlimen kelmarin berhubung kos sara hidup tinggi yang ditanggung rakyat yang didakwa Najib berpunca daripada tahap pendidikan sebahagian besar rakyat Malaysia yang rendah.

Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, kajian antarabangsa seperti Programme for International Student Assessment (PISA) dan The Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menunjukkan bahawa pelajar di negara ini adalah di tahap yang lemah dalam aspek daya pemikiran dan kreatif.

Menurutnya lagi, kedua-dua aspek berkenaan adalah amat penting dan diperlukan dalam perkembangan ekonomi berpengetahuan, namun kerajaan UMNO-BN seakan-akan tidak menyedari hal itu dan berterusan melaksanakan dasar yang menyusahkan. – Roketkini.com


Mahathir letak jawatan di Proton, UTP, LADA dan TIDA

Posted: 01 Apr 2016 12:58 AM PDT







DETIK DAILY


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan telah meletakkan jawatan di empat badan berkaitan kerajaan iaitu Proton Holdings Berhad (Proton), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

Perletakan jawatan yang berkuatkuasa pada 30 Mac disusuli pemecatannya sebagai penasihat di Petronas 11 Mac lalu.

Proton dipengerusikan Mahathir sejak diasaskan pada 7 Mei 1983.

Surat perletakan jawatan sebagai pengerusi diserahkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar semalam.

Perletakan jawatan sebagai Canselor UTP dimaklumkan kepada Rektor, Datuk Abdul Rahim Hashim, dan berkuatkuasa 30 Mac.

Difahamkan, Ketua Setiausaha Negara telah diumumkan mengenai perletakan jawatan ini.

Sebelum ini, beberapa pimpinan UMNO mendesak pemecatan bekas Perdana Menteri itu lantaran kelantangannya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Ketidakpuasan hati Mahathir terhadap Najib didorong skandal berkaitan 1MDB dan derma politik, RM2.6 bilion.

PRN Sarawak: Isu Agihan Kerusi Belum Selesai

Posted: 01 Apr 2016 12:56 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUCHING: Walaupun tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) telah diumumkan, beberapa kerusi dan isu-isu pencalonan di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) masih belum diselesaikan.

Dua daripadanya, SUPP dan SPDP masih terlibat dengan tuntutan bertindih kerusi membabitkan parti serpihan mereka iaitu UPP dan Teras.

Ahli daripada empat parti, kecuali Naib Presiden SUPP, Datuk Francis Harden, tidak hadir ketika Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan tarikh pembubaran DUN pada Khamis.

Presiden PRS, Tan Sri James Masing berkata beliau "terkejut" apabila Adenan mahu membuat pengumuman itu selepas mesyuarat Kabinet negeri.

"Selepas mesyuarat itu, kami makan tengah hari. Keadaan adalah sangat tenang. Kami memandang antara satu sama lain - sambil terfikir siapa yang akan dikekalkan sebagai calon?" katanya pada Khamis.

PRS adalah satu-satunya parti Barisan Nasional (BN) yang semua calonnya sudah disahkan dan diumumkan Adenan.


PRS akan bertanding di 11 kerusi.

"Kami tidak ada masalah. Nasihat saya kepada pihak yang terlibat, sila selesaikan masalah anda dengan segera kerana kita tidak mempunyai banyak masa lagi," kata Masing.

Daripada 82 kerusi, BN masih belum mengumumkan separuh daripadanya.

Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata pilihan raya negeri akan datang adalah kritikal untuk rakyat Sarawak kerana salah satu isu utama adalah untuk memperoleh autonomi negeri.

"Hanya kerajaan negeri yang kuat boleh meyakinkan Kerajaan Persekutuan dalam rundingan," kata Dr Sim.

Beliau menambah bahawa "pasukan baru" SUPP telah memberi tumpuan kepada akar umbi dan bersedia untuk pilihan raya akan datang.

Lawannya, Presiden UPP, Datuk Seri Wong Soon Koh, berkata Adenan mempunyai kata pemutus terhadap isu itu.

"Kami serahkan kepada Ketua Menteri untuk memilih parti yang paling boleh menang untuk menjadi sebahagian daripada pasukannya," katanya.

Harga Minyak Naik Pada April

Posted: 01 Apr 2016 12:43 AM PDT

Oleh: DINA MURAD
 
 
ron95
 
 
PETALING JAYA: Harga keseluruhan bahan api meningkat pada April.

Harga RON95 dan RON97 masing-masing menyaksikan peningkatan sebanyak 10 sen kepada RM1.70 (dari RM1.60 seliter) dan RM2.05 (dari RM1.95 seliter).

Harga diesel meningkat sebanyak 20 sen kepada RM1.50 seliter.

Harga baharu berkenaan disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia, Datuk Alang Zari Ishak.

Pelarasan harga bahan api bermula 1 April.


Jabatan Kastam Tumpu Penambaikan Pelaksanaan GST

Posted: 01 Apr 2016 12:40 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
MELAKA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menumpukan kepada penambahbaikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), termasuk menyegerakan pembayaran balik kredit cukai input (ITC) kepada peniaga atau pendaftar GST.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata bagaimanapun, usaha itu memerlukan kerjasama yang lebih baik antara JKDM dan peniaga bagi memudahkan pembayaran balik ITC.

"Antara punca kelewatan pembayaran balik cukai itu ialah kita gagal menghubungi peniaga walaupun telah cuba menghubungi mereka melalui telefon, e-mel dan surat.

"Walaupun kelewatan ini pada sekitar 100 hingga 200 kes sahaja tetapi Jabatan Kastam akan memastikan pembayaran balik ini dapat diselesaikan dengan segera bagi melancarkan dan meningkatkan keberkesanan sistem ini kepada semua pihak," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 Siri 1/2016 di Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST) JKDM Datuk Subromaniam Tholasy dan Pengarah Akmal, Azimah Abd Hamid.

Khazali berkata anggota JKDM akan mengambil pendekatan turun padang untuk menjejaki peniaga yang gagal dihubungi selain memastikan semua pendaftar di bawah sistem itu wujud dan mereka menjalankan perniagaan seperti yang didaftarkan.

Katanya pihaknya juga akan memastikan tahap pematuhan peniaga bagi penyerahan penyata taksiran pertama (penyata GST-03) dapat dicapai seratus peratus.

"Setakat ini, tahap pematuhan tersebut mencapai lebih 95 peratus dan ini satu petunjuk yang baik berbanding ketika pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)," katanya.

Beliau berkata peniaga yang gagal mengemukakan penyata tersebut akan dikenal pasti bagi mengetahui punca kegagalan mereka berbuat demikian dan membantu mereka menyelesaikan masalah itu.

Terdahulu, beliau menyampaikan sijil pelantikan kepada 255 orang Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 yang selesai menjalani Kursus Asas Perkastaman selama dua bulan di Akmal.

Mereka akan ditempatkan di JKDM Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Rasuah 1MDB: Kerajaan Malaysia harus pulihkan imej Malaysia di mata dunia

Posted: 01 Apr 2016 12:38 AM PDT

NURUL IZZAH ANWAR


Malaysia sedang menghadapi waktu yang sukar akibat keadaan ekonomi semasa, lihat sahaja keputusan mengejutkan dari Petronas yang terpaksa mengadakan penstrukturan semula dan memberhentikan 1,000 pekerja dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.

Berikutan penurunan harga minyak mentah, Petronas mengambil langkah potongan dividen untuk tahun 2016 sebanyak RM16 Billion berbanding RM26 Billion pada tahun 2015. Tambahan,yang lebih membimbangkan adalah PETRONAS akan melaksanakan satu lagi pusingan kajian semula bagi perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasinya (OPEX) dengan menyasarkan untuk mengurangkan hingga RM50 bilion dalam tempoh empat tahun.

Kebarangkalian Malaysia akan berhadapan ancaman krisis ekonomi adalah sesuatu yang nyata berikutan keadaan ekonomi global semasa serta harga minyak mentah. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara juga turut menyatakan isu-isu skandal dalam negara memberi impak kepada ekonomi negara.

Tambah beliau, ekonomi Malaysia akan pulih jika kemelut 1MDB dan persoalan yang berbangkit tentang RM2.6Billion derma yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia dapat dijawab dengan segera.

Risiko kewangan yang dihadapi Malaysia ini merupakan antara topik yang dibincang kan dalam siri lawatan kerja bersama Hugo Swire, Menteri Foreign Commonwealth Office , United Kingdom, Speaker House of Commons UK John Bercow, serta Ahli-Ahli Parlimen United Kingdom iaitu Fiona Bruce, Jeremy Lefroy, John Glen dan Khalid Mahmood yang turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Pemimpin-pemimpin ini turut menyuarakan kebimbangan kepada penahanan bekas Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini telahpun dipenjarakan hampir 10 tahun oleh kerajaan Malaysia. Hal ini lebih membimbangkan apabila terdapat senarai 20 orang ahli parlimen Malaysia yang telah menjadi mangsa kepada salah guna kuasa undang-undang lapuk kerajaan Malaysia. Semua ini hanya kerana mereka lantang bersuara membongkar isu rasuah di Malaysia.

Dalam sesi pertemuan bersama Prince Zeid Ra'ad Zeid Al Hussein, Pengerusi badan PBB, beliau memaklumkan bahawa PBB akan terus mengeluarkan kenyataan berkenaan isu-isu hak asasi di Malaysia serta mengambil tindakan lanjut berkenaan laporan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Kerja Penahanan Haram, PBB yang mendesak agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan serta merta. Pada tahun 1999 saya telah buat pertama kali nya berjumpa dengan Mary Robinson yang ketika itu menjawat Pengerusi UNHCR. Alangkah sedia nya apabila tahun silih berganti namun isu yang dihadapi di Malaysia tetap sama.

Krisis yang dihadapi Malaysia merupakan simbol bahawa dengan pengabaian berterusan tentang jenayah merentasi sempadan ini hanya akan membuka ruang kepada jenayah kolar putih di peringkat antarabangsa.
1MDB
Adapun sesetengah pihak mendakwa dakwaan – dakwaan serta siasatan yang dijalankan adalah semata-mata untuk menjatuhkan kepimpinan pemerintahan Najib Razak. Menteri – menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi menegaskan pendedahan berterusan daripada portal antarabangsa seperti Wall Street Journal (WSJ) dan New York Post berkenaan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan akaun peribadi mempunyai agenda tersembunyi. Bahkan, pihak SKMM akan mengambil tindakan lanjut terhadap pihak WSJ.

Hakikatnya, kini isunya bukan sekadar menjadi sensasi dari pihak media. Pihak Pendakwaraya Switzerland juga sedang menjalankan siasatan berkenaan isu 1MDB. Pejabat Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata ia telah secara rasmi meminta Malaysia membantu siasatannya terhadap kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang negara. Tambahan pula, sumber dari Geneva mengesahkan pihak Pendakwa Swiss menekankan tentang jumlah wang yang membabitkan pengawai awam dikaitkan dengan 1MDB melalui akaun bank Switzerland. Permohonan untuk menjalankan siasatan masih belum menerima kata putus dari pihak Peguam Negara Malaysia.

Skala isu skandal rasuah ini sudahpun di tahap yang membimbangkan. Akhbar Wall Street Journal ( WSJ ) baru-baru ini menyatakan jumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak keseluruhannya mencecah lebih daripada 1 billion US Dolar. Siasatan berterusan di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Abu Dhabi membuktikan ini adalah skandal di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sewajarnya tidak hanya melihat skandal 1MDB ini sebagai hanya isu dalaman dan berterusan mengamalkan dasar tertutup dalam menjalankan siasatan.

Tindakan yang lebih menyedihkan apabila Peguam Negara telah menutup siasatan yang dijalankan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta menyimpulkan Najib tidak terlibat dalam isu derma ke dalam akaun peribadi. Sehubungan itu, ini menimbulkan kebimbangan apatah lagi setelah WSJ mendedahkan derma yang boleh dikaitkan dengan dana 1MDB.

Terlalu banyak persoalan yang timbul tanpa jawapan tuntas dan terlalu ramai yang terlibat merentasi sempadan antarabangsa. Bahkan, terlalu banyak risiko yang terpaksa ditanggung oleh ekonomi Malaysia dan rakyat terbanyak.

Isu yang terkait ini bukanlah hanya tentang membuka pekung di dada negara sendiri kepada mata dunia. Apa yang dibangkitkan adalah dakwaan berkaitan 1MDB adalah sama seperti rasuah merentasi sempadan negara. Mana mungkin kerajaan Malaysia berterusan mengaburi dan menipu rakyat berkenaan skandal kewangan 1MDB. Tambahan dengan jumlah hutang terkumpul yang mencecah 11 bilion adalah sesuatu yang perlu diselesaikan. Justeru, sudah tiba masanya Malaysia memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu kaitan rasuah merentasi sempadan dan berusaha memulihkan imej dan kredibiliti negara di mata dunia.

*  NURUL IZZAH ANWAR,AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA KEADILAN


Mahathir diheret bawah Akta Hasutan, Najib pula tetap kebal

Posted: 01 Apr 2016 12:34 AM PDT

Oleh Fyza Abd Halim


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak kerajaan berhenti menjadikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mangsa Akta Hasutan, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, siasatan Mahathir mengikut akta tersebut tidak masuk akal apatah lagi terhadap seorang pemimpin yang lama memimpin negara.
IMG_7381
"Amatlah tidak masuk akal apabila pihak berkuasa berpendapat keselamatan negara boleh diancam hanya dengan kata-kata seorang negarawan yang sudah berumur 90 tahun dan telah menghabiskan hampir keseluruhan usianya di dalam perkhidmatan awam," kata Nik Nazmi dalam kenyataan.

"Undang-undang keselamatan sepatutnya digunakan untuk melindungi negara daripada ancaman keganasan yang sebenar, bukan untuk menyelesaikan pertikaian politik.

"Sepatutnya, dengan segala pendedahan baru-baru ini ke atas Perdana Menteri sama ada di dalam kes 1MDB mahupun pemindahan wang dengan jumlah yang besar ke akaun peribadinya, kami yakin pihak berkuasa mempunyai bukti cukup untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Najib," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, AMK juga membuat gesaan yang sama berhubung siasatan terhadap Majlis Peguam, ekoran meluluskan usul menggesa Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali meletakkan jawatan.

"Kami juga tidak senang hati dengan penyiasatan di bawah akta yang sama ke atas beberapa peguam yang membuat satu usul berkenaan Peguam Negara di Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam baru-baru ini," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mengulangi pendirian KEADILAN yang konsisten menolak akta zalim ini.

"Kami sering berpendirian bahawa Akta Hasutan haruslah dihapuskan, tidak kira ia digunakan ke atas sesiapa pun. Terlalu banyak kesalahan jenayah serta perkara lebih serius yang harus ditangani oleh pihak berkuasa pada masa ini.

"Kami percaya semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras berkongsi sentimen ini dan tidak mahu sebarang tindakan diambil sama ada ke atas Dr Mahathir mahupun peguam-peguam tersebut," kata Nik Nazmi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad dilapor berkata, tindakan terbabit perlu diambil selepas bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan dengan tujuan menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri, ketika berucap pada Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di Ampang, Isnin lalu.

Skandal RM4.2 Bilion, Putrajaya Dicabar Kemuka Dokumen

Posted: 01 Apr 2016 12:32 AM PDT

KELAB GREENBOC


Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Hj Salahuddin Ayub mencabar Putrajaya mengemukakan dokumen bahawa dana RM4.2 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah pemberian daripada keluarga DiRaja Arab Saudi.

Di dalam satu kenyataan medianya, Salahuddin menyatakan tindakan tersebut sangat penting sekiranya Putrajaya yakin bahawa Datuk Seri Najib tidak terlibat langsung dengan skandal RM4.2 bilion tersebut.


Sebuah dokumentari bertajuk "State of Fear: Murder and Money in Malaysia" terbitan ABC News Australia telah memaparkan terdapatnya aktiviti pindahan wang bernilai RM4.2 bilion dari pelbagai sumber ke akaun peribadi Najib.

Video berkenaan yang disiarkan melalui youtube telah menjadi viral di seluruh dunia dan ia amat mencemarkan imej negara.

Oleh itu, ktambah Salhuddin, menjadi tanggungjawab Putrajaya untuk mendedahkan dokumen tersebut secara terbuka supaya rakyat diberitahu isu sebenar berhubung skandal RM4.2 bilion itu.

"Adalah tidak mungkin bahawa transaksi yang sebegitu besar nilainya tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan daripada kedua-dua pihak," ujarnya.

Penjelasan daripada Putrajaya ini juga penting kerana ia akan menentukan masa depan politik Datuk Seri Najib Razak.

'Derma' RM2.6 bilion kini meningkat ke RM4.2 bilion, PM kena beri penjelasan

'Wang derma' yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dilaporkan meningkat kepada RM4.2 bilion daripada RM2.6 bilion yang heboh diperkatakan selama ini.

Ekoran pendedahan terbaru media antarabangsa itu, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri tidak lagi berdolak-dalik dan segera tampil menjawab pendedahan terbaru itu.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meminta supaya isu berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahas pada dua hari terakhir persidangan, iaitu pada Rabu dan Khamis minggu depan.

"Sejak awal tahun ini, Najib sering mengatakan bahawa skandal mega berkembar, 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang melibatkan dirinya bukan lagi isu kerana semuanya telah selesai.

"Tetapi skandal RM2.6 bilion Najib kini sudah menjadi sejarah, dan sekarang kita perlu membincangkan mengenai skandal derma RM4.2 billion!

"Justeru Najib harus mengambil keputusan berani dengan memberi laporan penuh kepada Parlimen berhubung skandal mega berkembar berkenaan yang kini menghantui negara untuk sejak dua tahun dahulu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Isnin lalu, dokumentari bertajuk "State of Fear: Murder and Money in Malaysia" terbitan ABC News Australia mendakwa terdapat aktiviti pindahan wang bernilai RM4.2 bilion dari pelbagai sumber ke akaun peribadi Najib. Rakaman dokumentari itu boleh ditonton rakyat Malaysia melalui YouTube.

Sebelum ini Wall Street Journal dari Amerika Syarikat juga melaporkan dakwaan tentang Najib menerima sehingga USD1 bilion, iaitu lebih besar jumlahnya daripada yang dilaporkan sebelum ini pada nilai USD681 juta.
- Malaysia Dateline

[VIDEO] Selamatkan Malaysia: Najib Perlu Undur Segera

Posted: 01 Apr 2016 12:30 AM PDT

KELAB GREENBOC


Kesemua pemidato di dalam Pidato SELAMATKAN MALAYSIA anjuran AMANAH Melaka yang diadakan malam kelmarin bersetuju bahawa Najib perlu berundur dengan kadar segera demi untuk SELAMATKAN MALAYSIA.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Sdra Faiz Fadzil memeri contoh sebuah negara iaitu Myanmar yang kurang maju dari negara kita, rakyatnya bangkit untuk menukarkan Presidennya. Beliau hairan mengapa rakyat Malaysia yang lebih maju tidak berani menukar kerajaan.

"Cukai GST menjadi punca pendapatan utama kerajaan. Setakat hari ini lebih RM50 bilion telah dikutip, tetapi apa pulangan kepada kita? Apa yang kita dapat dari GST ini? Harga barang masih tinggi, tol dinaikkan, pinjaman pengajian dipotong, biasiswa ditarik balik, dimana GST itu digunakan? Takkan rakyat tak ada mulut untuk bersuara bertanya dimana GST itu dibelanjakan," katanya. Beliau menyeru rakyat untuk hadir berama-ramai demonstrasi besar-besaran 2 April ini (esok) membantah GST di Kuala Lumpur sempena ulangtahun penderitaan nrakyat akibat GST.

Sementara itu YB Dr. Afif Bahardin, exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan pula menyatakan ramai pemimpin seperti Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan Tun Mahathir, sanggup menolak perbezaan ideologi politik dan sejarah lama demi untuk menyelamatkan negara.

Beliau menyelar pihak yang mebuat bising mengenai Deklarasi Rakyat, kononnya pemimpin PH boleh bersama dengan pemimpin yang zalim (Mahathir) dengan bertanya kepada mereka, siapa yang kena tangkap di era Mahathir? Mereka yang ditangkap adalah orang-orang seperti Mahfuz Omar, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang sedangkan mereka masih boleh duduk bersama bekas perdana Menteri yang dianggap zalim itu.Sebab mereka semua trahu bahawa kita semua perlukan sebuah gerakan baharu untuk selamatkan Malaysia sekalipun kena duduk dengan Mahathir.

"Tidaklah bermakna apabila kita duduk dengan Mahathir kita telah gadaikan prinsip kita. Tidak! Prinsip kita kekal untuk melakukan reformasi sistem dalam negara ini. Rakyat mahukan perubahan, Rakyat tidak mahu Perdana Menteri yang rasuah dan korup," ujarnya.

"Kita masuk dalam pilihanraya tetapi kalau pilihanraya tidak adil dan bersih bagaimana kita nak menang. Kalau RM2.6 bilion dia (UMNO BN) boleh menang dalam pilihanraya 2013, kalau lepas ini ada kuasa asing bagi RM20 bilion kepada Najib, macamana kita nak menang?" soalnya.

Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Khoo Pay Tiong membawa satu analogi yang menarik. Katanya jika kita menghadpi masalah kita perlu selesaikan segera. Seperti jika berlaku kebakaran, kita perlu berusaha untuk memadamkan kebakaran itu, kita panggil bomba untuk pastikan kebakaran itu dapat dipadamkan dan tidak merebak. Adakah kita perlu tunggu sampai PRU14 baru hendak turunkan Najib? Jika berlaku kebakaran seperti contoh tadi, kita tak padamkan, kita tak panggil bomba, tapi kita tunggu hari hujan..

Beliau menyatakan bahawa Lim Kita Siang boleh bersama dengan Mahathir yang dulu mereka bermusuhan adalah demi untuk kepentingan negara, untuk selamatkan Malaysia.

YB Shamsul Iskandar, ahli parlimen Bukit Katil yang juga Naib Presiden Keadilan pula berkata, setiap kali pilihanraya kita minta rakyat melakukan perubahan, namun rakyat tidak memberi respons yang baik terhadap seruan kita. Contohnya GST, pada PRU13 pihak Pakatan telah memberitahu kepada rakyat akan bahana GST dikenakan jika UMNO BN menang, tetpai rakyat tidak memperdulikannya malah dianggap kita berbohong. Akhirnya selepas PRU13, benar-benar GST dikenakan dan rakyat menderita seperti yang dialami sekarang.

Sementara itu, Hj. Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara menyatakan kita bersama-sama Mahathir, Muhyiddin Yassin dan lain-lain pemimpin mendesak Najib berhenti. Beliau juga menyelar sikap sesetengah ornag yang menyatakan jika Najib berhenti yang bakal naik ialah orang UMNO juga. Beliau menegaskan, bahawa kita perlu ikut majoriti, sekalipun yang naik ialah orang UMNO juga, namun untuk melantik Perdana Menteri baharu itu, beliau perlu terima syarat-syarat yang akan dipersetujui bersama khususnya perlu melakukan reformasi di dalam sistem kerajaan seperti SPR, SPRM, Peguam Negara, KPN dan lain-lain.



LIHAT VIDEO DI SINI




Billboard LED, pintu gerbang promosi pelancongan Selangor

Posted: 01 Apr 2016 12:18 AM PDT

OLEH NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri menjalankan pelbagai cara bagi meningkatkan industri pelancongan di Selangor termasuk menggiatkan usaha mempromosi produk pelancongan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata antara langkah diambil termasuk mendirikan billboard LED dan pintu gerbang di jalan utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

yb eli-jumaat

"Satu pelan sudah dilukis untuk membina pintu gerbang, manakala billboard kita boleh buat tetapi saya ada berhubung dengan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) untuk memberi peluang kepada Tourism Selangor membina billboard LED.

"Ia bagi memberi gambaran lebih baik untuk Selangor khasnya kepada aktiviti pelancongan," katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak penggunaan duta dalam kalangan selebriti terkenal bagi mempromosikan lokasi yang mampu menarik kehadiran pelancong.

"Pelancongan Selangor turut menerbitkan video memaparkan tempat menarik termasuk pekan Sekinchan," katanya.-AA-


Comments (0)