Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PERBANDINGAN PROTON DENGAN 1MDB

Posted: 07 Apr 2016 06:32 AM PDT








KUALA LUMPUR- Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB mengesahkan bahawa tuduhan salah laku terhadap Perdana Menteri oleh Kempen Anti Najib yang dijalankan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata, telah terbukti secara khusus bahawa dakwaan yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu bahawa RM42 bilion hilang daripada 1MDB adalah tidak berasas sama sekali.
"Tiada wang yang hilang, disalah guna atau tidak dapat dikesan," kata Salleh dalam kenyataan hari ini dan menambah Dr Mahathir, dan yang lain dalam Gabungan Anti-Najib harus bertanggungjawab bagi kerosakan terhadap reputasi Malaysia.
Salleh berkata mungkin ada strategi perniagaan yang lemah tetapi tidak ada bukti berlaku perbuatan jenayah.
Beliau berkata, jadi adalah jelas bahawa kempen Dr Mahathir untuk menukar kerajaan bukan melalui pilihan raya berdasarkan dakwaan salah laku di 1MDB, telah gagal.
"Malahan, 1MDB telah berjaya melaksanakan pelan rasionalisasi kerana aset 1MDB adalah lebih besar daripada liabilitinya. Ini berbeza dengan Proton, yang memerlukan suntikan dana kira-kira 2 bilion daripada kerajaan untuk terus beroperasi," kata beliau.
Salleh berkata ironinya ialah ketika Dr Mahathir membuat tuduhan palsu tuduhan bahawa 1MDB menghadapi masalah kewangan tetapi Proton – di bawah kepimpinan beliau yang sebenarnya menghadapi masalah kewangan jika kerajaan tidak menyelamatkannya – BERNAMA

SAMPAI BILA NAK SELESAI KRISIS AIR DI SELANGOR ?

Posted: 07 Apr 2016 12:43 AM PDT

air1.jpg

SAMPAI BILAKAH KRISIS AIR DI SELANGOR AKAN DIBIARKAN BERLARUTAN, KATA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) SEMENYIH, DATUK JOHAN ABDUL AZIZ.
"Bajet diluluskan RM800 juta diluluskan yang sepatutnya tidak perlu bajet ini kalau mereka tanda tangan mengikut proposal Kerajaan Persekutuan.
"Akhirnya bila Tan Sri Khalid (Ibrahim) tanda tangan pun ditangguhkan lagi, (jadi) bertambah lambat.
"Sebab apa dibuat dua kolam. Sebab musim kemarau, dia takut seluruh Selangor akan merasa masalah air ini,"katanya pada sidang media di SK Bandar Sunway, Semenyih petang semalam.
Tambah Johan, walaupun Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meluluskan RM800 juta tetapi ia termasuk menguruskan permasalahan asas air iaitu penukaran paip lama.
"Saya bangkitkan permasalahan paip-paip lama yang mungkin telah mencecah 20 hingga 30 tahun usianya dan kerap pecah.
"Tetapi satu sen pun tidak ada bajet untuk menggantikan paip-paip pecah,"katanya lagi.
adun

Comments (0)