Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:53 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAN KATA KAMI NAK AJAR PAS DI SARAWAK

Posted: 22 Apr 2016 05:18 PM PDT

panParti Amanah Negara (PAN) telah meletakkan lima calon bertanding calon PAS dalam Pilihan Raya Sarawak (PRN) ke-11.

Lima DUN yang menjadi rebutan PAN dan PAS adalah; N29 Beting Maro, N27 Sebuyau, N24 Sadong Jaya, N7 Samariang dan N16 Muara Tuang.

1. N29 Beting Maro – Andri Zulkarnaen Hamden (PAN) lawan Hamidah Mokhtar (PAS)

2. N27 Sebuyau – Andrew Jain (PAN) lawan Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (PAS)

3. N24 Sadong Jaya – Othman Mustapha (PAN) lawan Asan Singkro (PAS)

4. N7 Samariang – Nani Sahari (PAN) lawan Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (PAS)

5. N16 Muara Tuang – Abang Abdul Halil Naili (PAN) lawan Zulkipli Ramzi (PAS).

Calon-calon PAN diumumkan oleh Timbalan Presiden parti itu, Salahuddin Ayub malam ini, sementara calon-calon PAS diumumkan oleh Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 8 April lalu.

Selain lima calon yang bertindih dengan PAS itu, PAN juga turut meletakkan lapan calon lain iaitu; Mohammad Fidzuan Zaidi (N5 Demak Laut), Rapelson Richard Hamit (N26 Gedong-DUN baharu), Jini Sahini (N40 Kabong-DUN baharu), Sufian Julaihi (N41 Kuala Rajang-nama lama Belawai), Fadillah Sabali (N42 Semop), Ibrahim Bayau (N43 Daro), Kiprawi Sabali (N44 Jemoreng) dan Nurzaiti Hamdan (N58 Balingian).

Begitu juga dengan PAS turut meletakkan 6 calon lain iaitu; Jofri Jaraie (N74 Pujut), Mohammad Arifiriazul Paijo (N72 Lambir), Zharudin Narudin (N70 Samalaju-DUN baharu), Kiprawi Aman (N67 Jepak), Clement Bayang (N60 Kakus) dan Zainal Abidin Yet (N4 Pantai Damai).

Di DUN Pujut dan Samalaju, calon PAS telah bertembung dengan calon DAP.

Comments (0)