Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAP KECEWA PKR TIKAM MEREKA DI SARAWAK

Posted: 19 Apr 2016 03:54 PM PDT

chong dapDAP Sarawak menyeru sekutunya PKR supaya menghormati perjanjian mereka mengenai pembahagian kerusi bagi mengelakkan terkuburnya Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Chong Chieng Jen, berkata DAP akan mematuhi perjanjian itu dan berharap PKR akan juga melakukan perkara yang sama.
Chong berkata demikian ketika ditanya di satu sidang akhbar mengenai kemungkinan berlakunya pertembungan dengan PKR di beberapa kerusi di Sarawak.
Minggu lalu, walaupun DAP mendakwa perundingan mengenai pembahagian kerusi sudah selesai, PKR Sarawak mendakwa berlaku pertindihan di beberapa kerusi.
Dilaporkan terdapat lima kerusi yang bakal menyaksikan perlawanan tiga penjuru.
Chong berkata, pembahagian kerusi itu dipersetujui di peringkat nasional dan tidak seharusnya dipersoalkan.
"Mereka (PKR) diwakili oleh Datuk Seri Azmin Ali. Beliau ialah timbalan presiden parti.
"Jika beliau tiada kuasa, mengapa hantar beliau untuk berunding? Beliau telah bersetuju dan telah menandatangani senaskhah nota," tambahnya.
Chong menekankan DAP akan berpegang teguh kepada perjanjian itu.
"Kami telah mengorbankan kerusi dan ramai yang berdukacita tetapi mereka sanggup pergi ke tempat lain dan membantu," ujarnya.
"Contohnya kerusi Batu Kitang. Peluang besar DAP menang adalah di situ tetapi ia kini menjadi dua kerusi tetapi kami menyerahkannya kepada PKR.
"Maka saya menyeru PKR supaya menghormati perjanjian dan jangan menyebabkan terkuburnya parti," tambahnya –

AMBIGA MINTA LIM GUAN ENG BEREHAT

Posted: 18 Apr 2016 11:51 PM PDT



ISU TAMAN MANGGIS WAJAR DIBAHASKAN DALAM SIDANG DUN PULAU PINANG

Isu penjualan tanah Taman Manggis kepada syarikat milik penjual rumah banglo kepada Ketua Menteri perlu dan wajar dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan depan. Pelbagai pihak sudah mula tidak senang dengan perkembangan isu ini dan ada yang telah meminta supaya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya mengambil cuti sementara siasatan dibuat.
ADUN DAP setuju isu dibahas
ADUN DAP Tanjung Bungah YB Teh Yee Cheu dilaporkan berkata bahawa isu penjualan banglo dan tanah Taman Manggis mungkin akan dibangkit secara lisan untuk perbahasan pada sidang DUN depanepentingan rakyat dalam proses . Beliau dipetik berkata bahawa usul itu penting dalam proses reformasi dan pendemokrasian bagi memberi peluang kepada pemimpin yang berkebolehan untuk menerajui tampuk pemerintahan negeri.
Isu penjualan tanah Taman Manggis dan pembelian banglo oleh Lim dengan harga RM2.8 juta menjadi topik hangat selepas Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya di Dewan Rakyat bulan lepas, dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.
Barisan Nasional sedia bangkit isu di Dewan Undangan Negeri
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, YB Muhammad Farid Saad berkata bahawa pihak BN kini melakukan persiapan sepenuhnya untuk membangkitkan isu ini supaya dibahaskan dalam sidang DUN kelak. Barisan Nasional selaku parti pembangkang di Pulau Pinang sudahpun bersiap sedia untuk membawa isu pembelian banglo dan penjualan tanah di Taman Manggis dalam sidang DUN pada bulan depan nanti. 
Beliau menggesa penyokong Kerajaan DAP Pulau Pinang yang masih berpegang kepada prinsip kebenaran untuk bersama-sama menyokong isu berkenaan yang akan dibangkitkan ADUN pembangkang kelak, dan perpegang kepada prinsip Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT).

Parti Alternatif Rakyat desak DUN buat usul khas
Selain itu, Parti Alternatif Rakyat (PAP) yang merupakan serpihan DAP, turut mendesak anggota-anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang membawa usul khas tergempar untuk menggantung Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sementara siasatan dijalankan.
Dalam satu sidang akhbar bulan lepas, Setiausaha PAP, Rahmad Ishak bersama-sama dengan presidennya, Zulkifli Mohd. Noor, berkata bahawa langkah ini perlu dilakukan sehingga pihak SPRM dapat mengesahkan Guan Eng bebas daripada sebarang salah laku kuasa ataupun rasuah, berkaitan skandal banglo murahnya dengan isu tanah Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin. 
Ambiga minta Guan Eng berhenti tugas sementara
Datuk S. Ambiga bulan lalu turut menyuarakan pandangan yang sama ke atas isu yang melibatkan Guan Eng itu. Guan Eng yang juga dianggap sebagai penjawat awam wajar berhenti bertugas seketika susulan skandal hartanah di George Town tersebut yang disiasat SPRM.
Kesimpulannya, semakin ramai yang kini sedar ungkapan Cekap, Telus dan Akauntabiliti hanyalah retorik semata-mata. Pemimpin-pemimpin DAP lain hanya berdiam diri dan sememangnya tidak mampu untuk memberikan sebab yang munasabah berhubung isu ini, dan cuma mampu mengalihkan perhatian umum kepada isu-isu yang tidak berkaitan. ADUN PKR pula cuma memerhatikan perkembangan isu ini dan tidak lagi memberikan sebarang komen.
Sudah jelas bahawa ahli-ahli dan penyokong DAP dan PKR tidak mampu untuk menjelaskan isu ini kepada orang ramai secara munasabah. Walaupun transaksi rumah banglo mungkin atas willing seller-willing buyer basis, namun sebagai penjawat awam adalah tidak beretika untuk menerima tawaran sedemikian.

Comments (0)