Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PEMIMPIN KANAN DAP KELUAR PARTI

Posted: 14 Apr 2016 06:05 AM PDT

dap srawak
Wong Ching King, Setiausaha DAP Sarikei menunjukkan surat keluar parti
Setiausaha DAP Sarikei, Wong Ching King mengumumkan keluar parti pada Selasa disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan DAP Sarawak yang dipimpin oleh Chong Chien Jen.
Wong, yang meletak jawatan sebagai seorang guru sekolah menengah untuk menyertai DAP pada 2011, berkata beliau melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai pembantu khas kepada Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu.
"Saya telah menyediakan surat peletakan jawatan saya, yang saya akan hantar kepada Setiausaha Agung parti itu melalui e-mel lewat hari ini (Selasa) dan diikuti oleh satu salinan melalui perkhidmatan kurier," katanya pada sidang akhbar, lapor The Borneo Post
Beliau berkata pimpinan DAP negeri menggunakan 'gaya autokratik' dalam kepimpinan mereka menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan ahli parti.
"Kepimpinan DAP Sarawak telah memijak maruah saya sebagai anggota parti dan gaya autokratik kepimpinan tertentu DAP negeri telah memusnahkan perpaduan ahli-ahli cawangan dan telah menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap DAP cawangan Sarikei khususnya,"katanya.
Mstar melaporkan keputusan drastik Wong mengumumkan keluar parti disebabkan beliau tidak disenaraikan sebagai calon ADUN DAP di DUN Repok.
Difahamkan seorang wanita yang berusia dua puluhan telah dicalonkan oleh DAP bahagian Sarikei untuk bertanding kerusi itu.
Sebahagian daripada ahli-ahli DAP yang menyokong Wong telah menuntut agar parti itu menggantikan calon wanita tersebut.
Mereka meminta DAP negeri untuk menamakan veteran Chong Siew Chiang sebagai calon.
Siew Chiang, 78, merupakan bapa kepada pengerusi parti negeri, Chong Chien Jen.
Walaupun DAP memenangi Repok pada tahun 2011 dengan majoriti 2,679 undi selesa, tetapi mereka mula berdepan dengan masalah apabila wakil rakyat parti itu Wong Hua Seh mengalami strok selepas menang dan tidak dapat menjalankan tugas sepenuhnya di kawasan itu.

Comments (0)