Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KAMI TIDAK PERLUKAN PAS DI SARAWAK, KATA WAN AZIZAH

Posted: 12 Apr 2016 08:46 PM PDT

Pakatan Harapan tidak membabitkan PAS dalam perbincangan mereka mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) ke-11, demikian kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya, PH baru sahaja mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi di Mesyuarat Majlis Presiden petang tadi.
"Alhamdullilah kita telah mencapai persetujuan dan kita tidak ada pertindihan dan kita akan bertanding 'satu lawan satu'.
"Maklumat terperinci akan diumumkan kemudian kerana kita masih lagi dalam proses penelitian," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Ditanya sama ada kerusi PH akan bertindih dengan PAS, Azizah menjelaskan PAS tidak terlibat dengan mesyuarat ini.
"PAS tidak datang dalam mesyuarat ini," katanya.
Ditanya berapa kerusi yang mahu ditawan oleh PH, Azizah bagaimanapun tidak menetapkan jumlah kerusi yang boleh dimenangi PH.
Katanya, PH sasarkan untuk menang, tapi "kami tahu realiti di peringkat bawah, jadi kami tunggu pengundi berikan kami undi lah."


TERBUKTI DAP ANTI ISLAM

Posted: 12 Apr 2016 07:07 AM PDT

ramasamy-dap-zakir-naikTindakan Timbalan Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai 'setan' telah menunjukkan sikap dan wajah sebenar parti itu yang sangat memusuhi Islam.

Menyifatkannya sebagai terlalu keterlaluan, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Omar Kassim berkata, beliau pelik dengan tindakan orang bukan Islam termasuk Ramasamy yang beria-ia menghalang Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ceramahnya di negara ini.

"Seperti Ramasamy, dalam status Facebooknya mengatakan 'peace loving Malaysian'. Mana yang 'peace loving'nya. Apa hak dia nak panggil orang 'setan'. Nampak tak ada agenda jahat di situ. Bila tidak mengganggu kepentingan mereka, mereka sanggup berpeluk mesra dan tertawa bersama.

"Tapi bila bertembung, mereka menampilkan wajah sebenar. Orang seperti ini tak layak dapat satu undi dari mana-mana Muslim, bahkan tak layak dapat sokongan dari mana-mana kumpulan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas tulisan Ramasamy di Facebooknya dengan ayat 'Let us get "Satan" Zakir Naik out of this country!'.

Ramasamy juga turut menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam. Ini berikutan Dr Zakir dijadualkan berada di Terengganu selama lima hari untuk menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.

Susulan itu Ustaz Omar berkata, sepatutnya kita semua orang Islam tidak lagi boleh mempercayai dan memberi muka kepada orang seperti itu, termasuk konco-konco dalam parti mereka.

"Dia telah mencampuri urusan umat Islam. Siapa dia mahu halang pendakwah Islam masuk ke negara ini?

"Hakikatnya, mereka sebenarnya takut dengan hujah kuat Dr Zakir tentang kebenaran Islam, sebagaimana takutnya Quraisy kepada Rasulullah," katanya.

Sementara itu, Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai pula menyeru kepada semua pihak termasuk ahli pilitik Islam untuk sama-sama mempertahankan Dr Zakir Naik.

"Apakah para politikus Muslim sanggup melihat saudara seIslam seperti Dr Zakir Naik dihina sebegini?

"Adakah ini apa yang anda sebagai seorang ahli akademik anjurkan dan ajarkan dengan mengelar orang lain sebagai "Satan" dan kemudian edit status anda?

"Baling batu sembunyi tangan… Akan adakah ahli partinya yang beragama Islam berani menegur keceluparan beliau secara terbuka dan mempertahankan maruah saudara Muslim yang lain?," soalnya – Ismaweb

Comments (0)