Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KATA TAN SRI, TINDAKAN DAP LEBH BANYAK MENGUNTUNGKAN PM NAJIB

Posted: 01 Apr 2016 04:24 PM PDT

Bacaan Hujung Minggu:-

1. Sejak DAP memenangi banyak kerusi parlimen dan DUN pada tahun 2008 dan 2013, keadaan politik semacam huru-hara di Malaysia sekarang sebenarnya bagus, lebih kurang itu maksud kata-kata Tan Sri itu. 

2. Jika fasa huru-hara ini dilepasi, rakyat Malaysia akan menjadi lebih matang dalam bernegara. Kesatuan Malaysia akan lebih kuat. Nampaknya ada golongan yang mula kelihatan matang sanggup berhadapan dengan isu secara berdepan dan terbuka bukan menyapu habuk ke bawah karpet.

3. Selama beberapa dekad warganegara Malaysia diajar bahawa makna toleransi ialah kesanggupan menelan rasa pahit dan berdiam sajalah dengan siksanya menahan rasa pahit itu.

4. Pandangan Tan Sri ini ialah, UMNO patut berkawan dgn DAP bukan dengan Gerakan dan MCA. Ianya pasti idea yang sukar dilaksanakan. Bagaimana jika ianya diubahsuai, UMNO patut berkawan degan DAP, Gerakan dan MCA !

5. Orang ketawakan kita jika kita memberi reaksi berlebih-lebihan ke atas kenakalan segelintir rakyat Malaysia. Flashmob, kartun, demonstrasi dan sebagainya adalah mainan segelintir orang sejak tahun 2008. Biarkanlah katanya.

6. Di Britain, Queen tidak pernah mengarah pihak berkuasa mengambil apa-apa tindakan kepada TV Britain yang menjenakakan baginda di kaca tv.

7. Di Scotland diadakan referendum keluar daripada United Kingdom.  Selepas referandum mereka bertambah bersatu kerana ikatan persepaduan diperbaharui dan diberi nafas baru. Dalam konteks Malaysia, selepas PRU14 nanti saya melihat generasi rakyat Malaysia semakin kukuh, matang dan berjaya mengenepikan isu-isu remeh perkauman, agama dan politik.

8. Rasanya kita perlu faham bahawa kalau di England raja pun dijadikan kartun tidak menjadi apa-apa pun. apa tah lagi Perdana Menteri. Pernahkah anda menonton "The Spitting Image". Kalau setakat Margareth Tatcher dan John Major sudah menjadi bahan permainan mingguan saja. Apa tah lagi pemimpin negara lain. 

9. Dengan semua keadaan ini, akhirnya rakyat menilai semula keadaan. Dalam penilaian itu, DAP telah melakukan sesuatu yang menguntungkan kerajaan dan negara, iaitu menguatkan kedudukan Perdana Menteri DS Najib dan mematangkan rakyat Malaysia mengenai kesatuan negara.

10. Kesilapan DAP yang paling besar kata rakan Cina saya ialah memasuki perangkap politik deklarasi rakyat. Kerana deklarasi itu berat sebelah, merugikan DAP dan menguntungkan PM Najib. Menjatuhkan PM Najib untuk digantikan dengan PM dari UMNO juga adalah kerja yang sia-sia sahaja, kerana itu DS Anwar Ibrahim awal-awal tidak bersetuju dengan permainan politik kedua-dua orang senior ini.


Kata pepatah China kuno, kenapa mahu menukar baju yang sama selepas memukulnya di atas batu sungai yang deras?


Sumber di sini

RUPANYA AKAUN SUMPAH PALSU: BANGLOW RASUAH LIM GUAN ENG

Posted: 01 Apr 2016 07:22 AM PDT



Bekas pemilik banglo di Jalan Pinhorn Phang Li Koon disiasat polis selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut hari ini, lapor My Nation News.
Phang, yang ditemani dua individu dipercayai peguamnya, tiba di IPD Timur Laut kira-kira 9.40 pagi dan beredar dari IPD berkenaan pada jam 1.10 tengah hari tanpa memberi sebarang kenyataan kepada hampir 30 petugas media yang sedang menunggu di pintu masuk.
"Melalui Akuan bersumpah Phang yang dibacakan sepupunya yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, wanita itu mendakwa tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri.
"Bagaimanapun, syarikat di mana dia turut memiliki saham, Winbond Management and Consultancy Sdn Bhd, turut disenaraikan sebagai pembekal pekerja asing di anak syarikat milik Kerajaan Pulau Pinang, Invest Penang,"ulasnya.
Khamis lalu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata selain Phang, polis turut memanggil empat lagi individu termasuk Pesuruhjaya Sumpah yang menyediakan akuan bersumpah itu bagi memberi kenyataan.
Sementara itu, ketika Phang dipanggil memberi keterangan, Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini membuat satu lagi laporan polis di IPD Timur Laut.
Kali ini, ia berkaitan, penglibatan Pengurus Kanan Winbond Management And Consultant, Tan Chiew Choon, yang dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Laporan polis merujuk kepada perkaitan di antara Tan Chiew Choon, Phang Li Koon dan Tang Yong Chew.
"Dalam profil ahli majlis MPPP bagi tahun 2015, Chiew Choon menyatakan bahawa beliau merupakan Pengurus Kanan syarikat Windbond Management & Consultant Sdn Bhd.
"Yang menariknya Phang adalah pemegang saham sebanyak 20 peratus dalam Windbond Management & Consultant Sdn Bhd, manakala baki 80 peratus saham dimiliki Yong Chew yang juga merupakan pemegang saham 70 peratus dalam KLIDC," kata Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Jasmin Noordin.
Beliau berkata KLIDC juga adalah syarikat yang berjaya membeli tanah di Taman Manggis daripada kerajaan negeri.

Comments (0)