Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:24 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Gambar Tun Dr Mahathir Dipimpin Penuh Kasih Sayang Oleh Lim Guan Eng

Posted: 09 Apr 2016 09:18 AM PDT

Kalau 10 tahun lalu, orang berkata Tun Dr Mahathir akan sepentas dengan Lim Guan Eng untuk menerima anugerah, sayalah orang pertama yang tidak akan percaya. 

Sekarang semuanya berkemungkinan. Bukan sahaja duduk sepentas, malah Tun Dr Mahathir dipimpin dengan penuh kasih sayang oleh bekas musuh politiknya, Lim Guan Eng. 

Gambar-gambar di Pulau Pinang malam tadi menceritakan segalanya. Inilah hero orang Melayu suatu masa dulu yang di hujung usianya dihabiskan bersama Cina DAP. Hebat Tun Dr Mahathir sekarang. Atau orang tua cakap sudah bertebiat kot?

Apakah mungkin LGE terpaksa menumpang populariti Tun Dr Mahathir, untuk menutup skandal Taman Manggus dan banglo tanpa kolam renang dengan harapan SPRM akan bersimpati dengan beliau? Atau adakah Tun Dr Mahathir menggunakan Lim Guan Eng untuk meneruskan niat dan dendam beliau menjatuhkan DS Mohd Najib Tun Razak?

Berapa Kali Deklarasi 'Mahathir-Lim Kit Siang' Mau Gagal? Semalam Di Langkawi, Hari Ini Di Kuala Lumpur

Posted: 09 Apr 2016 03:49 AM PDT

Walaupun dengan kedatangan pemidato-pemidato hebat pembangkang seperti Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Himpunan Deklarasi Rakyat hari ini ternyata gagal.

Seperti mana gagalnya Himpunan Deklarasi Rakyat yang diadakan di Langkawi semalam oleh Datuk Padukang Khairuddin, himpunan hari ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru juga gagal apabila hanya 40-50 orang saja yang hadir.

Lebih mengaibkan apabila dalam setiap ucapan yang disampaikan, pemidato-pemidato yang hadir turut merayu golongan belia untuk menandatangani Deklarasi Rakyat sambil menjelaskan sambutan yang diterima setakat ini tidak begitu menggalakkan.

Comments (0)