Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:06 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Apa Motif Sotong @RafiziRamli Berlakon Seolah-Olah Digari? @PDRMsia

Posted: 06 Apr 2016 05:37 AM PDT

Si Sotong Rafizi Ramli memanglah seorang pelakon yang hebat. Kalau tak menipu bukanlah Rafizi Ramli namanya. Lihatlah bagaimana Rafizi Ramli menipu penyokong-penyokong beliau dan berpura-pura berlakon untuk meraih simpati Rakyat. Sotong Rafizi Ramli mengilas tangan ke belakang seolah-olah beliau digari ketika dibawa ke mahkamah pagi tadi.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah tangannya hanya diletak di belakang. Walaupun dalam keadaan beliau merupakan seorang tahanan reman, beliau masih mempunyai hati yang busuk untuk memburukkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Orang macam ni juga sanggup jaja gambar anak untuk dapat simpati. Bapak tak guna.



Pencacai Rafizi Ramli pasti akan memberikan pelbagai alasan kononnya percaya Rafizi Ramli digari. 

Baju warna lain la.
Bontot Rafizi leper la.
Perut dia besar la.
Muka tak ada iman la.

Kita lihat video di bawah yang diambil dari Buletin Utama malam ini.



Atau pencacai boleh menonton video di bawah untuk lebih pasti ketulenannya.

Ezam Mohd Nor Patut Meletak Jawatan Sebagai Pengarah Komunikasi, Kementerian Kewangan

Posted: 06 Apr 2016 01:18 AM PDT


Mohamad Ezam Mohd Nor dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia bermula 15 Mac 2014 hingga kini. Berkelayakan Gred Jusa B dengan gaji bulanan RM15,900. Semenjak beliau menjawat jawatan Pengarah Komunikasi, Kementerian Kewangan ini, tidak pernah mendengar beliau mengkritik pembangkang dan mempertahankan Kerajaan di dalam isu-isu seperti 1MDB, isu RM2.6 billion dan bermacam fitnah-fitnah pembangkang.

Secara tiba-tiba seperti baru bangun dari tidur, Ezam Mohd Nor telah membuat posting di laman sosial di Facebook, mempertikaikan penahanan Rafizi Ramli. Ezam Mohd Nor mempertikaikan tindakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menahan Rafizi Ramli di bawah OSA dan membandingkan dengan penahanan beliau pada tahun 2003.

Situasi penahanan Rafizi Ramli dan Ezam Mohd Nor rasanya amat berbeza. PDRM membuat tangkapan ke atas Rafizi Ramli berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh LTAT dan 1MDB. Pihak PDRM menyiasat Rafizi Ramli di bawah Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi. Berbanding Ezam Mohd Nor, beliau ditangkap atas laporan polis oleh siapa? Boleh tolong jelaskan?

Keduanya, cara beliau membuat teguran ke atas LHDN adalah tidak profesional dan kurang matang memandangkan LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan. Ibarat  gunting dalam lipatan dan duri dalam daging, siapalah yang membuat saranan kepada Perdana Menteri melantik beliau ke jawatan yang disandangnya. 

Daripada membayar Ezam Mohd Nor berbelas ribu sebulan, lebih baik duit berkenaan diberikan kepada kami yang saban hari mempertahankan parti dan Kerajaan. Saya dan ramai lagi rakan-rakan masih menunggu dokumen penyelewengan yang didakwanya berkotak-kotak.

DAP Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Mengelarkan Ketua Menteri Sarawak Bersifat Perkauman #BN4Sarawak

Posted: 05 Apr 2016 07:24 PM PDT

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen agak keterlaluan apabila menyamakan gaya politik Adenan sama seperti bersifat perkauman. Ini berikutan menurutnya gaya politik Ketua Menteri Sarawak, TS Adenan Satem yang bersifat kenegerian tidak sihat untuk diamalkan di dalam negara ini. Beliau berkata demikian di dalam video yang dipetik KitiTV, di sini.

DAP dan Chong Chieng Jen mungkin terlupa, di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011, DAP lansung tidak berminat untuk bertanding selain daripada kawasan bandar memandangkan kawasan bandar mempunyai kepadatan penduduk dan pengundi berbangsa Cina. 

Malah kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili DAP sejak PRN Sarawak 2011 tidak ada seorangpun berbangsa selain daripada kaum Cina. Siapakah yang perkauman di sini? DAP atau Ketua Menteri Sarawak?

Comments (0)