Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:09 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Fitnah PERDA - Lim Guan Eng Dan DAP Cuba Alihkan Isu PPR Taman Manggis Dan Banglo #NoSwimmingPool

Posted: 04 Apr 2016 01:16 AM PDT


Lim Guan Eng sekali lagi membuat 'political stunt' dengan membawa wartawan melawat tanah PERDA di Taman Kok Keramat, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Hakikatnya, ianya tidak lebih daripada usaha beliau untuk mengalihkan isu kontroversi pembelian rumahnya yang di bawah harga pasaran dan penjualan tanah PPR di Taman Manggis 2.

Lim Guan Eng selama ini tidak mengetahui nilai pasaran banglo tanpa kolam renangnya yang bernilai berjuta ringgit dan beliau juga tidak peduli untuk membuat semakan walaupun beliau adalah orang yang membayar dan menanggung ansuran Bank.

Ironinya Lim Guan Eng cukup mengambil berat untuk membawa wartawan melawat tanah bekas PERDA dan cukup rajin untuk menyemak dan mempertikaikan bahawa kos pemulihan tanah PERDA yang mendap adalah RM5 juta dan bukan RM10 juta seperti yang didakwa oleh PERDA. Kesimpulannya, Lim Guan Eng yang merupakan seorang akauntan bukanlah seorang ajen hartanah atau penilai harta tetapi sebaliknya merupakan seorang pakar pemulihan tanah.

Lim Guan Eng hari ini telah mencipta sejarah memandangkan inilah kali pertama dalam sejarah 7 tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau turun melawat tanah PERDA atau tapak projek perumahan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan. Nak tunjuk prihatin atau selama ini tak buat kerja. Shame on you.


Di bawah adalah fakta isu PERDA dan fitnah dan pembohongan Lim Guan Eng:





Sarawak Mungkin Bakal Perolehi Royalti Minyak Sebanyak 20% #BN4Sarawak

Posted: 02 Apr 2016 05:30 PM PDT


Ketua Menteri Sarawak, TS Adenan Satem dalam ucapannya, memberi jaminan rundingan royalti minyak antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan diteruskan. Beliau berkata, harga minyak masih menurun namun selepas harga minyak naik rundingan akan diteruskan supaya Sarawak akan mendapat royalti yang dipinta iaitu 20 peratus.

TS Adenan pada Khamis lepas mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini bagi memberi laluan bagi diadakan pilihan raya negeri Sarawak ke-11. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi bagi PRN Sarawak. TS Adenan berkata demikian semasa mengiringi Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak merasmikan program Sejiwa Senada (SJSN) Limbang di Kompleks Sukan Limbang.

Program SJSN mula dilancarkan di bandaraya Miri pada 8 hingga 10 Jan lepas adalah inisiatif turun padang perkhidmatan awam kerajaan negeri, persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta. SJSN Limbang adalah lokasi ketujuh dengan tiga lagi program SJSN akan diadakan di Sri Aman pada 8 hingga 10 April, Samarahan (15 hingga 17 April) dan berakhir di Kuching (22-24 April).

Perjalanan Kuching - Lawas Lebih Pendek Dengan Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo #BN4Sarawak

Posted: 02 Apr 2016 07:00 AM PDT


Menurut Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, Malaysia akan mengadakan rundingan dengan Brunei untuk mencari kaedah sesuai bagi memendekkan masa perjalanan dari Kuching ke Lawas berikutan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo bernilai RM16 bilion.

Perdana Menteri berkata, sekarang perjalanan darat dari Kuching ke Lawas dianggarkan 20 jam berikutan adanya pemeriksaan imigresen dan kastam di sempadan Malaysia dan Brunei. Kerajaan katanya akan berbincang dengan Brunei kalau boleh masa perjalanan dari Kuching ke Lawas dapat dipendekkan antara 12 jam atau 14 jam.

Untuk rekod, kini terdapat empat pemeriksaan kastam dan imigresen di sempadan Malaysia-Brunei iaitu di Sungai Tujuh, Miri dan Kuala Belait, Brunei serta Tedungan, Limbang dan Kuala Lurah, Brunei. DS Najib berkata, untuk perjalanan dari Kuching ke Miri, masa perjalanan akan dapat dipendekkan daripada 14 jam kepada sembilan jam kalau tidak berhenti-henti setelah projek lebuh raya itu siap kelak.

Perdana Menteri sekali lagi memberi jaminan projek lebuh raya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol kerana ia merupakan laluan utama pengguna jalan raya di negeri ini. Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat Sarawak perlu memilih wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang bagi memastikan kesinambungan pembangunan Sarawak.

McCafe Mendapat Pengiktirafan MITI Di MIHAS 2016

Posted: 01 Apr 2016 06:00 AM PDT


Bermula 30 Mac hingga 2 April, McDonald's Malaysia telah mengambil bahagian dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2016 yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). MIHAS adalah acara tahunan yang dianjurkan setiap awal tahun bagi mengiktiraf produk halal tempatan yang mempunyai potensi besar untuk diketengahkan ke pasaran halal antarabangsa. 

Penglibatan McDonald's dalam MIHAS ini merupakan satu usaha pihak syarikat untuk mempromosikan produk terbaru mereka iaitu McCafe yang menawarkan produk-produk kopi yang bermutu tinggi dengan harga yang amat berpatutan dan juga hidangan pembuka selera atau 'dessert' seperti kek, 'cup cake' dan 'macaroon'.

Selama tiga hari MIHAS berlangsung, gerai McCafe mendapat sambutan hangat dan pengunjungnya bukan calang-calang orang apabila gerai ini telah dikunjungi pemimpin-pemimpin negara seperti Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), DS Mustafa Mohamed dan Timbalannya Datuk Ahmad Maslan.

McDonald's juga merupakan satu-satunya syarikat yang mendapat pengiktirafan daripada MITI apabila Menterinya DS Mustafa Mohamed telah menyebut nama syarikat berkenaan di dalam mesej MIHAS 2016 beliau. Setiap produk McDonald's dijamin halal, bersih dan bermutu tinggi. Bagi rangkaian McCafe nya pula, status halalnya tidak perlu diragui lagi kerana setiap biji kopi mendapat kelulusan dan pengiktirafan halal oleh JAKIM.




Comments (0)